Showing posts with label malaikat. Show all posts
Showing posts with label malaikat. Show all posts

Monday, April 8, 2013

Siri Jejak Rasul.... Nabi Idris a.s.



Nabi Idris a.s. ialah salah seorang rasul dan nabi yang diturunkan oleh Allah s.w.t. untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Nabi Idris merupakan rasul kedua daripada 25 rasul yang wajib diketahui oleh umat Islam.

Tidak banyak keterangan yang didapati tentang kisah Nabi Idris di dalam Al-Quran mahupun dalam kitab-kitab Tafsir dan kitab-kitab sejarah nabi-nabi.Di dalam Al-Quran hanya terdapat dua ayat tentang Nabi Idris iaitu dalam surah Maryam ayat 56 dan 57 dan dalam surah Anbiya ayat 85 dan 86: "Dan ceritakanlah { hai Muhammad kepada mereka , kisah } Idris yang terdapat tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. 57 - Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi." { Maryam : 56 - 57 } "Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta Zul-Kifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar. Dan Kami masukkan mereka dalam (kumpulan yang dilimpahi) rahmat Kami: sesungguhnya mereka adalah dari orang-orang yang soleh." { Anbiya : 85 - 86 }.

Nabi Idris diutus oleh Allah Swt. untuk mengingatkan umat keturunan Kabil yang telah bersikap durhaka. Nabi Idris a.s merupakan keturunan keenam Nabi Adam a.s, anak kepada Yarid bin Mihla‟el bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam a.s dan merupakan keturunan pertama yang dikurniakan kenabian selepas Nabi Adam a.s dan Nabi Syith a.s. di kalangan bangsa Ibrani.
Nabi Idris a.s. dilahirkan dan dibesarkan di sebuah daerah yang bernama Babylon. Sejak kecil Nabi Idris a.s. telah berguru tentang kehidupan dan pelbagai perkara kepada Nabi Syits.Kemana pun Nabi  Syits berdakwah Nabi Idris akan sentiasa menemaninya.

Nabi Idris a.s. adalah pemuda yang sangat bijak,pandai dan memiliki aspirasi yang tinggi. Nabi Idris a.s. dilahirkan seratus tahun selepas kematian Nabi Adam a.s. dan merupakan manusia pertama yang belajar menulis.Nabi Idris a.s. juga adalah manusia yng menemui sains astronomi dan aritmetik. Sebagai nabi, nabi Idris a.s. dikurniakan pelbagai kepandaian oleh Allah SWT.      Selain pandai menulis, membaca,mengetahui ilmu alam dan ilmu matematik, Nabi Idris a.s. selalu membuat pakaiannya sendiri dengan fesyen yang indah.

Selain bidang itu, Nabi Idris juga dianugerahkan Allah SWT pandai membuat rumah dengan binaan sederhana tetapi indah. Rumah-rumah yang dihuni manusia pada ketika itu, meniru reka bentuk rumah Nabi Idris a.s. Kelebihan-kelebihan Nabi Idris a.s. tersebut di manfaatkan untuk mengajak orang melakukan kebaikan, berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran.

Dalam misi kenabiannya, Nabi Idris a.s menerima wahyu daripada Allah SWT melalui Malaikat Jibril sebanyak 30 shahifah iaitu 30 wahyu firman Allah SWT yang perlu disampaikan kepada umat manusia. Nabi Idris a.s menetang manusia yang menyembah manusia yang mengagung-agungkan patung atau berhala. Selain itu, Nabi Idris a.s. juga menganjurkan kaumnya untuk melakukan puasa sebagai latihan untuk mengawal nafsu.

Nabi Idris a.s di dalam Al-Quran digolongkan sebagai manusia yang sabar. Seringkali Nabi Idris a.s mendapat dugaan tetapi semua itu dapat di atasinya. Nabi Idris a.s. percaya bahawa Allah SWT akan menolongnya. Dalam berdakwah, pasti ada manusia yang menolak ajarannya dan berasa tersinggung. Malah mereka melakukan kezaliman dan bersikap kasar terhadapnya. Namun, Nabi Idris a.s. tetap tenang menghadapinya.

Nabi Idris a.s sering bertindak tegas terhadp orang-orang yang tidak beriman dan zalim.Selain tegas, Nabi Idris a.s adalah seorang yang gagah berani dan tangkas menunggang kuda. Nabi Idris a.s. dan pengikutnya selalu menang dalam peperangan melawan orang-orang zalim.     Oleh kerana kegagahan,keberanian serta kecerdikan itulah, Nabi Idris a.s. digelar sebagai Asadul Asad yang bermaksud "lebih singa daripada segala singa".

Selama puluhan tahun berdakwah, Nabi Idris a.s. hanya mendapat beberapa orang pengikut sahaja. Namun, Nabi Idris a.s. tetap tegar dan tidak pernah putus asa. Nabi Idris a.s. tidak mahu memaksa suatu kaum untuk masuk ke dalam ajaran Allah SWT. Jika ada sekelompok manusia menolak  apa yang disampaikannya beliau akan meninggalkannya dan mencari daerah baru untuk berdakwah.

Walaupun Nabi Idris a.s. menghadapi banyak musuh, Nabi Idris a.s selalu dilindungi oleh Allah SWT. Selain itu, beliau memang seorang yang bijak dan pandai dalam menyusun strategi perang. Walau pun dari segi jumlah pengikut, Nabi Idris a.s. tidak mempunyai banyak pengikut namun mereka adalah pengikut yang sangat beriman. Oleh kerana, kebijaksanaan, ketegasan dan kesabarannya, akhirnya Nabi Idris a.s. diangkat menjadi Nabi iaitu pada usia 82 tahun.
Pada suatu hari Nabi Idris a.s. didatangi seorang lelaki yang membawa sebiji telur. Ketika itu Nabi Idris a.s. sedang menjahit bajunya. Tanpa ucapan salam, lelaki itu terus menegur Nabi Idris, “Wahai Idris, bolehkah Tuhan kamu memasukkan dunia ke dalam telor yang sedang aku pegang ini?”

 Dengan izin Allah SWT. Nabi Idris tahu dengan siapa dia sedang berhadapan kerana itulah kelebihan yang dikurniakan kepada beliau. Lalu berkata Nabi Idris, “Datanglah dekat denganku dan tanyalah apa yang engkau hendak tanya.” Lelaki itu pun mendekati Nabi Idris yang masih sedang menjahit. “Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ke dalam telur ini?” Lelaki asing itu mengulangi pertanyaannya. “Tuhanku boleh memasukkan dunia ke mana sahaja, jangankan ke dalam telur yang engkau pegang itu, bahkan Dia boleh masukkan dunia ke dalam lubang jarum yang aku pegang ini.” kata Nabi Idris a.s.

 Kemudian dengan pantas sekali baginda bingkas mencucuk mata lelaki itu dengan jarum yang ada di tangannya. Terperanjat lelaki asing itu dan dia tidak sempat berbuat apa-apa. Kelam-kabut dia melarikan diri meninggalkan Nabi Idris a.s. yang telah membutakan matanya. Lelaki yang menganggu Nabi Idris a.s adalah Iblis laknatullah.

Diriwayatkan Nabi Idris as. telah naik ke langit pada hari Isnin. Peristiwa naiknya Nabi Idris as. ke langit ini, telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran.Firman Allah SWT bermaksud: “Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah, Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (Maryam: 56-57).

Nama Nabi Idris as. yang sebenarnya adalah ‘Khunuh’. Sebab beliau dinamakan Idris, kerana beliau banyak membaca, mempelajari (tadarrus) kitab Allah SWT. Setiap hari Nabi Idris menjahit qamis (baju kemeja), setiap kali beliau memasukkan jarum untuk menjahit pakaiannya, beliau mengucapkan tasbih. Jika pekerjaannya sudah selesai, kemudian pakaian itu diserahkannya kepada orang yang menempahnya dengan tanpa meminta upah. Walaupun demikian, Nabi Idris masih sanggup beribadah dengan amalan yang sukar untuk digambarkan. Sehingga Malaikat Maut sangat rindu berjumpa dengan beliau. 

Kemudian Malaikat Maut bermohon kepada Allah SWT, agar diizinkan untuk pergi menemui Nabi Idris as. Setelah memberi salam, Malaikat pun duduk. Nabi Idris as. mempunyai kebiasaan berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu berbuka telah tiba, maka datanglah malaikat dari Syurga membawa makanan Nabi Idris, lalu beliau menikmati makanan tersebut. Kemudian baginda beribadah sepanjang malam. Pada suatu malam Malaikat Maut datang menemuinya, sambil membawa makanan dari Syurga. Nabi Idris menikmati makanan itu.

Kemudian Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai tuan, marilah kita nikmati makanan ini bersama-sama.” Tetapi Malaikat itu menolaknya. Nabi Idris terus melanjutkan ibadahnya, sedangkan Malaikat Maut itu dengan setia menunggu sampai terbit matahari. Nabi Idris merasa hairan melihat sikap Malaikat itu. Kemudian beliau berkata: “Wahai tuan, mahukah tuan bersiar-siar bersama saya untuk melihat keindahan alam persekitaran? Malaikat Maut menjawab: Baiklah Wahai Nabi Allah Idris.”

Maka berjalanlah keduanya melihat alam persekitaran dengan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan hidup di situ. Akhirnya ketika mereka sampai pada suatu kebun, maka Malaikat Maut berkata kepada Nabi Idris as. “Wahai Idris, adakah tuan izinkan saya untuk mengambil ini untuk saya makan? Nabi Idris pun menjawab: Subhanallah, mengapa malam tadi tuan tidak mahu memakan makanan yang halal, sedangkan sekarang tuan mahu memakan yang haram?”

Kemudian Malaikat Maut dan Nabi Idris meneruskan perjalanan mereka. Tidak terasa oleh mereka bahawa mereka telah bersiar-siar selama empat hari. Selama mereka bersahabat, Nabi Idris menemui beberapa keanehan pada diri temannya itu. Segala tindak-tanduknya berbeza dengan sifat-sifat manusia biasa. Akhirnya Nabi Idris tidak dapat menahan hasrat ingin tahunya itu. 

Kemudian beliau bertanya: “Wahai tuan, bolehkah saya tahu, siapakah tuan yang sebenarnya? Saya adalah Malaikat Maut.” “Tuankah yang bertugas mencabut semua nyawa makhluk?” “Benar ya Idris.” “Sedangkan tuan bersama saya selama empat hari, adakah tuan juga telah mencabut nyawa-nyawa makhluk?” “Wahai Idris, selama empat hari ini banyak sekali nyawa yang telah saya cabut. Roh makhluk-makhluk itu bagaikan hidangan di hadapanku, aku ambil mereka bagaikan seseorang sedang menyuap-nyuap makanan.” “Wahai Malaikat, apakah tujuan tuan datang, apakah untuk ziarah atau untuk mencabut nyawaku?” “Saya datang untuk menziarahimu dan Allah SWT telah mengizinkan niatku itu.” “Wahai Malaikat Maut, kabulkanlah satu permintaanku kepadamu, iaitu agar tuan mencabut nyawaku, kemudian tuan mohonkan kepada Allah agar Allah menghidupkan saya kembali, supaya aku dapat menyembah Allah Setelah aku merasakan dahsyatnya sakaratul maut itu.” Malaikat Maut pun menjawab: “Sesungguhnya saya tidaklah mencabut nyawa seseorang pun, melainkan hanya dengan keizinan Allah.”

Lalu Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut, agar ia mencabut nyawa Idris as. Maka dicabutnyalah nyawa Idris saat itu juga. Maka Nabi Idris pun merasakan kematian ketika itu. Di waktu Malaikat Maut melihat kematian Nabi Idris itu, maka menangislah ia. Dengan perasaan hiba dan sedih ia bermohon kepada Allah supaya Allah menghidupkan kembali sahabatnya itu. Allah mengabulkan permohonannya, dan Nabi Idris pun dihidupkan oleh Allah SWT kembali. Kemudian Malaikat Maut memeluk Nabi Idris, dan ia bertanya: “Wahai saudaraku, bagaimanakah tuan merasakan kesakitan maut itu? “ “Bila seekor binatang dilapah kulitnya ketika ia masih hidup, maka sakitnya maut itu seribu kali lebih sakit daripadanya. “Padahal-kelembutan yang saya lakukan terhadap tuan, ketika saya mencabut nyawa tuan itu, belum pernah saya lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan.”

“Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai permintaan lagi kepada tuan, iaitu saya sungguh-sungguh berhasrat melihat Neraka, supaya saya dapat beribadah kepada Allah SWT lebih banyak lagi, setelah saya menyaksikan dahsyatnya api neraka itu”. “Wahai Idris as. saya tidak dapat pergi ke Neraka jika tanpa izin dari Allah SWT.” Akhirnya Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut agar ia membawa Nabi Idris ke dalam Neraka. Maka pergilah mereka berdua ke Neraka. Di Neraka itu, Nabi Idris as. dapat melihat semua yang diciptakan Allah SWT untuk menyiksa musuh-musuh-Nya. Seperti rantai-rantai yang panas, ular yang berbisa, kala, api yang membara, timah yang mendidih, pokok-pokok yang penuh berduri, air panas yang mendidih dan lain-lain.

Setelah merasa puas melihat keadaan Neraka itu, maka mereka pun pulang. Kemudian Nabi Idris as. berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai hajat yang lain, iaitu agar tuan dapat menolong saya membawa masuk ke dalam Syurga. Sehingga saya dapat melihat apa-apa yang telah disediakan oleh Allah bagi kekasih-kekasih-Nya. Setelah itu saya pun dapat meningkatkan lagi ibadah saya kepada Allah SWT. Saya tidak dapat membawa tuan masuk ke dalam Syurga, tanpa perintah dari Allah SWT.” Jawab Malaikat Maut. Lalu Allah SWT pun memerintahkan kepada Malaikat Maut supaya ia membawa Nabi Idris masuk ke dalam Syurga. 

Kemudian pergilah mereka berdua, sehingga mereka sampai di pintu Syurga dan mereka berhenti di pintu tersebut. Dari situ Nabi Idris dapat melihat pemandangan di dalam Syurga. Nabi Idris dapat melihat segala macam kenikmatan yang disediakan oleh Allah SWT untuk para wali-waliNya. Berupa buah-buahan, pokok-pokok yang indah dan sungai-sungai yang mengalir dan lain-lain. Kemudian Nabi Idris berkata: “Wahai saudaraku Malaikat Maut, saya telah merasakan pahitnya maut dan saya telah melihat dahsyatnya api Neraka. Maka mahukah tuan memohonkan kepada Allah untukku, agar Allah mengizinkan aku memasuki Syurga untuk dapat meminum airnya, untuk menghilangkan kesakitan mati dan dahsyatnya api Neraka?”

Maka Malaikat Maut pun bermohon kepada Allah. Kemudian Allah memberi izin kepadanya untuk memasuki Syurga dan kemudian harus keluar lagi. Nabi Idris pun masuk ke dalam Syurga, beliau meletakkan kasutnya di bawah salah satu pohon Syurga, lalu ia keluar kembali dari Syurga. Setelah beliau berada di luar, Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut. “Wahai Malaikat Maut, aku telah meninggalkan kasutku di dalam Syurga. Malaikat Maut pun berkata: Masuklah ke dalam Syurga, dan ambil kasut tuan.” Maka masuklah Nabi Idris, namun beliau tidak keluar lagi, sehingga Malaikat Maut memanggilnya.

 “Ya Idris, keluarlah!. Tidak, wahai Malaikat Maut, kerana Allah SWT telah berfirman bermaksud: “Setiap yang berjiwa akan merasakan mati.” (Ali-Imran: 185) Sedangkan saya telah merasakan kematian. Dan Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi Neraka itu.” (Maryam: 71) Dan saya pun telah mendatangi Neraka itu. Dan firman Allah lagi yang bermaksud: “… Dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya (Syurga).” (Al-Hijr: 48). Maka Allah menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut itu: “Biarkanlah dia, kerana Aku telah menetapkan di azali, bahawa ia akan bertempat tinggal di Syurga.”

Allah menceritakan tentang kisah Nabi Idris ini kepada Rasulullah SAW dengan firman-Nya bermaksud: “Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (Maryam: 56-57)

Sewaktu Nabi Muhammad S.A.W dan Jibril a.s melalui suatu tempat pada malam Israk dan Mikraj baginda bertemu dengan Nabi Idris. Di antara kata-kata hikmah Nabi Idris a.s sewaktu menyeru kaumnya adalah “Janganlah bersumpah dalam keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut sumpah daripada orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka di dalam doa”

Friday, February 1, 2013

Belum sempat mandi hadas.....

Assalamualikum wbt para pembaca setia blog ini yang budiman. Pada kali ini saya mengupdatekan lagi blog yang separa hensem ini dengan satu lagi riwayat sejarah islam yang menjadi kegemaran saya. Saya ini penggemar kisah-kisah sejarah islam yang banyak memaparkan keagungan agama suci ini dan manusia2 terpilih yang menjadi sanjungan kita (sepatutnya) sampai ke hari ini..

Pernahkah kita terfikir bahawa mereka yang disayangi Allah swt akan diberikan keistimewaan atas kasih syg mereka kepada Alah swt. Pernah diceritakan kepada saya bahawa para wali2 zaman dahulu yang hidunya jauh dari kehidupan manusia apabila matinya dimandi, di kafan dan di tanam oleh malaikat.. Hatta diletakkan batu nesan bagi yang menandakan kubur mereka. Dan ukiran yang terdapat di batu nesan mereka juga masyaallah terlalu seni.. Dikhabarkan kepada saya bahawa semua ini diuruskan oleh para malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga para kekasihnya itu dari menjadi bangkai sahaja.. Ya Allah besar sungguh rahmat mu ke atas kami..

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mampukah malaikat yang ghaib itu menguruskan jenazah manusia? Jika anda bertanya seperti itu maka fikirkan pula mampukah malaikat yang ghaib itu mencabut nyawa sedangkan setiap hari ada saja mereka yang meninggal. Dan fikirkan pula mampukah seorang malaikat yg ghaib meniupkan sangkakala yang memusnahkan dunia nanti? Maka jawapannya YA.. mereka mampu.. kerana hanya dengan KUN FAYAKUN maka terjadilah dunia ini..


Bagi menyokong cerita saya itu maka ingin saya bawakan sebuah kisah benar yang terjadi semasa kekasih saya Muhammad saw masih hidup..  Kisahnya begini.. 

Perkahwinan Hanzalah bin Abu Amir dengan sepupunya, Jamilah binti Ubay sudah siap diatur. Kebetulan pula, hari berlangsungnya perkahwinan Hanzalah bertembung dengan hari peperangan tentera Islam menentang musuh di Bukit Uhud. Hanzalah bin Abu Amir mendekati Rasulullah saw, “Saya bercadang menangguhkan sahaja perkahwinan saya malam nanti”. Pada masa itu, Nabi Muhammad saw dan tentera-tentera Islam di kota Madinah sibuk membuat persiapan akhir untuk berperang. “Tidak mengapa, teruskan sahaja perkahwinan ini”, balas Rasulullah saw. “Tetapi saya sungguh berhajat untuk menyertainya”, Hanzalah bertegas. Rasulullah saw berkeras supaya Hanzalah meneruskan perkahwinannya dan memberi cadangan supaya Hanzalah menyusuli tentera Islam di Bukit Uhud pada keesokan hari, setelah selesai upacara perkahwinan. Kalau kita mesti ambik cuti lama dah sebab nak gomol bini yg baru dikahwini, tapi bukanlah Hanzalah yang tebal imannya berbanding kita. Klu kita tgh mengaji pun klu tetiba bini tergenyit mata terus sodaqollah hual a'zim tapi tidak pada Hanzalah..

Hanzalah mendiamkan diri. Ada benarnya saranan Nabi Muhammad itu, perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan dirinya bahkan bakal isterinya juga. Pada malam Jumaat yang hening, perkahwinan antara Hanzalah bin Abu Amir dan Jamilah binti Ubay dilangsungkan secara sederhana. Suasana yang hening dan sunyi itu tidak tenang hingga ke pagi. Kota Madinah tiba-tiba dikejutkan dengan paluan gendang yang bertubi-tubi. Paluan gendang mengejutkan para pejuang bersama laungan menyebarkan berita.

“Bersegeralah! Kita bersegera perangi musuh Allah.” “Berkumpul segera! Keluarlah! Rebutlah syurga Allah!” “Perang akan bermula!”

Pukulan gendang dan laungan jihad itu mengejutkan pasangan pengantin yang baru sahaja dinikahkan. Hanzalah bingkas bangun dari tempat tidurnya, “Saya harus menyertai mereka”. “Bukankah malam ini malam perkahwinan kita dan Nabi Muhammad mengizinkan kanda berangkat esok?” Soal isterinya. Hanzalah menjawab tegas, “Saya bukanlah orang yang suka memberi alasan bagi merebut syurga Allah”. Kalau kita manusia di zaman ini kawan2 cal nak dtg kenduri pun tak dapat dah inikan pula malam pengantin.. Memang call pun x dapat atau tutup henpon terus sampai abis cuti sebab x nak kena panggil keje.. Eehhh macam terkena batang idung aku la pulak..

Jamilah terdiam dan hanya mampu memerhatikan suaminya bersiap memakai pakaian perang dan menyelitkan pedang ke pinggangnya. Hanzalah menoleh ke arah isterinya, “Janganlah bersedih, doakan pemergian saya, semoga saya beroleh kemenangan”. Suami isteri itu berpelukan dan bersalaman. Berat hati Jamilah melepaskan lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya ke medan perang. Namun, Jamilah menguatkan hatinya dan melepaskannya dengan penuh redha. “Saya mendoakan kanda beroleh kemenangan”. Hanzalah melompat ke atas kudanya dan terus memecut tanpa menoleh ke belakang. Akhirnya, dia berjaya bergabung dengan tentera Islam yang tiba lebih awal daripadanya. Walu tak sempat nak mengecap nikmatnya perkahwinan namun Hanzalah lebh terliur untuk menikmati nikmatnya syurga itu..

Di medan perang, jumlah tentera musuh adalah seramai tiga ribu orang yang lengkap bersenjata manakala jumlah tentera Islam hanyalah seramai seribu orang. Perbezaan itu tidak menggugat kewibawaan tentera Islam termasuklah Hanzalah. Dia menghayun pedangnya menebas leher-leher musuh yang menghampiri dan apabila dia terpandang Abu Sufyan, panglima tentera Quraisy, Hanzalah menerkam Abu Sufyan umpama singa lapar. Mereka berlawan pedang dan bergelut. Akhirnya Abu Sufyan tersungkur ke tanah. Tatkala Hanzalah mengangkat pedang mahu menebas leher Abu Sufyan, dengan kuat panglima tentera Quraisy itu menjerit menarik perhatian tentera Quraisy. Tentera-tentera Quraisy menyerbu Hanzalah dan Hanzalah tewas, rebah ke bumi.

Sebaik sahaja perang tamat, tentera Islam yang tercedera diberikan rawatan. Mayat-mayat yang bergelimpangan dikenalpasti dan nama-nama mereka, tujuh puluh orang kesemuanya dicatat. Sedang Nabi Muhammad yang tercedera dan patah beberapa batang giginya diberi rawatan, beliau mengatakan sesuatu yang menyentak kalbu para muslimin ketika itu, “Saya terlihat antara langit dan bumi, para malaikat bergilir memandikan mayat Hanzalah dengan air daripada awan yang diisikan ke dalam bekas daripada perak”. Abu Said Saidi, antara tentera yang berada dekat dengan Nabi Muhammad bingkas bangun lalu dengan segera mencari jenazah Hanzalah. Beliau lalu mendapatkan mayat Hanzalah lalu memeriksa jenzah fisabilillah itu. Maka bergenanglah air mata beliau mengenangkan keajaiban kuasa Allah ke atas makhluk yang bernama hambanya itu. maka beliau kembali mendapatkan kumpulan berdekatan dengan Rasulallah saw tersebut. Lalu dengan penuh syahdu beliau mengungkapkan “Benarlah bagai dikata oleh rasulallah itu. Rambutnya Hanzalah masih basah tanda bekas dimandikan!” Betapa bertuahnya jasad beliau disentuh jari jemari malaikat dan dimandikan oleh makhluk pilihan Allah swt itu pula. Abu Said Saidi sendiri menyaksikan sinar ketenangan di wajah Hanzalah walaupun beliau cedera parah di seluruh badannya. Rambutnya masih basah dan titisan air masih mengalir di hujung rambutnya walaupun pada ketika itu matahari sedang terik memancar.
 
 
Maka dari kisah itu dapatlah kita andaikan bahawa Allah swt mentadbir seluruh umatnya dengan penuh kasih syg tanpa tertinggal sedikitpun  kebajikan ke atas hamba-hambanya. marilah kita mengejar kekayaan akhirat yakni mendapat redho dan kasih syg Allah swt dan juga kasih syg sesama manusia. Kerana andainya pahala itu dapat dilihat dengan mata kasar, pasti manusia akan mendatanginya (mengejar dan mengumpulnya) dengan berbondong-bondong sekalipun terpaksa merangkak. Wallah huaklam..

Tuesday, April 10, 2012

Sedikit Ilmu Tentang Malaikat..

Kata malaikat merupakan jamak dari kata Arab malak (ملاك) yang bererti kekuatan. Jadi malaikat adalah kekuatan-kekuatan yang patuh pada ketentuan dan perintah Allah. Malaikat dalam Islam, merupakan hamba dan ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak. Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah. Sebagai contoh malaikat datang kepada kaum Lut menyerupai lelaki yang kacak (Surah Hud 11, ayat 78). Malaikat dikatakan mempunyai sayap dan mampu terbang dengan laju (sesuai dengan dengan cahaya yang bergerak laju). Orang Islam wajib beriman kepada malaikat dengan tafsil (تفصيل) dan ijmal (إجمال).

Beriman dengan tafsil

Beriman dengan tafsil adalah beriman akan setiap satu daripada mereka secara berasingan dan bukan mempercayai mereka itu sebagai satu (contoh: satu kumpulan) dan percaya yang tiap satunya adalah malaikat. Berikut adalah sepuluh malaikat yang wajib diketahui secara tafsil.

Malaikat wajib

Di antara para malaikat yang wajib setiap orang Islam ketahui sebagai salah satu Rukun Iman adalah :-

Nama
Arab
Tugas
Jibrail
جبرائيل/جبريل
Menyampaikan wahyu Allah.
Mikail
ميكائيل
Menyampaikan/membawa rezeki yang ditentukan Allah.
Israfil
إسرافيل
Meniup sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari Akhirat
Izrail
عزرائيل
Mencabut nyawa.
Munkar
منكر
Menyoal mayat di dalam kubur.
Nakir
نكير
Menyoal mayat di dalam kubur.
Ridhwan
رضوان
Menjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga.
Malik
مالك
Menjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka.
Raqib
رقيب
Mencatat segala amalan baik manusia.
Atid
عتيد
Mencatat segala perlakuan buruk manusia.

Dari nama-nama malaikat di atas lebih tiga yang disebut dalam Al Qur'an, yaitu Jibril (QS 2 Al Baqarah : 97,98 dan QS 66 At Tahrim : 4), Mikail (QS 2 Al Baqarah : 98) dan Malik (QS Al Hujurat). roqb dan atid, ma yalfizu min qoulin illa ladaihi roqib wa atid. (lihat alquran ) Sedangkan Israfil, Munkar dan Nakir disebut dalam Hadits.

Nama Malaikat Maut, Izrail, tidak ditemukan sumbernya baik dalam Al Quran mahupun Hadits. Kemungkinan nama malaikat Izrail didapat dari sumber Israiliyat. Dalam Al Qur'an dia hanya disebut Malaikat Maut.

Walau namanya hanya disebut dua kali dalam Al Qur'an, malaikat Jibril juga disebut di banyak tempat dalam Al Qur'an dengan sebutan lain seperti Ruhul Qudus, Ruhul Amin dan lain lain.
Selain dari sepuluh malaikat ini terdapat beberapa malaikat yang tidak diketahui berapa banyak bilangannya melainkan Allah s.w.t.Salah satu daripada mereka diberi nama Zabaniyah yang merupakan malaikat Allah s.w.t yang ditugaskan untuk membawa ahli neraka ke neraka dan menyeksa mereka serta menyeksa dan menangkap Iblis ketika ketibaan sakaratulmaut Iblis,umumnya malaikat Zabaniyah diberikan tugas untuk melakukan azab-azab tertentu dengan perintah Allah s.w.t.Malaikat-malaikat juga diturunkan Allah s.w.t ketika umat Islam berperang membantu tentera Islam sehingga tentera kafir gentar melihat bilangan tentera Islam yang banyak.

Beriman dengan ajmali
Beriman kepada malaikat yang ajmal ialah percaya akan wujudnya malaikat yang lain selain daripada sepuluh malaikat yang wajib diketahui tersebut dan wujudnya beberapa malaikat lain yang tidak diketahui berapa bilangannya melainkan Allah.
Antara malaikat yang wajib diketahui secara ajmal ialah malaikat pemegang atau yang menanggung Arasy iaitu empat malaikat dan pada hari akhirat akan ditambah sebanyak empat lagi menjadikannya lapan malaikat penanggung arasy. Juga diketahui akan wujudnya malaikat penjaga manusia atau Hafzah.Ia juga sering digelar Qarin. Qarin turut wujud dalam bentuk syaitan. Berikut merupakan malaikat lain selain daripada 10 yang wajib diketahui ialah:
  • Malaikat Zabaniyah - malaikat penyeksa didalam neraka yang banyak bilangannya sehingga ada riwayat menyebut bilangan mereka sehingga 70,000.
  • Hamalatul Arsy - empat malaikat penanggung Arasy Allah (pada hari kiamat jumlahnya akan ditambah empat menjadi lapan)
  • Malaikat Rahmat (kitab Daqoiqul Akhbar)
  • Malaikat Kiraman Katibin - pencatat amal baik dan buruk
  • Malaikat Harut dan Marut
Dalam Islam, Iman kepada malaikat adalah salah satu Rukun Iman. Beriman kepada malaikat adalah percaya dan membenarkan dengan hati bahawa malaikat Allah SWT benar-benar wujud. Malaikat bersifat ghaib, tidak dapat dilihat oleh mata kasar, tetapi dapat diketahui dan difahami secara majaz(metafora), seperti adanya wahyu yang diterima oleh para nabi dan rasul. Para nabi dan rasul menerima wahyu melalui perantara malaikat Allah SWT.
Iman kepada malaikat merupakan Rukun Iman yang ke-2. Rukun Iman yang 6 merupakan kesatuan yang tidak dapat dipisah-pisahkan, juga tidak dapat dipilih-pilih. Sehingga tidak disebut orang beriman jika tidak meyakini salah satu dari Rukum Iman tsb. Dalam H.R. Muslim,
Rasulullah bersabda: Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari akhirat, serta engkau beriman kepada takdir baik mahupun buruk. (Hadis Riwayat Muslim)

Sejarah Malaikat

Malaikat telah lama wujud atau diciptakan sebelum kewujudan Adam sebagai manusia pertama. Malah, malaikat juga yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengambil tanah di bumi untuk dijadikan acuan kepada penciptaan Adam.Malaikat pertama yang diutuskan Allah s.w.t untuk mengambil tanah adalah Jibril kemudian Mikail namun kedua-duanya gagal dan pulang ke hadrat Allah s.w.t kerana tanah menangis memohon agar tidak mengambil mereka sebaliknya mengambil bahan-bahan lain untuk dijadikan manusia.Kemudian Allah s.w.t mengutus Izrail,dengan taat dan tanpa menghiraukan tangisan tanah,maka Izrail merentap mereka dan membawanya kepada Allah s.w.t.Sempena peristiwa ini Allah s.w.t telah melantik Izrail sebagai malaikat pencabut nyawa-"Malaikatul Maut".Tugas ini ditolak Izrail kerana sekiranya manusia akan mengutuk serta membencinya namun Allah s.w.t memberi jaminan kepada Izrail dengan menjadikan setiap maut pasti ada penyebabnya agar Izrail tidak dipersalahkan.

Sebelum Iblis direjam dan dilaknat oleh Allah s.w.t,Iblis merupakan ketua yang memimpin para malaikat di syurga.Terdapat juga malaikat seperti Harut dan Marut yang telah sesat akibat mempelajari dan mengamalkan sihir. Walau bagaimanapun mereka telah diberi keampunan oleh Allah s.w.t.

MANUSIA BOLEH NAMPAK MALAIKAT

Kiranya keadaan malaikat itu berupa seperti asalnya nescaya manusia tidak boleh nampak melainkan anbia’ jua kerana jisim malaikat terlalu halus, sama juga seperti manusia tidak boleh nampak angin pada hal angin itu ada penuh di dalam dunia, ialah kerana keadaan halusnya.
Tetapi jika malaikat itu telah berupa dengan rupa jisim yang kasar seperti berupa manusia, maka pada ketika itu dapatlah manusia melihat akan dia.

Adapun nabi-nabi dan rasul-rasul dapat melihat malaikat atas rupanya yang asal kerana nabi-nabi dan rasul-rasul ada satu kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah Taala kepada mereka itu supaya dapat mempelajari pelajaran agama dan hukum-hukum syarak daripadanya.

CARA-CARA MENGENAL MALAIKAT YANG BERUPA MANUSIA

Maka sebahagian daripada mereka-mereka yang melihat malaikat yang bukan rupa asalnya bahkan atas rupa manusia ialah sahabat rasul Allah ketika malaikat turun kepada nabi Muhammad saw dan bercakap-cakap dengan nabi sebagaimana nabi bercakap dengan sahabat-sahabatnya ia merupakan dirinya seperti seorang sahabat nabi yang bernama (Dihyatul Kalbi) dan ada kala ia berupa seorang yang segak dengan pakaian putih lagi bersih.
Maka pada mula-mulanya seorang pun tidak mengetahui ia malaikat hanya disangkakan ia itu seorang daripada sahabat rasul Allah atau seorang yang baharu datang kepada rasul Allah jua tetapi kemudian daripada ia telah meninggalkan nabi maka rasul allah pun mengkhabarkan dan menerangkan yang datang itu malaikat Jibrail. 

JIBRIL

Malaikat Jibril tugasnya menyampaikan wahyu kepada para rasul dan nabi. Malaikat Jibril mempunyai enam ratus sayap antara masyrik dan maghrib (barat-timur) kira-kira memenuhi alam ini dan pakaian kebesarannya putih laksana mutiara yang larut, dengan rupa yang begitu elok dan rupawan, dan dengan kekuatan yang dahsyat penuh mukzijat. Sayap-sayap itu depenuhi dengan dar (permata besar-besar) dan yakut.

Terdapat dalam kitab Baidhawi, daripada Ibnu Abbas, telah Rasulullah S.A.W kepada Jibril a.s untuk melihat rupa asal Jibril a.s. Maka berkata Jibril: “ Tiada engkau kuasa untuk melihat demikian ini.”Kata Rasulullah: “Benar.” Tanya Jibril a.s: “Dimana engkau kehendaki aku rupakan diriku padamu?” Maka Rasulullah mencadangkan beberapa tempat di tanah Arab, tetapi Jibril a.s menolak cadangan Rasulullah itu kerana tidak cukup besar untuk Jibril a.s menampakkan dirinya pada rupa asalnya. Lalu Jibril a.s pergi ke suatu tempat lalu menukar dirinya dalam rupa yang asal secara perlahan-lahan yang memenuhi di antara timur dan barat, kepalanya pada langit dan kakinya di dalam bumi.
Dalam kisah suci perjalanan Israk Mikraj, sesampainya di pos perjalanan Sidratul Muntaha, Malaikat Jibril tidak sanggup lagi mendampingi Rasulullah untuk terus naik menghadap kehadirat Allah SWT; beliau berkata :
"Aku sama sekali tidak mampu mendekati Allah, perlu 60.000 tahun lagi aku harus terbang. Itulah jarak antara aku dan Allah yang dapat aku capai. Jika aku terus juga ke atas, aku pasti hancur luluh".

Maha Suci Allah, ternyata Malaikat Mulia Jibril AS pun tidak sampai kepada Allah SWT.

Nabi SAW bersabda : “ setelah allah menciptakan malaikat Jibril a.s dengan rupa yang sebaik-baiknya, dan Dia jadikan untuknya enam ratus sayap, panjang setiap sayap-sayap berjarak antara Timur dan Barat, maka Jibril a.s memandang kepada dirinya, lalu berkata : “Tuhanku apakah engkau telah menciptakan makhluk lain yang lebih indah rupanya daripada aku?”. Allah swt menjawab : “tidak”. Maka bangkitlah Jibril a.s, lalu solat dua rakaat karena rasa syukurnya kepada Allah swt. Dia berdiri pada setiap rakaatnya selama 20.000 tahun. Tatkala selesai solatnya, maka Allah swt berfirman :”Wahai Jibril, engaku telah menyembah aku dengan sesungguh-sungguhnya, dan tidak ada satupun yang menyembah Aku seperti ibadatmu itu. Akan tetapi akan datang di akhir zaman seorang Nabi yang mulia yang Aku kasihi, bernama Muhammad, dan dia mempunyai umat yang lebih dan berdosa. Mereka melakukan solat dua rakaat dengan lalai dan tidak sempruna, dalam waktu yang sebentar saja (terburu-buru) dan pikiran-pikiran yang banyak dan dosa-dosa yang besar. Namun demi keperkasaan-Ku dan keagungan-Ku, sesungguhnya solat mereka lebih Aku sukai daripada solatmu. Karena solat mereka berdasarkan perintah-Ku, sedangkan engkau solat tanpa perintah-Ku.

JIbril a.s berkata : “Wahai Tuhanku, apakah yang engkau berikan kepada mereka sebagai imbalan dan ibadat mereka ?”. Allah swt menjawab : “Aku berikan mereka syurga Ma’wa”.

Maka Jibril a.s meminta izin kepada Allah swt untuk melihat syurga itu. Allah swt mengizinkannya. Maka datanglah malaikat Jibril a.s lalu dia kepakkan seluruh sayap-sayapnya, kemudian ia pun terbang. Tiap kali dia buka sepasang sayap, dia dapat menempuh jarak sejauh perjalanan 300ribu tahun, dan tiap kali dia tangkupkan, dia dapat menempuh jarak seperti itu pula. Terbang sedemikian rupa selama 300ribu tahun, namun dia tidak mampu, kemudian hinggaplah ia pada bayang-bayang sebuah pohon, dan dia bersujud kepada Allah swt, lalu berkata dalam sujudnya : “Tuhanku, apakah aku telah mencapai separuh syurga itu, atau sepertiganya, atau seperempatnya?”.

Allah swt menjawab : “ Wahai Jibril, sekiranya kamu terbang selama 300ribu tahun pun, dan walaupun Aku berikan kepadamu kekuatan lagi seperti kekuatanmu itu serta sayap-sayap lagi seperti sayap-sayapmu itu, lalu engkau terbang seperti yang telah engkau lakukan. Namun kamu tidak akan mencapai sepersepuluhnya dari apa yang Aku berikan kepada umat Muhammad sebagai imbalan dari solat mereka dua raka’at”. (Misykat al-Anwar).

MIKAIL

Malaikat Mikail tugasnya membagi rezeki kepada semua makhluk, termasuk memberi makan, minum, dan menurunkan hujan.

Sementara itu sebuah sumber menyebutkan  dari kepala Malaikat Mikail hingga kedua telapak kakinya berbulu Za’faron. Jika seluruh air di lautan dan sungai di muka bumi ini disiramkan di atas kepalanya, nescaya tidak setitikpun akan jatuh melimpah. Di atas setiap bulu-bulunya terdapat sebanyak satu juta muka. Setiap muka ini pula mempunyai satu juta mulut dan setiap mulut mempunyai satu juta lidah manakala setiap lidah-lidahnya boleh berbicara satu juta bahasa atau lisan. Setiap satu juta lisan tersebut adalah membaca istighfar pada Allah bagi orang-orang mukmin yang berdosa. Setiap satu juta muka atau wajahnya mempunyai satu juta mata. Tiap-tiap matanya senantiasa menangis kerana memohon rahmat bagi orang-orang mukmin yang berdosa. Tiap-tiap matanya yang menangis itu mengeluarkan tujuh ribu titisan air mata. Disebutkan bahwa setiap titisan air mata Malaikat Mikail akan dijadikan Tuhan sesosok Malaikat Karubiyyuun yang secara otomatik Malaikat Mikail menjadi pemimpin dari malaikat karubiyyuun tersebut.Setiap malaikat-malaikat ini ditugaskan untuk bertasbih pada Allah hingga hari kiamat”.

ISRAFIL

Malaikat tugasnya terlibat dalam soal-soal yang berhubung kait dengan qiamat, seperti meniup sangkakala tanda qiamat, meniup sangkakala tanda manusia dibangkitkan di padang mahsyar dan lain-lain. Beliaulah yang terakhir sekali makhluk yang dimatikan Allah swt apabila qiamat kelak dan nyawanya dicabut oleh Allah sendiri. Beliau jugalah Malaikat yang pertama sekali dihidupkan oleh Allah utk meniup sangkakala untuk menghidupkan makhluk lain kemudiannnya.

Beberapa sumber mengatakankan bahawa, pada permulaan waktu Israfil memiliki empat sayap, sangat tinggi sehingga boleh menyentuh tiang-tiang syurga. Malaikat yang rupawan ini merupakan penguasa muzik, Israfil selalu bernyanyi/berzikir untuk memuji Allah dalam ribuan bahasa yang berbeza.

Dari Ibni Abbas ra meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya ALLAH swt telah menciptakan Israfil, semenjak hari penciptaannya terus berdiri dengan lurus diatas kedua belah kakinya tidak pernah mengangkat wajahnya. Diantara dia dan TuhanNya yang Maha Tinggi terdapat 70 hijab (dinding) dari Nur. Jika ia mendekati kepada hijab ini nescaya akan terbakar."

Israfil selalu memegang terompet suci yang terletak di bibirnya selama berabad-abad, menunggu perintah dari Tuhan untuk meniupnya menjelang hari kiamat. Pada hari itu ia akan turun ke bumi dan berdiri di batu/ bukit suci di Jerusalem.

IZRAIL

Tugasnya adalah mencabut nyawa dan membawa nyawa itu ke alam barzakh setelah jasadnya dikuburkan. Beliau Juga digelar sebagai malaikat maut.

Kitab As-Suluk menerangkan bahawa Malaikat Maut (Israil) mempunyai ranjang di langit yang ketujuh. Dan dalam riwayat lain mengatakan di langit yang keenam. Ia mempunyai 70,000 kaki dan 4,000 sayap. Seluruh tubuhnya dipenuhi mata dan mulut. Tiada satu makhlukpun yang terlepas daripada pengawasan dan kekuasaan tubuhnya. Jumlah wajah, mata, tangan dan telinganya menurut ramainya para manusia.

Dia mencabut nyawa dengan tangan dengan muka yang searah dengan manusia. Begitulah ia mencabut seluruh makhluk di merata tempat. Jika satu nyawa meninggal, maka hilanglah rupa tubuh makhluk tersebut dari tubuhnya. Begitulah juga semua mata-mata yang berada di tubuhnya akan musnah satu persatu mengikut bilangan nyawa yang telah dicabutnya sehinggalah kesemua makhluk mati kecuali tinggal 8 makhluk iaitu Israfil, Mikail, Jibril, Izrail dan Hamalatul Arsy.

Dikatakan dia berwajah empat, satu wajah di muka, satu wajah di kepala, satu dipunggung dan satu lagi di telapak kakinya. Dia mengambil nyawa para nabi dari wajah kepalanya, nyawa orang mukmin dengan wajah mukanya, nyawa orang kafir dengan wajah punggung dan nyawa seluruh jin dengan wajah tapak kakinya.

Sebelah kakinya berada di jambatan neraka dan sebelah lagi di Syurga. Andaikata dituangkan seluruh laut dan sungai ke atas kepalanya, nescaya tidak akan jatuh walau setiitk airpun ke bumi menunnjukkan betapa besarnya jasadnya. 

Malaikat Maut telah bertanya kepada Allah SWT tentang cara mencabut nyawa seseorang itu katanya : “Wahai Tuhanku, katakanlah kepadaku bagaimanakah akau hendak mencabut nyawa seseorang itu dan dalam keadaan yang macam mana ?”

Allah SWT menjawab : “Wahai Malaikat Maut, ilmu itu adalah asing sekali. Tiada siapapun yang mengerti kecauli Aku tetapi Aku akan memberitahu kedatangan waktunya kepadamu dan Aku buat tanda-tanda kepadamu yang berdiri padanya”.

Menurut Kabil Akbar katanya : “Allah SWT telah menciptakan sebuah pohon di bawah Arsy yang mana daunnya sama banyak dengan bilangan makhluk yang Allah ciptakan. Jika seseorang itu telah diputuskan ajalnya, maka umurnya tinggal 40 hari dari hari yang diputuskan. Maka jatuhlah daun itu kepada Malaikat Maut, tahulah bahawa dia telah diperintahkan untuk mencabut nyawa orang yang tertulis pada daun tersebut. Setelah itu mereka menyebut orang yang tertulis pada daun tersebut sebagai mayat di langit, padahal dia masih hidup di dunia untuk tempoh 40 hari. 

Kemudian akan jatuh dua titisan dari arah Arsy pada daun tersebut iaitu sama ada titisan hijau ataupun putih. Hijau menandakan bakal si mayat akan mendapat kecelakaan sementara putih mengambarkan dia akan mendapat kebahagiaan. Untuk mengetahui tempat ia mati pula, Allah telah menciptakan malaikat Arham yang akan diperintahkan untuk memasuki sperma yang berada dalam rahim ibu dengan debu bumi yang akan diketahui di mana ia akan mati dan di situlah kelak ia pasti akan menemui ajalnya.

MUNKAR DAN NAKIR

Beliau bertugas menyoal manusia di alam kubur mengenai segala amalannya didunia ini.  Setelah kematian seseorang, rohnya akan menuju ke alam barzakh atau secara sinonimnya juga turut disebut sebagai alam kubur, dimana si mayat akan dibolehkan kembali bangkit dan berbicara ketika ditanya oleh kedua-dua Malaikat Munkar dan Nakir, walaupun tubuhnya telah hancur. Pertanyaan akan dimulakan yakni selepas proses pengkebumian telah selesai dan setelah 7 langkah orang terakhir beredar dari tempat dikuburkan sesuatu mayat.

Hadis At-Tirmizi meriwayatkan : Sesungguhnya mereka berdua itu kehitam-hitaman kebiru-biruan.

Dan diriwayatkan dari Ibnu Abbas ketika dalam perjalanan Israk di mana Nabi s.a.w. bersabda : Wahai Jibril,ceritakanlah kepadaku tentang Malaikat Munkar dan Nakir ini. .Jibril menceritakan kepada Rasulullah s.a.w. tentang sifat Malaikat Munkar dan Nakir ini di mana mereka berdua ini amat menakutkan.Suara Munkar dan Nakir seperti guruh yg berdentum, mata mereka berdua seperti kilat yg menyambar,gigi mereka pula seperti tanduk di mana keluarnya nyalaan api daripada mulut mereka berdua,dengusan Munkar dan Nakir ini menyapu segala apa yg ada di atas muka bumi,mereka berdua menggali tanah dan bumi dengan kuku-kuku mereka,terdapat pada Munkar dan Nakir tongkat atau tukul daripada besi dibawa bersamanya.Andai dihimpunkan semua manusia di atas muka bumi ini nescaya mereka tidak dapat menggerakkan tukul besi yg dibawa oleh Munkar dan Nakir itu.

Apabila dimasukkan seorang manusia itu ke dalam kubur dan di tinggalkannya keseorangan,Malaikat Munkar dan Nakir akan datang kepadanya membawa roh bersamanya dan di masukkan semula ke dalam jasadnya dengan izin Allah.Kemudian Munkar dan Nakir mengikatnya di dalam kuburnya dan mengherdiknya dengan satu herdikan hingga hancur berderai tulangnya dan anggota badannya daripada sendi-sendinya lalu dipukullah ia dengan cemeti.

Kemudian Munkar dan Nakir mendudukkannya dan berkata kepadanya : sesungguhnya kamu sekarang berada di alam barzakh,maka ketahuilah keadaan kamu dan ketahuilah tempat kamu sekarang ini.Munkar dan Nakir mengherdiknya kali kedua dan berkata kepadanya : Wahai manusia,lihatlah kamu sekarang sudah pergi meninggalkan dunia dan kamu sudah sampai ke tempat kehancuran kamu,maka beritahu kami siapa Tuhan kamu?apakah agama kamu?siapakah Nabi kamu?andai kata manusia yg mati itu adalah orang mukmin iaitu yg beriman kepada Allah maka dia akan berkata : Allah Tuhanku,Muhammad Nabiku,Islam agamaku.

Lalu Munkar dan Nakir mengherdiknya dengan herdikan sehingga dapat dilihat terpisahnya sendi-sendi jasadnya dan terputus terpisahlah saluran darahnya dan Munkar dan Nakir berkata kepadanya : Wahai manusia,lihatlah apa yg kamu katakan,maka Allah memberikan ketetapan dan kemampuan kepadanya dengan kata-kata yg benar ketika hidup di dunia dan juga di akhirat.Allah memberikannya rasa ketenangan dan dilindunginya daripada ketakutan,dia tidak berasa takut kepada Munkar dan Nakir.Dan dia berkata : kamu berdua ( Munkar dan Nakir ) menakut-nakutkan aku seolah-olah aku merasa ragu-ragu was-was pada Tuhanku dan kamu mahu aku menjadikan selain dari Allah sebagai Tuhan.Dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Dia adalah Tuhanku dan Tuhan kamu berdua.

Dan tuhan setiap sesuatu dan Nabi Muhammad nabiku dan Islam agamaku?Lalu Munkar dan Nakir mengherdiknya dan bertanyakan tentang persoalan itu.Maka dia menjawab : Allah Tuhanku tuhan sekelian alam yg wajib aku sembah dan tidak mensyirikkannya dengan sesuatu yg lain dan aku tidak menjadikan selain dari Allah sebagai Tuhan.Adakah kamu berdua ( Munkar dan Nakir ) mahu menolak aku daripada mengetahui tuhanku yg wajib aku sembah kepadanya dan ibadahku?Lalu di jawab : Ya.Dialah Allah tidak ada tuhan melainkanNya. Malaikat Jibril berkata : apabila dia menjawab persoalan Munkar dan Nakir,lalu Munkar dan Nakir menjadi khusyuk dan tawaduk kepadanya hingga dia dapat berjinak-jinak bermesra baik dengan Munkar dan Nakir.

Mereka berdua ketawa kepadanya dan berkata kepadanya : kamu sudah membenarkannya maka Allah memperluaskan pandangan kamu dan menyampaikan berita gembira kepada kamu dengan syurga Allah serta kemuliaanNya.Kemudian diberikan balasan kepadanya dan diluaskan kuburnya seluas-luasnya iaitu seluas mata memandang dan dibukakan baginya pintu yg menuju ke syurga.Maka masuklah dia ke dalam syurga dengan haruman bauan syurga dan diperindahkan kuburnya dengan kemuliaan Allah.

Apabila dia melihatnya dia merasa yakin lalu dia memuji Allah.Kemudian di hamparkan baginya hamparan permaidani daripada kain sutera syurga dan diletakkan baginya cahaya di kepalanya dan juga cahaya di kakinya yg menerangi kuburnya.Kemudian dimasukkan ke dalam kuburnya bauan haruman yg lain.Apabila dia mencium haruman tersebut dia merasa seolah-olah mengantuk lalu tidurlah dia.Lalu Munkar dan Nakir berkata kepadanya : tidurlah kamu seperti tidurnya malam pengantin ( tidur pengantin ) yg menjadikan sejuk mata memandang tiada perasaan takut dan sedih.

Kemudian datanglah amalan-amalan soleh dan menyerupai dalam sebaik-baik rupa bentuk serta dalam bentuk sebaik-baik haruman yg berada di kepalanya.Munkar dan Nakir berkata kepadanya : inilah amalan kamu dan kata-kata kamu yg baik di mana Allah menyerupakan amalan-amalan kamu dalam sebaik-baik rupa yg kamu lihat yg akan menemani kamu di dalam kubur.Kamu tidak akan keseorangan dan amalan-amalan kamu akan lindungi kamu daripada setiap binatang dan apa yg menyakitkan kamu.Amalan-amalan kamu tidak akan meninggalkan kamu di dalam kubur dan tiada negeri yg kekal abadi pada hari kiamat hingga kamu masuk ke dalam syurga Allah dengan rahmat Allah.Kemudian Munkar dan Nakir mengucapkan salam kepadanya dan pergi meninggalkannya.

RAQIB DAN ATID

Malaikat ini berada di kiri dan kanan setiap manusia. Malaikat Raqib di sebelah kiri mencatat amalan jahat sementara Malaikat Atid di sebelah kanan mencatat amalan baik. Tiap satu kebajikan ditulis dengan sepuluh ganda kebajikan oleh Malaikat Atid manakala satu kejahatan ditulis dengan satu kejahatan sahaja oleh Malaikat Raqib. Jumlah Malaikat Atid dan Raqib diyakini sebanding dengan jumlah manusia sepanjang zaman

Di Padang Mahsyar apabila dimulakan timbangan amal, ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

MALIK

Tugasnya adalah Ketua Penjaga Neraka dan Ketua Malaikat Zabanniah dengan penampilan yang sangat menakutkan dan mengerikan bagi para penghuni Neraka. Mansur bin Amar berkata; “Telah sampai kepadaku riwayat malaikat Malik yang ditugaskan menjaga neraka itu mempunyai tangan yang banyak sekali seramai bilangan penghuni neraka dan pada setiap kaki nya ada tangan yang mendirikan, mendudukkan dan mengikat dengan rantai.” Kalau malaikat Malik memandang ke neraka penghuninya akan memakan sesama mereka kerana takutnya mereka kepada malaikat Malik.

Neraka yang dijaga Malaikat Malik bertingkat-tingkat . Neraka paling bawah Al Hawaiyah dicipta khas buat golongan munafik dan kafir selepas  diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s dan juga kerabat Firaun. Tingkat Kedua  Jahim, khas untuk orang orang musyrikin. Tingkat ketiga Sagar khas untuk orang orang Shobi'in (penyembah bintang). Tingkat keempat Ladha khas untuk iblis dan pengikutnya serta kaum majusi (penyembah api). Tingkat kelima Khutamah khas Untuk orang -orang Yahudi. Tingkat keenam Sa'ir khas untuk orang Nasrani. Dan Tingkat ketujuh Jahannam khas untuk umat Muhammad yang berdosa besar dan  tidak sempat bertaubat.

RIDWAN

Tugasnya adalah menjaga Syurga dengan penampilan yang sangat menyenangkan para penghuni Syurga. 

MALAIKAT YANG LAIN

Zabanniyah (Zabanniah).    Mereka adalah pembantuk Malaikat Malik di neraka. Huruf Al-Basmalah itu ada 19 dan bilangan huruf az-Zabaniyah juga ada 19. Mereka dinamakan demikian (Zabaniyah) kerana mereka itu boleh bekerja dengan kaki seperti mereka bekerja dengan tangan. Satu malaikat Zabaniyah boleh mengambil 10,000 orang dengan salah satu tangan, 10,0000 dengan salah satu kakinya, 10,000 dengan tangan yang lain dan megambil sedemikian dengan kaki yang lain.

Malaikat Zabaniyah boleh menyeksa 40,000 orang kafir serentak dengan kekuatan dan kedahsyatannya. Malaikat Malik ialah penjaga neraka kemudian malaikat di bawahnya setiap pemimpin itu ada penjaganya yang bilangannya hanya Allah s.w.t yang mengetahuinya. Mata mereka laksana kilat yang menyambar, giginya seperti putihnya tanduk lembu, bibirnya menyentuh telapak kaki dan mulutnya mengeluarkan api. Antara 2 bahu setiap malaikat jauh perjalanan satu tahun.

Hamalat al ‘Arsy – Empat malaikat pembawa arasy Allah, pada hari kiamat.

Harut dan Marut – Dua Malaikat yang turun di negeri Babil. Mereka dikurniakan kebolehan didalam bidang sihir hingga boleh mengajarkan kepada manusia ilmu sihir tersebut dan saki baki ilmu tersebut masih diamalkan hingga ke hari ini. Kisah mengenai Harut dan Marut (tidak terdapat di dalam Al Quran) yang dikatakan turun ke bumi sebagai manusia. Mereka yakin bahawa manusia tidak mempunyai banyak cubaan, maka Allah memberi mereka nafsu yang dimiliki oleh manusia. Sebaik sahaja mereka jatuh ke bumi mereka telah dijemput oleh seorang wanita kerumahnya. Mereka telah diberi pilihan, iaitu berzina, membunuh, atau minum arak. Mereka memilih arak kerana menyangka arak merupakan dosa yang paling ringan. Akibat meminum arak mereka menjadi mabuk dan telah berzina dengan wanita tersebut dan kemudian membunuhnya. Selepas itu Allah memberi mereka dua pilihan iaitu diseksa di dunia atau di alam akhirat. Memandangkan hidup di dunia hanya sementara berbanding akhirat, mereka mengambil hukuman di dunia. Mereka dikatakan digantung secara terbalik disebuah gua di Babil.

Babil atau dikenali dengan Babylon di Iraq. Babylon ketika itu penuh dengan kemewahan, keseronokkan dan kemaksiatan. Wanita wanita cantik dan jelita berada di mana mana saja, arak juga terdapat di merata tempat, alunan muzik dapat didengari dari semua kedai dan kelab dan perkara keji dan jahat berleluasa.
Di sana sini terdapat kelompok manusia berpesta mengelilingi wanita cantik yang sedang menyayi dan menari dalam separuh bogel. Ada sebahagian mencuri barang barang orang, kerana mereka lalai dan leka melihat wanita menyayi dan menari.

Kesemua hal keadaan ini dilihat dan didengari oleh Harut dan Marut, setelah Allah SWT menukar mereka menjadi manusia dan mencampak mereka berdua di Babil. Harut dan Marut berada di Bandar Babil, mereka berdua sentiasa memelihara kecantikan dan keputihan malaikat, sesiapa saja akan tertarik dan tergoda dengan kecantikan mereka berdua.

Setelah lama berjalan jalan di kota Babil mereka berdua merasa letih. Harut pun berkata; aku terasa sesuatu di dalam dadaku, begitu juga di kepalaku seolah olah badanku berat seperti bukit sehingga kakiku tidak mampu memikulnya. Marut menyahut kata kata Harut; aku berasa seperti yang kamu rasa tetapi perutku amat terasa sakit.

Harut menjawab; itu bunyi perut yang lapar, wahai saudaraku! Sesungguhnya kita telah jadi seperti manusia, ketika kita malaikat tidak pernah merasa lapar dan dahaga bahkan kita sentiasa bertasbih dan menyucikan Allah. Lalu Harut mendonggak ke langgit berdoa kepada Allah supaya Allah memberi mereka makanan. Tiba tiba mereka tercium aroma daging bakar yang memenuhi rongga hidung mereka berdua.Mereka berdua segera pergi mencari ke arah aroma daging bakar, akhirnya mereka sampai ke majlis keramaian. Mereka dapati ramai manusia sedang berjamu selera dalam majlis tersebut.

Mereka terus masuk ke dalam majlis itu, tetapi rasa mulia yang ada dalam diri mereka berdua menjadi penghalang dari mereka meminta makanan dari tuan majlis. Bagaimana mereka menyembunyi bunyi perut yang lapar dari terus berbunyi?Lalu mereka berdua pergi duduk dekat dengan tuan majlis itu. Mereka melihat orang ramai makan dengan sayu. Orang ramai juga memerhatit Harut dan Marut, kemudian tuan majlis merasa kasihan lalu menjemput mereka makan. Mereka makan bersama orang ramai sehingga kenyang dan perut mereka tidak lagi berbunyi.

Selesai makan, mereka pun memerhati semua orang ramai yang sedang makan, mereka memerhati seluruh tempat di dalam majlis itu. Akhirnya mata mereka berdua terpaku melihat kecantikan dan kejelitaan seorang wanita, wajahnya cantik bak bulan purnama. Itulah Zahrah ratu cantik di Babil. Harut dan Marut tersedar dari lamunan, dan rasa bersalah kerana telah melakukan dosa. Harut dan Marut pun segera beristighfar dan bertaubat dari dosa tersebut. Rasa terlalu malu atas dosa tersebut hampir hampir membunuh mereka berdua. Penyesalan jelas terpancar dari riak muka mereka.

Tetapi setelah perasaan penyesalan berlalu, syahawat datang kembali sekali lagi mereka memandang Zahrah dengan asyik sekali, sehinggalah suara iman dalam hati mereka memberontak dan berkata ini nafsu dan bujukan syaitan. Suara iman mengatasi syahawat mereka segera beristighfar kepada Allah SWT. Mereka memikirkan bagaimana hendak mengatasi masalah itu?

Akhirnya mereka dapat jalan penyelesaian.Hanya itu saja jalan penyelesaian bagi mereka iaitu bersegera meninggalkan majlis . Harut dan Marut sepakat, mereka mestilah segera meninggal majlis dan bertaubat kepada Allah. Lalu mereka terus melangkah keluar dari majlis, setelah agak jauh meninggal majlis tersebut, perasaan syahawat mereka meronta ronta untuk melihat Zahrah, mereka serentak berpaling untuk kembali kepada Zahrah, tetapi sekali bisikan iman mereka mengatasi bujukan syahawat dan mereka meneruskan perjalanan, lari jauh meninggal majlis itu.

Dalam perjalanan itu Harut dan Marut tidak bercakap terus membisu, sambil itu kedua dua tertanya tanya apakah yang telah mereka lakukan sanggup mengengkari perintah Allah dengan melihat kepada perkara yang diharamkan ke atas mereka. Harut pun berkata kepada Marut; nafsu manusia buruk dan keji mendorang kita melakukan maksiat kepada Allah. Alangkah keji nafsu manusia! Marut menjawab; mungkin perasaan engkau sama seperti apa yang aku rasai sekarang! Ya aku takut tempat kembali kita adalah neraka, yang menjadi tempat balasan orang orang durhaka kepada Allah

Harut menjawab; tidak! Tidak! Jangan takut kita mesti berusaha mengalah syahawat dan memaksa nafsu agar mengikut bisikan iman.Kita mesti terus beristighfar dan bertaubat kepada Allah dan mesti meninggal terus tempat maksiat dan pergi ke tempat jauh dari manusia dan tidak ada maksiat.

Setelah senja matahari pun terbenam mereka masih meneruskan dan berhenti dengan kaki bukit, masih ada lagi cahaya kemerahan di kaki langit, beransur ansur bertukar menjadi gelap, kelipan kelipan cahaya bintang jauh di langit. Harut dan Marut khusyuk menunaikan solat dan bertasbih kepada Allah sambil memohon taubat ke atas dosa yang telah mereka lakukan
Keadaan malam terus gelap gulita, semua makhluk di dunia sedang nyenyak tidur. Manakala Harut dan Marut terus menerus bersolat, tiba tiba mereka terdengar tiupan angin yang mendayu dayu lalu terbit suara yang kuat, seolah olah suara perempuan meraung kehilangan anaknya dan timbul perasaan takut menyelubungi mereka berdua, tambah lagi dengana kedinginan malam yang menggigilkan tubuh badan mereka. Mereka amat ketakutan dan kesejukan, lalu mengambil keputusan untuk kembali ke bandar untuk menghilangkan rasa kesejukan dan ketakutan.

Setelah sampai di bandar, Harut berkata: dah kembali balik!!! Tanya Marut apa yang kembali balik? Harut menjawab; rasa kelaparan yang menyakitkan perut ku. Kata Marut; Kita dah jadi hamba kepada perut, celakalah perut ini yang tidak pernah kenyang! Harut; kita perlu mencari makanan. Marut; jika kita dapat makanan dan kenyang, adakah kita tak lapar lagi?Kita mesti bekerja untuk membeli makanan. Kerja apa yang kita boleh buat? Serah urusan kepada Allah, kita akan dapat kerja dan Insya Allah akan memberi rezeki harta cukup kepada kita.

Sejak saat itu seluruh Malaikat dilangit, disamping memuji Allah swt, mereka selalu berdoa agar Allah sudi kiranya mengampuni dosa dosa manusia yg beriman yg tinggal dibumi ini. Terhadap kedua Malaikat yg dijadikan percubaan oleh Allah disuruh pilih menjalani siksa dunia atau siksa akhirat. Lalu keduanya memilih siksa dunia kerana dunia ini tidak kekal. Sedangkan siksa akhirat adalah siksa yg kekal, begitulah kedua malaikat itu disiksa oleh Allah didunia, dan bebas dari siksa diakhirat kelak. 

Akhirnya banyak manusia yg mendatangi kedua Malaikat itu untuk mempelajari ilmu sihir yg dapat mencerai beraikan antara suami isteri. Kedua Malaikat itu tak lupa menerangkan kepada orang ramai di zaman itu bahawa ilmu sihir itu adalah sebagai (fitnah) bagi mereka dan tidak akan bererti apa apa kecuali degan izin Allah. Dan pasti ianya mendatangkan kerosakan semata-mata bahkan tiada untung dan pahalanya malah dosa, kerugian dan syirik sahajalah yang ditanggung. Sekalipun begitu, masih ramai saja manusia yg ingin mempelajarinya yg terang terangan tidak bermanfaat dan malah akan mendapatkan siksa yg amat berat diakhirat kelak.

Darda’il – Malaikat yang mencari orang yang berdo’a, bertaubat, minta ampun dan lainnya pada bulan Ramadhan. Dalam hadits yang lain dijelaskan: Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat yang bernama "Malaikat Darda'il". Dia mempunyai dua sayap, satu sayap berada di Barat yang terbuat dari yaqut merah, dan sayapnya yang lain berada di Timur yang terbuat dari zamrud hijau yang ditaburi dengan mutiara dan yaqut serta marjan, kepalanya berada di bawah 'Arasy, sedang kedua telapak kakinya berada dibawah bumi yang ketujuh.


Hafazhah (Para Penjaga): Para Malaikat Hafazhah Penjaga Tujuh Petala Langit melepasi langit Ketujuh untuk sampai kepada Allah SWT, mereka Para Malaikat dari kalangan Penjaga amalan Ikhlas "Liwajhillah"

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah, membawa amalan seseorang hamba. Amalan itu berupa solat, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam, (dari perkara yang sia-sia) dan banyak berzikir. Amalan hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petala langit sehingga mereka melintasai segala halangan  dan sampai kepada Allah.  Para malaikat itu berhenti dihadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut.” Lalu Allah berfirman kepada para malaikatnya:

“Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini dan sebenarnya Aku lebih mengetahui dengan segala isi hatinya. Ia sebenarnya tidak menghendaki akan Aku dengan amalannya tersebut. Ia hanya menghendaki sesuatu yang lain daripadaKu, oleh kerana itu maka Aku turunkan keatasnya akan laknatKu”.

Lalu para malaikat tadi berkata:

Keatasnya laknatMu dan juga laknat kami.” Lalu dilaknat akan dia oleh tujuh petala langit dan seisinya.

Mendengar sabda Nabi SAW ini, lalu Muaz menangis seraya berkata: “Engkau adalah Rasulullah SAW, sedang aku adalah Muaz (hamba Allah yang bukan Rasul). Maka bagaimana aku dapat selamat dan sejahtera. Lalu Rasulullah SAW menjawab:

Hendaklah engakau ikuti aku walaupun hanya dengan sedikit amalan. Wahai Muaz jaga lidahmu baik-baik daripada mencela saudaramu yang membaca Al Quran (golongan Ulama’) dan pertanggungkanlah segala dosamu keatasmu dan jangan engkau mempertanggungkan dosamu keatas mereka dan jangan engkau menganggap dirimu bersih dan jangan pula engkau mencela orang lain dan jangan engkau memuji dirimu dihadapan mereka. Dan jangan engkau campurkan urusan dunia didalam urusan akhirat. Dan jangan engkau menyombong diri didalam majlis nanti orang ramai akan takut kepadamu kerana kejahatanmu dan jangan engkau berbisik kepada seseorang sedangkan seorang lagi ada disisimu dan jangan engkau membesarkan dirimu maka akan terputus daripadamu segala kebaikan didunia dan diakhirat. Dan jangan engkau carikkan (pecah belah) akan manusia maka mencarik akan dikau oleh anjing-anjing api neraka pada hari kiamat nanti”. Allah telah berfirman (maksudnya):

Demi yang mencarik akan carikkan”. (Al Nazia’at: 2).

Apakah engkau ketahui wahai Muaz siapakah mereka yang mencarik itu? Muaz bertanya “Ya Rasulullah, sebenarnya siapa mereka?”. Lalu Nabi SAW menjawab: “Itulah anjing-anjing garang didalam api neraka yang akan mencarikkan daging sehingga sampai ke tulang”.

Muaz bertanya: “Ya Rasulullah, siapakah orang yang mampu melaksanakan segala perkara yang engkau sebutkan tadi?. Dan siapakah yang akan selamat daripada seksaan itu?”. Nabi SAW menjawab: “Itu sebenarnya mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah”.

Kemudian, lalu Khalid bin Maadan berkata: “Maka aku tidak pernah melihat seseorang yang banyak membaca Al Quranul Karim lebih daripada Muaz kerana beliau faham terhadap hadis yang besar ini.”

Dan ketahuilah olehmu bahawa tiga perkara ini (hasad, riak dan ujub) ialah punca kepada segala penyakit hati dan baginya tempat tumbuh yang sama, iaitulah ‘hubbud dunia’ (cinta dunia). Oleh kerana itu Rasulullah SAW pernah bersabda:

Cinta dunia itu adalah punca daripada segala kejahatan.” (riwayat Al Baihaqi).

Namun sesiapa yang mengambil dunia sekadar yang ia perlukan, iaitu untuk sampai keakhirat, maka dunia seperti ini adalah ladang akhirat, yang tidak akan membinasakannya.

Dan jika engkau menuntut ilmu “Qila wa Qala” (ertinya ilmu perdebatan) dan ilmu perbalahan dan khilafiyah, maka alangkah besarnya musibahmu.

Maka sesiapa yang mencari dunia dengan menggunakan agama ia akan rugi didunia ini dan diakhirat, dan siapa yang meninggalkan dunia dan memberi penumpuan kepada agama pasti ia akan untung kedua-duanya sekali.

“Kemudian naik pula malaikat Hafazhah, membawa amalan seseorang hamba. Amalan ini ialah solat, puasa, nafkah, jihad dan warak. Baginya bunyi (maksudnya bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya bercahaya bagai cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu tiga ribu orang malaikat, sehingga mereka berjaya sampai kepintu langit yang ketujuh, lalu, berkata malaikat penjaga langit yang ketujuh itu:

“Berhenti kamu disini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, bahkan pukullah pula akan seluruh anggota badannya dan tutupkan keatas hatinya. Akulah malaikat zikir (zikir disini bermaksud: mencari sebutan, iaitu saorang yang beramal dengan tujuan supaya disebut-sebut oleh orang lain). Aku akan menghalang amalan orang yang riak dari sampai kepada Tuhanku. Ia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi kerana supaya mendapat tempat yang tinggi dihati para fukaha dan supaya disebut dikalangan para ulama’ dan supaya masyhur namanya dimerata tempat. Allah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang riak seperti ini dapat melintasai aku, kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riak dan Allah tidak menerima amalan orang yang riak”. 

Kiraman Katibin – Para malaikat pencatat yang mulia, ditugaskan mencatat amal dan dosa manusia. Tidak ada dalil yang menyatakan siapa sebenarnya mereka sama ada pembantu kepada Raqin dan Atid ataupun mereka itulah Raqib dan Atid.

Mu’aqqibat – Para malaikat yang selalu memelihara/ menjaga manusia dari kematian sampai waktu yang telah ditetapkan yang datang silih berganti. Al-Mu’aqqibat  adalah para malaikat yang menjaga setiap makhluk pada waktu bermukim, bepergian, waktu tidur atau ketika terjaga dari kematian sampai datang waktu kematian yang telah ditetapkan. Para malaikat ini termasuk dalam golongan Hafazhah (Para Penjaga).

Dalam hadits lain dikatakan bahwa “Para malaikat bergiliran untukmu pada malam dan siang hari. Mereka berkumpul dalam solat subuh dan solat asar. Kemudian malaikat malam naik kepada Allah. Allah bertanya, kepada para malaikat sedang Dia lebih mengetahui tentang kamu, "Bagaimana keadaan hamba-hamba-Ku saat kamu tinggalkan?" Para malaikat berkata, "Kami mendatangi mereka sedang mengerjakan solat dan kami meninggalkan mereka sedang solat pula."”


Arham – Malaikat yang diperintahkan untuk menetapkan rezeki, keberuntungan, ajal dan lainnya pada 4 bulan kehamilan.

Jundallah – Para malaikat perang yang bertugas membantu nabi dalam peperangan.

Ad-Dam’u – Malaikat yang selalu menangis jika melihat kesalahan manusia.

An-Nuqmah – Malaikat yang selalu berurusan dengan unsur api dan duduk disinggasana berupa nayala api, ia memiliki wajah kuning tembaga.

Ahlul Adli – Malaikat besar yang melebihi besarnya bumi besera isinya dikatakan ia memiliki 70 ribu kepala.

Ar-Ra’d – Malaikat pengatur awan dan hujan.

Malaikat Berbadan Api dan Salju – Malaikat yang setengah badannya berupa api dan salju berukuran besar serta dikelilingi oleh sepasukan malaikat yang tidak pernah berhenti berzikir.

Penjaga Matahari – Sembilan Malaikat yang menghujani matahari dengan salju.

Malaikat Rahmat – Penyebar keberkahan, rahmat, permohonan ampun dan pembawa roh orang-orang shaleh, ia datang bersama dengan Malaikat Maut dan Malaikat `Adzab.

Malaikat `Adzab – Pembawa roh orang-orang kafir, zalim, munafik, ia datang bersama dengan Malaikat Maut dan Malaikat Rahmat.

Pembeda Haq dan Bathil – Para malaikat yang ditugaskan untuk membedakan antara yang benar dan salah kepada manusia dan jin.

Penentram Hati – Para malaikat yang mendoakan seorang mukmin untuk meneguhkan pendirian sang mukmin tersebut.

Penjaga 7 Pintu Langit – 7 malaikat yang menjaga 7 pintu langit. Mereka diciptakan oleh Allah sebelum Dia menciptakan langit dan bumi.

Pemberi Salam Ahli Surga – Para malaikat yang memberikan salam kepada para penghuni surga.

Pemohon Ampunan Orang Beriman – Para malaikat yang terdapat disekeliling ‘Arsy yang memohonkan ampunan bagi kaum yang beriman.

Pemohon Ampunan Manusia di Bumi – Para malaikat yang bertasbih memuji Allah dan memohonkan ampun bagi orang-orang yang ada di bumi.

Malaikat Pelindung. - Dalam buku yang berjudul Jawaahi al-Khamsah yang dituliskan kembali oleh Patrick Hughes dalam bukunya yang berjudul "A Dictionary of Islam: Being a Cyclopaedia of the Doctrines, Rites ...," disebutkan nama-nama Malaikat Pelindung adalah sebagai berikut:
  • Israfil,
  • Jibril,
  • Kalka'il,
  • Darda'il,
  • Durba'il,
  • Raftma'il,
  • Sharka'il,
  • Tankafil,
  • Isma'il,
  • Sarakika'il,
  • Kharura'il,
  • Tata'il,
  • Ruya'il,
  • Hula'il,
  • Hamwakil,
  • 'Itra'il,
  • Amwakil
  • 'Amra'il,
  • 'Azrail,
  • Mika'il,
  • Mahka'il,
  • Harta'il,
  • 'Ata'il,
  • Nura'il,
  • Nukha'il.

Para malaikat yang disebut diatas tadi belumlah jelas, berlandaskan dari Al-Qur'an dan hadits Rasulallah saw atau bukan. Ianya hanyalah berdasarkan riwayat yang disampaikan secara lisan turun temurun.

Wallah Huaklam...