Showing posts with label tasawuf. Show all posts
Showing posts with label tasawuf. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

Selain dari kesedapan Ikan Bakar Peramu..



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua pembaca blog kerdil ini dan semoga semuanya diberkati Allah hendaknya. Kali ni pakcik sang fakir ini nak mengulas sedikit dari kitab Tok Peramu yang yang ditulis oleh Tok Peramu untuk kita pelajari, kaji dan fahami.. Siapa Tok Peramu ni banyak menimbulkan tandatanya kerana low profilenya beliau yang tinggi dalam ilmu makrifatnya.. Bukanlah profile beliau yang menjadi persoalan tetapi ilmu yg beliau curahkan dari manuskrip kitab beliau itu.. Dan pakcik ingin mengulas lebih panjang tentang kandungan isi kitab beliau itu untuk pemahaman kita bersama. Kalau pakcik salah siapa yg lebih arif boleh betulkan dan pakcik akan betulkan dalam penulisan ni..

Menurut Tok peramu Kesempurnaan dalam Islam atau sempurna seorang manusia menjadi seorang Islam ada tiga iaitu:

a. Diikrarkan dengan lidah
b. Ditashdiqkan dalam hati
c. Dikerjakan dengan anggota

Maksud keterangan  beliau dari pemahaman roh islam pakcik ialah ianya bermula dari lafaz syahadah kita yakni :



Apa yang dimaksudkan Diikrarkan dengan lidah ialah mengucapkannya dengan lidah kita. Ini kerana syaitan laknatullah pun akan mengucapkan ayat pertamanya namun xkan terkeluar ayat mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruhnya kerana syaitan menjadi kufur setelah diperintahkan untuk tunduk dan sujud kepada manusia. Itulah yang membezakan Islam itu dengan yang bukan Islam kerana penganut ugama lain mengaku adanya Allah yang satu tetapi tidak menerima Rasulallah sebagai manusia yang dipilih Allah untuk memimpin manusia..

Ditashdiqkan dengan hati pula member maksud mengaku dengan hati. Apabila kita mengucapkan Ash hadualla ila haillallah maka bukanlah bermakna sekadar mengucapkan tetapi hati kita juga mengaku bahawa Allah itu tuhanku. Tidak sempurna seorang Islam itu mengaku bahawa dirinya Islam sedangkan dirinya menjadi saksi palsu di akhirat kerana bersaksi bahawa menyembah Allah tetapi tidak menyaksikan Allah itu sendiri. Bukanlah pakcik kata korg kena tgk dgn mata yg dua biji tu tapi dgn mata hati korang.. Mcm mana nak tgk dgn mata hati tu kena la belajar “melihat” pulak.

Bagaimana nak mengerjakan dengan anggota lak? Korang kena mengerjakan apa yg disuruh dan dituntut dalam islam la. Contohnya mcm kata Sheikh Zakir Naek bila ditanya kenapa perlu org Islam memakai serban? Jawapan beliau yg sederhana bersahaja memukau hati org bukan Islam yg bertanya. Jawapan beliau adalah bukanlah menjadi tidak Islam kepada mereka yg tidak berjanggut dan tidak memakai serban. Tetapi di dalam konteks belajar kita tentunya mengharapkan keujian dalam keputusan dan bukan setakat lulus. Maka memakai serban dan berjanggut itu adalah untuk mendapatkan “kepujian” dalam usaha menjadi insan kamil.. dan yang tidak memakai serban itu mereka seperti hanya lulus dalam mata pelajaran..

Persoalan kedua beliau dalam kitabnya berupa Berapa tandakah yang dikatakan sesaorang itu Islam? Maka kata beliau kesempurnaaan dalam Islam itu digambarkan menerusi empat perkara..

a. Merendahkan diri kehadrat Allah dan sesama islam
b. Suci lidah dari memakan dan meminum benda haram
c. Suci lidah dari dusta dan mengumpat
d. Suci badan daripada Hadas Besar

Merendah diri dgn Allah membuatkan kita akan selalu beradab dan malu dengan Allah yakni senantiasa menunaikan kehendak-Nya dengan penuh takut, rindu, harap dan cinta kepada-Nya. Kita cukup merasa malu untuk sombong kepada-Nya, tidak menghiraukan-Nya dan menjauhi-Nya. Ertinya kita senantiasa merendahkan diri terhadap Allah dan khusyuk dalam beribadah. Selain itu kita berhati-hati, bimbang dan cemas, jangan-jangan kita telah membuat kesalahan dengan Allah. Kita juga akan selalu merenung dan menyesali diri. Apakah kita sudah mendapat keredhaan dan keampunan dari Allah. Kita yang selalu lalai, lemah serta berdosa, layakkah mendapat keredhaan dan pengampunan-Nya? Waktu untuk beribadah terlalu pendek dibandingkan dengan waktu yang kita gunakan untuk bercakap-cakap kosong, berangan-angan memikirkan bagaimana untuk meluaskan dunia kita, bermegah-megah dengan harta, anak dan pengikut serta bermacam-macam kelalaian lagi.

Kepada sesama manusia pula kita tidak menyombong dgn apa yg kita ada serta hendaklah kita memuliakan mereka yang miskin dan menghormati mereka yang kaya. Menghormati pada yang muda serta memuliakan mereka yang lebih tua..

Suci lidah dari mengambil yg haram ni pakcik rasa tak perlu nak diulas pjg lebar sebab sudah terang lagi bersuluh dan begitu juga dengan dusta dan mengumpat. Hatta untuk berdakwah juga tak perlu lah kita menyebarkan keaiban org lain. Cuma perlu menyatakan untuk menjauhi kelakuan itu cukuplah.. kerana Allah menyatakan bahawa andai kamu menutup keaiban org lain maka Allah akan menutup keaiban kamu juga..

Suci dari hadas besar pula bermaksud mereka menjaga kebersihan diri setiap masa bukan semasa nak solat sahaja.. apabila pakaian terkena kotoran yg tak membolehkan kita bersembahyang maka bersuci lah kerana malaikat juga membenci sesuatu yang najis. Andai kita sentiasa menjaga kesucian kita maka malaikat akan terus menerus mendoakan kesejahteraan kita.

Seterusnya beliau mengatakan dalam kitabnya yang berbunyi Yang dikatakan Islam berapa syarat pakaiannya ? dan beliau menyatakan bahawa ada empat juga kesemuanya iaitu :

a. Sabar akan Hukum Allah SWT
b. Redha akan Qadha Allah SWT
c. Menyerahkan Diri kepada Allah dengan tulus ikhlas
d. Mengikut Firman Allah dan Hadis Nabi.

Maksudnya sebagai seorang Islam maka kita haruslah sabar dengan segala ujian dan cubaan darinya kerana hambanya yg terpilih haruslah menjalani semua ini sebagai ujian untuk membuktikan keislaman kita. Kita juga haruslah redha dgn ketentuannya akan perjalanan hidup kita dan jgn sesekali menangisi akan qadak dan qadar kita kerana Dia lebih mengetahui akan kebaikan utk kita. Adakalanya musibah yg datang kepada kita membawa keberuntungan kepada kita sebenarnya kerana Dialah yg lebih Maha Mengetahui. Beliau selanjutnya menyatakan bahawa sesorang Islam itu hendaklah berpegang kepada alquran dan sunnah dalam menjalani hidup ini dan menjadikan alquran dan sunnah itu sebagai panduan hidup.

Seterusnya lagi beliau menuliskan  Apakah yang membinasakan Islam ?. maka jawab beliau yang membinasakan Islam itu sendiri terdapat empat perkara iaitu:

a. Berbuat sesuatu amalan yang tiada dasar dari Islam itu sendiri
b. Mencela orang berbuat baik & meringankan Hukum Allah SWT
c. Diketahui tetapi tidak dibuat
d. Tiada tahu tetapi malas bertanya

Maksud beliau adalah janganlah melakukan sesuatu amalan itu yang menyalahi syariat Islam. Andainya disuruh mengerjakan amalan yg bertentangan dengan syarak hatta disuruh oleh guru anda sendiri maka jauhilah dan carilah guru lain apabila guru anda mula menyimpang mcm tu.

Jangan mencela orang lain sekalipun ianya buruk dimata anda kerana Allah menentukan sesuatu itu didalam rahsianya. Maka manusia yg berakal ini janganlah mencemuh sesuatu kejadian buruk itu kerana Dia tak pernah berhenti mentadbir makhluknya setiap masa dan semua kejadian itu dibawah seliaannya. Namun jgnlah sesekali meringan hukum Allah, jauhilah larangannya dan laksanakanlah perintahnya.

Maka apabila kamu disuruh melakukan amalan yg disuruhnya maka dikerjakanlah kerana itulah suruhannya. Janganlah pula ditanya pada suruhan yg jelas arahannya seperti solat dan jgn pula ditanya kenapa perlu melakukan solat.. Dan selain itu umat Islam juga haruslah berterusan belajar dan mencari ilmu tanpa ada rasa malas.

Thursday, July 5, 2012

CINTAILAH AKU DENGAN MENYINTAI DIA.......

Pagi2 tadi mcm biasa biasa waktu gi keje aku dgr ikim.fm dalam kete and something that trigger my mind by Ustaz Ebit Liew. Pagi ni dia bercerita pasal cinta lak. Siapa Ustaz Ebit Liew ni? Sedikit latar belakang beliau yang saya masih ingat. Ayahnya berbangsa Cina, pernah bernikah dengan wanita Cina dan mempunyai 6 orang anak hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama. Kemudian mereka bercerai. Seterusnya, beliau bertemu jodoh dengan seorang wanita beragama Islam lalu menukar agamanya kepada Islam. Namun begitu - mereka sekeluarga jauh dari Islam, tidak mengamalkan ajaran Islam dan 'orang kampung pun tak pasti mereka agama apa'.

Ustaz Ebit Liew ketika kecil, tidak dibesarkan dengan ajaran Islam sepenuhnya. Di sekolah juga, dia seorang murid yang nakal, selalu mencari pasal dan menjadi murid yang tidak digemari oleh guru-guru. Nakal sangatlah pendek katanya. Hinggalah pada suatu hari, ketika berusia 12 tahun, seorang guru telah berjaya mengetuk pintu hatinya. Alhamdulilllah, berkat usaha cikgu itu dan izin Ilahi, dia yang tak pernah solat mula belajar solat dan mendekati Allah. Tidak setakat itu, perubahan Elbit Liew rupa-rupanya bagai suatu 'pembuka' yang seterusnya mendorong seluruh keluarganya, termasuk ibu dan ayahnya juga mendekati Islam. Alhamdulillah.
Penyampaian beliau bersahaja dan menarik dapat memberi satu keinsafan kepada sesiapa yg mendengarnya sebab contoh2 dan perumpamaan yg beliau beri amat senang difahami. Kerana itulah kem motivasi yg beliau kendalikan amat mendapat sambutan dari org ramai. Dan aku percaya keikhlasan beliau dalam berdakwah menjadikan apa yang beliau sampaikan tulus dari hati beliau menyelinap ke hati pendengar...

Apa yang aku ingin utarakan ialah isi kandungan sessi motivasi pagi yang beliau kendalikan.. Hari ini beliau membicarakan sesuatu yang pernah aku dalami satu masa dulu dalam pengisian ilmu para sufi iaitu tasawwuf. Dalam tasawwuf para sufi amat mendalami dan memahami sebenar erti CINTA... Aku takut juga nak kemukakan persoalan tentang tasawwuf ni mulanya.. Maklumlah, mendalami tasawwuf ni penuh dengan kejian dan cacian org hatta dikatakan syirik, murtad, gila dan sebagainya sebab tasawwuf banyak membawa aku menjadi pencinta, asyik, mahsyuk dan khayal dalam dunia cintaku sendiri.. Tapi since Ustaz Ebit dah mula berbicara tentangnya dengan orang ramai maka apalah kiranya aku juga berbuat benda yang sama agar

Apakah yang dimaksudkan CINTA oleh para sufi?? Bagi sufi CINTA adalah bila terbitnya tiga perkara dari dalam diri seseorang.. Akan terbit dari dalam diri seseorang 3 benda apabila dirinya dilamun cinta:

PERTAMA : Seseorang akan menyukai apa dan menyayangi apa yg disukai dan disayangi oleh org yg dicintainya.. Sebagai contohnya  anda mencintai seseorang wanita atau lelaki. Kemudian ditempat kerja anda, adik kepada orang yang anda cintai datang melaporkan diri untuk bekerja dibawah pengurusan anda. Walau segarang mana anda dengan pekerja lain, tapi dengan bakal adik ipar anda ini pasti anda akan berlembut dan bercakap dengan penuh kasih syg sebagaimana insan yg anda cintai bercakap kepadanya.. Begitu juga andai dijalanan, anda terserempak dengan bermacam feel manusia yang anda langsung tak endahkan.. Tapi andai terserempak dengan bakal mertua anda, dengan serta merta keramahan anda muncul dan dengan penuh adab sopan anda akan menegur bakal mertua anda itu sebab dia lah org kesygan insan yg anda cintai..

KEDUA : Apabila berjauhan kamu akan merinduinya.. Apabila sekejap tak berjumpa anda akan rindu inikan pulak nak berjauhan. Ramainya manusia hari ini apabila bercinta tak nak berjauhan tapi bila dah beranak pinak rimas pulak berkepit. Puan Sri Baby aku 24 jam berkepit dgn aku sampai skrg nak masuk anak lima dah... Apabila tak dapat berjumpa maka dapat tgk bumbung rumah pun jadilah.. Bak cerita Laila Majnun dimana Kaisy Amiri yang mabuk cintanya kepada Laila, setiap kali berkunjung ke kota tempat Laila tinggal, maka akan dipeluknya setiap tiang lampu yang ada di kota tersebut dek kerana asyik mahsyuknya serta rindunya kepada Laila yang dicintainya hatta bekas tapak kaki anjing pun diciumnya kerana anjing2 yg ada dikota tersebut berasal dari persekitaran rumah Laila jugak. Maka bapa si Kaisy Amiri ini meminta anaknya bertaubat dan didepan Kaabah si Kaisy ini memohon kehadrat tuhan agar menerima taubatnya namun beliau meminta agar jangan dibuang rasa cintanya kepada Laila. Bapanya ingat dia dah bertaubat sungguh2 tapi dek kerana cintanya mengatasi cintanya kepada yang lain termasuk kepada Allah.. subhanallah jauhkan kita dari bersikap begini..

KETIGA : Apabila cinta kita sanggup korbankan apa sahaja untuk insan yang kita cintai.. Samapai kadang2 kita mesti pernah dengar naywa pun nak diserahkan pada kekasihnya.. Tapi time si kekasih sakit jantung, x sanggup lak nak dermakan jantung kat keasih dia padahal sembang nyawa pun boleh serahkan. Mana taknya, kalau serahkan jantung dia pun jalan. Bila dia jalan kekasihnya sihat walafiat pastu kahwin n hidup bahagia dgn org lain lak. Klu org mati boleh jadi hantu, dia nak jadi hantu pulak sebab tak puas hati kekasihnya bersenang lenang dengan org lain...

Benarkah yang yg ahli sufi katakan ini? Ada renung, anda kaji dan anda alami sendiri. Pasti anda tau betul atau tidaknya kata2 sufi ini. Sebab dalam bersufi kami mengalami sendiri apa erti sebenar cinta, apa erti sebenar rindu dan apa erti sebenar pengorbanan yang menuntut kesabaran dan keredhaan hati sepenuhnya..

Biar kita lihat pula huraian sufi mengenai ketiga-tiga perkara diatas..:

Cinta sufi adalah kepada Allah dan Rasulnya. Maka apabila cintakan Allah dan Rasulnya maka kita akan mencintai apa yang Allah dan Rasulnya cintai. Allah dan Rasulallah mencintai masjid tapi berapa ramaikah org kita mencintai masjid?? Allah dan Rasulnya mencintai alquran tapi berapa ramaikah org kita membaca alquran?? Kalau di FB kita akan baca sebutir-sebutir kata org Jerman isi status update FB kekasih kita tapi sedalam mana kita menghayati dan cuba memahami "status update" Allah dan Rasulnya dalam FB mereka yang bernama alquran?? Kita cuba menafsirkan tulisan kekasih kita dlm FB ttetapi sejauh mana penafsiran kita dalam menghayati alquran.. sendiri lah yang jawab sebab sendiri mau ingat.. Allah dan Rasulnya suka manusia yang menutup keaiban org lain tapi sejauh mana kita membuka pekung org lain dengan menghalalkan kutuk mengutuk, menyokong gossip, men'like' pendedahan berani mati lawan dalam arena politik dan lain2 lagi.. fikirkanlah andai anda benar2 cintakan islam, cintailah dulu penghulu dan penciptanya.. Aku akan menghormati seseorang guru andai dia benar2 menghayati dan meneladani Rasulallah sehingga tak akan menghalalkan yg haram dan mengharamkan yang halal demi untuk kepentingannya. Tak ada parti yg menjamin syurga melainkan amalan dan ibadat individu itu sendiri..

Bila anda rindukan Allah dan Rasulnya maka kunjungilah rumah2 tinggalan mereka. Kunjungilah masjid selalu supaya rindu anda kepada Allah dan Rasulnya terubat sedikit. Bila anda rindukan Allah dan Rasulnya maka ubatilah rindu anda dengan berqiamullail sebab waktu siangnya kita terikat dengan kesibukan dunia yang menuntut waktu dan komitmen kita kepada kerja dan tanggungjawab sesama manusia. Para sahabat nabi dahulu resah untuk tidur malam sebab rindunya mereka kepada Allah dan Rasulnya sehingga walau berpusing arah mana tidur pun tetap rasa gelisah dan mereka bangun dan meratap menangis menceritakan rasa gundah gulana, asyik mahsyuk dan rindu mereka kepada Allah dan Rasulallah. Diaorg ada korang ada?? rasa rindu sampai mcm tu? Kalau takde tanya iman korang nape korang tak rasa rindu sampai mcm tu.. Maknanya korang tak rindu dan tak cinta la.. So apa guna korang bershahadah andai korang jadi saksi palsu? Marah aku kata saksi palsu?? Tanya diri korg dulu apa makna shahadah. Aku naik saksi kan.. kalau bersaksi dimulut tapi bukan dihati bukankah saksi palsu namanya hinggakan rasa cinta dan rindu pada Allah dan Rasulnya tiada????

Dari segi pengorbanan, kalau kita lihat Rasulallah saw memilih dikalangan sahabat yang berharta untuk menjadi khalifah bukannya sahabat yg gilakan harta.. Beliau memilih sahabat yang bersedia membelanjakan harta dan bukan yang mencari harta dan kemasyhuran. Saidina Usman membelanjakan hartnya yang menimbun untuk membiayai peperangan antara org islam dan org2 kafir tanpa ada rasa kerugian pun sebab dia sanggup bekorban apa saja hatta kebun yg paling dia syg yg ada telaga yg mengeluarkan air yang terasa manis yg pernah diminum oleh Rasulallah. Tapi bagi umat islam kini, baru bayar duit cukai pendapatan sikit dah nak melalak dan memaki hamun sana sini walaupun tahu itu semua untuk kepentingan negara. Dan yang memimpin pun sebang2 hati ikut suka tuttttt mak dia belanja duit yang org ramai bayar untuk shopping sakkan.. Hamboi larat ke ko nak bayar balik kat padang mahsyar esok kat orang2 ni? Bukan sikit cik kak oiiii .... Badan boleh jadi kurus gemuk balik pun x abis lagi nak bayar..

Wednesday, May 23, 2012

Suluk Wujil Sunan Bonang...


AJARAN SUNAN BONANG

Tasawuf dan Mengenal Diri

Secara keseluruhan jalan tasawuf merupakan metod-metod untuk mengenal diri dan hakikat wujud tertinggi, melalui apa yang disebut sebagai jalan cinta dan penyucian diri. Cinta yang dimaksudkan oleh para sufi ialah kecenderungan kuat dari kalbu kepada Allah Yang Satu, kerana pengetahuan tentang hakikat ketuhanan hanya dapat dicapai dengan tersingkapnya cahaya penglihatan batin (kasyaf) dari dalam kalbu manusia (Taftazani 1985:56). Tahap-tahap jalan tasawuf dimulai dengan‘penyucian diri’, yang oleh Mir Valiuddin (1980;1-3) dibagi tiga:

Pertama, penyucian jiwa atau nafsu (thadkiya al-nafs); 

kedua, pemurnian kalbu (tashfiya al-qalb);

ketiga, pengosongan fikiran dan ruh dari selain Tuhan (takhliya al-sirr).

Istilah lain untuk metod penyucian diri ialah mujahadah, iaitu perjuangan batin untuk mengalah hawa nafsu dan kecenderungan-kecenderungan buruknya. Hawa nafsu merupakan representasi dari jiwa yang menguasai jasmani manusia (‘diri jasmani’). Hasil dari mujahadah ialah musyahadah dan mukasyafah. Musyahadah ialah mantapnya keadaan hati manusia sehingga dapat memusatkan penglihatannya kepada Yang Satu, sehingga pada akhirnya dapat menyaksikan kehadiran rahsia-Nya dalam hati. Mukasyafah ialah tercapainya kasyaf, iaitu tersingkapnya tirai yang menutupi cahaya penglihatan batin di dalam kalbu.

Penyucian jiwa dicapai dengan memperbanyak ibadah dan amal soleh. Termasuk ke dalam ibadah ialah melaksanakan solat sunnah, wirid, zikir, mengurangi makan dan tidur untuk melatih ketangguhan jiwa. Semua itu dikemukakan oleh Sunan Bonang dalam risalahnya Pitutur Seh Bari dan juga oleh Hamzah Fansuri dalam Syarah al-`Asyiqin (“Minuman Orang Berahi”). Sedangkan pemurnian kalbu ialah dengan membersihkan niat buruk yang dapat memalingkan hati dari Tuhan dan melatih kalbu dengan keinginan-keinginan yang suci. Sedangkan pengosongan fikiran dilakukan dengan tafakkur atau meditasi, pemusatan fikiran kepada Yang Satu. Dalam sejarah tasawuf ini telah sejak lama ditekankan, terutama oleh Sana’i, seorang penyair sufi Farsi abad ke-12 M. Dengan tafakkur, menurut Sana’i, maka fikiran seseorang dibebaskan dari kecenderungan untuk menyekutukan Tuhan dan sesembahan yang lain.

Dalam Suluk Wujil juga disebutkan bahawa murid-muridnya menyebut Sunan Bonang sebagai Ratu Wahdat. Istilah ‘wahdat’ merujuk pada konsep sufi tentang martabat (tingkatan) pertama dari tajalli Tuhan atau pemanifestasian ilmu Tuhan atau perbendaharaan tersembunyi-Nya (kanzul makhfiy) secara bertahap dari ciptaan paling esensial dan bersifat ruhani sampai ciptaan yang bersifat jasmani. Martabat wahdat ialah martabat keesaan Tuhan, iaitu ketika Tuhan menampakkan keesaan-Nya di antara ciptaan-ciptaan-Nya yang banyak dan aneka ragam. Pada peringkat ini Allah menciptakan esensi segala sesuatu (a’yan tsabitah) atau hakikat segala sesuatu (haqiqat al-ashya). Esensi segala sesuatu juga disebut ‘bayangan pengetahuan Tuhan’ (suwar al-ilmiyah) atau hakikat Muhammad yang berkilau-kilauan (nur muhammad). Ibn `Arabi menyebut gerak penciptaaan ini sebagai gerakan Cinta dari Tuhan, berdasar hadis qudsi yang berbunyi, “Aku adalah perbendaharaan tersembunyi, Aku cinta (ahbabtu) untuk dikenal, maka aku mencipta hingga Aku dikenal”. Maka sebutan Ratu Wahdat dalam suluk ini dapat diartikan sebagai orang yang mencapai martabat tinggi di jalan Cinta, iaitu memperoleh makrifat dan telah menikmati lazatnya penyatuan ruhani dengan Yang Haqq.

Pengetahuan Diri, Cermin dan Ka’bah

Secara keseluruhan bait-bait dalam Suluk Wujil adalah serangkaian jawapan Sunan Bonang terhadap pertanyaan-pertanyaan Wujil tentang akal yang disebut Ada dan Tiada, mana hujung utara dan selatan, apa hakikat kesatuan huruf dan lain-lain. Secara berurutan jawapan yang diberikan Sunan Bonang berkenaan dengan soal:

1) Pengetahuan diri, meliputi pentingnya pengetahuan ini dan hubungannya dengan hakikat solat atau memuja Tuhan. Simbol burung dan cermin digunakan untuk menerangkan masalah ini;

2) Hakikat diam dan berkata-kata;

3) Kemahuan murni sebagai sumber kebahagiaan ruhani;

4) Hubungan antara fikiran dan perbuatan manusia dengan kejadian di dunia;

5) Falsafah Nafi Isbat serta kaitannya dengan makna simbolik pertunjukan wayang, khususnya lakon perang besar antara Kurawa dan Pandawa dari epik Mahabharata;

6) Gambaran tentang Mekah Metafizik yang merupakan pusat jagat raya, bukan hanya di alam kabir (macrocosmos) tetapi juga di alam saghir (microcosmos), iaitu dalam diri manusia yang terdalam;

7) Perbezaan jalan asketisme atau zuhud dalam agama Hindu dan Islam.

Sunan Bonang menghubungkan hakikat solat berkaitan dengan pengenalan diri, sebab dengan melakukan solat seseorang sebenarnya berusaha mengenal dirinya sebagai ‘yang menyembah’, dan sekaligus berusaha mengenal Tuhan sebagai ‘Yang Disembah’. Pada bait ke-12 dan selanjutnya Sunan Bonang menulis:

(12)     Kebajikan utama (seorang Muslim) Ialah mengetahui hakikat solat, Hakikat memuja dan memuji, solat yang sebenarnya, Tidak hanya pada waktu isyak dan maghrib, Tetapi juga ketika tafakkur, Dan solat tahajud dalam keheninga, buahnya ialah menyerahkan diri sentiasa, dan termasuk akhlak mulia

(13)     Apakah solat yang sebenar-benar solat? Renungkan ini: Jangan lakukan solat
Andai tiada tahu siapa dipuja, Bilamana kaulakukan juga, Kau seperti memanah burung
Tanpa melepas anak panah dari busurnya, Jika kau lakukan sia-sia, Kerana yang dipuja wujud khayalmu semata

(14)     Lalu apa pula zikir yang sebenarnya? Dengar: Walau siang malam berzikir
Jika tidak dibimbing petunjuk Tuhan, Zikirmu tidak sempurna, Zikir sejati tahu bagaimana, Datang dan perginya nafas, Di situlah Yang Ada, memperlihatkan
Hayat melalui yang empat

(15)     Yang empat ialah tanah atau bumi, Lalu api, udara dan air, Ketika Allah mencipta Adam, Ke dalamnya dilengkapi, Anasir ruhani yang empat: Kahar, jalal, jamal dan kamal, Di dalamnya lapan sifat-sifat-Nya, Begitulah kaitan ruh dan badan, Dapat dikenal bagaimana, Sifat-sifat ini datang dan pergi, serta ke mana

(16)     Anasir tanah melahirkan kedewasaan dan keremajaan, Apa dan di mana kedewasaan dan keremajaan? Dimana letak kedewasaan dalam keremajaan?
Api melahirkan kekuatan juga kelemahan. Namun di mana letak kekuatan dalam kelemahan? Ketahuilah ini

(17)     Sifat udara meliputi ada dan tiada, Di dalam tiada, di mana letak ada? Di dalam ada, di mana tempat tiada? Air dua sifatnya: mati dan hidup, Di mana letak mati dalam hidup? Dan letak hidup dalam mati? Kemana hidup pergi ketika mati datang? Jika kau tidak mengetahuinya kau akan sesat jalan

(18)     Pedoman hidup sejati ialah mengenal hakikat diri. Tidak boleh melalaikan solat yang khusyuk. Oleh kerana itu ketahuilah, Tempat datangnya yang menyembah Dan Yang Disembah, Peribadi besar mencari hakikat diri, Dengan tujuan ingin mengetahui
Makna sejati hidup, Dan erti keberadaannya di dunia

(19)     Kenalilah hidup sebenar-benar hidup, Tubuh kita sangkar tertutup, Ketahuilah burung yang ada di dalamnya, Jika kau tidak mengenalnya akan malang jadinya kau
Dan seluruh amal perbuatanmu, Wujil, Sia-sia semata, Jika kau tak mengenalnya.
Kerana itu sucikan dirimu, Tinggallah dalam kesunyian Hindari kekeruhan hiruk pikuk dunia, Pertanyaan-pertanyaan itu tidak diberi jawaban langsung, melainkan dengan isyarat-isyarat yang mendorong Wujil melakukan perenungan lebih jauh dan dalam.

Sunan Bonang kemudian berkata dan perkatannya semakin memasuki inti persoalan:

(20)     Keindahan, jangan di tempat jauh dicari, Ia ada dalam dirimu sendiri, Seluruh isi jagat ada di sana, Agar dunia ini terang bagi pandangmu, Jadikan sepenuh dirimu Cinta
Tumpukan fikiran, heningkan cipta, Jangan bercerai siang malam, Yang kau lihat di sekelilingmu, fahami, adalah akibat dari laku jiwamu!

(21)     Dunia ini Wujil, luluh lantak disebabkan oleh keinginanmu, Kini, ketahui yang tidak mudah rosak, Inilah yang dikandung pengetahuan sempurna, di dalamnya kau jumpai Yang Abadi, Bentangan pengetahuan ini luas dari lubuk bumi hingga singgasanaNya, Orang yang mengenal hakikat dapat memuja dengan benar selain yang mendapat petunjuk ilahi, sangat sedikit orang mengetahui rahsia ini

(22)     Kerana itu, Wujil, kenali dirimu, Kenali dirimu yang sejati, Ingkari benda agar nafsumu tidur terlena, Dia yang mengenal diri, Nafsunya akan terkendali an terlindung dari jalan sesat dan kebingungan, kenal diri, tahu kelemahan diri, selalu awas terhadap tindak tanduknya.

(23)     Bila kau mengenal dirimu kau akan mengenal Tuhanmu, Orang yang mengenal Tuhan bicara tidak sembarangan, Ada yang menempuh jalan panjang dan penuh kesukaran sebelum akhirnya menemukan dirinya. Dia tak pernah membiarkan dirinya
sesat di jalan kesalahan, Jalan yang ditempuhnya benar.

(24)     Wujud Tuhan itu nyata. Mahasuci, lihat dalam keheningan, Ia yang mengaku tahu jalan, Sering tindakannya menyimpang, Syariat agama tidak dijalankan, Kesolehan dicampakkan ke samping, Padahal orang yang mengenal Tuhan dapat mengendalikan hawa nafsu. Siang malam penglihatannya terang, Tidak disesatkan oleh khayalan.

Selanjutnya dikatakan bahawa diam yang hakiki ialah ketika seseorang melaksanakan solat tahajud, iaitu solat sunnah tengah malam setelah tidur. Solat semacam ini merupakan cara terbaik mengatasi berbagai persoalan hidup. Inti solat ialah bertemu muka dengan Tuhan tanpa perantara. Jika seseorang memuja tidak mengetahui benar-benar siapa yang dipuja, maka yang dilakukannya tidak bermanfaat. Solat yang sejati mestilah dilakukan dengan makrifat. Ketika melakukan solat, semestinya seseorang mampu membayangkan kehadiran dirinya bersama kehadiran Tuhan. Keadaan dirinya lebih jauh harus dibayangkan sebagai ’tidak ada’, sebab yang sebenar-benar ada hanyalah Tuhan, Wujud Mutlak dan Tunggal yang ilmu-Nya meliputi segala sesuatu. Sedangkan adanya makhluq-makhluq, termasuk manusia, sangat tergantung kepada Adanya Tuhan.

(35)     Diam dalam tafakur, Wujil adalah jalan utama (mengenal Tuhan). Memuja tanpa selang waktu, Yang mengerjakan sempurna (ibadahnya) disebabkan oleh makrifat, tubuhnya akan bersih dari noda, Pelajari kaedah pencerahan kalbu ini dari orang arif yang tahu agar kau mencapai hakikat yang merupakan sumber hayat.

(36)     Wujil, jangan memuja jika tidak menyaksikan Yang Dipuja, juga sia-sia orang memuja tanpa kehadiran Yang Dipuja, Walau Tuhan tidak di depan kita pandanglah adamu sebagai isyarat ada-Nya. Inilah makna diam dalam tafakur. Asal mula segala kejadian menjadi nyata

Setelah itu Sunan Bonang lebih jauh berbicara tentang hakikat murni ‘kemahuan’. Kemahuan yang sejati tidak boleh dibatasi pada apa yang difikirkan. Memikirkan atau menyebut sesuatu memang merupakan kemahuan murni. Tetapi kemahuan murni lebih luas dari itu.

(38)     Renungi pula, Wujil! Hakikat sejati kemauan, Hakikatnya tidak dibatasi fikiran kita
berfikir dan menyebut suatu perkara Bukan kemauan murni. Kemauan itu sukar difahami seperti halnya memuja Tuhan. Ia tidak terpaut pada hal-hal yang tampak pun tidak membuatmu membenci orang yang dihukum dan dizalimi serta orang yang berselisih faham

(39)     Orang berilmu, beribadah tanpa kenal waktu. Seluruh gerak hidupnya ialah beribadah. Diamnya, bicaranya dan tindak tanduknya malahan getaran bulu roma tubuhnya , seluruh anggota badannya digerakkan untuk beribadah. Inilah kemahuan murni.

(40)     Kemahuan itu, Wujil! Lebih penting dari fikiran untuk diungkapkan dalam kata dan suara sangatlah sukar. Kemahuan bertindak merupakan ungkapan fikiran. Niat melakukan perbuatan ddalah ungkapan perbuatan, Melakukan solat atau berbuat kejahatan, keduanya buah dari kemahuan

Di sini Sunan Bonang agaknya berpendapat bahawa kemahuan atau kehendak (iradat), iaitu niat dan iktiqad mestilah diperbaiki sebelum seseorang melaksanakan sesuatu perbuatan yang baik. Perbuatan yang baik datang dari kemahuan baik dan sebaliknya kehendak yang tidak baik melahirkan tindakan yang tidak baik pula. Apa yang dikatakan oleh Sunan Bonang dapat dirujuk pada pernyataan seorang penyair Melayu (anonim) dalam Syair Perahu, seperti berikut:

Inilah gerangan suatu madah
Mengarangkan syair terlalu indah
Membetulkan jalan tempat berpindah
Di sanalah iktiqad diperbaiki sudah
Wahai muda kenali dirimu
Ialah perahu tamsil tubuhmu
Tiada berapa lama hidupmu
Ke akhirat jua kekal diammu
Hai muda arif budiman
Hasilkan kemudi dengan pedoman
Alat perahumu jua kerjakan
Itulah jalan membetuli insan

La ilaha illa Allah tempat mengintai
Medan yang qadim tempat berdamai
Wujud Allah terlalu bitai
Siang malam jangan bercerai

Tamsil Islam universal lain yang menonjol dalam Suluk Wujil ialah cermin beserta pasangannya gambar atau bayang-bayang yang terpantul dalam cermin, serta Mekkah. Para sufi biasa menggunakan tamsil cermin, misalnya Ibn `Arabi. Sufi abad ke-12 M dari Andalusia ini menggunakannya untuk menerangkan falsafahnya bahawa Yang Satu meletakkan cermin dalam hati manusia agar Dia dapat melihat sebagian dari gambaran Diri-Nya (kekayaan ilmu-Nya atau perbendaharaan-Nya yang tersembunyi) dalam ciptaan-Nya yang banyak dan aneka ragam. Yang banyak di alam kejadian (alam al-khalq) merupakan gambar atau bayangan dari Pelaku Tunggal yang berada di tempat rahsia dekat cermin.

Pada bait ke-74 diceritakan Sunan Bonang menyuruh muridnya Ken Satpada mengambil cermin dan menaruhnya di pohon Wungu. Kemudian dia dan Wujil disuruh berdiri di muka cermin. Mereka menyaksikan dua bayangan dalam cermin. Kemudian Sunan Bonang menyuruh salah seorang dari mereka menjauh dari cermin, sehingga yang tampak hanya bayangan satu orang. Maka Sunan Bonang bertanya: ”Bagaimana bayang-bayang datang/Dan kemana dia menghilang?” (bait 81). Melalui contoh datang dan perginya bayangan dari cermin, Wujil kini tahu bahawa ”Dalam Ada terkandung tiada, dan dalam tiada terkandung ada” Sang Guru membenarkan jawaban sang murid. Lantas Sunan Bonang menerangkan aspek nafi (penidakan) dan isbat (pengiyaan) yang terkandung dalam kalimah La ilaha illa Allah (Tiada tuhan selain Allah). Yang dinafikan ialah selain dari Allah, dan yang diisbatkan sebagai satu-satunya Tuhan ialah Allah.

Pada bait ke 91-95 diceritakan perjalanan seorang ahli tasawuf ke pusat renungan yang bernama Mekkah, yang di dalamnya terdapat rumah Tuhan atau Baitullah. Mekkah yang dimaksud di sini bukan semata Mekkah di bumi, tetapi Mekkah spiritual yang bersifat metafizik. Kaabah yang ada di dalamnya merupakan tamsil bagi kalbu orang yang imannya telah kukuh. Abdullah Anshari, sufi abad ke-12 M, misalnya berpendapat bahawa Kaabah yang di Mekkah, Hijaz, dibangun oleh Nabi Ibrahim a.s. Sedangkan Kaabah dalam kalbu insan dibangun oleh Tuhan sebagai pusat perenungan terhadap keesaan Wujud-Nya.

Sufi farsi lain abad ke-11 M, Ali Utsman al-Hujwiri dalam kitabnya menyatakan bahawa rumah Tuhan itu ada dalam pusat pandangan orang yang telah mencapai musyahadah. Kalau seluruh alam semesta bukan tempat pertemuan manusia dengan Tuhan, dan juga bukan tempat manusia menikmati hiburan berupa mendekatkan diri dengan Tuhan, maka tidak ada orang yang mengetahui makna cinta ilahi. Tetapi apabila orang memiliki penglihatan batin, maka seluruh alam semesta ini akan merupakan tempat sucinya atau rumah Tuhan. Langkah sufi sejati sebenarnya merupakan tamsil perjalanan menuju Mekkah. Tujuan perjalanan itu bukan tempat suci itu sendiri, tetapi memandang keesaan Tuhan (musyahadah), dan pandangan dilakukan disebabkan kerinduan yang mendalam dan luluhnya diri seseorang (fana’) dalam cinta tanpa batasan .

Berdasarkan huraian tersebut, dapatlah difahami apabila dalam Suluk Wujil dikatakan, “Tidak ada orang tahu di mana Mekkah yang hakiki itu berada, sekalipun mereka melakukan perjalanan sejak muda sehingga tua. Mereka tidak akan sampai ke tujuan. Kecuali apabila seseorang mempunyai bekal ilmu yang cukup, ia akan dapat sampai di Mekkah dan malahan sesudah itu akan menjadi seorang wali. Tetapi ilmu semacam itu diliputi rahsia dan sukar diperolehi. Bekalnya bukan wang dan kekayaan, tetapi keberanian dan kesanggupan untuk mati dan berjihad lahir batin, serta memiliki kehalusan budi pekerti dan menjauhi kesenangan duniawi.

Di dalam masjid di Mekkah itu terdapat singgasana Tuhan, yang berada di tengah-tengah. Singgasana ini menggantung di atas tanpa tali. Dan jika orang melihatnya dari bawah, maka nampak bumi di atasnya. Jika orang melihat ke barat, ia akan melihat timur, dan jika melihat timur ia akan menyaksikan barat. Di situ pemandangan terbalik. Jika orang melihat ke selatan yang tampak ialah utara, sangat indah pemandangannya. Dan jika ia melihat ke utara akan tampak selatan, gemerlapan seperti ekor burung merak. Apabila satu orang solat di sana, maka hanya ada ruangan untuk satu orang saja. Jika ada dua atau tiga orang solat, maka ruangan itu juga akan cukup untuk dua tiga orang. Apabila ada 10.000 orang melakukan solat di sana, maka Kaabah dapat menampung mereka semua. Bahkan seandainya seluruh dunia dimasukkan ke dalamnya, seluruh dunia pun akan tertampung juga”.

Wujil menjadi tenang setelah mendengar tutur gurunya. Akan tetapi dia tetap merasa asing dengan lingkungan kehidupan keagamaan yang dijumpainya di Bonang.
Berbeza dengan di Majapahit dahulu, untuk mencapai rahsia Yang Satu orang harus melakukan khalwat, pergi jauh ke hutan, menyepi dan melakukan kekerasan ragawi. Di Pesantren Bonang kehidupan sehari-hari berjalan seperti biasa. Solat fardu lima waktu dijalankan dengan tertib. Majlis-majlis untuk membicarakan pengalaman kerohanian dan penghayatan keagamaan senantiasa diadakan. Disamping itu para guru mengerjakan pekerjaan sehari-hari, di samping mengadakan pentas-pentas seni dan pembacaan tembang Sunan Bonang menjelaskan bahawa seperti ibadat dalam agama Hindu yang dilakukan secara lahir dan batin, demikian juga di dalam Islam. Malahan di dalam agama Islam, ibadat ini diatur dengan jelas di dalam syariat. Bezanya di dalam Islam kewajiban-kewajiban agama tidak hanya dilakukan oleh ulama dan pendeta, tetapi oleh seluruh pemeluk agama Islam. Sunan bonang mengajarkan tentang egaliterianissme dalam Islam. Sunan bonang mengajarkan tentang egaliterisme di dalam Islam. Jika ibadat zahir dilakukan dengan mengerjakan rukun Islam yang lima, ibadat batin ditempuh melalui tariqat atau ilmu suluk, dengan memperbanyak ibadah seperti sembahyang sunnah, tahajud, taubat nasuha, wirid dan zikir. Zikir bererti mengingati Tuhan tanpa henti. Di antara cara berzikir itu ialah dengan mengucapkan kalimah La ilaha illa Allah. Di dalamnya terkandung rahsia keesaan Tuhan, alam semesta dan kejadian manusia.

Berbeza dengan dalam agama Hindu, di dalam agama Islam disiplin kerohanian dan ibadah dapat dilakukan di tengah keramaian, sebab perkara yang bersifat transendental tidak terpisah dari perkara yang bersifat kemasyarakatan. Di dalam agama Islam tidak ada garis pemisah yang tegas antara dimensi transendental dan dimensi sosial. Dikatakan pula bahawa manusia terdiri daripada tiga hal yang pemiliknya berbeza. Jasmaninya milik ulat dan cacing, rohnya milik Tuhan dan milik manusia itu sendiri hanyalah amal pebuatannya di dunia.