Thursday, February 16, 2012

Yang Terpantas..

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.
Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga ( beliau
tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice ).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata " Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini" . "Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali? "tanya CEO tersebut.
 
Calon pertama berkata " FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari ." Bagus , satu jawapan yang baik " kata CEO tadi. " 

Kamu pula ? " tanyanya kepada calon kedua. " KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip " jawab calon kedua." Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan " kata CEO itu. 

" Bagaimana kamu pula ? " tanya CEO kepada calon ketiga. " Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi.. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah  paling pantas " jawab calon ketiga. " Jawapan yang terhebat setakat ni". 

"Bagaimana pula dengan kamu ? " CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang  sangat bagus sebentar tadi. " Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT " jawab calon keempat dengan yakin sekali.
 
" Haaa....???? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ? " CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.
 
"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah.............."

Akhirnya calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan... Hehehehehhe... 

Moral of the story : Jangan minum teh pelawas waktu siang, minumlah waktu malam supaya senang 'membuangnya' diawaktu siang..

No comments: