Showing posts with label khadam. Show all posts
Showing posts with label khadam. Show all posts

Tuesday, January 22, 2013

Khadam pengasih, pelaris dan penarik rezeki...



Semalam aku sempat ke rumah Pak Ngah tempat aku pernah dapatkan 2 keris pemberian alam ghaib kepada kepada aku.. Satunya Keris Raja Bersiung and satu lagi dipanggil Keris Maktab. Memang mantop keduanya. 

Keris Raja Bersiung dengan ukiran hulu pekaka memang indah, berpenjaga dan banyak makan darah manusia.


Dan keris maktab itu pun banyak dah makan darah dan berpenjaga juga. Keris maktab tu dimiliki oleh salah seorang alim yang berilmu tinggi satu ketika dulu. Cuma itu je yang aku dapat bgtau korang..
 

Semalam aku bukan ambik keris lagi tp bawak sahabat yang berhajat nak dapatkan barangan dari alam ghaib berupa batu delima cair warna air untuk pengasih dan pelaris katanya..Memang kalau sesuatu barang untuk pelaris biasanya ia juga boleh digunakan untuk pengasih. 



Menurut pak ngah barang tersebut kena mohon dulu.. kalau ada rezeki dapatlah beliau brg yg diinginkan beserta dgn mahar yang ditetapkan nenek atau mahaguru beliau. Bukan pak ngah suka2 letak. Aku pun kena gak byr mahar utk keris2 aku tu.. so saja menunggu hasil zikir diaorg pd mlm tu aku pun dok layan pak ngah bersembang n dia offer aku keris 3 kaki sebgai ibu keris2 koleksi aku. Maka aku kata sabar dulu sebab aku belum abis isi n bg nama pada keris2 aku lagi. Upacara dakap tuan pun aku x sempat wat lagi..maka dalam pada sedang duduk2 sembang taik dgn pak ngah maka tak semena-mena dia offer sahabat aku tu telur burung cenderawasih untuk tujuan pelaris, pengasih, datangkan hormat org pada kita dan pendatang rezeki yang paling ampuh katanya. kami setuju jer dan ahli jemaah pun start la berzikir mohon rezeki..Sebelum tu pak ngah dah siap2 letak pinggan kat atas ban (batas) bendang utk menerima barang. Maka selepas zikir barang tu pun turun..

Aku dapat rasa telur tu mcm panas lagi n warnanya putih bersih mcm warna kapas n keras sbb dah jadi batu. Tapi aku x sempat nak ambik gmbrnya. nanti ada kesempatan aku snap n letak kat sini..

Seperti yang aku janjikan, aku dah dapatkan gambar telur tu lepas dpt kebenaran dari anak murid aku.. Walau dia anak murid aku tapi aku tetap kena respect hak dia sebab dia pun pandai respect orang.. so inilah pic telur burung cenderawasih ni yang tak ramai pernah tgk sebab pak ngah sendiri pun ckp ni 1st time dia tgk...

Rupa telur Burung Cenderawasih yang dah jadi batu

 Telur Cenderawasih (kiri) dibandingkan dgn batu berbentuk telur (kanan)

Anak murid aku tu kata dia nak simpan telur cenderawasih ni tapi kalau ada yang berminat nak beli sediakan duit RM 2.5 Juta baru boleh berunding. Sebab bukan selalu boleh dapat telur ni. Setahun sekali jer.. itu pun kalau ada rezeki.. Kalau sapa-sapa berkenan boleh la contact aku.. Tapi kalau setakat nak tgk jer x yah la sebab membuang masa dan tenaga jer.. Klu nak tgk, tgk gambar dah la yooo..

Tapi apa yg aku nak ceritakan arini bukan pasal brg2 tu semua. aku nak bercerita pasal pengasih dan pelaris dan penarik rezeki yang tak perlukan mahar dan tak perlukan brg2 ghaib pun. Boleh jadikan amalan seharian dan mendapat berkah hidup selamanya kerana amalan-amalan ini menjadi kesukaan Allah swt dan bermurah hati melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah swt memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah swt. tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” – [Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.].

Bukanlah jua Allah swt meminta supaya kita tgk bola tak lepas kat tv untuk melapangkan rezeki. Tgk bola boleh tapi jgn menyibukkan diri dari beribadah.

2. Memperbanyakkan istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah swt, yang menjadi sebab Allah swt jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Nabi saw.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah swt akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” – [Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a]

Jadi jgn jadikan diri kita banyak mencarut. Mencarut ni kata opah sebelah mak sebelah rumah Leman Kati cakap boleh buatkan gigi cepat luruh.. 

3. Meninggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah swt jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.

Sabda Nabi saw:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” – [Riwayat at-Tirmizi]

Tu la sebab org yang selalu menang berjudi pun xkan kaya nya sebab dapat duit dari dosa. Tu belum yg dapat duit dari hasil lendir (melacur) tu..

4. Sentiasa mengingati Allah swt

Banyak ingat Allah swt buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah swt beri kepada orang beriman.

Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah swt. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah swt hati menjadi tenteram.” [Ar-Ra'd: 28]

Tapi janganlah sekadar berharap kononnya hanya ingat pada Allah je boleh dpt rezeki.. kena usaha gak. Dalam masa berusaha hati sentiasa berdoa dan memujinya. Kita boleh buat dua-tiga benda dalam satu masa apa.. klu x pcaya cuba test kentut masa tgh makan.. boleh kan.. 

5. Berbakti dan mendoakan untuk kedua ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah saw berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

Baginda saw juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah swt.akan memanjangkan umurnya.” – [Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim]

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi saw:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah swt.) daripadanya.” – [Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami]

berbakti kepada mereka selagi hidup dan berdoalah untuk mereka sekalipun mereka telah tiada. Tang bab ni aku sensitif sikit sebab aku ni dah jadi yatim piatu ni. Korang yg ada mak ayah lg tu, masih belum terlambat utk korang berbakti pada diaorg. Alfatihah untuk Allahyarham Ahmad Nadzeri dan Allahyarhamah Ramlah..

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.

Sabda Nabi saw:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” – [Riwayat Bukhari]

7. Menunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah swt lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi saw.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah swt. akan menunaikan hajatnya” – [Riwayat Muslim]

Aku rasa satu hajat je yg korang x leh nak tunaikan untuk org lain iaitu khadho hajat.. dia kena buang sendiri.

8. Banyakkan berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

Kita berselawat bukanlah untuk Rasulallah saw tapi untuk diri sendiri sebenarnya. Beliau telah dijaminkan syurga. Tetapi Rasulallah saw telah berpesan bahawa sekali kamu berselawat untuk aku Allah pencipta kamu itu akan berselawat 10 kali ke atas kamu.. So klu pencipta kita yg berselawat atas kita, berdoa atas kesejahteraan kita dan dia yg mengabulkan segala doa.. so korang bygkanlah betapa manisnya berselawat..

9.  Perbanyakkan berbuat kebajikan

Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

Kalau sampai syaitan pun kutuk kita tak elok sgt lah tu..

10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah saw., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

Cuma aktiviti berpagi-pagian lawan tarik selimut je yg paling huduh punya perbuatan..

11. Menjalinkan silaturrahim

Nabi saw. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” – [Riwayat Bukhari]

So Rasulallah suruh berhubung dgn sanak saudara dan sahabat handai. Bukannya dia kata ada rezeki banyak gatai2 gi jalin hubungan baru dengan berlainan jantina..

12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah saw. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah swt..

Baginda saw. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah swt. akan memurahkan rezeki.” – [Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid]

Pesanan penaja.. Jangan ambil wuduk dua kali sebab ada mangkuk yg ambik wuduk dua kali sebab katanya kalau terbatal satu ada spare satu lagi..

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah swt. dan menjadi sebab Allah swt. buka pintu rezeki.

Nabi saw. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah swt. membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah swt. menyedikitkan baginya.” – [Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.]

Bersedekah ni mcm ranting pokok, bila dicantas (umpama kita memberi bersedekah) maka akan tumbuh ranting baru dan lebih rimbun lagi pokoknya..

14. Melazimi qiamullail

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah swt..

Jangan lah jadi mcm sahabat2 kita yang berqiamul lain-lain kat dangdut, kelab malam, casino2 dan lain2 pusat maksit. jauhilah tempat penutup rezeki tu..

15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.

Firman Allah Sswt. dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” – [Riwayat al-Hakim dan Thabrani]

Aku teringat indahnya alunan doa solat dhuha ni tiap2 hari kat Radio IKIM..tapi yg penting renungkan keindahan makna doa tersebut..

16. Sentiasa bersyukur kepada Allah swt.

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah swt.. Lawannya adalah kufur nikmat.

Allah swt. berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” – [Ibrahim: 7]

Firman-Nya lagi:
“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” – [Ali Imran: 145]

 walau pun kita ditimpa musibah bersyukurlah sebab kita tak ditimpakan dgn musibah yg lebih dasyat. Klau kita sakit pun bersyukurlah sebab Allah swt sudi dan sedang mengampunkan dosa kita. Tapi x bermakna org yg tak sakit2 tu tak ada dosa.. mungkin Allah tak nak ampunkan dosa dia ker..

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, Insya-Allah dikatakan boleh menjadi sebab Allah swt. melapangkan kehidupan dan memurahkan rezeki.

Selain itu, salah satu nama Allah swt., yakni al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu. Contohnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah swt., bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.”

Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Selalu lah Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah swt., penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah swt. menyuruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

Sesungguhnya doa itu adalah senjata paling ampuh para mukmin..

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa yang berusaha, dia yang akan dapat. Ini sudah menjadi sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah swt. memberikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tetapi agama hanya Allah swt. beri kepada orang yang dicintai-Nya sahaja. – [Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim]
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, jika hendak tenang dibacanya Quran, jika hendak mendapat anak yang baik dididiknya sejak anak itu di dalam rahim lagi, jika hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan makanan yang baik serta halal, jika hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha menjadi baik, jika hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

Bukanlah maksudnya berikhtiar sampai habis. Beli nombor ekor sampai abis duit gaji tu bukan berikhtiar sampai habis namanya.. nu namanya.. tak elok lak aku nak sebut.. korang sebut sendiri lah..

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah swt. seperti firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah swt., nescaya Allah swt. mencukupkan (keperluannya).” – [At-Talaq: 3]



Nabi saw. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah swt.dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” – [Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.]

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.
Dengan takwa, Allah swt. akan memberi “… jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” – [At-Talaq: 2-3]

Pendek kata, bagi orang Islam.. untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenar, kuncinya adalah dengan melaksanakan amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini akan menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah swt., lalu Allah swt. pasti melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Insya-Allah.

Friday, May 18, 2012

Bersembang dengan jin.. Mistika 24

TEMUBUAL JIN ISLAM DENGAN MUHAMMAD ISA DAWUD

Pengalaman saya tentang dunia misteri yang penuh dengan keganjilan dan keanehan bermula sejak saya bekerja di akhbar Al-Akhbar, Mesir, sebagai wartawan. Sebelum itu saya adalah pengurus Masjid Al-Malik di HadaÕiq Al-Qubbah, Kaherah. Adapun yang menjadi imam di masjid itu adalah Syeikh Abdul Hamid Kisyik, iaitu salah seorang di antara guru-guru saya yang sangat dalam ilmunya.

Perkenalan pertama saya dengan alam jin adalah ketika pada suatu hari saya didatangi oleh beberapa jin yang menyamar sebagai perempuan. Saya mengetahui bahawa mereka adalah jin kerana mereka memperlihatkan rupanya yang asli walaupun dalam bentuk bayangan, sehingga tidak begitu menakutkan.

Sejak peristiwa itu, pengalaman saya mengenai dunia jin semakin bertambah. Malahan saya semakin berminat untuk mengadakan kajian mengenai jin dan segala misteri yang ada di dunia mereka. Beberapa kali di antara saya dan jin terlibat dalam dialog yang begitu serius.

Tulisan ini adalah pengalaman sebenar saya ketika berjumpa dengan seorang jin Muslim dari suku Konjur yang bernama Musthafa. Saya mohon maaf kepada pembaca bila di sini saya tidak mendedahkan rahsia dan cara pertemuan kami, sebab ini merupakan rahsia dan amanah yang perlu saya jaga. Bukankah ajaran Islam memerintahkan supaya menjaga dan melindungi rahsia orang lain, apalagi bila pihak yang berkenaan meminta supaya rahsia dan aibnya ditutupi.

Jin muslim yang saya maksudkan ini berumur 180 tahun, berasal dari Bombay, India. Sebelumnya dia adalah jin kafir. Kemudian Allah membuka hatinya sehingga dia masuk Islam. Dia menukar namanya menjadi Musthafa. Sungguh ke-islamannya merupakan satu kemenangan, sebab bersama-sama dia telah masuk Islam pula sepuluh ribu jin, yang merupakan pengawal-pengawal dan pengikut-pengikut setianya.

Musthafa adalah jin yang cukup berpengaruh di kalangan kaumnya. Dia merupakan pemimpin yang berwibawa dan disegani oleh lawan dan kawan. Saya memulakan percakapan dengan-nya sebagai berikut.

BENTUK JIN

 

Mata kami memanjang dan tidak bulat. Di antara kami ada yang mempunyai mata
memanjang ke atas, ada pula yang miring ke arah dahi. Mata kami juga besar seperti mata rusa

Dawud: Bagaimana sebenarnya bentuk hakikimu seperti yang diciptakan Allah?


Jin: Bentuk kami seba-gaimana yang diciptakan Allah, tidaklah banyak perbe-zaannya dengan bentuk manusia. Memang ada juga perbezaan, tetapi sebahagian kecil saja. Kepala kami, misalnya, lebih besar sedikit berbanding tubuh kami. Mata kami memanjang dan tidak bulat seperti mata kamu. Di antara kami ada yang mempunyai mata memanjang ke atas, ada pula yang miring ke arah dahi. Mata kami juga besar seperti mata rusa.

Dawud: Selama ini ada yang menganggap bahawa mata jin berwarna merah seperti api. Apakah benar begitu?

