Friday, January 4, 2013

Mirror.. mirror... on the wall.... - Mistika 31



Saat semua sedang sibuk membuat menunggu kedatangan Ramadhan tahun lepas saya juga begitu sibuk di menjalani latihan tentera di sana sini tak berhenti. Maklumlah kesibukan masa selalu membataskan saya untuk selalu mengembara dan meneroka kealam lain yang tak tecapai dek jangkaun mata kita. Namun ingatan dan doa tidak pernah berhenti utk ahli keluarga saya yang sering terpaksa saya tinggalkan demi tugas. Kasih kepada mereka sebenarnya sentiasa berbekas dihati dan tidak pernah akan pudar dan padam. Walau apapun tingkah laku mereka…

So di masa yang berbaki sebelum solat jumaat hari ini teringin juga saya menyambung cerita rekaan fiksyen tahap gaban yang saya reka sendiri dengan tujuan untuk menjadi bahan bacaan santai para pembaca blog saya yang budiman agar dapat menjadi tauladan dan pedoman di hari muka.

Ceritanya bermula begini… tapi bukan dengan ayat pada zaman dahulu ya..Saya menerima menerima kunjungan salah seorang anak buah saya yang terpaksa ditumpangkan sementara dari Kuantan yang dah lama saya tak jumpa. Kami bercerita mengenai perkembangan masing2 sampailah beliau menyuarakan meminta pertolongan melihat keadaan neneknya yang katanya sudah lama menderita sakit selain keuzuran sebagai orang tua. Badannya tidaklah setua mana tetapi yang menjadi masalahnya ialah neneknya selalu meracau sehingga kadang2 menghilangkan diri sebelum balik semula kerumah. Walau satu kampong membantu mencari tetapi tetap tak dapat berjumpa dengannya. Bukan mengatakan nenknya belajar ilmu salah tetapi bagai ada sesuatu yang tak kena dengan neneknya. Pasti luruh hati seorang cucu melihat keadaan orang yang dikasihi dan dicintai sepenuh hati menderita seperti itu. Maka dengan rendah diri dia memohon pertolongan kepada saya.

Sebenarnya saya sendiri tidak tahu apa yang patut saya bantu kerana saya bukanlah seorang perawat pro. Setitis ilmu merawat pun saya tak ada sebab saya hanyalah panglima perang. Saya cuba melihat keadaan neneknya di dalam pandangan saya apakah sebenarnya yang berlaku. Saya mengambil wuduk dan memohon pertolongan Allah agar dipermudahkan urusan saya sambil membaca beberapa teknik sebagai pembukaan jalan pertolongan Allah.

Pandangan saya dibawa ke sebuah rumah di sebuah perkampungan. Sekeliling rumah dikekelilingi dengan pokok kelapa sawit laksana felda lagaknya. Saya melihat seorang wanita tua yang uzur terbujur dan terbaring kaku di pembaringan. Namun matanya terbeliak memandang ke atas. Apabila saya dekatinya, dia tersenyum dan tersengih dengan pandangan yang seram dan sinis. Rambutnya putih beruban mengerbang dan menampakkan giginya yang runcing dan tajam. Matanya hitam dia bangun dan duduk memandang saya. Usianya anggaran seperti 70an dan masih bertenaga lagi. Cuma kulitnya sahaja yang Nampak seakan sudah kedut seribu. Tangan dan tubuhnya sudah tidak banyak daging.

Ada makhluk hitam yang besar berbulu seluruh badannya disisinya. Dia sentiasa memegang tali dan tongkat dikanan dan kirinya. Sesekali pandangan sinisnya memandang saya dan tersengih sengih mungkin menunjukkan kekuasaannya. Tiada dialog antara kami dan saya hanya mendimkan diri. Badannya penuh dengan duri-duri dan seakan jarum-jarum emas. Saya masih tertanya ilmu apakah ini sebenarnya yang terpenjara dalam tubuh nenek tua itu. Jika dilihat rohaniahnya sebenarnya sedang menderita kesakitan. Dikurung dan diikat kaki dan tangannya seperti seorang tawanan dan hamba abdi kepada jin dan syaitan ini. Saya mengundurkan diri dan pulang kembali ke alam nyata.

Saya menghubungi kembali sahabat saya itu dan memintanya solat hajat dan dihadiahkan untuk neneknya dan minta dia untuk membaca yassin 7 mubin dengan caranya sekali. Selain itu saya minta dia untuk perbanyakkan membaca fatihah dan 3 Qul dan dihadiahkan kepada neneknya sebagaimana yang diajar oleh guru saya Tuan Haji Ismail Benut. Selain diberikan air yang telah dibacakan ayat2 syifa sekiranya mampu diberi minum. Saya sendiri sebenarnya tidak pasti adakah itu akan membantu neneknya nanti. Pada malam yang dijanjikan sekali lagi saya juga duduk bermeditasi setelah turut membacakan yassin 7 mubin untuk ditujukan pada neneknya. Saya kembali lagi ke rumah tersebut. Kali ini nenek tua itu tidak ada, yang ada makhluk hitam besar dan berbulu yang berada disampingnya. Berlakulah sedikit perbualan antara kami. 

Saya : Assalammualaikum

Makhluk Hitam : hmm..hmmmmm 

Dia tidak menjawab soalan saya hanya berdehem dan mengelengkan kepalanya. Menandakan dia tidak mampu menjawab salam itu dan menunjukkan dia bukan beragama islam.Saya pun menyambung perbualan saya

Saya: selamat malam

Makhluk hitam : Selamat Malam 

Kedengaran suaranya agak kasar menjawab. Dalam kegelapan suasana itu saya sebenarnya tidak dapat melihat matanya kerana semuanya berwarna hitam dan besar serta tidak berapa jelas.

Saya: Sudah lamakah kamu disini sebenarnya

Makhluk Hitam : Sudah berpuluh tahun aku bersamanya. Dia adalah aku dan aku ada lah dia.

Saya tersenyum mendengar kata-katanya.

Saya :Masakan mungkin kamu adalah dia dan dia adalah kamu. Kamu sudah memperdayakan dirinya dan menahan rohaniahnya sebagai hamba abdi kamu selama ini. Dan kamu masih menyeksakan jasadnya ini..

Makhluk Hitam : Inilah perjanjian kami dan harganya.

Makhluk tersebut tersenyum dan menyeringai.

Saya: Baiklah begini saya datang ingin memohon agar kamu bekerjasama. Sudikah kiranya kamu melepaskan dia dan saya berikan kamu pampasan dan gantiruginya.

Makhluk Hitam : Apa yang boleh kamu berikan.

Kelihatan seakan-akan dia memberikan kerjasama dan berminat dengan tawaran yang cuba saya berikan. Ketika itu saya tidak terfikir tentang nenek tua yang saya nampak sebelum ini. Setelah dia bersetuju dengan syarat dan pampas an saya kepadanya, saya pun meminta dia pulang ke tempat asalnya dan kelihatan seperti dia sudah pulang ke tempatnya. Maka bagi saya perkara ini sudah berakhir. Keesokkan harinya saya menelefon semula sahabat saya ini dan bertanya keadaan neneknya. Katanya neneknya seperti meracau-racau dan memanggil namanya meminta dan merayu pertolongan. Pada hemat saya masalah ini mungkin lebih panjang lagi kisahnya.

Entah bagaimana saya tertidur tengahari ahad itu. Mungkin keletihan melayan anak saya bermain selain memikirkan apakah jalan dan caranya. Saya meminta sahabat itu untuk terus bersolat hajat dan cukupkan bacaan yassin 7 mubin untuk neneknya. Sebenarnya saya sendiri tak tahu bagaimana lagi untuk membantunya kerana cubaan kali pertama malam semalam gagal. 

Tiba-tiba saya rasakan pandangan saya dibawa ke suatu tempat seperti di dalam sebuah bilik yang besar dan mengandungi perabot lama seperti dalam filem hitam putih zaman P.Ramlee dulu. Saya melihat ada seorang wanita cantik berusia dalam lingkungan awal 20 an sedang berdandan di hadapan cermin. Rambutnya disanggul rapi dan bibirnya dioles dengan perwarna bibir berwarna merah. Almari soleknya berwarna hitam dan terdapat beberapa laci. Saya ternampak sanggulnya berwarna kuning keemasan mungkin tembaga yang disalut dan dia memakai kebaya. Dia melihat wajahnya dicermin dan tersenyum puas melihat keindahan wajahnya. Tapi sebenarnya terdapat makhluk hitam yang saya jumpa sebentar tapi seperti membelai-belai wajahnya. Kadang makhluk itu menjilat seluruh tubuhnya membuatkan saya terasa sedikit jijik. Jika manusia tahulah dengan siapakah mereka lakukan perjanjian dan sejijik manakah perbuatan itu pasti mereka tidak akan terjebak dengan perbuatan seperti ini.

