Showing posts with label Ilmu Tasawwuf. Show all posts
Showing posts with label Ilmu Tasawwuf. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

Selain dari kesedapan Ikan Bakar Peramu..



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua pembaca blog kerdil ini dan semoga semuanya diberkati Allah hendaknya. Kali ni pakcik sang fakir ini nak mengulas sedikit dari kitab Tok Peramu yang yang ditulis oleh Tok Peramu untuk kita pelajari, kaji dan fahami.. Siapa Tok Peramu ni banyak menimbulkan tandatanya kerana low profilenya beliau yang tinggi dalam ilmu makrifatnya.. Bukanlah profile beliau yang menjadi persoalan tetapi ilmu yg beliau curahkan dari manuskrip kitab beliau itu.. Dan pakcik ingin mengulas lebih panjang tentang kandungan isi kitab beliau itu untuk pemahaman kita bersama. Kalau pakcik salah siapa yg lebih arif boleh betulkan dan pakcik akan betulkan dalam penulisan ni..

Menurut Tok peramu Kesempurnaan dalam Islam atau sempurna seorang manusia menjadi seorang Islam ada tiga iaitu:

a. Diikrarkan dengan lidah
b. Ditashdiqkan dalam hati
c. Dikerjakan dengan anggota

Maksud keterangan  beliau dari pemahaman roh islam pakcik ialah ianya bermula dari lafaz syahadah kita yakni :



Apa yang dimaksudkan Diikrarkan dengan lidah ialah mengucapkannya dengan lidah kita. Ini kerana syaitan laknatullah pun akan mengucapkan ayat pertamanya namun xkan terkeluar ayat mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruhnya kerana syaitan menjadi kufur setelah diperintahkan untuk tunduk dan sujud kepada manusia. Itulah yang membezakan Islam itu dengan yang bukan Islam kerana penganut ugama lain mengaku adanya Allah yang satu tetapi tidak menerima Rasulallah sebagai manusia yang dipilih Allah untuk memimpin manusia..

Ditashdiqkan dengan hati pula member maksud mengaku dengan hati. Apabila kita mengucapkan Ash hadualla ila haillallah maka bukanlah bermakna sekadar mengucapkan tetapi hati kita juga mengaku bahawa Allah itu tuhanku. Tidak sempurna seorang Islam itu mengaku bahawa dirinya Islam sedangkan dirinya menjadi saksi palsu di akhirat kerana bersaksi bahawa menyembah Allah tetapi tidak menyaksikan Allah itu sendiri. Bukanlah pakcik kata korg kena tgk dgn mata yg dua biji tu tapi dgn mata hati korang.. Mcm mana nak tgk dgn mata hati tu kena la belajar “melihat” pulak.

Bagaimana nak mengerjakan dengan anggota lak? Korang kena mengerjakan apa yg disuruh dan dituntut dalam islam la. Contohnya mcm kata Sheikh Zakir Naek bila ditanya kenapa perlu org Islam memakai serban? Jawapan beliau yg sederhana bersahaja memukau hati org bukan Islam yg bertanya. Jawapan beliau adalah bukanlah menjadi tidak Islam kepada mereka yg tidak berjanggut dan tidak memakai serban. Tetapi di dalam konteks belajar kita tentunya mengharapkan keujian dalam keputusan dan bukan setakat lulus. Maka memakai serban dan berjanggut itu adalah untuk mendapatkan “kepujian” dalam usaha menjadi insan kamil.. dan yang tidak memakai serban itu mereka seperti hanya lulus dalam mata pelajaran..

Persoalan kedua beliau dalam kitabnya berupa Berapa tandakah yang dikatakan sesaorang itu Islam? Maka kata beliau kesempurnaaan dalam Islam itu digambarkan menerusi empat perkara..

a. Merendahkan diri kehadrat Allah dan sesama islam
b. Suci lidah dari memakan dan meminum benda haram
c. Suci lidah dari dusta dan mengumpat
d. Suci badan daripada Hadas Besar

Merendah diri dgn Allah membuatkan kita akan selalu beradab dan malu dengan Allah yakni senantiasa menunaikan kehendak-Nya dengan penuh takut, rindu, harap dan cinta kepada-Nya. Kita cukup merasa malu untuk sombong kepada-Nya, tidak menghiraukan-Nya dan menjauhi-Nya. Ertinya kita senantiasa merendahkan diri terhadap Allah dan khusyuk dalam beribadah. Selain itu kita berhati-hati, bimbang dan cemas, jangan-jangan kita telah membuat kesalahan dengan Allah. Kita juga akan selalu merenung dan menyesali diri. Apakah kita sudah mendapat keredhaan dan keampunan dari Allah. Kita yang selalu lalai, lemah serta berdosa, layakkah mendapat keredhaan dan pengampunan-Nya? Waktu untuk beribadah terlalu pendek dibandingkan dengan waktu yang kita gunakan untuk bercakap-cakap kosong, berangan-angan memikirkan bagaimana untuk meluaskan dunia kita, bermegah-megah dengan harta, anak dan pengikut serta bermacam-macam kelalaian lagi.

Kepada sesama manusia pula kita tidak menyombong dgn apa yg kita ada serta hendaklah kita memuliakan mereka yang miskin dan menghormati mereka yang kaya. Menghormati pada yang muda serta memuliakan mereka yang lebih tua..

Suci lidah dari mengambil yg haram ni pakcik rasa tak perlu nak diulas pjg lebar sebab sudah terang lagi bersuluh dan begitu juga dengan dusta dan mengumpat. Hatta untuk berdakwah juga tak perlu lah kita menyebarkan keaiban org lain. Cuma perlu menyatakan untuk menjauhi kelakuan itu cukuplah.. kerana Allah menyatakan bahawa andai kamu menutup keaiban org lain maka Allah akan menutup keaiban kamu juga..

Suci dari hadas besar pula bermaksud mereka menjaga kebersihan diri setiap masa bukan semasa nak solat sahaja.. apabila pakaian terkena kotoran yg tak membolehkan kita bersembahyang maka bersuci lah kerana malaikat juga membenci sesuatu yang najis. Andai kita sentiasa menjaga kesucian kita maka malaikat akan terus menerus mendoakan kesejahteraan kita.

Seterusnya beliau mengatakan dalam kitabnya yang berbunyi Yang dikatakan Islam berapa syarat pakaiannya ? dan beliau menyatakan bahawa ada empat juga kesemuanya iaitu :

a. Sabar akan Hukum Allah SWT
b. Redha akan Qadha Allah SWT
c. Menyerahkan Diri kepada Allah dengan tulus ikhlas
d. Mengikut Firman Allah dan Hadis Nabi.

Maksudnya sebagai seorang Islam maka kita haruslah sabar dengan segala ujian dan cubaan darinya kerana hambanya yg terpilih haruslah menjalani semua ini sebagai ujian untuk membuktikan keislaman kita. Kita juga haruslah redha dgn ketentuannya akan perjalanan hidup kita dan jgn sesekali menangisi akan qadak dan qadar kita kerana Dia lebih mengetahui akan kebaikan utk kita. Adakalanya musibah yg datang kepada kita membawa keberuntungan kepada kita sebenarnya kerana Dialah yg lebih Maha Mengetahui. Beliau selanjutnya menyatakan bahawa sesorang Islam itu hendaklah berpegang kepada alquran dan sunnah dalam menjalani hidup ini dan menjadikan alquran dan sunnah itu sebagai panduan hidup.

Seterusnya lagi beliau menuliskan  Apakah yang membinasakan Islam ?. maka jawab beliau yang membinasakan Islam itu sendiri terdapat empat perkara iaitu:

a. Berbuat sesuatu amalan yang tiada dasar dari Islam itu sendiri
b. Mencela orang berbuat baik & meringankan Hukum Allah SWT
c. Diketahui tetapi tidak dibuat
d. Tiada tahu tetapi malas bertanya

Maksud beliau adalah janganlah melakukan sesuatu amalan itu yang menyalahi syariat Islam. Andainya disuruh mengerjakan amalan yg bertentangan dengan syarak hatta disuruh oleh guru anda sendiri maka jauhilah dan carilah guru lain apabila guru anda mula menyimpang mcm tu.

Jangan mencela orang lain sekalipun ianya buruk dimata anda kerana Allah menentukan sesuatu itu didalam rahsianya. Maka manusia yg berakal ini janganlah mencemuh sesuatu kejadian buruk itu kerana Dia tak pernah berhenti mentadbir makhluknya setiap masa dan semua kejadian itu dibawah seliaannya. Namun jgnlah sesekali meringan hukum Allah, jauhilah larangannya dan laksanakanlah perintahnya.

Maka apabila kamu disuruh melakukan amalan yg disuruhnya maka dikerjakanlah kerana itulah suruhannya. Janganlah pula ditanya pada suruhan yg jelas arahannya seperti solat dan jgn pula ditanya kenapa perlu melakukan solat.. Dan selain itu umat Islam juga haruslah berterusan belajar dan mencari ilmu tanpa ada rasa malas.

Friday, March 15, 2013

Pesanan dari penaja.. Dari Nabi Khidir a.s. untuk Nabi Musa a.s dan semua



Assalamualaikum wbt para pembaca blog ini yang budiman.. Sesungguhnya mungkin minggu ni minggu pesan sedunia kut sebab pakcik asyik dok post pasal pesan je dalam 2 - 3 entry ni.. Suka sebenarnya pakcik berpesan ni sebab Nabi Khidir pun cakap sebenarnya rasa jemu orang yang berpesan tu lambat datangnya daripada orang yang mendengar pesan tu. Mcm org berleter dengan org yg mendengar leteran la jugak.. Cuba kalau korang dpt chance berleter, seharian belum tentu abis idea korang (tambahan klu org yg dgr tu jenis x melawan).. Tapi agak2 apa perasaan org yg kena leter tu? Agaknya kalau jam tu gak dia boleh lompat dari tingkap rumah korang utk lari dr leteran korang, kasut timberland yg dia baru beli semalam kat bundle pun dia sanggup tinggalkan kat tangga rumah korang tu. So kalau tgk2 ada org dtg pakai kasut mahal2 ke rumah korang leter lah power2 kat dia, untung2 korang dapat satu kasut free.. tp kena ukur size dulu la sebelum dia naik.. Pastu bolehlah korang bukak bundle kasut kat rumah lak..

Pakcik tak lah bodoh cuma kurang cerdik jer. tu sebab sampai skrg pakcik dok belajar lagi.. tak kira dr orang lg tua or orang lagi muda. Zaman2 Khalifah Arrashidin  dulu pun sahabat2 melantik orang2 lg muda dari diaorg sebagai penasihat sebab x semestinya org lg muda xde pengetahuan.. So pakcik try nak ulas sikit lah pesanan Nabi Khidir ni ikut pemahaman pakcik yer.. Pada zaman tu xde henpon kan so sebab tu dia pesan je, dia tak sms ataupun email kat Nabi Musa..

Pesanan beliau macam ni kepada Nabi Musa a.s..

"Wahai Musa, jadilah kamu orang yang berguna bagi orang lain. Janganlah sekali-kali kamu menjadi orang yang hanya menimbulkan kecemasan diantara manusia hingga kamu dibenci oleh mereka. Jadilah kamu orang yang senantiasa menampakkan wajah ceria dan janganlah kamu berkeras kepala atau bekerja tanpa tujuan. Janganlah kamu mencela seseorang hanya kerana kekeliruan sebaliknya perbetulkan mereka. Kemudian tangisilah dosa-dosamu”

Ulasan Pakcik: Dari pesanan ini Nabi Khidir menyatakan bahawa janganlah kita buat perangai mcm org ramai sekarang.. Lempar pertanyaan kat org lain tanpa beri jawapan.. kalau kita tanya org lain untuk test pengetahuan org (bukan dgn niat ingin belajar) maka make sure kita berikan jawapan andai org tu tak tau or pemahaman dia salah.. jgn kita biarkan org tu terpinga-pinga.. Kalau kita ada ilmu kita ajarkan pulak kat org lain.. jgn jadi kedekut sebab kalau kita ajarkan ilmu kat org lain pun x kan berkurangan ilmu yang kita dah ada tu.. lagi ramai org kita ajar lagi berkat hidup kita dan makin banyak tabungan pahala kita.. Tambah lak kalau org yg kita ajar tu memberi manfaat atas ilmu yg kita ajar..perghhh mcm sistem piramid lak jadinya bonus pahala kita..

Pesanan kedua:

“Wahai Musa, pelajarilah olehmu ilmu-ilmu pengetahuan agar kamu dapat mengetahui segala sesuatu yang belum kamu ketahui, misalnya masalah-masalah yang tidak dapat diterangkan dengan lisan atau dijadikan bahan pembicaraan saja. Itulah penunjuk jalanmu dan orang-orang yang mendapat hidayah”.

Ulasan pakcik:  Yang ni maksudnya kita jangan bodoh sombong.. dah la bodoh tapi tak mau belajar.. Bila kita dah belajar kita belum pandai tapi kita dah ada satu ilmu.. maka ilmu itu kita ajarkan kepada org lain.. dan org lain tu ajar jugak kepada org yg lain2.. maka semua org ada ilmu so xde lah istilah masyarakat buta ilmu, tambah2 pulak ilmu ketuhanan ni.. Tu sebab Nabi Khidir hidup sampai skrg utk ajar manusia supaya tak sesat dijalan Allah..Kalau ilmu sufi ni lak banyak rahsianya yg penuntut nya kena rasa sendiri.. so ajarkan org lain mcm mana nak "merasa" tu.. Mcm pakcik sendiri pun klu tanya mampus tak leh nak terangkan kat korang mcm mana rasa manis tu.. klu nak tau korang rasa dulu manis gula mcm mana, manis buah mcm mana, manis kurma mcm mana, manis air nira mcm mana.. so baru korg tau sendiri mcm mana manis tu.. tapi nak terangkan dgn lisan pakcik pun x mampu.. sebab klu mkn gula tu rasa gula bkn rasa manis. sbb klu manis tu rasanya mcm rasa gula manis yg ada kt buah tu nak panggil apa? Manus??

Pesannya yang ketiga:

“Wahai Musa, sesungguhnya orang yang selalu memberi nasihat itu tidak pernah jemu seperti jemunya orang-orang yang mendengarkannya. Maka janganlah kamu berlama-lama dalam menasihati kaummu. Dan ketahuilah bahawa hatimu itu ibarat sebuah bejana (bekas air dari tembikar) yang harus kamu rawat dan pelihara dari hal-hal yang memecahkannya. Kurangkanlah mengejar duniawi dan buanglah jauh-jauh di belakangmu kerana dunia ini bukanlah alam yang akan kamu duduki selamanya. Kamu diciptakan adalah untuk mengumpul pahala-pahala untuk akhirat nanti. Bersikap ikhlaslah dan bersabar hati dalam menghadapi kemaksiatan yang dilakukan kaummu”.

Ulasan pakcik: Ini mcm yg pakcik ckp tadi la.. org yg dgr nasihat cepat jemu so jgn berleter pjg2 sbb kalau kita yg kena leter sure x sanggup nak dgr seminit pun. Sbb harti manusia lain2.. hati ni cepat sensitif.. jaga lah selalu hati kita dengan jaga mulut n lidah kita. sbb lidah kita ni kalau berckp lagi laser dari pedang Darth Vadder.. Kita jaga lidah kita supaya x lukakan hati orang maka org pun insyaallah akan jaga lidah diaorg supaya x lukakan hati kita. Jangan kejar harta benda dan kesenangan didunia ni sebab kita bukan hidup tongkat dunia. harta dan wang ringgit yg kita ada pun bukan milik kita.. semua milik allah, kejap je kalau dia nak tarik balik. Ataupun hak org lain.. mcm gaji kita, kdg2 dia tumpang masukkan dlm akaun kita sebab utk kita sedekahkan atau berikan pada yg berhak.. bukan hak kita pun..

Pesannya yang keempat:

“Wahai Musa, curahkanlahkanlah seluruh ilmu pengetahuanmu, kerana tempat yang kosong akan terisi oleh ilmu yang lain. Janganlah kamu banyak bercakap tentang ilmumu itu kerana itu akan dilakukan oleh kaum ulama selepasmu. Maka bersikap sederhana sajalah, sebab sederhana itu akan menghalangi aibmu dan akan membukakan taufik hidayah Allah SWT untukmu. Hapuslah kejahilan kamu dengan cara membuang sikap masa bodohmu (ketidakpedulian) yang selama ini menyelimuti dirimu. Itulah sifat orang-orang yang arif lagi bijaksana, menjadi rahmat bagi semuanya.Apabila ada orang yang bodoh datang kepadamu dan mencacimu, hadapilah ia dengan penuh kedewasaan serta keteguhan hatimu. Wahai putera Imran, tidaklah kamu sedari bahawa ilmu Allah SWT yang kamu miliki hanya sedikit saja. Sesungguhnya menutup kekurangan yang ada pada dirimu atau bersikap sewenang-wenang adalah menyiksa dirimu sendiri. Janganlah kamu buka pintu ilmu ini jika kamu tidak boleh menguncinya. Jangan pula kamu kunci pintu ilmu ini jika kamu tak tahu cara membukanya”.

