Monday, March 18, 2013

Di..mana.. kan ku cari Allah....



Semasa Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di gua Thaur, dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka… Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, “jangan takut, Allah bersama kita.” Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya.

Sewaktu Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, “siapa akan menyelamatkan kamu daripada ku?” Rasulullah saw dengan yakin menjawab, “Allah.” Mendengar jawapan itu gementarlah Da’thur  dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda.

Diceritakan bahawa suatu ketika khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir. “Boleh kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” tanyanya kepada budak tersebut. “Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.” “Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuan mu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuan mu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji. “Kalau begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah.

Begitu juga dengan seorang sahabat yang mengajukan soalan tersebut kepada saya.. Saya suka bersembang dengan sahabat ini di dalam FB sebab soalan2 nya byk mencuit minda saya untuk berfikir kerana dialah yg banyak menjadi sumber inspirasi utk menulis hatta memberikan byk idea untuk saya bersiap sedia menghadapi soalan dari anak2 murid saya yg brutal tahap saiyo bintang lapan tu… Terima kasih sahabat..

Ketika solat kita juga sering gagal mencapai kesedaran berbicara kepada Allah kerana persepsi kita adalah Allah jauh di Arasy. Persepsi ini sukar untuk dibuang kerana ia telah lama tertanam di dalam minda kita sejak kita anak-anak lagi. Persepsi dan apa yang ada di fikiran kita yang sering membelengu diri kita di dalam mengarahkan kesedaran kita kepada Allah.



Persoalan "Di mana Allah" adalah persoalan pokok yang penting di dalam mengarah kesadaran ketika solat. Ketika bersembang dengan beberapa teman sealiran ada seorang abang yg bertanya tentang laut. ''Kalau sesuatu terjatuh di dalam laut, atasnya apa? Laut bukan? Bawahnya apa? Laut juga.Kirinya? juga laut, bagaimana kanannya? Oh,laut juga.Lautnya ada berapa?'' tanya abg besar kami tu. ''Satu!'' Begitulah juga dengan Allah, di mana pun kita mengadap di situlah wajah Allah. "Allah Maha Besar? Sebesar apa? Besar sangat kata anak2 murid saya lak. Adakah sebesar bumi ini?" tanya saya. Jawab mereka besar lagi.

"Adakah Allah ada disyurga?" Saya cuba memerangkap mereka. Ada yang menganggukkan kepala yang saya tau bahawa anggukan tu mcm bersedia nak kena maki pun ada, angguk dgn harapan jawapan dia betul pun ada. Yang lain playsafe dah mcm jenama kondom lak. Dan saya katakan, "Wah,kalau begitu syurga lagi besar dari Allah?". "Tak",jawab mereka dengan tegas. Mereka dapat mengerti seketika itu bahawa tidak ada yang lebih besar dari Allah dan saya katakan, Ya tidak ada yang lebih besar dari Allah dan Rasulullah saw ajarkan Allah Maha Besar atau Allahu Akbar.

Justeru, kita harus mempunyai kesedaran ini ketika kita mengangkat takbiratul ihram yakni "Allahu Akbar".Allah Maha Besar dan meliputi semuanya termasuk diri kita.Justeru ALLAH SANGAT DEKAT dengan kita! Kesedaran ini penting dalam solat. Kesedaran Allah Maha Melihat.Ya,pastinya kita semua tahu Allah Maha Melihat. Tapi adakah kita berada di dalam kesedaran Allah Maha Melihat ketika solat? Saya ingin mengingatkan kita bahawa ketika kita solat,pastinya kita tidak dapat melihat Allah tetapi Allah melihat segala gerak geri kita, segala detikan hati kita.Bila hati kita bertemu dengan Allah ketika solat, pastinya seperti orang yang bertemu,ada rasa di hati. Apabila kita mengadap-Nya dengan penuh kesedaran sedang berhadapan dengan-Nya dan sedang berbicara penuh hormat denganNya,pastinya seperti orang bertemu dan berbicara ada respon dari yang sedang menjadi rakan perbicaraan.

Begitu juga pertemuan dan perbicaraan dengan Allah; Allah respon dengan cara Allah menyambut kita.Ada rasa di hati.Ada getaran di dalam jiwa dan kemudian di aliri rasa ketenangan yang sangat hebat, tidak terbanding apa pun di dunia ini. Itulah yang dinamakan sirr atau merasai zat Allah. Hati dan jiwa perlu sentiasa terarah kepada Allah. Saat hati dan jiwa terpaling dari Allah, sesaat itu juga rasa hubungan dan getaran tadi hilang entah ke mana dan kita terpinga-pinga mencari kembali kesedaran itu semula. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu kita mencapai solat yang khusyuk dan dapat merasakan kesedaran di mana Allah tidak kira di mana kita berada.

Adapun Nafas kita keluar masuk pada sehari semalam iaitu pada siang 12000 kali dan pada waktu malam 12000 kali. ,Inilah bilangan jam sehari semalam 24 jam iaitu pada siang 12 jam malam 12 jam.Demikianlah juga huruf Kalimah La Ilaha Ilallah dan huruf Muhammad Rasullullah masing2 mempunyai 12 huruf berjumlah semua 24 huruf semuanya. Maka barangsiapa mengucap dengan sempurna yang 7 kalimah ini nescaya ditutup Allah Taala pintu neraka yang 7 juga. Barangsiapa mengucap yang 24 huruf ini dengan sempurna nescaya diampun Allah Taala dosanya sepanjang 24 jam yg lalu..

Maka dari petikan Kitab Tokku Paloh tu dapatlah kita mengerti lebih dalam di mana Allah.. Dalam setiap nafas kita tersebut namanya dan disitu lah dia berada. Ini kerana disitu juga terletak kebesaran kuasanya yg mana manusia xkan dpt hidup tanpa adanya udara yg Allah jadikan setiap detik waktu.. 

Dan lagi kita kaji pula sifat2 Allah. Dimanakah terletaknya sifat2 itu dalam diri kita?  Saya mulakan sifat yg paling jelas iaitu sifat yg pertama WUJUD ertinya ada.. Kita kupas lagi.. apabila diri kamu wujud maka adakah kamu wujud dgn sendirinya? Sudah tentu tidak sebab karipap Mak Yam gerai tepi jalan sebelah kanan tu pun ada yg buat bukan terjadi terus bergoreng sendiri. Wujudnya kamu didunia ini menzahirkan kewujudan pencipta kamu..  So x nampak lagi??

Kalau x nampak kaji namanya pulak iaitu Samiun ertinya Yang Maha Mendengar.. Kalau kau tak tuli dan pokak harus ko mendongar kan?? So itulah zat Allah yang ado dlm diri manusio.. So sampai sini tak dapek tangkap lagi ko?

Proceed lagi kita tgk asma nya yg menngambarkan sifatnya iaitu Basar ertinya Yang Maha Melihat. Kalau korang x buta maka korang mesti leh baca penulisan saya ni.. So dia bagi pinjam kat manusia zat dia yg boleh melihat serta alam ni pada manusia utk manusia mensyukuri nikmatnya..

Penulisan saya kali ni bukan lah nak mengupas pasal sifat 20 atau asma nya.. Kalau nak citer pasal sifat 20 dan nama2 Allah tu korang kena tunggu masanya nanti saya coretkan dalam blog ala-ala manja saya ni yer.. Arini kita citer pasal mencari dimana Allah jer. So kalau nak mencari Allah kita kena cari la apa yg ada kena mengena dengan Dia. Mcm manusia.. klu kita mencari seseorang pertama sekali kita kena tau namanya... sifat2nya.. kesukaannya dan mcm2 lagi.. Bila dah tau semua tu baru kita kenal kan.. Dah kenal dia baru dapat rasanya n tau dimana dia berada sebab dapat ”RASA” kehadirannya tu.. Kalau nak tgk Allah bohong la saya nak ckp sebab dia maha ghaib lagi maha berkuasa.. Sedangkan Bukit Thursina yg utuh dan dihijabkan berjuta-juta kali pun pecah bila berhadapan dgn Allah inikan kita yang hina lagi dina ni.. So dapat rasa ”AURA” Allah tu pun dah cukup bagus utk kita kenal dia.. Kita rasa sendiri auranya tu ataupun sirr atau rahsianya tu baru la kita tahu.. Mcm mana nak dpt aura tu? Kena belajar la.. bukan la kena beli brg bio-aura kalau nak rasa aura tu tapi kena la mendalami ilmu tassawwuf bersama2..

So saya harap parit yang tersumbat tu dah tak tersumbat la dengan penjelasan saya ni.. Yang confirmnya Allah bersemayam di Arasy tapi Dia ada dimana-mana.. Ada dalam satu riwayat yang menyatakan bahawa Mu’awiyah bin al-Hakam as-Sulami r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bertanya kepada seorang hamba wanita:

أَيْنَ الله؟ قَالَتْ فِى السِّمَاءِ قَالَ: مَنْ أَنَا؟ قَالَتْ: أَنْتَ رَسُوْلَ اللهِ قَالَ: أَعْتِقْهَا فَإِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ.

Di manakah Allah? Hamba itu menjawab: Di atas langit. Baginda bertanya lagi: Siapakah saya? Hamba itu menjawab: Anda Rasulullah. Maka bersabda baginda: Bebaskanlah dia kerana sesungguhnya dia adalah seorang yang beriman. Namun harus diingat bahawa seluas-luas alam yg kita lihat ini hingga ke arsy itu melalui banyak lapisan langit serta lapisan alam.. Dari Alam Nyata ke alam ghaib hingga ke alam yg lebih seni (halus) dan alam maha halus yg manusia pun x leh lepas kecuali Rasul kita.. so bukanlah maknanya dia dok kat atas langit yg korang nampak tu.. tapi langit dia alam yg lebih besar.. So harap2 korang fahamla sikit2 dgn penjelasan ni..


Wallah huaklam..

6 comments:

Anonymous said...

I know this website presents quality dependent posts
and additional material, is there any other site which presents
these information in quality?

Here is my web site ... CarlosEBrothern

Anonymous said...

This is a topic that is close to my heart... Many thanks! Where are your contact details though?


Stop by my web blog - BartonLVarquera

Anonymous said...

It's enormous that you are getting ideas from this post as well as from our discussion made at this place.


My web page - YingEFarraj

Anonymous said...

Thanks very interesting blog!

My homepage - RandellBRinghouse

Anonymous said...

Hello, I wish for to subscribe for this blog to get most
recent updates, therefore where can i do it please help out.


my homepage ... MasakoUAppeling

Anonymous said...

Howdy! I realize this is sort of off-topic but I had to ask.

Does building a well-established blog like yours require a lot
of work? I'm brand new to running a blog but I do write in my journal daily.
I'd like to start a blog so I can share my experience and thoughts online.
Please let me know if you have any kind of suggestions or tips for new aspiring blog owners.
Appreciate it!

Feel free to visit my web-site ... AgnesIComly