Tuesday, July 31, 2012

Ada apa dengan kubur...

"Suatu kisah yang telah diceritakan dalam tazkirah ramadhan di sebuah masjid yang sangat mengharukan dan membuatkan aku menitiskan air Mata. 



Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba dia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah perkuburan, dan terus menjulang ke langit. Dia berasa  ketakutan dan hatinya tiba-tiba berdebar.

Terpegun dan kaku beliau melihat kejadian itu. Dia terfikir berkemungkinan kubur ini adalah milik seseorang yang sangat istimewa. Samada beliau seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu sebagai tanda.

Keesokan hari nya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui milik siapakah kubur yang sangat indah dan luar biasa itu. Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama isterinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenali suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya hanya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran langsung dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati. Apakah insan yang serba kurang ini mendapat kelebihan itu dari kekurangannya?

Akhirnya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara rutin yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati iaitu setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya  setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam bilik kosong lalu diambilnya alqur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek alqur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan dia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, dia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

Katanya suaminya akan merintih seakan memohon keampunan dan merayu dengan kata-kata “Tuhanku! Ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan Ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila dia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan Ada bekas-bekas airmata di kertasnya tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti dia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Bak kata para sufi “Apabila kita cintakan seseorang maka segala miliknya juga akan kita sayangi dan cintai juga”. Jadi seandainya kita melihat kekurangan pada orang lain janganlah kita mencerca, menghukum serta menilai mereka menurut pandangan mata kita kerana tak semestinya pandangan mata kita sama dengan padangan Allah terhadap seseorang..



KUBUR HAJAH SIAH
(dipetik dari melayukini.net)

Selepas berbuka puasa pada malam 1 Ramadan 2002, Tajuddin Ali, 31, berbual-bual dengan seorang rakannya bernama Ahlid di halaman rumahnya sambil menghembus asap rokok berkepul-kepul.Entah apa yang dibualkan mereka tapi mereka berdua rancak bercerita sementara menunggu masuknya waktu solat fardu Isyak.

Sedikit demi sedikit malam mula berlabuh, suasana jadi kelam. “Fuuuhh!” Tajuddin menghembus asap rokok melepas ketagihan sejak siang tadi. Matanya memandang kearah tanah perkuburan yang terletak di depan rumahnya di Parit 1C, Sungai Manik, Teluk Intan, Perak yang mula diselubungi malam.

Keadaan tanah perkuburan itu kelam, tiada apa yang kelihatan melainkan beberapa batang pokok kayu yang tinggi menjulang dan rendang nampak berbalam. Namun, dalam kegelapan malam tu tiba-tiba Tajuddin terlihat muncul satu cahaya aneh berwarna biru dari kawasan perkuburan.

Cahaya aneh berbentuk bulat seperti disuluh lampu limpah itu menjadi semakin besar dan menaik sehingga menjulang melebihi tiga meter. Cahaya itu tidak jauh dari mereka, lebih kurang 100 meter sahaja dari halaman rumahnya. Kawannya, Ahlid turut menyaksikan perkara yang sama, ternampak cahaya itu muncul dari batu nisan disalah sebuah kubur di situ.

Terkedu Tajuddin menyaksikan peristiwa itu sehingga sebahagian kawasan tanah perkuburan menjadi terang benderang seperti disuluh dengan lampu limpah. Hampir lima minit mereka berdua menyaksikan cahaya aneh itu bermula dari warna biru, berubah menjadi kekuningan, kemerahan kemudian beransur-ansur sirna. Cahaya apakah itu? Menggigil dan berpeluh Ahlid sehingga tidak dapat berkata apa-apa. Sebaik sahaja cahaya itu hilang mereka berdua berlari ke dalam rumah. 

“Kau nampak tak apa yang aku nampak tadi Lid?” soal Tajuddin. “Ya, aku nampak Din,” beritahu Ahlid terketar-ketar. “Ishhhk…! Pelik betullah cahaya apa tadi tu?” soal Tajuddin lagi. “Entahlah Din, jangan-jangan hantu tak?” balas Ahlid. “Ishhhk…! Merepeklah, bulan puasa mana ada hantu!” balas Tajuddin.

Akibat terlalu takut, malam itu Ahlid tidak berani hendak balik tidur ke rumahnya sebaliknya bermalam di rumah Tajuddin. Keesokan harinya hebohlah seluruh pekan Teluk Intan memperkatakan tentang kejadian kubur bercahaya di Sungai Manik. Malam berikutnya, berduyun-duyunlah penduduk kampung berkumpul berhampiran tanah perkuburan Islam Parit 1C selepas berbuka puasa. Mereka tergiur ingin melihat cahaya apakah yang telah disaksikan Tajuddin dan Ahlid, semalam. Masing-masing bersidai didepan tanah perkuburan Islam itu dengan harapan dapat melihat cahaya muncul dari kubur tersebut. Masing-masing tertunggu-tumggu bilakah cahaya itu bakal muncul!

Ada juga yang merasa ragu-ragu, kalau-kalau Tajuddin sengaja mahu memperdayakan orang-orang kampung dengan mereka-reka cerita berkenaan. Kira-kira pukul 8.00 malam, tiba-tiba muncullah cahaya aneh yang ditunggu-tunggu. Maka bertambah gemparlah seluruh penduduk Sungai Manik apabila menyaksikan peristiwa aneh itu. Benarlah dakwaan Tajuddin dan Ahlid apabila sebahagian besar penduduk dapat menyaksikan sendiri cahaya yang terpancar, muncul dari celah-celah batu nisan seorang wanita tua bernama Hajah Siah Haji Tamin.

Malam tersebut, cahaya aneh muncul lebih kurang dua hingga lima minit dan menerangi hampir sebahagian tanah perkuburan Islam Parit 1C, Sungai Manik. Peristiwa pelik ini sangat menakjubkan dan tersebar dengan begitu cepat bukan sahaja ke seluruh pelosok negeri Perak tetapi seluruh Negara. Sejak itulah juga kubur Hajah Siah menjadi tumpuan ramai. Pengunjung tidak kira dari Melaka, Pulau Pinang mahupun Johor turut datang semata-mata mahu menyaksikan cahaya yang didakwa terbit dari batu nisan di bahagian kepala milik arwah Hajah Siah.

Tapi… dalam keajaiban kejadian Allah ini terdapat pula yang cuba berniat jahat. Geram betul Tajuddin apabila ada pihak tertentu yang datang bertujuan cuba mendapatkan nombor ekor.
Orang luar yang tidak dikenali siap membawa pen dan kertas. Malah ada desas-desus menyatakan ada pihak ingin mencuri batu nisan tersebut! Tajuddin mengakui kejadian yang berlaku hampir lapan tahun lalu amat menakjubkan sepanjang hidupnya. Peliknya, cahaya tersebut biasanya muncul antara pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam dan jangka masa muncul antara dua hingga lima minit sahaja. Pada mulanya ramai yang pelik mengapa cahaya ini muncul pada waktu berkenaan. Tetapi selepas mendengar cerita sebenar barulah ramai yang merasa takjub dengan allahyarham Hajah Siah.

Sebenarnya pada waktu berkenaanlah, arwah Hajah Siah suka membaca al-Quran semasa hayatnya. Ceritanya lagi, Allahyarham Hajah siah yang berasal dari Parit 4A, Sunga Manik merupakan seorang yang warak dan alim ketika hidupnya. Arwah seorang yang memiliki budi pekerti yang baik dan gemar ‘bersahabat’ dengan al-Quran. Untuk mendapatkan kepastian, Tajuddin membawa kami menemui dua anak arwah, Haji Muhammad Haji Othman, 69, dan anak bongsunya, Jamaliah Haji Othman, 67.

Sambil dihidangkan secawan kopi, kami bertanya apakah ibadah yang selalu diamalkan oleh arwah ketika hayatnya sehingga kuburnya mengeluarkan cahaya untuk dijadikan iktibar kepada pembaca? Jamaliah tersenyum sambil memberitahu bahawa arwah ibunya meninggal dunia sebelum azan maghrib 8 Disember 2002 di Hospital Teluk Intan ketika berusia 80 tahun, beliau tidak mengamalkan apa-apa ibadah yang istimewa. Jamaliah juga tidak mahu terlalu memuji ibunya bimbang dianggap riak pula. Pada Jamaliah, apa yang diamalkan arwah ibunya biasa saja seperti amalan umat Islam lain iaitu melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Misalnya, semasa hayatnya, arwah Hajah Siah sentiasa menjaga solat lima waktu sehari semalam sebagaimana yang diperintahkan Allah kepada setiap hamba-Nya. Arwah ibunya juga sering kali bersolat sebaik masuk waktu tanpa melengah-lengahkan dengan hal-hal keduniaan. “Misalnya, sebelum masuk waktu solat Maghrib lagi mak dah ambil air sembahyang, kemudian duduk menunggu di atas sejadah sambil membaca al-Quran. “Bila azan Isyak selesai, mak terus solat. Lepas solat sambung lagi mengaji al-Quran. Masa mak banyak dihabiskan dengan membaca al-Quran!

“Tengah malam mak selalu bangun buat solat Tahajud dan waktu pagi solat sunat Dhuha. Tiap-tiap hari itulah amalan mak!” cerita Jamaliah. Kami juga dimaklumkan Jamaliah, dalam setahun ibunya berkhatam al-Quran, lima hingga enam kali. Pada bulan puasa sahaja arwah ibunya khatam al-Quran sebanyak dua kali. “Mak selalu amalkan baca surah Yasin, al-Waqiah dan surah al-Mulk. Tiga surah ini pasti mak baca pada tiap-tiap hari. Kira amalan wajib bagi mak!” tambah Jamaliah. Amalan lain yang turut menjadi darah daging arwah Hajah Siah ialah berzikir. “Mak berzikir tak kira waktu pagi, petang atau siang. Malam pula saya tengok mak berzikir. Tasbih memang tak lekang dibilang dan dibawanya ke mana-mana.” “Tengah berkebun pun mak bawa tasbih juga, kalau dia nak mencangkul dan menebas dia sangkutkan tasbih pada lehernya!” beritahu Haji Muhammad pula. Zikir yang selalu diamalkan arwah ialah zikir harian yang selalu diamalkan Imam al-Ghazali. “Setiap kali berzikir arwah mak buat seribu kali setiap hari!” beritahu Jamaliah.

Selain berzikir apa lagi amalan yang paling disukai arwah Hajah Siah? “Ishhhk! Amalan ini memang berat, susah orang nak buat. Tapi arwah mak suka sangat buat. Mak suka sangat bersedekah kepada anak-anak yatim dan kepada masjid. “Mak sedekah bukan sikit tapi banyak. Arwah mak pernah sedekah sampai RM1000 untuk bina masjid. Kalau bab sedekah arwah mak memang tak sayang duit, hairan saya. “Arwah mak ada pesan pada kami, kalau orang datang minta sedekah jangan dihampakan. Beri biarpun sikit!” ujar Haji Muhammad pula.

Semasa hayatnya, arwah Hajah Siah selalu berpesan kepada Haji Muhammad dan Jamaliah supaya rajin-rajinlah membaca al-Quran. Itulah saja penolong ketika berada di alam kubur. “Kata mak, kalau kita rajin baca al-Quran, nanti bila dah meninggal, dalam kubur akan bercahaya terang-benderang seperti disuluh lampu. Sebab itulah saya tak terkejut sangat bila orang heboh bercerita kubur mak saya bercahaya!” jelas Jamaliah pula. Begitulah cerita daripada anak-anak arwah Hajah Siah yang kami temui di rumah mereka di Parit 4A, Sungai Manik, Teluk Intan.

Marilah Kita menghidupkan alquran di dalam masjid Kita, di dalam rumah Kita, di dalam diri Kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan pengampunan ini. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua. Semoga ia mampu member pengajaran dan iktibar buat kita semua.

Monday, July 23, 2012

Suara Mengaji di Kubur......

Oleh
Al-Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas



عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَا تَجْعَلُوْا بُيُوْتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِيْ تُقْرَأُ فِيْهِ سُوْرَةُ الْبَقَرَةِ

Dari Abu Hurairah berkata Rasulallah saw bersabda, “Janganlah kalian jadikan rumah kalian seperti kuburan, kerana sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca surah al-Baqarah di dalamnya.”

TAKHRIJ HADIS
Hadis ini diriwayatkan oleh :
1. Imam Muslim dalam Shahih-nya (no. 780)
2. Imam at-Tirmidzi dalam Sunan-nya (no. 2877), dan ia menshahihkannya.

SYARAH HADIS
Hadis ini dengan sangat jelas menerangkan bahawa kuburan menurut syariat Islam bukanlah tempat untuk membaca al-Qur'ân. Tempat untuk membaca al-Qur'ân adalah di rumah atau di masjid. Syariat Islam melarang keras menjadikan rumah seperti kuburan, kita dianjurkan untuk membaca al-Qur'ân dan melakukan solat-solat sunnah di rumah.

Jumhur ulama salaf seperti Imam Abu Hanifah ra, Imam Mâlik ra dan imam-imam lainnya melarang membaca al-Qur-an di kuburan. Berikut ini nukilan pendapat mereka.

Imam Ahmad ra berpendapat bahwa membaca al-Qur'an di kuburan tidak boleh. Pendapat ini dibawakan oleh Imam Abu Dawud ra dalam kitab Masâil Imam Ahmad. Imam Abu Daud ra mengatakan, “Aku mendengar Imam Ahmad ra ketika beliau ditanya tentang membaca al-Qur'ân di kuburan ? Beliau menjawab, “Tidak boleh.”

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah ra berkata, “Dari Imam asy-Syâfi’i ra sendiri tidak ada perkataan tentang masalah ini. Ini menunjukkan bahawa (baca al-Qur'ân di kuburan) menurut beliau adalah bid'ah. Imam Mâlik ra berkata, “Tidak aku dapati seorang shahabat pun juga tabi’in yang melakukan hal itu !”

Yang wajib diperhatikan oleh seorang Muslim iaitu tidak boleh beribadah di sisi kuburan dengan melakukan solat, berdoa, menyembelih binatang, bernazar atau membaca al-Qur'ân dan ibadah lainnya. Tidak ada satupun keterangan yang sah dari Rasûlullâh sawbmaupun para Sahabatnya yang mengisyaratkan mereka melakukan ibadah di sisi kubur. Sebaliknya, yang ada adalah ancaman keras bagi orang yang melakukan ibadah di sisi kuburan orang shalih, baik dia seorang wali ataupun seorang nabi, apalagi (jika tempat dia melakukan ibadah itu) bukan (kuburan) orang soleh.

Nabi Muhammad saw mengeluarkan ancaman keras bagi orang yang menjadikan kubur sebagai tempat ibadah. Rasûlullâh saw bersabda,

لَعَنَ اللهُ الْيَهُوْدَ وَالنَّصَارَى اِتَّخَذُوْا قُبُوْرَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ

Allâh melaknat orang-orang Yahudi dan Nashrani (kerana) mereka menjadikan kuburan para nabi mereka sebagai masjid (tempat ibadah).

Semua kuburan itu sama, tidak ada satupun kuburan yang keramat dan barakah. Dari sini kita ketahui bahwa orang yang sengaja mendatangi kuburan tertentu untuk mencari karamat dan barakah, bererti dia telah jatuh ke dalam perbuatan bid’ah atau syirik. Dalam Islam, tidak dibenarkan untuk sengaja melakukan safar (perjalanan) dalam rangka ziarah ke kubur-kubur tertentu (dengan tujuan ibadah), seperti, kuburan wali, kyai, habib dan lainnya dengan niat mencari keramat dan barakah dan melakukan ibadah di sana. Perbuatan seperti ini terlarang dan tidak dibenarkan dalam Islam. Semua ini termasuk bid’ah dan boleh menjadi punca yang membawa sang pelaku ke perbuatan syirik.

Rasûlullâh saw bersabda :

لَا تُشَدُّ الرِّحَالُ إلَّا إِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ: مَسْجِدِيْ هَذَا، وَالْـمَسْجِدِ الْحَرَامِ، وَالْـمَسْجِدِ الْأَقْصَى

Tidak boleh mengadakan safar (perjalanan dengan tujuan beribadah) kecuali menuju tiga masjid, iaitu masjidku ini (Masjid Nabawi), Masjidil Haram, dam Masjidil Aqsha.

Adapun adab ziarah kubur, kaum Muslimin dianjurkan ziarah ke pemakaman kaum Muslimin dengan mengucapkan salam dan mendo’akan agar dosa-dosa mereka diampuni dan diberikan rahmat oleh Allâh swt.

Di antara faedah lain yang terdapat dalam hadis di atas (“Janganlah kamu jadikan rumah kamu seperti kuburan…”), iaitu seseorang tidak boleh dikubur di rumahnya. Dia dikuburkan di pemakaman kaum Muslimin. Kerana jika ia dikubur di rumahnya, akan terjadi beberapa hal berikut :

1. Menjadi tempat yg boleh membawa kepada kesyirikan,

2. Rumah itu berpeluang untuk diagungkan,

3. Terhalang dari do’a kaum muslimin yang mendoakan ampunan kepada orang-orang Muslim yang sudah meninggal ketika mereka ziarah kubur,

4. Akan menyusahkan ahli waris, membuat mereka bosan dan tidak senang, dan jika mereka ingin menjual rumah tersebut, maka tidak ada harganya (harganya murah).

5. Dan akan tejadi juga di sisi kuburan tersebut hiruk pikuk, senda gurau, hal yang tidak bermanfaat, dan perbuatan-perbuatan yang haram yang bertentangan dengan syari’at. Padahal Rasûlullâh saw bersabda, “Berziarah kuburlah, karena itu akan membuatmu mengingat akhirat.”

Wallaahu A’lam bish Shawaab.

Monday, July 16, 2012

Mimpi yang tak sudah..

Jangan Laju Sangat Bang.....

Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa...." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah
lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.

"Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak? Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya mak?"

Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.

"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.

PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, study pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Julia tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! "

Moral of the story: Solat terlebih dahulu sebelum dapat pelempang!

Thursday, July 12, 2012

Apa khabarmu disana....

Disuatu pagi nan syahdu aku terbaca berita kat Yahoo!!! yang ada mamat sengal mana entah tetiba mengamuk kat Putrajaya pastu kena tembak mati katak.. beritanya mcm ni..

PUTRAJAYA: Seorang penganggur yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Imam Mahadi’ mati ditembak polis ketika mengamuk bersama seorang wanita dengan melibaskan pedang samurai di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini, Isnin. Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, suspek yang dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari.

Manakala suspek wanita, seorang bekas pelajar Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) berusia berusia 28 tahun, terkena tembakan di bahagian paha kanan dan sedang mendapatkan rawatan di hospital sama. Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata kedua-dua suspek cuba masuk ke pos pengawal tetapi dihalang oleh polis bantuan tetapi suspek lelaki itu mengacukan pedang ke leher anggota polis bantuan. Oleh kerana takut, anggota polis bantuan membenarkan kedua-dua suspek masuk ke dalam perkarangan, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini.

Abdul Razak berkata ketika berada di dalam perkarangan itu, kedua-dua suspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik petugas JPM. Katanya anggota polis cawangan pencegahan jenayah yang tiba di tempat kejadian turut diserang kedua-dua suspek dengan pedang samurai sehingga kereta mereka mengalami kerosakan dan cermin kereta pecah. Menurutnya sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MVP) Putrajaya yang tiba selepas itu dikatakan cuba memujuk suspek tetapi diserang pada jarak dekat dengan menggunakan pedang samurai. Akibatnya seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan yang terkena di tangan kanan dan bahagian ari-ari lelaki itu manakala suspek wanita terkena tembakan di paha kanan.

Abdul Razak berkata polis masih menyiasat motif kejadian. Siasatan awal mendapati suspek lelaki yang mempunyai seorang anak mengaku dirinya ‘Imam Mahadi’ manakala suspek wanita mempunyai dua orang anak. Kedua-dua suspek yang menganggur itu dikatakan telah mengenali satu sama lain sejak seminggu lepas. Mengenai dakwaan mereka adalah blogger, Abdul Razak berkata ia masih dalam siasatan.

So aku kadang suka gak nak tgk blog apa yg dia karang n apa yg dia karang so aku pun menggunakan segala kepakaran dalam bidang IT, hacking dan sebagainya untuk cari la tgk tulisan si mamat ni.. n mula2 aku tgk la profile nya.. Aku ingat gah la sgt sampai nak bunuh org pakai samurai ni.. Buka jer ekkenehhhh mcm siol jer profilenya..


Perghhh berdesing telinga aku baca ayat Introduction dia.. Hina sgt pada dia org yg kerja polis ngan askar ni sebab jadi penganggur mcm dia lagi suci n pemuda lindungan kaabah kut.. Agaknya kerja apa pun semua jadi anjing.. yg jadi org ialah org2 yang menganggur mcm dia yg x payah keje... pelik la manusia ni..

Pastu semua pendakwah ni mcm buruk sgt dimata dia. Klu la diaorg semua buruk naper lak ko x nak buat keje diaorg. Apasal ko lak memekak mcm tin kosong kutuk semua pendakwah n kata diaorg semua salah sedangkan diaorg at least ada usaha bekerja dan berdakwah. Tapi lu stakat menganggur pastu mengata org semua salah apa cerr? Byk sgt ke sumbangan lu kat agama? Klu lu rasa lu alim sgt then apasal lu nak bunuh polis tu yg tak jentik telur lu sikit pun.. Islam ajar lu mcm tu ker sampai kena jadi extremis n belasah orang ikut suka hati bapak tiri lu adik sedara angkat dua pupu pada mak lu tu..

Whatever la mamat... Semoga lu sedang bahagia kat alam barzakh sana. moga Allah ampunkan dosa2 lu yg ngutuk, ngata, ngumpat n mengaibkan org kat blog lu.. Gua cuma mampu sedekahkan alfatihah buat lu jer sebab kesian tgk lu.. Dhoif sgt baju pun tak mampu nak beli.. Alfatihah...

Tuesday, July 10, 2012

Cilakak punya jembalang.... Mistika 30

Pelalau bikin manusia lalau...
Sihir bikin manusia berfikir..
Sabar bikin manusia jadi besar..
Tawakal bikin manusia cekal..
Usaha bikin manusia jadi berjaya...


Rupa-rupanya ada diantara pembaca blog ini yang terkena sihir akibat perbuatan manusia lain yg dengki khianat.. Aku ingat sahabat aku tu jer yang jadi org terakhir.. rupanya kerja syaitan masih belum selesai lagi selagi belum tertiup sangkakala..

Aku didatangi mesej terkejut tergempak oleh seorang hamba Allah yang mengaku terkena sihir yang telah sekian lama dikenakan oleh bomoh yang cari duit dengan ilmu sihir. Sihir pun boleh diniagakan yer.. Syaitan dan jin walau dia tak dapat bayaran bersekongkol sama sebab dia ada share utk bwk bomoh tu jadi kayu api, yg tukang upah mungkin dia puas hati sebab tgk org yg kena menderita tapi x kaji dulu bahawa di akhirat esok dia jadi kerosene atau minyak tanah utk menyemarakkan api yg membakar syaitan dan jin serta bomoh tadi.. insaflah makhluk yang x pernah bersyukur akan setiap nikmat nafas yg Allah berikan pada kamu weiiii.. Nikmat nafas HU dan AH yang kamu sedut itu utk memuji Nya bukan utk tambah saham dosa..

Dalam kes ni aku lebih suka si mangsa yang lakukan sendiri sambil aku pantau dari jauh jer.. Aku tau mangsa ni alim la jugak n boleh baca quran dengan baik.. Maka aku berikan dia amalan yassin 7 mubin serta qunut nazilah. Sebab katanya lama dah dia kena tapi x sembuh2 lagi. Banyak org dan ustaz yang dia jumpa tapi semua tak sembuh lagi. Kesian aku tgk. Aku berikan amalan apa yang dia kena buat.  Dia janji nak sediakan brg2 yg aku suh sediakan and buat amalan mcm yg aku mintak.. Bukan aku x nak buat sendiri tapi aku nak dia rasa sendiri n bina tembok perlindungan dia sendiri utk masa depan dia sendiri. So bila dia rasa terkena sihir lain kali maka dia tau apa nak buat n hati dia lebih dekat dengan tuhan. Sebab bila aku soal selidik dia kata dah lama x sembuh2 so aku takut dia putus harapan n ckp Allah x tolong dia lak. So biarlah dia bergantung sepenuhnya dengan Allah.. Kerana dia yang maha mencipta, menyembuhkan dan mematikan..

Aku faham perasaan org yg menderita lama ni. Kdg2 harapan tu jadi nipis jer sebab usaha tak menjadi.. Sedangkan ada antara org2 yg pandai2 dan terer2 kononnya dalam bidang agama pun x berapa nak percaya tentang keajaiban doa.. Sedangkan dengan terang lagi bersuluhnya Rasulallah telah bersabda bahawa sesungguhnya doa itu adalah senjata terampuh kaum mukmin.. Tu sebab aku x heran bila ada org2 pandai ni tanya aku mcm mana aku leh kurus n bila aku jwb diaorg tersenyum mcm x berapa nak pcaya jer.. Terpulanglah pada diri masing2. Diaorg ingat aku mkn ubat kurus, pergi slimming world or diet tak mkn kut.. Sorry la tu semua aku x buat pun sebab Rasulallah x gi pun n wat pun semua tu.. Aku cintakan dia maka aku ikut amalan dia la.. Aku wat solat hajat mlm2 n mintak doa utk kurus tapi tak mau sakit. Alhamdulillah doa aku dimakbulkan setelah sekian lama dan alhamdulillah aku sihat. Maybe diaorg ingat klu diet x mkn or mkn ubat kurus tu diaorg leh kurus terus tanap izin Allah kut. Aku rasa kalau x wat semua tu tapi dia izinkan dan makbulkan doa kita lagi mujarab rasanya..

Biarlah diaorg dgn kepercayaan diaorg. Kalau 24jam dalam FB dok tag makanan dari satu gerai ke gerai lain, dari satu restoran ke restoran lain, dari satu resepi ke resepi lain, minum air jampi utk kurus 7 lautan pun x boleh gak.. Amalkan berjaga malam, kurangkan tido, mkn makanan sunnah, makan mcm Rasulallah, jgn minum ais lepas mkn, bersenam, insyaallah la kurus la. Gemuk ni kdg2 mcm penyakit gak, dtg nya bagai peluru, perginya mcm batu.. payah benar.. Weii kelaut dah kiter ni.. balik balik..

Sedang aku dok pantau mangsa ni ada lak kengkawan seperguruan aku dok mesej katanya anak sahabat kitaorg lak ada mcm yang x kena. Kalau ada gangguan dia nak mempraktikkan ilmu pukulan gaban jarak jauh beliau. So aku pun sekalikanlah operasi malam tu iaitu utk pantau pesakit aku ni dan juga anak sahabat kitaorg tu..

Selepas gerakan kunci pendinding maka aku pun keluar la ke satu alam yang lain yang jauh lebih maju dari alam nyata ni tapi perangai penduduknya jauh lebih moron daripada bangsa mohawk kat Amerika sinun... Aku start scan pesakit aku tapi ahlahmak... terlupa lak nama dia.. bukak mata n baca balik nama dia kat dlm iphone 3GS aku.. spoil tol la.. Dah ingat aku tutup network n 3G aku n teruskan pengesanan aku.. Pergh.. mcm sial jer rupa binatang bernama jembalang ni.. Patut la mangsa ni cakap org jadi x suka kat dia sebab org mmg benci tgk muka jembalang yang dok melekat kat mangsa ni.. Kesian dia..

Siasatan umpama polis pencen aku pun bermula la.. Jembalang ni bukan islam pun so aku tak ambik port nak bg salam kat dia pun. Aku straight to the point jer aku tanya apasal dia kacau budak ni. Dia cakap ada org upah bomoh. Aku tanya siapa? Terus dia jawab nama org tu dengan tanpa segan silu dan malu2 kucing nya. Aku tanya sapa nama dia? perghhh nama tak glamaour langsung.. nak kata nama melayu bukan, nama jawa bukan, nama arab pun bukan.. Nama gharmouk ala2 nama Russia jer. Tak komersial nya nama. Aku tanya lak sapa nama bomoh pun dia bgtau.. Tapi aku xnak bgtau korang sebab aku x mau pakar yg terer2 baca blog ni santet dia pulak.. So aku pun settle satu2 dulu..

Dengan pedang hamzah aku yang sentiasa berapi dan terbang meluncur laju macam Sukhoi 37 tu maka kecut perut lah jembalang tu nak menipu sebab dia cakap salah n menipu jer dia merasa la ARR-VEY-VEY ataupun beyond visual range weapon dari pedang hamzah aku. Dia terus tunjukkan cara2 memasak kat dalam busut jantan yg dia dok tunggu tu.. siap dengan ramuan apa yg dia guna dia tunjuk.. Perghh musibat punya bomoh and this jembalang.. aku tengok pun 7 hari tak lalu makan nasi tgk dia punya ramuan.. kotor beb.. nak ceriat pun aku ngeri takut korang lak terbayang tak lalu nak mkn..

Maka aku titahkanlah angkatan ghaib aku membawa sebekas tanah haram dan sebotol air zam2 utk aku matikan kesan sihir tu serta musnahkan tempat diaorg menggunakan secret recipe tuh.. Sampai jer barang pesanan online aku tuh, aku taburkan secukup rasa serta tambahkan air zam-zam yang sudah diyassinkan itu.. menggelegak lak bila benda2 tu bercampur.. Alhamdulillah keje aku mudah jer mlm tu sebab doa aku dimakbulkan Allah agar kerja2 aku dipermudahkan sebelum aku buat upacara.. So sekali fire cahaya biru jer kabaaboom la busut tu berserakan mcm gunung Pinatubo meletus.. settle satu bab.

Next aku tanya sekali je kat jembalang tu sama ada nak masuk islam n aku antar kat bandaraya jin islam, nak belah atau nak mapus. Dia jawab nak masuk islam sebab nak jadi city boy.. Mcm yang aku pernah islamkan Iblis dulu maka sama lah prosesnya dengan jembalang ni. Aku bagi nama Mohd Zain sebab nampak islamik sikit and mintak Allah tukarkan muka yang ala2 maher zain sikit. Sebab kalau x tukar semua city jin yang dok kat bukit antarabangsa tu confirm nyampah tgk muka dia.. Sebelum antar mcm biasa la sumpah laknat mcm yg korang tgk dlm expose mistik tu cuma ayat aku lagi ganas sampai x dpt nak aku siarkan dalam blog ni.. Then tok bomoh... here i come..

Bertemankan pedang hamzah aku melwat lak bomoh online ni.. tgh buat duit lagi kut.. So sebab kemataan duitan nya maka dia merelakan usahanya pedajal mangsa ni aku musnahkan. Janji dia dpt duit.. kalau rebung mudah gak aku nak tarbih, tapi sebab dah jadi rebung maka aku cuma paksa rela dia bersumpah laknat supaya tak ganggu mangsa ni lagi walau berapa dia dapat bayarannya. Agak lumayan gak tapi memandangkan nyawa dia lg dia syg sebab pedang hamzah tak sabar dan makan mangsa dia maka dia pun ikut jer apa yg aku ckp.. Itulah sumpah dia dgn sang pencipta..

Hamba allah yang pekenakan mangsa ni aku tak wat apa pun, biarlah dulu. Nanti kalau dia dok ulang lagi harus aku kasi kan dia macam sahabat aku kasi kan kucing parsi dia yg dok merenyam tu.. Kalau aku tibai sekali nanti takde modal lak aku nak bercerita kat entry akan dtg kat korg..

Selesai misi pertama aku ke misi kedua lak nak ushar2 anak sahabat aku kat Kuantan nun.. Aku sebut nama anak sulung sahabat aku tu terus keluar muka ju-on.. Halla aku cukup tak berkenan bila ju-on dok bertukar2 muka dgn anak dara sahabat aku ni.. Maka aku terus tutup upacara yang nasib baik x perlukan aku guna banyak tenaga dalaman mlm ni.. so aku buka iphone 3GS cabuk aku (yg belum diganti oleh Puan Sri Baby dengan iphone 4) n trus mesej kat sahabat aku untuk carry-on dengan ju-on ni. Lagipun lepas sakit aritu dia belum test power dia balik.. So masa ni lah nak test balik pick-up dia. Aku pun cerita sikit perangai ju-on ni kat sahabat aku supaya senang dia nak praktikkan jurusan2 maut dargon ball Z dia.. jangan terpedaya lak dengan mainan sengal syaitan laknatullah itu.. Setelah aku antar balik pedang hamzah ke tempatnya aku pun buka kunci diri dan terus baring... Tetiba aku nampak ABC jagung lebih, kacang banyak sikit, kurang manis... rupanya aku dah start mimpi dah... gdu nite ollzz.. have a sweet dream bak kata Puan Sri Baby..

Monday, July 9, 2012

Cerita pada teman...

Kisah kali ini diceritakan oleh seorang hamba Allah di sebuah taman perumahan di sekitar Ipoh (namanya dirahsiakan)… Kisah ini amat menyentuh jiwa saya apabila ianya diceritakan kembali oleh salah seorang adik-adik saya di taman perumahan tersebut….. Bukanlah niat saya ingin mendedahkan keburukan orang lain tapi sekadar mahu memberi iktibar kepada anak-anak dara kita sekarang yang lebih Amerika daripada Amerika. Kadang-kadang mereka terlupa akan pengorbanan ibu bapa mereka yang bersusah payah demi mewariskan kepada mereka harta yang paling beharga iaitu PELAJARAN..



Ceritanya mengisahkan seorang ayah dari keluarga yang miskin.. kerja sendiri hanya menoreh getah..datangnya jauh dari kampung.. dengan menaiki teksi.. membawa beg dan barang-barang milik anak gadisnya.. yang dapat melanjutkan pelajarannya di sebuah institusi pengajian di Ipoh.. menyewa di rumah sewa bersebelahan dengan rumah tuan empunya cerita ini.

“Masih saya ingat lagi Abang Ngah…. bagaimana senyuman bangga ayah si gadis ini… yang terlalu seronok kerana anak gadisnya berjaya melayakkan dirinya menjadi pelajar di Institut Pengajian Tinggi

“Saya dapat melihat dengan jelas..bagaimana ayah si gadis ini ..sibuk mengangkat barangan anaknya..dengan mulutnya riuh rendah.. sambil melemparkan senyuman kepada dirinya…sebagai jiran kepada anaknya itu. Setelah bersalaman dengannya.. ayah si gadis ini ramah menceritakan kejayaan anaknya.. dan anaknya itulah yang diharapkan akan menempah kejayaan .. seterusnya dapat membela hidup mereka sekeluarga suatu hari nanti.

Sedang kami berbual.. terdengar anak gadis si ayah ini merungut…katanya “Ayah…kat sini tak ada tilam.. la.. takkan nak tidur atas toto aje ..nanti sakit lah badan along ni..!!” kata anak gadisnya merungut manja…sambil meneruskan bebelannya dengan suara yang kurang jelas.

Ayahnya hanya tersengih. .sambil menjawab “nantilah ayah belikan.. tengah ni duit ayah dah habis…. beli kelengkapan kamu…kita bukan orang senang…”

“Ok lah ok lah…tapi ayah beli cepat sikit tau…nanti macam mana along nak belajar.. tidur tak selesa….nanti tak boleh tidur…. haaa.. ganggu prestasi along..!!”

Ye la…ye la….. nanti ayah beli lah….”

Sebulan telah berlalu… si ayah belum lagi nampak ..kelibatnya membawa tilam yang dijanjikan…mungkin.. sedang kumpul duit nak beli tilam agaknya…maklumlah kerja kampung bukan orang senang…. rumah yang anaknya sewa pun bayarannya kongsi ramai-ramai…satu rumah duduk lapan orang.

“Apa yang tak seronoknya Bang Ngah ialah….budak-budak perempuan di sebelah rumah saya tu…pada mula mereka duduk menyewa tiada apa masalah ataupun gangguan
 

Tapi lama kelamaan..rumah sewa anak dara di sebelah saya ni dah mula dilawati oleh budak-budak lelaki…ada yang datang bermotosikal dan ada yang datang dengan menaiki kereta….

“Entahlah Bang Ngah.. bukan tak tegur.. dah tegur dah…. tapi jawab budak lelaki yang datang bertandang tu… pakcik ni sapa?…bapak diorang ke ..????” terkedu saya Bang Ngah apa nak dikata lagi…..” Kadang-kadang bang, bebudak lelaki tu duduk rumah sewa budak perempuan sampai ke tengah malam…. gerun saya Bang Ngah….!!”

“Pernah sekali tu saya terfikir untuk melaporkan perkara ini kepada penguatkuasa jabatan agama… tetapi saya risau pulak nanti bebudak lelaki tu akan serang saya balik.. atau apa-apakan keluarga saya..saya pun ada anak dara Bang Ngah…risau saya Bang Ngah…apalah upaya saya Bang Ngah…”

“Berkenaan dengan anak gadis si ayah yang malang ni tadi..setiap hari keluar dengan pakwenya…maklumlah orang sedang bercinta..bercouple…mak bapak pulak jauh ..jadi line clear…Bang Ngah.. kadang-kadang tengah malam baru nampak balik ke rumah sewanya.. entah lah.. sedih saya apabila mengenangkan bapanya yang cukup baik.”

Suatu petang Bang Ngah…. sedang anak gadis si ayah ni keluar macam biasa dengan pakwenya…. ayah si gadis ini sampai ke rumah sewa anak gadisnya…. dengan menaiki motorsikal.. di belakang motorsikalnya itu terikat tilam kekabu…. sambil dia berhenti ..lalu terkial-kial si ayah ini cuba menongkatkan motornya…kerana tilam kekabu itu berat…..

kemudian si ayah itu menjerit memanggil nama anaknya.. sambil mengelap peluhnya yang mengalir laju…terdengar suaranya yang mengah.. memanggil-manggil anaknya.. tetapi tiada sahutan… sunyi…kerana hari itu hari cuti…ada yang dah balik kampung hujung minggu dan ada yang biasa la..tengah menenggek di belakang motorsikal pakwe mereka… termasuklah anak gadis si ayah yang malang ini.

“Saya pun keluar dari rumah….lalu memanggil si ayah ini tadi..abang..mari masuk berehat di rumah saya dahulu…bebudak ni tak ada mereka keluar agaknya…”kata saya kepada si ayah .”

“Ke mana mereka pergi…. agaknya…keluar ramai-ramai ke. bila balik agaknya.?” tanya ayahnya…bertalu-talu…saya hanya mendiamkan diri…. lalu saya berkata kepada si ayah…tak mengapa bang…rehat dulu.. abang letih tu datang dari jauh…. bawak masuk motor abang tu ke dalam laman rumah saya….”

Si ayah bersetuju kerana tiada pilihan lain…nak balik alang-alang.. dah sampai ..bukannya dekat.. lagipun bukan senang nak datang balik….. si ayah nampak keletihan sambil menolak motorsikalnya dengan beban tilam yang berat.

Si ayah menunggu…sehinggalah waktu maghrib telah masuk….si anak masih tidak balik lagi…. saya mengajak si ayah masuk ke dalam rumah mandi dan menunaikan solat maghrib .. kemudian saya menjamunya makan malam.Si ayah nampak keberatan tapi apa kan daya kerana menunggu anaknya …lantaran hati kecilnya merasa risau kalau-kalau anaknya tidak selesa tidur di atas toto…takut kesihatan anaknya terganggu.

Sedang kami duduk menunggu anaknya…. yang masih tidak balik walaupun waktu isyak sudah lama berlalu….tiba-tiba si ayah sudah mengesyaki sesuatu….. lalu bertanya kepada saya…”Anak saya ni keluar dengan siapa sebenarnya encik?”

Saya hanya terdiam…tak terkata apa-apa…. lalu saya menjawab…”beginilah bang.. abang tunggulah sampai dia balik ..lihatlah sendiri dan tanyalah sendiri dengannya.”

Si ayah semakin risau……dan semacam sudah mengesyaki sesuatu yang tidak baik sedang dilakukan oleh anak gadisnya itu. Tepat pukul 2.15 pagi… barulah anak gadisnya pulang.. dengan membonceng motorsikal pakwenya..memeluk mesra…pakwenya….berhenti di depan rumah sewa

Si anak gadis itu kemudiannya turun dari motorsikal pakwenya…sambil menanggalkan topi keledar diikuti oleh pakwenya,.. itu…. mereka tidak terus berpisah tetapi berbual mesra di hadapan rumah.. tanpa menyedari…perlakuan mereka itu dilihat oleh kami berdua….

Mereka berpegangan tangan..sambil ketawa….bergurau….dan tiba-tiba..pakwe si gadis itu mencium bibirnya…!!!Subhanallah….saya tak boleh bayangkan keadaan ayahnya ketika itu yang bangun dan hendak bergerak menuju ke arah anaknya…tetapi saya tahan….kata saya kepada ayahnya..:

”Jangan bang… sekarang dah pagi…jangan mengamuk tengah ni nanti.. abang yang dapat malu… biarkan budak lelaki itu balik dulu”.

Hampir setengah jam kami melihat babak mesra bercumbu dan berpeluk itu… barulah budak lelaki itu pulang…si gadis itu pun masuk ke rumahnya…..

Setelah beberapa minit barulah ayahnya menolak motorsikalnya…dan menghidupkan enjin lalu berhenti di depan pintu pagar rumah anaknya.. seolah-olah dia baru sampai…lalu dia memanggil nama anaknya….Anak gadis ini membuka pintu sambil merungut terkejut dengan kehadiran ayahnya pada lewat pagi sebegitu…sambil katanya..:

”hah ayah apasal datang pagi-pagi macam ni….. tak boleh tunggu besok..?

Si ayah terus meluru lalu menampar… muka anak gadisnya… menjerit-jerit…marah..

”Oooo….. buat apa datang pagi buta ye….kamu tahu tak… aku sampai sejak dari petang tadi.. menunggu kamu… bawakkan tilam untuk kamu….. jenuh aku tunggu kamu….ni ha…pakcik ni yang tumpangkan aku.. rehat..s embahyang …makan….. aku datang dari jauh letih…sebab risaukan kamu…sayangkan kamu.. tapi kamu…keluar sampai jauh malam….d engan pakwe kamu ye…dah la tu kamu bercium beromen depan aku.. anak tak tahu diuntung…. aku malu tau tak…maluuuuu….

Anak kurang ajar.. anak derhaka…. anak tak mengenang budi…..aku jaga kamu…. aku tatang kamu macam minyak yang penuh…. macam ini balasan kamu…macam ni balasan kamu.. pada aku.. haaaa!!! anak ****…….. berdebub… gedebab…. kali ini saya lihat dia terajang anaknya Bang Ngah….. saya masuk ke dalam rumah dan memegang si ayah dan memintanya mengucap…. beristighfar…. bersabar……….

Anak gadisnya… menangis meraung…merayu… memohon keampunan….. hu hu hu ayahhhh…ampunkan alongggg….huwaaaaa…ayah alongggg salah …along berdosa dengan ayah….. hunhuuuuuu…….!!

Kau memang anak celaka…. .memalukan keluarga…orang tua.. kalau mak kamu tahu ni pasti mak kamu akan sedih sangat…. tadi.. mak kamu nak ikut.. rindu nak tengok kamu…aku tak bagi tau tak…. sebab nak bawak tilam ni….kamu tau tak tilam ni berat…. tilam kekabu…aku bawak dari kampung jauh…. terhoyong hayang aku.. bawak motor…tadi pun nyaris tak kena langgar dengan lori.. tau tak…??

Kata si ayah sambil menangis…….suasana pilu….. saya juga menitiskan air mata…. sedih melihat ayah yang separuh abad,,, menangis kecewa dengan perbuatan anak gadisnya.

“Sudah.. kau kemaskan barang…. pagi ni jugak balik ikut aku…. balikkkkk… ikut aku…cepatttt,………kata ayahnya….

Sejak itu Bang Ngah saya tak nampak lagi anaknya itu balik ke rumah sewa disebelah rumah saya itu… Tilam yang dibawa oleh ayah si gadis itu masih ada di rumah saya ditinggalkan oleh ayahnya…kerana tidak mampu dibawa balik lantaran si ayah membawa anaknya balik pada malam itu juga.

Pada malam itu juga si anak gadis itu balik ke kampungnya, dengan membonceng motor…tetapi bukan di belakang pakwenya…tetapi dibelakang bapaknya…… kesiannn Bang Ngah…kesiannnn.

Ikan Dilaut... Asam Didarat..

Ikan, termasuk "seafood" lainnya, merupakan jenis makanan sihat yang rendah lemak tepu, tinggi protein, dan merupakan sumber penting omega 3. Ikan baik untuk tambahan diet kerana kaya dgn vitamin, mineral, dan nutrisi yang diperlukan agar tubuh tetap sihat. Orang yang sering makan ikan cenderung mengambil lebih sedikit daging dan keju. Beberapa cara sihat untuk memasukkan ikan dalam program diet anda dengan cara dipanggang, rebus, dan dikukus. Ikan sangat disarankan oleh banyak pakar kesihatan sebagai makanan dengan manfaat kesihatan yang kompleks.

Berikut ini adalah beberapa manfaat yang dapat anda perolehi dengan memakan ikan.

1. Kesihatan kardiovaskular
Khasiat omega 3 yang ditemukan dalam ikan telah terbukti manfaatnya bagi jantung, arteri, dan venal yang membentuk sistem kardiovaskular anda. Memakan ikan dapat membantu mencegah penyakit jantung dan kegagalan fungsi jantung dengan mencegah akumulasi trigliserida, mengurangkan penghasilan trigliserida berlebih, meningkatkan HDL (kolesterol baik), dan mencegah pembekuan darah. Kajian penuntut Harvard School of Public Health menyimpulkan, makan dua potong ikan dalam seminggu dapat mengurangkan risiko kematian akibat penyakit jantung tiga kali ganda.

2. Menurunkan tekanan darah
Minyak ikan sangat berguna untuk menurunkan tekanan darah, tetapi peranan mereka dalam pencegahan belum jelas. Namun, mengambil terlalu banyak  minyak ikan tidak disarankan.

3. Menurunkan berat badan 
Menurut sebuah penelitian yang dilakukan di University of Georgia, minyak ikan dengan DHA membantu menghentikan penukaran pra-sel lemak ke dalam sel lemak sehingga mengurangkan tompokan lemak secara keseluruhan. Penelitian sebelumnya juga menunjukkan, pengambilan kapsul minyak ikan diikuti dengan bersukan sangat efektif bagi menurunkan lebih banyak lemak daripada bersenam sahaja tanpa mengambil suplement minyak ikan.

4. Mengurangkan risiko kanser 
Omega 3 dalam ikan telah terbukti membantu mencegah tiga jenis kanser yang paling umum, yakni kanser payudara, kolon, dan prostat. Suplement minyak ikan juga dapat membantu paesakit yang menderita hiperlipidemia.

5. Meningkatkan fungsi otak 
Khasiat omega-3 pada ikan dapat membantu perkembangan otak anda. Pengambilan omega-3 yang tepat dapat membantu meningkatkan fokus mental pada anak-anak dan orang dewasa. Sebuah kajian baru menunjukkan, suplement minyak ikan dapat meningkatkan memori pada orang dewasa. Para peneliti juga menemukan omega-3 pada ikan dalam meningkatkan perkembangan otak bayi dan anak-anak.

6. Menghindar radang
Ikan, terutama minyak ikan, memiliki sifat anti-radang. Oleh kerana itu, ikan efektif dalam mengurangkan radang dalam darah dan jaringannya. Omega-3, khususnya EPA, banyak ditemukan dalam minyak ikan dan memiliki kesan yang sangat positif pada alahan radang sehingga membantu dalam mengurangkan radang sendi, prostatitis (radang prostat), dan sistitis (radang janin).  

7. Menyihatkan mata 
Memakan ikan sangat baik kerana mempunyai kemampuan dalam memperbaiki penglihatan. Ikan dapat melawan degenerasi makula (bagian tengah retina), glaukoma, dan sindrom mata kering. Satu kajian baru menemukan bahwa orang yang makan setidaknya dua potong ikan seminggu lebih kecil kemungkinan mengalami degenerasi makula dibandingkan orang yang tidak makan ikan sama sekali. Para peneliti mengatakan, omega-3 dapat mengurangkan risiko radang dan meningkatkan fungsi pembuluh darah.


8. Perawatan kulit 
Memakan ikan membantu menjaga kulit. Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Lipid Research, omega-3 EPA yang ditemukan dalam minyak ikan dapat membantu mencegah kerepot dan menunda proses penuaan kulit. Bahkan, menurut beberapa kajian terbaru, suplement minyak ikan dapat menjaga kulit dari kerosakan akibat terdedah kepada sinaran matahari.

9. Mengatasi tekanandan stress
Omega-3 dalam minyak ikan baik untuk mengurangkan tekanan dan stress. Kajian telah membuktikan bahwa masyarakat yang makan banyak ikan mengalami kurang tekanan dan stress berbanding yang lain.

Thursday, July 5, 2012

The evolution has begun..

The evolution has begun..

Semakin lama kita hidup dalam dunia yang serba moden dan canggih ini, kita dapat lihat betapa teknologi pantas bergerak meninggalkan kita. Teknologi yang kita baru dapat dan gunakan pada hari ini mungkin sudah menjadi sesuatu yang sudah ketinggalan pada bulan hadapannya atau mungkin juga pada minggu hadapannya.. Terlalu pantas teknologi ini berkembang seiring dengan persaingan dalam bidang pemasaran dan teknologi negara2 maju. Dan dimanakah bumi Malaysia yg aku cintai ini berada? Adakah kita juga seiring dengan mereka atau kita masih ketinggalan dengan PHD (perasaan hasad dengki) kita sesama rakyat dan masih berperang sesama sendiri dan bercakaran dalam merebut kuasa dan tampuk pemerintahan sesama bangsa..

Apa pun aku bukan nak cerita pasal cakar harimau atau cakar kucing segala.. aku nak kongsi cerita pasal teknologi yang menjadi satu keperluan kita pada hari ini.. Hatta anak2 kita yang baru masuk tadika juga kadang2 dah memiliki gadjet ini. Yang aku maksudkan ialah teman hidup anak2 dara sekarang ni x xboleh lekang dari jari mereka iaitu handphone.. Kadang2 aku suka menyakat sanak saudara n sepupu aku yg jari jemarinya melekat 24jam kat telefon bahawa nanti kalau ada org masuk memining mesti mintak kurang seribu sebab jari jemarinya dah leper dek selalu sgt menekan keypad telefon tu..

Aku start guna telefon dalam tahun 1998. Sebelum tu aku takut sgt nak guna handphone sebab takut tak mampu nak byr bil.. Lagipun telefon rumah aku pun ada.. Since anak buah aku pun ada handphone, xkan aku yg pegawai ni x mampu nak pakai handphone.. maka dengan riaknya aku pun tgklah kat kedai ada handphone yg harganya boleh tahan murah la dalam RM250.00. Masa tu aku kat Kuantan. Masa tu kalau nak beli telefon kena register sekali baru kedai bagi harga murah. Maka aku pun register la dengan TMTouch masa tu n aku beli la handphone Ericsson GH768 yang diharamkan di singapore sebab radiationnya kuat. So bila cakap lama sikit jer teling pun start pana n jadi pekak sikit.. tu la startnya aku guna handphone.. Sebijik macam gambar kat bawah ni kaler biru.. lama juga la aku pakai handphone sampai bilnya cecah RM800 n sampai skrg aku tak bayar lagi..


Lepas dah lama pakai Ericsson 768 ni aku rasa macam bahaya pulak. Tambahan pulak ada member aku adik bekas pesilat olahraga Pahang offer ada handphone murah maka aku pun tertariklah nak tukar handphone.. Tapi sialnya rupa2nya mamat ni pergi rembat handphone kat kedai mana entah n jual kat aku hp ni seratus.. dah la macam cikai jer telefonnya.. Sempat la aku pakai seminggu Alcatel HC400 ni..
Tapi nak buat mcm mana dah janji pakai la jugak. Itupun tak lama sebab tak sampai seminggu aku pakai, hp ni kena rembat dek kutu berahak mana entah masa aku berenti nak beli rokok. Tak sampai 5 minit pun aku berenti sempat lagi dirembat. maklumlah hp rembat akhirnya kena rembat balik la.. Aku jugak yg rugi sebab hp lama aku dah bg kat malaun tu so xde la aku hp sekejap..

Pastu aku gi kl aku tgk lawa pulak hp nokia panjang ni.. Aku pun belila 2ndhand dari kedai kat depan Puduraya. Masa tu aku tgh sibuk2 bersiap nak bertukar ke Labuan. Maka aku beli handphone sekali dengan prepaid cardnya sekali. masa  ni sistem pra-bayar ni baru diperkenalkan so aku xyah nak risau psl bil yg melambung tinggi ni. Maka aku tangkap la hp Nokia 3210 yg bak batu bata ni n boh housing salem.. HP dulu senang jer nak tukar housing, x susah mcm hp skarang yg mcm2 skru kena bukak baru leh tukar housing.. Lama jugak la aku guna hp ni..
 Bila dah maju sikit dan Elaun Malaysia Timur pun dah byk kali habis dah baru la aku terfikir utk tukar hp lain.. Masa tu teknologi pun dah berkembang n hp makin lama makin kecik n makin menipis. Tapi masa tu mana ada hp kaler2 lagi. Semua hitam putih lagi n ringtone pun boleh compose sendiri. Siap beli buku ringtone lagi utk compose dlm hp..

Bila sampai masanya aku balik ke Kuantan sekejap n pergi la kedai hp tolak Nokia 3210 aku n ambik 2 bijik hp Nokia 3310 utk aku n member rapat aku tu. Tapi sama juga sebab masa tu tak kuar lagi Nokia 3320 yang kaler. Baru start midi ringtone masa tu tapi stil boleh compose lagi..
  
 Yang kaler nyer dalam bentuk yang sama cuma displaynya jer yang kaler.. So aku tak beli la yang kaler.. Tapi sebab hp jenis ni la rumahtangga aku dengan isteri pertama aku start berantakan.. tapi aku tak salahkan teknologi tapi manusia yg menyalah gunakan teknologi tu.. So bila aku hampir2 nak bertukar keluar dari Labuan aku pun belilah hp baru yg kaler..

Aku beli hp Nokia 3120 yg macam kat bawah ni..
 Sampai ke akhir hayatnya hp aku tu mcm keadaan dalam gambar tu. Ni lah hp kaler dgn ringtone midi pertama aku. Masa tu hp dah start boleh mms tapi tak leh ambik gambar lagi sebab takde kamera..

Bila dah bercerai aku kepala bengong sikit. So aku pun mestilah ada awek baru. Sebab nak mms kat awek gambar aku n nak ambik gambar dia maka aku  pun beli la hp Nokia 6670. Handphone ni juga dikenali sebagai hp daun dan satu lagi model dikenali dgn nokia sabun sebab bentuknya..Banyak gambar aku ambik sebab masa tu mms dah diperkenalkan dan kamera pun dan kamera hp pun dah diperkenalkan.


Masa ni ringtone mp3 dah diperkenalkan. Video pun dah boleh ambik guna hp ni. Tapi hayat hp ni pun x lama sebab bila antar kedai ada anak ca ya nun alip ni buat2 pandai repair tapi hampeh.. lagi jahanam hp aku dibuatnya..

Tak puas hati lepas tu aku cakap kat awek aku (bini den skrg la..) yang hp aku masuk air sebab bangsat tu dah rosakkan hp aku. Maka awek kesayangan yg ambik berat psl aku tu pun bagi la guna hp dia. Syg sungguh dia kat aku.. Maka aku pun pakai la hp Nokia lipat atau Nokia 6260 yang boleh pusing2 tu.. Lama gak la aku guna sampai dah kahwin..

Bila dah kahwin rezeki pun dah bertambah. So bila tgk aku pakai hp yg pandai mati sendiri maka bini aku pun suh la beli hp lain. Berbekalkan sumber kewangan yang ada maka aku pun beli lah hp Nokia navigator 2ndhand gak sebab hp lipat tu selalu sgt mati sendiri. Bini aku bkn blh kalau tak bercakap dgn aku sehari.. mau sawan dibutnya dia kalau x dpt bckp dgn aku..

Hp ni pun satu. Beli mahal2 tapi mmg kilang dah buat utk pengguna syik beli baru. Dah la jenis aku ni sentimental sikit. Payah sgt aku nak jual brg yg aku dah biasa guna. Sentimental value beb. Tapi sebab hp dah start meragam n aku lak dapat duit lebih maka bini aku paksa aku beli hp baru. Aku tak nak tapi dia suh gak. Maka aku beli la hp Nokia juga tapi jenis Nokia N80. Gedabak kau.. i loike..
Tapi hp ni pun aku guna tak lama. Sebab lagi sekali aku dapat durian runtuh maka aku pun belikan hp baru utk aku n bg wife aku pakai hp Nokia n80 ni. Aku lak pakai hp baru yg panjang hayatnya iaitu Nokia N79 yang sebijik mcm kat bawah ni. Aku dah fed up guna hp slide sebab karbonnya selalu sgt rosak.. so  pakai batu bata mcm ni senang..  xyah nak sibuk2 tukar karbon bagai..


Dalam pada tu aku paling ingat pada hp ni.. Nokia Xpress Music 5300...

 
Aku teringat dulu hp ni pernah melayang kat sebelah telinga aku dan melekat kat dinding sebelum bini aku dapat hp Nokia N80 dia sebab ada salah faham sikit antara aku laki bini.. nyaris tak terpacak hp ni kat dahi aku kau... kalau tak jadi ultraman la aku sampai arini..
 Bila zaman semakin canggih n dunia semakin maju lantas internet dan facebook makin menjadi2 aku belikan Blackberry Bold kat bini aku dan aku pun gunalah Iphone 3gs ni..

  
Sampai arini aku masih guna iphone ni sebab sentimental mcm aku cakapkan tadi.. Aku suka Apple Iphone 3gs ni sebab hp ni mcm komputer aku. Hp ni aku install sendiri, aku jailbreak sendiri dan aku guna. Semua proses tu aku buat sendiri. lagipun hp ni guna Macinthos OS. So tak risau nak on kat internet sebab hackers yg cipta virus payah nak tembus OS hp ni.. Good job Steve Job..

Itulah sahaja citer aku psl evolusi aku pakai hp dari dulu sampai sekarang untk perkongsian..

CINTAILAH AKU DENGAN MENYINTAI DIA.......

Pagi2 tadi mcm biasa biasa waktu gi keje aku dgr ikim.fm dalam kete and something that trigger my mind by Ustaz Ebit Liew. Pagi ni dia bercerita pasal cinta lak. Siapa Ustaz Ebit Liew ni? Sedikit latar belakang beliau yang saya masih ingat. Ayahnya berbangsa Cina, pernah bernikah dengan wanita Cina dan mempunyai 6 orang anak hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama. Kemudian mereka bercerai. Seterusnya, beliau bertemu jodoh dengan seorang wanita beragama Islam lalu menukar agamanya kepada Islam. Namun begitu - mereka sekeluarga jauh dari Islam, tidak mengamalkan ajaran Islam dan 'orang kampung pun tak pasti mereka agama apa'.

Ustaz Ebit Liew ketika kecil, tidak dibesarkan dengan ajaran Islam sepenuhnya. Di sekolah juga, dia seorang murid yang nakal, selalu mencari pasal dan menjadi murid yang tidak digemari oleh guru-guru. Nakal sangatlah pendek katanya. Hinggalah pada suatu hari, ketika berusia 12 tahun, seorang guru telah berjaya mengetuk pintu hatinya. Alhamdulilllah, berkat usaha cikgu itu dan izin Ilahi, dia yang tak pernah solat mula belajar solat dan mendekati Allah. Tidak setakat itu, perubahan Elbit Liew rupa-rupanya bagai suatu 'pembuka' yang seterusnya mendorong seluruh keluarganya, termasuk ibu dan ayahnya juga mendekati Islam. Alhamdulillah.
Penyampaian beliau bersahaja dan menarik dapat memberi satu keinsafan kepada sesiapa yg mendengarnya sebab contoh2 dan perumpamaan yg beliau beri amat senang difahami. Kerana itulah kem motivasi yg beliau kendalikan amat mendapat sambutan dari org ramai. Dan aku percaya keikhlasan beliau dalam berdakwah menjadikan apa yang beliau sampaikan tulus dari hati beliau menyelinap ke hati pendengar...

Apa yang aku ingin utarakan ialah isi kandungan sessi motivasi pagi yang beliau kendalikan.. Hari ini beliau membicarakan sesuatu yang pernah aku dalami satu masa dulu dalam pengisian ilmu para sufi iaitu tasawwuf. Dalam tasawwuf para sufi amat mendalami dan memahami sebenar erti CINTA... Aku takut juga nak kemukakan persoalan tentang tasawwuf ni mulanya.. Maklumlah, mendalami tasawwuf ni penuh dengan kejian dan cacian org hatta dikatakan syirik, murtad, gila dan sebagainya sebab tasawwuf banyak membawa aku menjadi pencinta, asyik, mahsyuk dan khayal dalam dunia cintaku sendiri.. Tapi since Ustaz Ebit dah mula berbicara tentangnya dengan orang ramai maka apalah kiranya aku juga berbuat benda yang sama agar

Apakah yang dimaksudkan CINTA oleh para sufi?? Bagi sufi CINTA adalah bila terbitnya tiga perkara dari dalam diri seseorang.. Akan terbit dari dalam diri seseorang 3 benda apabila dirinya dilamun cinta:

PERTAMA : Seseorang akan menyukai apa dan menyayangi apa yg disukai dan disayangi oleh org yg dicintainya.. Sebagai contohnya  anda mencintai seseorang wanita atau lelaki. Kemudian ditempat kerja anda, adik kepada orang yang anda cintai datang melaporkan diri untuk bekerja dibawah pengurusan anda. Walau segarang mana anda dengan pekerja lain, tapi dengan bakal adik ipar anda ini pasti anda akan berlembut dan bercakap dengan penuh kasih syg sebagaimana insan yg anda cintai bercakap kepadanya.. Begitu juga andai dijalanan, anda terserempak dengan bermacam feel manusia yang anda langsung tak endahkan.. Tapi andai terserempak dengan bakal mertua anda, dengan serta merta keramahan anda muncul dan dengan penuh adab sopan anda akan menegur bakal mertua anda itu sebab dia lah org kesygan insan yg anda cintai..

KEDUA : Apabila berjauhan kamu akan merinduinya.. Apabila sekejap tak berjumpa anda akan rindu inikan pulak nak berjauhan. Ramainya manusia hari ini apabila bercinta tak nak berjauhan tapi bila dah beranak pinak rimas pulak berkepit. Puan Sri Baby aku 24 jam berkepit dgn aku sampai skrg nak masuk anak lima dah... Apabila tak dapat berjumpa maka dapat tgk bumbung rumah pun jadilah.. Bak cerita Laila Majnun dimana Kaisy Amiri yang mabuk cintanya kepada Laila, setiap kali berkunjung ke kota tempat Laila tinggal, maka akan dipeluknya setiap tiang lampu yang ada di kota tersebut dek kerana asyik mahsyuknya serta rindunya kepada Laila yang dicintainya hatta bekas tapak kaki anjing pun diciumnya kerana anjing2 yg ada dikota tersebut berasal dari persekitaran rumah Laila jugak. Maka bapa si Kaisy Amiri ini meminta anaknya bertaubat dan didepan Kaabah si Kaisy ini memohon kehadrat tuhan agar menerima taubatnya namun beliau meminta agar jangan dibuang rasa cintanya kepada Laila. Bapanya ingat dia dah bertaubat sungguh2 tapi dek kerana cintanya mengatasi cintanya kepada yang lain termasuk kepada Allah.. subhanallah jauhkan kita dari bersikap begini..

KETIGA : Apabila cinta kita sanggup korbankan apa sahaja untuk insan yang kita cintai.. Samapai kadang2 kita mesti pernah dengar naywa pun nak diserahkan pada kekasihnya.. Tapi time si kekasih sakit jantung, x sanggup lak nak dermakan jantung kat keasih dia padahal sembang nyawa pun boleh serahkan. Mana taknya, kalau serahkan jantung dia pun jalan. Bila dia jalan kekasihnya sihat walafiat pastu kahwin n hidup bahagia dgn org lain lak. Klu org mati boleh jadi hantu, dia nak jadi hantu pulak sebab tak puas hati kekasihnya bersenang lenang dengan org lain...

Benarkah yang yg ahli sufi katakan ini? Ada renung, anda kaji dan anda alami sendiri. Pasti anda tau betul atau tidaknya kata2 sufi ini. Sebab dalam bersufi kami mengalami sendiri apa erti sebenar cinta, apa erti sebenar rindu dan apa erti sebenar pengorbanan yang menuntut kesabaran dan keredhaan hati sepenuhnya..

Biar kita lihat pula huraian sufi mengenai ketiga-tiga perkara diatas..:

Cinta sufi adalah kepada Allah dan Rasulnya. Maka apabila cintakan Allah dan Rasulnya maka kita akan mencintai apa yang Allah dan Rasulnya cintai. Allah dan Rasulallah mencintai masjid tapi berapa ramaikah org kita mencintai masjid?? Allah dan Rasulnya mencintai alquran tapi berapa ramaikah org kita membaca alquran?? Kalau di FB kita akan baca sebutir-sebutir kata org Jerman isi status update FB kekasih kita tapi sedalam mana kita menghayati dan cuba memahami "status update" Allah dan Rasulnya dalam FB mereka yang bernama alquran?? Kita cuba menafsirkan tulisan kekasih kita dlm FB ttetapi sejauh mana penafsiran kita dalam menghayati alquran.. sendiri lah yang jawab sebab sendiri mau ingat.. Allah dan Rasulnya suka manusia yang menutup keaiban org lain tapi sejauh mana kita membuka pekung org lain dengan menghalalkan kutuk mengutuk, menyokong gossip, men'like' pendedahan berani mati lawan dalam arena politik dan lain2 lagi.. fikirkanlah andai anda benar2 cintakan islam, cintailah dulu penghulu dan penciptanya.. Aku akan menghormati seseorang guru andai dia benar2 menghayati dan meneladani Rasulallah sehingga tak akan menghalalkan yg haram dan mengharamkan yang halal demi untuk kepentingannya. Tak ada parti yg menjamin syurga melainkan amalan dan ibadat individu itu sendiri..

Bila anda rindukan Allah dan Rasulnya maka kunjungilah rumah2 tinggalan mereka. Kunjungilah masjid selalu supaya rindu anda kepada Allah dan Rasulnya terubat sedikit. Bila anda rindukan Allah dan Rasulnya maka ubatilah rindu anda dengan berqiamullail sebab waktu siangnya kita terikat dengan kesibukan dunia yang menuntut waktu dan komitmen kita kepada kerja dan tanggungjawab sesama manusia. Para sahabat nabi dahulu resah untuk tidur malam sebab rindunya mereka kepada Allah dan Rasulnya sehingga walau berpusing arah mana tidur pun tetap rasa gelisah dan mereka bangun dan meratap menangis menceritakan rasa gundah gulana, asyik mahsyuk dan rindu mereka kepada Allah dan Rasulallah. Diaorg ada korang ada?? rasa rindu sampai mcm tu? Kalau takde tanya iman korang nape korang tak rasa rindu sampai mcm tu.. Maknanya korang tak rindu dan tak cinta la.. So apa guna korang bershahadah andai korang jadi saksi palsu? Marah aku kata saksi palsu?? Tanya diri korg dulu apa makna shahadah. Aku naik saksi kan.. kalau bersaksi dimulut tapi bukan dihati bukankah saksi palsu namanya hinggakan rasa cinta dan rindu pada Allah dan Rasulnya tiada????

Dari segi pengorbanan, kalau kita lihat Rasulallah saw memilih dikalangan sahabat yang berharta untuk menjadi khalifah bukannya sahabat yg gilakan harta.. Beliau memilih sahabat yang bersedia membelanjakan harta dan bukan yang mencari harta dan kemasyhuran. Saidina Usman membelanjakan hartnya yang menimbun untuk membiayai peperangan antara org islam dan org2 kafir tanpa ada rasa kerugian pun sebab dia sanggup bekorban apa saja hatta kebun yg paling dia syg yg ada telaga yg mengeluarkan air yang terasa manis yg pernah diminum oleh Rasulallah. Tapi bagi umat islam kini, baru bayar duit cukai pendapatan sikit dah nak melalak dan memaki hamun sana sini walaupun tahu itu semua untuk kepentingan negara. Dan yang memimpin pun sebang2 hati ikut suka tuttttt mak dia belanja duit yang org ramai bayar untuk shopping sakkan.. Hamboi larat ke ko nak bayar balik kat padang mahsyar esok kat orang2 ni? Bukan sikit cik kak oiiii .... Badan boleh jadi kurus gemuk balik pun x abis lagi nak bayar..

Wednesday, July 4, 2012

Nisfu Syaaban

Assalamualaikum w.b.t…
Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya’aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya’aban, jumaat malam)

Solat sunat nisfu sya’aban, 2 rakaat

Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya’aban, jumaat malam)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik….

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya’aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Khamis)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya’aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya’aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya’aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya , adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya , adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya’aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua’alam

Tuesday, July 3, 2012

Nak masuk pun tak boleh..

Terdapat 3 golongan yang hampir-hampir melangkah masuk ke dalam syurga, namun akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka…......

1. Seorang mujahid, yang berjuang dan akhirnya dia mati syahid.
Dia hampir melangkah masuk ke dalam syurga, tapi sebelum dia melangkah, ALLAH bertanya kepadanya,“Wahai Mujahid, kenapa kamu masuk ke dalam syurga?”

Berkatalah oleh dia kepada ALLAH, “Aku masuk ke dalam syurga kerana aku mati syahid, kerana berjuang ke jalanMu ya ALLAH. “

Kemudian ALLAH menjawab, “Kau cuma berdusta, kau sebenarnya bukan berjuang untuk aku, tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai wira dan mahu diangkat sebagai hero didalam masyarakat selepas kematianmu..” Maka dengan itu, si mujahid ini, dilemparkan ke dalam api neraka.

2. Seorang yang mengajar ilmu kepada orang.Hampir sahaja melangkah masuk ke dalam Syurga apabila ALLAH bertanya kepadanya, “Wahai kamu, tahukah kamu mengapa kamu masuk ke dalam syurga?”

Lalu si guru pun menjawab, “aku masuk kedalam syurga kerana semasa hidupku, aku mengajar ilmu kepada orang, ilmu yang bermanfaat, ilmu yang supaya orang semakin mendekatiMu Ya ALLAH.”

Lalu ALLAH berkata, “Kau tipu, sebenarnya kau mengajarkan ilmu ketika hidupmu bukan untuk itu, kau hanya mahu mengajar kerana hendak wang,glamor dan dihormati sebagai guru, seorang ustaz, seorang guru, alim ulama’ yang mengajarkan ilmu Aku kepada mereka. Maka atas sebab itu juga, kau akan aku masukkan ke dalam neraka ku.”

3. Si kaya raya yang suka bersedekah.Sudah hampir menjejakkan kaki kedalam syurga tapi sebelum itu bertanya ALLAH kepadanya,“Wahai hambaku, tahukah kamu mengapa kamu mendapat balasan syurgaKu?”

Maka dijawab olehnya, “Wahai Tuhanku, aku dahulu semasa hidupku telah kau kurniakan aku dengan kekayaan, dan dengan harta kurniannyaMu itu, aku gunakan untuk jalanMu, aku sedekahkan kepada anak yatim, aku berikan kepada orang miskin, pendek kata, hartaku banyak kugunakan demi untuk kepentingan memartabatkan agamu Ya ALLAH. “

Sekali lagi ALLAH menjawab,“Kau tipu dalam beribadat, yang kau lakukan itu hanya demi mendapat kan title “Dermawan” ketika kau hidup satu ketika dahulu, perbuatanmu itu bukan untuk mendapat redhaku.” Dan si kaya raya juga turut dilemparkan ke dalam api neraka yang maha siksa dan pedih azab siksanya.

Dari ketiga-tiga contoh yang diceritakan di atas itu, mempunyai satu kaitan sahaja sebenarnya, iaitu KEIKHLASAN dalam kita beribadat. Jika berniat hanya kerana ALLAH, maka amalan kita takkan terpesong, tapi sekiranya hanya kerana inginkan pengiktirafan dari hamba, maka yang kita dapat hanyalah pengiktirafan dari mereka, tapi bukan dari ALLAH.