Ulasan pakcik: Kalau korang ada ilmu yang elok tu ajarlah kat kaum kerabat dan org2 disekeliling korang. sebabnya kalau korg x ajar ilmu yang baik, maka takutnya nanti org2 sekeliling korg tu belajar ilmu salah lak,.. last2 korg gak yg payah sebab kena berhadapan dgn org yg bwk ilmu salah ni.. klu sorg xper.. klu ramai2? lunyai.. Ambik berat akan hal2 ilmu ni.. selalulah jadi jemaah majlis ilmu sebab org yg menghadiri majlis ilmu selalu ni diberkati (sekalipun dtg utk rasa apa jamuan hari tu - ni pakcik yg ckp yer). Ilmu dapat rezeki pun dapat. kalau org nak belajar dgn kita ttg ilmu yg kita dah ada, ajarlah dgn ikhlas. Jgn hina2 org tak tau sbb dia tak tau dan dia bukan bodoh.. Kita yg tau tp x ngajar tu yg bodoh sbb kedekut ilmu.  Tapi kalau kita tak tau jgn pandai2 lak nak ngajar ilmu sesat. Suruh dia cari guru lain klu kita tak tau n pleaseeee jgn wat2 tau.. Ni lagi bahaya kalau ajaran salah..

Dan pesannya yang terakhir:

“Wahai Musa, Barang siapa suka menepuk-nepuk harta benda, dia sendiri bakal mati tertimbun dengannya hingga dia merasakan akibat dari kerakusannya itu. Namun, semua hamba yang mensyukuri semua kurnia Allah SWT serta memohon kesabaran atas ketentuan-ketentuanNya, dialah hamba yang zuhud dan patut ditauladani. Bukankah orang seperti itu mampu mengalahkan nafsunya dan dapat memerangi pujuk rayu syaitan? Dan dia pula yang menuai buah dari ilmu yang selama ini dicarinya. Segala amal kebajikannya akan dibalas dengan pahala di akhirat. Sedangkan kehidupan dunianya akan tenteram di tengah-tengah masyarakat yang menimati manfaat dari jasa-jasanya”.

“Wahai Musa Putera Imran, jadikanlah pakaianmu bersumber dari zikir dan fikir (hiasi hidupmu dengan memuji serta melihat kebesaran Allah) serta perbanyaklah amal kebajikan. Suatu hari nanti andai kamu tidak mampu mengelak dari kesalahan, maka pintalah keredhaan dari Allah SWT dengan berbuat kebajikan kerana pada saat-saat tertentu akalmu pasti akan melanggar laranganNya”.

Ulasan pakcik: Sesapa yang nak sgt kejar material duniawi ni maka dia akan mati dalam keadaan yang kufur sebab bertuhankan harta. Kita kena jadi insan yg bersyukur walau sedikit mana rezeki yg kita dpt sebab rezeki yg besar tu sebenarnya pahala.. tp sebab tak nampak n tak dpt dinikmati sebab tu org x sibuk kejar pahala. Klu nampak, org yg kaki tergantung bru pas eksiden kat spital pun akn dtg merangkak kumpul pahala.. Tauladanilah  org yg sentiasa bersyukur sbb org yg mcm ni wlu sedhaif mana pun hidupnya sentiasa kecukupan sbb dia x hadap sgt ke kebendaan ni. Redha allah dah cukup buatnya. nafsu pun terjaga.. Lebih baik cari pahala dari dok kejar harta benda sebab andai suatu hari nanti kita membuat kesilapan, pahala dan ilmu yg ada membantu insyaallah akan membantu kita utk menyedari kesilapan kita dan kembali ke jalannya. Tak dapat tidak kita pasti menghadapi dugaannya.. dan yg penting S.A.B.A.R..

Sekarang telah kupenuhi kehendakmu untuk memberi pesan-pesan kepadamu.
Pesananku ini tidak akan sia-sia bila kamu mau menurutinya. Setelah itu Khidir meninggalkan Nabi Musa as yang sedang duduk termenung dalam tangis kesedihan.

#***Semalam pakcik baru khatam baca buku Nabi Khidir Super Misteri oleh seorang penulis Indo.. Masyaallah bila abis pakcik kenangkan kembali kata2 Nabi Khidir tu kepada Sunan Kalijaga lak. Lepas ni pakcik tulis pesan dia kat Sheikh Malaya (Sunan Kalijaga) tu ok. Tp kata2 Nabi Khidir walaupun dah ditranslate dalam bahasa melayu, masyaallah... penuh hikmatnya kata.. itulah kalam allah.. tak dpt nak ditandingi oleh karya manusia.. ni yg pakcik nak nangis ni.. korang baca je lah.. pakcik nak nangis jap.. Assalamualaikum..

Monday, March 11, 2013

Kasyaf - Bukan setakat pinggan mangkuk yang terbang..



“Jika anda melihat seorang lelaki yang terbang di udara dan berjalan diatas air maka janganlah anda cepat-cepat menghukum yang ianya seorang yang soleh sebelum anda benar-benar membandingkan urusannya dengan kitab Allah”. Demikianlah kata-kata yg ditinggalkan oleh Imam Syafie..

Apa maksud beliau sebenarnya ek? Secara mudahnya saya nak katakana bahawa terdapat tiga cara untuk kita menguasai ilmu bagi memudahkan kita mengetahui apa yang tersirat atau yang disuratkan. Cara yang pertama adalah menggunakan ilmu psikologi (x yah ada ijazah pun boleh janji rajin belajar), yang kedua berdasarkan ilmu firasat (yang ni sah2 kena menuntut) dan yang ketiga berdasarkan ilmu kasyaf.

Cara yang pertama adalah melalui bidang psikologi atau orang panggil ilmu jiwa. Berdasarkan penelitian dan pemerhatian individu atau kelompok masyarakat tertentu, tentang tabiatnya, wataknya, kehendak-kehendaknya, satu rumusan apa yang tersirat dapat dikumpulkan. Ilmu dalam bentuk ini tidaklah terhad kepada orang Islam sahaja. Orang kafir pun mampu menguasainya juga. Malahan pada masa ini orang Barat kalau kita tgk lebih mendalami ilmu ini berbanding dengan kemampuan yang ada pada kita. Pengamatan yang dibuat oleh sarjana-sarjana barat, kajian yang telah dijalankan, jenis kaedah dan teknik yang digunakan telah membantu mereka untuk membaca dan memahami perasaan, sikap dan tingkah laku manusia lebih arif daripada kita.

Ilmu firasat ini pulak merupakan satu cabang daripada ilmu makrifat. So bkn senang nak pandai mcm tu jer.. n x boleh nak short cut just ambik ilmu firasat jer.. kena la belajar tasawwuf dari syariat, tarekat dan barulah makrifat.. nanti baru completekan dgn hakikat..Ia adalah jalan atau kaedah kedua bagi membolehkan kita membaca apa yang tersirat untuk disuratkan. Ilmu firasat lebih merupakan gerak hati, rasa di mana seseorang didatangkan ilham ke dalam hatinya oleh Allah s.w.t. untuk memahami perkara-perkara yang tersirat. Ianya bukan ilmu yang berasaskan pemikiran, renungan, pengamatan atau kajian. Ianya diperolehi dengan secara tiba-tiba, terilham di dalam hati insan itu. Dia akan merasa senang hati, seronok, tenang atau terhibur apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang akan membuahkan kebaikan kemudiannya. Atau merasa perasaan meluap, kebencian, tidak sedap hati dan sebagainya apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang akan mengakibatkan terjadinya keburukan.
Ilmu yang didapati dari bentuk ini berbeza dari psikologi. Ilmu psikologi adalah hasil pembacaan, pengamatan, kajian dan hasil kerja-kerja akal secara zahir, manakala ilmu firasat adalah gerak hati yang diilhamkan oleh Allah. Sebab itulah mereka yang memperolehi ilmu firasat tidak menghadapi masalah keletihan akal kerana ilmunya lahir dari pancaran hati yang terikat dengan tali keimanan, yang disyariatkan oleh Allah kepada hambanya dan darinya dapat menghasilkan cabang ilmu yang lebih banyak seperti ilmu kalam, ilmu kasyaf dan sebagainya.

Kaedah yang paling berkesan dan pratikal sekali yang boleh diperolehi oleh manusia dalam mencari dan memahami perkara-perkara yang tersirat dengan tepat ialah melalui ilmu kasyaf (tembus pandang), iaitu sebahagian dari cabang ilmu makrifat juga. Di sini insan tadi, Allah akan mengangkat hijabnya hingga dapat melihat alam ghaib dengan sebenar-benarnya. Sehinggakan apabila melihat seseorang, ia boleh melihat diari hidup seseorang itu tanpa perlu ritual alam ghaib. Itulah yg selalu aku hindari bila seseorg yg sakit  dok depan aku.. kdg2 apa yg aku xnak tgk pun terkeluar sekali.. cpt2 kena tukar channel lain atau fast forward cpt2 macam tgk citer blue masa muda remaja dulu,. Pasti secara lahiriahnya sifat-sifat itu akan terpapar pada tingkah laku peribadi tersebut. Malah bukan itu sahaja, ada yang dapat melihat pokok-pokok bertasbih, ayam mengaji dan sebagainya yang mana ini semua dianggap pelik bila diukur dengan kaca mata lahiriah.

Kasyaf ni pulak terbahagi kepada empat jenis..

1.         Kasyaf yang dimiliki oleh para Rasul, Nabi dan Waliyullah. Mereka ini telah terpelihara imannya, telah berjaya bermujahadah melawan nafsu dan syaitan serta tipu daya dunia hingga dapat menjadikan ianya hampir dengan Allah serta tergolong dalam kumpulan para kekasih Allah. Mereka ini tidak terpaut dan tidak terasa hebat dengan kelebihan-kelebihan yang dianugerahkan Allah. Bukan mcm manusia skrg.. baru dapat rasa zouk dah rasa besar sangat mcm dah dapat wahyu pulak..Pengabdian mereka kepada Allah bukanlah kerana ganjaran syurga, atau takut dengan neraka, apatah lagi kerana dunia yang penuh tipu daya ini, tetapi adalah semata-mata kerana Allah. Tegasnya mereka adalah orang-orang yang dikurniakan kasyaf kerana hati mereka telah bersih dan bulat sepenuhnya mencintai Allah.

2.         Dalam jenis kedua pula, Allah berikan kasyaf kepada seseorang itu sebagai modal untuk menyakinkannya akan kebesaran Allah dan tentang keesaanNya. Dengan pemberian ini menjadi penyebab untuk ia taat kepada Allah selaras dengan syariat Allah. Ini selalu dikurniakan kepada manusia berdosa yg dipilihnya untuk kembali kepada Allah.. dan selalunya mereka yg dipilih ini jd lebih beriman dr org yg dok rajin menunjukkan diaorg beriman kat fesbuk tu..Inilah yang terjadi kepada orang-orang tertentu sebagai “rezeki” dari Allah kepada mereka. Contohnya, seperti yang telah terjadi kepada wali-wali besar Ibrahim Adham, Bisyru Al Hafi, Malik bin Dinar dan lain-lain. Mereka asalnya adalah orang awam, tetapi setelah dikurniakan kasyaf sebagai cara didikan terus dari Allah, maka mereka terdorong untuk membuat perubahan besar dalam hidup mereka, iaitu semata-mata berbakti kepada Allah.

Sapa lak mamat Ibrahim Adham ni? Ibrahim bin Adham atau nama asalnya ialah Abu Ishak Ibrahim bin Adham dilahirkan daripada keluarga bangsawan Arab yang kaya raya. Beliau terkenal sebagai seorang raja Balkh yang sangat luas wilayah kekuasaannya. Ke mana saja pergi, beliau akan diiringi empat puluh bilah pedang emas dan empat batang tongkat kebesaran emas diusung di depan dan belakangnya. Nama beliau berada dalam tinta sejarah daripada seorang raja yang masyhur kepada ahli sufi yang terkenal.

Bermulanya perubahan kehidupan Ibrahim bin Adham apabila pada suatu malam ketika baginda tertidur di bilik istananya, langit-langit di biliknya bergerak seolah-olah ada seseorang yang sedang berjalan di atas atap. Ibrahim terjaga dan berseru: “Siapakah itu?”. “Saya adalah seorang sahabat, untaku hilang, aku sedang mencarinya di atas atap ini.” Terdengar sahutan dari atas. “Bodoh, tidak ada orang mencari unta di atas atap!” Ibrahim menengkingnya. “Wahai manusia yang lalai, apakah engkau hendak mencari Allah Subhanahu wata’ala dengan berpakaian sutera dan tidur di alas tilam emas?” Jawab suara itu penuh simbolik.

Kata-kata ini sangat menggetarkan hati Ibrahim. Ia sangat gelisah dan tidak dapat meneruskan tidurnya sehingga pagi. Seperti kebiasaannya, di sebelah siang Ibrahim berada di atas singgahsananya untuk mendengar pengaduan dan masalah rakyat jelata. Tetapi hari itu keadaannya berlainan, dirinya gelisah dan banyak termenung. Para menteri, pembesar istana dan rakyat yang hadir merasa hairan melihat perubahan yang terjadi dengan tiba-tiba kepada raja mereka.

Tiba-tiba masuk seorang lelaki berwajah menakutkan ke dalam ruangan perjumpaan itu. Tidak seorangpun di antara askar dan pengawal istana yang berani menanyakan sesuatu dan menghalangnya masuk. Kejadian berlaku begitu pantas, semua lidah menjadi kelu. Lelaki itu melangkah ke depan Ibrahim Adham. “Apakah yang engkau inginkan daripada aku?” Tanya Ibrahim. “Aku baru sahaja sampai, bagilah aku rehat dulu”, jawab lelaki itu. “Ini bukan tempat persinggahan kafilah. Ini istanaku. Lagak engkau seperti orang gila saja!” Ibrahim menengking. “Siapa pemilik sebenar istana ini sebelum engkau?” Tanya lelaki itu. “Ayahku!” Jawab Ibrahim pendek. “Sebelum ayahmu?”  “Datukku!” “Sebelum dia?” “Datuk kepada datuk-datukku!” “Ke manakah mereka sekarang ini?“ Tanya lelaki itu. “Mereka telah meninggalkan dunia ini”, jawab Ibrahim. “Jika demikian, tidakkah ini sebuah persinggahan yang diduduki oleh seseorang kemudian ditinggalkannya dan diganti oleh yang lain pula?” Kata lelaki itu.

Tersentak juga hati Ibrahim mendengar kata-kata lelaki itu. Belum sempat Ibrahim menjawab, lelaki itu mengundur ke belakang dan tiba-tiba ghaib di tengah orang ramai. Banyak para alim ulama membuat tafsiran sesungguhnya lelaki itu adalah Nabi Khidhir ‘Alaihissalam yang sengaja datang mengetuk hati raja Ibrahim bin Adham yang semakin lalai dengan tipu daya dunia. Kegelisahan Ibrahim semakin menjadi-jadi sejak kejadian tersebut. Ia dihantui oleh bayangan dan suara lelaki itu sejak peristiwa di istananya. Akhirnya kerana tidak tahan lagi Ibrahim memerintah pengawalnya: “Persiapkan kudaku yang terbaik! Aku hendak pergi berburu. Ya, Allah! Bilakah semua ini akan berakhir?”

Ibrahim bin Adham dan rombongan terus merentasi padang pasir yang luas saujana mata memandangnya. Baginda memacu kudanya begitu laju sehingga akhirnya terpisah dengan rombongan tersebut. Dalam mencari jalan keluar baginda terlihat seekor rusa. Tiba-tiba Ibrahim ghairah hendak memburu rusa itu. Belum sempat berbuat apa-apa rusa itu berkata kepadanya: “Wahai manusia yang lalai, aku disuruh oleh Allah Subhanahu wata’ala memburumu. Engkau tidak dapat menangkapku. Bertaubatlah, untuk inikah engkau diciptakanNya?”

Ibrahim yang di dalam ketakutan itu tiba-tiba terkejut dengan kata-kata itu. Baginda langsung tidak terfikir selama ini untuk apa baginda dicipta ke dunia. Sekarang keyakinan serta keimanannya telah tertanam di dalam dadanya. Seluruh pakaian dan tubuh kudanya basah oleh cucuran air mata penyesalannya selama ini. Dengan sepenuh hati Ibrahim bertaubat kepada Allah Subhanahu wata’ala. Dalam keadaan panas terik itu, baginda meninggalkan kudanya dengan berjalan kaki yang akhirnya baginda bertemu dengan seorang penggembala yang sedang menjaga sekumpulan kambing-kambingnya.

Tiba-tiba Ibrahim meminta keizinan untuk menyerahkan bajunya yang bersulam emas serta topinya yang bertatahkan batu-batu permata yang sangat mahal harganya. Sebaliknya baginda mengenakan pakaian dan topi gembala itu yang diperbuat daripada kulit dan bulu kambing. Gembala kambing itu melihat kelakuan Ibrahim itu dengan penuh kehairanan. Semua malaikat menyaksikan perbuatan Ibrahim itu dengan penuh kekaguman sehingga salah satu malaikat berkata: “Lihat, betapa megahnya kerajaan yang diterima putera Adham sebelum ini, akhirnya telah mencampakkan pakaian dunia yang kotor dan menggantinya dengan jubah kesedaran.”

Dengan berjalan kaki Ibrahim mengembara merentasi gunung dan menyusuri padang pasir yang luas sambil menginsafi dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Akhirnya sampailah baginda di sebuah gua. Ibrahim yang dulunya seorang raja yang hebat akhirnya menyendiri dan berkhalwat di dalam gua selama sembilan tahun. Selama di dalam gua itulah Ibrahim betul-betul mengabdikan dirinya kepada Allah Subhanahu wata’ala. Setiap hari Khamis baginda ke pekan bernama Nishapun untuk menjual kayu api. Setelah sembahyang Jumaat baginda pergi membeli roti dengan wang yang diperolehinya. Roti itu separuh diberikan kepada pengemis dan separuh lagi untuk berbuka puasa. Demikianlah yang dilakukannya setiap minggu.

Akhirnya baginda mengambil keputusan keluar dari gua tersebut untuk merantau lagi merentasi padang pasir yang terbentang luas itu. Baginda tidak tahu lagi ke mana hendak ditujui. Setiap kali baginda berhenti di sebuah perkampungan, baginda kumpulkan orang-orang setempat untuk memberitahu betapa kebesaran Allah terhadap hambaNya dan azab yang akan diterima oleh sesiapa yang mengingkarinya. Justeru itu banyaklah orang yang akrab dengannya dan ada yang menjadi muridnya. Baginda mengharungi padang pasir itu empat belas tahun lamanya. Selama itu pula baginda berdoa dan merendahkan dirinya serta tawaddhu’ kepada Allah Subhanahu wata’ala. Nama Ibrahim pula mula disebut-sebut orang; dari seorang raja berubah menjadi seorang ahli sufi yang merendah diri.

Pernah dalam perjalanannya baginda diuji. Disebabkan kewara’an baginda itu ada seorang kaya datang menemuinya untuk mengambil tabarruk ke atas baginda dengan memberi wang yang sangat banyak kepada Ibrahim. “Terimalah wang ini, semoga berkah”, katanya kepada Ibrahim. “Aku tidak mahu menerima sesuatupun daripada pengemis”, jawab Ibrahim. “Tetapi aku adalah seorang yang kaya”, pintas orang kaya orang itu. “Apakah engkau masih menginginkan kekayaan yang lebih besar daripada apa yang telah engkau miliki sekarang ini?” tanya Ibrahim. “Ya, kenapa tidak?” Jawabnya ringkas. “Simpanlah wang ini kembali, bagi aku, engkau adalah ketua para pengemis di sini. Bahkan engkau bukan seorang pengemis lagi tetapi seorang yang sangat miskin dan meminta-minta.” Tegur Ibrahim. 

Kata-kata Ibrahim itu membuatkan orang kaya itu tersentak seketika. Penolakan pemberiannya oleh Ibrahim disertai dengan kata-kata yang sinis lagi pedas itu turut meninggalkan kesan yang mendalam kepada dirinya. Dengan peristiwa tersebut orang kaya itu bersyukur kepada Allah kerana pertemuan dengan Ibrahim itu membuatkan dirinya sedar akan tipu daya dunia ini. Beliau lalai dengan nafsu yang tidak pernah cukup daripada apa yang perolehinya selama ini.

Suatu ketika sedang Ibrahim bin Adham menjahit jubah buruknya di tepi sungai Tirgis baginda ditanya oleh sahabatnya: “Engkau telah meninggalkan kemewahan kerajaan yang besar. Tetapi apakah yang engkau telah perolehi sebagai imbalannya?” Disebabkan soalan yang tidak disangka-sangka itu keluar dari mulut sahabatnya sendiri maka dengan tiba-tiba jarum di tangannya terjatuh ke dalam sungai itu. Sambil menunjukkan jarinya ke sungai itu Ibrahim berkata, “Kembalikanlah jarumku!” Tiba-tiba seribu ekor ikan mendongakkan kepalanya ke permukaan air. Masing-masing ikan itu membawa sebatang jarum emas di mulutnya. Ibrahim berkata: “Aku inginkan jarumku sendiri.” Seekor ikan kecil yang lemah datang menghantarkan jarum besi kepunyaan Ibrahim di mulutnya. “Jarum ini adalah salah satu di antara imbalan-imbalan yang ku perolehi, kerana meninggalkan kerajaan Balkh. Sedangkan yang lainnya belum tentu untuk kita, semoga engkau mengerti.” Kata Ibrahim Adham dengan penuh kiasan. (cerita dari kisah ni yg org selalu olah balik wat kisah tauladan tu)

Begitulah kehidupan seorang raja Balkh yang bernama Ibrahim bin Adham yang luas pemerintahannya dan hidup di dalam kemewahan, tetapi akhirnya berkelana menjadi ahli sufi yang terkenal. Baginda menemui Allah Subhanahu wata’ala pada tahun 165H/782M di negeri Persia. Taubat Ibrahim itu merupakan sebuah kisah yang sangat unik bagi umat Islam yang merintis kehidupan yang penuh dengan tipu daya di dunia ini.

Dipetik dari Tazkirat al-Aulia karangan Farid ad-Din Attar, Mukhtashar ar-Raudah ar-Rauyyahin Fi Manaqib as-Salihin karangan Abu Mazaya al-Hafiz. 

3.         Kasyaf yang dikurniakan Allah kepada seseorang kerana berkat guru atau ibubapanya ataupun kerana sesuatu amal yang telah dikurniakan kasyaf jenis ini sebenarnya belum bersih lagi jiwanya. Ia hanya menerima berkat dari seseorang lain yang ada hubungan rapat dengannya. Kasyaf jenis ini juga merupakan modal awal yang sangat tinggi nilainya kepadanya untuk hampir kepada Allah. Jika ia anggota sebuah jemaah Islamiah, maka ia merupakan saluran kepada berita-berita ghaib yang sangat besar manfaatnya kepada seluruh anggota jemaah.

Hal ini dapat disamakan dengan kasyaf yang dikurniakan kepada Mukasyafah waktu sebelum beliau mendapat taraf wali. Dengankasyaf itulah ia dapat merasai kebesaran Allah dan menjadi pendorong kepada dirinya berubah menjadi wanita solehah dan akhirnya menjadi seorang wali. Mengapakah Allah memilihnya? Ini disebabkan berkat  dari ibunya (Rabi’atul Adawiyah) yang sering mendoakan kesejahteraan anaknya. Jadi kasyaf yang diberikan padanya bukanlah hasil mujahadah tetapi sengaja Allah campakkan berkat doa seorang ibu kepada anaknya.

4.         Dalam jenis keempat pula Allah memberi ilmu kasyaf kepada seseorang lebih merupakan satu ujian ke atasnya. Adakah dia akan mudah terasa hebat dengan kekasyafannya atau terasa risau dgn segala kebolehan yg diuji ke atasnya. Dengan kekasyafan ini akan tergambarlah watak-watak terpendam pada orang itu seperti keikhlasannya dalam ibadahnya, tentang rasa kehambaannya kepada Allah serta akhlak baik dan buruknya. Ini merupakan perangkap ke atas dirinya dalam menguji sifat kehambaan yang ada pada dirinya.

Bagi para wali mereka tidak mudah tertipu dan tidak mudah terperangkap dengan ilmu kasyaf yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka. Contohnya, kita boleh lihat pernah suatu ketika, di waktu Syeikh Abdul Kadir Al Jailani sedang berzikir dan bermunajat dengan Allah. Ketika itu datanglah satu cahaya dan bersuara ;

“Wahai Syeikh Abdul Kadir Al Jailani, engkaulah kekasihku. Mulai sekarang telah halal apa yang diharamkan ke atasmu.” Syeikh Abdul Kadir Al Jailani terus melontar kasutnya ke arah cahaya itu dan berkata ; “Pergilah, wahai syaitan yang terkutuk!” Mendengar itu, suara tadi (syaitan) pun berkata ; “Engkau hebat! Telah ramai wali yang telah aku sesatkan dengan cara ini. Ini sudah tentu berkat ketinggian ilmumu.” Mendengar itu, Syeikh Abdul Kadir Al Jailani pun terus berkata lagi ; “Jangan engkau cuba menipu aku sekali lagi. Aku selamat dari tipu dayamu bukan kerana ilmuku tetapi kerana rahmat Allah!”

Inilah bentuk ujian kasyaf yang dikurniakan kepada Syeikh Abdul Kadir Jailani sama ada ia tertipu atau tidak. Alhamdulillah wali besar itu mendapat pimpinan Allah dan sentiasa dapat mengekalkan sifat kehambaannya walaupun kedudukannya di sisi Allah sangat tinggi.  Begitu juga dengan Rabi’atul Adawiyah, walaupun dianugerahkan dengan kehebatan-kehebatan pada dirinya, dia tidak pula terasa kagum hingga hilang sifat kehambaannya kepada Allah. Di antara karomah-karomahnya ialah dia boleh melempar tikar sejadah ke udara dan bersembahyang di atasnya. Tetapi perkara ini adalah terlalu kecil baginya. Alam kenyataan telah membuktikan ini adalah perkara biasa pada burung yang sentiasa boleh berterbangan di udara.

Sebaliknya tidak dapat kita nafikan melalui sejarah, dapat kita lihat ramai para wali yang sudah terpesona, tertipu, sudah terasa “hebat” dengan kebolehan hingga tipu daya ini membawa mereka ke kancah kekufuran. Mereka telah gagal dalam ujian yang berbentuk kerohanian ini. Kasyaf yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka ini menyebabkan mereka lupa, takabur dan sombong. Terdapat satu kisah tentang seorang wali yang bernama Syeikh Bersisa yang sudah begitu lama beribadah kepada Allah tetap di saat akhirnya terpedaya dengan tipu daya syaitan sehingga melanggar syariat Allah. Beliau mempunyai banyak kelebihan-kelebihan sehinggakan anak muridnya telah boleh terbang bagaikan burung di udara tetapi akhirnya mati kufur. Rupa-rupanya tersingkap rahsia bahawa Bersisa menerima nasib sedemikian kerana hatinya kurang dengan rasa syukur. Sebab itulah kurniaan kasyaf bukanlah jaminan untuk selamat dunia dan akhirat tetapi sebagai pendorong sahaja untuk lebih membaiki diri.

Pesan aku kepada semua pembaca blog ni n kepada murid2 dan diri aku sendiri jangan lah kita suka meninggi diri sebab segala yg kita Nampak dpn mata kita ni serta kebolehan n kelebihan yg kita ada ni, semuanya pinjaman dari Allah jer and at anytime dia boleh ambik balik dari kita hatta nyawa kita sekalipun.. Jgn lah suka menganggap segala kesenangan yg kita nikmati adalah kurniaan Allah atas usaha kita… itu semua kadangkala merupakan hanya ujian ke atas kita…