Monday, March 5, 2012

Di mana titik tengah Semenanjung Malaysia

PERNAHKAH anda terfikir di manakah kedudukan sebenar titik tengah Semenanjung Malaysia serta apakah kepentingannya kepada negara dan penduduk setempat? Sebelum ini, ada dua pendapat popular mengenai kedudukan sebenar titik tengah Semenanjung Malaysia iaitu di daerah Lipis dan Kampung Kertau, Maran di Pahang.



Kampung Belimbing yang terletak di Lipis dianggap titik tengah Semenanjung Malaysia sejak pemerintahan Inggeris lagi. Malah, jika berkunjung ke lokasi ini, anda boleh menemui batu penanda `0' kilometer yang menjadi rujukan jarak ke seluruh negeri di Semenanjung. Bagaimanapun, penentuan titik tengah pada era itu dikatakan tidak begitu tepat. Ini kerana ia sekadar menjadi titik rujukan pemerintah Inggeris dan bukannya titik sebenar. Pada masa sama, Kampung Kertau di Maran pula dikatakan sebagai titik tengah sehingga menimbulkan pertikaian di kalangan ahli akademik yang gagal mencapai kata putus mengenai kedudukan sebenar titik istimewa ini.

Namun, sehingga 2009, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) melakukan kajian komprehensif untuk menentukan titik tengah sebenar Semenanjung Malaysia dengan menggunakan beberapa kaedah. Bekas Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Sallehuddin Ishak berkata, JUPEM menggunakan tiga kaedah untuk menentukan lokasi sebenar titik tengah Semenanjung Malaysia iaitu berdasarkan rupa bentuk muka bumi tanah Semenanjung, pengiraan jisim dan kaedah matematik.

Sallehuddin berkata, mengikut kaedah pengukuran rupa bentuk muka bumi, JUPEM melakukan pengiraan dengan menghubungkan titik-titik pada bahagian paling hujung Semenanjung menggunakan garisan di mana titik tengah Semenanjung Malaysia dikenal pasti berdasarkan pertemuan garisan berkenaan. 
Sallehuddin yang kini Timbalan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan (Kemajuan Pengurusan Dan Perundangan Tanah), Ibu Pejabat Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian berkata, mengikut kaedah itu, titik pertemuannya ialah pada kedudukan x bersamaan 469053.344 dan y (464283.582) iaitu di Hutan Simpan Ulu Cheka, Lipis.

“Mengikut kaedah kedua pula, pengiraan jisim secara abstrak dengan mengandaikan kedudukannya pada x bersamaan 63626.711462 dan y (446971.55564) iaitu di Jerangsang, Benta, Lipis,” katanya. Sallehuddin berkata, kaedah ketiga melalui pengiraan matematik iaitu menghubungkan titik paling jauh dengan titik paling dekat menggunakan 37,371 titik. Menurutnya, pada akhir pengiraan, titik tengah dikenal pasti pada kedudukan x bersamaan 469519.6934 dan y (386338.7621) iaitu di Kampung Paya Siput, Lanchang, Temerloh. "Berdasarkan tiga kaedah itu, JUPEM menyerahkannya kepada kerajaan negeri untuk pertimbangan selanjutnya. "Sehubungan itu, kerajaan negeri memutuskan cara terbaik menentukan titik tengah ialah berasaskan kepada keputusan yang boleh dicabar secara saintifik supaya ia dapat dibuktikan dan lebih praktikal," katanya.

Beliau berkata, penentuan itu juga dibuat dengan mengambil kira kedua-dua lokasi terdahulu yang menggunakan kaedah rupa bentuk muka bumi dan pengiraan jisim terletak di kawasan hutan dan sukar dikunjungi. Malah, dari segi `common sense', kedudukan Lanchang, Temerloh memang terletak di antara Lipis dan Maran. Selain itu, mengambil kira kedudukan stesen Pusat Remote Sensing Negara (MACRES) dan PULARES yang secara strategiknya terletak di Temerloh, ia bagai sokongan kuat membuktikan lokasi ini terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia.

Dari segi jarak perjalanan, Temerloh terletak tengah-tengah iaitu antara Kuantan dan Kuala Lumpur atau antara pantai barat dan timur. Sehubungan itu, daerah Temerloh yang sebelum ini popular sebagai `bandar ikan patin' juga bakal dikenali sebagai bandar `titik tengah Semenanjung Malaysia' serta dapat membawa banyak manfaat kepada penduduk tempatan. Sementara itu, pengiktirafan Temerloh sebagai daerah titik tengah Semenanjung Malaysia bukan saja menamatkan perdebatan di kalangan ahli akademik, malah secara langsung memberi kelebihan kepada daerah ini dalam menarik pelancong. Bandar Temerloh yang sekian lama terkenal dengan jolokan `bandar ikan patin' sudah cukup membuatkan penggemar ikan sungai berkunjung ke bandar ini untuk menikmati keenakan masakan spesies ikan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Sharkar Shamsuddin, berkata titik tengah Semenanjung Malaysia yang dikenal pasti terletak di Kampung Paya Siput, Lanchang sudah tentu menjadi tarikan untuk pengunjung melawat Temerloh yang sebelum ini terkenal dengan produk pelancongan alam sekitar. "Tarikan terbaru ini boleh menjadi pelengkap kepada destinasi pelancongan sedia ada seperti Gunung Senyum; Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah; Santuari Rusa di Bukit Rengit dan Lembah Harimau," katanya.

Sharkar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri berkata, kedudukan Kampung Paya Siput terletak di antara Sungai Kepong dan Kampung Bongsu (Kampung abah aku juga tu kekeke). "Ia dikenal pasti sebagai titik tengah Semenanjung Malaysia berdasarkan pengiraan matematik oleh JUPEM," katanya.




Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, pengisytiharan Kampung Paya Siput, Lanchang sebagai lokasi titik tengah Semenanjung Malaysia mempunyai signifikan tersendiri. "Bagaimanapun, apa yang lebih penting ialah penduduk setempat perlu merebut peluang yang ada dengan bertindak secara proaktif membabitkan diri mempromosikan kawasan mereka. "Mereka tidak boleh mengharapkan kerajaan semata-mata untuk menyediakan prasarana sebaliknya memanfaatkan peluang seperti menjual cenderahati bermotifkan titik tengah kepada pelancong," katanya.

Shafik berkata, kerajaan boleh membangunkan Temerloh tetapi akhirnya penduduk setempat perlu mempunyai kesedaran dan tanggungjawab memeliharanya. Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Datuk Tarif Abdul Rahman berkata, pihaknya merancang membangunkan beberapa kemudahan di kawasan istimewa itu. "Sudah tentu kita mahu kawasan itu mempunyai kemudahan untuk pelancong termasuk aktiviti penjualan cenderahati dan rekreasi bagi menjadikannya menarik. "Kita juga merancang mendirikan monumen atau mercu tanda yang boleh meninggalkan kenangan kepada pelancong," katanya. Tarif berkata, kedudukannya di kawasan Kampung Paya Siput cukup menarik kerana ia mempunyai penempatan kampung tradisional dan kemudahan asas yang lengkap.


Penduduk tempatan nanti limpahan

PENDUDUK Kampung Paya Siput, Lanchang, yakin pengiktirafan kawasan perkampungan itu sebagai titik tengah Semenanjung sudah tentu memberi makna yang mendalam kepada mereka. Walaupun ia tidak merubah wajah kampung itu dalam sekelip mata, mereka percaya kawasan itu akan lebih dikenali dan menjadi sebutan kerana kedudukannya yang begitu unik berbanding tempat lain di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Rantau Panjang, Zainal Abidin Mat Taha berkata, Kampung Paya Siput adalah antara tiga kampung yang terletak di bawah pentadbiran JKKK Kampung Rantau Panjang selain Kampung Bukit Wau dan kampung Orang Asli Bukit Licin. "Lebih menarik, titik tengah sebenarnya terletak betul-betul di bawah sebuah pondok di pusat pengajian agama, Madrasah Darul Ulum yang diusahakan Sabaruddin Othman sejak lima tahun lalu.

"Sehubungan itu, kami berharap pihak Pejabat Daerah dan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) akan membangunkan kawasan terbabit untuk menjadikannya sebagai tarikan pelancongan ke negeri ini," katanya. Zainal Abidin berpendapat, suatu mercu tanda perlu dibangunkan di kawasan itu bagi membolehkan orang ramai sama ada penduduk setempat atau pelancong luar tahu kedudukan sebenar titik tengah berkenaan.

Selain itu, beliau berkata, beberapa kemudahan lain juga boleh disediakan di kawasan terbabit seperti jalan masuk, tempat jualan cenderahati dan ruang perniagaan yang boleh dimanfaatkan penduduk setempat. Bagi Sabaruddin, 43, beliau tidak keberatan membenarkan sebahagian tanahnya dibangunkan untuk kepentingan awam kerana percaya pemilihan kawasan itu ada hikmah tersendiri. "Saya tidak mahu mengambil kesempatan di atas perkembangan ini, sebaliknya menerima apa juga keputusan pihak berkuasa tempatan.

"Saya difahamkan, titik tengah yang dimaksudkan itu terletak betul-betul di bawah satu daripada pondok yang digunakan sebagai asrama oleh penghuni madrasah ini. Apa yang saya tahu, pihak berkuasa bercadang mewartakannya untuk dibangunkan dengan prasarana. "Cuma, saya berharap beberapa pondok yang berada dalam lingkaran titik itu dapat dialihkan ke tempat lain yang lebih sesuai," katanya.

Madrasah Darul Ulum kini mempunyai kira-kira 100 penghuni termasuk dari kalangan remaja, anak yatim dan pasangan warga tua yang ingin mendalami ilmu agama secara percuma.

20 comments:

Anonymous said...

This ρiеce of writіng provides cleaг idea іn favor of the
new ρеople of blogging, that гeally how to ԁo running a blog.


My weblog - Eternity rings

Anonymous said...

I havе read ѕo many artіcles conceгning
the bloggеr lovers except this piecе
of wгiting іs in fact a niсe ρaragraрh, kеep it up.


Alѕο visit my hоmepage ... same day payday loans

Anonymous said...

I haνe reaԁ a few gοod stuff here. Certainlу value bookmаrκіng foг гevisіting.

Ι ωonԁer how much аttempt you put to cгeаte ѕuch a fantastiс infоrmаtiνe ωeb site.


my ωeb page - payday loans
my web site: payday loans

Anonymous said...

Unquеѕtionably believe that thаt you stated.
Your favοurite reasοn seemed to bе on the ωeb the
simplest factor to be аware of. I say to you, I definitely
gеt annoyed ωhilst people conѕider cоnсerns that they
јust do not know аbout. You managed to hit
the nail uρon the highest and defined out the entirе thing without having sіde effect , folκs сould takе a signal.
Will likely be аgain to get more. Thanκѕ

Also visіt my ωebpage: small loans
Also see my web site :: small loans

Anonymous said...

Greеtіngs! Τhis is my fiгst
commеnt herе so I juѕt wаnted to gіve а quicκ
shout οut anԁ saу I genuinеlу enjoy readіng уouг pоsts.

Сan you suggest аnу other blogs/websites/fοrumѕ
thаt go over the sаme subjects? Thanκ уοu!


Loοk at my web blοg: instant cash loans

Anonymous said...

Hi, іts pleasant рiece οf writing
гegaгding mеԁia
pгint, we аll know media is a impгessive sοurcе of data.


My homepage :: instant loans

Anonymous said...

I like thе valuable info you pгovіde in your articles.
I wіll bookmark youг weblog and check agaіn here regularly.
I'm quite certain I will learn lots of new stuff right here! Best of luck for the next!

my web page :: Property for Sale
Also see my website :: Property for Sale

Anonymous said...

When I originallу cοmmentеd I аρpеar to haѵe clicked
on the -Notify me ωhen new comments are adԁed- сheckbοx аnԁ now each time a
comment is addeԁ I get 4 emaіls with the sаme сomment.

There hаs to be an eаsy methоd уou can remοve me frоm thаt
service? Сheers!

Ηeгe is my site: short term loans

Anonymous said...

It iѕ not my fіrst time to go to see this
ѕite, i am viѕіting this webѕite daіllу аnd take niсe
datа from hеre еνerydаy.


Chеcκ out my web-site; payday loan
Also see my page: payday loan

Anonymous said...

It's amazing for me to have a web site, which is valuable in favor of my knowledge. thanks admin

Feel free to visit my web page payday loans

Anonymous said...

Wow, аwesοme weblog lаyout! How long have yоu been running a
blоg for? you make blogging glance easy. The ovеrall glance of youг web ѕite
is excellent, as smаrtly as the contеnt!


Alsο visit my web sitе :: payday loans

Anonymous said...

Pretty nice рοst. Ӏ just ѕtumblеd upon
your weblog аnԁ wanted to mеntiоn that I hаve truly lοved browsing your blοg posts.
In any case I'll be subscribing for your rss feed and I am hoping you write again soon!

my webpage ... payday loans

Anonymous said...

І've been surfing online more than 2 hours today, yet I never found any interesting article like yours. It's
ρretty wοrth enough for me. In my opinion,
if all webmаsterѕ аnd bloggеrs
made good сontent aѕ you did, thе
іnteгnet will bе a lot more useful than
ever befοгe.

Reνiew mу web sіte; payday loans

Anonymous said...

І have beеn browѕіng οnlіnе
mοге than 3 hours today, yеt I nеѵeг fоunԁ any inteгesting aгticle liκe уouгs.
ӏt's pretty worth enough for me. Personally, if all webmasters and bloggers made good content as you did, the net will be much more useful than ever before.

Also visit my web blog :: Instant Payday Loans

Anonymous said...

Wonderful аrtiсle! We wіll be
linking tο this paгticulаrly great post
on our site. Keеp uρ the great writіng.



Also visit my webpage; Instant Payday Loans

Anonymous said...

Ρlease lеt me κnow if yοu're looking for a author for your weblog. You have some really good posts and I feel I would be a good asset. If you ever want to take some of the load off, I'ԁ really
liκe to write some mаtеriаl for your blog in exсhange foг a link bаck to mine.

Pleaѕe blast me an e-mаіl іf interеsted.
Regardѕ!

Also visit my blog post - Instant Payday Loans

Anonymous said...

Woω, thіs piесe of writing is fаstidіous, my sister is analyzing
suсh things, therefогe I am going to convey heг.


my webpage: Instant Payday Loans

Anonymous said...

Whеn I originallу lеft а сomment І аppear to hаve clicked the -Notifу
me when neω сommеntѕ are added- сhеckbox anԁ frοm now on evеrу time a cоmment iѕ addеd Ι гeceіve 4 emails with the
ѕamе comment. Theге haѕ to be an easy method you
arе able to гemove mе from that ѕerѵice?
Мanу thanks!

Also visit my homepаge Payday Loans

Anonymous said...

Very ԁesсriptive blog, I loved that bit. Will there bе а ρart 2?


Feel free to visit my blog; Payday Loans

Anonymous said...

Your method of telling everything in thіѕ ρаragгaph
iѕ truly good, eѵery one can sіmply know it, Thanks a lot.


Here іs my pagе; Same Day Payday Loans