Sebab aku rasa rajin sikit maka aku update lagi blog ni dengan cerita temberang penglipurlara untuk mengisi ruang korang dengan siri bacaan bersama makhluk halus ni. Kalau di Indonesia makhluk halus ni dipanggil wongalus atau wonghalus atau dalam BMnya owang halus. Teringin gak aku nak bcerita pasal iblis ni.
Apa kebenda Iblis ni?
Iblis – semoga Allah melaknatnya – adalah dari jenis jin. Tidak pernah sehari pun dia pernah menjadi malaikat, bahkan walau sekejap matapun. Karena Malaikat adalah makluk mulia, tidak pernah berbuat maksiat dan senantiasa mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah. Banyak sekali ayat-ayat suci Al-Qur'an yang menerangkan secara jelas bahwa Iblis adalah dari jenis Jin bukan dari jenis Malaikat.
Di antaranya adalah;
1- firman Allah Ta'ala:
( وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلاَئِكَةِ اسْجُدُوا لآِدَمَ فَسَجَدُوا إِلاَّ إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلاً ) الكهف / 50 .
Dan (ingatlah) ketika Kami (Allah) berfirman kepada para Malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam!! Maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain Aku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim. (QS. Al-Kahfi: 50)
2. Allah telah menjelaskan bahwa jin diciptakan dari api.
Dia berfirman:
"Dan Kami (Allah) ciptakan Jin sebelum (Adam) dari Api yang sangat panas " (QS. Al-Hijr: 27).
Allah juga berfirman:
"Dan Dia menciptakan Jin dari nyala api " (QS, Ar-Rahman: 15)
Dalam hadits shahih dari Aisyah rodhiallahu 'anha, dia berkata: Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam bersabda:
"Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari api dan Adam diciptakan sebagaimana telah dijelaskan kepada kalian (dari tanah)"
(HR. Muslim dalam shahihnya, no. 2996, Ahmad no. 24668, Baihaqi di Sunan Kubro, no. 18207, dan Ibnu Hibban, no. 6155)
Maka di antara sifat Malaikat adalah diciptakan dari cahaya, sementara jin diciptakan dari api. Ayat-ayat Alqur'an telah menjelaskan bahwa Iblis –semoga Allah melaknatnya– diciptakan dari api. Di antaranya terungkap dari jawaban Iblis sendiri ketika Allah bertanya kepadanya sebab pembangkangannya untuk bersujud kepada Adam ketika diperintahkan untuk bersujud kepadanya. Dia (Iblis) berkata:
"Aku lebih baik dari dari dia (Adam), Aku diciptakan dari api sementara dia diciptakan dari tanah" (QS. Al-A'raf: 12)
Dari ayat ini menunjukkan bahwa Iblis adalah dari jenis Jin.
Iblis laknattullah diciptakan dari unsur api dan memiliki berbagai kelebihan serta kekurangan. Di antara kelebihan iblis, dapat menjelma dan menyamar dalam berbagai rupa serta wajah samada manusia mahupun haiwan. Dengan kelebihan itu iblis dapat berubah wajahnya menurut kehendak yang disesuaikan dengan mesejnya dalam menyesatkan manusia di dunia fana ini.
Rasulullah SAW menyebutkan bahawa iblis memiliki paras rupa dan wajah yang sangat buruk, hodoh dan mengerikan. Sehingga apabila manusia melihat iblis dalam bentuk asalnya, nescaya manusia akan jatuh pengsan kerana tidak sanggup menatapnya. Iblis juga berbau busuk yang sangat menusuk hidung disamping memiliki cita-cita keji yang hanya menjerumuskan anak cucu Adam ke lembah nista.
Sementara mengubat rakan aku yang asyik kena sihir maka aku pagarkan juga kediamannya dengan tanah haram atau tanah suci Makkah. Haa ni baru mula citer aku. Tadi baru intro or pengenalan tentang Iblis.
Dek kerana terlalu panas dan bahangnya tanah haram ke atas makhluk2 durjana ni maka terhalanglah laluan iblis ni dek tanah haram yang aku pagarkan tu. Maka marahlah si Iblis ni tadi sebab highway dia kena sekat lak aritu. Walau bukan mak bapak dia yang buat jalan tu tapi aku tak tau la nape dia kata aku sekat jalan dia. Rupa iblis ni masyaallah merah satu badannya, bertanduk, bermuka hodoh, kepala gondol, bercawat (ada gak dia rasa malu dengan berpakaian walau secebis jer). So aku terbayangkan manusia2 yang bergelar artis tu ataupun tidak, mana yang pakai kain ala2 secebis tu maka korang tu saling tak tumpah macam Iblis tau tak dalam cara berpakaian. Bukan aku kata, wooorang kata la.. kekeke
So sebelum pergi kencing aku masih berwuduk so aku pun keluarlah secara batinnya dari atas sejadah aku dan aku anjakkan sikit tanah tu agar tak menghalang laluan makhluk huduh ni. Baunya usah cakap la lagi busuk dari telur tembelang biawak. Then aku tanya iblis tu "macam mana sekarang? adakah masih pagar ini menganggu perjalanan awak?". Dia tengok jalan dia then dia cakap ok dah. So aku pun cakap "Aku minta maaf sebab tak sengaja memblok jalan awak. Kalau dah selesai maka aku mintak diri dulu untuk solat maghrib" Aku tengok iblis tu tgk aku tercengang-cengang.
Aku peduli hapa dia nak cengang ke tak. Aku masuk bilik air dan mengkhado hajat lalu terus ambik wudhuk sebab nak solat maghrib. Bila berdiri atas sejadah ni aku tgk iblis ni ada lagi. Terus dia cakap ada hal yang dia nak cakap dengan aku. Aku kata aku ada urusan dengan allah dulu kemudian bila selesai baru aku lakukan urusan dengan dia. Maka berdiri la iblis ni kat tepi jalan kat kawasan rumah sahabat aku tu.
Lepas selesai mengkhatamkan diri, baca ayat amalan aku lepas solat n doa aku pun gi la jumpa balik dengan iblis tu dari atas sejadah aku. Aku panggil dia ajak duduk atas jalan raya tempat dia berdiri tu. Tapi awal2 aku dah sediakan benteng antara aku dengan dia sebab aku kan panglima perang so aku kena standby in case iblis ni ajak aku bertarung ke. Memang aku suka sampai serigala putih aku teruja sgt nak merasa makan iblis ni. Memang iblis takutkan serigala sebab serigala suka sgt makan iblis dari dulu lagi. Aku tanya la apa hajat dia nak sgt2 jumpa n berbincang dgn aku? Tiba2 aku dgr bunyi handphone aku berdering. Dari ringtone pun aku tau Toh Puan Baby aku yang call. Aku biarkan n teruskan berdialog dgn Iblis ni.
Dia cakap "Wahai saudara (yg ni aku tak setuju sebab bila masa dia jadi kazen aku, aku bukan keturunan iblis pun), sesungguhnya aku tersentuh bila melihat keperibadian saudara. Sikap merendah diri saudara aku kagumi. Saudara meminta maaf dari aku walaupun saudara tak perlu berbuat demikian. Maka aku juga kagum dengan Islam. Maka aku minta saudara islamkanlah aku". Terkejut beruk aku dengar. Bukan senang iblis nak lembut hati oooo. Dalam hirarki kejinnan diaorg yg paling low class is al-hin, ia umpama anjing2 belaan jin. Jin adalah askar2 kerahan syaitan, manakala syaitan adalah pembesar2 iblis manakala iblis adalah pembesar2 kepada AZAZIL, bapak segala setan. So aku pun tarbiah la si iblis ni serba sedikit tentang Islam dan keagungannnya, janji2 allah dan amalan dlm islam. Bila dia dah faham aku maklumkan dia bahawa islam dimulai dengan kalimah shahadah. Maka dengan itu jgnlah para pembaca semua malas ingin mengucap kalimah syahadah sebab kata ulama orang yang paling miskin di akhirat adalah org yang berat/malas mengucapkan syahadah dan org yg paling kaya ialah org yang rajin berselawat.
Jadi aku ajarkan kalimah indah syahadah itu pada iblis berbadan merah tersebut maka selepas dia ucapkan kalimah itu maka islamlah dia. Tapi aku terpikir lak kalau org tgk dia dlm keadaan mcm tu mati keras org tergelak kalau dia ckp dia islam. maka aku dengan rasa rendah dirinya aku bermohon dan berdoa pada allah agar diberikan wajah dan rupa bentuk keislaman pada makhluk merah dia tu supaya tak mendatangkan aib dan salah sangka org pada dia. Maka didatangkanlah allah taala wajah org arab pada makhluk ni dengan rambut dan sedikit janggut dan berpakaian jubah putih serta serban. Hensem jugak iblis ni jadinya. Tapi jgn la korang mintak aku doa utk korang lak yg muka pecah rumah supaya hensem mcm iblis ni. Bukan doa aku yang mujarab ok tapi kehendak allah mengabulkan sebab rasa cinta dan kasih syg dia kepada makhluknya itu. Lalu aku berikan nama Abduh Wahid sebagai nama islamnya.
Setelah itu aku pohonkan lagi untuknya sehelai sejadah ghaib utk dia beribadah, dan senaskah quran untuk dia menghabiskan masa lapang dia membaca novel karya Allah swt dan mendalaminya serta sebotol haruman kasturi hitam buat penghilang bau bachinnya yg dari kecik mcm tu. Maka aku pun mintakla rijalul ghaib tarikkan segala ilmu jahat dan hitam yg ada padanya dan tinggalkan semua ilmu putih dan ilmu self defence dia. Sebab aku dah tugaskan dia jaga kawasan rumah sahabat aku dari gangguan anasir2 mcm dia sebelum islam. Maklumlah keliling rumah dia hutan tebal je aku tengok. Dan aku tak bertuankan dia tu yg paling penting. Jenuh aku nak beri dia mkn klu aku bela dia. Biar dia cari mkn sendiri sambil mengisi masa lapang dia, dia boleh jadi guard kat area tu.
Maka aku pun selesai n mintak diri n tgk ada beberapa miss cal dari Toh Puan Baby. Bila aku call semula n bgtau urusan aku baru lah dia faham. Kalau tak, mau tak muat lori 3 ton dia punya marah kat aku. Bukan aku takut bini ok, bini yang tak takut kat aku. So nanti aku citerkan lagi kisah aku merawat sahabat aku ni n pertempuran2 aku yang lain. Penat dah jari aku mengetik keyboard ni. tata titi tutu.
No comments:
Post a Comment