Showing posts with label muslim. Show all posts
Showing posts with label muslim. Show all posts

Friday, April 19, 2013

Kucing yang pertama masuk Islam..



Assalamualaikum lagi ya ahli kubur.. Amacam geletekan cacing malam tadi? Geli2 tak.. Pakcik puas memerah otak nak cari bahan utk korang baca. Tapi dah kering otak pun tak jumpa gak lagi apa benda nak ditulis. Tetiba muncul lak idea nak translate satu article tulisan Cat Steven bertajuk How I Become A Muslim. Bukanlah kucing mcm gambar bawah ni yang masuk islam...


Tapi apa yang pakcik translate ni adalah berdasarkan  pengalaman seorang pencipta lagu, pemuzik tersohor Britain malah sekarang aktif berdakwah.

 
 

PENDIDIKAN AWAL TENTANG AGAMA



Saya dibesarkan dalam dunia moden yang penuh dengan kehidupan yang serba mewah dan hidup dalam kalangan golongan kelas atasan dalam dunia hiburan. Saya dilahirkan di rumah yang mengamalkan agama Kristian, tetapi kami tahu bahawa setiap kanak-kanak secara lahiriahnya suci -  ibu bapa merekalah yang membentuk mereka menjadi penganut agama apa pun. Saya telah diasuh menurut ajaran agama ini (agama kristian) dan berfahaman Kristian. Saya telah diajar bahawa Tuhan itu wujud, tetapi manusia tidak ada hubungan langsung dengan Tuhan , jadi kami terpaksa menghubungi Tuhan melalui Nabi Isa - dia menjadi ‘pintu’ untuk bertemu Tuhan. Sedikit sebanyak saya menerima dakwaan ini, tetapi saya tidak mempercayainya bulat-bulat. Saya melihat beberapa patung Nabi Isa, ia hanyalah batu-batu ukiran yang tidak bernyawa. Dan apabila mereka mengatakan bahawa terdapat 3 Tuhan, saya tambah keliru tetapi tidak boleh membantah. Sedikit sebanyak saya terpengaruh juga, kerana saya perlu menghormati pegangan agama kedua ibu bapa saya.

BINTANG POP


Perlahan-lahan saya tersasar jauh dari didikan agama ini. Saya mula mencipta muzik. Saya mahu menjadi seorang bintang ternama. Semua unsur-unsur yang ditonjolkan dalam filem-filem mempengaruhi saya , dan saya pernah terfikir mungkin inilah tuhan saya, matlamat untuk mengumpul kekayaan. Saya mempunyai seorang bapa saudara yang mempunyai sebuah kereta yang cantik. "Begini," Saya kata, "dia memiliki segala-galanya. Dia dilimpahi dengan wang ringgit." Orang ramai di sekeliling saya mempengaruhi saya untuk berfikir bahawa inilah yang saya cari; dunia ini ada Tuhan mereka.

Saya kemudian memutuskan bahawa inilah kehidupan saya; untuk mencari kekayaan yang banyak, mempunyai satu 'kehidupan yang hebat.' Bintang-bintang pop yang terkenal saya jadikan idola. Saya mula mencipta lagu, tetapi jauh disudut hati saya memiliki sifat ehsan seorang insan, saya berikrar bahawa setelah saya menjadi kaya raya, saya akan membantu mereka yang memerlukan. Dan akhirnya saya telah menjadi amat terkenal  seperti impian saya Walau saya masih lagi muda remaja, nama dan gambar saya gah terpampang di dalam semua media. Tindakan mereka membuatkan saya terasa seperti hidup dalam dunia yang lebih besar, jadi saya mahu hidup dalam dunia yang lebih besar itu dan satu-satunya jalan untuk hidup seperti itu adalah dengan cara berkhayal  (dengan minuman keras dan dadah).

TERLANTAR DI HOSPITAL


Setahun selepas berjaya mengumpul banyak kekayaan dan hidup dengan penuh mewah, kesihatan saya mula terganggu, saya disahkan mengidap penyakit TB dan perlu dimasukkan ke hospital. Keadaan ini membuatkan saya terfikir apakah yang telah menimpa saya? Apakah saya hanya sekadar sekujur jasad, dan matlamat hidup saya hanya untuk memenuhi kehendak jasad ini? Saya mula menyedari bahawa dugaan yang saya hadapi ini merupakan satu rahmat yang dikurniakan oleh Allah, satu kesempatan untuk menerima hidayah darinya - "Mengapa saya di sini? Mengapa saya terlantar di atas katil?" - dan saya mula mencari jawapan kepada persoalan tersebut. Pada masa itu saya sangat tertarik kepada amalan kerohanian masyarakat Timur. Saya telah mula mendalaminya dengan membaca, dan perkara pertama yang terjadi ialah ia mula mengingatkan saya tentang hakikat kematian, dan roh yang akan pergi; ia akan terjadi tanpa dapat dihentikan. Saya fikir saya telah menemui jalan hidup yang sebenarnya. Saya mula bermeditasi malah menjadi seorang vegetarian. Saya mula percaya akan 'kuasa keamanan dan bunga,' dan ini menjadi amalan ramai masyarakat. Tetapi apa yang saya lebih yakin dan percaya ialah diri saya ini bukan hanya sekadar jasad. Kesedaran ini datang kepada saya ketika terlantar di hospital.

Satu hari ketika saya berjalan-jalan, saya terperangkap dalam hujan, saya mula berlari mencari tempat berteduh dan tiba-tiba saya tersedar, 'Tunggu sekejap, badan saya basah, badan saya memberitahu saya bahawa badan saya basah. Ini mengingatkan saya kepada satu pepatah ‘jasad ini seperti seekor keldai , ia perlu dilatih kemana ia harus pergi’. Sedangkan selalunya, keldailah yang akan membawa anda ke mana ia hendak pergi.

Kemudian saya menyedari saya mempunyai kehendak, satu anugerah Tuhan kepada saya seperti yang Dia kehendaki. Saya mula terpersona dengan istilah baru saya pelajari dalam agama masyarakat Timur ini. Pada masa ini saya mula bosan dengan agama Kristian. Saya mula mencipta lagu semula dan kali ini saya curahkan apa yang terbuku dihati. Saya masih ingat satu lirik daripada lagu-lagu saya. Ia berbunyi begini:

‘Saya harap saya tahu, saya harap saya tahu siapa yang menciptakan Syurga, siapa yang mencipta. Adakah saya dapat mengenalinya dari atas katil saya atau hanyalah sekadar habuk sedangkan orang lain telah menemui kemewahan dan keselesaan?’ dan saya tahu saya berada di laluan yang betul. Saya juga menulis satu lagi lagu,’The Way To Find God Out’(Cara Untuk Mencari Tuhan) . Dan saya terus menjadi lebih terkenal di dunia muzik. menjadi kaya dan terkenal ini mendatangkan kesusahan kepada saya, kerana pada masa yang sama, saya terus berusaha mencari kebenaran. Kemudian sampai kepada satu peringkat di mana saya merasakan bahawa agama Buddha adalah benar dan mulia, tetapi saya tidak bersedia untuk meninggalkan dunia kemewahan saya. Saya amat terikat dengan duniawi dan tidak bersedia untuk menjadi seorang sami dan mengasingkan diri saya dari masyarakat.

Saya mencuba Zen dan Ching, numerologi, kad menilik nasib dan astrologi. Saya cuba menelaah Kitab Injil tetapi saya tidak menemui apa-apa. Pada masa itu saya tidak tahu apa-apa mengenai Islam, dan kemudian satu keajaiban telah berlaku pada diri saya. Adik lelaki saya telah melawat sebuah masjid di Jerusalem dan dia amat tertarik melihat keadaan masjid itu  kerana walaupun pengunjungnya ramai (tidak seperti gereja [Kristian] dan sinagog [Yahudi] yang sentiasa kosong), namun masjid itu diselubungi suasana aman dan tenteram.

KITAB AL-QURAN


Bila adik saya pulang ke London dia membawa balik satu terjemahan Al-Quran, dia hadiahkan kepada saya. Dia tidak memeluk agama Islam, tetapi dia merasakan ada sesuatu dalam agama ini , dan berpendapat saya boleh mendapat sesuatu daripadanya juga. Dan apabila saya menerima kitab itu, saya mendapati ianya merupakan satu panduan yang akan menjelaskan semuanya kepada saya - siapakah saya, apa tujuan hidup saya, apakah hakikat dan apa akan menjadi hakikat dan dari manakah asal saya - Saya menyedari bahawa ini adalah agama yang benar; agama yang tidak difahami oleh masyarakat Barat, dan bukanlah agama untuk mereka yang berusia emas sahaja.

Di barat, sesiapa yang memeluk sesuatu agama dan mengamalkannya sebagai cara hidup akan dianggap sebagai seorang yang fanatik. Saya bukan seorang yang fanatik, saya pada mulanya keliru di antara jasad dan roh. Kemudian saya menyedari bahawa jasad dan roh tidak boleh dipisahkan dan anda tidak perlu pergi jauh ke gununguntuk menjadi alim. Kita mesti menerima qada dan qadar Tuhan. Dan manusia juga mampu mencapai tahap yang lebih tinggi daripada malaikat. Perkara pertama saya mahu lakukan ketika itu ialah menjadi seorang muslim.

Saya menyedari bahawa semuanya milik Tuhan, tiada apa dapat menandingi-Nya. Dia menciptakan segalanya. Pada ketika ini mula hilang sifat riak dalam diri saya, kerana sebelum ini saya fikir wujudnya saya kerana keagungan diri saya. Tetapi saya menyedari bahawa saya tidak menciptakan diri saya, dan tujuan sebenarnya saya hidup ialah untuk menyampaikan ajaran agama yang sempurna yang dipanggil Al-Islam.

Pada ketika iitu saya mula menemui keyakinan diri. Saya merasakan saya adalah seorang Islam. Semasa membaca Al-Quran, saya menyedari bahawa semua Rasul diutus oleh Tuhan membawa seruan yang serupa. Mengapa pula pendapat orang-orang Yahudi dan Kristian berbeza? Saya mula mengetahui bahawa orang Yahudi tidak menerima Nabi Isa sebagai Al-Masih dan mereka telah mengubah ajarannya. Malah orang-orang Kristian salah faham tentang firman Tuhan dan memanggil Nabi Isa sebagai anak lelaki Tuhan. Semuanya membuat saya berfikir. Inilah keindahan Al-Quran, ianya menuntut anda mengkaji dan memahami, dan meminta untuk tidak menyembah matahari atau bulan tetapi menyembah kepada yang menciptakan semuanya itu. Al-Quran menuntut umat islam mengkaji dan memahami matahari dan bulan dan semua ciptaan ilahi secara umumnya.

Adakah anda menyedari perbezaan antara matahari dan bulan? Mereka berada di jarak yang berbeza-beza dari bumi, tetapi kelihatan sama saiznya bagi kita, malah ada kalanya kelihatan saling bertindih. Malah apabila kebanyakan angkasawan-angkasawan pergi ke angkasa, mereka melihat perbezaan saiz bumi yang amat kecil berbanding dengan ruang kosong yang luas. Mereka menjadi insan yang beriman kerana mereka telah lihat tanda-tanda kekuasaan Allah.

Bila saya meneruskan bacaan Al-Quran, ia memperkatakan mengenai doa, kebaikan dan kebajikan. Saya belum Islam lagi, tetapi saya merasakan bahawa semua jawapan yang saya cari terdapat dalam Al-Quran, dan Tuhan telah menemukan saya dengannya dan rahsia itu saya simpan dalam diri saya. Al-Quran juga dapat difahami dalam banyak peringkat. Saya bermula untuk memahami peringkat seterusnya, di mana Al-Quran menyatakan, "Semua manusia adalah bersaudara." Oleh itu pada ketika ini saya berharap bertemu saudara Islam saya.


PENGISLAMAN


Kemudian saya memutuskan untuk melawat Jerusalem (seperti dilakukan adik saya). Di Jerusalem, saya pergi masjid dan duduk didalamnya. Seorang lelaki bertanya apa yang saya mahu. Saya memberitahu dia saya adalah seorang Islam. Dia bertanyakan nama saya. Saya menjawab, "Stevens." Dia keliru. Saya kemudiannya menyertai solat berjemaah, walaupun tidak begitu sempurna. Sekembalinya ke London, saya bertemu dengan seorang kakak bernama Nafisa. Saya memberitahu beliau bahawa saya berhasrat untuk memeluk Islam dan dia menyuruh saya pergi ke Masjid New Regent. Peristiwa ini berlaku dalam tahun 1977, kira-kira satu tahun setengah selepas saya menerima Al-Quran. Sekarang saya menyedari bahawa saya mesti menghapuskan sifak riak saya, menghapuskan Iblis dan berpegang pada Yang Esa. Jadi di satu hari Jumaat, selepas Solat Jumaat saya pergi menemui Imam dan mengisytiharkan keyakinan saya untuk memeluk Islam dan takdir saya berada ditangannya. Telah datang kepadanya seseorang yang telah mencapai kemasyhuran dan keberuntungan. Tetapi petunjuk tidak sampai kepada saya, tidak kira betapa susah saya cuba, sehinggalah saya bertemu dengan Al-Quran. Sekarang saya mengerti bahawa sebenarnya saya boleh berhubung terus dengan Tuhan tidak seperti agama Kristian atau mana-mana agama lain. Pernah seorang wanita beragama Hindu memberitahu saya, "Anda tidak memahami penganut agama Hindu. Kami percaya kepada tauhid, kami guna benda-benda ini (patung-patung) hanya sebagai asbab" Apa yang di katakannya lagi ialah “Untuk menemui Tuhan, perlu mewujudkan sesuatu asbab, dan patung-patung itu adalah asbab sahaja bagi menemui tuhan. Tetapi Islam membuang semua halangan-halangan ini. Satu-satunya amalan yang penganut agama lain tidak percaya ialah solat. Ianya merupakan proses pembersihan diri.

Yang akhirnya saya mahu mengatakan bahawa semua yang saya lakukan ialah kerana izin dan hidayah dari Allah dan berdoa agar anda mendapat sedikit inspirasi dari pengalaman-pengalaman saya. Tambahan pula, saya mahu menekankan bahawa saya tidak berhubungan dengan mana-mana orang Islam sebelum saya memeluk Islam. Saya hanya membaca Al-Quran pada mulanya dan menyedari bahawa tiada orang yang sempurna. Islam agama yang sempurna, dan jika kita mengikut sunnah Rasulallah s.a.w kita akan berjaya. Semoga Allah memberi kita bimbingan di jalan-Nya. 

***** Inilah hasil penterjemahan oleh pakcik sendiri yang dah beberapa kali menterjemahkan buku-buku kontroversi. Dan artikel kali ni pakcik dah tak terkira dah artikel keberapa yang pakcik buat. Ada gak yg pakcik terjemah ke dalam bahasa inggeris. Cuma yang pakcik tak buat lagi terjemah kedalam bahasa siam jer sebab pakcik tak tau bahasa siam Yg pakcik pandai cakap cuma bila nak mintak Nasi Goreng Udang telur mata iaitu Kaw Pat Kung Kai Daw.. Itu pun ada kawan pakcik kononnya advance berbahasa siam mintak kaw pat kung kai daw, moo meh auw.. Korang tau kan apa maksud moo meh auw.. kalau x tau maksudnya khinzir tak mau.. Tu yg kena gelak ngan kami ramai2 tu sebab ada ke org letak daging ke, itik ke, ketam ke dalam nasi ayam?? Dah namanya nasi goreng udang, udang tu jer la yg dia letak. Kalau belagak pandai memang nampak bodoh..