Jin: Tidak selamanya demikian. Mata kami, sebagai-mana mata manusia, berbagai-bagai bentuknya. Ada mata yang berwarna hitam, kuning, coklat tua, sama seperti mata manusia, wa-laupun hitamnya berbeza dengan hitamnya mata manusia. Walaupun mata kami hitam tetapi berwarna keputih-putihan. Munculnya anggapan sesetengah orang bahawa mata kami merah, mungkin saja disebab-kan pantulan sinar-sinar halus yang memancar dari sinar mata kami, yakni sinar yang berwarna kemerah-merahan. Mata kami sebenarnya tidak menakutkan bagi sesiapa pun yang memandangnya, malahan mata kami mengandungi keindahan. Adapun mengenai telinga kami, agak menyerupai telinga kuda, terutama dari segi bentuknya yang runcing. Ada pula di antara kami yang telinganya seperti telinga kucing. Oleh itu apabila kami ingin menyamar dalam bentuk haiwan, kami lebih menyukai menyamar menjadi kucing, kuda atau harimau. Hidung kami pula terletak di tengah-tengah wajah kami, sama seperti hidung manusia. Hanya saja hidung kami tidak mancung seperti hidung manusia. Hidung kami pesek dan bulat. Jin muslim biasanya memanjangkan janggutnya kerana mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Rambut kepala kami sangat tebal, terutama di kalangan wanita kami. Rambut kami juga agak kasar, ada juga di kalangan kami yang botak kepalanya. Rambut kaum wanita kami sangat panjang, dan merupakan lambang kecantikan di kalangan mereka. Sehingga rambut-rambut mereka mencecah tanah kerana panjangnya.

Dawud: Bagaimana tentang tangan dan kaki jin?


Jin: Tangan kami seperti tangan manusia. Cuma lengan dan kuku kami panjang sedikit. Lengan kami bila dibandingkan dengan tubuh kami, memang sangat panjang. Demikian pula kuku kami. Jari-jari kaki kami juga panjang-panjang, dan berbeza dengan kaki manusia dari segi letak tumit dan keruncingan jari-jarinya.

Dawud: Apa jin juga mempunyai tulang, jantung, organ pernafasan dan pencernaan?


Jin: Ya, sama seperti manusia, sekalipun tulang kami agak besar. Tetapi tulang kami lembut, yang tak dapat kamu bayangkan. Organ-organ tubuh kami yang lain kecil-kecil. Semuanya berfungsi sebagaimana tubuh manusia, tetapi kami tidak memerlukan oksigen untuk bernafas sebanyak yang di-perlukan manusia. Pencernaan kami juga berfungsi sebagaimana pencernaan manusia. Sisa pencernaan kami juga keluar dari lubang-lubang pencernaan seperti lubang pencernaan manusia, walaupun kotoran kami tidak berbentuk kasar, melainkan lebih menyerupai wap yang sangat-pekat. Kaum lelaki kami sama dengan kaum lelaki di kalangan manusia. Kami juga mempunyai nafsu syahwat untuk berjimak dan mengeluarkan mani. Wanita kami juga seperti wanita di kalangan manusia. Mereka yang gadis mempunyai selaput dara yang pecah bila melakukan jimak pada hari pertama hubungan badan. Suatu bentuk kehidupan yang hampir sama dengan kehidupan manusia.
AIR KENCING, KOTORAN DAN ALAT KELAMIN JIN 
Air kencing kami juga berbentuk gas yang sangat kuat tekanannya seperti air pancuran. Itulah sebabnya, ada syaitan yang boleh mengencingi telinga seorang Muslim yang ketika tidur tidak menyebut nama Allah, dan yang di malam harinya tak pernah berniat untuk melaksanakan kewajiban kepada Allah.

Dawud: Apakah jin mempunyai alat kelamin?


Jin: Sama seperti manusia. Hanya saja-kecil sedikit bila dibandingkan dengan yang ada pada manusia. Alat kelamin kami Sama seperti manusia. Hanya saja sedikit kecil bila dibandingkan dengan yang ada pada manusia. Kaum lelaki kami sama dengan kaum lelaki di kalangan manusia. Kami juga mempunyai nafsu syahwat untuk berjimak dan mengeluarkan mani.

JIN BERTANDUK
 

Dawud: Nabi pernah bersabda, Sesungguhnya matahari terbit di antara dua tanduk syaitan, dan tenggelam di antara dua tanduk syaitan pula.Seterusnya baginda mengatakan, Janganlah kamu melakukan solat berdekatan dengan waktu, terbit dan tenggelam matahari. Sebab, ia terbit di antara dua tanduk syaitan, dan tenggelam di antara dua tanduk syaitan pula. Kalau demikian, apakah syaitan atau jin mempunyai tanduk dalam bentuk fizikal, ataukah ianya hanya merupakan kiasan saja?

Jin: Itu adalah ucapan Nabi Muhammad s.a.w. yang benar. Setiap jin mempunyai dua tanduk. Tetapi kedua tanduk tersebut sangat kecil bila dibandingkan dengan tubuh kami.

Dawud: Apakah itu bererti bahawa engkau juga mempunyai tanduk?

Jin: Ya, ya, akan tetapi sangat kecil, seperti huruf nun, kecil sekali, dan tidak banyak sebagaimana yang disangka manusia.

Dawud: Apakah tanduk iblis kecil atau besar?


Jin: Besar, sesuai dengan tubuh-nya. Iblis sangat tua usianya, jauh lebih tua daripada manusia yang pertama. Kami adalah makhluk-makhluk yang bertubuh lemah, seperti tubuh manusia yang mengalami proses kelemahan sesuai dengan semakin meningkatnya usia.

WARNA KULIT JIN

 

Dawud: Bagaimana pula dengan warna kulit jin?

Jin: Berbeza-beza seperti manusia. Akan tetapi kami lebih hitam daripada manusia yang berkulit hitam. Sebab kulit kami hitam pekat dan melekat dengan daging kami. Warnanya serupa dengan warna kerbau. Hanya saja sangat tebal bulunya. Di antara kami ada pula bulu-bulunya yang lebih tebal. Juga ada yang berwarna putih dan merah. Subhanallah, banyak sekali warnanya.
PAKAIAN JIN 
Dawud: Apakah jin juga berpakaian?

Jin: Ya, ya...kami memakai pakaian yang berbeza-beza dan indah-indah. Kaum wanita di kalangan kami memakai pakaian yang sesuai dengan kewanitaannya, yakni yang Muslimah memakai kerudung atau penutup kepala seperti wanita di kalangan umat Islam. Manakala kaum lelaki di kalangan kami memakai pakaian sebagaimana lelaki di kalangan manusia. Sebahagian besar jin menyukai pakaian yang berwarna merah, kemudian kuning dan hitam. Akan tetapi kami lebih hitam daripada manusia yang berkulit hitam. Sebab, kulit kami hitam pekat dan melekat dengan daging kami. Warnanya serupa dengan warna kerbau. Hanya saja sangat tebal bulunya. Di antara kami ada pula bulu-bulunya yang lebih tebal.
LIDAH JIN 
Dawud: Bagaimana dengan lidahmu yang sekarang berkata-kata ini, apakah ia betul-betul lidah, ataukah kamu berbicara dengan cara yang tidak kami ketahui?

Jin: Tidak, tidak. Ini betul-betul lidah dan tidak sekadar kiasan. Akan tetapi lidah kami sangat kecil. Dan kami juga mempunyai organ-organ seperti yang dimiliki manusia.
GIGI JIN 
Dawud: Apakah kamu juga mempunyai gigi?

Jin: Tentu saja. Hanya saja bila dibandingkan dengan tubuh kami, ianya terlalu panjang dan besar.

Dawud: Mengapa kami tidak dapat melihat jin?


Jin: Ya, wajar saja. Sebab, asal kami adalah api yang bersifat gas yang ringan; dalam keadaan yang bagaimanapun kami tetap dapat melihat.

Dawud: Maksudnya?


Jin: Ya, ketika kami menampakkan di dalam bentuk fizikal, atau dalam keadaan sihir, atau dalam keadaan apa saja, atau kerana kemahuan jin itu sendiri. Tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu, kami pasti dapat dilihat.
KASUT DAN SELIPAR JIN 
Dawud: Apakah yang kamu pakai di kaki. Adakah kamu berjalan dengan kaki telanjang, atau memakai kasut atau selipar?

Jin: Ya,ya, ada sesuatu yang kami pakai. Tetapi berbeza antara jin Muslim dengan jin syaitan.
 

Dawud: Apa bezanya?

Jin: Kalau jin syaitan, dia memakai selipar di kaki kirinya, sedang kaki kanan-nya tidak pakai selipar.

Dawud: Kalau Muslim?


Jin: Tidak seperti itu. Alhamdulillah, aku memakai dua selipar di kedua belah kakiku.


Dawud: Terbuat dari apakah selipar kamu?

Jin: Terbuat daripada sejenis daun yang bernama Papirus.

Dawud: Daun Papirus biasa, ataukah daun yang biasa digunakan oleh Firaun untuk menulis, ataukah daun Papirus yang kamu tanam sendiri?


Jin: Tidak, ya daun Papirus yang itu juga. Akan tetapi biasanya sangat kecil, sehingga tidak dapat dilihat oleh sesiapa pun.

JIN MASUK KE TUBUH MANUSIA


Jin: Biasanya kami masuk dari dubur. Kadangkala juga dari mulut, khususnya bila orang berkenaan tidak mengambil berat masalah kesihatan giginya atau jarang membersihkan giginya. Kemungkinan juga dari mata. Akan tetapi syaitan biasanya menyukai tempat-tempat yang berbau busuk. Kerana itu, kebanyakan mereka masuk melalui dubur.

Daud: Saya bertanya kepada sahabat saya dari bangsa jin itu. Apakah kami dapat melihat jin? Dan bagaimanakah caranya supaya kami dapat melihat jin?


Jin: Memang sebagai-mana yang difirmankan Allah, tidaklah dinafikan kemungkinan melihatnya. Pada prinsipnya memang manusia boleh melihat kami. Yang demikian itu adalah sesuatu yang wajar, yang sesuai dengan sifat tubuh kami yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Bagaimanapun kami diciptakan Allah untuk tidak boleh dilihat oleh manusia, tidak dapat didengar dan disentuh, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu yang sesuai dengan ilmu Allah. Misalnya Allah ingin memperlihatkan kepada hamba-hamba-Nya yang dikehendakiNya untuk menyaksikan dunia kami, sama ada yang ingin mempergunakan kami ataupun yang ingin kami peralat untuk kepentingan kami. Jadi boleh dilihat dalam keadaan-keadaan tertentu.

Dawud: Apa yang kamu maksudkan dalam keadaan tertentu?


Jin: Yakni ketika kami menampakkan diri dalam bentuk yang boleh dilihat, atau dalam keadaan sihir, atau minum air sihir, atau kerana kemahuan jin itu sendiri yang ingin memperlihatkan dirinya kepada manusia. Di samping itu, dengan syarat-syarat tertentu, manusia boleh melihat kami. Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menganugerahkan kepada kami suatu kemampuan untuk mengubah diri dalam berbagai bentuk. Air tersebut sangat aneh. la boleh mengundang syaitan-syaitan, seakan-akan jemputan untuk kenduri.


Dawud: Mengapa dalam keadaan-keadaan tertentu jin boleh dilihat manusia?

Jin: Akan saya jelaskan. Tetapi hendaknya engkau selalu ingat akan sabda Nabi s.a.w. yang mengatakan, Barangsiapa yang melakukan sihir, maka dia telah kafir. Sedangkan biasanya jin dapat dilihat dalam keadaan sihir atau minum air sihir.

Dawud: Boleh engkau jelaskan dengan lebih terperinci lagi?


Jin: Ada orang yang menjual dirinya kepada syaitan, dengan berusaha menguasai orang lain untuk menghancurkan kehidupannya. Misalnya dengan membuat rugi perniagaannya, memikat isterinya atau membuat gelisah fikirannya sehingga tidak boleh tenang dan sukar tidur. Di antara mereka ada yang berbuat jahat dengan meminumkan air yang sudah diberi mantera dengan mantera-mantera syaitan kepada mangsanya. Ketika air itu sudah masuk ke tubuh orang itu, maka ia membentuk suatu kekuatan yang menarik syaitan-syaitan masuk ke dalam tubuhnya. Kalau sudah demikian keadaannya, maka orang itu seakan-akan merupakan lubang yang boleh dimasuki syaitan bila-bila masa.
AIR SIHIR 
Dawud: Mengapa boleh masuk, dan bagaimana caranya?

Jin: Air tersebut sangat aneh. la boleh mengundang syaitan-syaitan, seakan-akan jemputan untuk kenduri.

Dawud: Dari organ tubuh yang mana satu itu dia masuk?


Jin: Biasanya dari dubur. Kadangkala juga dari mulut, khususnya bila orang berkenaan tidak mengambil berat masalah kesihatan giginya atau jarang membersihkan giginya. Kemungkinan juga dari mata. Akan tetapi syaitan biasanya menyukai tempat-tempat yang berbau busuk. Kerana itu, kebanyakan mereka masuk melalui dubur.

Dawud: Lalu, dalam keadaan yang bagaimanakah manusia itu boleh melihat jin?


Jin: Boleh dilakukan melalui pengaruh air sihir, yang memberikan kemampuan kepada mata manusia untuk melihat kami. Pengaruh air sihir terhadap mata demikian hebat dan sukar untuk kamu bayangkan. Kegoncangan yang demikian hebat pada susunan fizikal orang yang tersihir inilah yang memberikan kekuatan kepada dirinya untuk melihat, mendengar dan memudahkan kami untuk mempengaruhinya.

Dawud: Bolehkah kamu jelaskan dengan lebih terperinci?


Jin: Saya berikan satu contoh. Kalau engkau memegang seketul batu, lalu melemparkannya sekuat-kuatnya, maka batu itu ketika melayang, akan lenyap dari pandanganmu. Kemudian kecepatannya akan sedikit melemah kerana adanya suatu daya graviti. Akhirnya perjalanan batu tersebut semakin lambat sehingga engkau dapat melihatnya kembali. Kamu tahu bahawa Allah s.w.t. telah menjadikan seluruh makhlukNya sama ada manusia, jin, tumbuh-tumbuhan, binatang dan benda-benda mati, terdiri daripada atom yang selalu bergerak. Akari tetapi kekuatan gerakannya berbeza satu sama lain. Maksudnya, Allah menciptakan jasad kami dari atom-atom yang bergerak dengan cepat, sedangkan manusia diciptakan dengan atom-atom yang sedikit lebih lambat. Kemudian sihir itu memberikan kekuatan beberapa kali ganda dari kekuatan yang biasa kepada atom-atom yang ada pada tubuh manusia. Dengan itu maka indera orang yang kena sihir itu dapat melihat kami sebagaimana wujud kami yang sebenarnya. Ayahku bernama Hud. Dia mati dalam usia 950 tahun. Sedangkan datukku mati dalam usia mendekati seribu tahun

UMUR JIN
 

Dawud: Jin khabarnya dianugerahi umur panjang. Berapa usia jin yang sebenarnya?

Jin: Di antara kami ada yang berusia tiga ribu tahun, ada yang empat ribu, lima ribu dan enam ribu tahun. Bahkan ada pula yang umurnya mencapai tujuh ribu tahun, walaupun bilangannya sedikit.

Dawud: Kalau engkau sendiri, berapa umurmu?


Jin: Aku masih muda. Usiaku seratus lapan puluh tahun, yang bila dinisbahkan kepada dunia jin, adalah usia remaja.


Dawud: Apakah ayahmu masih hidup?


Jin: Tidak, dia telah mati dalam suatu rampasan kuasa yang membabitkan dia dan tangan kanannya. Ayahku bernama Hud. Dia mati dalam usia 950 tahun. Sedangkan datukku mati ketika mencuba mencuri pendengaran yang ada di langit. Dia dikejar bola api yang dipanahkan dari atas langit, dan mati dalam usia mendekati seribu tahun.

Tuesday, April 10, 2012

Khadam Keris - Mistika 22

Suatu petang...di sebuah restoran bersama seorang Ustaz dan seorang rakan lain... Ustaz membaca sesuatu...kemudian perla- han-lahan menarik keris yang panjangnya hampir sekaki...itu keluar dari sarungnya... Dengan warna keris serta sarungnya yang kehitaman cukup jelas menunjukkan ia adalah keris tua...atau keris lama... Saya teruja dengan bentuk dan ukirannya ....memang 'cantik'... Tambahan pula saya memang minat mengumpul senjata2 org melayu.. Saya kumpul untuk tatapan generasi akan datang agar tak luput ditelan zaman..

Keris itu diberi pada rakan tadi oleh guru ilmu kebatinannya sebelum gurunya itu meninggal dunia beberapa tahun lalu... Ketika itu...keris tadi diikat kain merah tapi rakan itu sudah membukanya...

Beberapa malam kemudiannya...rakan itu bermimpi keris itu berpusing atas lantai...lalu
terbang ke udara... Tiba-tiba keris itu menjunam turun...dan terpacak ke tanah... Kalau di ikut dari petua ikat kain juga mimpi rakan tadi...ia menunjukkan keris itu adalah jenis keris terbang...
...atau dengan istilah 'sains jin'nya...keris yang jin bawa-terbang... Oleh kerana jinnya tak nampak...maka ia disebut keris-terbang... Saya memang tak nak campur.. biarkanlah itu urusan ustaz dan sahabat saya tadi..

Beberapa lama kemudian...ada satu benda seperti semut menembusi kulit rakan tadi dan ma-
suk ke dalam rusuk kanannya... Maka bermulalah satu kepanasan dan kesakitan dalam bahagian rusuk tersebut selama berbulan lamanya...hingga ke tahap rakan itu rasa berputus asa dan tak lama lagi akan mati... Siang malam ia kesakitan...dan ke mana-mana
berubat ternyata tak berkesan...

Itulah yang menyebabkan rakan itu berpindah kerja ke tempat lain...semata-mata nak cari perawat kesakitannya... Baru dua tiga hari kami satu tempat kerja...kebetulan rakan itu menceritakan hal tersebut kepada saya...

Kerana melihat ia tak ada pilihan lain...saya tawarkan untuk berubat dengan ustaz...lagi pun kami dah jadi rakan sekerja... Dari rusuk...'semut' itu 'lari' ke belakang...kemudian 'lari' ke dalam perut...tak lama rakan itu merasa sesuatu mendidih dalam perutnya.

Agak liat 'semut' itu nak ditangkap...maka saya memberi rakan itu ayat2 rukyah dan syifa untuk diamalkan... Rawatan itu dengan beberapa rawatan susulan hanya sekadar membuat rakan itu merasa lebih sihat dan bersemangat dari sebelumnya namun ada ketikanya semut itu masih datang hinggalah rakan itu mengambil ijazah dengan ustaz tersebut...

Namun sejak kebelakangan ini...'semut' itu mula mengganas semula...tambahan pula rakan
itu mula meninggalkan amalannya... Bukan saja rakan itu..malah anak lelakinya juga mengalami panas badan pada masa-masa tertentu terutamanya diwaktu malam...menun jukkan ada jin yang cuba meresap dalam badan..

Rakan itu mula merasakan ia ada kaitan dengan keris tadi... Pernah ia tertinggal keris itu di rumah lamanya yang ditumpang tinggal oleh seorang saudara isterinya...ternyata...ketika ditinggalkan kosong...jiran-jiran memberitahu ada benda berkeliaran dalam rumah itu...juga ketika menjelang waktu tengah malam.

Dalam diam rakan tadi mengambil keris itu dan tiada lagi gangguan di dalamnya... Ketika Ustaz mencabut keris itu dari sarungnya...rakan itu merasa bulu romanya meremang....

Menurut Ustaz khadamnya adalah seekor jin kafir bersaiz besar... Rakan itu menyatakan hasratnya untuk melepaskan terus keris itu... "Kau mau simpan.." tanya Ustaz kepada sa-
ya... ".xper la Ustaz..." saya menolak...terbayang dalam fikiran kalau dapat simpan best ni tambah koleksi.. Tapi x mau la tunjukkan gelojoh depan ustaz... tapi saya sempat amati kerja2 seni di keris tersebut dan mungkin bila ada kesempatan nanti boleh saya ukir keris2 saya agar cantik seperti keris itu. ...tapi saya tahu Ustaz sekadar bergurau kerana keris itu perlu dibawanya untuk tujuan rawatan rakan tadi...

Maka keris itu Ustaz bawa balik...dan juga akan merawat rakan tadi... Saya pernah mendengar cerita setempat...bagaimana keris yang diikat kain merah berdiri dengan sarungnya sekali... atas meja ketika seseorang mengintai ke dalam rumah melalui jendela... Bukan susah pun nak dirikan keris, tapi dengan sarungnya saya tak pandai la.

Kalau hebat ceritanya...tentu hebat juga bakal padah menyimpannya... Sebaik saja sampai rumah petang itu...saya mula sakit kepala... Memang patut pun..oleh kerana saya mengatur
perjumpaan rakan itu dengan Ustaz..menjadikan saya sasaran serang marah jin keris tersebut. Saya buatlah apa yg patut dan berdesir larinya jin tu balik ke tempat asalnya. Saya biarkan dia bersenang lenang dulu. Lepas solat hajat n baca yassin 7 mubin baru la saya berperang dgn jin tu.. baru syok..

Tiba-tiba...Assalamu alaikum...rakan itu datang. Nampaknya rakan itu agak terdesak...ia terus saja menyatakan niatnya nak minta dirawat... Ketika Ustaz membawa keris itu pulang..pada masa yang sama...'semut' di badan rakan itu juga hilang...tapi keesokannya...'semut' itu datang balik. Tentu 'semut' itu 'tak berminat' dengan si Ustaz...

Kemudian benda itu hilang datang..tapi ada perkara baru...rakan itu mula merasakan angin sejuk masuk dari hujung jari-jari kakinya hingga ke paras bawah lutut... Ia perkara serius...jin itu sudah mula cuba masuk merasuk rakan tadi..tapi masih dalam proses cuba menguasai tubuhnya...

Ia seperti kisah seorang ibu lepas melahirkan anak..apabila angin sejuk itu mula meresapi tubuhnya dari arah kaki...ia mula kerasukan jin jantan berserban jubah... Nampaknya jin itu sudah memilih tubuh rakan tadi sebagai rumahnya..yalah..kalau dengan keris tu nak buat apa...bukannya boleh dimakan... Tapi kalau penyimpan keris itu mangsa mudah...mu-
ngkin juga jin keris itu akan berpindah tuan...

Ketika rakan itu datang...'semut' itu berdiam pada bahagian belakangnya....menimbulkan rasa panas dan sakit... Dengan izin Allah...mudah pula kali ini ia ditarik keluar...saya berjanji akan memberitahu rakan itu sekiranya ustaz datang ke ke sini... Maklumlah saya ni bukan pengamal perubatan mcm ustaz tu, ilmu yang ada pun tak setara mana lagi.. so kita serahkanlah pada yang pakar.. Kalau ikut saya sendiri dengan yassin fadhilat jer n ayat2 rukyah sambil tambat jin tu dengan shahadah, mampus lah dia... tapi tu cara saya, bukan cara ustaz...