Wednesday, March 7, 2012

Lynas dan Kilang Sisa Toksiknya..

Aku tengok sekarang org banyak memperkatakan tentang Lynas, kilang sisa toksik, sisa nuklear and macam2 lagi. Ada yang mengutuk, ada yang mengata, ada yang menyokong dan ada yang membantah. Kalau tanya aku, aku suka melihat sesuatu perkara dari dua sudut pandang (pinjam ayat astro nih). Ye lah kalau nak menilai sesuatu perkara kenalah dipertimbangkan pros and cons nya. 

So firstly kita tengok apa kata Namewee tentang isu ni.


Very creative one this young Malaysians. But on what ground does he says all this, does he have the background of nuclear studies or what? So mcm apa yang aku pernah komen sebelum ni aku suka sgt tengok keberanian dan kesungguhan orang kita menulis but... bila berkarya you must put this in your head. Do not transmit something which you are not sure of. Provide your facts and figures kalau nak mengutarakan sesuatu pendapat. Bukanlah senang kita nak mengutarakan pendapat kita berdasarkan cakap2 kosong atau sekadar mengikut atau mendengar sembang2 org lain tanpa fakta yang kukuh.

Ni satu lagi manusia yang aku tak faham dari fakta makna yang dia nak samakan Lynas dengan tragedi di Bukit Merah. Bukanlah aku pro-Aussie ni tapi aku cuma nak diaorg tau, siapa yang bertanggungjawab pada kejadian yang berlaku kat Bukit Merah tu? Ni baca tulisan mamat or minah ni yang sekolah tinggi and ada ijazah pasal nuklear 12 gulung kut..

Kesedaran aktivisme boleh lahir dari mana-mana ceruk. Selalunya kesedaran untuk beraktivisme ini muncul apabila sensitiviti kita dicuit, atau kepentingan kita didobrak anasir-anasir jahat. Ketika itu akan bangkit semacam satu semangat yang bikin gusar dan kecamuk dalam kepala. Pelan-pelan ia berbisik, “Lawan!”.
Kesedaran aktivisme, bagi saya, lahir dari menonton siri kartun televisyen “Captain Planet”. Siri ini mengisahkan tentang lima anak muda yang diberi cincin oleh dewi bumi. Lima cincin yang setiap satunya mewakili lima unsur berasingan, tanah, api, angin, air dan hati. Ya, kau tak salah baca. Unsur terakhir ialah hati. Cincin itu membolehkan si pemakainya berkomunikasi dengan haiwan. Lima cincin ini apabila digabungkan kuasanya, maka diserulah adiwira bergelar Captain Planet.
Adiwira pembela alam sekitar
Adiwira bertubuh sasa ini mempunyai satu tujuan: Membakulsampahkan sekalian kapitalis yang mahu membuat untung dari alam dan sekalian perosak alam sekitar. Kesedaran dan pencerahan tentang ancaman para kapitalis dan manusia tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar adalah senjata ampuh membangkitkan semangat untuk beraktivisme. Maka suara kecil di dalam kepala mula berbisik, “Lawan!”
Ini ditambah dengan kata-kata semangat daripada mantan Presiden WWF-Malaysia, Allahyarham Tan Sri Khir Johari. Ada satu surat yang saya terima sewaktu sekolah rendah setelah kalah satu pertandingan mewarna yang memujuk supaya terus-terusan bersahabat dengan alam. Dilampirkan bersama surat itu, sekeping pelekat logo WWF.Jadi semangat mempertahankan alam sekitar itu begitu membuak-buak. Jiran yang membakar sampah secara terbuka jadi penjenayah di mata aku. “Lawan!” kata hati kecil.
Nyawa bukan di tangan Lynas
Semalam, Kuantan meriah dengan manusia berpakaian hijau. Bagi yang tidak begitu menyokong, pastilah akan memujuk diri dengan mengatakan hanya beberapa ratus sahaja yang datang. ‘Himpunan Hijau tak dapat sambutan’, katanya. Padahal manusia belasan ribu bilangannya melimpah-limpah. Kuantan meriah dengan demokrasi dan suara rakyat yang melampaui tanda pangkah di kertas undi.Yang berhimpun di Kuantan ini menuntut alam sekitar dipelihara. Menuntut supaya angan-angan kerajaan untuk menyimpan sisa radioaktif di kilang yang bertapak di Gebeng itu dibuangkan sahaja.  Yang berhimpun ini sedar dan tahu tentang apa yang terjadi di Bukit Merah. Kesedaran akan bahaya dan ancaman itu yang memujuk mereka untuk keluar berhimpun dan membantah. Kesedaran itu yang membisik di ceruk hati paling dalam , “Lawan!”
Mari kita merungkai sejarah yang dilupakan, jauh di Bukit Merah sana untuk memahami apa kerisauan rakyat yang tidak boleh sekadar dibendung dengan jaminan keselamatan.
Ada apa di Bukit Merah?
Kejadian di Bukit Merah, Perak tidak sangat diketahui umum. Kerana pertamanya pada ketika kejadian itu berlaku, internet belum jadi medium komunikasi utama. Twitter belum ada. Keduanya kerana penyelesaian diam-diam antara syarikat Mitsubishi Chemical yang bersetuju untuk membetulkan keadaan, walau pun tanpa arahan mahkamah untuk berbuat demikian.Penduduk Bukit Merah, dengan sumber yang ada pada waktu itu berhubung dengan aktivis alam sekitar dari Jepun dan politisi dari sana yang kemudiannya berjaya memujuk syarikat yang tidak mahu menanggung malu itu untuk memberhentikan operasi loji nadir bumi itu pada tahun 1992, dan membelanjakan jutaan dolar untuk membersihkan segala yang tersisa.
Syarikat Mitsubishi Chemical juga berhasil mendapatkan penyelesaian luar mahkamah, dengan memberi sumbangan-sumbangan tertentu, namun tetap mengekalkan pendirian bahawa ia tidak bertanggungjawab atas semua kecacatan dan kesakitan yang menimpa penduduk Bukit Merah ekoran pencemaran radioaktif hasil operasi loji nadir bumi tersebut.Untuk melupus sisa-sisa radioaktif di Bukit Merah, percaya atau tidak, harus dicantas puncak sebuah bukit tiga batu dari tapak asal, dan ditanam sisa-sisa itu di perut bukit tersebut, kemudian dikambus di bawah tanah liat dan granit sedalam 20 kaki.
Itu belum termasuk 80,000 tong sisa radioaktif yang perlu dipindahkan oleh manusia dengan bantuan robot (ya, robot) untuk membancuh sisa-sisa itu dengan ‘gypsum’ dan simen dan dikuburkan sekali di pusara puncak bukit itu. Begitu dramatis sekali pengakhiran sisa radioaktif.Demikianlah laporan New York Times. Ia juga melaporkan tentang makcik Lai Kwan, 69 tahun yang berpindah ke Bukit Merah sekitar tahun 80-an untuk bekerja di loji tersebut. Sudah 29 tahun katanya beliau menjaga anak lelakinya yang lahir dengan kecacatan mental dan fizikal. Sewaktu mengandung, Lai Kwan bekerja di loji tersebut.Beliau dan penduduk lainnya menyalahkan loji nadir bumi itu untuk segala bala yang menimpa mereka. Bagi makcik Lai Kwan, kerja di loji itu adalah peluang untuk mendapatkan duit lebih. Mereka bahkan tidak tahu apa bendanya yang dihasilkan di sana.
Hasil dieksport, najis toksik kekal di Malaysia
Seandainya tiada aral melintang untuk kerajaan, loji nadir bumi di Gebeng akan mula beroperasi sekitar bukan September. Lynas bakal mengimpot bijih nadir bumi dari Mount Weld di Australia untuk diproses di Gebeng. Produk yang terhasil akan diekspot ke luar negara, sementara sisa radioaktifnya akan kekal terbuang di Gebeng.
 Then cuba kita tinjau2 apa pendapat mereka yang ada background nuklear beri pendapat mereka berdasarkan ilmu yang dia org ada. Aku kan jenis suka bertanya dari segenap pandangan masyarakat so ni yang brader ni bagi pendapat:

My background is nuclear physics. Dan aku xde masalah kalau kilang Lynas dibuat dibelakang rumah aku. In term of milisievert (tau ke milisievert tu apa?), Lynas adalah selamat. (belum lagi kita sebut aelb, iaea, kyoto protocol, COC dll yg wajib dipatuhi oleh syarikat tersebut). - The millisievert (mSv) is a measure of the absorption of radiation by the human body. Lebih selamat daripada korang naik kapal terbang dari KL ke New York.Ok aku bg contoh paling mudah utk korang kaji..

Pergi area dengkil atau puchong, cari lombong bijih timah yg masih berfungsi. Dekat area tu mesti ada kilang amang (tahi bijih timah, kotoran pada bijih timah dan lain-lain)..Lynas dan kilang amang ni samalah fungsinya. Cuma skala industri dia je yang berbeza. U can go there and check those kilang, dan interview pekerja dia ada tak yang mati. Ataupun penduduk keliling kilang tu ada tak yang jadi mutant tiga kepala. 

Byproduct drpd kilang amang tempatan ni ialah monazite, tantalum dan zircon. Dan byk lagi unsur2 yg berharga. Setiap unsur ni digunakan untuk barangan elektronik dan elektrik, yg mana malaysia adalah pengeluar terbesar dunia. Bila lynas ini ada di malaysia, supply material barang2 ni mampu menarik banyak lagi syarikat besar dtg melabur ke malaysia, dan orang kita juga dapat kerja dan untungnya.


Orang sibuk tanya, kenapa tak buat kat China atau Australia saja. Ini adalah investment, bila kita ajak orang berniaga kat sini, kita juga perlu pastikan suasana perniagaan adalah kondusif untuk mereka datang melabur. Dan Lynas adalah salah satu. Kalau Lynas bukak kat China, orang melabur la kat China, bagi duit dan pekerjaan kat rakyat China, akhirnya rakyat kita yg lain ni yg tak dpt kerja, yg puak lain pulak tak habis habis gaduh politik.

Produk Lynas adalah penting untuk produk teknologi tinggi dan elektronik termasuklah solar cell. By the time minyak habis kat bumi malaysia ni, kita dah ready untuk teknologi akan datang.Yang aku pelik benda ni dah dipolitikkan. Bila dipolitikkan fakta yang sebenar dikaburkan. Even Ahli Parlimen Pas kat Hulu Langat tu, bekas pensyarah nuklear pun cakap Lynas itu selamat. Yang pentingnya kita cari fakta, berhujah dengan fakta bukannya sentimen
Arisha: Pada aku yang jadi bahaya macam yang jadi kat Bukit Merah tu adalah salah silap org kita juga. Dalam isu Lynas ni aku berpendapat ianya macam dadah juga. Ianya sesuatu yang dihasilkan untuk tujuan asalnya iaitu perubatan. Tapi kalau disalahgunakan maka jadilah ia satu ancaman kepada negara. Pencemaran yang terjadi kat Bukit Merah tu pada aku tak lain dan tak bukan adalah kesalahan rakyat kita sendiri sebab bila dah dapat kerja, tak kerja dengan jujur, ikhlas dan disiplin. Kalau buat ikut prosedur yang betul takkan terjadi benda2 mcm ni. Tapi biasalah typical Malaysian, lebih suka menunding jari ke arah orang lain sebelum kaji kesilapan dan kesalahan diri sendiri. Budaya mencari salah siapa dah tertanam dijiwa mereka lebih dari berusaha mencari akar umbi permasalahan tersebut agar dapat diperbetulkan..

No comments: