Monday, March 5, 2012

Akidah terpesong jika percayakan alquran sebagai penghalau hantu.

Bila blogwalking aku terbaca tulisan mamat dua orang ni. Ntah fatwa atau rujukan dari mana diaorg ambik aku tak tau la. Namun apa yang menarik minat aku adalah statement diaorg tu. Klu umat islam tak guna quran sebagai penghalau dan penghindar syaitan, jin dan iblis abis tu nak pakai apa? Just guna bawang putih mcm mat salleh? Bakar cili kering mcm adat kuno melayu? Korang baca lah sendiri...

AKIDAH TERPESONG JIKA PERCAYAKAN AL-QURAN SEBAGAI PENGHALAU HANTU

Oleh Ridzuan Yop dan Azrul Affandi


Masyarakat kini dimomokkan dengan ayat al-Quran sebagai media untuk ‘menghalau hantu’, sedangkan Islam mahu umatnya mengetahui keseluruhan al-Quran. Paling malang, anak kecil jadi takut ke bilik air selepas menonton cerita seram.

Hampir setiap hari kita dihidangkan cerita seram sama ada drama di kaca televisyen, atau filem di layar perak hingga menjadi fenomena baru dalam industri filem tanah air. Penerbit berlumba-lumba menerbitkan drama dan filem seram kerana percaya bakal mendapat sambutan dan mempunyai khalayak yang sentiasa ternanti-nantikan cerita seumpamanya. Filem seram walaupun mendapat sambutan hebat, mewujudkan kebimbangan ia boleh memesongkan akidah kerana terlalu percaya bahawa kuasa ghaib ini boleh 'membantu' manusia mencapai hajat mereka

Sebahagian besar masyarakat kita juga seolah-olah ketagih untuk menonton filem seram kerana rasa takut menyeronokkan dan terhibur sekali gus melupakan seketika masalah dihadapi. Menonton filem seram umpama makan cili api atau makan sambal belacan, walaupun pedas sehingga mengalir air mata, namun terus dijamah, kata pendakwah bebas, Datuk Zawawi Yusof.

Menurutnya, filem seram memberikan keuntungan besar kepada penerbit dan pada masa sama menjadi satu gejala kerana menimbulkan ketakutan melampau kepada orang ramai terutama kanak-kanak. Beliau yang juga pakar motivasi, berkata kesan emosi kepada penonton begitu kuat seperti takut di tempat sunyi dan gelap, jika ada kedengaran bunyi atau berlaku sesuatu mereka terus beranggapan wujud makhluk halus.

“Jin atau hantu yang dipaparkan dalam filem dilihat mempunyai kuasa hebat sehingga boleh menguasai apa saja dan membuat anak takut pada kehidupan harian kerana percaya di sekeliling mereka ada kuasa jahat. “Filem seram juga membuka ruang kepada golongan tertentu untuk mencari bomoh termasuk yang mengamalkan ilmu hitam kononnya dapat menghalang kuasa jahat lain juga di kalangan jin dan iblis, sepatutnya kita takut kepada kuasa Allah SWT,” katanya.

Lebih malang, masyarakat melihat ayat al-Quran hanya digunakan untuk menghalau hantu, sedangkan al-Quran diturunkan sebagai panduan hidup manusia sejagat. Beliau berkata, disebabkan penggunaan ayat al-Quran dipaparkan sebegitu, sesetengah umat Islam hanya mempelajari ayat yang dapat menghalau hantu seperti ayat Kursi sehingga kurang minat mempelajari ayat suci lain.

Katanya, minda masyarakat kini dikongkong hasil menonton filem seram dan penerbit filem terus mengambil kesempatan menghasilkan filem seumpamanya. Beliau berharap penerbit filem juga menghasilkan filem yang membina pemikiran masyarakat terutama mengandungi unsur positif. “Penerbit filem seram juga wajar mendapat pandangan mufti dan alim ulama bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan akidah Islam dan dapat memberi pengajaran kepada penonton,” katanya.

Pengarah Institut Sosial Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata filem seram menyebabkan ketakutan bebas atau open fear di kalangan masyarakat sehingga memberi kesan psikologi terutama kanak-kanak. Beliau berkata ketakutan bebas membantutkan sikap positif. Sebagai contoh jika kanak-kanak rajin seperti membantu keluarga ke kedai, tetapi kini mereka tidak mahu melakukannya kerana bimbang dalam perjalanan di tempat gelap diganggu hantu. Kesan menonton filem seram akan melekat dalam pemikiran mereka seperti wajah hodoh hantu dan ia tertanam dalam kotak rujukan dalaman seseorang.

Dr Mohd Fadzil berkata, ketika era 60-an, 70-an dan 80-an, kita dihidangkan dengan filem seram yang hanya menunjukkan gambar rupa hantu menakutkan dan dirasuk, tetapi era kini ia menjadi lebih sadis dan tragis dengan berlaku pembunuhan.

Malah, katanya, keadaan sama wujud dalam filem seram yang dihasilkan di negara jiran dan filem Barat dengan wujud elemen tahyul seperti pari-pari, bidadari, haiwan boleh bercakap yang jelas boleh menimbulkan kecelaruan dalam dunia nyata. “Saya melihat dalam filem seram tempatan akan juga berlaku perkara yang sama kerana ia sudah pasti satu fenomena kurang sihat kepada masyarakat dan jika orang ramai mempercayainya ia akan menjadi khurafat,” katanya.

Jika diamati ada benarnya pendapat dua pakar ini kerana apabila dirujuk kembali beberapa filem seram kebelakangan ini, sudah ada elemen yang mencurigakan dan boleh dipertikaikan, malah lebih teruk, mungkin juga boleh memesongkan akidah. Apa tidaknya, sering dipaparkan kemampuan hantu membunuh manusia.

Persoalannya, benarkah hantu boleh membunuh dan mengambil nyawa manusia? Bukankah hantu adalah syaitan dan berdasarkan kisah iblis, ia hanya berjanji untuk menyesatkan anak Adam, bukan membunuh anak Adam dan bukankah urusan membabitkan nyawa adalah milik Allah. 



Itulah yang mungkin perlu diberi perhatian. Mereka yang gemar menonton filem seram mungkin kuat tertanam dalam minda mengenai kehebatan dan kekuatan kuasa. Benar, semua kesudahan filem seram menunjukkan kebaikan mengatasi kejahatan tetapi ceritanya pula menunjukkan sebaliknya apabila ramai nyawa terkorban kerana kehebatannya.

Senario ini perlu diberi perhatian. Mungkin benar, filem seram adalah fenomena dunia dan ia genre popular tetapi tidak salah jika penerbit dan pengarah filem menggarapnya sebaik mungkin supaya tidak tersasar daripada akidah sebenar



Arisha : Walau bagaimanapun harus kita ingat syaitan, jin dan iblis juga mampu melakukan sihir seperti manusia juga. Bukanlah untuk mencabut nyawa kerana itu urusan malaikat Izrail, tapi mereka juga mampu meracuni manusia hingga membawa kepada bunuh diri dan sebagainya.Dan hendaklah diingat dari zaman jahiliah lagi sihir digunakan untuk menganiaya orang lain yakni bermaksud menyakiti jasad dan roh orang lain. Sememangnya umat islam diajar untuk menggunakan ayat2 quran untuk menghindarkan jin, syaitan dan iblis kerana itulah mukjizat yang ditinggalkan oleh Rasulallah untuk umatnya. Selain disertai dengan Doa yang merupakan senjata terampuh kaum muslimin. Kalau bukan guna ayat quran korang nak pakai ayat apa lak? 


Lain kali kalau nak menulis gunalah akal dan selami n kaji dulu apa yang korang nak tulis. Jangan nak mengkritik orang lain tanpa belajar dan kaji dulu dari segenap aspek. Bukan hanya melihat sesuatu dari satu sudut pandang. Andai anda pernah melawat alam ghaib itu sendiri maka akan terhurai apa yang tersirat dan anda akan melihat secara nyata apa yang tersurat. Menulislah bukan dengan jari tetapi menulislah dengan akal yang jelas... 


Kalau nak bercakap pasal akidah, lalui dulu perjalanan rohani supaya anda dapat pengalaman rohani dan terisi diri dengan syariat nyata dan syariat ghaib barulah anda layak nak bercakap pasal akidah. Akidah juga sesuatu yang ghaib. Maka percaya kepada yang ghaib juga adalah rukun iman kerana Allah itu maha ghaib, malaikat itu juga ghaib, syaitan, jin dan iblis yang disebutkan Allah dalam Al-quran juga ghaib. Andai bukan ayat quran yang kamu patut gunakan kamu harus kaji akidah kamu sendiri kerana Allah telah turunkan panduan (quran) dengan ayat "Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam". Kalau kamu tak percaya ayat quran untuk menghalau hantu maka kamu juga bertindak sebagai musyrikin yang menafikan ayat2 Allah. Subhanallah. 

7 comments:

Anonymous said...

Hi i am kavin, its my first time to commenting anyplace, when i read this article i thought i could also make
comment due to this good piece of writing.


Feel free to surf to my blog post :: AlaynaYMcnealy

Anonymous said...

Great article.

Here is my site: BennieNZeno

Anonymous said...

Fantastic beat ! I wish to apprentice even as you amend your website, how could i subscribe for a weblog site?
The account helped me a applicable deal. I were a little bit
familiar of this your broadcast provided shiny clear concept

Also visit my website: DortheaUBenser

Anonymous said...

I believe this is one of the most significant info for me.
And i am glad studying your article. However
wanna observation on some common issues, The web site taste is wonderful, the articles is really nice : D.
Excellent job, cheers

Here is my blog post ... DerickZSorlie

Anonymous said...

Greetings I am so glad I found your weblog, I really
found you by mistake, while I was browsing on Yahoo for something else, Anyways I am here now and would just like to say thanks a lot for
a marvelous post and a all round enjoyable blog (I also love the theme/design), I don’t have time to go through it all at
the minute but I have saved it and also added your RSS feeds,
so when I have time I will be back to read a great deal more, Please do keep up
the superb work.

Here is my blog: AllenaGSeifts

Anonymous said...

Link exchange is nothing else except it is simply placing the other
person's webpage link on your page at suitable place and other person will also do same in support of you.


Visit my webpage - IssacHLoffler

Anonymous said...

Greetings! I know this is kinda off topic however I'd figured I'd ask.
Would you be interested in trading links or maybe guest authoring a
blog post or vice-versa? My website addresses a lot of the same topics
as yours and I believe we could greatly benefit from each other.
If you happen to be interested feel free to shoot me an e-mail.
I look forward to hearing from you! Great blog by the way!


Here is my web page ... BradlyBGaspar