Friday, February 1, 2013

Belum sempat mandi hadas.....

Assalamualikum wbt para pembaca setia blog ini yang budiman. Pada kali ini saya mengupdatekan lagi blog yang separa hensem ini dengan satu lagi riwayat sejarah islam yang menjadi kegemaran saya. Saya ini penggemar kisah-kisah sejarah islam yang banyak memaparkan keagungan agama suci ini dan manusia2 terpilih yang menjadi sanjungan kita (sepatutnya) sampai ke hari ini..

Pernahkah kita terfikir bahawa mereka yang disayangi Allah swt akan diberikan keistimewaan atas kasih syg mereka kepada Alah swt. Pernah diceritakan kepada saya bahawa para wali2 zaman dahulu yang hidunya jauh dari kehidupan manusia apabila matinya dimandi, di kafan dan di tanam oleh malaikat.. Hatta diletakkan batu nesan bagi yang menandakan kubur mereka. Dan ukiran yang terdapat di batu nesan mereka juga masyaallah terlalu seni.. Dikhabarkan kepada saya bahawa semua ini diuruskan oleh para malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga para kekasihnya itu dari menjadi bangkai sahaja.. Ya Allah besar sungguh rahmat mu ke atas kami..

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mampukah malaikat yang ghaib itu menguruskan jenazah manusia? Jika anda bertanya seperti itu maka fikirkan pula mampukah malaikat yang ghaib itu mencabut nyawa sedangkan setiap hari ada saja mereka yang meninggal. Dan fikirkan pula mampukah seorang malaikat yg ghaib meniupkan sangkakala yang memusnahkan dunia nanti? Maka jawapannya YA.. mereka mampu.. kerana hanya dengan KUN FAYAKUN maka terjadilah dunia ini..


Bagi menyokong cerita saya itu maka ingin saya bawakan sebuah kisah benar yang terjadi semasa kekasih saya Muhammad saw masih hidup..  Kisahnya begini.. 

Perkahwinan Hanzalah bin Abu Amir dengan sepupunya, Jamilah binti Ubay sudah siap diatur. Kebetulan pula, hari berlangsungnya perkahwinan Hanzalah bertembung dengan hari peperangan tentera Islam menentang musuh di Bukit Uhud. Hanzalah bin Abu Amir mendekati Rasulullah saw, “Saya bercadang menangguhkan sahaja perkahwinan saya malam nanti”. Pada masa itu, Nabi Muhammad saw dan tentera-tentera Islam di kota Madinah sibuk membuat persiapan akhir untuk berperang. “Tidak mengapa, teruskan sahaja perkahwinan ini”, balas Rasulullah saw. “Tetapi saya sungguh berhajat untuk menyertainya”, Hanzalah bertegas. Rasulullah saw berkeras supaya Hanzalah meneruskan perkahwinannya dan memberi cadangan supaya Hanzalah menyusuli tentera Islam di Bukit Uhud pada keesokan hari, setelah selesai upacara perkahwinan. Kalau kita mesti ambik cuti lama dah sebab nak gomol bini yg baru dikahwini, tapi bukanlah Hanzalah yang tebal imannya berbanding kita. Klu kita tgh mengaji pun klu tetiba bini tergenyit mata terus sodaqollah hual a'zim tapi tidak pada Hanzalah..

Hanzalah mendiamkan diri. Ada benarnya saranan Nabi Muhammad itu, perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan dirinya bahkan bakal isterinya juga. Pada malam Jumaat yang hening, perkahwinan antara Hanzalah bin Abu Amir dan Jamilah binti Ubay dilangsungkan secara sederhana. Suasana yang hening dan sunyi itu tidak tenang hingga ke pagi. Kota Madinah tiba-tiba dikejutkan dengan paluan gendang yang bertubi-tubi. Paluan gendang mengejutkan para pejuang bersama laungan menyebarkan berita.

“Bersegeralah! Kita bersegera perangi musuh Allah.” “Berkumpul segera! Keluarlah! Rebutlah syurga Allah!” “Perang akan bermula!”

Pukulan gendang dan laungan jihad itu mengejutkan pasangan pengantin yang baru sahaja dinikahkan. Hanzalah bingkas bangun dari tempat tidurnya, “Saya harus menyertai mereka”. “Bukankah malam ini malam perkahwinan kita dan Nabi Muhammad mengizinkan kanda berangkat esok?” Soal isterinya. Hanzalah menjawab tegas, “Saya bukanlah orang yang suka memberi alasan bagi merebut syurga Allah”. Kalau kita manusia di zaman ini kawan2 cal nak dtg kenduri pun tak dapat dah inikan pula malam pengantin.. Memang call pun x dapat atau tutup henpon terus sampai abis cuti sebab x nak kena panggil keje.. Eehhh macam terkena batang idung aku la pulak..

Jamilah terdiam dan hanya mampu memerhatikan suaminya bersiap memakai pakaian perang dan menyelitkan pedang ke pinggangnya. Hanzalah menoleh ke arah isterinya, “Janganlah bersedih, doakan pemergian saya, semoga saya beroleh kemenangan”. Suami isteri itu berpelukan dan bersalaman. Berat hati Jamilah melepaskan lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya ke medan perang. Namun, Jamilah menguatkan hatinya dan melepaskannya dengan penuh redha. “Saya mendoakan kanda beroleh kemenangan”. Hanzalah melompat ke atas kudanya dan terus memecut tanpa menoleh ke belakang. Akhirnya, dia berjaya bergabung dengan tentera Islam yang tiba lebih awal daripadanya. Walu tak sempat nak mengecap nikmatnya perkahwinan namun Hanzalah lebh terliur untuk menikmati nikmatnya syurga itu..

Di medan perang, jumlah tentera musuh adalah seramai tiga ribu orang yang lengkap bersenjata manakala jumlah tentera Islam hanyalah seramai seribu orang. Perbezaan itu tidak menggugat kewibawaan tentera Islam termasuklah Hanzalah. Dia menghayun pedangnya menebas leher-leher musuh yang menghampiri dan apabila dia terpandang Abu Sufyan, panglima tentera Quraisy, Hanzalah menerkam Abu Sufyan umpama singa lapar. Mereka berlawan pedang dan bergelut. Akhirnya Abu Sufyan tersungkur ke tanah. Tatkala Hanzalah mengangkat pedang mahu menebas leher Abu Sufyan, dengan kuat panglima tentera Quraisy itu menjerit menarik perhatian tentera Quraisy. Tentera-tentera Quraisy menyerbu Hanzalah dan Hanzalah tewas, rebah ke bumi.

Sebaik sahaja perang tamat, tentera Islam yang tercedera diberikan rawatan. Mayat-mayat yang bergelimpangan dikenalpasti dan nama-nama mereka, tujuh puluh orang kesemuanya dicatat. Sedang Nabi Muhammad yang tercedera dan patah beberapa batang giginya diberi rawatan, beliau mengatakan sesuatu yang menyentak kalbu para muslimin ketika itu, “Saya terlihat antara langit dan bumi, para malaikat bergilir memandikan mayat Hanzalah dengan air daripada awan yang diisikan ke dalam bekas daripada perak”. Abu Said Saidi, antara tentera yang berada dekat dengan Nabi Muhammad bingkas bangun lalu dengan segera mencari jenazah Hanzalah. Beliau lalu mendapatkan mayat Hanzalah lalu memeriksa jenzah fisabilillah itu. Maka bergenanglah air mata beliau mengenangkan keajaiban kuasa Allah ke atas makhluk yang bernama hambanya itu. maka beliau kembali mendapatkan kumpulan berdekatan dengan Rasulallah saw tersebut. Lalu dengan penuh syahdu beliau mengungkapkan “Benarlah bagai dikata oleh rasulallah itu. Rambutnya Hanzalah masih basah tanda bekas dimandikan!” Betapa bertuahnya jasad beliau disentuh jari jemari malaikat dan dimandikan oleh makhluk pilihan Allah swt itu pula. Abu Said Saidi sendiri menyaksikan sinar ketenangan di wajah Hanzalah walaupun beliau cedera parah di seluruh badannya. Rambutnya masih basah dan titisan air masih mengalir di hujung rambutnya walaupun pada ketika itu matahari sedang terik memancar.
 
 
Maka dari kisah itu dapatlah kita andaikan bahawa Allah swt mentadbir seluruh umatnya dengan penuh kasih syg tanpa tertinggal sedikitpun  kebajikan ke atas hamba-hambanya. marilah kita mengejar kekayaan akhirat yakni mendapat redho dan kasih syg Allah swt dan juga kasih syg sesama manusia. Kerana andainya pahala itu dapat dilihat dengan mata kasar, pasti manusia akan mendatanginya (mengejar dan mengumpulnya) dengan berbondong-bondong sekalipun terpaksa merangkak. Wallah huaklam..

Monday, November 26, 2012

Whoooppppa Gangnam Style....


Tuan-tuan dan puan-puan para pembaca yang saya kasihi sekalian.. Izinkan saya mencurahkan pengalaman "semalam di kedai tomyam" seorang rakan saya yang diberikan rahmat untuk mengetahui di sebalik sisi gelap kehidupan manusia bertopengkan syaitan di muka bumi ini.. Perbualan ini dalam bahasa inggeris. Oleh kerana kisah benar ini menarik minat saya maka dengan penuh minatnya saya mengolah semula kisah ini dengan menterjemahkannnya dalam bahasa melayu untuk bacaan semua..
 
Menurut teman saya ceritanya bermula begini... Malam itu setelah keluar dari masjid setelah selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makanan tomyam untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Selalunya tok siak masjid akan datang menemani saya dengan meneguk teh tarik kurang manis sebelum beliau pulang. Tapi al-maklumlah malam jumaat jadi malam tu besar tanggungjawab dia kat rumah tu. Apabila pelayan datang saya pun memesan nasi goreng kampung telur mata dengan air kelapa laut, makanan yang menjadi favorite saya. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,

"Encik, boleh saya duduk di sini..? Encik boleh lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh.."  "Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk.." jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu.

Kemudian pelayan datang kepadanya dan dia hanya memesan 'fresh orange' untuk minuman. Apabila pelayan pergi saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik, "Saudari seorang diri sahaja? Dan saudari kelihatan bukan orang Malaysia, bukan?"

Dia mengangkat wajahnya dari telefon pintarnya ke arah saya lalu menjawab dengan tersenyum, "Oh saya dari Korea Selatan, dan saya ingin ke rumah seorang kawan.."

"Oh Korea Selatan.. sekarang negara itu sedang 'famous' dengan tarian Gangnam Style.." jawab saya spontan bersahaja sambil tersenyum dan menganguk-angguk sendirian tatkala mata gadis itu kembali ke telefon pintarnya sambil menggerak-gerakkan jarinya di atas skrin sesentuh dan kadangkala dia juga tersenyum seorang diri melayan sesuatu dari telefon pintarnya.

"Gangnam Style..? Apa yang kamu tahu tentangnya.. ia tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggapnya diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu." jawabnya dengan nada yang tegas dan berani. "Oh ok ok, minta maaf..saya tak bermaksud menyinggung perasaan saudari.." jawab saya serta-merta. Perbualan terhenti seketika beberapa lama. Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu.

"Encik mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?" tanya gadis kembali itu kepada saya. "Jika saudari berminat untuk bercerita kepada saya, saya suka mendengarnya…" jawab saya dengan tenang sambil mula menghirup air kelapa laut yang saya pesan. "Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini.." jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya. Saya hanya mengangguk-angguk sambil mengangkat kening dan mula menyuap makanan dengan sudu ke dalam mulut walaupun saya sedar bahawa memakan dengan menggunakan tangan itu lebih menepati Sunnah Rasulullah SAW.

"Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya.. ia sesuatu yang menarik tetapi pelik dan menakutkan." kata gadis itu kembali. "Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang saudari ingin sampaikan kepada saya." jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi. Kemudian dia diam kira-kira sepuluh saat, mengambil nafas lalu memulakan ceritanya kepada saya,

"Di Gangnam ada satu pertandingan pelik yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi perempuan-perempuan simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. Kebanyakan gadis muda yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin mencuba nasib apabila gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya… mereka dijanjikan dengan hadiah yang sangat lumayan, kereta mewah, jet peribadi dan rumah besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan tersebut."

Kemudian dia diam lagi... kali ini dia pula meminum minuman 'fresh orange'.. dia diam dengan agak lama tanpa berkata apa-apa. "Ok, kemudian..?" tukas saya lagi dengan perasaan yang ingin tahu. "Oh, ia sesuatu yang amat dahsyat dan keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada encik. Tapi saya akan cuba ceritakannya juga agar encik dapat tahu apa kisah benar yang berlaku.." sambungnya lagi. "Iya, sila sambung lagi... saya memang ingin tahu tentangnya." balas saya lagi.

"Ok... Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter.."

"Setelah sampai di sana mereka disambut oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua laluan yang berbeza. Pertandingannya ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia seperti pertandingan dalam rancangan ‘Wipe Out’ di dalam TV jika kamu pernah melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir pula, para peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama sendiri. Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan berhalangan itu sangat berbahaya, namun para peserta hanya melakukannya dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil disaksikan dan disorak oleh para jutawan yang melihat aksi-aksi mereka tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya tidak pasti ianya dirakam ataupun tidak."

"Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…" kata saya lagi  "Ok, kemudian.. apa yang berlaku?" tanya saya mencelah dengan rasa teruja. "Satu ketika di salah satu trek, para peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah sebuah menara di istana tersebut, palang tersebut sangat tinggi dan di bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah sambil menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis mereka."

"Ramai perserta ketika itu yang terjatuh ke bawah ketika cuba memanjat palang-palang besi tersebut. Ada yang terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki. Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut penuh dengan darah dan ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk berenang keluar dari kolam renang yang dalam tersebut. Mereka semua para gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan."

"Yang lebih keji daripada itu, mereka yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu.. malah dibiarkan sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para jutawan yang melihat mereka sepanjang pertandingan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya dua orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada keseluruhan 30 orang gadis yang menyertainya... saya dikhabarkan walaupun dua gadis itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka kini hidup seperti hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak... hanya menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup mereka sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu. Jika cuba untuk lari kemungkinan mereka akan dibunuh."

Sampai di sini tiba-tiba gadis itu sebak... wajahnya berubah dan air matanya serta-merta mengalir laju dan menangis teresak-esak. Saya sudah tentu sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya, "Hey, please don't cry here… people will look at us. Please calm down. I'm so sorry because make you telling me this story…" kata saya kepadanya perlahan dengan suara hampir berbisik.

Namun saya membiarkannya dengan keadaannya itu untuk beberapa ketika. Kemudian saya berkata kepadanya, "Saya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan kamu menangis, tapi saya minta maaf banyak-banyak kerana disebabkan saya kamu menangis. Sebenarnya saya sangat terkejut mendengar cerita kamu. Ia sesuatu yang sangat dahsyat yang belum pernah saya mendengarnya sebelum ini.."

"Its ok.. its ok... (katanya sendu sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan miliknya)... maafkan saya kerana tiba-tiba bersikap pelik tadi. Encik tahu, salah seorang gadis yang mati kerana pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah adik perempuan saya sendiri... Ibu saya membunuh diri kerananya dan bapa saya menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri bapa saya sakit selama berbulan-bulan lalu akhirnya meninggal dunia."

