Imam Bonjol Pattani
Seorang daripada ulama di nusantara yang terbabit dalam perjuangan menegakkan Islam ialah Haji Sulong Al-Fatani. Nama sebenarnya ialah Haji Sulong bin Haji Abdul Kadir bin Muhammad bin Haji Zainal Abidin bin Ahmad Al-Fatani. Beliau yang merupakan pejuang Islam yang dianggap sesetengah pihak sebagai ’Imam Bonjol Patani’ bukan sahaja menghabiskan usianya menegakkan syiar agamanya tetapi mengakhiri hayatnya untuk perjuangan Islam.
Peristiwa kematian Haji Sulong Al-Fatani diselubungi misteri hingga sekarang kerana selepas dipanggil menemui seorang pegawai penyiasat polis, beliau terus hilang. Kehilangan Haji Sulong Al-Fatani itu menjadi tamparan hebat kepada umat Islam Patani kerana mereka bukan saja kehilangan pemimpin dan tokoh agama tetapi juga seorang pejuang Islam.
Beliau dilahirkan pada tahun 1895 di Kampung Anka Ru, Patani, ulama ulung yang bergerak dalam perjuangan rakyat Islam di negeri itu turut dihangatkan oleh bahang tekanan pemerintahan Siam. Ketika itu, negeri Patani Darul Salam diperintah oleh Sultan Sulaiman Sharifuddin. Ketika itu, hampir semua negeri Melayu di utara menghadapi keadaan yang sama dengan Patani.
Haji Sulong menerima pelajaran asas & al-Quran dari ayahnya sendiri sehingga pandai. Apabila sudah berusia 12 tahun, beliau berangkat ke Makkah untuk menyambung pelajaran di sana selama 17 tahun. Beliau berguru kepada para ulama dari Arab Saudi, Mesir & yang datang dari Nusantara. Pada tahun 1924, beliau kembali ke tanah air bersama-sama isterinya yang dikahwininya semasa di Makkah. Keadaan negeri Patani Darus-Salam masih sama sama dengan ketika Haji Sulong berangkat ke Makkah dulu, iaitu berada dalam tekanan Kerajaan Siam, malah lebih teruk lagi kerana Kerajaan Pagoda itu ikut campur masalah dalaman Patani & negeri-negeri di utara semenanjung lainnya.
Di samping itu, Siam juga berusaha memasukkan negeri-negeri jirannya di semenanjung menjadi sebahagian dari wilayahnya. Tindakan tersebut telah dibantah oleh Sultan Abdul Kadir Kamaruddin yang memerintah Patani. Sebagai akibatnya, Sultan Abdul Kadir telah dibuang negeri oleh penguasa Siam, dan haknya sebagai sultan dilucutkan.
Dari semasa ke semasa, kerajaan Siam terus meningkatkan kebencian dan tekanannya ke atas umat Islam di Patani. Banyak pemimpin masyarakat & agama seperti Haji Sulong diawasi oleh pihak Siam. Apa yang boleh dilakukan oleh ulama seperti Haji Sulong diperingkat permulaan adalah menyedarkan masyarakat dan generasi muda akan haknya melalui pengajaran Islam.
Haji Sulong telah mendirikan Madrasah Al-Maarif Al-Wataniah di Patani. Beliau telah memperkenalkan sukatan pelajaran & sistem kelas di madrasah itu. Walau bagaimanpun, tiga tahun berikutnya, kerajaan Siam telah memerintahkan madrasah itu ditutup. Haji Sulong tidak patah semangat, kerana menyiarkan agama Islam adalah wajib dan tidak terbatas di bangku sekolah yang memakai sukatan pelajaran saja.
Selanjutnya beliau menukar teknik mengajar di madrasahnya. Sejak itu beliau lebih banyak membacakan kitab-kitab agama iaitu kitab-kitab ulama zaman dahulu kepada para pelajarnya. Kuliahnya yang tidak lagi berbentuk sekolah pondok sepenuh masa tetapi hanya bimbingan mingguan, Maghrib dan Isyak telah mendapat sambutan penduduk tempatan. Haji Sulong Al-Fatani sangat arif mengenai usuluddin dan tafsir. Bidang itulah yang menjadi tumpuan pengajarannya hingga meletus Perang Dunia Kedua.
Pernah dikatakan, Haji Sulong Al-Fatani pernah mengajar agama di Kemboja & pernah diburu penjajah Perancis kerana kegiatan itu. Bagaimanapun beliau diselamatkan oleh orang Cham di selatan Vietnam. Apabila rampasan kuasa berlaku di Negeri Thai pada tahun 1932, corak pemerintahan beraja bertukar kepada rejim berperlembagaan. Perubahan itu benar-benar menekan masyarakat Melayu Islam di selatan Siam. Ini kerana apabila Phibul Songgram berkuasa pada tahun 1938, beliau melaksanakan dasar kebudayaan 'mensiamkan’ semua rakyat bagi matlamat kebangsaannya.
Undang-undang yang memaksa rakyat memakai pakaian cara Barat iaitu berseluar & bertopi bagi lelaki serta bergaun dan berbaju pendek bagi wanita, termasuk orang-orang Islam di Patani. Siam juga telah mengharamkan penggunaan bahasa Melayu di pejabat-pejabat kerajaan. Pelbagai tekanan dan ancaman itu telah menyebabkan pimpinan masyarakat Islam seperti Haji Sulong Al-Fatani menubuhkan Badan Hukum Syariah bagi melindungi hak dan kepentingan agama. Apabila meletus Perang Dunia Kedua,
Phibul Songgram telah mengubah lagi dasar, iaitu tidak lagi mengamalkan dasar berkecuali. Beliau telah memihak kepada Jepun dengan membenarkan tentera asing itu melalui Negeri Thai untuk menyerang Burma dan Tanah Melayu. Pada tahun 1944, Phibul Songgram telah memansuhkan jawatan kadi, membubarkan undang-undang keluarga Islam, memansuhkan sistem pembangunan waris cara Islam lalu menggantikannya dengan undang-undang sivil. Tindakan Siam tersebut telah melampau batas hak asasi manusia. Untuk itulah Haji Sulong dan para pemimpin Islam lainnya telah mengadakan pertemuan untuk membincangkan masalah yang semakin menekan tersebut..
Mulai tahun 1947, perjuangan masyarakat Islam Patani bertambah memuncak hingga tahun 1954. Selama tujuh tahun itu, Haji Sulong Al-Fatani terus mempertahankan agama dan bangsa sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Patani (MAIP). Hasil pertemuan pemimpin Islam setempat di Patani, Haji Sulong Al-Fatani mengemukakan memorandum ’Tuntutan Tujuh Perkara’ kepada kerajaan Negeri Thai pada tahun 1947. Memorandum itu mengandungi permintaan untuk mengadakan:
- Seorang ketua beragama Islam bagi empat buah wilayah yang dipilih oleh anaknegeri dengan diberikan kepadanya kuasa penuh.
- Mengadakan pelajaran Bahasa Melayu pada setiap sekolah bagi kanak-kanak
berumur tujuh tahun sebelum mereka belajar bahasa Siam atau mata pelajaran
lain dalam bahasa Siam.
- Hasil yang diperoleh dari empat wilayah itu hendaklah dibelanjakan di wialyah
itu sahaja.
- 80% daripada kakitangan kerajaan mestilah terdiri daripada orang Islam.
- Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi.
- Mengasingkan Mahkamah Syariah daripada pejabat undang-undang negeri
serta mengadakan undang-undang khas untuk memutuskan pendakwaan yang
bersabit dengan hukum Islam.
- Mengiktiraf rakyat di empat buah wilayah itu berketurunan bangsa Melayu.
Kesan perjuangan itu, Haji Sulong Al-Fatani akhirnya ditangkap oleh pemerintah
pada 16 Januari 1948 kerana dituduh ’menderhaka kepada negara’. Polis telah menemui salinan surat bukti dialamatkan kepada Tengku Mahmud Mahyiddin, iaitu pemimpin masyarakat Islam di rumah Haji Sulong Al-Fatani. Dua hari berikutnya, empat lagi rakannya telah ditangkap. Mereka ialah Wan Uthman Ahmad, Haji Wan Husain Wan Din, Ahmad (anak Haji Sulong) dan Che Ishak Abbas. Haji Sulong Al-Fatani dipenjarakan selama tiga tahun dua bulan selepas dibicarakan di Nakhon Si Thammarat (Ligor).
pada 16 Januari 1948 kerana dituduh ’menderhaka kepada negara’. Polis telah menemui salinan surat bukti dialamatkan kepada Tengku Mahmud Mahyiddin, iaitu pemimpin masyarakat Islam di rumah Haji Sulong Al-Fatani. Dua hari berikutnya, empat lagi rakannya telah ditangkap. Mereka ialah Wan Uthman Ahmad, Haji Wan Husain Wan Din, Ahmad (anak Haji Sulong) dan Che Ishak Abbas. Haji Sulong Al-Fatani dipenjarakan selama tiga tahun dua bulan selepas dibicarakan di Nakhon Si Thammarat (Ligor).
Sewaktu menunggu perintah hukuman di Ligor, Haji Sulong Al-Fatani menulis buku Gugusan Cahaya Keselamatan. Kemudian dimasukkan ke penjara Bang Kuang di Bangkok. Dalam penjara beliau menghasilkan empat buah kitab agama dan sebuah buku riwayat hidupnya, tetapi kesemua buku itu hilang entah ke mana.
Ekoran dari penangkapan para pejuang tersebut, rakyat di beberapa wilayah telah memberontak dan menuntut agar para pemimpinnya dibebaskan. Haji Sulong terus berada dalam tahanan dan baru dibebaskan empat tahun kemudian yakni pada 1954.
Rupanya pembebasan Haji Sulong dan pejuang lainnya hanyalah merupakan helah Siam untuk meredakan kemarahan rakyat saja. Di sebalik itu ada rancangan yang lebih jahat, tapi dengan cara halus. Ini terbukti apabila tidak sampai dua tahun kemudian Haji Sulong dan tiga lain rakannya (termasuk seorang anaknya sendiri) telah dipanggil secara terhormat untuk menjumpai ketua polis penyiasat Siam dalam suatu pertemuan tertutup.
Rupanya pembebasan Haji Sulong dan pejuang lainnya hanyalah merupakan helah Siam untuk meredakan kemarahan rakyat saja. Di sebalik itu ada rancangan yang lebih jahat, tapi dengan cara halus. Ini terbukti apabila tidak sampai dua tahun kemudian Haji Sulong dan tiga lain rakannya (termasuk seorang anaknya sendiri) telah dipanggil secara terhormat untuk menjumpai ketua polis penyiasat Siam dalam suatu pertemuan tertutup.
Akan tetapi sejak pertemuan tertutup tersebut, beliau bersama rakan-rakannya tidak ada pulang lagi ke pangkuan keluarganya. Kehilangannya sangat misteri dan pihak Siam pun mendiamkan diri. Maklumat yang diterima oleh kaum keluarganya dan rakyat Patani menyebutkan bahawa Haji Sulong dan rakan-rakannya telah dibunuh secara rahsia dan jenazahnya dibuang ke Laut Senggora berhampiran Pulau Tikus pada malam Sabtu, 13 Ogos 1954. Beliau telah wafat dalam perjuangan di jalan Allah.
Pengorbanan Haji Sulong Al-Fatani iaitu penulis kitab Kashf Al-Litham tetap bersemadi dalam lipatan sejarah perjuangan umat Islam Patani.
Sinopsis:
Haji Sulong bin Abdul Kadir telah dilahirkan pada satu keluarga yang kaya dan terpelajar di Kampong Anak Rhu, (kemudian dinamakan oleh kerajaan Thailand sebagai “Lukson”) Monthon Pattani. Ketika berusia 7 tahun, dia melihat penangkapan Tunku Abdul Kadir Kamaruddin, raja terakhir Patani, oleh kerajaan Siam kerana menentang polisi pusat Chulalongkorn yang menukar negeri Patani kepada unit jajahan
di bawah pemerintahan langsung oleh Siam.
di bawah pemerintahan langsung oleh Siam.
Selepas menamatkan pengajian asas di sekolah pondok di Krasae, Banna, Pattani, yang dikendalikan oleh Tokhru Waemuso pada usia 12 tahun, bapanya menghantarnya ke Mekkah bagi melanjutkan pengajian dalam agama Islam selama 12 tahun. Dia merupakan pelajar yang pintar, lancar dalam bahasa Arab dan tulisannya, sehinggakan dia diminta untuk membuka sekolah pengajian Islam di Mekkah, yang memberikannya nama dan kedudukan keistimewaan di sana.
Haji Sulong kemudiannya pulang ke Pattani selepas kematian anak sulungnya yang berusia satu tahun bagi menghilangkan duka. Dia tiba ke Patani pada tahun 1927.
Haji Sulong mula mengajar sebagai Toh Guru (Toh kru), mengembara kepelbagai kawasan di Patani. Haji Sulong merupakan cendikiawan muslim moden yang belajar dengan mendalam di Mekkah. Dengan itu apabila dia kembali ke Patani pada tahun 1927 dia mula menentang amalan tempatan yang mencampur aduk ajaran Islam dengan animism tempatan.
Haji Sulong mula mengajar sebagai Toh Guru (Toh kru), mengembara kepelbagai kawasan di Patani. Haji Sulong merupakan cendikiawan muslim moden yang belajar dengan mendalam di Mekkah. Dengan itu apabila dia kembali ke Patani pada tahun 1927 dia mula menentang amalan tempatan yang mencampur aduk ajaran Islam dengan animism tempatan.
Ajarannya membangkitkan tentangan dari guru tradisional yang melaporkan mengenai aktivitinya kepada Circle kerajaan sebagai satu ancaman kepada keamanan dan keselamatan kawasan tersebut. Bagaimanapun selepas penyiasatan, kes itu dibuang kerana ketiadaan bukti. Sebaliknya semakin ramai orang menghadiri kelas syarahannya, dan menggalakkan beliau bagi membuka sekolah pondok.
Menjelang akhir 1930-an, lapouran dan khabar angin mengenai aktiviti Haji Sulong mula mendatangkan kebimbangan yang tidak pasti status dan implikasi Haji Sulong dikalangan pengikutnya kepada kerajaan Thailand. Pada masa yang sama beberapa langkah kerajaan Thailand telah menimbulkan kemarahan penduduk Melayu Pattani, antaranya adalah penghapusan undang-undang Islam (Nikah dan Cerai) dan Warisan pada 1944 yang telah dibenarkan berfungsi sejak penyerapan kawasan Patani pada tahun 1902. Dengan melaksanakan Undang-undang Sivil Thailand di empat jajahan Islam, Dato Yutitam yang merupakan hakim kadi telah dilucutkan jawatannya.
Pada tahun yang sama, Haji Sulong turut menubuhkan organisasi Islam di Patani, "He'et alNapadh alLahkan alShariat" atau Pergerakan Melayu Pattani (Patani Malay Movement-PMM) dengan matlamat menggalakkan kerjasama antara pemimpin Melayu bagi menentang campur tangan kerajaan dalam cara hidup Islam.
Pada 1948, kerajaan Khuang membenarkan penangkapan Haji Sulong. Pada 16 Januari 1948 Haji Sulong dan rakan-rakannya ditangkap dan dituduh derhaka. Sebagaiman dijangka, penahanan tersebut mencetus bantahan dan rasa tidak puas hati di kawasan tersebut. Peguam jajahan Pattani kemudiannya meminta perbicaraan dipindahkan ke daerah Nakhon Si Thammarat.
Selepas perbicaraan, dia dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun yang kemudiannya dikurangkan kepada empat tahun dan lapan bulan sebelum dia dibebaskan pada 1952. Haji Sulong kemudian kembali ke Pattani, yang ketika itu sedang bergolak. Pada tahun 1954 dia hilang dengan tiba-tiba selepas melapor diri ke pejabat Polis Cawangan Khas di daerah Songkhla.
Ini menimbulkan kepercayaan ramai bahawa dia dan anak sulungnya, Wan Muhammad, telah dibunuh oleh polis Thai dengan arahan Jeneral Phao Siyanond, ketika itu Director-General Jabatan Polis, pada malam 13 Ogos 1954. Mereka dikatakan diikat kepada batu dan dicampak ke laut berhampiran pulau Nu.
TUANKU IMAM BONJOL -SUMATERA
Tuanku Imam Bonjol atau nama sebenarnya Muhammad Sahab dilahirkan pada tahun 1772 di Kampung Tanjung Bunga, Kabupaten Pasaman Sumatra Barat. Beliau dilahirkan dalam lingkungan agama. Mula-mula dia belajar agama dari ayahnya, Buya Nudin. Kemudian dari beberapa orang ulama lainya, seperti Tuanku Nan Renceh. Imam Bonjol adalah pendiri negeri Bonjol.
Dia adalah pemimpin yang paling terkenal dalam gerakan dakwah di Sumatera, yang pada mulanya menentang perjudian, laga ayam, penyalahggunaan dadah, minuman keras, dan tembakau, tetapi kemudian mengadakan penentangan terhadap penjajahan Belanda yang memiliki semboyan Gold, Glory, Gospel sehingga mengakibatkan perang Padri (1821-1837).
Pertentangan kaum Adat dengan kaum Paderi atau kaum agama ikut melibatkan Tuanku Imam Bonjol. Kaum Paderi berusaha membersihkan ajaran agama Islam yang telah banyak diselewengkan agar dikembalikan kepada ajaran agama Islam yang murni. Golongan adat yang merasa terancam kedudukanya, mendapat bantuan dari Belanda. Namun gerakan pasukan Imam Bonjol yang cukup tangguh sangat membahayakan kedudukan Belanda. Oleh sebab itu Belanda terpaksa mengadakan perjanjian damai dengan Tuanku Imam Bonjol pada tahun 1824. Perjanjian itu disebut "Perjanjian Masang". Tetapi perjanjian itu dilanggar sendiri oleh Belanda dengan menyerang Negeri Pandai Sikat.
Pertempuran-pertempuran berikutnya tidak banyak bererti, kerana Belanda harus memusatkan kekuatannya terhadap Perang Diponogoro. Tetapi setelah Perang Diponogoro selesai, maka Belanda mengerahkan pasukan secara besar-besaran untuk menaklukan seluruh Sumatra Barat. Imam Bonjol dan pasukanya tak hendak menyerah dan dengan gigih membendung kekuatan musuh. Namun Kekuatan Belanda sangat besar, sehingga satu demi satu daerah Imam Bonjol dapat direbut Belanda. Tak urung Bonjol pun jatuh ke tangan musuh. Tapi tiga bulan kemudian Bonjol dapat direbut kembali. Ini terjadi pada tahun 1832.
Belanda kembali mengerahkan kekuatan pasukanya yang besar. Tak ketinggalan Gubernur Jendral Van den Bosch ikut memimpin serangan ke Bonjol. Namun ia gagal. Ia mengajak Imam Bonjol berdamai dengan maklumat "Palakat Panjang", Tapi Tuanku Imam curiga. Untuk waktu-wakyu selanjutnya, kedudukan Tuanku Imam Bonjol bertambah sulit, namun ia tak sudi untuk berdamai dengan Belanda.Tiga kali Belanda mengganti panglima perangnya untuk merebut Bonjol, sebuah negeri kecil dengan benteng dari tanah liat. Setelah tiga tahun dikepung, barulah Bonjol dapat dikuasai, yaitu pada tanggal 16 Ogos 1837.
No comments:
Post a Comment