Thursday, March 1, 2012

Bermusuh dengan Iblis yang mengaku sebagai Nyi Roro Kidul - Mistika 16

Kali ini aku nak bercerita temberang tahap gaban sikit la dengan korang tentang pengalaman aku bermusuhan dengan iblis yang mengaku sebagai Nyo Roro Kidul. Kisah ni tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Ni sekadar nak mengisi masa lapang korang membaca siri bercakap dengan jin versi aku sendiri. Entah betul dia Nyi Roro Kidul atau tak aku tak tau pun sebab aku bukan kenal pun si Nyi Roro Kidul tu. Bukan aku pernah jumpa dia pun. Org2 Indonesia yg ngaku pernah jumpa dia ckp dia cantik tapi ada haku kesah ker? Bini den lagi gobu n mantop dari dio.

Menurut guru aku iblis ni kehidupannya air, permainannya lumpur n kematiannya tanah. Jenuh 7 hari 7 malam aku nak kupas apa maksud guru aku tu. Biasalah namanya lagi guru maka ayat2 nya kalah syair bangsawan zaman dulu2 sebab berbunga dan makna yang penuh tanda tanya yang perlu ditafsir oleh Roh Islam yang ada pada aku dengan setepat-tepatnya.Kalau salah tafsir hancus..

Maka sedikit demi sedikit pertempuran yang berlaku antara aku dengan iblis ni dan konco-konconya berlarutan berbulan-bulan lamanya. Sebabnya iblis ni berasal dari manusia yang belajar ilmu hitam hingga separuh dari dirinya adalah iblis. So tergamak ke korang nak membunuh sesama manusia? Tu yg aku dok delay tak hapuskan terus dia. Tp pikir2 balik dia dah jadi iblis tu makanya jadi musuh anak2 adam lah tu. dah berapa orang yang dia tunggang terbalikkan aku pun x tau.

Jadi si iblis ni menumpang lah sekali sekala kat badan anak kawan aku (bukan sahabat yo kawan jer) sebab tak payah bayar sewa sebab sekali sekala. Kalau dok terus kena bayar sewa lak kat bapak dia. Org masuk jamban pun nak kena byr duit air. So malam terakhir bila dia asyik ganggu kerja aku n bapak dia maka aku dapat petunjuk supaya pagarkan keluarga yang dia ganggu ni dengan Tanah Haram yakni tanah mekah yang berupa butiran pasir. So aku mintak Rijalul Ghaib ambilkan aku sebekas tanah haram dan aku pagarkanlah semua ahli keluarga yang diganggunya dengan tanah haram ni.

Malam esoknya bila aku dan rakan2 sejenayah aku buat kerja si minah ni sengaja aku biarkan ada sekali sebab aku tau iblis ni takkan pernah serik. Kerja tu aku saja buat untuk tarik dia jer. Sebab masa pagarkan tu aku dah sumpah kat Iblis tu kalau dia langgar pagar tu aku akan bunuh dia tak kira la siapa dia sekali pun. Kalau dia mak sedara belah bini tok ketua kampung aku pun aku tak peduli la. Apatah lagi kalau dia sepupu sebelah ayah ketua wanita or puteri parti mana2 pun. Aku bukannya org politik yg nak ambik pot semua benda2 tu. Sebab pada aku semua org sama jer cuma kat padang mahsyar je nanti jadi lain2. Kentut busuk gak walau setinggi mana jawatan ko kalau makan telor sampai 5-6 biji sekali.

So lepas wat keje kitaorg minah ni dah tersengih2 sebab tau projek kitaorg tak jadi. Aku bangun n kemas tempat kitaorg bersemayam n aku isap rokok gudang garam aku dgn penuh nikmat. Sambil tu aku pesan kat guru aku keluarkan jantung iblis tu yang aku simpan kat dia masa first time aku rodok ngan pedang hamzah aku. Guru aku pun bwk kluar belanga tembikar yang dia tutup dengan kain kuning. Selama ni tu yg dia cari sebab aku dah bawak lari. Tapi nak berjumpa dgn guru aku dia segan sebab takut kena tarbiah kut.

Aku ambil belen2 tanah haram tu dan aku taburkan kat jantung iblis tu. Sebab aku tgk mula dia dok relax jer kat atas kerusi kat rumah member aku. Tak sampai 2 minit dia dah menjerit sebab kepanasan jantung dia rasa kebakaran sebab bergelumang dengan tanah suci itu. Maka kawan aku ni tangkap anaknya dan kunci tangan anaknya dengan tangan dia n kalimah fatihah. Kawan aku bila dah ready dia bagi isyarat kat aku untuk aku menyempurnakan korban.. hehehe syok syok...

Aku sempurnakan dulu doa mohon keizinan dan bantuan Allah swt untuk mempermudahkan urusanku dan memulangkan segala hakNya kembali kepadaNya dan kembalikan yang haq kepada yang hak. Aku kuncikan dengan syahadah n tumit kiri aku iblis tu dan bila duduk aku kuncikan pula pergerakannya dengan shahadah dan tumit kanan aku. Sebabnya kalau nak buka kunci kena pakai kunci yang sama kan. So mati hidup balik pun iblis takkan nak mengaku Nabi Muhammad tu lagi mulia dari dia. Mudah kan, dengan jari pun boleh.. Lagipun kalau aku tak kunci kakinya maka akan luruh lah buah-buahan aku yang dah masak ranum semenjak aku kecil tu sebab aku duduk betul2 depan kaki dia.

Aku tarik benda2 jahanam yg dia tanam dalam badan minah ni. Bukan aku tak pernah keluarkan tapi iblis ni dapat subsidi untuk tanam semula kut. Maka aku mohonlah kepada Yang Maha Pembuka untuk membukakan ruang untuk aku keluarkan hasil tuaian iblis tu dan kemudian aku mohon Yang Maha Penutup untuk menutupkan semula setelah tuaian selesai. Lepas tarik tu aku bakar semua jin2 bulat yang keluar sebab takde keje aku nak timang2 lak diaorg. Nak aku bagi makan kat serigala aku dia dah kenyang. Then dah selesai upacara tarik aku bagi renjatan 5000 volt sekali kat iblis ni menerusi tapak kaki dia and aku cucukkan pedang hamzah untuk menyedut mana2 serpihan yang tinggal. Menjerit bagai nak rak dia bila pedang hamzah masuk dalam kaki. Kalau korang nak tengok mcm mana besar n panjangnya pedang hamzah tu korang gi la kat pameran sejarah islam yang ada mempamerkan pedang saidina hamzah. Tengok pun korang dah terasa tak lalu nak angkatnya. Selingan jer tu. Then aku azankan kat iblis tu. Dia ingat aku azan sebab dah nak masuk waktu kut. Tgh2 malam nak masuk waktu apa lagi kan. Tapi aku azan nak bgtau dia yang waktu dia nak pergi tu dah nak dekat sgt dah. tapi sebab bangang tahap cipan punya pasal dia x mengerti kut. Mungkin sebab mcm kata Malique maffkan mereka, mereka tidak tau, mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu. Nasib ko la labu...

Lepas tu aku pun cari sejadah kat mana kawan aku letak pun tak tau. Aku nak cepat tak jumpa lak. Aku nampak selendang yang terdampar kat atas rak buku. Tu lagi buat aku heran. Beli selendang harga puluh2 tapi dok terjelepok kat tepi buku bukan nak tutup kepala yang togel. Kalau kepala tu lawa takpe gak, ni kaler mcm2 ada nak tunjuk2 kat org. Eiii geli aku. Apa aku peduli aku rembat jer tudung tu n aku tutup muka sampai ke elher minah tu. Persediaan upacara korban. First time aku nak menyembelih manusia bertubuhkan iblis ni. Lalu aku qamat menandakan waktu dah sampai. Si iblis ni punya la ketegaq tak mengerti juga waktu dia mengadap ilahi dah sampai still nak membebel mcm, bwk ngucap lagi bagus, ini tidak dok menyumpah org sana sini. Aku pun asahlah pedang hamzah aku sampai berkilat n tarik tiga kali, putus.

Yang aku heran dok bercakap lagi iblis ni, walau dengan suara yang tak berapa aku nak faham sebab dah putus urat halkumnya. Baru aku teringat yang aku dok kunci segala tak bukak lagi mcm mana rohnya nak lepas pergi. Aku pun bukak kunci iblis tu terus senyap minah tu. Aku ambik air paip aku sapu kat muka minah tu dan aku hembus ubun2 dia biar tertutup pintu masuk jin, iblis dan syaitan ke badan yang jadi hak Allah tu. Aku masukkanlah kalimah suci allah kedalam badan dia agar takde lagi gangguan dari makhluk lain sebab bila dah start sekor bersarang, yang lain pun akan tertarik untuk menumpang sama.

Then aku lepaskan kunci kaki minah ni barulah dia bersuara n nangis peluk bapak dia dengan sedu sedan yang tiba2 mendatangkan sayu kat hati kalbu aku. Kemudian pengiring aku bagitau dia nak selesaikan kerja dan janji dia pada aku sebab sehari sebelum tu dia dah ready 7 paku untuk iblis tu custom made khas utk dia jer. Bila aku skodeng jer ya allah aku tgk ganasnya pengiring aku bila tubuh dan roh lemah yg dipaku ke atas satu papan kemudian direntap tubuh tu keluar. Then aku mengadap guru aku dan mintak mahap sebab terpaksa membunuh. Guru aku kata tak mengapa sebab aku membunuh bukan suka2 mcm israel tu. So dia suh aku mintak ampun ngan allah jer. Then guru aku mintak diri sebab dia nak sempurnakan jasad yang dah tak ada jiwa n raga tu. Dia semadikan dengan aman iblis yg separuh manusia tu.

Bila aku mintak diri nak balik guru aku tiba2 dok sebelah aku dalam kete n ckp tu la ujian final untuk degree aku. Perghhh dashat nyer ujian. Then satu demi satu debrief guru aku wat sampai aku rasa nak jadi gila dengar.

Dengan cara yang sama ada seekor iblis lagi mintak diislamkan. tapi aku cerita nanti k..

No comments: