Assalamualaikum wbt para pembaca blog ini yang budiman.. Sesungguhnya mungkin minggu ni minggu pesan sedunia kut sebab pakcik asyik dok post pasal pesan je dalam 2 - 3 entry ni.. Suka sebenarnya pakcik berpesan ni sebab Nabi Khidir pun cakap sebenarnya rasa jemu orang yang berpesan tu lambat datangnya daripada orang yang mendengar pesan tu. Mcm org berleter dengan org yg mendengar leteran la jugak.. Cuba kalau korang dpt chance berleter, seharian belum tentu abis idea korang (tambahan klu org yg dgr tu jenis x melawan).. Tapi agak2 apa perasaan org yg kena leter tu? Agaknya kalau jam tu gak dia boleh lompat dari tingkap rumah korang utk lari dr leteran korang, kasut timberland yg dia baru beli semalam kat bundle pun dia sanggup tinggalkan kat tangga rumah korang tu. So kalau tgk2 ada org dtg pakai kasut mahal2 ke rumah korang leter lah power2 kat dia, untung2 korang dapat satu kasut free.. tp kena ukur size dulu la sebelum dia naik.. Pastu bolehlah korang bukak bundle kasut kat rumah lak..
Pakcik tak lah bodoh cuma kurang cerdik jer. tu sebab sampai skrg pakcik dok belajar lagi.. tak kira dr orang lg tua or orang lagi muda. Zaman2 Khalifah Arrashidin dulu pun sahabat2 melantik orang2 lg muda dari diaorg sebagai penasihat sebab x semestinya org lg muda xde pengetahuan.. So pakcik try nak ulas sikit lah pesanan Nabi Khidir ni ikut pemahaman pakcik yer.. Pada zaman tu xde henpon kan so sebab tu dia pesan je, dia tak sms ataupun email kat Nabi Musa..
Pesanan beliau macam ni kepada Nabi Musa a.s..
"Wahai Musa, jadilah kamu orang yang berguna bagi orang
lain. Janganlah sekali-kali kamu menjadi orang yang hanya menimbulkan kecemasan
diantara manusia hingga kamu dibenci oleh mereka. Jadilah kamu orang yang
senantiasa menampakkan wajah ceria dan janganlah kamu berkeras kepala atau
bekerja tanpa tujuan. Janganlah kamu mencela seseorang hanya kerana kekeliruan
sebaliknya perbetulkan mereka. Kemudian tangisilah dosa-dosamu”
Ulasan Pakcik: Dari pesanan ini Nabi Khidir menyatakan bahawa janganlah kita buat perangai mcm org ramai sekarang.. Lempar pertanyaan kat org lain tanpa beri jawapan.. kalau kita tanya org lain untuk test pengetahuan org (bukan dgn niat ingin belajar) maka make sure kita berikan jawapan andai org tu tak tau or pemahaman dia salah.. jgn kita biarkan org tu terpinga-pinga.. Kalau kita ada ilmu kita ajarkan pulak kat org lain.. jgn jadi kedekut sebab kalau kita ajarkan ilmu kat org lain pun x kan berkurangan ilmu yang kita dah ada tu.. lagi ramai org kita ajar lagi berkat hidup kita dan makin banyak tabungan pahala kita.. Tambah lak kalau org yg kita ajar tu memberi manfaat atas ilmu yg kita ajar..perghhh mcm sistem piramid lak jadinya bonus pahala kita..
Pesanan kedua:
“Wahai Musa, pelajarilah olehmu ilmu-ilmu pengetahuan agar
kamu dapat mengetahui segala sesuatu yang belum kamu ketahui, misalnya
masalah-masalah yang tidak dapat diterangkan dengan lisan atau dijadikan bahan
pembicaraan saja. Itulah penunjuk jalanmu dan orang-orang yang mendapat hidayah”.
Ulasan pakcik: Yang ni maksudnya kita jangan bodoh sombong.. dah la bodoh tapi tak mau belajar.. Bila kita dah belajar kita belum pandai tapi kita dah ada satu ilmu.. maka ilmu itu kita ajarkan kepada org lain.. dan org lain tu ajar jugak kepada org yg lain2.. maka semua org ada ilmu so xde lah istilah masyarakat buta ilmu, tambah2 pulak ilmu ketuhanan ni.. Tu sebab Nabi Khidir hidup sampai skrg utk ajar manusia supaya tak sesat dijalan Allah..Kalau ilmu sufi ni lak banyak rahsianya yg penuntut nya kena rasa sendiri.. so ajarkan org lain mcm mana nak "merasa" tu.. Mcm pakcik sendiri pun klu tanya mampus tak leh nak terangkan kat korang mcm mana rasa manis tu.. klu nak tau korang rasa dulu manis gula mcm mana, manis buah mcm mana, manis kurma mcm mana, manis air nira mcm mana.. so baru korg tau sendiri mcm mana manis tu.. tapi nak terangkan dgn lisan pakcik pun x mampu.. sebab klu mkn gula tu rasa gula bkn rasa manis. sbb klu manis tu rasanya mcm rasa gula manis yg ada kt buah tu nak panggil apa? Manus??
Pesannya yang ketiga:
“Wahai Musa, sesungguhnya orang yang selalu memberi nasihat
itu tidak pernah jemu seperti jemunya orang-orang yang mendengarkannya. Maka
janganlah kamu berlama-lama dalam menasihati kaummu. Dan ketahuilah bahawa
hatimu itu ibarat sebuah bejana (bekas air dari tembikar) yang harus kamu rawat
dan pelihara dari hal-hal yang memecahkannya. Kurangkanlah mengejar duniawi dan
buanglah jauh-jauh di belakangmu kerana dunia ini bukanlah alam yang akan kamu duduki
selamanya. Kamu diciptakan adalah untuk mengumpul pahala-pahala untuk akhirat
nanti. Bersikap ikhlaslah dan bersabar hati dalam menghadapi kemaksiatan yang
dilakukan kaummu”.
Ulasan pakcik: Ini mcm yg pakcik ckp tadi la.. org yg dgr nasihat cepat jemu so jgn berleter pjg2 sbb kalau kita yg kena leter sure x sanggup nak dgr seminit pun. Sbb harti manusia lain2.. hati ni cepat sensitif.. jaga lah selalu hati kita dengan jaga mulut n lidah kita. sbb lidah kita ni kalau berckp lagi laser dari pedang Darth Vadder.. Kita jaga lidah kita supaya x lukakan hati orang maka org pun insyaallah akan jaga lidah diaorg supaya x lukakan hati kita. Jangan kejar harta benda dan kesenangan didunia ni sebab kita bukan hidup tongkat dunia. harta dan wang ringgit yg kita ada pun bukan milik kita.. semua milik allah, kejap je kalau dia nak tarik balik. Ataupun hak org lain.. mcm gaji kita, kdg2 dia tumpang masukkan dlm akaun kita sebab utk kita sedekahkan atau berikan pada yg berhak.. bukan hak kita pun..
Pesannya yang keempat:
“Wahai Musa, curahkanlahkanlah seluruh ilmu pengetahuanmu, kerana
tempat yang kosong akan terisi oleh ilmu yang lain. Janganlah kamu banyak bercakap
tentang ilmumu itu kerana itu akan dilakukan oleh kaum ulama selepasmu. Maka
bersikap sederhana sajalah, sebab sederhana itu akan menghalangi aibmu dan akan
membukakan taufik hidayah Allah SWT untukmu. Hapuslah kejahilan kamu dengan
cara membuang sikap masa bodohmu (ketidakpedulian) yang selama ini menyelimuti
dirimu. Itulah sifat orang-orang yang arif lagi bijaksana, menjadi rahmat bagi
semuanya.Apabila ada orang yang bodoh datang kepadamu dan mencacimu, hadapilah ia dengan
penuh kedewasaan serta keteguhan hatimu. Wahai putera Imran, tidaklah kamu sedari
bahawa ilmu Allah SWT yang kamu miliki hanya sedikit saja. Sesungguhnya menutup
kekurangan yang ada pada dirimu atau bersikap sewenang-wenang adalah menyiksa
dirimu sendiri. Janganlah kamu buka pintu ilmu ini jika kamu tidak boleh
menguncinya. Jangan pula kamu kunci pintu ilmu ini jika kamu tak tahu cara
membukanya”.
Ulasan pakcik: Kalau korang ada ilmu yang elok tu ajarlah kat kaum kerabat dan org2 disekeliling korang. sebabnya kalau korg x ajar ilmu yang baik, maka takutnya nanti org2 sekeliling korg tu belajar ilmu salah lak,.. last2 korg gak yg payah sebab kena berhadapan dgn org yg bwk ilmu salah ni.. klu sorg xper.. klu ramai2? lunyai.. Ambik berat akan hal2 ilmu ni.. selalulah jadi jemaah majlis ilmu sebab org yg menghadiri majlis ilmu selalu ni diberkati (sekalipun dtg utk rasa apa jamuan hari tu - ni pakcik yg ckp yer). Ilmu dapat rezeki pun dapat. kalau org nak belajar dgn kita ttg ilmu yg kita dah ada, ajarlah dgn ikhlas. Jgn hina2 org tak tau sbb dia tak tau dan dia bukan bodoh.. Kita yg tau tp x ngajar tu yg bodoh sbb kedekut ilmu. Tapi kalau kita tak tau jgn pandai2 lak nak ngajar ilmu sesat. Suruh dia cari guru lain klu kita tak tau n pleaseeee jgn wat2 tau.. Ni lagi bahaya kalau ajaran salah..
Dan pesannya yang terakhir:

“Wahai Musa, Barang siapa suka menepuk-nepuk harta benda,
dia sendiri bakal mati tertimbun dengannya hingga dia merasakan akibat dari
kerakusannya itu. Namun, semua hamba yang mensyukuri semua kurnia Allah SWT
serta memohon kesabaran atas ketentuan-ketentuanNya, dialah hamba yang zuhud
dan patut ditauladani. Bukankah orang seperti itu mampu mengalahkan nafsunya
dan dapat memerangi pujuk rayu syaitan? Dan dia pula yang menuai buah dari ilmu
yang selama ini dicarinya. Segala amal kebajikannya akan dibalas dengan pahala
di akhirat. Sedangkan kehidupan dunianya akan tenteram di tengah-tengah
masyarakat yang menimati manfaat dari jasa-jasanya”.
“Wahai Musa Putera Imran, jadikanlah pakaianmu bersumber
dari zikir dan fikir (hiasi hidupmu dengan memuji serta melihat kebesaran
Allah) serta perbanyaklah amal kebajikan. Suatu hari nanti andai kamu tidak
mampu mengelak dari kesalahan, maka pintalah keredhaan dari Allah SWT dengan
berbuat kebajikan kerana pada saat-saat tertentu akalmu pasti akan melanggar
laranganNya”.
Ulasan pakcik: Sesapa yang nak sgt kejar material duniawi ni maka dia akan mati dalam keadaan yang kufur sebab bertuhankan harta. Kita kena jadi insan yg bersyukur walau sedikit mana rezeki yg kita dpt sebab rezeki yg besar tu sebenarnya pahala.. tp sebab tak nampak n tak dpt dinikmati sebab tu org x sibuk kejar pahala. Klu nampak, org yg kaki tergantung bru pas eksiden kat spital pun akn dtg merangkak kumpul pahala.. Tauladanilah org yg sentiasa bersyukur sbb org yg mcm ni wlu sedhaif mana pun hidupnya sentiasa kecukupan sbb dia x hadap sgt ke kebendaan ni. Redha allah dah cukup buatnya. nafsu pun terjaga.. Lebih baik cari pahala dari dok kejar harta benda sebab andai suatu hari nanti kita membuat kesilapan, pahala dan ilmu yg ada membantu insyaallah akan membantu kita utk menyedari kesilapan kita dan kembali ke jalannya. Tak dapat tidak kita pasti menghadapi dugaannya.. dan yg penting S.A.B.A.R..
Sekarang telah kupenuhi kehendakmu untuk memberi pesan-pesan kepadamu.
Pesananku ini tidak akan sia-sia bila kamu mau menurutinya. Setelah itu Khidir meninggalkan Nabi Musa as yang sedang duduk termenung dalam tangis kesedihan.
#***Semalam pakcik baru khatam baca buku Nabi Khidir Super Misteri oleh seorang penulis Indo.. Masyaallah bila abis pakcik kenangkan kembali kata2 Nabi Khidir tu kepada Sunan Kalijaga lak. Lepas ni pakcik tulis pesan dia kat Sheikh Malaya (Sunan Kalijaga) tu ok. Tp kata2 Nabi Khidir walaupun dah ditranslate dalam bahasa melayu, masyaallah... penuh hikmatnya kata.. itulah kalam allah.. tak dpt nak ditandingi oleh karya manusia.. ni yg pakcik nak nangis ni.. korang baca je lah.. pakcik nak nangis jap.. Assalamualaikum..

4 comments:
It's truly very difficult in this busy life to listen news on TV, so I just use the web for that purpose, and obtain the most up-to-date information.
Also visit my web-site - Annett
Ceiling fans wіth lightѕ offers users the оptіon to lіght up the rοom
and givеs a decоrative look tо іt.
There are numerouѕ alternatives of mild fixtures to pick out and all оf them
come with trendy and ԁеcorаtivе stylеs.
Тhe blades of the fan can also offer a classy οr soρhisticated loοk,
as they cοme in many different finishes and deѕіgns
as ωell.
Also visit my ωebsite - harbor breeze ceiling fans with lights and remote
Hi there, just became aware of your blog through Google, and found that it's really informative.
I am going to watch out for brussels. I will
be grateful if you continue this in future. Lots of people will be benefited from your writing.
Cheers!
Feel free to visit my homepage :: quest bars
Hi, for all time i used to check weblog posts here early in the morning, for the reason that i enjoy
to find out more and more.
Also visit my weblog - quest bars
Post a Comment