Macam biasa minggu lepas Radio IKIM.FM sentiasa menemani aku bila ku drive. Kdg2 sebak n kdg2 rindu bila dengar ayat2 quran, doa2 dan selawat nabi. Aku terpanggil untuk menulis pasal selawat/sholawah/sholawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Dalam satu ceramah ustaz tu menyatakan bahawa kita berselawat keatas junjungan besar Rasulallah SAW beerti kita mengungkapkan mendoakan ke atas baginda. Kalau tak percaya cubalah kita semak makna disetiap lafaz selawat itu sebab banyak jenis selawat yang kita boleh amalkan. Jenis2 selawat tu nanti saya huraikan di entry lain. Yang jadi perkara pokoknya ialah bila kita berselawat ke atas Rasulallah, beliau adalah kekasih Allah yang telah dijamin syurga buatnya serta telah dikurniakan maqam atau taraf yg tertinggi disi Allah, maka apalah doa kita ini untuk beliau? Jawapan ustaz itu mudah sahaja: Katanya bila kita berselawat untuk Rasulallah bermakna kita berselawat utk diri kita sendiri sebenarnya. Tahu kenapa? Sebab cuba renungkan hadis ini yang menerangkan maksud kelebihan2 di bawah..
Rasulallah SAW telah bersabda “Barang siapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” (Hadis riwayat Muslim)
Penerangannya: Bila kita mendoakan Rasulallah, maka seakan-akan Allah yang mendoakan kita semula. Apakah doa Dia yang Maha Pemakbul Doa hambanya tidak akan memakbulkan doaNya sendiri? Fikir-fikirkanlah...
Antara kelebihan selawat ialah ;
1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)
2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.
10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.
14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.
25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.
30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani.
Antara petikan hadis2 lain..
- Diriwayatkan daripada ‘Abdul bin Mas‘ud RA: Sabda Rasulullah SAW:
“Orang yang lebih utama (dekat) denganku pada hari Qiamat ialah orang yang banyak berselawat kepadaku.” (Dikemukakan oleh al-Tirmizi dengan menilainya Hasan dan Ibn ‘Asim).
- Daripada Anas bin Malik RA: Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali dan menghapuskan sepuluh kesalahannya.” (Riwayat Imam Ahmad).
- Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang sukar menunaikan hajatnya, hendaklah ia memperbanyakkan selawat ke atasku. Sebab ia melapangkan kebimbangan, kedukacitaan, kesusahan, memperbanyakkan rezeki serta menunaikan hajat.” (Menurut al-Sayuti hadis ini adalah Sahih).
- Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang ditimpa suatu kesusahan, hendaklah ia memperbanyakkan selawat ke atasku. Sebab ia menguraikan simpulan dan melapangkan kesukaran.”
“Orang yang lebih utama (dekat) denganku pada hari Qiamat ialah orang yang banyak berselawat kepadaku.” (Dikemukakan oleh al-Tirmizi dengan menilainya Hasan dan Ibn ‘Asim).
- Daripada Anas bin Malik RA: Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali dan menghapuskan sepuluh kesalahannya.” (Riwayat Imam Ahmad).
- Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang sukar menunaikan hajatnya, hendaklah ia memperbanyakkan selawat ke atasku. Sebab ia melapangkan kebimbangan, kedukacitaan, kesusahan, memperbanyakkan rezeki serta menunaikan hajat.” (Menurut al-Sayuti hadis ini adalah Sahih).
- Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang ditimpa suatu kesusahan, hendaklah ia memperbanyakkan selawat ke atasku. Sebab ia menguraikan simpulan dan melapangkan kesukaran.”
Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.
Wallahu a’lam
1 comment:
maaf saya buta huruf bole tolong terjemah kan kepada jawi tak sholawat Al Fatih & Selawat Burdah ...Sekian Terima kaseh
Post a Comment