Tuesday, March 27, 2012

Berbagai Amalan dan Jenis Selawat








 Selawat Badawi



 Selawat Tafrijiyyah
Selawat Azimiyyah
 Selawat Badriyyah
 Selawat Adnan

Selawat Ar-Rauf Ar-Rahin


 Selawat Kamilah





Selawat Badriyyah

1. Menyucikan jiwa dan roh.
2. Hati tenang kerana pesakit yang bersaka selalu sahaja menyebut perkataan 'saka', kalau boleh elakkan sebut perkataan 'saka' lagi dan gantikan dengan berselawat.
3. Mendapat pahala
4. Insya Allah mimpi bertemu Nabi jika selalu diamalkan selawat selepas solat fardu dan solat sunat, sebelum dan selepas tidur. Setiap masa berselawat!
5. Menjadikan diri kita insan yang ikhlas, baik budi pekerti dan waraq.
6. Menyedari diri sendiri bahawa mencintai rasul itu suatu kewajipan walaupun wahabi menentangnya.
7. Buktikanlah cinta kamu terhadap Nabi Muhammad saw dengan memperbanyakkan selawat ke atasnya. Insya Allah kesembuhan akan berlaku terhadap pesakit sihir apabila Allah membalasnya dengan ketenangan jiwa dan rohani.

Selawat Munjiyyah

Syeikh Al-Buni dan Imam Jazuli menerangkan bahawa sesiapa yang berhajat baik pun hajat dunia atau hajat akhirat, bacalah selawat ini sebanyak 1000 kali sebaiknya di waktu tengah malam, maka insyaallah akan tertunai hajatnya dengan segera.
Imam Dainuri menerangkan; pada suatu waktu umat Islam ditimpa kesusahan atau penyakit menular atau ada hajat besar untuk di tunaikan maka mereka akan membaca selawat ini.
Selawat Munjiah ini baik juga dibaca setaip lepas sembahyang lima waktu.
Dipetik dari kitab Minhajul Hasanat, daripa Fajr-i-Munir, dtulis oleh Ibn Fakhani (r.a) bahawa terdapat seorang yang soleh dan sering menabdikan diri bernama Musa Darir.
Beliau memberitahu satu peristiwa yang berlaku kepadanya:
“Daku sedang belayar didalam sebuah bahtera yang mula hendak karam. Pada masa yang sama perasaan mengantuk mengusai diriku. Dalam keadaan itu Rasulallah (s.a.w) mengajar aku selawat (selawat munjiah) dan bersadba: ORANG-ORANG DALAM BAHTERA INI HENDAKLAH MEMBACA 1000 KALI.
Baru sehaja selawat ini dibaca sebanyak 300 kali bahtera telah kembali kepada pelayaranya yang biasa.


Selawat Futtuhat

Selawat itu adalah satu amalan atau satu ibadat yang sangat besar pahalanya. Setiap orang mukmin dituntut untuk memperbanyakkan selawat kepada baginda Rasulullah SAW. Antara fadhilat selawat sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis kira-kira bermaksud : barang siapa yang banyak berselawat kepadaku semasa hidupnya, nescaya Allah Taala memerintahkan semua makhluk supaya memohom ampun dan maaf kepadanya selepas matinya’.
Bagi memastikan amalan selawat kita itu sampai kepada maksudnya, hendaklah dijaga 5 syarat :-
1-Suci daripada hadas kecil dan besar.
2-Menghadap qiblat.
3-Berselawat seakan-akan mengadap Rasulullah.
4-Tartil hurufnya.
5-Jangan tergesa-gesa menyebut kalimat-kalimatnya.

Selawat futuhat di bawah ini khusus untuk memohon rezeki, tetapi dengan syarat meninggalkan maksiat, walaupun perkara-perkara makruh. Selawat ini hendaklah dibaca tiap-tiap hari sebanyak 113 kali atau 114 kali.

Selawat Tafrijiyyah
Selawat ini masyhur dengan nama selawat tafrijiah atau nariah. Selawat ini mempunyai tersangat banyak khasiatnya dan mengandungi bermacam-macam fadhilat bagi mereka yang sentiasa mengamalkannya. Kata Imam al-Dainuri, ‘Barang siapa menjadikan selawat ini sebagai wirid berpandukan peraturan-peraturan di bawah ini nescaya dia akan mendapat manfaatnya’:
• Dibaca 11 kali selepas solat fardhu, akan mendapat rezeki yang makmur,
• Dibaca 41 kali selepas solat subuh, akan berhasil segala maksudnya,
• Dibaca 100 kali selepas solat fardhu, berjaya mendapat apa yang dicitanya,
• Dibaca 313 kali pada mana-mana waktu, akan dapat melihat perkara-perkara yang ajaib.
• Dibaca 1000 kali setiap hari, akan terbuka kepadanya segala pintu kebajikan.

Menurut pandangan Imam al-Qurtubi, mereka yang sentiasa membaca selawat ini sebanyak 41 kali atau 100 kali setiap hari, akan hilang segala dukacitanya, dijauhkan dari segala bala bencana, luas rezekinya, kata-katanya didengar orang, selamat dari kepapaan, kasih hati manusia kepadanya dan berhasil apa yang dihajatnya, dengan berkat berkekalan beramal dengan selawat ini dengan hati yang tulus ikhlas dan yakin. Sekiranya kita ada mempunyai hajat yang besar untuk menolak bala dan hajat yang payah-payah, hendaklah dibaca selawat ini sebanyak 4,444 kali di dalam satu majlis, di atas tikar sembahyang dengan mengadap qiblat, insya Allah ditunjukkan oleh Allah Taala apa-apa yang diniatkan itu.

Selawat Syifa
Barang siapa yang sentiasa membaca selawat ini, sama ada diamalkan setiap kali selepas solat fardhu 5 waktu sebanyak 3 kali, atau dijampikan pada orang yang sakit, dibuat air tawar, insya Allah Allah Taala akan mengurniakan kepadanya kesihatan tubuh badan, kelembutan hati, cerah mata, lapang dadanya dan lain-lain lagi.

Selawat Fatih
Selawat Fatih adalah pembuka atau kata lain merungkaikan kepada perkara-perkara yang sulit dalam sesuatu urusan. Begitu juga seperti selawat Syifa' sebagai penyembuh kepada penyakit. Selawat Fatih selalu diamalkan oleh golongan-golongan sufi dan salafus solihin yang hebat-hebat umpamanya Syeikh Abdul Qadir Jailani. Walaubagaimana pun sebagai hambaNya yang serba serbi kurang dalam ibadah digalakkan mengamalkan. 

Memang ada hadis berkenaan bida'ah. Rasulullah S.A.W bersabda bahawa ulama itu pewaris Nabi. Tidaklah menjadi kesalahan kalau nak diamalkan kerana ia masih lagi ibadat dan tidak ada pula isi yang berunsurkan apa-apa yang menentang Al-Quran dan As-Sunnah.

1. Barang siapa membaca selawat ini 11 kali setiap selepas sembahyang 5 waktu, segala dosa2 kecilnya diampuni Allah s.w.t dan tenteram hati dan jiwanya.

2. Barang siapa membacanya 21 kali setiap hari, Allah akan melapangkan rezeki dan selamat keluarga dari kesusahan serta dijauhkan dari azab neraka.

3. Jika dibaca 100 kali setiap hari akan memudahkan seseorang mendapat jodoh.

Selawat Jibril
Fadhilat Selawat 1:
Selawat ini juga dikatakan digunakan oleh Mikail. Maka barangsiapa sentiasa membacanya akan mendapat keutamaan yang besar dari Rasulullah s.a.w dan juga syafaat dari baginda.
Fadhilat Selawat 2:
Menurut imam Sya’rani, selawat ini diajar oleh malaikat Jibril a.s kepada Nabi s.a.w. kemudian beliau mengajarkan kepada Abu Bakar. Barangsiapa membaca selawat ini akan memperolehi penyaksian dan syafaat dari Nabi s.a.w di hari kiamat.

Selawat Sidi/Badawi

Inilah selawat Wali Quthub Sidi Ahmad al-Badawi dan Tok Syaikh Wan 'Ali Kutan al-Kelantani dalam kitabnya "al-Jawharul Mawhub" halaman 29 menulis, antara fadhilat sholawat ini seperti berikut:

Telah menyebut kebanyakan daripada orang yang 'arifin bahawasanya selawat ini mujarrab bagi menunaikan segala hajat dan membukakan bagi segala dukacita dan menolakkan segala bala` dan menghasilkan segala anwar dan asrar. Dibacakan dia tiap-tiap hari 100 kali.
Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani rhm. dalam "Afdhalush Selawat" juga membuat nukilan sebagaimana di atas daripada Sidi Ahmad Zaini Dahlan rhm. dengan sedikit tambahan, iaitu bahkan selawat ini mujarrab untuk segala sesuatu dan bilangan wiridnya 100 kali setiap hari.

Selawat Ibrahimiyyah
Berkata setengah ulama sesiapa membaca selawat ini 1000 kali Insya Allah dia akan bertemu Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam di dalam tidurnya. Dan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sesiapa yang membaca selawat ini nescaya aku saksikan baginya di hari qiamat dengan pengakuan dan aku beri syafaat baginya."
Lafaz selawat ini sebagus-bagus dan selengkap-lengkap dan sempurna-sempurna lafaz ke atas junjungan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Sebab itu selawat ini ditentukan bacaannya di dalam sembahyang.
Fadhilatnya menurut Ahmad As-Shawi, barangsiapa membaca selawat ini akan mendapat syafaat dan pertolongan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam di hari qiamat dan mendapat pahala yang besar kerana selawat ini tergolong sebagai selawat utama.

Selawat Inbu Abbas

Menurut Ibnu Abbas r.a barangsiapa membaca selawat ini 10 kali pada malam jumaat atau siangnya, Allah akan mencatat baginya sejuta pahala dan menghapuskan sejuta kejahatan dan mengangkat sejuta darjat dan memperoleh rahmat dari doa Nabi Ibrahim Kalimullah di hari kiamat. Barangsiapa membaca selawat ini setiap hari akan menyinarkan hatinya serta mudah memahami sesuatu yg dipelajari serta menjadikan otaknya cerdas belajar.

7 comments:

Anonymous said...

tahniah kepada anda kerana mengadakan ruang yang begitu baik untuk tatapan umum....muga segala usaha dirahmati Allah SWT...Amiiiiiiinnnnnnnnnnnnn

Nakhoda Serigala said...

Terima kasih dan semoga ianya sedikit sebanyak memberi manfaat kepada semua.. Amin..

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Nakhoda Serigala said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

tq. moga dpt diamalkan

Anonymous said...

info bagus cuma kenapa latarbelakang gambar haiwan/anjing?ape maknanya?

Nakhoda Serigala said...

Yang anda lihat latarbelakang tu sesungguhnya bukanlah anjing. Itulah serigala putih. Andai ingin tahu lebih lanjut bacalah keseluruhan blog ini dahulu baru anda akan tahu