Tiba-tiba saya tersedar bila anak kecil saya merengek meminta susu. Ketika itu saya menghubungi guru saya Datuk Raden Sandhi secara ghaib dan meminta bantuannnya untuk menangani masalah sahabat saya ini. Mujurlah guru saya sudi membantu kerana cucu nya ini ingin membantu sahabat yang sedang bermasalah itu. Setelah kami berbual dan berbincang Datuk raden juga cuba mencari di dalam pandangannya apakah sebenarnya masalahnya. Mengapa kaedah pertama itu gagal sedangkan makhluk itu telah berjanji untuk pulang.

“Cucu, datuk melihat kiranya masih ada barang yang menjadi perantara dalam perjanjian tersebut. “ Kata datuk raden.“Barang? Apakah barang tersebut wahai datuk?” Saya pun termangu-mangu apakah sebenarnya yang menjadi perantaranya.

“Rasanya seperti cucuk sanggul. Cubalah cucu melihat sendiri dalam pandangan kamu adakah seperti apa yang aku nampak ketika ini?”

Saya teringat gambaran yang saya nampak sebelum ini tentang seorang wanita muda yang bercucuk sanggul dan almari solek berwarna hitam. Saya bertanya pada Datuk raden adakah benar seperti yang saya mimpikan itu. Saya pun menceritakan ciri-cirinya. Datuk raden terus berkata “Benar jua apa ilham yang didatangkan dalam mimpi mu itu cucuku”.. Saya pun menghubungi sahabat saya dan memintanya mencari barang yang dimaksudkan itu. Sahabat saya itu mengiyakan dirumah lama neneknya memang terdapat meja solek lama berwarna hitam. Keesokkanya sahabat tersebut menghubungi saya dan mengatakan dia sudah jumpa cucuk sanggul yang dimaksudkan itu. Cucuk Sanggul itu akan dibawa pulang ke Penang ini dan satu pertempuran baru akan bermula.


Macam biasa setelah mendapat barang yang disebutkan oleh guru saya tersebut maka saya pun memulakan acara kunci mengunci makhluk yang menjaga barang tersebut. Apabila scanning dengan 7 skala rector saya lakukan maka sah lah nenek sahabat saya ini sewaktu mudanya telah berjumpa seseorang yang mengamalkan ilmu hitam dan beliau meminta bomoh tersebut agar dirinya sentiasa cantik dimata orang. Dengan dibekalkan cucuk sanggul tersebut maka nenek itu pun mendapatlah apa yg beliau idamkan berserta dengan bonus sekali.. jin hitam mcm beruk untuk dibela dan akibatnya memakan diri nya sendiri.

Nak dipendekkan cerita berlaku lah pertempuran antara saya bersama rijalul ghaib dan bodyguard2 saya dengan makhluk buruk, huduh mcm tungkik tu dan terjadilah penyembelihan, penyincangan dan siat lapah semua skali beserta penanaman di sana sini oleh rijalul ghaib yang sentiasa berjuang dengan saya melawan ancaman jin dan syitan ke atas manusia yang tak pernah berhenti itu samapai hari kiamat. Akhirnya cucuk sanggul yang membawa malapetaka kepada sahabat saya itu saya rendam dengan air garam kasar yang dicampur dalam air yg telah dibacakan ayat pemusnah sihir dan ayat melebur syaitan dan jin lalu saya bawa naik feri pulau pinang dan terjun lah ia ke laut semasa feri betul2 berada di tengah-tengah Selat Melaka. Berakhir la riwayat dan gah nya syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia itu. Mcm mana dia nak merubah rupa nenek tua supaya cantik sedangkan dia sendiri huduh, berbulu, mcm monyet serta busuk hanyir. Kadang2 saya tak faham dengan manusia yang tak pernah bersyukur dengan kesempurnaan yang Allah telah berikan dan masih tak puas dengan keadaan dirinya sendiri. Sedangkan kalau difikirkan apabila bangun dari tidur dipagi hari sejuta kesyukuran yang kita panjatkan kerana kemurahan Allah meminjamkan masanya untuk kita hidup lagi sehari dan meminjamkan kita untuk menikmati udara segar yang mengisi jantung dan paru2 kita yang menjadikan kita dapat hidup di dunia yang sementara ini

No comments: