Tuesday, February 28, 2012

Jangan humban suami anda ke neraka..

Maaf andai ada yang merasakan topik perbincangan saya kali ini agak melampau. Apa yang saya ingin tegaskan kali ini sesungguhnya adalah perkara yang amat penting kerana sejak kebelakangan ini, sudah terlalu banyak kes yang berkaitan dengan topik ini, sampai kepada saya. Mulanya terfikir untuk membincangkan mengenai isu ini setelah menyaksikan cereka Selimut Putih di kaca tv. Bagai satu pembuka jalan, cereka tersebut membawa beberapa kes yang serupa kepada saya.

Dewasa ini terlalu sedikit kes rumahtangga yang berpunca daripada kaum wanita. Bukan bererti kes-kes seperti itu tidak ada tetapi saya yakin, kes-kes yang berlaku berjaya ditangani sebaiknya oleh para suami. Malangnya, sejak kebelakangan ini, terlalu banyak kes yang melibatkan sikap kaum isteri atau wanita yang melampau termasuklah kes menghambakan suami dan curang kepada suami. Nauzubillah min zalik. Berkaitan dengan tajuk topik kali ini, sebenarnya saya lebih menjurus kepada kes-kes yang menyerupai kisah lakonan Rita Rudaini, Norlia dan Rosdi Ramli. Ya, tentang seorang isteri yang mempergunakan kasih sayang suami untuk kepentingan diri sendiri hingga menyebabkan si anak dilaknat oleh Allah kerana menderhaka kepada si ibu.

Seperti yang pernah saya jelaskan sebelum ini, setiap anak lelaki dan anak perempuan mempunyai tanggungjawab kepada ibu bapa masing-masing. Seorang lelaki yang berkahwin juga berhak menunaikan tanggungjawab kepada ibu bapanya selagi hak isteri dan anak-anak tidak terabai. Sekali lagi saya tegaskan, hak anda sebagai isteri dan anak-anak adalah perkara yang menjadi keperluan semata-mata, bukannya satu kemewahan. 

Satu perkara yang perlu diingat juga, antara tanggungjawab seorang isteri kepada suami ialah menggembirakan hati suami dan tidak membebankan suami dengan perkara sia-sia. Menggembirakan suami termasuklah membenarkan suami membahagiakan hati ibu bapanya, bukannya menggunakan suami untuk menyusahkan ibu bapa suami anda hingga suami anda mengecilkan hati ibu bapanya.

Pernah dengar kisah seorang sahabat Rasulullah s.a.w bernama Alqamah? Alqamah tidak dapat mengucapkan lafaz syahadah di saat kematiannya. Bukan sekadar tidak mampu mengucap syahadah tetapi tersiksa ketika mendepani saat terakhir kehidupannya. Hinggalah Rasulullah s.a.w meminta ibu Alqamah mengampunkan dosanya barulah Alqamah dapat melafazkan syahadah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sebenarnya, kesalahan Alqamah bukanlah besar malah tanpa disengajakan. Alqamah hanya tidak menjamah makanan yang dibawa oleh ibunya ketika bertandang ke rumah Alqamah. Si ibu berasa kecil hati kerana merasakan Alqamah tidak sudi menjamah masakannya lagi setelah mempunyai isteri. Hanya kerana kesalahan sekecil itu, Alqamah mendapat penyiksaan yang besar. Bayangkan jika kesalahan yang lebih besar anda lakukan kepada ibu dan juga bapa anda?

Sebagai seorang isteri, anda berperanan untuk menjadikan suami anda seorang anak yang soleh dan diredhai oleh ibu bapa suami anda kerana dengan redha merekalah, Allah akan meredhai kehidupan suami anda malahan kehidupan anda juga. Walaupun suami anda tidak mempunyai tanggungjawab sepenuhnya kepada ibu bapanya, apalah salahnya jika anda benarkan SEBAIKNYA ANDA SEBAGAI ISTERI, MENDORONG AGAR SUAMI ANDA melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. Walaupun suami anda perlu mengutamakan keperluan anda dan anak-anak, apalah salahnya jika anda berkongsi hasil pendapatan tersebut dengan ibu bapa mertua anda sekiranya mereka memang tidak berkemampuan. Rezeki yang sedikit, jika dikongsi denga setulus hati akan berkat dan tidak akan habis, insyaAllah.

Perlu diketahui, membantu ibu bapa dengan seikhlas hati walaupun dengan sedikit cuma, Allah akan memberkati rezeki anda. Kalau ibu bapa mertua nyata dah mampu untuk keperluan dan perlukan hasil pendapatan suami anda untuk kemewahan, memanglah tidak perlu disokong.

Peringatan untuk semua wanita bernama isteri, termasuk diri saya sendiri: Hari ini kita adalah wanita muda, seorang isteri, mungkin juga seorang ibu muda. Akan tiba masanya kita akan menjadi tua, mempunyai anak lelaki dan bermenantukan seorang wanita muda. Andai perlakuan anda tika muda adalah perlakuan tidak baik seperti watak lakonan Rita Rudaini, anda akan turut merasai pembalasan azab tika hari tua, sama seperti watak Norlia yang sedar bahawa segala penderitaan yang dihadapi adalah kerana dia bersikap kurang ajar dengan suaminya sendiri.

Paling penting, setiap daripada kita perlu memikirkan kepentingan orang lain juga, bukan hanya memikirkan kepentingan diri sendiri. Jadikan diri anda sebagai seorang yang baik budi pekerti. Percayalah, walaupun sukar untuk hidup tetapi anda akan mempunyai hati yang tenang dan bahagia selamanya. Paling penting juga, anda tidak menjadikan diri anda, anak anda atau pasangan anda sebagai hamba Allah yang tidak diredhai di dunia atau akhirat. Jadikanlah kasih sayang anda kasih sayang yang tulus agar setiap insan di sekeliling anda turut merasai bahagia hidup di dunia dan di akhirat.

Nabi Sulaiman, Mukjizatnya dan hamba Allah

Nabi Sulaiman adalah anak kepada Nabi Daud A.S. Sejak kecil lagi Nabi Sulaiman sudah pandai memberi pendapat yang adil dalam satu-satu hal.

Setelah wafatnya Nabi Daud, Nabi Sulaiman membesarkan kerajaan di bawah pimpinannya.

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman mengadakan perjalanan bersama rombongannya yang terdiri daripada manusia dan jin. Tujuannya adalah untuk melihat kebesaran Allah S.W.T.

Perjalanan mereka pun tiba di tepi laut, tiba-tiba Nabi Sulaiman terpandang suatu benda yang menakjubkan di dalam laut. Dia memerintahkan pada jin Ifrit, “Wahai Ifrit, cuba kamu lihat ke dalam laut, ada suatu benda yang menakjubkan aku, oleh itu kamu bawakan ia kemari”.

Jin Ifrit yang sememangnya gagah tak banyak bercakap kerana takut akan murka Nabi Sulaiman dan terus menyelam ke dasar laut, namun dia tidak berjumpa apa-apa.

Kemudian Nabi Sulaiman menyuruh jin yang lain menyelam untuk mendapatkan benda terbabit, namun malangnya jin tersebut pun gagal berbuat demikian.

Akhirnya Nabi Sulaiman pun berkata kepada Ashif bin Barkhiya, yakni orang yang mendapat ilmu terus dari Allah, “Sekarang aku perintahkan kepadamu agar pergi ke laut dan dapatkan benda ajaib yang aku maksudkan”.

Ashif bin Barkhiya pun menyelam dan terlihat suatu benda yang menyerupai kubah yang diperbuat dari kapur putih.

Dengan kekuatan yang luar biasa, Ashif bin Barkhiya membawa naik kubah ajaib tersebut dari dasar laut dan mempersembahkan kepada Nabi Sulaiman.

Apabila Nabi Sulaiman melihat kubah itu dan berkata, “Wah, alangkah indahnya benda ini, tapi mengapakah aku tidak dapat melihat isi kandungan dalam benda ini padahal Allah telah memberikan mukjizat yang mana penglihatanku dapat menembusi segala sesuatu”.

Nabi Sulaiman pun berdoa kepada Allah supaya dia dapat melihat isi di dalam kubah berkenaan dan Allah memperkenankan doanya. Sejurus selepas berdoa, maka terbukalah kubah tersebut dan Nabi Sulaiman melihat ada seorang pemuda yang sedang sujud dan bertasbih memuji Allah.

Nabi Sulaiman lalu berkata, “Maha suci Allah lagi Maha Besar”. Mendengar seruan Nabi Sulaiman, maka pemuda itu pun bangun dari sujud lalu memberi salam.

Nabi Sulaiman menjawab salam dan memulakan pertanyaan, “Siapakah kamu wahai pemuda! Adakah kamu malaikat, jin atau pu manusia?” Jawab pemuda itu, “Aku hanyalah seorang manusia biasa”.

Nabi Sulaiman bertanya lagi, “Apakah yang membuat kamu memperolehi kemuliaan sedemikian rupa? Apakah amal yang pernah engkau kamu lakukan sehingga Allah menurunkan rahmat dan berkah yang tidak ternilai ini kepada kamu?” Pemuda itu berkata, “Saya berbakti kepada kedua ayah dan ibuku”.

Nabi Sulaiman bertanya lagi, “Bagaimanakah kamu berbakti kepada orang tuamu?”

Jawab pemuda itu, “Saya memelihara mereka berdua sehingga mereka lanjut usia. Kedua ayah dan ibuku adalah orang yang soleh, mereka sangat takut dan taat kepada Allah. Sejak saya kecil hingga dewasa, mereka memelihara saya dengan baik sekali, mereka juga selalu mendoakan saya agar saya menjadi seorang yang soleh. Bapa saya meninggal dunia dalam usia lanjut dalam pemeliharaan saya dan yang tinggal hanya ibu saya yang sudah tua, lemah dan sakit serta matanya buta dan kakinya lumpuh”.

Sambung pemuda itu lagi, “Saya satu-satunya orang yang merawat dan menguruskan keperluannya. Saya selalu mengangkatnya untuk mandi dan saya memandikannya. Segala urusan makan dan minum saya uruskan dan sayalah yang menyuap makanan padanya. Ibu saya selalu mendoakan supaya saya dikurniakan ketenangan dan kepuasan dalam hidup serta memberikan saya setelah wafatnya sebuah tempat yang bukan di dunia atau pun di langit. Setelah ibu saya wafat, saya berjalan-jalan di tepi laut dan saya lihat ada suatu kubah dari mutiara. Saya mendekati kubat tersebut dan pintu kubah terbuka. Apabila saya masuk ke dalam, pintu kubah ini tertutup, maka tidaklah saya ketahui sama ada saya berada di bumi atau langit”.

Nabi Sulaiman bertanya, “Kamu hidup di zaman mana?” Pemuda itu menjawab, “Saya hidup di zaman Nabi Ibrahim A.S”.

Nabi Sulaiman mengirakan umur pemuda tersebut dan dalam kiraannya umur pemuda itu telah mencapai 14,000 tahun, tetapi tiada satu uban pun pada rambutnya.

Nabi Sulaiman lalu bertanya, “Apakah tuan merasakan nikmat Allah? Bagaimana Allah memberikan rezeki padamu dalam kubah ini?” Pemuda itu berkata, “Setelah saya berada di dalam kubah ini, maka tahulah saya bahawa Allah telah menciptakan syurga khusus buat saya”.

Nabi Sulaiman teringin sangat melihat syurga yang pemuda itu katakan. Kemudian pemuda itu pun berdoa kepada Allah lalu suasana di dalam kubah yang gelap tiba-tiba bertukar menjadi terang-benderang.

Terkejut Nabi Sulaiman sambil berkata, “Maha suci Allah seru sekian alam”. Satu pemandangan yang tak ada di dunia ini terpampang di hadapan Nabi Sulaiman dan rombongannya di mana terdapat pokok-pokok, kebun yang indah, kolam air susu dan madu serta suara-suara yang merdu di dalamnya.

Pemuda itu berkata, “Jika saya lapar, saya makan bermacam-macam buah-buahan yang pelbagai macam cita rasa, semua makanan yang saya ingin akan tersedia dan kalau saya haus, akan tersedia pula bermacam-macam jenis minuman yang paling lazat”.

Nabi Sulaiman bertanya lagi, “bagaimana kamu dapat mengetahui siang atau malam?” Jawab pemuda itu, “Apabila terbit fajar maka kubah ini akan menjadi putih dan apabila matahari terbenam kubah ini akan menjadi gelap”.

Kata pemuda itu lagi, “Cukuplah, sebab saat ini saya harus mengadap kembali pada Allah untuk solat dan zikir, bertasbih dan mengsucikan serta memuji kebesaranNya”.

Nabi Sulaiman dan rombongannya segera keluar dari kubah tersebut dan pemuda itu berdoa kepada Allah, lalu tertutuplah kembali kubah itu. Nabi Sulaiman termenung sejenak memikirkan peristiwa yang dilihatnya sebentar tadi dan mengarahkan Ashif bin Barkhiya untuk membawa kubah tersebut kembali ke dalam laut di tempat asalnya.

Setelah itu Nabi Sulaiman berkata kepada rombongannya, “Untuk pertama kali aku menjumpai tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah, aku bersyukur kepada Allah dan semoga bertambah iman dalam sanubariku. Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah dan aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar dan tiada daya dan kekuatan apa pun di dunia ini melainkan dengan kehendak Allah S.W.T”.

Kepada semua pembaca, kasihlah kepada ibu bapa kita sementara mereka masih ada di dunia dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani kita sewaktu kecil.

Fikirlah sejenak, apakah sumbangan kita terhadap keduanya? Apakah sudah cukup kasih sayang dan perhatian kita untuk mereka? Sudah cukupkah bakti yang kita lakukan semasa usia mereka lanjut dimamah usia?

Adakah kita ini tergolong dari golongan yang berbakti kepada ibu bapa? Bersama kita renungkan dan kita amalkan, insyaAllah. Ingatlah, doa ibu bapa terhadap anaknya adalah mujarab dan tiada hijab antaranya dengan Allah.
Sumber: Himpunan kisah-kisah teladan

Tips Penjagaan Sistem Brek Kereta


Sistem brek merupakan komponen utama dalam memastikan kereta bergerak dengan lancar. Tanpa sistem brek yang berfungsi dengan baik, berkemungkinan besar anda akan mengalami kemalangan jalanraya.
Related Posts with Thumbnails

Cara Penjagaan Sistem Brek | Sistem brek merupakan salah satu elemen yang paling penting untuk memastikan kereta bergerak dengan lancar. Tanpa sistem brek yang stabil, berkemungkinan kereta boleh terbabas atau mengalami masalah untuk brek ketika berada dalam mod laju. Sebagai pemilik kereta, kita perlu apakah cara penjagaan sistem brek kereta untuk mengelakkan kereta mengalami kerosakan.
1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.

2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam ‘makan’ tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.

3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.

4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.

5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.

6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek ‘jam’. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.

7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.

8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek dan sistem brek anda telah ditukar tanap kebenaran JPJ.


9. Semasa memandu elakkan kaki daripada sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.

10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.

11. Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat apabila padel ditekan.

Maka jelas di sini, penjagaan sistem amat-amat penting bagi sesebuah kereta. Jangan biarkan kereta kita terdedah dengan ancaman bahaya seperti brek tak berfungsi, brek kekeringan minyak dan sebagainya. Jika mengalamim masalah brek tidak berfungsi, segeralah bawa ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber - melayukini

Doa Amalan Para Wanita

Bismillahirrahmaanirrohimm.
Assalamualaikum Wbr.
Bersama kita berkongsi ilmu.
Terdapat beberapa tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.
Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah, iaitu :-
 
DALAM sebutan rumi :
" BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMA IWAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM "
 

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
 
Doa ini sebenarnya adalah kutipan dari kalimah Bismillah 5. Oleh itu saya anjurkan agar kita terus mengamalkan membaca Bismillah 5 kerana banyak manfaatnya membaca Bismillah 5 kerana jika diamalkan Bismillah 5 juga insyaallah akan melindungi kita dari cubaan sihir santau dan racun ke atas kita melalui makanan dan minuman.

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
 DALAM SEBUTAN RUMI : 
" ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM "

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri. Fikirkanlah.

Friday, February 24, 2012

Atasi sakit belakang dan pinggang

Tahukah anda diantara 8 daripada 10 orang pernah mengalami sakit belakang dalam hidupnya. Khususnya wanita, yang seringkali membawa beg besar dengan beban cukup berat, ditambah lagi memakai kasut tumit tinggi.

Kehamilan, lalu menggendong anak selama berjam-jam juga jadi punca sakit belakang pada wanita. Demi mengurangkan risiko sakit punggung yang menyeksa, lakukan saja empat langkah berikut yang dilaporkan dari Health.com

Kurangkan kandungan begHati-hati jika berat beg anda, melebihi 10 peratus daripada berat badan. Ini petanda beg anda terlalu berat dan boleh menyebabkan sakit belakang. Untuk itu akan kurangkan kandungan beg, bawalah barang yang anda benar-benar penting. Bawa juga tas dengan betul. Jika talinya cukup panjang, bawalah beg menyamping dengan tali menyilang di dada. Pilih juga beg yang talinya agak lebar.

Tilam yang sesuaiTidur di tempat tidur yang empuk memang terasa selesa, namun ini juga tak terlalu baik untuk kesihatan tulang belakang. Jadi, pastikan tempat tidur yang anda tiduri, tidak terlalu empuk atau terlalu keras. Tilam yang baik adalah yang mampu menyokong tubuh secara stabil saat tidur.

Ketatkan otot perutMemiliki otot perut yang kuat boleh membantu melindungi punggung dari kecederaan. Lakukan saja latihan pelvis sebanyak 2 hingga 3 kali tiap minggu. Caranya, berbaring telentang dengan lutut ditekuk dan kaki menempel di tingkat. Lalu, secara perlahan-lahan tarik lutut mendekati perut, rasakan kontraksi pada perut dan pinggul harus diangkat sedikit dari lantai.

Pengambilan sayur-sayuran hijauAnda pasti sudah tahu bahawa kalsium adalah kunci untuk tulang yang kuat. Namun, para penyelidik Jepun mendapati ada satu pengambilan lagi yang sangat diperlukan untuk menguatkan tulang, iaitu vitamin K.

Vitamin ini banyak ditemui pada brokoli, bayam, dan sayur-sayuran berdaun hijau. Vitamin K, berfungsi membantu simpanan kalsium dalam tulang, sehingga membuatnya lebih padat. Ketika tulang anda kuat, maka tubuh semakin fit dan risiko mengalami kecederaan yang menyebabkan sakit belakang pun berkurang.

Tuesday, February 21, 2012

KETIMAS/KETINGIT - ketiak masam/ketiak hangittttttt

Pernahkah anda solat berjemaah di sebelah makmum lain yang bau peluhnya hangit? Tambahan pula sekarang ini banyak masjid yang memasang penghawa dingin, jadi udara terkumpul dalam ruang dewan solat sahaja, ini menambahkan lagi bau hangit dan amat menyeksakan.

Dalam banyak-banyak benda busuk, benda yang paling tidak dapat saya tahan adalah bau ketiak dan juga bau badan hangit. Ia mempunyai bau menyucuk yang kadang kala menyekat pernafasan kita. Bayangkan ketika solat makmum sebelah kita mengangkat tangannya bertakbir, baunya terus menyerang. Saya pernah termuntah akibat bau 'pahit' yang dibawa oleh pengidap2 bau badan hangit ni.

Bayangkan pula ketika dia rukuk dan juga sujud sambil mengepakkan tangannya luas, ambil sunnah kononnya, dalam masa yang sama ia sekali lagi meyebabkan rakan makmumnya menahan nafas. Begitulah kita rasa tersekat dada sehinggalah tamatnya solat. Langsung hilang kusyuk dan tawadduknya untuk solat.

Teringat saya masa kat kampung dulu diceritakan oleh kawan saya yang berkerja sebagai pemandu lori di kilang kotak. Ramai wanita yang bekerja di situ dan dia sering melayan seorang remaja wanita yang selalu tolong angkat kotak bersama dengannya.Satu hari dia balik menceritakan pada saya hari itu rakan perempuan  yang dia rapat itu pengsan dan di bawa ke hospital. Saya tanya kenapa jadi begitu. Sambil ketawa dia berkata sebab tak tahan dengan bau minyak wangi!.

Kilang kotak tersebut memang panas terutamanya pada kawasan loading barang. jadi wanita-wanita itu biasalah hari-hari akan berpeluh dan hangitlah bau badan mereka. Hari itu rakan perempuan kawan saya tersebut menyapu minyak wangi pada pakaiannya untuk menghilangkan bau badannya.

Tapi malangnya bau hangit ketiak bercampur dengan bau minyak wangi akhirnya menimbulkan satu bau yang pelik dan semua orang tak tahan termasuklah diri dia sendiri sehingga membawa kepada pengsan. Bau hangit yang sedia ada jika ditambah dengan bau wangi confirm jadi harung lak baunya. Ianya takkan mengharumkan suasana pun.

Satu petua yang kawan sekampung saya amalkan sejak sekolah lagi dan amat mujarab dalam mengawal bau hangit ketiak adalah dengan menyapu tawas pada ketiak setiap pagi sebaik saja lepas mandi. Selepas sapu tawas barulah anda pakai bedak pada ketiak anda tersebut. Tak perlu pakai deodorant pun. Insyallah bau ketiak tiada selama 24 jam dan anda akan menjadi manusia yang di sukai.

Tawas boleh di beli di kedai-kedai runcit mamak. tawas ini dalam bentuk ketulan seperti rupa garam. Apabila sering disapu pada ketiak kita ia menjadi berkilat dan bulat. Tawas ini biasanya digunakan untuk memandikan mayat. Kalau anda nak berbakti kepada kawan2 yang sering buat anda tak tahan bau ketimas/ketingit nya itu anda hadiahkanlah tawas pada dia dengan ukiran yang lawa2 sikit supaya dia terasa dihargai tapi pada masa yang sama sekolahkan dia dgn bagitau bahawa sebagai rakan anda tak mau kehilangan rakan sebab anda tak tahan bau ketimas/ketingit dia.

Hilangkan lah bau ketiak anda, anda akan mendapat pahala yang banyak terutamanya ketika bersolat jemaah dan naik satu kereta beramai-ramai dengan kekawan. Jangan buat dosa dengan ketiak hangit anda ketika solat berjemaah atau semasa anda bersama rakan2, jiran dan masyarakat sekitar anda.

Monday, February 20, 2012

Tegur Isteri Tanda Sayang

"Hidup berumah ini ini perlu ada seninya", nasihat seorang tua pada saya pada suatu hari. "Seni bagaimana tu Pak Cik?", tanya saya sambil tersenyum dan seterusnya ketawa. "Ish kamu ni, jangan fikirkan yang bukan-bukan", balasnya. "Tak adalah Pak Cik, saya mengusik ja". "Macam ni, ada banyak seni yang yang perlu dipelajari terutamanya yang baru bergelar suami seperti kamu". " Seni bagaimana tu Pak Cik". "Ada banyak seni sebenarnya. Tapi salah satu seni yang paling penting diperingkat awal perkahwinan ini adalah seni menegur isteri".

Menegur Isteri Suatu Cabaran

Menegur isteri merupakan suatu perkara yang amat mencabar bagi seorang lelaki. Walaupun ianya nampak mudah, namun begitu sekiranya tersalah langkah boleh membawa pecah belah di dalam rumah tangga.

Bukan semua isteri mudah menerima teguran daripada suami, apatah lagi bagi pasangan yang memulakan perkahwinan dengan percintaan. Apabila si suami memberi teguran, si isteri akan mengungkit kisah-kisah lama semasa bercinta dimana si suami membontoti sahaja kehendaknya pada ketika itu. Sehinggakan bau kentut pun dirasakan wangi seperti deodoren.

Fitrah Wanita Perlu Di Tegur

Sudah menjadi fitrah kejadian, untuk menjadikan seorang wanita itu baik mereka perlulah ditegur dan selalu diingatkan tentang kebaikkan. Menegur bukan sahaja untuk memperbaiki, tetapi lebih daripada itu adalah sebagai salah satu langkah untuk menjadikan isteri sebagai isteri yang terbaik di dunia dan akhirat.

Oleh sebab itulah Baginda S.A.W telah berpesan kepada golongan suami berkenaan perihal ini:

Sabda Nabi S.A.W:
"Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita"  (Hadis riwayat Bukhori dan Muslim)

Seni Dalam Menegur

Sebagaimana pesan Nabi S.A.W, untuk meluruskan tulang yang bengkok bukannya mudah. Andai tersilap mungkin boleh patah, seandainya dibiarkan ianya akan terus bengkok selama-lamanya. Di sinilah suami perlu bijak mencari strategi untuk meluruskan tulang yang bengkok ini.

Menurut Pak Cik tersebut, ada perkara-perkara yang boleh digunakan dan tidak boleh digunakan untuk menegur isteri.

Pertamanya, teguran tersebut boleh dilakukan secara lisan ketika pasangan suami isteri berdua-dua dalam keadaan yang tenang. Jangan sekali-kali menegur ketika sedang makan dan dihadapan khayalak ramai kerana ianya boleh menjatuhkan maruah isteri.

Keduanya boleh dilakukan secara penulisan. Si suami boleh menulis surat atau email kepada isteri dengan ayat yang puitis untuk menegur si isteri. Namun begitu katanya, jangan sekali-kali menegur isteri dengan sms kerana ianya boleh menimbulkan salah faham dan menghancurkan hati isteri. Apatah lagi sekiranya sms tersebut diterima ketika bekerja atau memandu yang boleh menyebabkan fikiran isteri terganggu. Tetapi menurutnya, ianya bergantung kepada keselesaan masing-masing. Lain padang lain belalang, lain orang lain ragamnya. Asalnya ianya berhikmah nescaya ianya membawa kepada mawaddah. Teguran mestilah ikhlas untuk membimbing isteri daripada tidak tahu kepada tahu. Bukan untuk menunjukkan "kekuasaan" sebagai suami semata-mata. Bak kata orang tua-tua, "cubit-cubit sayang".

Bahana Suami Tidak Menegur

Sesetengah golongan lelaki memilih untuk berdiam diri. Awas, kadang-kadang tindakan berdiam diri ini boleh membawa si suami terjerumus ke dalam golongan yang dayus. Langsung tidak memberi respon walaupun si isteri melakukan kesalahan di depan mata.

Takutlah akan pesan Baginda S.A.W :
Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus? , berkata nabi : " Iiatu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya) - ( Riwayat At-Tabrani)

Menegur Isteri Tanda Kasih Sayang

Ada yang menganggap, menuruti kehendak isteri itu adalah salah satu tanda seorang suami itu menyayangi isterinya. Namun begitu, ada juga premis yang menganggap perkara ini boleh menjerumuskan rumah tangga tersebut kepada kebinasaan. Ini kerana, bukan kesemua kehendak isteri perlu dituruti oleh suami.

Sekiranya isteri melakukan kesalahan atau kesilapan, ianya perlulah ditegur seawal membina rumah tangga. Janganlah ditangguhkan kerana ianya boleh membawa barah di dalam kehidupan rumah tangga tersebut. Akhirnya menjadikan kesalahan sebagai perkara biasa. Akhirnya isteri naik tocang, rumah tangga menjadi pincang. Akhirnya suami mendapat pengiktirafan sebagai suami yang dayus.

Hidupkanlah budaya tegur menegur , nasihat-menasihati di dalam rumah tangga. Andai isteri tersalah, suami menegurnya. Begitu juga sebaliknya.

Murtad... Jgn menyalahkan tapi carilah puncanya utk selesaikan..

Isu murtad sudah banyak kali ditimbulkan oleh pendakwah dan dibesarkan oleh media, namun apa yang ditimbulkan itu hanya tinggal begitu sahaja. Bising sekejap kadar seminggu, setelah ada pihak menafikannya, isu tersebut hilang begitu sahaja tanpa apa-apa tindakan. Persoalannya benarkah murtad menjadi-jadi mutakhir ini?

Kalau kenyataan itu keluar daripada orang yang berautoriti bolehkah kita terima sebagai sah. Persoalannya siapa yang berautoriti dalam hal ini?

Sudah tentu mereka yang berurusan mendaftar, peguam syari’ dan hakim syari’. Mereka inilah yang paling tahu kadar sebenar. Apapun orang lain hanya sekadar mendengar maklumat daripada orang lain.
 
Kita tidak nafikan ada orang yang murtad tetapi tetapi apakah kepentingan kita besarkan isu itu? Kadang-kadang isu itu dibesarkan oleh musuh untuk menjadikan kita panik dan takut sekali gus melemahkan jiwa umat Islam sendiri. Hal ini mungkin mereka sudah merasa umat Islam semakin lemah atau berpecah.
Kadang-kadang kenyataan itu dikeluarkan oleh tokoh Islam sendiri sebagai amaran kepada umat yang masih leka lalu membiarkan diri dan keluarganya terpesong jauh daripada Islam. Isu itu mungkin tidak besar mana, tetapi dibesarkan untuk melahirkan kesedaran dan kewaspadaan. Walau apapun kedua-dua keadaan ini ada pro dan kontranya.

Realiti isu murtad
 
Umat Islam yang dikatakan murtad terdiri daripada golongan muallaf yang terbiar tanpa bimbingan. Mereka ini apabila memeluk Islam tidak menghadiri sebarang kursus atau kelas pengajian. Mereka meneruskan kehidupan harian seperti biasa. Sedangkan amalan Islam tidak diamalkan seperti yang sepatutnya.
Golongan ini juga sesetengahnya tidak ada pekerjaan maka sepanjang kehidupannya mengharapkan bantuan zakat dan sumbangan orang ramai. Sebahagian mereka memberi alasan sakit dan ditinggalkan isteri atau dibuang kerja. Mereka ini kalau terus dibiar tanpa didikan Islam lambat laun akan murtad akhirnya.
Golongan kedua terdiri daripada orang yang berkahwin dengan orang Islam. Pasangan Islam ini pula tidaklah berniat untuk membimbing pasangannya. Lebih malang lagi pasangan yang asal Islam ini tidak menunaikan solat, bagaimana dalam keadaan itu dia boleh menjadi contoh kepada pasangan yang baru memeluk Islam itu.
Di sinilah kadang-kadang jodoh mereka tidak lama, pasangan yang muallaf ini seperti laying putus talinya. Apabila tiada lagi tempat bergantung, dia akan mencari orang yang boleh membantunya. Bagaimana kalau dia bertemu dengan orang bukan Islam yang mengajaknya supaya murtad, tentu dia dengan mudah boleh murtad.
Dua keadaan ini, siapa yang boleh kita salahkan? Jelas di sini, orang Islam sendiri yang patut disalahkan. Orang yang mengislamkannya sama ada dengan cara dakwah atau dengan berkahwin sepatutnya dihukum kerana cuai membimbing ke jalan yang benar. Jadi kalau begitu mengapa kita asyik menyalahkan orang yang murtad? Memang mereka hendak Islam tetapi orang Islam yang tidak mahu mendidik dengan cara yang betul.
Orang Islam sendiri, tidak banyak yang bertindak murtad kecuali mereka lemah Islamnya lalu berjaya dipujuk ke arah murtad. Biasanya mereka ini dipujuk oleh pasangan kekasih atas alasan cinta. Mereka tidak juga faham agama itu dengan baik sebagaimana dia tidak memahami Islam dengan sebaiknya. Mereka ini biasanya menipu ibu bapa dalam pergaulan kerana sering dikongkong oleh ibu bapa.
 
Dalam kes sepertinya, ibu bapa juga boleh dipersalahkan selain anak itu sendiri. Kecuai mereka mendidik anak dengan sempurna ada dosa besar. Kita kena ingat iman tidak diwarisi, maka kalau tidak dididik dengan yang betul pasti tidak menjadi. Apabila anak dibiar atas alasan percaya dia bersekolah agama adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Punca murtad
Gelaja murtad yang disebut di atas berlaku apabila seseorang itu dalam keadaan goyah imannya. Tetapi tahukah anda orang yang ada iman malah kuat imannya juga boleh menjadi murtad. Mereka boleh murtad dengan rosaknya iman di dada. 
Ada tiga perkara atau tiga cara iman itu boleh rosak:
 
1. Iktiqad.
2. Perkataan.
3. Perbuatan.
 
Melalui iktiqad, iman boleh rosak dengan sebab-sebab berikut:
 
1. Kurang yakin atau ragu-ragu dengan satu atau lebih dari sifat-sifat yang wajib bagi Allah. Contohnya: Ragu dengan Qudrat (kekuasaan) Allah. Sebaliknya ia yakin bahawa ada kuasa lain yang boleh memberi bekas selain Allah.
2. Ragu dengan perkara-perkara ghaib seperti wujudnya malaikat, Hari Qiamat, Alam Barzakh, syurga, neraka dan lain-lain seumpamanya.
3. Ragu dengan satu atau lebih dari sifat-sifat nabi dan rasul.
4. Ragu tentang mampunya Islam, dengan panduan al-Quran dan Sunnah, sebagai pembawa keselamatan.
 
Jadi, semua keraguan tentang perkara yang disuruh beriman dengannya oleh Allah boleh membawa kepada rosaknya iman seseorang. Oleh sebab itu amat perlu bagi tiap-tiap individu memastikan hatinya tidak ada sebarang keraguan.
Selain itu iman juga boleh rosak melalui perkataan. Ianya boleh berla ku sama ada sedar atau tidak. Antara perkataan yang boleh merosakkan iman ialah:
1. Mengatakan Allah itu kejam, zalim, tidak adil dan lain-lain yang mencacatkan kesempurnaan sifat Allah.
2. Mengata dan mencaci Rasulullah sama ada tentang perkataan, perbuatan dan seluruh ajaran baginda.
3. Mengatakan syariat Islam tidak sesuai untuk semua zaman. Ia hanya sesuai untuk "zaman unta" dan sebagainya.
4. Menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal. Contohnya: Menghalalkan riba, zina, arak, judi dan lain-lain. Mengharamkan poligami dan lain- lain.
 
Pendek kata apa sahaja perkataan yang dikeluarkan berbentuk cacian dan penghinaan pada kemuliaan dan kebenaran Islam, sama ada sengaja atau tidak boleh merosakkan iman seseorang. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga perlulah kita berhati-hati dalam bercakap, jagalah perkataan yang keluar dari mulut kita.
Seterusnya perbuatan juga boleh merosakan iman. Perkara ini boleh berlaku kerana dua keadaan:
 
1. Sujud pada selain Allah, sama ada pada patung, pokok kayu, matahari, bulan dan lain-lain.
 
2. Meraikan dan membesarkan hari-hari agama lain.
Jelas di sini seseorang yang melakukan salah satu dari tiga cara di atas, dalam sedar dan yakin, adalah seorang yang telah rosak imannya. Dengan kata lain mereka telah murtad. Dengan kedudukan ini munasabahlah ramai umat Islam murtad. Boleh jadi murtad jenis ini lebih besar.

Selamatkan yang murtad
Menyedari keadaan ini semua pihak perlu bertanggungjawab menyedarkan umat Islam ada yang sudah murtad dan mereka yang termasuk dalam gejala murtad di atas. Untuk mengembalikan mereka tidak cukup dengan demontrasi, kempen berpidato dan sebagai. Semua itu boleh menjadikan musuh Islam mengelakkan kita.
Menggubalkan undang-undang atau akta murtad memang bagus, kerana kewujudannya boleh menghalang orang Islam daripada murtad. Dan kalau ada yang murtad boleh dihukum dengan undang-undang itu. Tetapi itu semua untuk mereka yang sudah murtad. Bagaimana yang dalam gejala murtad yang semakin ramai kini?
Di sinilah pentingnya dakwah dan pengajian untuk orang Islam. Usaha ini perlu dijalankan dengan serius. Usaha ini sepatut disokong oleh kerajaan dan NGO Islam. Orang yang selama ini menentang gerakan dakwah sepatutnya insaf bahawa sebenarnya gejala murtad itu ada kaitan dengan penentangan mereka. Oleh sebab itu bukalah peluang yang luas untuk menyebar luaskan ajaran Islam di mana-mana.
Umat Islam perlu disedarkan dengan perkara yang boleh membatalkan iman kerana semua itu jalan kepada murtad. Jadi, usahakan agenda ini dengan serius agar iman umat Islam kembali teguh. Pada masa yang sama didiklah orang yang baru memeluk Islam dengan sebaiknya. 
 
Percayalah kalau semua pihak bergerak aktif pasti umat Islam akan kembali gemilang. Ketika itu negara dan kepimpinannya akan disegani oleh musuhnya.

Hukum Wanita Memakai Loceng Di Kaki

Anda pernah melihat kanak-kanak kecil memakai loceng di kaki? Kebiasaannya wanita jika kita lihat, masyarakat melayu sering memakaikan anak perempuannya dengan loceng di kaki. Sebagai contoh bagi orang dewasa, lelaki atau perempuan hendaklah menjaga tata cara pergaulan dan pemakaian apabila berhubung dengan bukan mahram seperti di tempat kerja. Bukan terletak semata-mata ke atas loceng di kaki sahaja.

Paling utama dalam hal pemakaian kerana cara berpakaian dapat menarik perhatian orang lain yang bukan mahram. Memakai gelang kaki bagi wanita Islam dengan bunyi loceng itu terlalu kuat sehingga menarik perhatian rakan sekerja yang lain untuk berpaling melihat ke arahnya dikira bercanggah dengan tata cara pemakaian dan pergaulan seorang wanita Muslimah dan Mukminah.

Itu sebabnya *memakai loceng kaki bagi wanita dihukum haram apabila bertujuan sedemikian dan pemakaian hiasan sedemikian perlu dielakkan. Ini jelas apabila al-Quran menggariskan berkenaan tatacara bergaul dan berpakaian seorang wanita Islam iaitu :

 *“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau  anak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur (24): Ayat 31).

Dalam ayat ini, kita boleh simpulkan termasuk dalam ‘menghentak kaki’ ialah memakai gelang berloceng dan memakai kasut bertumit keras sehingga mengeluarkan bunyi.

*Islam melarang perbuatan itu kerana ia menarik perhatian orang sehingga terserlah perhiasan diri seseorang wanita Manakala memakai gelang kaki berloceng bagi anak-anak perempuan yang masih kecil dan bertujuan untuk pengawasan pula adalah harus.  Ia tidak termasuk dalam larangan di atas kerana tidak bertujuan menarik perhatian lelaki dan usianya masih kecil.

Isu ini juga sama jugalah dalam pemakaian kasut sepatu yang mempunyai heel yang tinggi. Apabila seorang wanita berjalan sambil menghentakkan kaki dan menghasilkan bunyi, maka terdapat lelaki yang memandangnya, maka ia secara tidak langsung jatuh hukum haram seperti mana yang termaktub dalam bab tabarruj. Setiap Muslim dan Muslimah hendaklah menjaga tata cara pergaulan dan pemakaian apabila berhubung dengan bukan mahram seperti di tempat kerja.

Khusnul Khatimah..

Sesungguhnya sentiasa mengingati mati akan mendekatkan diri kita kepada Allah swt kerana dengan mengingati mati kita akan sentiasa terarah untuk melakukan segala suruhannya dan menjauhi larangannya.

Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik ‘husnul khatimah’? Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah atau kematian yang baik ini. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:
  1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)
  2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)
  3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)
  4. Mati syahid di dalam medan perang yakni mereka yang gugur ketika berperang seperti terbunuh dan dibunuh.
  5. Mati dalam peperangan fisabilillah. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian? Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah. Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.” Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.” (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)
  6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut: Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)
  7. Mati kerana tenggelam. Ia tidaklah termasuk mereka yang lari dari polis dan terjun ke suangai untuk mengelakkan diri dari ditangkap.
  8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah. Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)
  9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.
  10. Mati terbakar.
  11. Mati kerana penyakit busung perut. Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)
  12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC). Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)
  13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
  14. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.
  15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).
  16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah

Friday, February 17, 2012

Anak-anak belalang...

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Siapakah kita?....

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s dan sesungguhnya merekalah orang yang rugi kerana masanya terbuang begitu sahaja.

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa mengejar dunia dan mengumpul harta tanpa memanfaatkan hartanya dengan bersedekah dan berzakat.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik dan sentiasa menghiasi dirinya dengan wuduk dan memakai 'pakaian' amal ibadat.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka dengan melakukan suruhan dan menjauhi laranganNya..

Siapakah org yg kedekut ?
Orang yg kedekut ialah org yg mendapat satu ilmu tetapi dia tidak beramal dengan ilmu yang diperolehi, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain. 
 Oleh itu sampaikanlah ilmu itu walau hanya satu huruf.