Showing posts with label adab. Show all posts
Showing posts with label adab. Show all posts

Wednesday, October 24, 2012

Jangan la makan macam kambing..





Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda ;  “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

Ulamak pula sering berkata, pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan. Siapa amal sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan. Apa keuntungan itu? Para sahabatku, sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah.

1.Pahala yang berlipat ganda

2.Keberkatan.

Kali ini aku nak kongsikan tentang sunnah-sunnah makan (setakat yang saya tahu) agar dapat kita sama-sama amalkan.

1. Cara duduk

Seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk di atas kaki kiri.

Duduk makan cara sunnah…

Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.

Ada orang tanya, macammana kalau kita makan atas kerusi/meja? Macam mana nak duduk cara sunnah? Hmm, kalau makan atas kerusi/meja, tak bolehla nak ikut sunnah. Sebab kalau ikut sunnah, makan kena atas lantai. Barulah boleh duduk cara sunnah ni.
Kalau tanya saya, mana satu lebih baik, makan atas lantai ikut cara sunnah atau makan atas kerusi/meja, maka pastinya saya akan jawab, tentunya cara sunnah paling bagus. Sebab di situ ada ganjaran pahala dan keberkatan nya. So, terpulanglah pada masing-masing untuk amalkan.

2. Makan menggunakan tangan.

Bukan guna sudu / garfu, bukan guna chopstick. Tetapi guna tangan kanan. Ada kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini berguna untuk mencerna makanan. Sebab itulah jika kita melihat bayi mereka suka memasukkan jari ke dalam mulut. Inilah kebesaran Allah swt yg menjadikan kita seegitu rupa. Perut bayi tidak mampu mencernakan dgn sempurna susu yang diminum, makanya enzim dari jari itulah yang membantu mencernakan susu utk mereka. Jadi bayangkan jika anda menggunakan tangan tersebut utk maksiat maka enzim maksiat itulah yg masuk ke perut anda..

3. Makan dengan menggunakan 3 jari.

Ada orang kata, macammana nak makan dengan 3 jari saja. Susah la kalau nak makan nasi. Nabi dulu takperla, Baginda banyak makan roti dan buah-buah kurma  saja. Hmmm, tentang itu, saya ‘no comment’. Pada saya, kalau nak amalkan tak susah mana. Orang-orang Cina pun diorang makan guna chopstick jer… 2 batang kayu jer guna. OK pulak. So, macam mana boleh kata susah untuk makan guna 3 jari??
Saya sarankan kepada mereka yang nak mula amalkan sunnah ini, gunakan 3 jari pada suapan pertama tu dulu. Lepas-lepas tu, bolehla makan macam biasa.

4. Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa “Allahumma baariklana………” Bukannya apa. Berdoa menunjukkan kita dikalangan mereka yang tahu mensyukuri nikmat

5. Sebelum makan, disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur. Ada banyak kelebihan bagi mereka yang mengamalkan perbuatan membasuh tangan dan berkumur ni.

6. Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doa “Bismillahiwa’ala barokatillah”

7. Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati jari-jari kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi. Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.

8. Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah.

Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita.
Kalau suami isteri boleh amalkan makan dalam satu dulang, insyaAllah kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling faham memahami dan saling bertolak ansur. Amalan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan sebarang pembaziran.

9. Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.

Haaa yang ni nampak macam senang jer nak amal. Tapi sebenarnya susah gak nak amal. Biasanya kita makan ni ikut nafsu. Selagi tak kenyang, selagi tu lah kita ‘melantak’. Nak-nak pulak kalau kita pi makan kat hotel-hotel atau restoran yang menyediakan hidangan cara ‘buffet’. Memang sampai nak pecah perut, baru la berhenti makan. Betul tak? Saya tak cakap pada orang lain sebab saya pun terkadang juga…
Sekian, semoga kita sama-sama dapat amal. Makan ikut cara sunnah Nabi SAW ni sangat-sangat penting sebenarnya. Sebab kita akan makan hari-hari. Sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Kalau kita makan tak ikut sunnah, maka kita hanya makan macam ikut adat saja. Macam lembu dan kambing makan. Makan sebab lapar dan sebab nak penuhi nafsu makan kita.

Tapi kalau kita makan ikut sunnah Nabi SAW, seperti yang di katakan tadi, kita akan dapat

1. Pahala

2. Keberkatan.

Jadi, pilihan di tangan anda. Nak makan macam lembu dan kambing makan, atau nak ikut sunnah Nabi SAW?

Monday, July 23, 2012

Suara Mengaji di Kubur......

Oleh
Al-Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas



عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَا تَجْعَلُوْا بُيُوْتَكُمْ مَقَابِرَ ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِيْ تُقْرَأُ فِيْهِ سُوْرَةُ الْبَقَرَةِ

Dari Abu Hurairah berkata Rasulallah saw bersabda, “Janganlah kalian jadikan rumah kalian seperti kuburan, kerana sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca surah al-Baqarah di dalamnya.”

TAKHRIJ HADIS
Hadis ini diriwayatkan oleh :
1. Imam Muslim dalam Shahih-nya (no. 780)
2. Imam at-Tirmidzi dalam Sunan-nya (no. 2877), dan ia menshahihkannya.

SYARAH HADIS
Hadis ini dengan sangat jelas menerangkan bahawa kuburan menurut syariat Islam bukanlah tempat untuk membaca al-Qur'ân. Tempat untuk membaca al-Qur'ân adalah di rumah atau di masjid. Syariat Islam melarang keras menjadikan rumah seperti kuburan, kita dianjurkan untuk membaca al-Qur'ân dan melakukan solat-solat sunnah di rumah.

Jumhur ulama salaf seperti Imam Abu Hanifah ra, Imam Mâlik ra dan imam-imam lainnya melarang membaca al-Qur-an di kuburan. Berikut ini nukilan pendapat mereka.

Imam Ahmad ra berpendapat bahwa membaca al-Qur'an di kuburan tidak boleh. Pendapat ini dibawakan oleh Imam Abu Dawud ra dalam kitab Masâil Imam Ahmad. Imam Abu Daud ra mengatakan, “Aku mendengar Imam Ahmad ra ketika beliau ditanya tentang membaca al-Qur'ân di kuburan ? Beliau menjawab, “Tidak boleh.”

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah ra berkata, “Dari Imam asy-Syâfi’i ra sendiri tidak ada perkataan tentang masalah ini. Ini menunjukkan bahawa (baca al-Qur'ân di kuburan) menurut beliau adalah bid'ah. Imam Mâlik ra berkata, “Tidak aku dapati seorang shahabat pun juga tabi’in yang melakukan hal itu !”

Yang wajib diperhatikan oleh seorang Muslim iaitu tidak boleh beribadah di sisi kuburan dengan melakukan solat, berdoa, menyembelih binatang, bernazar atau membaca al-Qur'ân dan ibadah lainnya. Tidak ada satupun keterangan yang sah dari Rasûlullâh sawbmaupun para Sahabatnya yang mengisyaratkan mereka melakukan ibadah di sisi kubur. Sebaliknya, yang ada adalah ancaman keras bagi orang yang melakukan ibadah di sisi kuburan orang shalih, baik dia seorang wali ataupun seorang nabi, apalagi (jika tempat dia melakukan ibadah itu) bukan (kuburan) orang soleh.

Nabi Muhammad saw mengeluarkan ancaman keras bagi orang yang menjadikan kubur sebagai tempat ibadah. Rasûlullâh saw bersabda,

لَعَنَ اللهُ الْيَهُوْدَ وَالنَّصَارَى اِتَّخَذُوْا قُبُوْرَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ

Allâh melaknat orang-orang Yahudi dan Nashrani (kerana) mereka menjadikan kuburan para nabi mereka sebagai masjid (tempat ibadah).

Semua kuburan itu sama, tidak ada satupun kuburan yang keramat dan barakah. Dari sini kita ketahui bahwa orang yang sengaja mendatangi kuburan tertentu untuk mencari karamat dan barakah, bererti dia telah jatuh ke dalam perbuatan bid’ah atau syirik. Dalam Islam, tidak dibenarkan untuk sengaja melakukan safar (perjalanan) dalam rangka ziarah ke kubur-kubur tertentu (dengan tujuan ibadah), seperti, kuburan wali, kyai, habib dan lainnya dengan niat mencari keramat dan barakah dan melakukan ibadah di sana. Perbuatan seperti ini terlarang dan tidak dibenarkan dalam Islam. Semua ini termasuk bid’ah dan boleh menjadi punca yang membawa sang pelaku ke perbuatan syirik.

Rasûlullâh saw bersabda :

لَا تُشَدُّ الرِّحَالُ إلَّا إِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ: مَسْجِدِيْ هَذَا، وَالْـمَسْجِدِ الْحَرَامِ، وَالْـمَسْجِدِ الْأَقْصَى

Tidak boleh mengadakan safar (perjalanan dengan tujuan beribadah) kecuali menuju tiga masjid, iaitu masjidku ini (Masjid Nabawi), Masjidil Haram, dam Masjidil Aqsha.

Adapun adab ziarah kubur, kaum Muslimin dianjurkan ziarah ke pemakaman kaum Muslimin dengan mengucapkan salam dan mendo’akan agar dosa-dosa mereka diampuni dan diberikan rahmat oleh Allâh swt.

Di antara faedah lain yang terdapat dalam hadis di atas (“Janganlah kamu jadikan rumah kamu seperti kuburan…”), iaitu seseorang tidak boleh dikubur di rumahnya. Dia dikuburkan di pemakaman kaum Muslimin. Kerana jika ia dikubur di rumahnya, akan terjadi beberapa hal berikut :

1. Menjadi tempat yg boleh membawa kepada kesyirikan,

2. Rumah itu berpeluang untuk diagungkan,

3. Terhalang dari do’a kaum muslimin yang mendoakan ampunan kepada orang-orang Muslim yang sudah meninggal ketika mereka ziarah kubur,

4. Akan menyusahkan ahli waris, membuat mereka bosan dan tidak senang, dan jika mereka ingin menjual rumah tersebut, maka tidak ada harganya (harganya murah).

5. Dan akan tejadi juga di sisi kuburan tersebut hiruk pikuk, senda gurau, hal yang tidak bermanfaat, dan perbuatan-perbuatan yang haram yang bertentangan dengan syari’at. Padahal Rasûlullâh saw bersabda, “Berziarah kuburlah, karena itu akan membuatmu mengingat akhirat.”

Wallaahu A’lam bish Shawaab.

Monday, July 2, 2012

Nak cakap ke tak nak ni????

Rasulullah S.A.W. bersabda,
“Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah”.
 
 
01.  Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar, sebagaimana dalam hadis Aisyah R.A.:
“Bahawasanya perkataan Rasulullah S.A.W. itu selalu jelas sehingga boleh difahami oleh semua yang mendengar.” (HR Abu Daud)
 
02.  Jangan bercakap mengenai hal orang lain dan jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya, berdasarkan Surah Al-Hujurat:11 dan juga hadis Nabi S.A.W : “Jika seseorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.” (HR Abu Daud dan Tirmidzi dan ia menghasankannya)
 
03.  Jangan membuat fitnah dan menjauhi kata-kata keji, mencela, melaknat berdasarkan hadis Nabi S.A.W. : “Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.” (HR Tirmidzi dengan sanad sahih)
 
04.  Semua percakapan mestilah membawa kebaikan, (Surah An-Nisa’:114 dan Surah Al-Mukminuun:3), dalam hadis Nabi S.A.W. menyebutkan : “Barangsiapa yang beriman pada Allah dan pada hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” (HR Bukhari Muslim)
 
05.  Seimbang dan menjauhi sikap berdolak-dalik, berdasarkan hadis Nabi S.A.W. :
“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan bersikap sombong dalam bercakap.” Maka dikatakan: “Wahai Rasulullah, kami telah mengetahui erti ats-tsarsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun?” maka jawab Nabi S.A.W.: “Orang-orang yang sombong.” (HR Tirmidzi dan dihasankannya)
 
 
06.  Mengulangi kata-kata penting jika diperlukan, dari Anas R.A. bahawa adalah Nabi S.A.W. jika bercakap maka baginda akan mengulanginya 3 kali sehingga semua yang mendengarkannya menjadi faham, dan apabila baginda mendatangi rumah seseorang maka baginda pun mengucapkan salam 3 kali. (HR Bukhari)
 
07.  Menghindari banyak bercakap, kerana khuatir membosankan orang yang mendengar, sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Wa’il : “Adalah Ibnu Mas’ud R.A. senantiasa mengajari kami setiap hari khamis, maka berkata seorang lelaki: “Wahai Abu Abdurrahman (gelaran Ibnu Mas’ud)! Seandainya engkau mahu mengajari kami setiap hari?” Maka jawab Ibnu Mas’ud: “Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosankan kalian, kerana aku pun pernah meminta yang demikian pada Nabi S.A.W. dan baginda menjawab khuatir membosankan kami.” (HR Muttafaq’alaih)
 
08.  Menghindari mengucapkan yang batil, berdasarkan hadis Nabi S.A.W. : “Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredhai Allah yang ia tidak mengira yang akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh Allah SWT keredhaanNya bagi orang tersebut sampai nanti hari Kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai Allah SWT yang tidak dikiranya akan demikian, maka Allah SWT mencatatnya yang demikian itu sampai hari Kiamat.” (HR Tirmidzi dan ia berkata hadis hasan sahih; juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah)
 
09.  Menjauhi perdebatan sengit, berdasarkan hadis Nabi S.A.W. : “Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat.” (HR Ahmad dan Tirmidzi)
Dan dalam hadis lain disebutkan sabda Nabi S.A.W. : “Aku jamin rumah di dasar syurga bagi orang yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi orang yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya.” (HR Abu Daud)
 
10.  Menghindari banyak berkelakar, berdasarkan hadis Nabi S.A.W. : “Sesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi Allah SWT di hari Kiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa.” (HR Bukhari)
 
11.  Menghindari dusta, berdasarkan hadis Nabi S.A.W. : “Tanda-tanda munafik itu ada 3, jika ia bicara berdusta, jika ia berjanji mengingkari dan jika ia diberi amanah ia khianat.” (HR Bukhari)
 
12.  Menghindari ghibah dan mengadu domba, berdasarkan hadis Nabi S.A.W. : “Janganlah kalian saling mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji, dan janganlah kalian saling menghindari, dan janganlah kalian saling meng-ghibah satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (HR Muttaafaq’alaih)
 
13.  Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini ialah untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.
 
14.  Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan, maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.
 
15.  Jika seseorang sedang makan, maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.
 
16.  Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan, sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.
 
17.  Jangan sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil dalam agama.
 
18.  Jangan bercakap secara berkumam mulut.
 
19.  Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya panggillah dengan nama yang memuliakan mereka.
 
20.  Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.