Showing posts with label Nabi Khidir. Show all posts
Showing posts with label Nabi Khidir. Show all posts

Friday, March 15, 2013

Pesanan dari penaja.. Dari Nabi Khidir a.s. untuk Nabi Musa a.s dan semua



Assalamualaikum wbt para pembaca blog ini yang budiman.. Sesungguhnya mungkin minggu ni minggu pesan sedunia kut sebab pakcik asyik dok post pasal pesan je dalam 2 - 3 entry ni.. Suka sebenarnya pakcik berpesan ni sebab Nabi Khidir pun cakap sebenarnya rasa jemu orang yang berpesan tu lambat datangnya daripada orang yang mendengar pesan tu. Mcm org berleter dengan org yg mendengar leteran la jugak.. Cuba kalau korang dpt chance berleter, seharian belum tentu abis idea korang (tambahan klu org yg dgr tu jenis x melawan).. Tapi agak2 apa perasaan org yg kena leter tu? Agaknya kalau jam tu gak dia boleh lompat dari tingkap rumah korang utk lari dr leteran korang, kasut timberland yg dia baru beli semalam kat bundle pun dia sanggup tinggalkan kat tangga rumah korang tu. So kalau tgk2 ada org dtg pakai kasut mahal2 ke rumah korang leter lah power2 kat dia, untung2 korang dapat satu kasut free.. tp kena ukur size dulu la sebelum dia naik.. Pastu bolehlah korang bukak bundle kasut kat rumah lak..

Pakcik tak lah bodoh cuma kurang cerdik jer. tu sebab sampai skrg pakcik dok belajar lagi.. tak kira dr orang lg tua or orang lagi muda. Zaman2 Khalifah Arrashidin  dulu pun sahabat2 melantik orang2 lg muda dari diaorg sebagai penasihat sebab x semestinya org lg muda xde pengetahuan.. So pakcik try nak ulas sikit lah pesanan Nabi Khidir ni ikut pemahaman pakcik yer.. Pada zaman tu xde henpon kan so sebab tu dia pesan je, dia tak sms ataupun email kat Nabi Musa..

Pesanan beliau macam ni kepada Nabi Musa a.s..

"Wahai Musa, jadilah kamu orang yang berguna bagi orang lain. Janganlah sekali-kali kamu menjadi orang yang hanya menimbulkan kecemasan diantara manusia hingga kamu dibenci oleh mereka. Jadilah kamu orang yang senantiasa menampakkan wajah ceria dan janganlah kamu berkeras kepala atau bekerja tanpa tujuan. Janganlah kamu mencela seseorang hanya kerana kekeliruan sebaliknya perbetulkan mereka. Kemudian tangisilah dosa-dosamu”

Ulasan Pakcik: Dari pesanan ini Nabi Khidir menyatakan bahawa janganlah kita buat perangai mcm org ramai sekarang.. Lempar pertanyaan kat org lain tanpa beri jawapan.. kalau kita tanya org lain untuk test pengetahuan org (bukan dgn niat ingin belajar) maka make sure kita berikan jawapan andai org tu tak tau or pemahaman dia salah.. jgn kita biarkan org tu terpinga-pinga.. Kalau kita ada ilmu kita ajarkan pulak kat org lain.. jgn jadi kedekut sebab kalau kita ajarkan ilmu kat org lain pun x kan berkurangan ilmu yang kita dah ada tu.. lagi ramai org kita ajar lagi berkat hidup kita dan makin banyak tabungan pahala kita.. Tambah lak kalau org yg kita ajar tu memberi manfaat atas ilmu yg kita ajar..perghhh mcm sistem piramid lak jadinya bonus pahala kita..

Pesanan kedua:

“Wahai Musa, pelajarilah olehmu ilmu-ilmu pengetahuan agar kamu dapat mengetahui segala sesuatu yang belum kamu ketahui, misalnya masalah-masalah yang tidak dapat diterangkan dengan lisan atau dijadikan bahan pembicaraan saja. Itulah penunjuk jalanmu dan orang-orang yang mendapat hidayah”.

Ulasan pakcik:  Yang ni maksudnya kita jangan bodoh sombong.. dah la bodoh tapi tak mau belajar.. Bila kita dah belajar kita belum pandai tapi kita dah ada satu ilmu.. maka ilmu itu kita ajarkan kepada org lain.. dan org lain tu ajar jugak kepada org yg lain2.. maka semua org ada ilmu so xde lah istilah masyarakat buta ilmu, tambah2 pulak ilmu ketuhanan ni.. Tu sebab Nabi Khidir hidup sampai skrg utk ajar manusia supaya tak sesat dijalan Allah..Kalau ilmu sufi ni lak banyak rahsianya yg penuntut nya kena rasa sendiri.. so ajarkan org lain mcm mana nak "merasa" tu.. Mcm pakcik sendiri pun klu tanya mampus tak leh nak terangkan kat korang mcm mana rasa manis tu.. klu nak tau korang rasa dulu manis gula mcm mana, manis buah mcm mana, manis kurma mcm mana, manis air nira mcm mana.. so baru korg tau sendiri mcm mana manis tu.. tapi nak terangkan dgn lisan pakcik pun x mampu.. sebab klu mkn gula tu rasa gula bkn rasa manis. sbb klu manis tu rasanya mcm rasa gula manis yg ada kt buah tu nak panggil apa? Manus??

Pesannya yang ketiga:

“Wahai Musa, sesungguhnya orang yang selalu memberi nasihat itu tidak pernah jemu seperti jemunya orang-orang yang mendengarkannya. Maka janganlah kamu berlama-lama dalam menasihati kaummu. Dan ketahuilah bahawa hatimu itu ibarat sebuah bejana (bekas air dari tembikar) yang harus kamu rawat dan pelihara dari hal-hal yang memecahkannya. Kurangkanlah mengejar duniawi dan buanglah jauh-jauh di belakangmu kerana dunia ini bukanlah alam yang akan kamu duduki selamanya. Kamu diciptakan adalah untuk mengumpul pahala-pahala untuk akhirat nanti. Bersikap ikhlaslah dan bersabar hati dalam menghadapi kemaksiatan yang dilakukan kaummu”.

Ulasan pakcik: Ini mcm yg pakcik ckp tadi la.. org yg dgr nasihat cepat jemu so jgn berleter pjg2 sbb kalau kita yg kena leter sure x sanggup nak dgr seminit pun. Sbb harti manusia lain2.. hati ni cepat sensitif.. jaga lah selalu hati kita dengan jaga mulut n lidah kita. sbb lidah kita ni kalau berckp lagi laser dari pedang Darth Vadder.. Kita jaga lidah kita supaya x lukakan hati orang maka org pun insyaallah akan jaga lidah diaorg supaya x lukakan hati kita. Jangan kejar harta benda dan kesenangan didunia ni sebab kita bukan hidup tongkat dunia. harta dan wang ringgit yg kita ada pun bukan milik kita.. semua milik allah, kejap je kalau dia nak tarik balik. Ataupun hak org lain.. mcm gaji kita, kdg2 dia tumpang masukkan dlm akaun kita sebab utk kita sedekahkan atau berikan pada yg berhak.. bukan hak kita pun..

Pesannya yang keempat:

“Wahai Musa, curahkanlahkanlah seluruh ilmu pengetahuanmu, kerana tempat yang kosong akan terisi oleh ilmu yang lain. Janganlah kamu banyak bercakap tentang ilmumu itu kerana itu akan dilakukan oleh kaum ulama selepasmu. Maka bersikap sederhana sajalah, sebab sederhana itu akan menghalangi aibmu dan akan membukakan taufik hidayah Allah SWT untukmu. Hapuslah kejahilan kamu dengan cara membuang sikap masa bodohmu (ketidakpedulian) yang selama ini menyelimuti dirimu. Itulah sifat orang-orang yang arif lagi bijaksana, menjadi rahmat bagi semuanya.Apabila ada orang yang bodoh datang kepadamu dan mencacimu, hadapilah ia dengan penuh kedewasaan serta keteguhan hatimu. Wahai putera Imran, tidaklah kamu sedari bahawa ilmu Allah SWT yang kamu miliki hanya sedikit saja. Sesungguhnya menutup kekurangan yang ada pada dirimu atau bersikap sewenang-wenang adalah menyiksa dirimu sendiri. Janganlah kamu buka pintu ilmu ini jika kamu tidak boleh menguncinya. Jangan pula kamu kunci pintu ilmu ini jika kamu tak tahu cara membukanya”.

Ulasan pakcik: Kalau korang ada ilmu yang elok tu ajarlah kat kaum kerabat dan org2 disekeliling korang. sebabnya kalau korg x ajar ilmu yang baik, maka takutnya nanti org2 sekeliling korg tu belajar ilmu salah lak,.. last2 korg gak yg payah sebab kena berhadapan dgn org yg bwk ilmu salah ni.. klu sorg xper.. klu ramai2? lunyai.. Ambik berat akan hal2 ilmu ni.. selalulah jadi jemaah majlis ilmu sebab org yg menghadiri majlis ilmu selalu ni diberkati (sekalipun dtg utk rasa apa jamuan hari tu - ni pakcik yg ckp yer). Ilmu dapat rezeki pun dapat. kalau org nak belajar dgn kita ttg ilmu yg kita dah ada, ajarlah dgn ikhlas. Jgn hina2 org tak tau sbb dia tak tau dan dia bukan bodoh.. Kita yg tau tp x ngajar tu yg bodoh sbb kedekut ilmu.  Tapi kalau kita tak tau jgn pandai2 lak nak ngajar ilmu sesat. Suruh dia cari guru lain klu kita tak tau n pleaseeee jgn wat2 tau.. Ni lagi bahaya kalau ajaran salah..

Dan pesannya yang terakhir:

“Wahai Musa, Barang siapa suka menepuk-nepuk harta benda, dia sendiri bakal mati tertimbun dengannya hingga dia merasakan akibat dari kerakusannya itu. Namun, semua hamba yang mensyukuri semua kurnia Allah SWT serta memohon kesabaran atas ketentuan-ketentuanNya, dialah hamba yang zuhud dan patut ditauladani. Bukankah orang seperti itu mampu mengalahkan nafsunya dan dapat memerangi pujuk rayu syaitan? Dan dia pula yang menuai buah dari ilmu yang selama ini dicarinya. Segala amal kebajikannya akan dibalas dengan pahala di akhirat. Sedangkan kehidupan dunianya akan tenteram di tengah-tengah masyarakat yang menimati manfaat dari jasa-jasanya”.

“Wahai Musa Putera Imran, jadikanlah pakaianmu bersumber dari zikir dan fikir (hiasi hidupmu dengan memuji serta melihat kebesaran Allah) serta perbanyaklah amal kebajikan. Suatu hari nanti andai kamu tidak mampu mengelak dari kesalahan, maka pintalah keredhaan dari Allah SWT dengan berbuat kebajikan kerana pada saat-saat tertentu akalmu pasti akan melanggar laranganNya”.

Ulasan pakcik: Sesapa yang nak sgt kejar material duniawi ni maka dia akan mati dalam keadaan yang kufur sebab bertuhankan harta. Kita kena jadi insan yg bersyukur walau sedikit mana rezeki yg kita dpt sebab rezeki yg besar tu sebenarnya pahala.. tp sebab tak nampak n tak dpt dinikmati sebab tu org x sibuk kejar pahala. Klu nampak, org yg kaki tergantung bru pas eksiden kat spital pun akn dtg merangkak kumpul pahala.. Tauladanilah  org yg sentiasa bersyukur sbb org yg mcm ni wlu sedhaif mana pun hidupnya sentiasa kecukupan sbb dia x hadap sgt ke kebendaan ni. Redha allah dah cukup buatnya. nafsu pun terjaga.. Lebih baik cari pahala dari dok kejar harta benda sebab andai suatu hari nanti kita membuat kesilapan, pahala dan ilmu yg ada membantu insyaallah akan membantu kita utk menyedari kesilapan kita dan kembali ke jalannya. Tak dapat tidak kita pasti menghadapi dugaannya.. dan yg penting S.A.B.A.R..

Sekarang telah kupenuhi kehendakmu untuk memberi pesan-pesan kepadamu.
Pesananku ini tidak akan sia-sia bila kamu mau menurutinya. Setelah itu Khidir meninggalkan Nabi Musa as yang sedang duduk termenung dalam tangis kesedihan.

#***Semalam pakcik baru khatam baca buku Nabi Khidir Super Misteri oleh seorang penulis Indo.. Masyaallah bila abis pakcik kenangkan kembali kata2 Nabi Khidir tu kepada Sunan Kalijaga lak. Lepas ni pakcik tulis pesan dia kat Sheikh Malaya (Sunan Kalijaga) tu ok. Tp kata2 Nabi Khidir walaupun dah ditranslate dalam bahasa melayu, masyaallah... penuh hikmatnya kata.. itulah kalam allah.. tak dpt nak ditandingi oleh karya manusia.. ni yg pakcik nak nangis ni.. korang baca je lah.. pakcik nak nangis jap.. Assalamualaikum..

Tuesday, August 7, 2012

Misteri Nabi Khidir dan dan Ilmu Ladunni

Surah Al-Kahfi. Surah yang di dalamnya terdapat beberapa cerita akan ummat sebelum kita. Di dalanya terdapat kisah Ashabul Kahfi, yakni pemuda-pemuda yang tertidur di dalam gua selama 300 tahun lebih kerana hendak menyelamatkan keimanan mereka. Wujud juga kisah Dzulqarnain. Dan terdapat pula kisah pengembaraan Musa bersama hamba Allah SWT bernama Khidr AS.
Artikel ini akan memfokuskan kepada perjalanan Nabi Musa AS dan Khidr AS. Mengekstrak hikmah dan motivasi daripada perjalanan mereka. Melihat mengapa Allah SWT menceritakan kisah mereka kepada kita. Mengapa Allah SWT menyusunkan kisahnya sedemikian rupa. Moga-moga ianya menjadi motivasi buat kita.
Sepintas kisah Musa dan Khidr.
Perjalanan Nabi Musa AS dan Khidr AS mempunyai tiga perhentian, tiga titik yang amat penting. Tiga tindakan Khidr, yang membuatkan perjalanan mereka terganggu dengan pertanyaan-pertanyaan Musa AS. Berikut adalah tindakan-tindakannya.
1 – Khidr membocorkan perahu milik seorang miskin, yang digunakan oleh mereka berdua untuk merentas sungai.
“Lalu berjalanlah keduanya(Khidr dan Musa) sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, kemudian dia(Khidr) membocorkannya.” Surah Al-Kahfi ayat 71.
2 – Khidr membunuh seorang anak kecil.
“Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya.” Surah Al-Kahfi 74.
3 – Khidr menegakkan sebuah dinding yang hampir roboh.
“kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka dia(Khidr) menegakkan dinding itu.” Surah Al-Kahfi ayat 77.
Dalam setiap peristiwa ini, Musa AS telah mengemukakan pertanyaan, walaupun telah berjanji untuk tidak melakukan perkara tersebut.
Akhirnya, selepas kali ketiga Musa AS bertanya, Khidr AS pun berhenti, dan menceritakan hikmah-hikmah mengapa Khidr melakukan semua itu. Dan semua itu terdapat di dalam Al-Quran pada ayat 79-82 Surah Al-Kahfi. Dibocorkan perahu, kerana hendak menyelamatkan perahu itu daripada raja zalim yang suka merampas perahu-perahu yang baik. Dibunuh anak itu, kerana anak itu akan membesar dan menyesatkan kedua ibu bapanya. Dibina semula dinding, kerana di situ terdapat harta untuk dua anak yatim yang tinggal di negeri itu. Dibina semula untuk melindungi harta mereka, agar nanti kala mereka dewasa, mereka akan mendapatkannya.
Apa Tujuan Utama Allah SWT Menceritakan Ini?
Ketika mengajar di University of Yarmouk, gurua aqidah Dr Ala’ Hilat yang mengajar akan kisah ini, bertanya kepada kelasnya:
“Apakah tujuan utama Allah SWT apabila Dia menceritakan kita kisah ini?” Seorang pelajar menjawab – “Kebijaksanaan Khidr?”.Dr Ala’ menggeleng. “Tetapi bagus kamu utarakan jawapan itu.” Seorang pelajar lagi menjawab – “Bagaimana Allah memberikan pengajaran kepada Musa?”. Dr Ala’ menggeleng lalu dia mengatakan “Musa telah mati.” Semua pelajar di kelasnya diam ketika itu dan tidak pasti hendak menjawab apa.
“Apakah benar Khidr itu bijaksana? Atau sebenarnya dia tidak mempunyai ilmu langsung?” Dr Ala’ menimbulkan persoalan. Memecahkan kesunyian. Semua pelajatnya macam agak terkejut dengan apa yang dinyatakan Dr Ala’ itu. Dr Ala’ nak kata Khidr bukan bijaksana? Tak berilmu? Macam agak mustahil bukan?. Kemudian terukir senyuman Dr Ala’ ketika itu, menjadikan pelajarnya yakin bahawa dia percaya kata-katanya benar.
“Tahukah apa yang pertama sekali Allah sebut apabila memperkenalkan Khidr ini?” Semua pelajarnya diam tidak menjawab. Dr Ala’ pun membacakan satu potong ayat. Ayat pertama ketika Allah memperkenalkan Khidr kepada pembaca Al-Quran.
“Lalu mereka bertemu dengan  seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat daripada Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu dari sisi Kami.” Surah Al-Kahfi ayat 65.
“Khidr sebenarnya, bukan bijaksana. Sebab ilmu Khidr bukanlah ilmu yang dicarinya sendiri. Bukan berdasarkan pengalaman. Bukan berdasarkan pemikiran. Khidr tidak berfikir. Dia hanya ‘bergerak’ berdasarkan apa yang telah ‘ditetap’kan. Sebab ilmu Khidr hakikatnya adalah ilmu Allah SWT secara langsung. Sebab itu Allah menyebut – dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu dari sisi Kami. Ilmu itu adalah yang kita kenali sebagai Ilmu Ladunni. Ilmu yang datang terus daripada Allah SWT. Atau pendek kata, Ilmu Allah itu sendiri. Yang tak terjangkau dek manusia.”
“Maka, segala keputusan Khidr di dalam peristiwa ini, bukanlah keputusan dia. Bukan terhasil dari pemikirannya. Bahkan sebenarnya, itu bukan keputusan seorang Khidr pun. Tetapi hakikatnya adalah keputusan Allah SWT. Lihat sendiri apa kata Khidr di akhir perjalanannya dengan Musa.”
Dan Dr Ala’ membaca: “dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri.” Surah Al-Kahfi ayat 82.
“Apa yang Khidr lakukan itu, hakikatnya bukan tindakan dia. Khidr hanyalah ibarat robot yang diprogramkan Allah SWT untuk melakukan itu dan ini. Sebab itu, apakah kamu pernah mendengar riwayat sohih akan kewujudan manusia seperti Khidr ini di zaman-zaman lain? Dia hanya wujud untuk Musa dalam perjalanan ini, dan tidak diketahui wujud baik sebelum itu mahupun selepas itu.
“Dan dengan kisah Khidr ini, Allah hendak mendidik kita untuk bersabar dengan keputusan-keputusanNya. Sebab itu, isu perjalanan Khidr dengan Musa, hakikatnya adalah isu BERSABAR DENGAN KEPUTUSAN ALLAH SWT. Tidakkah kamu melihat, apakah perjanjian utama mereka di dalam perjalanan ini?”
“Musa berkata kepada lelaki itu(Khidr): Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu? Dia menjawab: Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu? Musa berkata: Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai seorang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun. Dia(Khidr) berkata: Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apa pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu.” Ayat 66-70 Surah Al-Kahfi.
Itulah dia rupanya pengajarannya!
Keputusan Allah, dan bersangka baik kepadaNya.
Dr Ala’ memberitahu bahawa, kisah Khidr dan Musa adalah untuk menunjukkan bagaimana Allah SWT dalam membuat keputusan.“Apa-apa musibah yang melanda itu, hakikatnya baik untuk kita.” Itu point yang paling penting yang diberikan Dr Ala’ ketika itu.
Kisah Khidr adalah buktinya. Apabila semua yang dilakukan itu, hakikatnya mempunyai sebab. Tuan punya perahu, perahunya tidak lagi dirampas kerana bocor. Dan bocor itu boleh dibaiki dan dia masih boleh berniaga dengan perahunya lagi. Ibu bapa yang kehilangan anak, keimanan mereka terselamat, dan mereka takkan dicampak ke neraka Allah nanti. Dua anak yatim yang dibantu, memang akan terjaga hartanya sampai mereka dewasa nanti. Ada perkara itu, Allah berikan yang pahit dahulu. Perahu bocor, anak mati. Ada perkara, Allah berikan terus-terus nampak baik. Bina dinding yang hampir roboh. Tetapi kesimpulannya, semua itu akan menghala kepada kebaikan.“Pokoknya, kita perlu bersabar, dan bersangka baik dengan keputusan Allah SWT. Tidakkah kita belajar bahawa, manusia yang tidak mampu bersabar, adalah manusia yang rugi?”
“Lihatlah Musa, bagaimana dengan ketidak sabarannya, dia terpaksa berhenti dari mengikuti Khidr, sedangkan kalau dia bersabar, mungkin lebih banyak lagi hikmah yang akan dibukakan kepadanya.” Dr Ala’ tersenyum lagi. “Orang-orang yang bersabar, dan sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT, mereka takkan terganggu dengan musibah-musibah yang melanda mereka. Kerana mereka tahu, Allah SWT hanya mahukan yang baik-baik sahaja.”
Penutup: “Aku ceritakan ini, agar kamu membuka fikiranmu.” 
Dr Ala’ kemudian berkata:“Ilmu Allah itu, memang takkan terjangka oleh kita. Apa kata kita letakkan sepenuhnya kepercayaan kita, kepada Allah SWT Yang Maha Mengetahui Segala-galanya itu?” Itulah pointnya dinyatakan jenis ilmu Khidr. Ilmu Ladunni. Bukan Ilmu manusia. Tetapi Ilmu Ilahi. Tak sama ilmu manusia, dengan ilmu Ilahi.
“Musa telah tiada. Tetapi kisah itu kekal hingga ke hari ini. Sebab pengajaran di dalam kisah itu, hakikatnya untuk kita. Maka perhatikanlah. Aku ceritakan ini, agar kamu membuka fikiranmu. Kalau kita melihat ini sekadar tarikhi(sejarah), kamu takkan sampai kepada apa yang aku sampaikan kepada kamu hari ini.”
Begitulah juga sebabnya mengapa saya kongsikan penyampaian ini kepada kita semua. Saya mahu kita memahami bahawa Allah SWT itu aturanNya, semuanya adalah baik.Maka janganlah kecewa, dan jangan berputus asa.Bersabar itu tiada rugi. Dan dalam bersabar itu, teruskanlah usaha lagi.Kita tidak tahu apa yang Allah susun pada kita.Tetapi kita mesti tahu, bahawa Allah SWT hanya susunkan yang baik-baik sahaja buat kita!Bersangka baiklah kepada Allah SWT, dan bersabarlah! Meskipun kita ditakdirkan sakit dan mati, semua itu adalah takdir yang terbaik utk kita kerana Dia lah yang maha mentadbir segalanya di langit dan di bumi. 
Sesungguhnya di dalam Al-Kahfi, Allah mendidik kita!