Thursday, December 6, 2012

Setan Gangster Jahanam Style....



Langit makin hitam diselubungi oleh awan cumulus nimbus yang tak berapa nak bawak keriangan dalam hati aku sebab hujan akan pasti turun menemani malam aku dan akhirnya hingga ke pagi dan membuatkan aku bangun lambat pergi keje sebab sedap sangat megholoh kata orang Kuale atau tido dalam bahasa Jerman. Tengok ke ufuk timurt, bulan dah mula mengambang dibalik sinar matahari petang. Tinggal nak naik dan mengambang jer dan tanda2 ketam akan berisi penuh kalau beli kat pasar malam minggu depan.

Aku berasa rugi sangat tahun ni kerana tahun ni aku tak dapat nak concentrate upgrade amal. Rugi woo… Aduh, wahai hati, awat hang ni malas. Jangan jadikan kerja aku yang tak abih2 sepanjang tahun tu sebagai alasan woi.. Tapi ia memang memenatkan aku.. jadi mcm keldai tunggangan pun ada rasanya.. kerja banyak melambak tapi penghargaan hatta ucapan thank q pun tak sampai ke telinga aku dari boss.. Sabarlah hati tempuh dugaan.. Usahkan pangkat, pencalonan AKC pun aku tak dapat. Tapi aku tak heran pun janji tanggungjawab aku terlaksana dan aku tak susah2 nak menjawab kat Mahsyar nanti. Setakat sijil AKC tu aku dah kumpul 3 sijil dalam 10 tahun aku kerja so aku tak heran pun klu tak dpt. Last 2-3 years pun aku reject bila boss aku nak bagi AKC lagi.. cukuplah setakat ni yang aku dpt.. Bg lah kat org lain sebagai peransang utk diaorg..


Jadi, hari ni aku tertengok pokok2 besar kat kediaman aku ni yang menampung banyak jenis makhluk hodoh2 yang bergayutan.. kalau nampak dgn mata kasar mampus takder org nak duduk kat sini.. So aku pun tergerak nak menceritakan kisah sapakah syaitan2 yang dirantai,diikat dan disumbat ke dalam jel masa bulan puasa nanti.. Minta perhatian ya, bukan semua syaitan dikunci, kerana di dalam hadis, ada yang menyebutkan, hanya syaitan dan jin  yang kuat sahaja yang dikunci. Yang tinggal adalah ssyaitan dan jin yang low class yang tinggal dalam jamban tengok orang berak.

Ini diantara syaitan dan jin kolar putih high class antara daripada kalangan encik setan yang diikat ketika Ramadhan :-

1. Iblis laknatullah itu sendiri sebagai bapak syaitan...

2. Zalituun (anak iblis) – Pakar dalam hal menggoda manusia ke arah sifat membazir dan bakhil.

3. Wathiin – Pakar dalam mendorong manusia berprasangka buruk dan putus asa terhadap Allah.

4. A’awan – Pakar yang ditugaskan khas dalam menggoda raja / pemimpin besar supaya bersikap sombong dan takbur serta zalim terhadap rakyatnya.

5. Haffaf – Pakar dalam menggoda manusia meminum arak / khamar dan benda memabukkan.

6. Murrah – Pakar dalam melalaikan manusia dari mengingati Allah dengan muzik, hiburan, gossip dan segala benda yang melalaikan.

7. Masuud – Pakar dalam membinasakan manusia melalui kata2 fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja dosa yg muncul dari lidah dan mulut.

8. Daasim – Pakar dalam merosakkan rumah tangga manusia dan menggoda ke arah zina dan maksiat.

9. Walahaan – Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

10. Lakhuus – Pakar dalam menyesatkan akidah manusia dengan menyembah api, batu berhala, bintang dan lain2.

Mereka inilah adalah 10 jenis syaitan bertaraf bangsawan yang dirantai di bulan puasa dan dicampakkan ke dalam lubang penjara yang paling dalam dan gelap di dalam laut. Mereka ibarat kerabat diraja Iblis yang berdarah tulen dan mempunyai kedudukan hirarki tertinggi dalam sistem pemerintahan Iblis.

Selain dari mereka ini ada lagi syaitan dan jin kelas pertengahan yang dirantai.. Tapi itu semua aku nak korang cari sendiri lah yer.. Bukan apa kalau setakat membaca ni payah nak masuk otak korang. Klu korang berusaha keras mencari insyaallah terpaku kemas ilmu tu dalam kepala korang.. selamat mencari dan selamat beramal.....

No comments: