Pokok merupakan khazanah dunia yang amat bernilai. Hutan
telah membekalkan negara kita dengan pelbagai sumber seperti kayu-kayan dan
ubat-ubatan. Malaysia juga terkenal dengan keindahan alam semulajadinya yang
sentiasa menjadi daya penarik kepada pelancong-pelancong asing. Walaupun hutan
telah membantu negara mempelbagaikan sumber ekonominya, namun akhir-akhir ini,
hutan menghadapi ancaman kemusnahan daripada pihak-pihak yang tamak dan hanya
mementingkan kekayaan semata-mata. Peningkatan aktiviti pembalakan haram bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan
telah menyaksikan dampak yang ketara kepada negara. Jika masalah ini tidak
ditangani, sudah tentu kita akan menghadapi 1001 masalah di hari muka.
Pembalakan haram mampu menyumbang keapada terjadinya bencana
alam. Pembalakan yang tidak terkawal akan menjadikan permukaan bumi gondol dan
terdedah kepada hakisan. Bahan yang terhakis akan dibawa dan dimendapkan di
dasar sungai. Hal ini menyebabkan sungai menjadi cetek. Apabila hujan lebat,
sungai tidak mampu menampung air yang banyak lalu ia melimpah ke kawasan
sekitar. Banjir yang sering kali memusnahkan perkampungan orang asli
mengakibatkan kehidupan masyarakat ini diambang penderitaan. Adat bernegeri memagar negeri, adat
berkampung memagar kampung. Kita tidak seharusnya mementingkan diri
sendiri. setiap tindakan yang kita ambil pastinya akan memberi impak keapada
orang lain.
Selain itu, kemusnahan habitat flora dan fauna juga
merupakan kesan aktiviti pembalakan haram. Umum mengetahui bahawa hutan
merupakan tempat tinggal semula jadi bagi pelbagai jenis tumbuhan dan spesies
haiwan liar. Kemusnahan hutan bermaksud musnahnya tempat tinggal
hidupan-hidupoan yang tinggal didalamnya. Jika tiada tindakan yang diambil bagi
mengawal kegiatan manusia yang tidak bermoral ini, nescaya perkara yang lebih
teruk lagi akan berlaku. Contohnya, kepupusan sesuatu spesies hidupan. Justeru,
langkah yang proaktif perlu lah dilaksanakan bagi mengelakkan perkara yang
lebih parah lagi daripada berlaku. Sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Jangan biarkan
cucu-cicit kita tertanya-tanya, apa itu orang utan, harimau gajah, dan burung
kakak tua.
Selain dari sepesis2 tersebut pontianak juga tak ketinggalan
merasai hasil daripada penebangan poko2 yg menjadi bangle, casa dan villa
mereka. Maka dengan kemusnahan itu mereka berpindah ke tempat yang lebih dekat
kepada manusia. Begitulah juga dengan kejadian yang terjadi kepada salah
seorang anak murid saya dimana seorang pontianak telah berdiam dihadapan bilik
penginapan bujang beliau bersama deretan bilik bujang teman sekerjanya. Apa
yang menjadi masalahnya disini ialah dia selalu menakutkan manusia dengan
wajahnya yang umpama indah kabar dari rupa. Maka dalam ketakutan lah mereka
yang sering terjumpa dengan sepsis ini.
Apasal pakcik terikut2 bahasa karangan budak SPM ni..
mentang2 lah keputusan baru keluar.. Xpe lah layan jer lah.. Biarlah kali ni
pakcik tulis ikut gaya bahasa budak SPM lak.. Setelah dibuat pengaduan kepada
pakcik sewaktu di dalam kereta maka dengan serta merta pakcik menerawang kea
lam sebelah yang tidak berhutan untuk melihat keadaan sebenar kedudukan
pontianak itu dalam kisah yang diceritakan kepada pakcik. Sewaktu kejadian
penerawangan semasa memandu itu (jangan tiru atau lakukan aksi merbahaya ini )
telah ternampak oleh pakcik seekor pontianak sedang mencangkung dihadapan
tempat sampah sisa buangan dari rumah masak berdekatan dengan deretan bilik
bujang tersebut.. Maka apabila hadirkan diri di alamnya maka tersedarlah cik
pon ini dari aktivitinya memakan hasil buangan makanan lebihan serta anggota
dalaman haiwan yang tak dimasak. Sungguh berselera cik pon ini menikmati juadah
suppernya pada malam tersebut. Demi terasa pergerakan mengintipnya maka cik pon
terus memalingkan muka kearah pakcik yang dalam kedudukan sekodeng satu kelopak
isi peluru. Demi melihat wajahnya pakcik juga yang sedang memandu iu hampir
memusingkan steering kereta kerana teramat geli serta geleman melihat wajahnya
yang sungguh kurang sopan itu. Sesusuk wajahnya pakcik melihat kelopak matanya ditarik
ke atas dan bawah sehingga tompokan daging merah jelas kelihatan sebesar
penumbuk di kedua matanya dan biji matanya pula tergantung ditengah2 diamana
saya mengadap eh bukan ditengah-tengah daging kemerahan itu. Hidungnya pula
berlubang hingga ke bahagian batang hidungnya dan dikhuatiri bahawa cik pon ini
pernah mengidap sinus atau resdung yang kronik. Dipercayai juga cik pon ini
tidak pernah mendapatkan rawatan pergigian berdasarkan rekod kesihatannya
kerana gigi taringnya yang melepasi dagunya ke bawah tampak agak kekuningan dan
memerahan sedikit. Mungkin oleh kerana tidak pernah diterima utk membuat
rawatan manicure maka kukunya juga agak menggerutu serta panjang dan boleh
diklasifikasikan sebagai senjata panjang iaitu melebihi ukuran 6 inci.
Oleh kerana telah dikantoikan pengskodengan pakcik maka
pakcik terpaksa membuat tindakan selamat dengan kunci selamat kepada safe iaitu
pakcik terpaksa mengerahkan kepantasan pakcik untuk menggengam rambut hapak
beliau dan bukanlah tujuannya untuk dibawa ke saloon tetapi sekadar membuat
gerakan mengunci pergerakannya sahaja. Namun makhluk perosak ini terus melawan
dengan cubaan untuk menggunakan cakaran kukunya bagi melukakan pakcik yang
telah bersiap sedia mengaturkan panglima hitam yang memegang hammer serta paku kesakitan
mengakibat kematian yg abadi disebelahnya. Andai keadaan menjadi tidak terkawal
maka satu lantunan tukul itu cukup untuk membuatkan paku itu menyeksa cik pon
tersebut hingga hujung nyawanya. Serentak dengan itu juga renjatan letrik kaler
biru diarahkan ke pinggang cik pon tersebut yg membuatkan beliau akan kaku dan
lumpuh seketika.
Setelah tiada unsur serangan balas dari cik pon maka pakcik
terus menukar watak sebagai polis bersara denganmengajukan soalan2 yang tidak
disoal dalam peperiksaan SPM seperti dari mana kamu dtg, kenapa kamu disini,
dan apa yang kamu mahu. Maka diberitakan kepada pakcik tentang penebangan pokok
yg menjadi habitat semulajadinya lantas meruntuhkan villa kediaman beliau. Oleh
kerana menjadi mangsa kehilangan rumah maka beliau bergelandangan dihadapan
blok bilik bujang itu untuk menagih kasih mencari tuan yang sesuai pula.
Setelah dikenalpasti makhluk tanpa rumah itu maka pak cik
telah member dia dua pilihan. Ini disebabkan kerana beliau seekor perempuan
maka amatlah dipandang zalim sekiranya pak cik membunuhnya. Maka pakcik pun
mengutarakan pilihan yang ada iaitu masuk Islam dan dihantar ke bandaraya Jin
di Bukit Anatarabangsa dan pilihan yang kedua iaitu rujuk kepada pilihan
pertama atau mati. Maka cik pon insane lemah ini pun memilih pilihan talian
hayat yg pertama kerana beliau mahu hidup
Namun yang menjadi isu buat masa kini ialah persoalan dr cik pon sendiri
tentang bekalan makanan di bandaraya itu serta bekalan jantan2 macho buat
dirinya. Tanpa mengendahkan kemahuan beliau pakcik kata itu cerita kemudian
lantas mengajarkan ucapan syahadah beserta tafsirannnya serta sedikit ceramah
tentang do’s and don’t setelah beliau memeluk Islam nanti. Sambil menahan nafas
dr cikpon yang seharum bauan lori khinzir baru lalu pakcik menerangkan serba
sedikit tentang kehidupan beliau nanti di bandaraya tersebut Bagi meneruskan
majlis seterusnya dijemput pakcik utk membacakan doa. Maka dimintalah buat
beliau wajah baharu yang lebih Islamik serta persalinan berupa telekong,
sejadah, tasbih serta sebuah quran buat bacaan beliau bagi mengisi masa
lapangnya dlm mencari pasangannya di sana.
Alhamdulillah, atas limpah kurnia dan rahmatNya maka dikurniakan
ke atas beliau wajah yg indah namun belum mampu memukau pakcik dengan
kecantikkannya. Ini adalah disebabkan Datin Paduka pakcik jauh lebih indah dari
beliau. Demi untuk membuktikan kebesaran Ilahi pakcik keluarkan cermin hikmat
dihadapan beliau bagi beliau melihat wajah baru beliau dengan lebih dekat serta
dari pandangan sisi. Walau bagaimanpun pakaian beliau menjadikan mana-mana jin
jantan pada masa itu tidak terliur atau tak kebuloq kata orang utara.
Setelah itu dengan mengekalkan kedudukan sedang memandu
pakcik berikan sebuah nama yg indah utk beliau bawa hingga ke akhirat iaitu
dengan nama Siti Saleha. Dengan nama yg indah dan wajah yg menawan cik pon ini
cuba pulak mencabul pakcik dengan cubaan untuk mencium pakcik sebagai
menunjukkan tanda terima kasih beliau. Lantas satu pelempang sebelah kiri
tangan pakcik singgah kemukanya tanpa ada rasa belas ikhsan kerana pakcik memaklumkan
beliau bahawa perbuatan tersebut haram sebab bukan muhrim. Itulah agaknya buah
tangan dari pakcik sebelum beliau meningalkan tempat tersebut utk mendiami
bandaraya jin.
Pakcik pun tidak ketinggalan untuk memanggil rijalul ghaib
yang telah bersama pakcik menjadi pengawal peribadi pakcik sekian lama untuk
memandu cik Siti Saleha ke kawasan penempatan yang baru. Mujurlah Panglima
Hitam (yg sedang kecut perut kalau2 bininya dirumah nampak beliau berdekatan
dengan cik Siti pasti akan berlaku salah sangka dan silap-silap perang dunia
akan tercetus pula nanti) sempat mengingatkan pakcik bahawa cik Siti ni tak
mandi hadas lg. Maka dilaksanakan adat bersiram hadas utk cik Siti dengan air
zamzam kau yg segar dari ladang yang dibawa oleh pengawal peribadi pakcik dan seterusnya dibawa ke penempatan baru
tersebut.
Sehari selepas itu diwaktu malam maka pakcik membuat
tinajuan semula ke tapak tempat pelepakkan cik pon a.k.a cik Siti sebelum itu.
Maka terlihat sesusuk lembaga lain pula menyerupai beliau. Namun demi melihat
akan kelibat pakcik lantas makhluk itu terus mintak ampun banggggg katanya saya
tak dok sini dahhhh saya pergi ketempat lainnn laungnya sambil terbang melayang
kearah sebatang pokok besar yang tidak berapa jauh dari situ.
Bak kata orang pokok jangan ditebang, nanti daunnya gugur, tukang
kebun juga yang kena bersihkannya… Geram Sangat Wallaweii untuk bulletin blog
Arisha..
5 comments:
Patut larrrr.......... pattern lain pulak!!!!!!! dah agak dah.... hahahahahaha
Greetings I am so delighted I found your weblog, I really found you by accident, while I
was looking on Bing for something else, Nonetheless I am here now and would just like to say thank you for a remarkable post and
a all round thrilling blog (I also love the theme/design),
I don't have time to read through it all at the moment but I have bookmarked it and also added in your RSS feeds, so when I have time I will be back to read much more, Please do keep up the fantastic job.
Here is my blog post; オークリー激安
Since ωateг is needeԁ to ωаsh
clothеs, dishes, and otheгs, it is νery imрortant to
have gooԁ wateг filter tо eliminatе contаminants that can make us sіck.
The three levels of filtratіon procеss withіn the deѵice shоuld be enough
to put уour ωorrieѕ to rest.
It does the job efficіеntly.
My blog - aquarium ii ro di reverse osmosis water filter aquasafe
Ko lah yang punyo Jet kekeke
Your ωritе-up proѵides ѵeгified necesѕaгy to myself.
It’s еxtгemely helpful аnd уou're naturally quite educated in this area. You have opened up my personal eye to varying opinion of this subject matter with intriguing, notable and solid articles.
Feel free to surf to my site laudoimagem.com.br
Take a look at my web-site :: buy phentermine
Post a Comment