Monday, February 25, 2013
Dalam Doa Kusebut Namamu.. Doa dari suami isteri..
Bismillah hirrohma nirrohim.. Alhamdulillahi robbil ‘aalamiiin… Ashsholaatu wassalaamu ‘alaa Ashrofil ambiya iwal mursalin.. Allahhum masollia’la syaidina Muhammadi … Waa’la alihi wasohbihi ajmain..
Syukur, yaa Robbiii, Engkau telah menyatukan kami dalam ikatan pernikahan ini. Menghalalkan yang sebelumnya belum halal atas kami. Mengharamkan yang sebelumnya belum haram atas kami. Mengikuti sunnah Rasul-Mu. Menyempurnakan separuh din-Mu. Menyemai ibadah dalam bilik kemesraan kami. Sambil terus–menerus mengharapkan redho dan ampunan-Mu…
Kami terus-menerus mengharapkan redho dan ampunan-Mu, atas dosa-dosa yang telah dan mungkin akan terjadi, kami memohon kepada-Mu, dengan segenap harapan dan kerendahan hati, sudilah kiranya Engkau menuntun kami ke jalan yang Engkau redhoi. Jauhkanlah kami dari jalan orang-orang yang Engkau murkai. Jauhkanlah kami dari jalan orang-orang yang sesat. Jauhkanlah kami dari jalan orang-orang yang zalim. Jauhkanlah kami dari jalan orang-orang yang fasik. Jauhkanlah kami dari jalan orang-orang yang kafir. Selamatkanlah kami dalam kehidupan kami di dunia dan di akhirat kelak.
Yaa Robbiii… Jadikanlah isteriku isteri yang taat menjalankan perintah-Mu, dan tegas meninggalkan larangan-Mu. Jadikanlah ia isteri yang taat kepadaku dalam perjalanan menggapai redho-Mu. Jauhkanlah ia dari sifat-sifat buruk dan bejat, dari sifat ujub dan khianat, dari sifat zalim dan fasik, dan sifat-sifat yang mendatangkan murka-Mu. Jadikanlah ia isteri solehah, sebaik-baik perhiasan dunia bagiku. Jadikanlah ia sahabat terbaikku dalam mengarungi hidup di kehidupan ini. Jadikanlah ia sahabat terbaikku dalam menuntut ilmu. Menjadi guruku. Menjadi muridku. Menjadi teman belajarku. Menjadi rakan sejawatku dalam berlumba-lumba di jalan kebaikan.
Yaa Robbiii… Jadikanlah aku imam bagi keluargaku. Imam yang adil dan mengajak kepada jalan yang Engkau redhoi. Bimbinglah aku dalam memimpin. Tegurlah aku dikala lalai dari tanggung jawabku, dengan teguran Rahman dan Rahim-Mu. Jauhkanlah aku dari sifat-sifat buruk dan bejat, zalim dan fasik, dari sifat ujub dan khianat, dan dari segala sifat yang mendatangkan mudarat dan murka-Mu. Kuatkanlah keimananku, sebagai obor penerang bagi keluargaku dalam mengharungi gelapnya kehidupan akhir zaman ini. Bimbinglah kami, yaa Robbal ‘aalamiiin…
Yaa Robbiii… Ampunilah dosa-dosa kami sebelum dan sesudah hari pernikahan kami. Ampunilah dosa-dosa kami sebelum dan sesudah hari pernikahan kami. Ampunilah dosa-dosa kami sebelum dan sesudah hari pernikahan kami. Baik yang kami sedari maupun yang tidak kami sedari. Ampunilah dosa kedua Ibu dan Bapa kami. Ampunilah dosa saudara-saudara kami. Ampunilah dosa kaum kerabat kami. Ampunilah dosa sahabat-sahabat kami. Ampunilah dosa guru-guru kami. Ampunilah dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat, baik yang masih hidup maupun yang sudah meninggal dunia.
Yaa Robbiii… Kurniakanlah kami keturunan yang soleh dan solehah. Anak-anak yang taat menjalankan perintah-Mu dan tegas meninggalkan larangan-Mu. Anak-anak yang berbakti kepada kedua orang tuanya. Kurniakanlah kami keturunan yang akan teguh memperjuangkan tegaknya agama-Mu di bumi ciptaan-Mu ini.
Yaa, Robbiii… Karuniailah kami keturunan yang menggenggam erat sunnah Rasul-Mu. Memperjuangkan kembalinya kehidupan Islam di persada bumi ini. Generasi yang bersedia mengorbankan segala yang ada padanya untuk mempertahankan aqidahnya, memperjuangkan al-Haq dan mengingkari al-bathil. Hambamu dalam kilauan senjaMu, Tertangkup tangan doa bahagia memohon restu-Mu, Membisik harapan pada Mu Ya Robbi…
Ya Allah…. Izinkan aku sujud di sejadah bersamanya, Beralas cinta berhujungkan syurga. Yang menenggelamkan kami dalam sujud penuh kerinduan kepada-Mu, Dalam takbir yang mengakui Keagungan-Mu, Dalam salam yang mengingatkan kami bertemu atas qadarmu, Dalam wudhu yang membersihkan hati kami untuk melihat Wajah-Mu, Dalam tilawah yang kami lantunkan penuh haru, Dalam zikir yang tiada akhir dan sempadan waktu, Yang membuat kami semakin kagum akan Pesona-Mu.. Menyukuri ayat-ayat Cinta-Mu yang Kau bentangkan pada kami selalu, Yang menetapkan kami menjadi Akhlakul Karimah Rohmatan lil Alamin umatMu..
Ya Allah….Tak kupinta dia untuk sempurna..Tapi jadikan kami sempurna untuk saling mengisi kekurangan kami..Tak kupinta dia datang dengan kesombongan atas apa yang diraihnya..Tapi datangkan ia dengan ketulusan cinta hanya kerana-MuAgar ku mendapat kebaikan dunia, agama dan akhiratku….. Ya Allah…Izinkan aku bersama sujud di sejadah-Mu sajadah bersamanya selamanya..
Aamin ya Rabbal’Alamin….. Robbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa ‘adzaaban naar…Allohummaghfirlanaa bikaroomika ajma’iiin, watubuwazaqi wa’fu ‘an man yaquulu aamiiin aamiiiin aaamiiin…. Washollollohu ‘alaa sayyiidinaa Muhammad wa ‘alaa aalihi ajma’iiinWalhamdulillahi robbil ‘aalamiiin…
Labels:
ayat-ayat cinta,
ayat-ayat indah,
doa,
doa suami isteri,
rumahtangga
Manusia biasa yang tak boleh menilai sesiapa... Mistika 33
Assalamualikum wbt para sidang pembaca yang dikasihi
sekalian.. Dah lamo pakcik tak menulis ni.. Ye lah sejak2 umur meningkat
seiring dengan model Apple iPhone ni.. du lu 3GS skarang ni dah 4S so slow la
sikit.. nak mengingat balik pengalaman2 lama ni ambik masa la..
Yang pakcik teringat ialah kisah satu pasangan kawan2 pakcik
yang rumahnya sering terkena gangguan.. Walau dah dua tiga kali pindah asyik
ada gangguan jer dalam rumah sampai rasa nak terkentut dalam rumah pun mcm x lepas
sebab mcm ada makhluk lain yg boleh tercium bau kentut dia.. Setengah org kecik
dulu kentut tu simpan dalam tapak tangan pastu buang kat luar rumah pun ada gak…
Lama lah jugak diaorg bertahan dengan gangguan2 ni. Bila
bininya komplen kat suaminya, suaminya buat endah tak endah jer sebab dia bukan
nak percaya benda2 ghaib ni pun. Bukannya org suh percaya benda2 ghaib ni lebih
berkuasa drpd kita Cuma kita kena faham bahawa diciptakan makhluk dan manusia..
makhluk tu termasuk berbagai jenis tumbuhan dan hidupan sama ada yang kita nampak
atau tak tu.. Malaikat pun ghaib… takkan kita tak percaya gak kewujudan
malaikat.. Kdg2 payah nak xplain kat org2 yg terlebih pandai ni.. kata org
zaman moden ni mana ada benda2 mcm tu dah.. apasal diaorg ingat umur diaorg lg
panjang drpd jin ker? Jin lg pjg umur drpd manusia… Dan kat alam ghaib nun lagi
maju daripada alam nyata ni.. mana pakcik tau?? Aku tau la sebab aku bagitau..
Kalau aku tak tau aku jawab tak tau..
So kali ni aku nak menulis la cerita penglipur lara yang
melayan angan2 kosong dikala senjakala untuk korang perabihkan masa lapang dari
membuat kerja yang tak berfaedah.. baik korang baca citer temberang pakcik ni..
Ada gak faedahnya..
So masa kat umah pertama tu pernah la sekali laki dia ni
dengar bunyi2 benda2 bermain ditangganya tu tapi sekali tu jer lah.. Bininya
katanya banyak kali lah dengar.. Anak2nya pun ngadu banyak kali dengar waktu
lepas kul 10 mcm tu.. Kesian anak2 nya dok takut nak keluar bilik lepas kul
10.. Tapi jimat sikit bil letrik kata sahabat pakcik ni sebab anak2nya tak la
jadi gila tgk tv sampai tgh2 malam.. sebelum kul 10 semua anak2 dia berebut nak
masuk bilik mcm kambing nak masuk kandang sebab takut kena kacau kat tangga tu..
Mula2nya sapa pun tak perasan sebab diaorg satu family ingat
bunyi tangga tu sebab anak org sebelah dok berlari main tangga malam2..
Kisahnya masa jiran dia balik kampong cuti sekolah satu family, anak dia yang
lelaki tengok la tv sorang2 kat bawah layan citer mat salleh.. maklum lah astro
baru pasang kat umah dia.. tetiba anak jantan dia dgr bunyi tangga berulang
kali lebih dari selalu.. maka anak dia pun fed up la.. tgh best2 layan cerita
star wars tetiba kena kcu dek bunyi bising lak.. dia nak sound kawan dia kat
umah sebelah.. bila dia jenguk dia Nampak kosong jer depan umah org tu n bru
dia teringat kawan dia yg sama2 curi buah rambutan dekat rumah depan surau
taman tu dah balik kg satu family.. so dia pun masuk balik umah n cuba berfikir
sapa laky g duk main2 kat tangga.. nak kata adik2 dia, mak dia dah suh masuk
tido awal2 lagi.. maka tetiba bulu yang baru2 belajar nak tumbuh kat bdn anak
dia abis semua meremang.. terus dia lari naik ke atas masuk bilik sampai kain
pelekat dia terjatuh melepak kat atas tangga tu..
Esoknya budak tu yang baru cadang nak sunat ujung tahun tu
pun demam tak kuar bilik. Mak bapak dia tgk anak tak kuar bilik gi la tgk
sedangkan anak dia ni pantang pagi jer hilang dah main sepak bola tenis jadi
mcm futsal.. Maka bercerita lah ia pada kedua ibu bapanya perihal kenaikan
kebuluan keromaan budak tu masa malam semalam.. mcm biasa si bapak mengambil
mudah apa yang jadi.. maknya mcm biasa bertambah risaulah.. tambahan pulak
bininya pnah bcerita kat sahabat ni yang dia selalu mimpi terjatuh dari tempat
tinggi.. selalunya org yg mimpi mcm ni akan terkujat terkujat tidurnya mcm
korang tgk kucing tido.. tapi aku tak tau lah kucing tu selalu mimpi apa sebab
aku tak pernah tanya kucing tu n kucing aku pun tak pernah nak jawab pasal
apa.. so benda tu aku KIV je lah.. Lagi pun kucing tu x pnah mtk tlg mana2
pengamal perubatan utk ubat diaorg.. paling2 diaorg jumpa veterinar jer utk
suntik..
Lepas tu sebab nak belagak dengan kengkawan maka sahabat tu
pun pindah la rumah lebih besar milik seorang India. Maka si isteri n anak2 nya
pun sukalah hati sebab kat umah baru tak ada la gangguan yg mcm rumah dulu
hendaknya.. selang tak sampai seminggu datang la balik gangguan kat umah tu
sebab tangganya pun kayu mcm rumah yg sebelum ni.. makin mahal sewa umah makin
kayu lak tangganya.. rumah yg murah2 tangganya batu lak..
Gangguan ni asalnya anak sulung perempuan diaorg dahaga tgh2
malam.. Bila satu malam tu dahaga anak sulung diaorg pun turunlah bwh gi dapur
bancuh air sirap, xde la rasanya org2 dahaga tgh2 malam ni nak minum air ketum
ye dok??.. dah siap bancuh sempatlah minah ni ambik berkat hirup seteguk
sebelum nak bwk masuk bilik dia. Sampai kat tangga maka bergedudup ler bunyi
tapak kaki naik turun tangga kat depan dia tu.. Apa lagi kenyang ler tangga
minum belen air sirap yg tiga suku gelas lagi beserta kaca2 yang berserakan
atas tangga.. tapi sebab anak sulung agaknya semangat dia kuat sikit daripada
anak jantannya.. maka xde la nak demam2 anak perempuannya tu..
Selang tak berapa lama bininya pulak kena sakat bila
sensorang tgh lipat kain sambil layan drama Dendam Sarakit agaknya kat Tv3..
Sambil2 melipat kain tu maka dalam kesamaran suara sarakit menjerit sana sini
tu dia terdengar la bunyi yang meremangkan bulu kaki tu kat tangga rumah dia..
Dalam berani berani takut tu wife dia ni abiskan jugak tugasan melipat kain
yang dah menghiasi sofanya sepanjang minggu dgn timbunan bak gunung kinabalu
tu.. dengan perlahan dia buat2 berani
angkat kain naik atas n bila nak sampai kat anak tangga atas tu pulak berbunyi
mcm anak sulung dia kena masa bancuh air sirap tu.. maka bininya dengan
sepantas Flo-Jo pun memecut masuk bilik tido dia dgn bawak kain yang ada kat
tangan tanpa tunggu lagi dan tak sanggup nak tgk ke bawah dah.. Cita2 nak “angkat
kain” kat dalam bilik pun tak jadi kut malam tu sebab pakcik tak tanya pun
pasal tu.. sebab bab angkat kain t takde kena mengena dengan gangguan tu.. kuta
nak ada gangguan pun anak kecik yg bangun mintak susu jer..
So bila dah xtreme punya gangguan sahabat pakcik ni
suarakanlah dekat pakcik.. so dengan rendah dirinya dia mintak tolong la pakcik
buatkan sesuatu.. mungkin sebab dia takut dia lak yang kena ganggu mcm tu atau
dia takut bini dia dok tertinggal kain batik lak kat tangga tu mcm anak
jantannya.. So pakcik berkira-kira lah lepas tu tunggu masa yg sesuai nak buat
mcm mana.. sebab ada mcm sesuatu yang tersirat disebalik kejadian tu.. mcm
berat n payah benor nak lepaskan hajat sahabat pakcik tu.. tapi daya dan usaha
pakcik tetap ada.. Cuma tunggu allah bagi ilham je pada pakcik nak buat bila
masa yg sesuai..
Berselang beberapa minggu sahabat pakcik ni pun call pakcik
semula mintak tlg lagi katanya tak sihat sampai tak leh gi keje sebab ulu
hatinya sakit dipenuhi angin.. kata orang sakit angin medu kut.. Sebab dia
pernah dgr syarahan pakcik kat dia yang mengatakan penyakit yang melibatkan
angin dalam badan ni adalah di sebabkan oleh jin termasuklah angin ahmar..
pasal angin ahmar ni pakcik pernah tulih sebelum ni.. kalau korang nak baca
scroll la sendiri sebab laptop pakcik ni x leh nak remote scroll kat korg.. o
dia mintak tolong pakcik usahakan jugak la ubati dia walau dia dah try mkn ubat
gastric tak ilang2 gak..
Makanya malam tu pakcik dengan bala tentera pakcik beserta
guru2 dan para rijalul ghaib bertandang la kerumahnya lepas buat solat hajat..
maka dibelah lah perut sahabat pakcik tu dengan cara bedah ghaib yg mana
sahabat pakcik akui terasa sejuk je perut bila kena belah tu walau ekon dia tak
berpasang pun.. on the way nak balik tu pakcik teringat request dia yg sebelum
tu yg belum pakcik tunaikan.. maka pakcik, panglima hitam serta wajawira pakcik
si serigala putih pun menuruni tangga rumah beliau setelah selesai proses
modified perut sahabat pakcik tu.. kat atas tangga tu panglima hitam dok
kluarkan seketul daging dari poket seluar dia yang tak pernah putih tu..
namanya pun abang itam kan.. So tiada yg tidak itam melainkan semuanya itam2
belaka la.. maka sekonyong-konyongnya keluar seekor lembaga berbadan berkaki
dua, bertangan yang berbulu lebat serta kepala yang menyerupai anjing poodle..Bila
keluar jer terus terjelir-jelir lidah dia macam sedap sgt daging yang panglima
itam pegang tu.. aku pun x pnah tanya daging apa.. lantakla janji aku leh tgk
apa benda yang dok main tangga.. rupanya selama ni ajing ni yang suka dok main
kat tangga rupanya.. patutla dalam siri Bercakap dengan jin Tamar Jalis dulu
dia ada cerita pasal manusia berkepala anjing.. tapi ni jin yang berkepala anjing
yang aku nampak..
ni ada iras2 ni.. mcm sedara dia jer..
Maka dengan sepantas kilatnya sambil panglima hitam my
bodyguard tu dok mengumpan makhluk yang tak diundang tu aku pun memanggil
pedang hamzah aku datang terbang melayang dan zasss putus lehernya disembelih
lalu serigala putih yang sedia menunggu trus ngap tanpa perlu aku suruh.. tak
sempat aku nak habiskan perkataan pisang pun benda tu dah masuk mulutnya.. baru
aku nak sebut pi… memang dah pi dah benda tu dlm mulut dia.. maka selepas itu
rijalul ghaib aku minta untuk membawa dua bekas air zamzam dari tempat biasa
tuan guru datuk haji ismail mencedok air zamzam utk diberi minum kepada tetamu
allah yang hadir mengerjakan haji.. Maka panglima hitam pun meratakan air zam2
tersebut keseluruh tempat di tangga dan diadalm stor tempat melepak makhluk
berkepala anjing itu.. dengan tanah
haram pula disamak tempat2 tersebut dan si marmud ditugaskan untuk membersihkan
dan menghilang kan bau serta aroma tempat makhluk tersebut pernah bermastautin
agar makhluk tak diundang lain tak menggangtikan tempatnya pula..
Maka setelah selesai segala urusan tu setelah hampir lewat
malam itu maka ahli rombongan datuk raden dan aku itu pun meminta diri dan
beransur pulang. Setelah diberitahu bahawa sahabat yg sakit dapat melihat
didalam pejamnya kehadiran datuk raden yang samar baying, datuk panglima hitam,
marmud serta rombongan lain sewaktu rawatan dilakukan ke atasnya.. Maka Alhamdulillah
ilmu aku yang dinafikan oleh sesorang selama ini ternyata benar dan menjadi sumber
kekuatan dan kepercayaan aku dalam aku meneruskan perjuangan menentang anasir2
yang mengganggu umat manusia sejagat.. aku akan tetap terus berperang…
Dan selepas itu satu persatu perkara buruk yang menghantui pula hidup sahabat aku tu.. maungkin akibat egonya yang melambung, riaknya yang meninggi, sombongnya yang mendada.. aku tak tau.. satu persatu penyakitnya mula datang, keegoaanya mula goyangnya, sombongnya mula kurang, rentaknya mula songsangnya, garangnya mula hilang.. apa kaitannya dengan makhluk itu aku tak mau ambik tau.. biarlah itu antara dia dengan yang satu dan aku.. bukanlah sesiapa yang mahu menilainya kerana aku juga manusia biasa..
Tuesday, February 5, 2013
Dan aku masih bertatih...
SERATUS LANGKAH MENUJU
KESEMPURNAAN IMAN
01. Bersyukur apabila mendapat rahmat/nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan cemburui dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan tamkkan kepada kedudukan;
13. Jangan hancur kerana kezaliman;
14. Jangan goyah kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan
diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu; Berbaktilah kepada
mereka semasa mereka masih ada dan sentiasa doakan mereka sekalipunmereka telah
meninggal dunia.
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di
masjid;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana
Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi fikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah
maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takbur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyakkan silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap
segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak
berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Selalulah berselawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa
kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat
seperti bercakap-cakap yang tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan
dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu
pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah
mereka yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan
kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan
kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat
pula orang yang lebih berkelebihan dari kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif
dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana
kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa
dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang
lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai kelebihan dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan
kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, sekalipun kita tidak
senang dengan sikapnya.
88. Sediakan waktu untuk beriadah yang sesuai dengan
norma-norma agama dan koemampuan diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau
mental kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan
pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain
terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada gossip tentang teman
kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh
keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar
kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan.
Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan
dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;
99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan
kaya dengan memiskinkan orang.
100. Manfaatkan ilmu yang anda telah pelajari walaupun sedikit dan sampaikan pula kepada orang lain. Allah's love is unconditional, today, tomorrow and always. May Allah bless you everyday. Amin.
100. Manfaatkan ilmu yang anda telah pelajari walaupun sedikit dan sampaikan pula kepada orang lain. Allah's love is unconditional, today, tomorrow and always. May Allah bless you everyday. Amin.
Labels:
believe,
faith,
god,
iktikad,
Iman,
jalan allah,
jalan rasulallah,
jalan sufi,
menuju kesempurnaan iman,
muslims,
perjalanan rohani,
steps
Subscribe to:
Posts (Atom)