Wednesday, March 7, 2012

Tiga serangkai (Sihir Pelalau) - Mistika 18

Dalam entry yg lepas2 aku ada citer yang aku cuba mengubatkan sahabat aku dalam kisah n cerita sandiwara semasa nukilan mengusik jiwa untuk tatapan korang sambil mengisi masa lapang. Sahabat aku ni mulanya2 terkena bila dia dok sorang2 kat hotel. Dia outstation sebab ada mesyuarat dengan org2 penting. Pagi tu dia tak bangun n x  dtg meeting untuk berjumpa aku. Aku tak sedap hati tipon dia kat bilik n dia ckp dia x boleh bangun. Aku ingat sebab dah berumur kut tu yg sakit2 badan tu sampai x larat bangun. Last2 petang dia call dia tak dpt nak bangun terus sebab ada gangguan dari semalam. So dia mintak aku temankan dia kat hotel mlm nanti sebab dia tak berani dok sensorang.

So petangnya aku pun dtg lah bawak 3 botol air mineral yg dah di bacakan ayat2 syifa dan rukyah. Maka aku pun bagilah dia minum pastu leh lak dia berjalan n kita org gi la makan lamb chop kat kedai yg kitaorg selalu lepak. Lepas mkn balik bilik n kitaorg sembang n dia pun bcerita lah apa pengalaman dia semalam. Dia ckp ada benda besar yg dtg kat dia besar.. sampaikan binatang tu suh dia gi kat tingkap n suh terjun ke bawah dari tingkat 8 hotel. Owwww tau la aku. Malam tu sebelum tido aku solat n aku pasang MP3 rukyah, syifa dan ayat2 azab. Bangun pagi aku tanya dia mcm mana ko rasa? Dia kata dia panas n x boleh nak tido sampai ke siang. Aku tau la ada gangguan tapi sebab egonya, dia tak mintak tlg aku wat apa2 so aku dengan terrornya wat bodoh jer la. Hat ni aku paling x reti nak wat sebab aku x dilahirkan bodoh. Tapi aku tau sahabat aku ni dah kena sihir pelalau. Sihir ni lak ada 4 jenis. Kalau pelalau jodoh memang org yg kena tak kawin la sampai bila2, klu pelalau kerja/belajar maka org tu rasa malas or byk sgt halangan bila org tu nak keje/belajar, kalau pelalau bisnes maka habis untung habis modal la org tu tak berjaya dalam bisnesnya.

Bila dia balik jer mlm esoknya badan aku rasa tak berapa best. Aku pun tido kan hero kecik aku then aku ambik wudhuk. So bermulalah Siri Ber"jentat" dengan jin edisi aku. Jentat tu ayat Toh Puan Baby la. Nk tau maknanya tanya dia..:-)

Aku start ritual memasukkan segala kekuatan ghaib aku and panggil bodyguard2 aku untuk membantu sekiranya perlu termasukla guru aku. Then aku tarik keluar benda2 yang membuatkan aku sakit tu then aku simpan kat tok guru aku untuk future reference. Kalau cara aku, aku suka simpan dekat guru aku bcoz dengan benda yang dihantar tu kita lagi cepat detect dari mana dtgnya benda2 sihir tu berbanding nak scan mcm tu jer. Tp cara ni aku cuma dapat cari jin mana yang punya angkara n tok bomoh mana yang dok bela binatang hamjadah ni. Kalau sampai sakit teruk aku tibai terus dgn solat hajat n yassin 7 mubin dulu. Then barulah keluarkan pedang Hamzah (al-fatihah utk Saidina Hamzah), pedang kalimah, pedang fatihah, serampang Tun Habab (Al-fatihah utk bendahara Tun Habab) n mcm2 lagi senjata yg hado pastu aku bacakan surah al-kautsar jer. Senang kerja aku bila senjata2 tu terbang mcm bola2 api cari siapa yg buat, jin mana yg buat, sapa yg upah, sapa yg tukang tunjuk rumah, sapa yg tolong bawak kete, sapa yg bagi alamat rumah, pendek kata semua yg dok tolong sikit2 pun ambik la habuan masing2. Mcm mana nak buat Yassin 7 Mubin ni nanti aku bgtau in the future entry. Amalan ni adalah amalan dari Tok Kenali (al-fatihah utk beliau) yang diperturunkan dari guru2 nya kepada anak2 muridnya.

So bila aku start scan aku dapat satu lembaga hitam berbulu lebat tapi tak rebonding. Sekali libas jer jalan lah dia. Aku tak sempat nak tanya pun siapa nama dia n siapa antar dia sebab tangan aku lagi laju dari ulut aku. Kepala aku tanam kat China n badan aku belah dua n tanam sebelah kat India and sebelah kat Afrika. Bukan aku wat pun aku mintak jer, rijalul ghaib yg buat. Then baru aku scan siapa yg buat. Tak jauh pun, ada bomoh india dekat area Batu Caves yang buat. AKu cakap kat dia, aku bercakap sekali jer, aku tak pandai nak ulang2 sebab aku bukan tape recorder or CD player  yang boleh forward or reverse ikut suka hati mak bapak dia so dia kena dgr betul2. Aku cakap aku tak mo dia ganggu sahabat aku lagi walau apa pun yg dibayar kat dia or apa pun yg org suh dia wat. Kalau wat juga aku terpaksa cabut sihir tu bersama dengan nyawa dia sekali la. Bukan aku cabut nyawa tapi malaikatul maut tapi dengan izin Allah swt juga. So aku tgk bomoh india ni faham n nampak air muka takut dia sebab dia takut mati or takut aku tarik kain dia yang terikat kat pinggang tu.

So settle satu perkara. Then aku scan lagi sebab aku rasa tak abis lagi. Secong time ni aku scan aku nampak lembaga mawas yang besar. Aku berdiri pun takat muka dia jer tubuh badan aku. Tapi ader aku kisah ker. Apa2 hal aku rembat dulu dengan pedang hamzah yang tak pernah kenal takut maka bersepailah bangkai mawas tu beserta dengan kalimah al-kautsar yg berapi2 membelah badan dia. Bila aku scan lagi siapa tuan mawas ni rupanya org batak yg aku tak tau dok kat indon ke atau kat mesia sebab semua tu tak penting bagi aku. Yg penting muka selamber dog nya yang wat2 mcm org tak bersalah. Aku mcm biasa warning la dia supaya tak ganggu sahabat aku sebab bayaran yg dia terima lagi lumayan dari yang pertama tadi. Berapa jumlahnya aku xleh bgtau la sebab nanti aku takut korang belajar ilmu jadi bomoh hitam sebab gajinya lagi lumayan dr jadi hakim mahkamah seksyen. Aku pun ckp benda yg sama aku akan ckp sekali jer n kalau berulang aku terpaksa membuang sihir kat sahabat aku tu skali dgn nyawa dia sekali lah.

Dah settle aku cal sahabat aku yg dok meeting kat luar dgn sapa entah n aku bgtau dia hati2 la sebab aku tak dapat detect the 3rd one. Maybe lagi tinggi kut ilmunya. Takpelah ilmu Allah Taala n Ilmu Al Quran tu takder yg lebih hebat daripadanya. Kalau tewas aku maka tewaslah alquran sebab ilmu aku semua dari al quran jer. Takde niat ingsun matak aji punya ilmu.

Tak sampai 10 minit aku rehat sebab tadi berpeluh sakan satu badan sebab berriadah dengan menjentat jin2 tu sahabat aku tu tipon balik. Dia kata tiba2 dada dia sakit sebab macam kena tekan. So aku yang dah berpeluh tu suh sahabat aku berenti kat tepi jalan yang selamat dulu sebab takkan aku nak scan dia sambil berlari sebelah kereta n kalau dia x berenti ditempat yg selamat, dia pulak yang selamat pulang ke rahmatullah. Bila aku scan uikkk aku tgk idup lagi mawas tu. Takkan umur panjang lak kut. Rupanya ada mawas lain. Byk duit tol bomoh ni bela mawas byk2 sebab nak beli makanan dia pun byk gak. Kalau korang nak tau tulang mawas ni byk org gunakan dalam tujuan menhantar ilmu hitam pada org lain. Maybe batak ni puja semangat mawas yang mati ni n jadikan dia setan yg besar.

So bila dah berenti aku scan member aku ni. Ya allah penuh kete dia dengan penumpang yang tak bayar sewa. Diaorg ingt sahabat aku ni prebet sapu ker... Mentang2 la dia pakai kete mahal semua dok pakat nak tumpang. Aku tarik sekor keluar dapat la si mawas ni, maka aku pun belasah terus zasss tanpa belas tanpa simpati, cehhh mcm lagu Azian Mazwan Safuan lak. Then sekor lagi beruk mat yeh tu pun mcm biasala aku kasi potong n tanam ikut suka mak bapak aku dengan rijalul ghaib jer tanam. Biasanya kalau diaorg ni jenis yg nak masuk islam aku doa mintak tukar rupa diaorg n aku antar kat bandaraya jin islam kat highland tower yang runtuh tu. Kalau korg jln mlm2 kat area tu dok jeling2 la kat area highland tower tu, nampak la bandaraya diaorg kat situ. Ada rumah2 n kedai2 utk diaorg shopping. Tapi aku tak perasan ada kedai jual coach atau LV ke tidak sebab aku tak ambik port sebab Toh Puan baby xleh shopping pun kat situ.

Aku selamatkan jiwa raga sahabat aku tu lebih kurang then aku bawak dia kuar kete. Tiba2 ada dua bayangan hitam kuar dari kete n nak belah mcm tu jer mcm tak ada apa2 berlaku n mcm diaorg tak bersalah jer. Aku pun tangkap leher diaorg n malas aku nak sembelih dah so aku suh rijalul ghaib antar ke panjara bawah laut yg bernama kaf-ha-ya-nun supaya diaorg leh wat aktiviti kejinnan kat tempat tu. At least boleh jadi tukang masak ker, buat dobi ker or tukang sapu sampah.

Dah selesai aku call member aku n tanya dia rasa mcm mana? dia kata ok sikit so aku suh dia balik n on the way balik beli air mineral 3 botol, minum dua n mandi satu botol lepas dia pasangkan ayat2 syifa MP3 sambil buka botol tu. Kena pakai air mineral beb sebab air yg dah kena api biasanya orng tak buat utk berubat. Tapi ada gak aku tgk kawan2 yang aliran lain yg wat air penawar pakai air masak.. x paham aku. Setan kan dari api so naper nak guna air yg dah kena api.. takper lah masing2 punya jalan kut.. wallah huaklam..

2-3 hari aku mengkaji naper aku rasa tak abis lagi sebab aku tau sahabat aku tu masih sakit n instinct aku pun kata mesti ada yg tersembunyi lagi ni. Akhirnya aku diberi petunjuk utk kuar waktu solat dan jeng jeng jeng.. hasilnya sepasang saka beruk melompat2 kat depan aku. Aku abiskan solat n pasang pepijat supaya lepas solat senang aku nak trace balik.

Lepas solat aku trace balik n dapat beruk dua ekor tu semula. Aku ikat dengan rantai mcm beruk panjat kelapa tu n aku jentik telur diaorg suh bawak kat org yg suh diaorg wat keje tu. Masyaallah, org islam rupanya guna saka beruk untuk buat org,. Apa guna la ko semayang mamat kalau hati ko masih busuk mcm ni. Nampak bonar somayang ko tak diterimo tuhan sobab ko masih buek bondo2 tak senonoh ni. Dipendekkan cerita aku pun pancung sebelah kaki setiap ekor monyet tu sebagai hukuman yg diaorg dah menyakitkan seorang hamba allah yg takdo buek doso kek dioorg pon. Pas kena potong wat muka kesian lak kat aku. Aku kato takdo, den blaja motong yo, tak blaja nyambung kan balik doooh. Dan yg terakhir skali terpaksalah mengwarning mamat tu supaya tak melakukan perbuatan terkutuk beliau itu lagi dan sebagai hukumnnnya terimalah pukulan cantuman hadapan dari den. Den tumbuk porut eh dopan bolakang terus terduduk mamat tu kek dapor dio. Kalau kuek ilmu n badannnya cukup sebulan sihat la dio. Klu tak, terbaring la dio seumur idup. Allah bg sihat tubuh badan di bawaknya menyakitkan org. So biar tak sihat supaya takde org yg sakit lagi.. sekian......

4 comments:

Bintang kejora said...

sy slh sorg mgsa pelalau yg kuat..dr sgla segi..ta baik2 lagi..lum diizinkan Allah

Nakhoda Serigala said...

Insyaallah, tiada sihir yg lebih tinggi dari ilmu alquran.. Amalkan membaca dan mendengar ayat rukyah dan shifa sentiasa..

Anonymous said...

membaca sakan..skarang saya tgh berubat...bace pasal kisah kat atas...tergelak pun ade gak...tapi saya kena lbh krg gitu la

Anonymous said...

mcm mana nk contect saudara .. sy terkena pelalau jodoh .. minta bantuan saudara dengan izin Allah