Friday, March 22, 2013

Tanya sama pokok.. Aduh Saleha.. Mistika 34



Pokok merupakan khazanah dunia yang amat bernilai. Hutan telah membekalkan negara kita dengan pelbagai sumber seperti kayu-kayan dan ubat-ubatan. Malaysia juga terkenal dengan keindahan alam semulajadinya yang sentiasa menjadi daya penarik kepada pelancong-pelancong asing. Walaupun hutan telah membantu negara mempelbagaikan sumber ekonominya, namun akhir-akhir ini, hutan menghadapi ancaman kemusnahan daripada pihak-pihak yang tamak dan hanya mementingkan kekayaan semata-mata. Peningkatan aktiviti pembalakan haram bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan telah menyaksikan dampak yang ketara kepada negara. Jika masalah ini tidak ditangani, sudah tentu kita akan menghadapi 1001 masalah di hari muka.

Pembalakan haram mampu menyumbang keapada terjadinya bencana alam. Pembalakan yang tidak terkawal akan menjadikan permukaan bumi gondol dan terdedah kepada hakisan. Bahan yang terhakis akan dibawa dan dimendapkan di dasar sungai. Hal ini menyebabkan sungai menjadi cetek. Apabila hujan lebat, sungai tidak mampu menampung air yang banyak lalu ia melimpah ke kawasan sekitar. Banjir yang sering kali memusnahkan perkampungan orang asli mengakibatkan kehidupan masyarakat ini diambang penderitaan. Adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung. Kita tidak seharusnya mementingkan diri sendiri. setiap tindakan yang kita ambil pastinya akan memberi impak keapada orang lain.

Selain itu, kemusnahan habitat flora dan fauna juga merupakan kesan aktiviti pembalakan haram. Umum mengetahui bahawa hutan merupakan tempat tinggal semula jadi bagi pelbagai jenis tumbuhan dan spesies haiwan liar. Kemusnahan hutan bermaksud musnahnya tempat tinggal hidupan-hidupoan yang tinggal didalamnya. Jika tiada tindakan yang diambil bagi mengawal kegiatan manusia yang tidak bermoral ini, nescaya perkara yang lebih teruk lagi akan berlaku. Contohnya, kepupusan sesuatu spesies hidupan. Justeru, langkah yang proaktif perlu lah dilaksanakan bagi mengelakkan perkara yang lebih parah lagi daripada berlaku. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Jangan biarkan cucu-cicit kita tertanya-tanya, apa itu orang utan, harimau gajah, dan burung kakak tua.

Selain dari sepesis2 tersebut pontianak juga tak ketinggalan merasai hasil daripada penebangan poko2 yg menjadi bangle, casa dan villa mereka. Maka dengan kemusnahan itu mereka berpindah ke tempat yang lebih dekat kepada manusia. Begitulah juga dengan kejadian yang terjadi kepada salah seorang anak murid saya dimana seorang pontianak telah berdiam dihadapan bilik penginapan bujang beliau bersama deretan bilik bujang teman sekerjanya. Apa yang menjadi masalahnya disini ialah dia selalu menakutkan manusia dengan wajahnya yang umpama indah kabar dari rupa. Maka dalam ketakutan lah mereka yang sering terjumpa dengan sepsis ini.

Apasal pakcik terikut2 bahasa karangan budak SPM ni.. mentang2 lah keputusan baru keluar.. Xpe lah layan jer lah.. Biarlah kali ni pakcik tulis ikut gaya bahasa budak SPM lak.. Setelah dibuat pengaduan kepada pakcik sewaktu di dalam kereta maka dengan serta merta pakcik menerawang kea lam sebelah yang tidak berhutan untuk melihat keadaan sebenar kedudukan pontianak itu dalam kisah yang diceritakan kepada pakcik. Sewaktu kejadian penerawangan semasa memandu itu (jangan tiru atau lakukan aksi merbahaya ini ) telah ternampak oleh pakcik seekor pontianak sedang mencangkung dihadapan tempat sampah sisa buangan dari rumah masak berdekatan dengan deretan bilik bujang tersebut.. Maka apabila hadirkan diri di alamnya maka tersedarlah cik pon ini dari aktivitinya memakan hasil buangan makanan lebihan serta anggota dalaman haiwan yang tak dimasak. Sungguh berselera cik pon ini menikmati juadah suppernya pada malam tersebut. Demi terasa pergerakan mengintipnya maka cik pon terus memalingkan muka kearah pakcik yang dalam kedudukan sekodeng satu kelopak isi peluru. Demi melihat wajahnya pakcik juga yang sedang memandu iu hampir memusingkan steering kereta kerana teramat geli serta geleman melihat wajahnya yang sungguh kurang sopan itu. Sesusuk wajahnya pakcik melihat kelopak matanya ditarik ke atas dan bawah sehingga tompokan daging merah jelas kelihatan sebesar penumbuk di kedua matanya dan biji matanya pula tergantung ditengah2 diamana saya mengadap eh bukan ditengah-tengah daging kemerahan itu. Hidungnya pula berlubang hingga ke bahagian batang hidungnya dan dikhuatiri bahawa cik pon ini pernah mengidap sinus atau resdung yang kronik. Dipercayai juga cik pon ini tidak pernah mendapatkan rawatan pergigian berdasarkan rekod kesihatannya kerana gigi taringnya yang melepasi dagunya ke bawah tampak agak kekuningan dan memerahan sedikit. Mungkin oleh kerana tidak pernah diterima utk membuat rawatan manicure maka kukunya juga agak menggerutu serta panjang dan boleh diklasifikasikan sebagai senjata panjang iaitu melebihi ukuran 6 inci.



Oleh kerana telah dikantoikan pengskodengan pakcik maka pakcik terpaksa membuat tindakan selamat dengan kunci selamat kepada safe iaitu pakcik terpaksa mengerahkan kepantasan pakcik untuk menggengam rambut hapak beliau dan bukanlah tujuannya untuk dibawa ke saloon tetapi sekadar membuat gerakan mengunci pergerakannya sahaja. Namun makhluk perosak ini terus melawan dengan cubaan untuk menggunakan cakaran kukunya bagi melukakan pakcik yang telah bersiap sedia mengaturkan panglima hitam yang memegang hammer serta paku kesakitan mengakibat kematian yg abadi disebelahnya. Andai keadaan menjadi tidak terkawal maka satu lantunan tukul itu cukup untuk membuatkan paku itu menyeksa cik pon tersebut hingga hujung nyawanya. Serentak dengan itu juga renjatan letrik kaler biru diarahkan ke pinggang cik pon tersebut yg membuatkan beliau akan kaku dan lumpuh seketika.

Setelah tiada unsur serangan balas dari cik pon maka pakcik terus menukar watak sebagai polis bersara denganmengajukan soalan2 yang tidak disoal dalam peperiksaan SPM seperti dari mana kamu dtg, kenapa kamu disini, dan apa yang kamu mahu. Maka diberitakan kepada pakcik tentang penebangan pokok yg menjadi habitat semulajadinya lantas meruntuhkan villa kediaman beliau. Oleh kerana menjadi mangsa kehilangan rumah maka beliau bergelandangan dihadapan blok bilik bujang itu untuk menagih kasih mencari tuan yang sesuai pula.

Setelah dikenalpasti makhluk tanpa rumah itu maka pak cik telah member dia dua pilihan. Ini disebabkan kerana beliau seekor perempuan maka amatlah dipandang zalim sekiranya pak cik membunuhnya. Maka pakcik pun mengutarakan pilihan yang ada iaitu masuk Islam dan dihantar ke bandaraya Jin di Bukit Anatarabangsa dan pilihan yang kedua iaitu rujuk kepada pilihan pertama atau mati. Maka cik pon insane lemah ini pun memilih pilihan talian hayat yg pertama kerana beliau mahu hidup  Namun yang menjadi isu buat masa kini ialah persoalan dr cik pon sendiri tentang bekalan makanan di bandaraya itu serta bekalan jantan2 macho buat dirinya. Tanpa mengendahkan kemahuan beliau pakcik kata itu cerita kemudian lantas mengajarkan ucapan syahadah beserta tafsirannnya serta sedikit ceramah tentang do’s and don’t setelah beliau memeluk Islam nanti. Sambil menahan nafas dr cikpon yang seharum bauan lori khinzir baru lalu pakcik menerangkan serba sedikit tentang kehidupan beliau nanti di bandaraya tersebut Bagi meneruskan majlis seterusnya dijemput pakcik utk membacakan doa. Maka dimintalah buat beliau wajah baharu yang lebih Islamik serta persalinan berupa telekong, sejadah, tasbih serta sebuah quran buat bacaan beliau bagi mengisi masa lapangnya dlm mencari pasangannya di sana.

Alhamdulillah, atas limpah kurnia dan rahmatNya maka dikurniakan ke atas beliau wajah yg indah namun belum mampu memukau pakcik dengan kecantikkannya. Ini adalah disebabkan Datin Paduka pakcik jauh lebih indah dari beliau. Demi untuk membuktikan kebesaran Ilahi pakcik keluarkan cermin hikmat dihadapan beliau bagi beliau melihat wajah baru beliau dengan lebih dekat serta dari pandangan sisi. Walau bagaimanpun pakaian beliau menjadikan mana-mana jin jantan pada masa itu tidak terliur atau tak kebuloq kata orang utara.

Setelah itu dengan mengekalkan kedudukan sedang memandu pakcik berikan sebuah nama yg indah utk beliau bawa hingga ke akhirat iaitu dengan nama Siti Saleha. Dengan nama yg indah dan wajah yg menawan cik pon ini cuba pulak mencabul pakcik dengan cubaan untuk mencium pakcik sebagai menunjukkan tanda terima kasih beliau. Lantas satu pelempang sebelah kiri tangan pakcik singgah kemukanya tanpa ada rasa belas ikhsan kerana pakcik memaklumkan beliau bahawa perbuatan tersebut haram sebab bukan muhrim. Itulah agaknya buah tangan dari pakcik sebelum beliau meningalkan tempat tersebut utk mendiami bandaraya jin.

Pakcik pun tidak ketinggalan untuk memanggil rijalul ghaib yang telah bersama pakcik menjadi pengawal peribadi pakcik sekian lama untuk memandu cik Siti Saleha ke kawasan penempatan yang baru. Mujurlah Panglima Hitam (yg sedang kecut perut kalau2 bininya dirumah nampak beliau berdekatan dengan cik Siti pasti akan berlaku salah sangka dan silap-silap perang dunia akan tercetus pula nanti) sempat mengingatkan pakcik bahawa cik Siti ni tak mandi hadas lg. Maka dilaksanakan adat bersiram hadas utk cik Siti dengan air zamzam kau yg segar dari ladang yang dibawa oleh pengawal peribadi pakcik  dan seterusnya dibawa ke penempatan baru tersebut.

Sehari selepas itu diwaktu malam maka pakcik membuat tinajuan semula ke tapak tempat pelepakkan cik pon a.k.a cik Siti sebelum itu. Maka terlihat sesusuk lembaga lain pula menyerupai beliau. Namun demi melihat akan kelibat pakcik lantas makhluk itu terus mintak ampun banggggg katanya saya tak dok sini dahhhh saya pergi ketempat lainnn laungnya sambil terbang melayang kearah sebatang pokok besar yang tidak berapa jauh dari situ.
Bak kata orang pokok jangan ditebang, nanti daunnya gugur, tukang kebun juga yang kena bersihkannya… Geram Sangat Wallaweii untuk bulletin blog Arisha..

5 comments:

Unknown said...

Patut larrrr.......... pattern lain pulak!!!!!!! dah agak dah.... hahahahahaha

Anonymous said...

Greetings I am so delighted I found your weblog, I really found you by accident, while I
was looking on Bing for something else, Nonetheless I am here now and would just like to say thank you for a remarkable post and
a all round thrilling blog (I also love the theme/design),
I don't have time to read through it all at the moment but I have bookmarked it and also added in your RSS feeds, so when I have time I will be back to read much more, Please do keep up the fantastic job.

Here is my blog post; オークリー激安

Anonymous said...

Since ωateг is needeԁ to ωаsh
clothеs, dishes, and otheгs, it is νery imрortant to
have gooԁ wateг filter tо eliminatе contаminants that can make us sіck.
The three levels of filtratіon procеss withіn the deѵice shоuld be enough
to put уour ωorrieѕ to rest.
It does the job efficіеntly.

My blog - aquarium ii ro di reverse osmosis water filter aquasafe

Nakhoda Serigala said...

Ko lah yang punyo Jet kekeke

Anonymous said...

Your ωritе-up proѵides ѵeгified necesѕaгy to myself.

It’s еxtгemely helpful аnd уou're naturally quite educated in this area. You have opened up my personal eye to varying opinion of this subject matter with intriguing, notable and solid articles.

Feel free to surf to my site laudoimagem.com.br
Take a look at my web-site :: buy phentermine