Showing posts with label god. Show all posts
Showing posts with label god. Show all posts

Friday, April 5, 2013

Sesungguhnya aku tidak memiliki tuhan...



Assalamualaikum wbt para pembaca yang budiman. Sekali lagi pakcik nak menulis untuk menarik korang selangkah kealam pemikiran pakcik yang serba sempit ini untuk muhasabah dan muhasarawak diri sebab pakcik akan dok bertapa kat Kuching ni sampai beberapa purnama. Ingatkan nak berkunjung ke kampong halaman guru pakcik di Paloh-Sambas tapi Nampak gayanya keadaan tak mengizinkan pakcik untuk berbuat begitu. Itupun lepas pakcik baca pengalaman org lain yg buat perjalanan darat dari Kuching ke Tebedu n Sambas melalui mcm2 pengalaman yg menakutkan. Bukan menakutkan mcm mana cuma seritanya sebelum nak lepas ke “kawasan selamat” tu org2 tu kena menrasuah tukang2 jaga pos kat sana tu sampai kering kontang duit poket. So daripada kering duit n dpt dosa kering bagi rasuah maka pakcik baik hindarkan sebab dosa yg ada ni pun dah cukup byk rasanya. So takyah lah nak tambah2 lagi rasanya. Baru nak terampun sedikit sebanyak dosa masa demam aritu so takkan nak overlap ngan dosa baru lak kan…

Ceritanya kali ni bukan pasal Sambas or guru pakcik tu. Tapi pakcik nak bercerita pasal “SIAPA TUHAN MU?”. Sebab masa transit kat KL aritu pakcik menetap dirumah saudara pakcik dan pakcik berkesempatan mentelaah buku “Tafsiran Sufi tentang Asma’ul Husna dan Amalannya”.  Maka sampai di suatu perenggan pakcik terhenti apabila membacanya serta terasa betapa bongkaknya diri ini dan terasa betapa kerdilnya diri ini..

Buku tulisan Imam Al-Qushairy ini memang betul2 mengejutkan pakcik dari satu lamunan yg panjang. Tiba pada satu bab huraian nama2 Allah itu ada satu nota tambahan tentang perbincangan Imam Al-Qushairy dengan Sheikh Al-Junaid yang amat2 menuntun hati pakcik ni. Amat2 berbekas dalam hati pakcik hingga buat pakcik terkedu dalam beberapa hari..

Persoalannya bermula bila Imam Al-Qushairy bertanyakan kepada Sheikh Al-Junaid Siapakah Tuhan Kamu? Lantas jawab hamba Allah yang tinggi ilmunya, baik pekertinya dan zuhud menjawab aku tidak memiliki tuhan… Sudah tentulah Imam Al-Qushairy yang sedang berguru dgn Sheikh Junaid ini kebingungan besar dengan kenyataan maut gurunya itu.. Takkanlah selama ini beliau hidup tanpa bertuhan..

YANG MEMILIKI KEBESARAN

 Melihatkan kekeruhan yang ada diwajah muridnya itu lantas Sheikh Junaid menjelaskan lagi tentang jawapan selambanya itu. Wahai Qushairi, telah berapa abadkah engkau hidup? Katanya lagi. Selama hayat engkau ini pernahkah seorang hamba memiliki tuannya? Atau adakah engkau melihat seorang uan yang memiliki hambanya (pada masa itu sistem perhambaan manusia masih lagi diamalkan).

Maksud Sheikh Junaid itu  adalah di dalam sistem perhambaan, sesiapa yang membeli hamba maka orang itulah yang memiliki dan menjadi tuan kepada hambanya. Sedangkan hamba tersebut tidak layak dan tidak berupaya untuk memiliki tuannya sebab dia yg dibeli tuannya dan bkn dia yang membeli tuannya. Untuk lebih mudah apabila kita membela binatang ternakan maka binatang ternakan itu milik kita sedangkan kita bukan milik binatang itu. Pemilikan itu hanya ada kepada tuan dan bukan pada hambanya. Binatang itu laksana hamba kerana ia lah yang akan mengerjakan ladang utk tuannya, menghasilkan susu utk tuannya dan akan dijual untuk dagingnya bagi menjadi pendapatan kepada tuannya.

YANG MAHA PEMILIK KERAJAAN

 Maka sambung Sheikh Junaid lagi “Maka adakah aku seorang hamba yang hina ini layak untuk memiliki tuhan sedangkan hanya dialah yang layak untuk memiliki aku sebagai hambanya”. Pilunya rasa pakcik dgr. Mcm kena hiris daging2 pakcik pastu diperahkan asam limau dan ditaburi garam je atas luka tu.. Nyeri gila dgr kenyataan seorang yg alim, kaya dgn ilmu, zuhud dan dikasihi Allah mengeluarkan kenyataan dari jiwanya yg halus itu. Sedangkan kita yg cetek agama ni hari2 kalau boleh nak menjerit bahawa Allah itu tuhanku….sedangkan kita tak sedar pun Allah yg jadikan kita dan kita hambanya buat selama-lamanya. Manakan kita ciptaan yg baharu ini mampu memiliki yang maha kuasa itu..

YANG MAHA MEMILIKI KEAGUNGAN & KEMULIAAN


Maka hari ini pakcik nak declare jugak bahawa pakcik tak memiliki tuhan melainkan Allah yang memiliki pakcik. Dialah pencipta pakcik dan pakciklah ciptaan nya. Dial ah yang disembah dan pakciklah yang menyembah.. Andai ada yang bertanya lagi Siapakah tuhan pakcik, pakcik akan ulang ayat “pakcik tak memiliki tuhan melainkan Allah yang memiliki pakcik”.

Tuesday, February 5, 2013

Dan aku masih bertatih...




SERATUS LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN 


01.  Bersyukur apabila mendapat rahmat/nikmat;

02.  Sabar apabila mendapat kesulitan;

03.  Tawakal apabila mempunyai rencana/program;

04.  Ikhlas dalam segala amal perbuatan;

05.  Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

06.  Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

07.  Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

08.  Jangan cemburui dengan kekayaan orang;

09.  Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;

10.  Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;

11.  Jangan tamak kepada harta;

12.  Jangan tamkkan kepada kedudukan;

13.  Jangan hancur kerana kezaliman;

14.  Jangan goyah kerana fitnah;

15.  Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.

16.  Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

17.  Jangan sakiti ayah dan ibu; Berbaktilah kepada mereka semasa mereka masih ada dan sentiasa doakan mereka sekalipunmereka telah meninggal dunia.

18.  Jangan usir orang yang meminta-minta;

19.  Jangan sakiti anak yatim;

20.  Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21.  Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22.  Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

23.  Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk;

24.  Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;

25.  Biasakan solat malam;

26.  Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;

27.  Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

28.  Sayangi dan santuni fakir miskin;

29.  Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

30.  Jangan marah berlebih-lebihan;

31.  Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32.  Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;

33.  Berlatihlah konsentrasi fikiran;

34.  Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;

35.  Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;

36.  Jangan percaya ramalan manusia;

37.  Jangan terlampau takut miskin;

38.  Hormatilah setiap orang;

39.  Jangan terlampau takut kepada manusia;

40.  Jangan sombong, takbur dan besar kepala;

41.  Berlakulah adil dalam segala urusan;

42.  Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

43.  Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;

44.  Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

45.  Perbanyakkan silaturrahim;

46.  Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

47.  Bicaralah secukupnya;

48.  Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

49.  Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

50.  Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

51.  Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;

52.  Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;

53.  Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;

54.  Hormatilah kepada guru dan ulama;

55.  Selalulah berselawat kepada nabi;

56.  Cintai keluarga Nabi saw;

57.  Jangan terlalu banyak hutang;

58.  Jangan terlampau mudah berjanji;

59.  Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;

60.  Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna;

61.  Bergaul lah dengan orang-orang soleh;

62.  Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;

63.  Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;

64.  Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

65.  Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;

66.  Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya;

67.  Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

68.  Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan

69.  Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.

70.  Jangan melukai hati orang lain;

71.  Jangan membiasakan berkata dusta;

72.  Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;

73.  Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;

74.  Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;

75.  Hormati orang lain yang lebih tua dari kita

76.  Jangan membuka aib orang lain;

77.  Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berkelebihan dari kita;

78.  Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;

79.  Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;

80.  Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;

81.  Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;

82.  Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;

83.  Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

84.  Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;

85.  Hargai kelebihan dan pemberian orang;

86.  Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan;

87.  Akrablah dengan setiap orang, sekalipun kita tidak senang dengan sikapnya.

88.  Sediakan waktu untuk beriadah yang sesuai dengan norma-norma agama dan koemampuan diri kita;

89.  Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu;

90.  Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;

91.  Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;

92.  Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;

93.  Jangan cepat percaya kepada gossip tentang teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;

94.  Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;

95.  Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;

96.  Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;

97.  Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan.  Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

98.  Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;

99.  Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.

100.  Manfaatkan ilmu yang anda telah pelajari walaupun sedikit dan sampaikan pula kepada orang lain. Allah's love is unconditional, today, tomorrow and always. May Allah bless you everyday. Amin.