Semasa
Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di gua Thaur, dalam
perjalanan untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan
pintu gua dan hampir menemui mereka… Ketika Sayidina Abu Bakar cemas,
Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, “jangan takut, Allah bersama
kita.” Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya.
Sewaktu
Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan
pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, “siapa akan menyelamatkan kamu
daripada ku?” Rasulullah
saw dengan yakin menjawab, “Allah.” Mendengar jawapan itu gementarlah
Da’thur dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan
Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda.
Diceritakan
bahawa suatu ketika khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak
gembala kambing di tengah sebuah padang pasir. “Boleh
kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?”
tanyanya kepada budak tersebut. “Maaf
tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya
hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.” “Kambing
ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau
jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuan mu bahawa kambing itu telah
dimakan oleh serigala, tuan mu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar
lagi sengaja menguji. “Kalau
begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan
keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala
kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia
punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah.
Begitu juga dengan seorang
sahabat yang mengajukan soalan tersebut kepada saya.. Saya suka bersembang
dengan sahabat ini di dalam FB sebab soalan2 nya byk mencuit minda saya untuk
berfikir kerana dialah yg banyak menjadi sumber inspirasi utk menulis hatta memberikan
byk idea untuk saya bersiap sedia menghadapi soalan dari anak2 murid saya yg
brutal tahap saiyo bintang lapan tu… Terima kasih sahabat..
Ketika
solat kita juga sering gagal mencapai kesedaran berbicara kepada Allah kerana
persepsi kita adalah Allah jauh di Arasy. Persepsi ini sukar untuk dibuang
kerana ia telah lama tertanam di dalam minda kita sejak kita anak-anak lagi. Persepsi
dan apa yang ada di fikiran kita yang sering membelengu diri kita di dalam
mengarahkan kesedaran kita kepada Allah.
Persoalan
"Di mana
Allah" adalah persoalan pokok yang penting di dalam
mengarah kesadaran ketika solat. Ketika bersembang dengan beberapa teman
sealiran ada seorang abang yg bertanya tentang laut. ''Kalau sesuatu terjatuh
di dalam laut, atasnya apa? Laut bukan? Bawahnya apa? Laut juga.Kirinya? juga
laut, bagaimana kanannya? Oh,laut juga.Lautnya ada berapa?'' tanya abg besar
kami tu. ''Satu!'' Begitulah juga dengan Allah, di mana pun kita mengadap di
situlah wajah Allah. "Allah Maha Besar? Sebesar apa? Besar sangat kata
anak2 murid saya lak. Adakah sebesar bumi ini?" tanya saya. Jawab mereka
besar lagi.
"Adakah
Allah ada disyurga?" Saya cuba memerangkap mereka. Ada yang menganggukkan
kepala yang saya tau bahawa anggukan tu mcm bersedia nak kena maki pun ada,
angguk dgn harapan jawapan dia betul pun ada. Yang lain playsafe dah mcm jenama
kondom lak. Dan saya katakan, "Wah,kalau begitu syurga lagi besar dari
Allah?". "Tak",jawab mereka dengan tegas. Mereka dapat mengerti
seketika itu bahawa tidak ada yang lebih besar dari Allah dan saya katakan, Ya
tidak ada yang lebih besar dari Allah dan Rasulullah saw ajarkan Allah Maha
Besar atau Allahu Akbar.
Justeru,
kita harus mempunyai kesedaran ini ketika kita mengangkat takbiratul ihram
yakni "Allahu Akbar".Allah Maha Besar dan meliputi semuanya termasuk
diri kita.Justeru ALLAH
SANGAT DEKAT dengan kita! Kesedaran ini penting dalam solat. Kesedaran
Allah Maha Melihat.Ya,pastinya kita semua tahu Allah Maha Melihat. Tapi adakah
kita berada di dalam kesedaran Allah Maha Melihat ketika solat? Saya
ingin mengingatkan kita bahawa ketika kita solat,pastinya kita tidak dapat
melihat Allah tetapi Allah melihat segala gerak geri kita, segala detikan hati
kita.Bila hati kita bertemu dengan Allah ketika solat, pastinya seperti orang
yang bertemu,ada rasa di hati. Apabila
kita mengadap-Nya dengan penuh kesedaran sedang berhadapan dengan-Nya dan sedang
berbicara penuh hormat denganNya,pastinya seperti orang bertemu dan berbicara
ada respon dari yang sedang menjadi rakan perbicaraan.
Begitu
juga pertemuan dan perbicaraan dengan Allah; Allah respon dengan cara Allah
menyambut kita.Ada rasa di hati.Ada getaran di dalam jiwa dan kemudian di aliri
rasa ketenangan yang sangat hebat, tidak terbanding apa pun di dunia ini. Itulah
yang dinamakan sirr atau merasai zat Allah. Hati
dan jiwa perlu sentiasa terarah kepada Allah. Saat hati dan jiwa terpaling dari
Allah, sesaat itu juga rasa hubungan dan getaran tadi hilang entah ke mana dan
kita terpinga-pinga mencari kembali kesedaran itu semula. Semoga sedikit
sebanyak dapat membantu kita mencapai solat yang khusyuk dan dapat merasakan
kesedaran di mana Allah tidak kira di mana kita berada.
Adapun Nafas kita keluar masuk pada sehari semalam iaitu
pada siang 12000 kali dan pada waktu malam 12000 kali. ,Inilah bilangan jam sehari semalam 24 jam iaitu pada
siang 12 jam malam 12 jam.Demikianlah juga huruf Kalimah La Ilaha Ilallah dan huruf Muhammad Rasullullah masing2 mempunyai 12 huruf berjumlah semua 24 huruf semuanya. Maka barangsiapa mengucap dengan sempurna yang 7 kalimah ini nescaya
ditutup Allah Taala pintu neraka yang 7 juga. Barangsiapa mengucap yang 24
huruf ini dengan sempurna nescaya diampun Allah Taala dosanya sepanjang
24 jam yg lalu..
Maka dari petikan Kitab Tokku Paloh tu dapatlah kita
mengerti lebih dalam di mana Allah.. Dalam setiap nafas kita tersebut namanya
dan disitu lah dia berada. Ini kerana disitu juga terletak kebesaran kuasanya
yg mana manusia xkan dpt hidup tanpa adanya udara yg Allah jadikan setiap detik
waktu..
Dan lagi kita kaji pula sifat2 Allah. Dimanakah
terletaknya sifat2 itu dalam diri kita?
Saya mulakan sifat yg paling jelas iaitu sifat yg pertama WUJUD ertinya ada..
Kita kupas lagi.. apabila diri kamu wujud maka adakah kamu wujud dgn
sendirinya? Sudah tentu tidak sebab karipap Mak Yam gerai tepi jalan sebelah
kanan tu pun ada yg buat bukan terjadi terus bergoreng sendiri. Wujudnya kamu
didunia ini menzahirkan kewujudan pencipta kamu.. So x nampak lagi??
Kalau x nampak kaji namanya pulak iaitu Samiun ertinya Yang
Maha Mendengar.. Kalau kau tak tuli dan pokak harus ko mendongar kan?? So
itulah zat Allah yang ado dlm diri manusio.. So sampai sini tak dapek tangkap
lagi ko?
Proceed lagi kita tgk asma nya yg menngambarkan sifatnya
iaitu Basar ertinya Yang Maha Melihat. Kalau korang x buta maka korang mesti
leh baca penulisan saya ni.. So dia bagi pinjam kat manusia zat dia yg boleh
melihat serta alam ni pada manusia utk manusia mensyukuri nikmatnya..
Penulisan saya kali ni bukan lah nak mengupas pasal sifat
20 atau asma nya.. Kalau nak citer pasal sifat 20 dan nama2 Allah tu korang
kena tunggu masanya nanti saya coretkan dalam blog ala-ala manja saya ni yer..
Arini kita citer pasal mencari dimana Allah jer. So kalau nak mencari Allah
kita kena cari la apa yg ada kena mengena dengan Dia. Mcm manusia.. klu kita
mencari seseorang pertama sekali kita kena tau namanya... sifat2nya.. kesukaannya
dan mcm2 lagi.. Bila dah tau semua tu baru kita kenal kan.. Dah kenal dia baru
dapat rasanya n tau dimana dia berada sebab dapat ”RASA” kehadirannya tu..
Kalau nak tgk Allah bohong la saya nak ckp sebab dia maha ghaib lagi maha
berkuasa.. Sedangkan Bukit Thursina yg utuh dan dihijabkan berjuta-juta kali
pun pecah bila berhadapan dgn Allah inikan kita yang hina lagi dina ni.. So
dapat rasa ”AURA” Allah tu pun dah cukup bagus utk kita kenal dia.. Kita rasa
sendiri auranya tu ataupun sirr atau rahsianya tu baru la kita tahu.. Mcm mana
nak dpt aura tu? Kena belajar la.. bukan la kena beli brg bio-aura kalau nak
rasa aura tu tapi kena la mendalami ilmu tassawwuf bersama2..
أَيْنَ الله؟ قَالَتْ فِى السِّمَاءِ قَالَ: مَنْ أَنَا؟ قَالَتْ: أَنْتَ رَسُوْلَ اللهِ قَالَ: أَعْتِقْهَا فَإِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ.
Di manakah Allah? Hamba itu menjawab: Di atas langit. Baginda bertanya lagi: Siapakah saya? Hamba itu menjawab: Anda Rasulullah. Maka bersabda baginda: Bebaskanlah dia kerana sesungguhnya dia adalah seorang yang beriman. Namun harus diingat bahawa seluas-luas alam yg kita lihat ini hingga ke arsy itu melalui banyak lapisan langit serta lapisan alam.. Dari Alam Nyata ke alam ghaib hingga ke alam yg lebih seni (halus) dan alam maha halus yg manusia pun x leh lepas kecuali Rasul kita.. so bukanlah maknanya dia dok kat atas langit yg korang nampak tu.. tapi langit dia alam yg lebih besar.. So harap2 korang fahamla sikit2 dgn penjelasan ni..
Wallah huaklam..
6 comments:
I know this website presents quality dependent posts
and additional material, is there any other site which presents
these information in quality?
Here is my web site ... CarlosEBrothern
This is a topic that is close to my heart... Many thanks! Where are your contact details though?
Stop by my web blog - BartonLVarquera
It's enormous that you are getting ideas from this post as well as from our discussion made at this place.
My web page - YingEFarraj
Thanks very interesting blog!
My homepage - RandellBRinghouse
Hello, I wish for to subscribe for this blog to get most
recent updates, therefore where can i do it please help out.
my homepage ... MasakoUAppeling
Howdy! I realize this is sort of off-topic but I had to ask.
Does building a well-established blog like yours require a lot
of work? I'm brand new to running a blog but I do write in my journal daily.
I'd like to start a blog so I can share my experience and thoughts online.
Please let me know if you have any kind of suggestions or tips for new aspiring blog owners.
Appreciate it!
Feel free to visit my web-site ... AgnesIComly
Post a Comment