Friday, February 1, 2013

Belum sempat mandi hadas.....

Assalamualikum wbt para pembaca setia blog ini yang budiman. Pada kali ini saya mengupdatekan lagi blog yang separa hensem ini dengan satu lagi riwayat sejarah islam yang menjadi kegemaran saya. Saya ini penggemar kisah-kisah sejarah islam yang banyak memaparkan keagungan agama suci ini dan manusia2 terpilih yang menjadi sanjungan kita (sepatutnya) sampai ke hari ini..

Pernahkah kita terfikir bahawa mereka yang disayangi Allah swt akan diberikan keistimewaan atas kasih syg mereka kepada Alah swt. Pernah diceritakan kepada saya bahawa para wali2 zaman dahulu yang hidunya jauh dari kehidupan manusia apabila matinya dimandi, di kafan dan di tanam oleh malaikat.. Hatta diletakkan batu nesan bagi yang menandakan kubur mereka. Dan ukiran yang terdapat di batu nesan mereka juga masyaallah terlalu seni.. Dikhabarkan kepada saya bahawa semua ini diuruskan oleh para malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga para kekasihnya itu dari menjadi bangkai sahaja.. Ya Allah besar sungguh rahmat mu ke atas kami..

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mampukah malaikat yang ghaib itu menguruskan jenazah manusia? Jika anda bertanya seperti itu maka fikirkan pula mampukah malaikat yang ghaib itu mencabut nyawa sedangkan setiap hari ada saja mereka yang meninggal. Dan fikirkan pula mampukah seorang malaikat yg ghaib meniupkan sangkakala yang memusnahkan dunia nanti? Maka jawapannya YA.. mereka mampu.. kerana hanya dengan KUN FAYAKUN maka terjadilah dunia ini..


Bagi menyokong cerita saya itu maka ingin saya bawakan sebuah kisah benar yang terjadi semasa kekasih saya Muhammad saw masih hidup..  Kisahnya begini.. 

Perkahwinan Hanzalah bin Abu Amir dengan sepupunya, Jamilah binti Ubay sudah siap diatur. Kebetulan pula, hari berlangsungnya perkahwinan Hanzalah bertembung dengan hari peperangan tentera Islam menentang musuh di Bukit Uhud. Hanzalah bin Abu Amir mendekati Rasulullah saw, “Saya bercadang menangguhkan sahaja perkahwinan saya malam nanti”. Pada masa itu, Nabi Muhammad saw dan tentera-tentera Islam di kota Madinah sibuk membuat persiapan akhir untuk berperang. “Tidak mengapa, teruskan sahaja perkahwinan ini”, balas Rasulullah saw. “Tetapi saya sungguh berhajat untuk menyertainya”, Hanzalah bertegas. Rasulullah saw berkeras supaya Hanzalah meneruskan perkahwinannya dan memberi cadangan supaya Hanzalah menyusuli tentera Islam di Bukit Uhud pada keesokan hari, setelah selesai upacara perkahwinan. Kalau kita mesti ambik cuti lama dah sebab nak gomol bini yg baru dikahwini, tapi bukanlah Hanzalah yang tebal imannya berbanding kita. Klu kita tgh mengaji pun klu tetiba bini tergenyit mata terus sodaqollah hual a'zim tapi tidak pada Hanzalah..

Hanzalah mendiamkan diri. Ada benarnya saranan Nabi Muhammad itu, perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan dirinya bahkan bakal isterinya juga. Pada malam Jumaat yang hening, perkahwinan antara Hanzalah bin Abu Amir dan Jamilah binti Ubay dilangsungkan secara sederhana. Suasana yang hening dan sunyi itu tidak tenang hingga ke pagi. Kota Madinah tiba-tiba dikejutkan dengan paluan gendang yang bertubi-tubi. Paluan gendang mengejutkan para pejuang bersama laungan menyebarkan berita.

“Bersegeralah! Kita bersegera perangi musuh Allah.” “Berkumpul segera! Keluarlah! Rebutlah syurga Allah!” “Perang akan bermula!”

Pukulan gendang dan laungan jihad itu mengejutkan pasangan pengantin yang baru sahaja dinikahkan. Hanzalah bingkas bangun dari tempat tidurnya, “Saya harus menyertai mereka”. “Bukankah malam ini malam perkahwinan kita dan Nabi Muhammad mengizinkan kanda berangkat esok?” Soal isterinya. Hanzalah menjawab tegas, “Saya bukanlah orang yang suka memberi alasan bagi merebut syurga Allah”. Kalau kita manusia di zaman ini kawan2 cal nak dtg kenduri pun tak dapat dah inikan pula malam pengantin.. Memang call pun x dapat atau tutup henpon terus sampai abis cuti sebab x nak kena panggil keje.. Eehhh macam terkena batang idung aku la pulak..

Jamilah terdiam dan hanya mampu memerhatikan suaminya bersiap memakai pakaian perang dan menyelitkan pedang ke pinggangnya. Hanzalah menoleh ke arah isterinya, “Janganlah bersedih, doakan pemergian saya, semoga saya beroleh kemenangan”. Suami isteri itu berpelukan dan bersalaman. Berat hati Jamilah melepaskan lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya ke medan perang. Namun, Jamilah menguatkan hatinya dan melepaskannya dengan penuh redha. “Saya mendoakan kanda beroleh kemenangan”. Hanzalah melompat ke atas kudanya dan terus memecut tanpa menoleh ke belakang. Akhirnya, dia berjaya bergabung dengan tentera Islam yang tiba lebih awal daripadanya. Walu tak sempat nak mengecap nikmatnya perkahwinan namun Hanzalah lebh terliur untuk menikmati nikmatnya syurga itu..

Di medan perang, jumlah tentera musuh adalah seramai tiga ribu orang yang lengkap bersenjata manakala jumlah tentera Islam hanyalah seramai seribu orang. Perbezaan itu tidak menggugat kewibawaan tentera Islam termasuklah Hanzalah. Dia menghayun pedangnya menebas leher-leher musuh yang menghampiri dan apabila dia terpandang Abu Sufyan, panglima tentera Quraisy, Hanzalah menerkam Abu Sufyan umpama singa lapar. Mereka berlawan pedang dan bergelut. Akhirnya Abu Sufyan tersungkur ke tanah. Tatkala Hanzalah mengangkat pedang mahu menebas leher Abu Sufyan, dengan kuat panglima tentera Quraisy itu menjerit menarik perhatian tentera Quraisy. Tentera-tentera Quraisy menyerbu Hanzalah dan Hanzalah tewas, rebah ke bumi.

Sebaik sahaja perang tamat, tentera Islam yang tercedera diberikan rawatan. Mayat-mayat yang bergelimpangan dikenalpasti dan nama-nama mereka, tujuh puluh orang kesemuanya dicatat. Sedang Nabi Muhammad yang tercedera dan patah beberapa batang giginya diberi rawatan, beliau mengatakan sesuatu yang menyentak kalbu para muslimin ketika itu, “Saya terlihat antara langit dan bumi, para malaikat bergilir memandikan mayat Hanzalah dengan air daripada awan yang diisikan ke dalam bekas daripada perak”. Abu Said Saidi, antara tentera yang berada dekat dengan Nabi Muhammad bingkas bangun lalu dengan segera mencari jenazah Hanzalah. Beliau lalu mendapatkan mayat Hanzalah lalu memeriksa jenzah fisabilillah itu. Maka bergenanglah air mata beliau mengenangkan keajaiban kuasa Allah ke atas makhluk yang bernama hambanya itu. maka beliau kembali mendapatkan kumpulan berdekatan dengan Rasulallah saw tersebut. Lalu dengan penuh syahdu beliau mengungkapkan “Benarlah bagai dikata oleh rasulallah itu. Rambutnya Hanzalah masih basah tanda bekas dimandikan!” Betapa bertuahnya jasad beliau disentuh jari jemari malaikat dan dimandikan oleh makhluk pilihan Allah swt itu pula. Abu Said Saidi sendiri menyaksikan sinar ketenangan di wajah Hanzalah walaupun beliau cedera parah di seluruh badannya. Rambutnya masih basah dan titisan air masih mengalir di hujung rambutnya walaupun pada ketika itu matahari sedang terik memancar.
 
 
Maka dari kisah itu dapatlah kita andaikan bahawa Allah swt mentadbir seluruh umatnya dengan penuh kasih syg tanpa tertinggal sedikitpun  kebajikan ke atas hamba-hambanya. marilah kita mengejar kekayaan akhirat yakni mendapat redho dan kasih syg Allah swt dan juga kasih syg sesama manusia. Kerana andainya pahala itu dapat dilihat dengan mata kasar, pasti manusia akan mendatanginya (mengejar dan mengumpulnya) dengan berbondong-bondong sekalipun terpaksa merangkak. Wallah huaklam..

No comments: