Tuesday, March 27, 2012

Siapa teman Jack Daniel??

Tahukah Anda asal – usul / riwayat miras ?

Berikut riwayatnya : Nabi Nuh as telah menanam pohon anggur tetapi pohon tersebut tidak menghijau dan tidak berbuah . Suatu hari Iblis datang datang kepada Nabi Nuh as menawarkan suatu cara agar pohon tersebut menghijau dan berbuah kemudian Nabi Nuh as menerima tawaran tersebut . Cara yang dilakukan oleh Iblis adalah memotong 7 ekor haiwan yakni singa , beruang , harimau , serigala , anjing , ayam jantan dan kancil kemudian darahnya disiramkan pada akar pohon anggur tersebut . Ternyata cara itu berhasil , pohon anggur tersebut menghijau dan berbuah dengan 70 macam warna . Oleh sebab itu pemabuk / peminum miras sifatnya pemberani seperti singa , kuat seperti beruang , pemarah seperti harimau , pendengus seperti serigala , penyerang seperti anjing , pendendam seperti kancil dan peneriak seperti ayam jantan . Nah begitulah riwayatnya wahai pembaca yang budiman .

Bermabuk – mabukan termasuk salah satu perbuatan syaitan keranana itu hendaklah dijauhi karena syaitan adalah musuh orang yang beriman kepada Allah dan berdaya upaya menjadikan kita sebagai temannya di neraka . Orang yang mengaku sebagai orang yang beriman tentu tidak berbuat zina , mencuri dan tidak mabuk . Seseorang yang berteman dengan pemabuk dan membantunya untuk mabuk maka orang tersebut akan mendapat siksa di neraka , oleh sebab itu janganlah berkawan dengan pemabuk .

Tahukah Anda akibat dari bermabuk – mabukan ? Hukuman bagi pemabuk yang akan diterima :
Ø Pemabuk seperti orang gila dan dicela orang yang berakal
Ø Pemabuk hilang akal dan menghamburkan / boros uang
Ø Menjadi sebab permusuhan antara teman
Ø Mencegah dari solat dan zikir
Ø Menganjurkan berzina
Ø Kunci kebusukan dan kejahatan
Ø Mengganggu para malaikat kerana memasukkan mereka dalam tempat kemaksiatan . Ingat bahwa di kanan , kiri , depan dan belakang kita ada malaikat yang sedang bertugas
Ø Dihukum cambuk sebanyak 80 kali , jika tidak dicambuk di dunia maka akan dicambuk diakhirat dengan cambuk dari api neraka
Ø Segala amal baik dan doanya tidak diterima selam 40 hari
Ø Dikhuatirkan kehilangan iman disaat ajalnya
Ø Masuk Neraka
Ø Pada hari kiamat , Allah memberi minuman dari sungai “ Al – Ghuthah ” , Al – Ghuthah adalah sungai yang airnya mengalir dari kemaluan perempuan lacur yang bau busuknya sangat mengganggu penghuni neraka
Ø Pemabuk tidak boleh dinikahkan dan dikawinkan , bila sakit tidak perlu dijenguk , bila mati tidak perlu disolatkan .
Ø Pemabuk adalah orang terkutuk yang termaktub dalam kitab Taurat , Injil dan Al – Qur’an
Ø Barangsiapa memberi pemabuk sesuap makanan maka balasannya adalah tubuhnya akan dikerumuni ular dan kalajengking di hari kiamat
Ø Barangsiapa memenuhi keperluannya / hajatnya bererti telah merosak Islam
Ø Barangsiapa memberi pinjaman kepadanya bererti seakan – akan telah membantunya membunuh seorang mukmin
Ø Barangsiapa menemaninya dalam suatu tempat maka balasannya kelak pada hari kiamat akan dibangkitkan dalam keadaan buta

Sebagai orang yang beriman dan berakal tentu lebih memilih hidup senang dan bahagia bukan senang tapi sengsara , apa artinya kesenangan sesaat namun sengsara berkepanjangan . Bila menghadapi masalah berat dan ingin menyelesaikan atau menuntaskan masalah tentu bukan dengan cara mabuk karena mabuk hanya menghilangkan masalah sesaat dan bila telah sedar pasti masalah tersebut akan kembali lagi . Bila ingin mencari ketenangan batin maka perbanyaklah zikir / ingat kepada Allah pasti hidup merasa tenang .

Berbagai Amalan dan Jenis Selawat








 Selawat Badawi



 Selawat Tafrijiyyah
Selawat Azimiyyah
 Selawat Badriyyah
 Selawat Adnan

Selawat Ar-Rauf Ar-Rahin


 Selawat Kamilah





Selawat Badriyyah

1. Menyucikan jiwa dan roh.
2. Hati tenang kerana pesakit yang bersaka selalu sahaja menyebut perkataan 'saka', kalau boleh elakkan sebut perkataan 'saka' lagi dan gantikan dengan berselawat.
3. Mendapat pahala
4. Insya Allah mimpi bertemu Nabi jika selalu diamalkan selawat selepas solat fardu dan solat sunat, sebelum dan selepas tidur. Setiap masa berselawat!
5. Menjadikan diri kita insan yang ikhlas, baik budi pekerti dan waraq.
6. Menyedari diri sendiri bahawa mencintai rasul itu suatu kewajipan walaupun wahabi menentangnya.
7. Buktikanlah cinta kamu terhadap Nabi Muhammad saw dengan memperbanyakkan selawat ke atasnya. Insya Allah kesembuhan akan berlaku terhadap pesakit sihir apabila Allah membalasnya dengan ketenangan jiwa dan rohani.

Selawat Munjiyyah

Syeikh Al-Buni dan Imam Jazuli menerangkan bahawa sesiapa yang berhajat baik pun hajat dunia atau hajat akhirat, bacalah selawat ini sebanyak 1000 kali sebaiknya di waktu tengah malam, maka insyaallah akan tertunai hajatnya dengan segera.
Imam Dainuri menerangkan; pada suatu waktu umat Islam ditimpa kesusahan atau penyakit menular atau ada hajat besar untuk di tunaikan maka mereka akan membaca selawat ini.
Selawat Munjiah ini baik juga dibaca setaip lepas sembahyang lima waktu.
Dipetik dari kitab Minhajul Hasanat, daripa Fajr-i-Munir, dtulis oleh Ibn Fakhani (r.a) bahawa terdapat seorang yang soleh dan sering menabdikan diri bernama Musa Darir.
Beliau memberitahu satu peristiwa yang berlaku kepadanya:
“Daku sedang belayar didalam sebuah bahtera yang mula hendak karam. Pada masa yang sama perasaan mengantuk mengusai diriku. Dalam keadaan itu Rasulallah (s.a.w) mengajar aku selawat (selawat munjiah) dan bersadba: ORANG-ORANG DALAM BAHTERA INI HENDAKLAH MEMBACA 1000 KALI.
Baru sehaja selawat ini dibaca sebanyak 300 kali bahtera telah kembali kepada pelayaranya yang biasa.


Selawat Futtuhat

Selawat itu adalah satu amalan atau satu ibadat yang sangat besar pahalanya. Setiap orang mukmin dituntut untuk memperbanyakkan selawat kepada baginda Rasulullah SAW. Antara fadhilat selawat sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis kira-kira bermaksud : barang siapa yang banyak berselawat kepadaku semasa hidupnya, nescaya Allah Taala memerintahkan semua makhluk supaya memohom ampun dan maaf kepadanya selepas matinya’.
Bagi memastikan amalan selawat kita itu sampai kepada maksudnya, hendaklah dijaga 5 syarat :-
1-Suci daripada hadas kecil dan besar.
2-Menghadap qiblat.
3-Berselawat seakan-akan mengadap Rasulullah.
4-Tartil hurufnya.
5-Jangan tergesa-gesa menyebut kalimat-kalimatnya.

Selawat futuhat di bawah ini khusus untuk memohon rezeki, tetapi dengan syarat meninggalkan maksiat, walaupun perkara-perkara makruh. Selawat ini hendaklah dibaca tiap-tiap hari sebanyak 113 kali atau 114 kali.

Selawat Tafrijiyyah
Selawat ini masyhur dengan nama selawat tafrijiah atau nariah. Selawat ini mempunyai tersangat banyak khasiatnya dan mengandungi bermacam-macam fadhilat bagi mereka yang sentiasa mengamalkannya. Kata Imam al-Dainuri, ‘Barang siapa menjadikan selawat ini sebagai wirid berpandukan peraturan-peraturan di bawah ini nescaya dia akan mendapat manfaatnya’:
• Dibaca 11 kali selepas solat fardhu, akan mendapat rezeki yang makmur,
• Dibaca 41 kali selepas solat subuh, akan berhasil segala maksudnya,
• Dibaca 100 kali selepas solat fardhu, berjaya mendapat apa yang dicitanya,
• Dibaca 313 kali pada mana-mana waktu, akan dapat melihat perkara-perkara yang ajaib.
• Dibaca 1000 kali setiap hari, akan terbuka kepadanya segala pintu kebajikan.

Menurut pandangan Imam al-Qurtubi, mereka yang sentiasa membaca selawat ini sebanyak 41 kali atau 100 kali setiap hari, akan hilang segala dukacitanya, dijauhkan dari segala bala bencana, luas rezekinya, kata-katanya didengar orang, selamat dari kepapaan, kasih hati manusia kepadanya dan berhasil apa yang dihajatnya, dengan berkat berkekalan beramal dengan selawat ini dengan hati yang tulus ikhlas dan yakin. Sekiranya kita ada mempunyai hajat yang besar untuk menolak bala dan hajat yang payah-payah, hendaklah dibaca selawat ini sebanyak 4,444 kali di dalam satu majlis, di atas tikar sembahyang dengan mengadap qiblat, insya Allah ditunjukkan oleh Allah Taala apa-apa yang diniatkan itu.

Selawat Syifa
Barang siapa yang sentiasa membaca selawat ini, sama ada diamalkan setiap kali selepas solat fardhu 5 waktu sebanyak 3 kali, atau dijampikan pada orang yang sakit, dibuat air tawar, insya Allah Allah Taala akan mengurniakan kepadanya kesihatan tubuh badan, kelembutan hati, cerah mata, lapang dadanya dan lain-lain lagi.

Selawat Fatih
Selawat Fatih adalah pembuka atau kata lain merungkaikan kepada perkara-perkara yang sulit dalam sesuatu urusan. Begitu juga seperti selawat Syifa' sebagai penyembuh kepada penyakit. Selawat Fatih selalu diamalkan oleh golongan-golongan sufi dan salafus solihin yang hebat-hebat umpamanya Syeikh Abdul Qadir Jailani. Walaubagaimana pun sebagai hambaNya yang serba serbi kurang dalam ibadah digalakkan mengamalkan. 

Memang ada hadis berkenaan bida'ah. Rasulullah S.A.W bersabda bahawa ulama itu pewaris Nabi. Tidaklah menjadi kesalahan kalau nak diamalkan kerana ia masih lagi ibadat dan tidak ada pula isi yang berunsurkan apa-apa yang menentang Al-Quran dan As-Sunnah.

1. Barang siapa membaca selawat ini 11 kali setiap selepas sembahyang 5 waktu, segala dosa2 kecilnya diampuni Allah s.w.t dan tenteram hati dan jiwanya.

2. Barang siapa membacanya 21 kali setiap hari, Allah akan melapangkan rezeki dan selamat keluarga dari kesusahan serta dijauhkan dari azab neraka.

3. Jika dibaca 100 kali setiap hari akan memudahkan seseorang mendapat jodoh.

Selawat Jibril
Fadhilat Selawat 1:
Selawat ini juga dikatakan digunakan oleh Mikail. Maka barangsiapa sentiasa membacanya akan mendapat keutamaan yang besar dari Rasulullah s.a.w dan juga syafaat dari baginda.
Fadhilat Selawat 2:
Menurut imam Sya’rani, selawat ini diajar oleh malaikat Jibril a.s kepada Nabi s.a.w. kemudian beliau mengajarkan kepada Abu Bakar. Barangsiapa membaca selawat ini akan memperolehi penyaksian dan syafaat dari Nabi s.a.w di hari kiamat.

Selawat Sidi/Badawi

Inilah selawat Wali Quthub Sidi Ahmad al-Badawi dan Tok Syaikh Wan 'Ali Kutan al-Kelantani dalam kitabnya "al-Jawharul Mawhub" halaman 29 menulis, antara fadhilat sholawat ini seperti berikut:

Telah menyebut kebanyakan daripada orang yang 'arifin bahawasanya selawat ini mujarrab bagi menunaikan segala hajat dan membukakan bagi segala dukacita dan menolakkan segala bala` dan menghasilkan segala anwar dan asrar. Dibacakan dia tiap-tiap hari 100 kali.
Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani rhm. dalam "Afdhalush Selawat" juga membuat nukilan sebagaimana di atas daripada Sidi Ahmad Zaini Dahlan rhm. dengan sedikit tambahan, iaitu bahkan selawat ini mujarrab untuk segala sesuatu dan bilangan wiridnya 100 kali setiap hari.

Selawat Ibrahimiyyah
Berkata setengah ulama sesiapa membaca selawat ini 1000 kali Insya Allah dia akan bertemu Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam di dalam tidurnya. Dan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sesiapa yang membaca selawat ini nescaya aku saksikan baginya di hari qiamat dengan pengakuan dan aku beri syafaat baginya."
Lafaz selawat ini sebagus-bagus dan selengkap-lengkap dan sempurna-sempurna lafaz ke atas junjungan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Sebab itu selawat ini ditentukan bacaannya di dalam sembahyang.
Fadhilatnya menurut Ahmad As-Shawi, barangsiapa membaca selawat ini akan mendapat syafaat dan pertolongan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam di hari qiamat dan mendapat pahala yang besar kerana selawat ini tergolong sebagai selawat utama.

Selawat Inbu Abbas

Menurut Ibnu Abbas r.a barangsiapa membaca selawat ini 10 kali pada malam jumaat atau siangnya, Allah akan mencatat baginya sejuta pahala dan menghapuskan sejuta kejahatan dan mengangkat sejuta darjat dan memperoleh rahmat dari doa Nabi Ibrahim Kalimullah di hari kiamat. Barangsiapa membaca selawat ini setiap hari akan menyinarkan hatinya serta mudah memahami sesuatu yg dipelajari serta menjadikan otaknya cerdas belajar.

Penghuraian Hadis Tentang Selawat...


Macam biasa minggu lepas Radio IKIM.FM sentiasa menemani aku bila ku drive. Kdg2 sebak n kdg2 rindu bila dengar ayat2 quran, doa2 dan selawat nabi. Aku terpanggil untuk menulis pasal selawat/sholawah/sholawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Dalam satu ceramah ustaz tu menyatakan bahawa kita berselawat keatas junjungan besar Rasulallah SAW beerti kita mengungkapkan mendoakan ke atas baginda. Kalau tak percaya cubalah kita semak makna disetiap lafaz selawat itu sebab banyak jenis selawat yang kita boleh amalkan. Jenis2 selawat tu nanti saya huraikan di entry lain. Yang jadi perkara pokoknya ialah bila kita berselawat ke atas Rasulallah, beliau adalah kekasih Allah yang telah dijamin syurga buatnya serta telah dikurniakan maqam atau taraf yg tertinggi disi Allah, maka apalah doa kita ini untuk beliau? Jawapan ustaz itu mudah sahaja: Katanya bila kita berselawat untuk Rasulallah bermakna kita berselawat utk diri kita sendiri sebenarnya. Tahu kenapa? Sebab cuba renungkan hadis ini yang menerangkan maksud kelebihan2 di bawah..

Rasulallah SAW telah bersabda “Barang siapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” (Hadis riwayat Muslim)

Penerangannya: Bila kita mendoakan Rasulallah, maka seakan-akan Allah yang mendoakan kita semula. Apakah doa Dia yang Maha Pemakbul Doa hambanya tidak akan memakbulkan doaNya sendiri? Fikir-fikirkanlah...

Antara kelebihan selawat ialah ;

1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)

2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.

10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.

14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.

25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.

30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani.

Antara petikan hadis2 lain..

- Diriwayatkan daripada ‘Abdul bin Mas‘ud RA: Sabda Rasulullah SAW:
“Orang yang lebih utama (dekat) denganku pada hari Qiamat ialah orang yang banyak berselawat kepadaku.” (Dikemukakan oleh al-Tirmizi dengan menilainya Hasan dan Ibn ‘Asim).

- Daripada Anas bin Malik RA: Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali dan menghapuskan sepuluh kesalahannya.” (Riwayat Imam Ahmad).

- Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang sukar menunaikan hajatnya, hendaklah ia memperbanyakkan selawat ke atasku. Sebab ia melapangkan kebimbangan, kedukacitaan, kesusahan, memperbanyakkan rezeki serta menunaikan hajat.” (Menurut al-Sayuti hadis ini adalah Sahih).

- Sabda Rasulullah SAW:  “Sesiapa yang ditimpa suatu kesusahan, hendaklah ia memperbanyakkan selawat ke atasku. Sebab ia menguraikan simpulan dan melapangkan kesukaran.”

Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.

Wallahu a’lam

Jelmaan Kucing dan Orang Kaya - Mistika 19

Jeng jeng jeng terbukalah lagi tirai wayang free aku kali ini dengan cerita dongeng penglipurlara yang manjadi bahan bacaan mengisi masa lapang korang. Mana yang percaya akan percaya dan mana yang tak percaya akan jadi lebih konfius.

Waktu berusaha membantu memulihkan sahabat aku yang kena macam2 gangguan, sahabat baik dia pulak terasa kena ikut. Tergezut aku tgh sedap2 layan binggo kat mukabuku tetiba telefon aku berdering. Aku tgk sahabat baik kepada sahabat aku ni talipon. Aku tanya la dia naper? Opah kau nak bersalin lagi ker? Tapi bukan atok kau dah mati ker? Mcm mana dia leh ngandung lak? So dia nii jawab dari semalam dia terasa ada org ikut dia. Tapi dia tak tau sapa sebab dia tak nampak, dia cuma boleh rasa jer. Mmg la tak nampak sebab yang ikut dia ghaib, kena tgk dgn mata batin or mata hati, then baru leh nampak. Kalau setakat tgk dengan mata ikan masin dia tu manakan nak nampak, sekadar jelingan maut pun takkan dapat tembus dunia tersembunyi di sebalik sana tu. Tgk dengan kepala lutut pun belum tentu leh tembus. So kena ikhlaskan hati, tawakal, mintak (doa) dan beramal baru leh tembus.

Bab2 nengok ni aku paling tak suka terutamanya bila org mintak tolong bila ada barang hilang. Kalau terawang tgk barang Toh Puan Baby tu nak la aku, ni suh tgk brg org lain aku seram sejuk sebab takut apa yg tak patut aku tgk pun tertengok. Dia bukan boleh fast forward mcm korang tgk citer org miskin jepun or siam tu.. Sebab tu kdg2 rijalul ghaib pun tunduk sebab ternampak adegan yg tak sanggup dia nak lihat.. Kalau aku nak tunduk mcm mana, dah mata pejam n tgk dgn mata batin so ko tunduk pun masih gak nampak so layan aje lah.. sebab mata batin bukan mcm mata biasa kita leh tutup ngan tangan mcm yg aku buat kat anak aku bila astro tunjuk adegan mat salleh frech kiss..

Bila aku skodeng jer terpampang jelas jelmaan kucing berkaki dua dengan baju yg ada tutup kepala. Perghhh mcm rappers pun ader kucing ghaib ni. Mmg advance gila org2 dan makhluk di alam ghaib ni daripada alam manusia ni sendiri. Sebelum tu aku dah pernah jumpa kucing2 ni sebab diaorg ikut aku balik masa lepas aku sembelih nyi roro kidul dulu tu. Tapi sebab mcm org tua2 selalu kata 'alim2 kucing' kan.. mcm tu la dia masa aku jumpa first time kucing hitam sebesor manusia pakai baju tutup kepala. ala-ala baik la kononnya.. so aku ada misi baru la nak memburu kucing2 jadian ni.

Bila malamnya lepas solat hajat aku pun teruskan ritual aku memasuki alam ghaib dan scan kat mana la kucing2 jadian ni ada. Setelah dua tiga kali berputar keliling radar aku maka barulah aku detect kucing kecik yang pertama dok bawah pokok manggis. Sebab aku dah wat analisis awal maka aku tak perlu nak berdepan dgn kucing2 jelmaan yang ni. Aku fire n forget jer guna senjata BVR aku iaitu pedang hamzah dengan semarak api surah al-kautsar. Berdebom dan hancus berkecai kucing tu kat bawah pokok manggis dekat dgn rumah sahabat kepada sahabat aku tu. Sambil fire aku scan lagi n ternampak kat tepi pagar kawat kebun sapa ntah. Aku pun yg gian lama tak beraksi pun terbang lah kesitu dengan pedang kalimah pemberian guru aku yg diserikan lagi dengan semarak api surah al-kautsar juga dan terus zasss putus dua badan kucing pagar ni. Aku bagi marmud aku makan jer sebab marmud suka sgt makan jin2 ni.

Selesai yang tu aku utuskan pedang hamzah untuk detect kucing2 yang lain terutamanya kucing besar yang ikut aku balik aritu. Bukan susah pun, dari dua kucing yang kitaorg tenetkan tadi kitaorg cari lagi mana network diaorg. Dah nama pun kumpulan kucing so mesti ada network and ada ayahnda, kanda n abg long bagai. Tetiba pedang hamzah bawak aku ke satu rumah kecik tempat diaorg berkomplot la kut. Rumah kayu kecik ala2 wakaf mcm tu jer cuma ada berdinding jer. Rupanya tu rumah ketua lanun kucing2 gangstar ni. Aku ternampak kucing besar yang ikut aku aritu berjalan atas dua kakinya seakan-akan manusia jugak. Apa lagi perang la sikit sebab pedang fatihah kat jari2 aku ni pun nak juga makan darah2 yang dihalalkan Allah utk kita mengambiknya kan.. So berbekalkan lindungan Allah swt, ayat2 pendinding dari quran dan semaraknya api al-kautsar aku pun settlekan kucing besar ni dalam masa yg singkat jer. So mcm biasa bila benda2 ni aku suka pisah2 kan bahagian badan diaorg di 3 benua berlainan. Aku tanam kepala dia kat Monggolia, badan dia kat India dan kaki kat Afrika. So kalau power sgt ilmu dia nak bercantum ambik masa la dia nak cari semula sebab aku yang mintak rijalul ghaib tanamkan pun tak ingat dah lepas dua tiga bulan kat mana aku tanam. Bukan sedara mara aku pun yg aku nak kena ingat kuburnya kat mana.

Sebab modus operandi penjenayah ni kan kena ada markaz untuk diaorg planning jenayah2 yang diaorg nak buat so aku dan pengiring2 ghaib aku berselindung la dalam rumah tu tunggu geng sejenayah dia dtg. Confirm tak sampai 10 minit dtg lagi sekor kucing yang warna hitam juga mcm yang aku baru bunuh tadi. Dia masuk jer kitaorg serbu terus. Tapi kali ni tak bunuh sebab aku nak tau akar umbi mastermind kes2 jenayah kucing nih. Dah dapat maklumat semua barulah aku bagi chance kat pengiring aku belasah kucing ni sampai aku ingat jadi mcm daging burger ramlee kut. Takper, biorkan dia lepaskan gian dia.

Dari sumber risikan dan soal siasat ( sambil ader adegan2 paksaan dan penyeksaan sikit) kat atas kucing yg kitaorg serbu tadi aku dapatlah maklumat bahawa ada satu kuil yang ada sami besar dan 3 org penolong sami yang mana salah seorang penolong sami ni yg bela kucing2 ni. Orangnya bukan org Malaysia tapi dari selatan negara jiran kita sebab dari slang kucing2 tu bcakap tu pun mcm tuan dia gak. Mesti kentut pun busuk mcm tuan dia kucing2 tu. Maka aku pun dengan rombongan aku tmasuk Pang5 Hitam, Datuk Raden, Pang5 Andi Sumpu Muhammad, Marmud, Abdurrahman n Abdulhanan pun gi la carik kat kuil mana penolong sami ni berada. nama kuil aku terpaksa rahsiakan sebab aku pun tak reti macam mana nak sebut nama kuil tu. Dan berjumpalah kami dengan penolong sami ni.

Datuk Raden mcm biasa lah dia tangkap n soal siasat lak sami ni. Maka malam tu dengan jayanya kami membongkar rahsia selama ni yang terpendam dengan bangganya kami membawa CSI Alam Ghaib menyelesaikan masalah yang tersimpul selama ni. Mamat sami ni punya la nak jadi glamour sebab sami ni cukup glamour apatah lagi kalau pegang jawatan yg tinggi2. So mamat ni dia mcm sumber bantuan kepada kuil dia sebab ketua sami tu ingat dia memang ada bisnes besar sampai boleh support apa saja keperluan kuil tu. Mmg ketua sami tu akui mmg dia senang dgn mamat ni sebab apa saja yg kuil perlukan dia akan tanggung dari segi duit. Rupa2 nya mamat ni bela banyak jelmaan2 kucing ni dan tempatkan kucing2 jelmaan dia kat kebanyakan perumahan org2 kaya sekitar KL. Kucing2 ni daya hiduan dia terhadap duit2 ni cukup kuat. So mana2 org kaya yang simpan duit or bwk duit haram balik kerumah memang diaorg ikut. nak simpan kat bank tak boleh so diaorg tunggu masa jer nak laundering duit tu supaya boleh jadi wang halal. So kalau hilang pun x boleh nak wat repot polis. Kucing2 ni la yg dok pelakoh duit2 USD org2 kaya tu and bagi kat penolong sami tu. Mcm toyol juga modus operandinya tapi big scale punya brand.

Sebab tok guru aku ada so tok sami tu pun respect kat kumpulan aku. Sebab di alam sana tu aku takdelah mcm yg korang nampak aku masa kat alam nyata ni. kat situ aku panglima serigala putih or Khalifah amar yassin. Kat dunia ni aku jadi manusia yang punya nama mcm dalam IC la.

So nak dipendekkan cerita ketua sami tu singkirkan mamat tu dari organisasi dia and buang daerah kelaur dari kuil tu. So Pang5 Hitam jalankan tugasnya dengan memaku mamat tu utk tarik semua ilmu2 dia baik yg putih atau hitam dan aku paksa dia bersumpah laknat dengan Allah yang dia takkan buat kerja2 jahat tu lagi and sedas pukulan serampang tiga kat tulang belakang dia yang buatkan dia lumpuh seumur hayat. Dia pernah dapat nikmat boleh berjalan tapi dia persia-siakan dengan ambik hak org lain so biarlah dia merasa lumpuh lak supaya hak2 org lain terjaga lak.

So sesapa yang dok di persekitaran perumahan mewah tu hati2 la or org2 yg mewah ada rumag besar2 di perumahan mewah di Kl tu kalau nak simpan duit pagar la rumah anda supaya kucing lain tak curi duit anda. Seba yg aku hapuskan tu cuma satu group yg jaga kawasan rumah shabat kepada sahabat aku tu. Yang area lain2 tu aku tak kacau sikit pun.Mungkin kat area korang aktiviti kucing2 jelmaan ni masih bergiat cergas.

Selesai tugas aku pun menerawang balik ke tubuh aku. Selesai ritual keluar alam aku tengok badan aku basah berpeluh. Dalam duduk jer boleh berpeluh kan bawah kipas angin. Dah namanya berperang dan berterbangan mesti la guna tenaga dan berpeluh. Sapa yg tau, taulah. sapa yg tak tau, akan lebih tak tau.

Monday, March 26, 2012

Tribute to Din Beramboi..

Setelah sekian lama Din Beramboi yang selalu memberikan senyum ketika perjalanan aku pergi kerja dulu meninggalkan kita, tergerak aku aku menulis apa yang pernah membunuh selebriti kesukaan aku tu.
 
BANYAK pihak terkejut apabila deejay dan personaliti radio dan televisyen popular, Din Beramboi dilaporkan terpaksa dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Selayang setelah dipercayai dijangkiti kuman kencing tikus baru-baru ini.

Pelbagai teori tiba-tiba muncul apatah lagi Din jatuh sakit beberapa hari selepas dia menjalani penggambaran di Zoo Negara. Bagaimanapun, Din disahkan meninggal dunia akibat demam denggi berdarah.
Jangkitan kuman kencing tikus atau leptospirosis yang jarang berlaku itu dipercayai menular daripada haiwan kepada manusia dan kebiasaannya terjadi secara kebetulan.

Menurut Pakar Perunding Veterinar, Dr. Intan Suriati Abdul Manaf, leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira sp. yang sangat tipis dan berbentuk pilin seperti mata gerudi.

Bakteria Leptospira juga boleh hidup dalam air tawar selama sebulan malah ia juga boleh membiak di air masin.

170 anak

“Banyak haiwan yang boleh menjadi pembawa kepada bakteria Leptospira, tidak kira ia haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, lembu, babi, kuda, anjing dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.

“Bagaimanapun, tikus dikesan sebagai penyebar utama bakteria ini kerana kitaran hidupnya yang suka makan dan tinggal di tempat kotor (menjadi tempat bakteria Leptospira membiak).

“Iklim negara yang lembap menjadi faktor terbaik kepada pembiakan bakteria ini. Malah, pada suhu sederhana ia boleh hidup lebih lama,” katanya.

Tambah Intan, kitaran hidup tikus yang cepat membiak dan sukar dikawal membantu penyebaran bakteria dengan lebih meluas.

“Jangka hayat tikus betina adalah di antara dua dan tiga tahun tetapi ia sudah boleh bunting dan aktif seks hanya dalam tempoh enam minggu.

“Setiap kelahiran, tikus boleh melahirkan lima hingga tujuh ekor anak tikus. Tikus betina boleh bunting sebaik melahirkan anak,” kata Intan.

Secara purata, dalam kitaran hidup seekor tikus betina, ia boleh bunting sehingga 28 kali dan melahirkan sehingga 170 ekor anak.

Tikus gemarkan sampah dan air bertakung seperti di lorong belakang hotel terkemuka, kolong bawah tanah hinggalah ke petak sawah atau kandang kuda. Rumah yang dijaga rapi juga tidak terkecuali daripada menjadi sasaran makhluk perosak tersebut.

“Bakteria Leptospira akan tersebar melalui cecair yang dikeluarkan oleh tikus seperti air kencing, air liur, darah, air mani dan najis.



Rumput

“Malah, tikus betina yang bunting boleh memindahkan bakteria tersebut kepada anak dalam kandungannya.“Bakteria daripada kencing tikus juga boleh tersebar melalui air atau tanah. Menyentuh pokok atau tanah lembap yang tercemar juga boleh memindahkan bakteria kepada manusia.

“Oleh sebab itu, saya mengesyorkan pemakaian sarung tangan sewaktu melakukan kerja-kerja berkebun dan basuh tangan menggunakan antiseptik,” kata Intan.

Menurut beliau, jangkitan terus bakteria Leptospira daripada tubuh tikus jarang dilaporkan sebaliknya terjadi apabila haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing meminum air dari lopak yang sudah dicemari dengan kencing tikus.

“Kebiasaannya kucing yang meminum air dari tempat bertakung yang telah dicemari kencing tikus berisiko tinggi untuk mendapat leptospirosis.
“Pemilik kucing yang membersihkan kucing dan tersentuh dengan kencing, air liur, tisu atau permukaan lembap lain juga akan terdedah kepada jangkitan ini,” ujarnya.

Gerudi

Simptom penyakit hanya akan muncul dalam masa empat hingga 12 hari selepas kuman atau bakteria Leptospira menjangkiti haiwan atau manusia.

“Lazimnya, bakteria ini boleh memasuki badan manusia melalui luka atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung atau mata. Jika kita pegang haiwan yang dijangkiti leptospirosis dan makan tanpa mencuci tangan, bakteria tersebut akan turut memasuki tubuh sebelum memasuki saluran darah.
“Bakteria ini akan menggerudi sel-sel dalam badan termasuk hati dan buah pinggang. Malah, dua organ tersebut adalah lokasi utama pembiakan bakteria ini.

“Akibatnya, sel-sel organ penting haiwan yang diserang bakteria ini akan rosak dan gagal berfungsi manakala pembuluh darah akan pecah sehingga membawa kepada kencing berdarah,” jelas Intan.

Dalam kes serius, leptospirosis boleh menyebabkan kematian. Tahap jangkitan berbeza antara individu atau haiwan mengikut daya ketahanan masing-masing.

“Sukar untuk mengenal pasti jangkitan ini pada peringkat awal kerana simptom yang ditunjukkan sangat umum.

“Pemeriksaan terperinci melibatkan ujian makmal, ujian darah, analisis air kencing dan beberapa ujian lain perlu dilakukan sebelum mengetahui ia berpunca daripada Leptospira,” ujarnya.

Kata Intan, simptom akan menjadi lebih serius apabila penyakit memasuki fasa kedua dan ketiga kerana ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang dan kerosakan hati.

“Apabila dijangkiti, biasanya bakteria Leptospira mengambil masa sekitar 10 hari untuk sampai ke organ penting sebelum menimbulkan gejala.
“Dalam tempoh ini, rawatan sewajarnya perlu diberikan untuk mengelak komplikasi tidak diingini,” kata Intan.

Seperti jangkitan bakteria lain, leptospirosis boleh dirawat dengan mengambil antibiotik seperti penisilin, streptomisin, eritromisin, tetrasiklin dan doksisiklin.

“Kos ujian mengenal pasti bakteria Leptospira tinggi sehingga menyebabkan kebanyakan pemilik haiwan yang dijangkiti kuman itu hanya mengambil rawatan berdasarkan simptom yang ditunjukkan haiwan peliharaan mereka.

“Untuk tujuan itu, antibiotik adalah pilihan utama namun ia tidak akan membunuh bakteria itu sepenuhnya sebaliknya hanya meredakan simptom jangkitan seperti demam panas, muntah, cirit-birit atau demam kuning.
“Malah selepas tiga bulan ia sihat secara klinikalnya, bakteria itu masih ada di tubuhnya,” jelasnya.

Menyingkap Kata-kata Rasulallah SAW..


Sabda Nabi Muhammad SAW: “Tiada solat yang paling berat bagi orang munafik adalah Isyak dan Subuh. Seandainya mereka mengetahui pahala di sebalik solat Isyak dan Subuh dengan berjemaah, tentu mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Ini pernyataan cukup jelas kepada umat Islam supaya mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah. Dilema generasi sekarang mahu bangun mengerjakan solat Subuh di rumah pun amat berat, apatah lagi jika diajak berjemaah di masjid. Rasulullah juga ada mengatakan solat berjemaah bagi solat Subuh dan Isyak diberi ganjaran pahala 27 kali ganda berbanding solat bersendirian. Namun, dalam situasi semasa yang kebanyakan manusia begitu sibuk mencari kemewahan duniawi, kesedaran untuk bersolat secara jemaah semakin hambar.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan Rasulallah dalam sabdanya itu? Mari kita kutip dan kupas sedikit apakah yang dimaksudkan oleh baginda dengan: Seandainya mereka mengetahui pahala di sebalik solat Isyak dan Subuh dengan berjemaah, tentu mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.

Menurut Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-MakkiKetika kita melangkah menuju ke masjid untuk solat berjemaah, seluruh tumbuh-tumbuhan, haiwan-haiwan mendoakan kesejahteraan kita”.

Menurut baginda Rasulallah dalam satu hadis lain:

“Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku”

Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath”
“Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaita”. Seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu dibebaskan daripada api neraka dan dibebaskan dari nifaq (kemunafikan)”
Mari kita jadikan firman Allah ini sebagai motivasi untuk gagah ke masjid bersolat berjemaah. Allah menegaskan: Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat).” (Maksud Surah Al-Isra’ ayat 78).

Inilah perintah Allah kepada kita semua agar sentiasa mematuhi suruhan mendirikan solat dan lihatlah bagaimana Allah mengkhususkan solat Subuh dengan memberikan pujian yang lebih, iaitu solat Subuh itu disaksikan malaikat.

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim).

Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.

Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau 'Subuh gajah', iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: "Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya) ." (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.

Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: "Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya." Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?

Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.".

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga." (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, "Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka." (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah).

Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.