Pada waktu ini dia kembali diam beberapa minit… saya pula tergumam dan tidak terkata apa-apa… setelah itu dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung kembali kisahnya,
"Ibu-bapa saya hanya memiliki dua orang anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila orang-orang kaya Korea."

"Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, saya dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik saya telah pengsan dan cedera parah kerana kemalangan dan saya dikehendaki ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu menyatakan dia mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan ibu-bapa saya tiba ke hospital, kami dikhabarkan adik saya telahpun meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya bertubi-tubi untuk menceritakan kisah sebenar kepada saya... dan akhirnya selepas beberapa hari dia menceritakan keseluruhan kisah ini kepada saya. Setelah tahu kisah sebenar, kami sekeluarga meraung dan menangis macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah sebagai gadis simpanan orang-orang kaya. Namun wanita itu berkata ia adalah pilihan adik saya sendiri."

"Beberapa minggu kemudian ibu saya membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji. Keesokan harinya ibu saya koma dan apabila saya dan bapa menghantarnya ke hospital, pada malam harinya dia meninggal dunia. Bapa saya pula selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya meninggal dunia. Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah masih mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam yang terus berjuang agar saya dapat meneruskan kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan orang yang beriman tidak akan berputus asa."

"Dan kerana itu saya melihat saudari kini sebagai seorang Muslimah..?" saya mencelah ceritanya. "Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuhan. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup saya. Imam itu mula bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali menyuluh seluruh hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini tanpa ragu-ragu. Dan encik tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat tenang dan damai ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang di ibu pejabat Agama Islam di bandar Seoul. Imam itu salah seorang ahli pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar muzik-muzik yang sangat indah seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya."

Kini suara gadis itu kembali gagah seraya berkata, "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan Tuhan dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang Islam setelah saya kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama. Mereka semua telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan." Setelah itu dia diam dan meminum minumannya...

"Kisah saudari amat menarik tetapi menakutkan. Adakah saudari sudah mengambil tindakan undang-undang bagi pihak adik saudari, atau melaporkannya kepada media atau berbuat sesuatu?" ujar saya kembali kepadanya.

"Lupakan sahajalah, saya sudah melaporkannya kepada pihak polis, sudah menceritakannya kepada beberapa orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah kepada beberapa orang peguam. Pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi lain yang mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah menghilangkan diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya berali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya mendengar tentangnya melalui seorang peguam yang mendapat khabarnya daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya ceritakan kisah ini kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada umum. Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang lain. Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di istana itu roboh ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah pun dirobohkan. Manakala mangsa-mangsa yang masih hidup setelah kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans yang banyak. Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan peristiwa sebenar kepada pihak polis. Yang pasti di sana wujud monster-monster besar yang menutupi kes ini termasuk menteri-menteri kerajaan… ia berkaitan dengan wang dan kuasa. Dan sudah tentu kamu tahu apa yang wang dan kuasa boleh buat pada kita." jawabnya lagi dengan panjang lebar yang sarat dengan hujah.

"Oh, ok... ianya sesuatu yang gila pernah saya dengar. Jadi sekarang berapa umur saudari dan mengapa saudari berada di Malaysia? Dan... apa yang saudari sedang buat di Malaysia sekarang? Dan lagi… bilakah peristiwa sedih itu berlaku?" tanya saya bertubi-tubi kepadanya dengan rasa ingin lebih tahu.

"Kamu agak saya berumur berapa…?" "Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur saudari." "Kisah sedih itu hanya berlaku pada tahun lepas, dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah encik tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini saya berumur 29 tahun dan saya di berada di Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya dari Korea itu. Tadi saya bertemu-janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di kawasan ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi.” jawabnya berterus-terang dengan nada jujur.

"Oh, saudari sungguh berani. Di Malaysia tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam. Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya.. saya amat menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari Allah akan membalas dosa penganiyaan mereka ke atas adik saudari dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya..." kata saya lagi kepadanya sambil mengangguk-angguk. "Sudah tentu...! Suatu hari nanti semua orang dan dunia akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar Gangnam yang dilaknat itu!" balasnya dengan nada yang keras.

"Encik ingat artis yang mecipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan dengan cara hidup di sana.. namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka." "Whoa... kamu nampaknya sangat marah dengan Gangnam..." balas saya sambil mengangkat kedua-dua kening dan menyedut air kelapa laut yang masih bersisa dengan straw.

"Oh, jangan encik berpura-pura seperti tiada perasaan dan tidak mempunyai perikemanusiaan.." balasnya pantas kepada saya. "Tidak, tidak... saya benar-benar terkejut dan simpati dengan kisah saudari. Bahkan di sebalik itu, saya dapat melihat saudari seorang yang tabah, kuat dan berani." balas saya kembali untuk menenangkannya. "Oh ya, adakah saudari datang ke sini dengan biaya sendiri? Bagaimana dengan suami saudari dan kerjaya saudari di Korea?" tanya saya kepadanya dengan meneka-neka.

"Hahaha, saya masih belum bersuami dan saya telah menjual segala apa yang saya ada di Korea untuk datang ke sini. Saya mahu belajar bahasa Arab di sini dan merancang mahu ke Mesir atau ke Islamic Center di Chicago selepas ini untuk belajar lebih banyak tentang Islam di sana. Encik kan tahu, Timur Tengah kini tidak stabil dan saya masih ragu-ragu untuk ke Timur Tengah. Imam yang mengislamkan saya itu pernah memberitahu saya bahawa dahulunya dia belajar bahasa Arab dan agama Islam di Syria di sebuah universiti yang namanya An-Nur." jawabnya dengan reaksi yang kembali ceria sambil tersenyum. "Oh dulu saya juga pernah belajar di Syria, dan universiti itu namanya Universiti Abu Nur." jawab saya.

"Oh benarkah? Ceritakan kepada saya tentang Syria... saya bertuah bertemu dengan encik." ujarnya teruja dengan muka yang sangat gembira. Sesampainya di sini perbualan kami mula bertukar topik kepada isu Syria dan pergolakan di Timur Tengah serta topik-topik lain yang sudah tiada kena-mengena dengan Gangnam. Saya juga bercerita sedikit sebanyak tentang latar belakang diri saya kepadanya sebagai membalas kisah hidupnya yang telah dia ceritakan kepada saya.

Lama juga kami bersembang sejak jam 9.00 malam tadi. Kira-kira jam 10.30 malam rakan gadis itu datang ke kawasan kedai tersebut dan gadis itu meminta izin untuk pergi. Dia membayar segala pesanan makanan saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Sofiyyah dan rakannya bernama Nadiah. Katanya nama mereka berdua diberikan oleh imam yang mengislamkan mereka di bandar Seoul merangkap guru murabbi mereka di Korea Selatan. Saya pula beruntung kerana makan malam saya ada orang belanja.

Kedua-dua mereka pernah lahir sebagai manusia yang tidak pernah menganut sebarang agama di Korea namun kini Allah telah memuliakan mereka dengan agama Islam yang suci. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita Sofiyyah tentang kisah yang berlaku kepada adiknya di Gangnam. Kebenaran kisah tersebut saya serahkannya bulat-bulat kepada Allah. Namun saya berminat untuk kongsikan kisah ini kepada para pembaca agar para pembaca dapat membuat penilaian sendiri. Kisah tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar. Namun, di sebalik kisah yang saya pindahkan daripada Sofiyyah ini, dapatlah kita mengetahui sesuatu dan menjadikannya sebagai pengajaran.

Apa yang saya suka kongsi satu iktibarnya ialah, saya melihat betapa Sofiyyah amat bersyukur dan menghargai nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya. Dia sanggup meninggalkan negerinya dan menjual segala hartanya demi mempelajari bahasa Arab di bumi Malaysia bagi memahami Al-Quran, malah dia bercita-cita untuk terus mengembara bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam dan menjadi seorang pendakwah Muslimah di negara Korea untuk Islamkan lebih ramai penduduk Korea. Dia seorang yang amat berani, tabah dan cekal. Lihat saja, bagaimana dia seorang diri berani menyapa seorang lelaki asing seperti saya di awal kisah tadi. Apa yang saya lihat padanya, tiada sebarang ketakutan di dalam dirinya dan harapan hidupnya telah seratus-peratus diserahkan kepada Allah. Dia telah menjual seluruh jiwa dan raganya hanya kepada Allah semata-mata. Di sebalik kekuatan dirinya sekarang, saya juga yakin di belakangnya ada seorang murabbi mursyid yang hebat, iaitu sang imam yang telah mengislamkannya. Biasanya di sebalik orang-orang yang hebat, di belakang mereka sudah tentu ada para pendidik yang jauh lebih hebat lagi. Di dalam hati saya berkata sudah tentu peribadi sang imam itu lebih hebat lagi kerana berjaya membaiki diri Sofiyyah menjadi lebih kuat sepertimana sekarang. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulihkan, mendidik dan membangunkan jiwa manusia yang sudah rosak teruk seperti Sofiyyah dan menjadikannya seorang srikandi yang gagah perkasa jiwanya.

Sepanjang berjalan kaki pulang ke rumah, saya banyak tertanya-tanya di dalam hati betapa kita ini begitu leka dan tidak bersyukur dengan nikmat beragama Islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan ke alam dunia. Di dalam hati saya sepanjang pulang, "Allahu Rabbi.... alhmdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah." Sambil kaki saya sekali-sekala menyepak batu-batu kecil di jalanan dan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket jubah putih kiri dan kanan seraya muka menunduk ke arah tanah...

Sehingga saat ini saya masih tetap berfikir sendirian, kisah Sofiyyah ini ialah apa yang saya dengar berlaku di negara Korea yang maju.. bagaimana pula dengan kisah-kisah gelap seperti kisah gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi pelacur kelas atasan di negara kita. Sudah tentu banyak juga kisah-kisah gelap yang tidak pernah kita dengar tentang mereka. Sebelum ini saya pernah juga mendengar mengenai kisah-kisah kongsi gelap di negara kita yang dilindungi oleh orang-orang besar.

Allahu Allah, betapa teruknya manusia menjadi hamba wang dan kuasa pada zaman ini... Ya Allah, selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat...