Showing posts with label makhluk halus. Show all posts
Showing posts with label makhluk halus. Show all posts

Friday, March 22, 2013

Tanya sama pokok.. Aduh Saleha.. Mistika 34



Pokok merupakan khazanah dunia yang amat bernilai. Hutan telah membekalkan negara kita dengan pelbagai sumber seperti kayu-kayan dan ubat-ubatan. Malaysia juga terkenal dengan keindahan alam semulajadinya yang sentiasa menjadi daya penarik kepada pelancong-pelancong asing. Walaupun hutan telah membantu negara mempelbagaikan sumber ekonominya, namun akhir-akhir ini, hutan menghadapi ancaman kemusnahan daripada pihak-pihak yang tamak dan hanya mementingkan kekayaan semata-mata. Peningkatan aktiviti pembalakan haram bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan telah menyaksikan dampak yang ketara kepada negara. Jika masalah ini tidak ditangani, sudah tentu kita akan menghadapi 1001 masalah di hari muka.

Pembalakan haram mampu menyumbang keapada terjadinya bencana alam. Pembalakan yang tidak terkawal akan menjadikan permukaan bumi gondol dan terdedah kepada hakisan. Bahan yang terhakis akan dibawa dan dimendapkan di dasar sungai. Hal ini menyebabkan sungai menjadi cetek. Apabila hujan lebat, sungai tidak mampu menampung air yang banyak lalu ia melimpah ke kawasan sekitar. Banjir yang sering kali memusnahkan perkampungan orang asli mengakibatkan kehidupan masyarakat ini diambang penderitaan. Adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung. Kita tidak seharusnya mementingkan diri sendiri. setiap tindakan yang kita ambil pastinya akan memberi impak keapada orang lain.

Selain itu, kemusnahan habitat flora dan fauna juga merupakan kesan aktiviti pembalakan haram. Umum mengetahui bahawa hutan merupakan tempat tinggal semula jadi bagi pelbagai jenis tumbuhan dan spesies haiwan liar. Kemusnahan hutan bermaksud musnahnya tempat tinggal hidupan-hidupoan yang tinggal didalamnya. Jika tiada tindakan yang diambil bagi mengawal kegiatan manusia yang tidak bermoral ini, nescaya perkara yang lebih teruk lagi akan berlaku. Contohnya, kepupusan sesuatu spesies hidupan. Justeru, langkah yang proaktif perlu lah dilaksanakan bagi mengelakkan perkara yang lebih parah lagi daripada berlaku. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Jangan biarkan cucu-cicit kita tertanya-tanya, apa itu orang utan, harimau gajah, dan burung kakak tua.

Selain dari sepesis2 tersebut pontianak juga tak ketinggalan merasai hasil daripada penebangan poko2 yg menjadi bangle, casa dan villa mereka. Maka dengan kemusnahan itu mereka berpindah ke tempat yang lebih dekat kepada manusia. Begitulah juga dengan kejadian yang terjadi kepada salah seorang anak murid saya dimana seorang pontianak telah berdiam dihadapan bilik penginapan bujang beliau bersama deretan bilik bujang teman sekerjanya. Apa yang menjadi masalahnya disini ialah dia selalu menakutkan manusia dengan wajahnya yang umpama indah kabar dari rupa. Maka dalam ketakutan lah mereka yang sering terjumpa dengan sepsis ini.

Apasal pakcik terikut2 bahasa karangan budak SPM ni.. mentang2 lah keputusan baru keluar.. Xpe lah layan jer lah.. Biarlah kali ni pakcik tulis ikut gaya bahasa budak SPM lak.. Setelah dibuat pengaduan kepada pakcik sewaktu di dalam kereta maka dengan serta merta pakcik menerawang kea lam sebelah yang tidak berhutan untuk melihat keadaan sebenar kedudukan pontianak itu dalam kisah yang diceritakan kepada pakcik. Sewaktu kejadian penerawangan semasa memandu itu (jangan tiru atau lakukan aksi merbahaya ini ) telah ternampak oleh pakcik seekor pontianak sedang mencangkung dihadapan tempat sampah sisa buangan dari rumah masak berdekatan dengan deretan bilik bujang tersebut.. Maka apabila hadirkan diri di alamnya maka tersedarlah cik pon ini dari aktivitinya memakan hasil buangan makanan lebihan serta anggota dalaman haiwan yang tak dimasak. Sungguh berselera cik pon ini menikmati juadah suppernya pada malam tersebut. Demi terasa pergerakan mengintipnya maka cik pon terus memalingkan muka kearah pakcik yang dalam kedudukan sekodeng satu kelopak isi peluru. Demi melihat wajahnya pakcik juga yang sedang memandu iu hampir memusingkan steering kereta kerana teramat geli serta geleman melihat wajahnya yang sungguh kurang sopan itu. Sesusuk wajahnya pakcik melihat kelopak matanya ditarik ke atas dan bawah sehingga tompokan daging merah jelas kelihatan sebesar penumbuk di kedua matanya dan biji matanya pula tergantung ditengah2 diamana saya mengadap eh bukan ditengah-tengah daging kemerahan itu. Hidungnya pula berlubang hingga ke bahagian batang hidungnya dan dikhuatiri bahawa cik pon ini pernah mengidap sinus atau resdung yang kronik. Dipercayai juga cik pon ini tidak pernah mendapatkan rawatan pergigian berdasarkan rekod kesihatannya kerana gigi taringnya yang melepasi dagunya ke bawah tampak agak kekuningan dan memerahan sedikit. Mungkin oleh kerana tidak pernah diterima utk membuat rawatan manicure maka kukunya juga agak menggerutu serta panjang dan boleh diklasifikasikan sebagai senjata panjang iaitu melebihi ukuran 6 inci.



Oleh kerana telah dikantoikan pengskodengan pakcik maka pakcik terpaksa membuat tindakan selamat dengan kunci selamat kepada safe iaitu pakcik terpaksa mengerahkan kepantasan pakcik untuk menggengam rambut hapak beliau dan bukanlah tujuannya untuk dibawa ke saloon tetapi sekadar membuat gerakan mengunci pergerakannya sahaja. Namun makhluk perosak ini terus melawan dengan cubaan untuk menggunakan cakaran kukunya bagi melukakan pakcik yang telah bersiap sedia mengaturkan panglima hitam yang memegang hammer serta paku kesakitan mengakibat kematian yg abadi disebelahnya. Andai keadaan menjadi tidak terkawal maka satu lantunan tukul itu cukup untuk membuatkan paku itu menyeksa cik pon tersebut hingga hujung nyawanya. Serentak dengan itu juga renjatan letrik kaler biru diarahkan ke pinggang cik pon tersebut yg membuatkan beliau akan kaku dan lumpuh seketika.

Setelah tiada unsur serangan balas dari cik pon maka pakcik terus menukar watak sebagai polis bersara denganmengajukan soalan2 yang tidak disoal dalam peperiksaan SPM seperti dari mana kamu dtg, kenapa kamu disini, dan apa yang kamu mahu. Maka diberitakan kepada pakcik tentang penebangan pokok yg menjadi habitat semulajadinya lantas meruntuhkan villa kediaman beliau. Oleh kerana menjadi mangsa kehilangan rumah maka beliau bergelandangan dihadapan blok bilik bujang itu untuk menagih kasih mencari tuan yang sesuai pula.

Setelah dikenalpasti makhluk tanpa rumah itu maka pak cik telah member dia dua pilihan. Ini disebabkan kerana beliau seekor perempuan maka amatlah dipandang zalim sekiranya pak cik membunuhnya. Maka pakcik pun mengutarakan pilihan yang ada iaitu masuk Islam dan dihantar ke bandaraya Jin di Bukit Anatarabangsa dan pilihan yang kedua iaitu rujuk kepada pilihan pertama atau mati. Maka cik pon insane lemah ini pun memilih pilihan talian hayat yg pertama kerana beliau mahu hidup  Namun yang menjadi isu buat masa kini ialah persoalan dr cik pon sendiri tentang bekalan makanan di bandaraya itu serta bekalan jantan2 macho buat dirinya. Tanpa mengendahkan kemahuan beliau pakcik kata itu cerita kemudian lantas mengajarkan ucapan syahadah beserta tafsirannnya serta sedikit ceramah tentang do’s and don’t setelah beliau memeluk Islam nanti. Sambil menahan nafas dr cikpon yang seharum bauan lori khinzir baru lalu pakcik menerangkan serba sedikit tentang kehidupan beliau nanti di bandaraya tersebut Bagi meneruskan majlis seterusnya dijemput pakcik utk membacakan doa. Maka dimintalah buat beliau wajah baharu yang lebih Islamik serta persalinan berupa telekong, sejadah, tasbih serta sebuah quran buat bacaan beliau bagi mengisi masa lapangnya dlm mencari pasangannya di sana.

Alhamdulillah, atas limpah kurnia dan rahmatNya maka dikurniakan ke atas beliau wajah yg indah namun belum mampu memukau pakcik dengan kecantikkannya. Ini adalah disebabkan Datin Paduka pakcik jauh lebih indah dari beliau. Demi untuk membuktikan kebesaran Ilahi pakcik keluarkan cermin hikmat dihadapan beliau bagi beliau melihat wajah baru beliau dengan lebih dekat serta dari pandangan sisi. Walau bagaimanpun pakaian beliau menjadikan mana-mana jin jantan pada masa itu tidak terliur atau tak kebuloq kata orang utara.

Setelah itu dengan mengekalkan kedudukan sedang memandu pakcik berikan sebuah nama yg indah utk beliau bawa hingga ke akhirat iaitu dengan nama Siti Saleha. Dengan nama yg indah dan wajah yg menawan cik pon ini cuba pulak mencabul pakcik dengan cubaan untuk mencium pakcik sebagai menunjukkan tanda terima kasih beliau. Lantas satu pelempang sebelah kiri tangan pakcik singgah kemukanya tanpa ada rasa belas ikhsan kerana pakcik memaklumkan beliau bahawa perbuatan tersebut haram sebab bukan muhrim. Itulah agaknya buah tangan dari pakcik sebelum beliau meningalkan tempat tersebut utk mendiami bandaraya jin.

Pakcik pun tidak ketinggalan untuk memanggil rijalul ghaib yang telah bersama pakcik menjadi pengawal peribadi pakcik sekian lama untuk memandu cik Siti Saleha ke kawasan penempatan yang baru. Mujurlah Panglima Hitam (yg sedang kecut perut kalau2 bininya dirumah nampak beliau berdekatan dengan cik Siti pasti akan berlaku salah sangka dan silap-silap perang dunia akan tercetus pula nanti) sempat mengingatkan pakcik bahawa cik Siti ni tak mandi hadas lg. Maka dilaksanakan adat bersiram hadas utk cik Siti dengan air zamzam kau yg segar dari ladang yang dibawa oleh pengawal peribadi pakcik  dan seterusnya dibawa ke penempatan baru tersebut.

Sehari selepas itu diwaktu malam maka pakcik membuat tinajuan semula ke tapak tempat pelepakkan cik pon a.k.a cik Siti sebelum itu. Maka terlihat sesusuk lembaga lain pula menyerupai beliau. Namun demi melihat akan kelibat pakcik lantas makhluk itu terus mintak ampun banggggg katanya saya tak dok sini dahhhh saya pergi ketempat lainnn laungnya sambil terbang melayang kearah sebatang pokok besar yang tidak berapa jauh dari situ.
Bak kata orang pokok jangan ditebang, nanti daunnya gugur, tukang kebun juga yang kena bersihkannya… Geram Sangat Wallaweii untuk bulletin blog Arisha..

Monday, February 25, 2013

Manusia biasa yang tak boleh menilai sesiapa... Mistika 33



Assalamualikum wbt para sidang pembaca yang dikasihi sekalian.. Dah lamo pakcik tak menulis ni.. Ye lah sejak2 umur meningkat seiring dengan model Apple iPhone ni.. du lu 3GS skarang ni dah 4S so slow la sikit.. nak mengingat balik pengalaman2 lama ni ambik masa la..

Yang pakcik teringat ialah kisah satu pasangan kawan2 pakcik yang rumahnya sering terkena gangguan.. Walau dah dua tiga kali pindah asyik ada gangguan jer dalam rumah sampai rasa nak terkentut dalam rumah pun mcm x lepas sebab mcm ada makhluk lain yg boleh tercium bau kentut dia.. Setengah org kecik dulu kentut tu simpan dalam tapak tangan pastu buang kat luar rumah pun ada gak…

Lama lah jugak diaorg bertahan dengan gangguan2 ni. Bila bininya komplen kat suaminya, suaminya buat endah tak endah jer sebab dia bukan nak percaya benda2 ghaib ni pun. Bukannya org suh percaya benda2 ghaib ni lebih berkuasa drpd kita Cuma kita kena faham bahawa diciptakan makhluk dan manusia.. makhluk tu termasuk berbagai jenis tumbuhan dan hidupan sama ada yang kita nampak atau tak tu.. Malaikat pun ghaib… takkan kita tak percaya gak kewujudan malaikat.. Kdg2 payah nak xplain kat org2 yg terlebih pandai ni.. kata org zaman moden ni mana ada benda2 mcm tu dah.. apasal diaorg ingat umur diaorg lg panjang drpd jin ker? Jin lg pjg umur drpd manusia… Dan kat alam ghaib nun lagi maju daripada alam nyata ni.. mana pakcik tau?? Aku tau la sebab aku bagitau.. Kalau aku tak tau aku jawab tak tau..

So kali ni aku nak menulis la cerita penglipur lara yang melayan angan2 kosong dikala senjakala untuk korang perabihkan masa lapang dari membuat kerja yang tak berfaedah.. baik korang baca citer temberang pakcik ni.. Ada gak faedahnya..

So masa kat umah pertama tu pernah la sekali laki dia ni dengar bunyi2 benda2 bermain ditangganya tu tapi sekali tu jer lah.. Bininya katanya banyak kali lah dengar.. Anak2nya pun ngadu banyak kali dengar waktu lepas kul 10 mcm tu.. Kesian anak2 nya dok takut nak keluar bilik lepas kul 10.. Tapi jimat sikit bil letrik kata sahabat pakcik ni sebab anak2nya tak la jadi gila tgk tv sampai tgh2 malam.. sebelum kul 10 semua anak2 dia berebut nak masuk bilik mcm kambing nak masuk kandang sebab takut kena kacau kat tangga tu..

Mula2nya sapa pun tak perasan sebab diaorg satu family ingat bunyi tangga tu sebab anak org sebelah dok berlari main tangga malam2.. Kisahnya masa jiran dia balik kampong cuti sekolah satu family, anak dia yang lelaki tengok la tv sorang2 kat bawah layan citer mat salleh.. maklum lah astro baru pasang kat umah dia.. tetiba anak jantan dia dgr bunyi tangga berulang kali lebih dari selalu.. maka anak dia pun fed up la.. tgh best2 layan cerita star wars tetiba kena kcu dek bunyi bising lak.. dia nak sound kawan dia kat umah sebelah.. bila dia jenguk dia Nampak kosong jer depan umah org tu n bru dia teringat kawan dia yg sama2 curi buah rambutan dekat rumah depan surau taman tu dah balik kg satu family.. so dia pun masuk balik umah n cuba berfikir sapa laky g duk main2 kat tangga.. nak kata adik2 dia, mak dia dah suh masuk tido awal2 lagi.. maka tetiba bulu yang baru2 belajar nak tumbuh kat bdn anak dia abis semua meremang.. terus dia lari naik ke atas masuk bilik sampai kain pelekat dia terjatuh melepak kat atas tangga tu..

Esoknya budak tu yang baru cadang nak sunat ujung tahun tu pun demam tak kuar bilik. Mak bapak dia tgk anak tak kuar bilik gi la tgk sedangkan anak dia ni pantang pagi jer hilang dah main sepak bola tenis jadi mcm futsal.. Maka bercerita lah ia pada kedua ibu bapanya perihal kenaikan kebuluan keromaan budak tu masa malam semalam.. mcm biasa si bapak mengambil mudah apa yang jadi.. maknya mcm biasa bertambah risaulah.. tambahan pulak bininya pnah bcerita kat sahabat ni yang dia selalu mimpi terjatuh dari tempat tinggi.. selalunya org yg mimpi mcm ni akan terkujat terkujat tidurnya mcm korang tgk kucing tido.. tapi aku tak tau lah kucing tu selalu mimpi apa sebab aku tak pernah tanya kucing tu n kucing aku pun tak pernah nak jawab pasal apa.. so benda tu aku KIV je lah.. Lagi pun kucing tu x pnah mtk tlg mana2 pengamal perubatan utk ubat diaorg.. paling2 diaorg jumpa veterinar jer utk suntik..

Lepas tu sebab nak belagak dengan kengkawan maka sahabat tu pun pindah la rumah lebih besar milik seorang India. Maka si isteri n anak2 nya pun sukalah hati sebab kat umah baru tak ada la gangguan yg mcm rumah dulu hendaknya.. selang tak sampai seminggu datang la balik gangguan kat umah tu sebab tangganya pun kayu mcm rumah yg sebelum ni.. makin mahal sewa umah makin kayu lak tangganya.. rumah yg murah2 tangganya batu lak..

Gangguan ni asalnya anak sulung perempuan diaorg dahaga tgh2 malam.. Bila satu malam tu dahaga anak sulung diaorg pun turunlah bwh gi dapur bancuh air sirap, xde la rasanya org2 dahaga tgh2 malam ni nak minum air ketum ye dok??.. dah siap bancuh sempatlah minah ni ambik berkat hirup seteguk sebelum nak bwk masuk bilik dia. Sampai kat tangga maka bergedudup ler bunyi tapak kaki naik turun tangga kat depan dia tu.. Apa lagi kenyang ler tangga minum belen air sirap yg tiga suku gelas lagi beserta kaca2 yang berserakan atas tangga.. tapi sebab anak sulung agaknya semangat dia kuat sikit daripada anak jantannya.. maka xde la nak demam2 anak perempuannya tu..

Selang tak berapa lama bininya pulak kena sakat bila sensorang tgh lipat kain sambil layan drama Dendam Sarakit agaknya kat Tv3.. Sambil2 melipat kain tu maka dalam kesamaran suara sarakit menjerit sana sini tu dia terdengar la bunyi yang meremangkan bulu kaki tu kat tangga rumah dia.. Dalam berani berani takut tu wife dia ni abiskan jugak tugasan melipat kain yang dah menghiasi sofanya sepanjang minggu dgn timbunan bak gunung kinabalu tu..  dengan perlahan dia buat2 berani angkat kain naik atas n bila nak sampai kat anak tangga atas tu pulak berbunyi mcm anak sulung dia kena masa bancuh air sirap tu.. maka bininya dengan sepantas Flo-Jo pun memecut masuk bilik tido dia dgn bawak kain yang ada kat tangan tanpa tunggu lagi dan tak sanggup nak tgk ke bawah dah.. Cita2 nak “angkat kain” kat dalam bilik pun tak jadi kut malam tu sebab pakcik tak tanya pun pasal tu.. sebab bab angkat kain t takde kena mengena dengan gangguan tu.. kuta nak ada gangguan pun anak kecik yg bangun mintak susu jer..

So bila dah xtreme punya gangguan sahabat pakcik ni suarakanlah dekat pakcik.. so dengan rendah dirinya dia mintak tolong la pakcik buatkan sesuatu.. mungkin sebab dia takut dia lak yang kena ganggu mcm tu atau dia takut bini dia dok tertinggal kain batik lak kat tangga tu mcm anak jantannya.. So pakcik berkira-kira lah lepas tu tunggu masa yg sesuai nak buat mcm mana.. sebab ada mcm sesuatu yang tersirat disebalik kejadian tu.. mcm berat n payah benor nak lepaskan hajat sahabat pakcik tu.. tapi daya dan usaha pakcik tetap ada.. Cuma tunggu allah bagi ilham je pada pakcik nak buat bila masa yg sesuai..

Berselang beberapa minggu sahabat pakcik ni pun call pakcik semula mintak tlg lagi katanya tak sihat sampai tak leh gi keje sebab ulu hatinya sakit dipenuhi angin.. kata orang sakit angin medu kut.. Sebab dia pernah dgr syarahan pakcik kat dia yang mengatakan penyakit yang melibatkan angin dalam badan ni adalah di sebabkan oleh jin termasuklah angin ahmar.. pasal angin ahmar ni pakcik pernah tulih sebelum ni.. kalau korang nak baca scroll la sendiri sebab laptop pakcik ni x leh nak remote scroll kat korg.. o dia mintak tolong pakcik usahakan jugak la ubati dia walau dia dah try mkn ubat gastric tak ilang2 gak..

Makanya malam tu pakcik dengan bala tentera pakcik beserta guru2 dan para rijalul ghaib bertandang la kerumahnya lepas buat solat hajat.. maka dibelah lah perut sahabat pakcik tu dengan cara bedah ghaib yg mana sahabat pakcik akui terasa sejuk je perut bila kena belah tu walau ekon dia tak berpasang pun.. on the way nak balik tu pakcik teringat request dia yg sebelum tu yg belum pakcik tunaikan.. maka pakcik, panglima hitam serta wajawira pakcik si serigala putih pun menuruni tangga rumah beliau setelah selesai proses modified perut sahabat pakcik tu.. kat atas tangga tu panglima hitam dok kluarkan seketul daging dari poket seluar dia yang tak pernah putih tu.. namanya pun abang itam kan.. So tiada yg tidak itam melainkan semuanya itam2 belaka la.. maka sekonyong-konyongnya keluar seekor lembaga berbadan berkaki dua, bertangan yang berbulu lebat serta kepala yang menyerupai anjing poodle..Bila keluar jer terus terjelir-jelir lidah dia macam sedap sgt daging yang panglima itam pegang tu.. aku pun x pnah tanya daging apa.. lantakla janji aku leh tgk apa benda yang dok main tangga.. rupanya selama ni ajing ni yang suka dok main kat tangga rupanya.. patutla dalam siri Bercakap dengan jin Tamar Jalis dulu dia ada cerita pasal manusia berkepala anjing.. tapi ni jin yang berkepala anjing yang aku nampak..

 ni ada iras2 ni.. mcm sedara dia jer..

Maka dengan sepantas kilatnya sambil panglima hitam my bodyguard tu dok mengumpan makhluk yang tak diundang tu aku pun memanggil pedang hamzah aku datang terbang melayang dan zasss putus lehernya disembelih lalu serigala putih yang sedia menunggu trus ngap tanpa perlu aku suruh.. tak sempat aku nak habiskan perkataan pisang pun benda tu dah masuk mulutnya.. baru aku nak sebut pi… memang dah pi dah benda tu dlm mulut dia.. maka selepas itu rijalul ghaib aku minta untuk membawa dua bekas air zamzam dari tempat biasa tuan guru datuk haji ismail mencedok air zamzam utk diberi minum kepada tetamu allah yang hadir mengerjakan haji.. Maka panglima hitam pun meratakan air zam2 tersebut keseluruh tempat di tangga dan diadalm stor tempat melepak makhluk berkepala anjing itu..  dengan tanah haram pula disamak tempat2 tersebut dan si marmud ditugaskan untuk membersihkan dan menghilang kan bau serta aroma tempat makhluk tersebut pernah bermastautin agar makhluk tak diundang lain tak menggangtikan tempatnya pula..

Maka setelah selesai segala urusan tu setelah hampir lewat malam itu maka ahli rombongan datuk raden dan aku itu pun meminta diri dan beransur pulang. Setelah diberitahu bahawa sahabat yg sakit dapat melihat didalam pejamnya kehadiran datuk raden yang samar baying, datuk panglima hitam, marmud serta rombongan lain sewaktu rawatan dilakukan ke atasnya.. Maka Alhamdulillah ilmu aku yang dinafikan oleh sesorang selama ini ternyata benar dan menjadi sumber kekuatan dan kepercayaan aku dalam aku meneruskan perjuangan menentang anasir2 yang mengganggu umat manusia sejagat.. aku akan tetap terus berperang…

Dan selepas itu satu persatu perkara buruk yang menghantui pula hidup sahabat aku tu.. maungkin akibat egonya yang melambung, riaknya yang meninggi, sombongnya yang mendada.. aku tak tau.. satu persatu penyakitnya mula datang, keegoaanya mula goyangnya, sombongnya mula kurang, rentaknya mula songsangnya, garangnya mula hilang.. apa kaitannya dengan makhluk itu aku tak mau ambik tau.. biarlah itu antara dia dengan yang satu dan aku.. bukanlah sesiapa yang mahu menilainya kerana aku juga manusia biasa..

Friday, January 4, 2013

Mirror.. mirror... on the wall.... - Mistika 31



Saat semua sedang sibuk membuat menunggu kedatangan Ramadhan tahun lepas saya juga begitu sibuk di menjalani latihan tentera di sana sini tak berhenti. Maklumlah kesibukan masa selalu membataskan saya untuk selalu mengembara dan meneroka kealam lain yang tak tecapai dek jangkaun mata kita. Namun ingatan dan doa tidak pernah berhenti utk ahli keluarga saya yang sering terpaksa saya tinggalkan demi tugas. Kasih kepada mereka sebenarnya sentiasa berbekas dihati dan tidak pernah akan pudar dan padam. Walau apapun tingkah laku mereka…

So di masa yang berbaki sebelum solat jumaat hari ini teringin juga saya menyambung cerita rekaan fiksyen tahap gaban yang saya reka sendiri dengan tujuan untuk menjadi bahan bacaan santai para pembaca blog saya yang budiman agar dapat menjadi tauladan dan pedoman di hari muka.

Ceritanya bermula begini… tapi bukan dengan ayat pada zaman dahulu ya..Saya menerima menerima kunjungan salah seorang anak buah saya yang terpaksa ditumpangkan sementara dari Kuantan yang dah lama saya tak jumpa. Kami bercerita mengenai perkembangan masing2 sampailah beliau menyuarakan meminta pertolongan melihat keadaan neneknya yang katanya sudah lama menderita sakit selain keuzuran sebagai orang tua. Badannya tidaklah setua mana tetapi yang menjadi masalahnya ialah neneknya selalu meracau sehingga kadang2 menghilangkan diri sebelum balik semula kerumah. Walau satu kampong membantu mencari tetapi tetap tak dapat berjumpa dengannya. Bukan mengatakan nenknya belajar ilmu salah tetapi bagai ada sesuatu yang tak kena dengan neneknya. Pasti luruh hati seorang cucu melihat keadaan orang yang dikasihi dan dicintai sepenuh hati menderita seperti itu. Maka dengan rendah diri dia memohon pertolongan kepada saya.

Sebenarnya saya sendiri tidak tahu apa yang patut saya bantu kerana saya bukanlah seorang perawat pro. Setitis ilmu merawat pun saya tak ada sebab saya hanyalah panglima perang. Saya cuba melihat keadaan neneknya di dalam pandangan saya apakah sebenarnya yang berlaku. Saya mengambil wuduk dan memohon pertolongan Allah agar dipermudahkan urusan saya sambil membaca beberapa teknik sebagai pembukaan jalan pertolongan Allah.

Pandangan saya dibawa ke sebuah rumah di sebuah perkampungan. Sekeliling rumah dikekelilingi dengan pokok kelapa sawit laksana felda lagaknya. Saya melihat seorang wanita tua yang uzur terbujur dan terbaring kaku di pembaringan. Namun matanya terbeliak memandang ke atas. Apabila saya dekatinya, dia tersenyum dan tersengih dengan pandangan yang seram dan sinis. Rambutnya putih beruban mengerbang dan menampakkan giginya yang runcing dan tajam. Matanya hitam dia bangun dan duduk memandang saya. Usianya anggaran seperti 70an dan masih bertenaga lagi. Cuma kulitnya sahaja yang Nampak seakan sudah kedut seribu. Tangan dan tubuhnya sudah tidak banyak daging.

Ada makhluk hitam yang besar berbulu seluruh badannya disisinya. Dia sentiasa memegang tali dan tongkat dikanan dan kirinya. Sesekali pandangan sinisnya memandang saya dan tersengih sengih mungkin menunjukkan kekuasaannya. Tiada dialog antara kami dan saya hanya mendimkan diri. Badannya penuh dengan duri-duri dan seakan jarum-jarum emas. Saya masih tertanya ilmu apakah ini sebenarnya yang terpenjara dalam tubuh nenek tua itu. Jika dilihat rohaniahnya sebenarnya sedang menderita kesakitan. Dikurung dan diikat kaki dan tangannya seperti seorang tawanan dan hamba abdi kepada jin dan syaitan ini. Saya mengundurkan diri dan pulang kembali ke alam nyata.

Saya menghubungi kembali sahabat saya itu dan memintanya solat hajat dan dihadiahkan untuk neneknya dan minta dia untuk membaca yassin 7 mubin dengan caranya sekali. Selain itu saya minta dia untuk perbanyakkan membaca fatihah dan 3 Qul dan dihadiahkan kepada neneknya sebagaimana yang diajar oleh guru saya Tuan Haji Ismail Benut. Selain diberikan air yang telah dibacakan ayat2 syifa sekiranya mampu diberi minum. Saya sendiri sebenarnya tidak pasti adakah itu akan membantu neneknya nanti. Pada malam yang dijanjikan sekali lagi saya juga duduk bermeditasi setelah turut membacakan yassin 7 mubin untuk ditujukan pada neneknya. Saya kembali lagi ke rumah tersebut. Kali ini nenek tua itu tidak ada, yang ada makhluk hitam besar dan berbulu yang berada disampingnya. Berlakulah sedikit perbualan antara kami. 

Saya : Assalammualaikum

Makhluk Hitam : hmm..hmmmmm 

Dia tidak menjawab soalan saya hanya berdehem dan mengelengkan kepalanya. Menandakan dia tidak mampu menjawab salam itu dan menunjukkan dia bukan beragama islam.Saya pun menyambung perbualan saya

Saya: selamat malam

Makhluk hitam : Selamat Malam 

Kedengaran suaranya agak kasar menjawab. Dalam kegelapan suasana itu saya sebenarnya tidak dapat melihat matanya kerana semuanya berwarna hitam dan besar serta tidak berapa jelas.

Saya: Sudah lamakah kamu disini sebenarnya

Makhluk Hitam : Sudah berpuluh tahun aku bersamanya. Dia adalah aku dan aku ada lah dia.

Saya tersenyum mendengar kata-katanya.

Saya :Masakan mungkin kamu adalah dia dan dia adalah kamu. Kamu sudah memperdayakan dirinya dan menahan rohaniahnya sebagai hamba abdi kamu selama ini. Dan kamu masih menyeksakan jasadnya ini..

Makhluk Hitam : Inilah perjanjian kami dan harganya.

Makhluk tersebut tersenyum dan menyeringai.

Saya: Baiklah begini saya datang ingin memohon agar kamu bekerjasama. Sudikah kiranya kamu melepaskan dia dan saya berikan kamu pampasan dan gantiruginya.

Makhluk Hitam : Apa yang boleh kamu berikan.

Kelihatan seakan-akan dia memberikan kerjasama dan berminat dengan tawaran yang cuba saya berikan. Ketika itu saya tidak terfikir tentang nenek tua yang saya nampak sebelum ini. Setelah dia bersetuju dengan syarat dan pampas an saya kepadanya, saya pun meminta dia pulang ke tempat asalnya dan kelihatan seperti dia sudah pulang ke tempatnya. Maka bagi saya perkara ini sudah berakhir. Keesokkan harinya saya menelefon semula sahabat saya ini dan bertanya keadaan neneknya. Katanya neneknya seperti meracau-racau dan memanggil namanya meminta dan merayu pertolongan. Pada hemat saya masalah ini mungkin lebih panjang lagi kisahnya.

Entah bagaimana saya tertidur tengahari ahad itu. Mungkin keletihan melayan anak saya bermain selain memikirkan apakah jalan dan caranya. Saya meminta sahabat itu untuk terus bersolat hajat dan cukupkan bacaan yassin 7 mubin untuk neneknya. Sebenarnya saya sendiri tak tahu bagaimana lagi untuk membantunya kerana cubaan kali pertama malam semalam gagal. 

Tiba-tiba saya rasakan pandangan saya dibawa ke suatu tempat seperti di dalam sebuah bilik yang besar dan mengandungi perabot lama seperti dalam filem hitam putih zaman P.Ramlee dulu. Saya melihat ada seorang wanita cantik berusia dalam lingkungan awal 20 an sedang berdandan di hadapan cermin. Rambutnya disanggul rapi dan bibirnya dioles dengan perwarna bibir berwarna merah. Almari soleknya berwarna hitam dan terdapat beberapa laci. Saya ternampak sanggulnya berwarna kuning keemasan mungkin tembaga yang disalut dan dia memakai kebaya. Dia melihat wajahnya dicermin dan tersenyum puas melihat keindahan wajahnya. Tapi sebenarnya terdapat makhluk hitam yang saya jumpa sebentar tapi seperti membelai-belai wajahnya. Kadang makhluk itu menjilat seluruh tubuhnya membuatkan saya terasa sedikit jijik. Jika manusia tahulah dengan siapakah mereka lakukan perjanjian dan sejijik manakah perbuatan itu pasti mereka tidak akan terjebak dengan perbuatan seperti ini.

Tiba-tiba saya tersedar bila anak kecil saya merengek meminta susu. Ketika itu saya menghubungi guru saya Datuk Raden Sandhi secara ghaib dan meminta bantuannnya untuk menangani masalah sahabat saya ini. Mujurlah guru saya sudi membantu kerana cucu nya ini ingin membantu sahabat yang sedang bermasalah itu. Setelah kami berbual dan berbincang Datuk raden juga cuba mencari di dalam pandangannya apakah sebenarnya masalahnya. Mengapa kaedah pertama itu gagal sedangkan makhluk itu telah berjanji untuk pulang.

“Cucu, datuk melihat kiranya masih ada barang yang menjadi perantara dalam perjanjian tersebut. “ Kata datuk raden.“Barang? Apakah barang tersebut wahai datuk?” Saya pun termangu-mangu apakah sebenarnya yang menjadi perantaranya.

“Rasanya seperti cucuk sanggul. Cubalah cucu melihat sendiri dalam pandangan kamu adakah seperti apa yang aku nampak ketika ini?”

Saya teringat gambaran yang saya nampak sebelum ini tentang seorang wanita muda yang bercucuk sanggul dan almari solek berwarna hitam. Saya bertanya pada Datuk raden adakah benar seperti yang saya mimpikan itu. Saya pun menceritakan ciri-cirinya. Datuk raden terus berkata “Benar jua apa ilham yang didatangkan dalam mimpi mu itu cucuku”.. Saya pun menghubungi sahabat saya dan memintanya mencari barang yang dimaksudkan itu. Sahabat saya itu mengiyakan dirumah lama neneknya memang terdapat meja solek lama berwarna hitam. Keesokkanya sahabat tersebut menghubungi saya dan mengatakan dia sudah jumpa cucuk sanggul yang dimaksudkan itu. Cucuk Sanggul itu akan dibawa pulang ke Penang ini dan satu pertempuran baru akan bermula.


Macam biasa setelah mendapat barang yang disebutkan oleh guru saya tersebut maka saya pun memulakan acara kunci mengunci makhluk yang menjaga barang tersebut. Apabila scanning dengan 7 skala rector saya lakukan maka sah lah nenek sahabat saya ini sewaktu mudanya telah berjumpa seseorang yang mengamalkan ilmu hitam dan beliau meminta bomoh tersebut agar dirinya sentiasa cantik dimata orang. Dengan dibekalkan cucuk sanggul tersebut maka nenek itu pun mendapatlah apa yg beliau idamkan berserta dengan bonus sekali.. jin hitam mcm beruk untuk dibela dan akibatnya memakan diri nya sendiri.

Nak dipendekkan cerita berlaku lah pertempuran antara saya bersama rijalul ghaib dan bodyguard2 saya dengan makhluk buruk, huduh mcm tungkik tu dan terjadilah penyembelihan, penyincangan dan siat lapah semua skali beserta penanaman di sana sini oleh rijalul ghaib yang sentiasa berjuang dengan saya melawan ancaman jin dan syitan ke atas manusia yang tak pernah berhenti itu samapai hari kiamat. Akhirnya cucuk sanggul yang membawa malapetaka kepada sahabat saya itu saya rendam dengan air garam kasar yang dicampur dalam air yg telah dibacakan ayat pemusnah sihir dan ayat melebur syaitan dan jin lalu saya bawa naik feri pulau pinang dan terjun lah ia ke laut semasa feri betul2 berada di tengah-tengah Selat Melaka. Berakhir la riwayat dan gah nya syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia itu. Mcm mana dia nak merubah rupa nenek tua supaya cantik sedangkan dia sendiri huduh, berbulu, mcm monyet serta busuk hanyir. Kadang2 saya tak faham dengan manusia yang tak pernah bersyukur dengan kesempurnaan yang Allah telah berikan dan masih tak puas dengan keadaan dirinya sendiri. Sedangkan kalau difikirkan apabila bangun dari tidur dipagi hari sejuta kesyukuran yang kita panjatkan kerana kemurahan Allah meminjamkan masanya untuk kita hidup lagi sehari dan meminjamkan kita untuk menikmati udara segar yang mengisi jantung dan paru2 kita yang menjadikan kita dapat hidup di dunia yang sementara ini

Thursday, December 6, 2012

Setan Gangster Jahanam Style....



Langit makin hitam diselubungi oleh awan cumulus nimbus yang tak berapa nak bawak keriangan dalam hati aku sebab hujan akan pasti turun menemani malam aku dan akhirnya hingga ke pagi dan membuatkan aku bangun lambat pergi keje sebab sedap sangat megholoh kata orang Kuale atau tido dalam bahasa Jerman. Tengok ke ufuk timurt, bulan dah mula mengambang dibalik sinar matahari petang. Tinggal nak naik dan mengambang jer dan tanda2 ketam akan berisi penuh kalau beli kat pasar malam minggu depan.

Aku berasa rugi sangat tahun ni kerana tahun ni aku tak dapat nak concentrate upgrade amal. Rugi woo… Aduh, wahai hati, awat hang ni malas. Jangan jadikan kerja aku yang tak abih2 sepanjang tahun tu sebagai alasan woi.. Tapi ia memang memenatkan aku.. jadi mcm keldai tunggangan pun ada rasanya.. kerja banyak melambak tapi penghargaan hatta ucapan thank q pun tak sampai ke telinga aku dari boss.. Sabarlah hati tempuh dugaan.. Usahkan pangkat, pencalonan AKC pun aku tak dapat. Tapi aku tak heran pun janji tanggungjawab aku terlaksana dan aku tak susah2 nak menjawab kat Mahsyar nanti. Setakat sijil AKC tu aku dah kumpul 3 sijil dalam 10 tahun aku kerja so aku tak heran pun klu tak dpt. Last 2-3 years pun aku reject bila boss aku nak bagi AKC lagi.. cukuplah setakat ni yang aku dpt.. Bg lah kat org lain sebagai peransang utk diaorg..


Jadi, hari ni aku tertengok pokok2 besar kat kediaman aku ni yang menampung banyak jenis makhluk hodoh2 yang bergayutan.. kalau nampak dgn mata kasar mampus takder org nak duduk kat sini.. So aku pun tergerak nak menceritakan kisah sapakah syaitan2 yang dirantai,diikat dan disumbat ke dalam jel masa bulan puasa nanti.. Minta perhatian ya, bukan semua syaitan dikunci, kerana di dalam hadis, ada yang menyebutkan, hanya syaitan dan jin  yang kuat sahaja yang dikunci. Yang tinggal adalah ssyaitan dan jin yang low class yang tinggal dalam jamban tengok orang berak.

Ini diantara syaitan dan jin kolar putih high class antara daripada kalangan encik setan yang diikat ketika Ramadhan :-

1. Iblis laknatullah itu sendiri sebagai bapak syaitan...

2. Zalituun (anak iblis) – Pakar dalam hal menggoda manusia ke arah sifat membazir dan bakhil.

3. Wathiin – Pakar dalam mendorong manusia berprasangka buruk dan putus asa terhadap Allah.

4. A’awan – Pakar yang ditugaskan khas dalam menggoda raja / pemimpin besar supaya bersikap sombong dan takbur serta zalim terhadap rakyatnya.

5. Haffaf – Pakar dalam menggoda manusia meminum arak / khamar dan benda memabukkan.

6. Murrah – Pakar dalam melalaikan manusia dari mengingati Allah dengan muzik, hiburan, gossip dan segala benda yang melalaikan.

7. Masuud – Pakar dalam membinasakan manusia melalui kata2 fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja dosa yg muncul dari lidah dan mulut.

8. Daasim – Pakar dalam merosakkan rumah tangga manusia dan menggoda ke arah zina dan maksiat.

9. Walahaan – Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

10. Lakhuus – Pakar dalam menyesatkan akidah manusia dengan menyembah api, batu berhala, bintang dan lain2.

Mereka inilah adalah 10 jenis syaitan bertaraf bangsawan yang dirantai di bulan puasa dan dicampakkan ke dalam lubang penjara yang paling dalam dan gelap di dalam laut. Mereka ibarat kerabat diraja Iblis yang berdarah tulen dan mempunyai kedudukan hirarki tertinggi dalam sistem pemerintahan Iblis.

Selain dari mereka ini ada lagi syaitan dan jin kelas pertengahan yang dirantai.. Tapi itu semua aku nak korang cari sendiri lah yer.. Bukan apa kalau setakat membaca ni payah nak masuk otak korang. Klu korang berusaha keras mencari insyaallah terpaku kemas ilmu tu dalam kepala korang.. selamat mencari dan selamat beramal.....