Wednesday, March 20, 2013

Selain dari kesedapan Ikan Bakar Peramu..



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua pembaca blog kerdil ini dan semoga semuanya diberkati Allah hendaknya. Kali ni pakcik sang fakir ini nak mengulas sedikit dari kitab Tok Peramu yang yang ditulis oleh Tok Peramu untuk kita pelajari, kaji dan fahami.. Siapa Tok Peramu ni banyak menimbulkan tandatanya kerana low profilenya beliau yang tinggi dalam ilmu makrifatnya.. Bukanlah profile beliau yang menjadi persoalan tetapi ilmu yg beliau curahkan dari manuskrip kitab beliau itu.. Dan pakcik ingin mengulas lebih panjang tentang kandungan isi kitab beliau itu untuk pemahaman kita bersama. Kalau pakcik salah siapa yg lebih arif boleh betulkan dan pakcik akan betulkan dalam penulisan ni..

Menurut Tok peramu Kesempurnaan dalam Islam atau sempurna seorang manusia menjadi seorang Islam ada tiga iaitu:

a. Diikrarkan dengan lidah
b. Ditashdiqkan dalam hati
c. Dikerjakan dengan anggota

Maksud keterangan  beliau dari pemahaman roh islam pakcik ialah ianya bermula dari lafaz syahadah kita yakni :



Apa yang dimaksudkan Diikrarkan dengan lidah ialah mengucapkannya dengan lidah kita. Ini kerana syaitan laknatullah pun akan mengucapkan ayat pertamanya namun xkan terkeluar ayat mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruhnya kerana syaitan menjadi kufur setelah diperintahkan untuk tunduk dan sujud kepada manusia. Itulah yang membezakan Islam itu dengan yang bukan Islam kerana penganut ugama lain mengaku adanya Allah yang satu tetapi tidak menerima Rasulallah sebagai manusia yang dipilih Allah untuk memimpin manusia..

Ditashdiqkan dengan hati pula member maksud mengaku dengan hati. Apabila kita mengucapkan Ash hadualla ila haillallah maka bukanlah bermakna sekadar mengucapkan tetapi hati kita juga mengaku bahawa Allah itu tuhanku. Tidak sempurna seorang Islam itu mengaku bahawa dirinya Islam sedangkan dirinya menjadi saksi palsu di akhirat kerana bersaksi bahawa menyembah Allah tetapi tidak menyaksikan Allah itu sendiri. Bukanlah pakcik kata korg kena tgk dgn mata yg dua biji tu tapi dgn mata hati korang.. Mcm mana nak tgk dgn mata hati tu kena la belajar “melihat” pulak.

Bagaimana nak mengerjakan dengan anggota lak? Korang kena mengerjakan apa yg disuruh dan dituntut dalam islam la. Contohnya mcm kata Sheikh Zakir Naek bila ditanya kenapa perlu org Islam memakai serban? Jawapan beliau yg sederhana bersahaja memukau hati org bukan Islam yg bertanya. Jawapan beliau adalah bukanlah menjadi tidak Islam kepada mereka yg tidak berjanggut dan tidak memakai serban. Tetapi di dalam konteks belajar kita tentunya mengharapkan keujian dalam keputusan dan bukan setakat lulus. Maka memakai serban dan berjanggut itu adalah untuk mendapatkan “kepujian” dalam usaha menjadi insan kamil.. dan yang tidak memakai serban itu mereka seperti hanya lulus dalam mata pelajaran..

Persoalan kedua beliau dalam kitabnya berupa Berapa tandakah yang dikatakan sesaorang itu Islam? Maka kata beliau kesempurnaaan dalam Islam itu digambarkan menerusi empat perkara..

a. Merendahkan diri kehadrat Allah dan sesama islam
b. Suci lidah dari memakan dan meminum benda haram
c. Suci lidah dari dusta dan mengumpat
d. Suci badan daripada Hadas Besar

Merendah diri dgn Allah membuatkan kita akan selalu beradab dan malu dengan Allah yakni senantiasa menunaikan kehendak-Nya dengan penuh takut, rindu, harap dan cinta kepada-Nya. Kita cukup merasa malu untuk sombong kepada-Nya, tidak menghiraukan-Nya dan menjauhi-Nya. Ertinya kita senantiasa merendahkan diri terhadap Allah dan khusyuk dalam beribadah. Selain itu kita berhati-hati, bimbang dan cemas, jangan-jangan kita telah membuat kesalahan dengan Allah. Kita juga akan selalu merenung dan menyesali diri. Apakah kita sudah mendapat keredhaan dan keampunan dari Allah. Kita yang selalu lalai, lemah serta berdosa, layakkah mendapat keredhaan dan pengampunan-Nya? Waktu untuk beribadah terlalu pendek dibandingkan dengan waktu yang kita gunakan untuk bercakap-cakap kosong, berangan-angan memikirkan bagaimana untuk meluaskan dunia kita, bermegah-megah dengan harta, anak dan pengikut serta bermacam-macam kelalaian lagi.

Kepada sesama manusia pula kita tidak menyombong dgn apa yg kita ada serta hendaklah kita memuliakan mereka yang miskin dan menghormati mereka yang kaya. Menghormati pada yang muda serta memuliakan mereka yang lebih tua..

Suci lidah dari mengambil yg haram ni pakcik rasa tak perlu nak diulas pjg lebar sebab sudah terang lagi bersuluh dan begitu juga dengan dusta dan mengumpat. Hatta untuk berdakwah juga tak perlu lah kita menyebarkan keaiban org lain. Cuma perlu menyatakan untuk menjauhi kelakuan itu cukuplah.. kerana Allah menyatakan bahawa andai kamu menutup keaiban org lain maka Allah akan menutup keaiban kamu juga..

Suci dari hadas besar pula bermaksud mereka menjaga kebersihan diri setiap masa bukan semasa nak solat sahaja.. apabila pakaian terkena kotoran yg tak membolehkan kita bersembahyang maka bersuci lah kerana malaikat juga membenci sesuatu yang najis. Andai kita sentiasa menjaga kesucian kita maka malaikat akan terus menerus mendoakan kesejahteraan kita.

Seterusnya beliau mengatakan dalam kitabnya yang berbunyi Yang dikatakan Islam berapa syarat pakaiannya ? dan beliau menyatakan bahawa ada empat juga kesemuanya iaitu :

a. Sabar akan Hukum Allah SWT
b. Redha akan Qadha Allah SWT
c. Menyerahkan Diri kepada Allah dengan tulus ikhlas
d. Mengikut Firman Allah dan Hadis Nabi.

Maksudnya sebagai seorang Islam maka kita haruslah sabar dengan segala ujian dan cubaan darinya kerana hambanya yg terpilih haruslah menjalani semua ini sebagai ujian untuk membuktikan keislaman kita. Kita juga haruslah redha dgn ketentuannya akan perjalanan hidup kita dan jgn sesekali menangisi akan qadak dan qadar kita kerana Dia lebih mengetahui akan kebaikan utk kita. Adakalanya musibah yg datang kepada kita membawa keberuntungan kepada kita sebenarnya kerana Dialah yg lebih Maha Mengetahui. Beliau selanjutnya menyatakan bahawa sesorang Islam itu hendaklah berpegang kepada alquran dan sunnah dalam menjalani hidup ini dan menjadikan alquran dan sunnah itu sebagai panduan hidup.

Seterusnya lagi beliau menuliskan  Apakah yang membinasakan Islam ?. maka jawab beliau yang membinasakan Islam itu sendiri terdapat empat perkara iaitu:

a. Berbuat sesuatu amalan yang tiada dasar dari Islam itu sendiri
b. Mencela orang berbuat baik & meringankan Hukum Allah SWT
c. Diketahui tetapi tidak dibuat
d. Tiada tahu tetapi malas bertanya

Maksud beliau adalah janganlah melakukan sesuatu amalan itu yang menyalahi syariat Islam. Andainya disuruh mengerjakan amalan yg bertentangan dengan syarak hatta disuruh oleh guru anda sendiri maka jauhilah dan carilah guru lain apabila guru anda mula menyimpang mcm tu.

Jangan mencela orang lain sekalipun ianya buruk dimata anda kerana Allah menentukan sesuatu itu didalam rahsianya. Maka manusia yg berakal ini janganlah mencemuh sesuatu kejadian buruk itu kerana Dia tak pernah berhenti mentadbir makhluknya setiap masa dan semua kejadian itu dibawah seliaannya. Namun jgnlah sesekali meringan hukum Allah, jauhilah larangannya dan laksanakanlah perintahnya.

Maka apabila kamu disuruh melakukan amalan yg disuruhnya maka dikerjakanlah kerana itulah suruhannya. Janganlah pula ditanya pada suruhan yg jelas arahannya seperti solat dan jgn pula ditanya kenapa perlu melakukan solat.. Dan selain itu umat Islam juga haruslah berterusan belajar dan mencari ilmu tanpa ada rasa malas.

No comments: