So lepas tu si misai msg lak aku katanya mlm ni aku free tak nak pergi Tanah Merah.. oleh sebab ada kekangan yang tak mengizinkan aku x boleh nak pergi la. Lalu misai terus call aku mintak tolong n aku bg la tau apasal aku keberatan sikit nak pergi. maka si misai mcm biasa pujuk aku sampai lembik lutut aku dibuatnya n bagi solution mcm mana nak pergi. So akhirnya aku pun bersetuju lah nak pergi. Dalam masa call tu si misai ada la bg hint2 sikit kat aku masalahnya.. Tapi yang jadi masalahnya ialah tak melibatkan sihir pun pada pandangan mata tak bersuluh aku... so aku memang la takkan offer diri aku untuk tlg. jadi si misai mintak tlg aku bwk jumpa Tok Gunung untuk kononnya berubatkan kawan dia ni.. so aku hekutkan saja la..
Selepas ambik si misai kat Loqstaq aku pun membawak diaorg lalu kat hiway balik menuju ke Tanah Merah. So aku dgr je la luahan hati si Jantan ni, kawan si misai..Dakwaannya bini Jantan ni dah biasa hidup bebas, bergelar doktor dan selalu terlanjur sebelum kahwinnya pun sebab kononnya belajar di oversea. Pastu lahirkan anak tak sah taraf lepas 4 bulan kawin n kawin pun kat siam. Aduhh aku dok keje kat border bertahun-tahun pun tak pernah terfikir nak wat keje2 mcm tu.. Tercerita la jugak dia kat aku n misai segala yg buruk2 tentang bini dia termasuk lah kisah bini dia kantoi 4 kali antar gambar bogelnya kat suami org.. Aku pun tak sanggup nak citer apa yg aku dgr n aku cuba nak cover apa yg boleh tp jari jemari runcing aku ni laju je menaipnya..
So dlm tgh drive aku pun panggil segala bodyguard2 aku, para2 rijalul ghaib dan seangkatan dengannya utk bantu aku jap.. aku ada misi mustahil nak dibuat.. lalu aku pun scan dulu pempuang ni kata ustaz azhar idrus.. aku tgk x de apa pun yang melibatkan pempuang ni dgn benda halus lagi mistik. Tapi oleh kerana aura keenam aku yang alhamdulillah pantas mengesan maksud maka tertampaklah oleh aku lembaga
Bila dah nyala gudang garam ni barulah boleh nak bercerita.. So aku akuncikan lembaga ni jadi keras tak boleh nak gerak kemana dan aku suruh bodyguard kesayangan aku Panglima Hitam and sahabat setia aku si serigala Macho untuk bawak lembaga harem tu pergi ke penjara bawah laut kami yang mana terkenal dengan seksaan ala-ala guatanamo nya. Panglima Hitam pakukan ke dinding kaki, tangan dan jantungnya agar sesiapa yang punya binatang lembaga ni pun akan gelisah sakit mcm mana si lembaga ni resah tahan sakit kena paku. Kalau Panglima Hitam paku kat kepala mati lak lembaga ni so akibatnya aku lak tak tau sapa empunya tuan ni.. Si serigala macho ni pun tak tergamak nak telan menatang haram ni sebab terlalu jijik rupanya..
Maka aku pun mulalah tarik semangat pempuang doktor ni dengan tujuan nak siasat apa kejadahnya yang berlaku ni.. punya byk cerita sampai aku pun tak faham apa jadi.. Bila aku tarik je pempuang ni marah2 lak kat aku sebab ganggu dia.. aikk aku kata sapa yg kacau siapa.. aku bukan kacau dia tido ke apa.. maka dengan sekali pusing menjerit lak dia sebab kelakuan kekurangan ajaran dia kat aku kan.. Sapa suh cakap kasar2 dengan Mael Lambung... eh silap skrip lak.. dengan aku..
Maka menjerit seorang perempuan di tengah malam akibat perbuatan suaminya.. Dia menderita sebab kena citer semua kat aku dan ceritanya amatlah bercanggah dengan cerita suaminya. Namun aku hanyalah insan biasa yang payah nak percaya cakap-cakap org tak boleh dgr ni sebab kdg2 bisikan syaitan mencelah n jadikan cerita tak betul dan juga kadang2 usahkan lidah yang tak bertulang tu, si semangat diaorg ni pun pandai menipu.. Cuma sebelum melepaskan sisemangat doktor ni pergi aku mintak dia bersumpah laknat bahawa tidak akan mengganggu si Jantan lagi dengan memalukan dia walau apa cara sekalipun dan andai dia engkar maka kutukan Allah akan melanda dirinya serta merta.. Walaupun terpaksa aku buat dengan paksaan akhirnya habislah juga sumpah dia kepada Yang Maha Mencipta dan Yang Maha Memusnahkan itu..
Tgh2 aku genggam semangatnya ditangan kiri Puan Sri lak call and aku terpaksa jawab dgn tangan kanan hp aku.. so tangan mana lak aku nak pegang steering ni.. aku pinjam tangan Datuk raden je lah kalau dah x cukup tangan. Aku bukan dewa ugama hindu yg ada byk tangan tu.. ada dua jer..
Jelas aku tgk pempuang tu takde resah gelisah pun andai dia yang empunya lembaga berlendir tu mcm dakwaan si Jantan. So xpe lah mungkin salah kut firasat aku. Maka aku teruskan perjalanan sampai la kat umah Tok Gunung tadi. Aku tgk keadaan si Jantan macam tak keruan. Dah la memang tak hensem dgn botaknya dengan resah dan macam segan2 nak jumpa Tok Gunung pun ada. Si misai lak jadi mcm bapak bawak anak nak jumpa tok mudim.. Hmm amende lah si Jantan ni kata aku. So sampai je tepi umah aku bagi salam dan terus bersalaman dengan semua jemaah Tok Gunung yang memang regular ada kat situ termasuklah cikgu2 pun ada. Lepas dipanggil Tok Gunung mengadap aku pun tunjukkanlah kepada Tok Gunung empunya diri yang membawa hajat.
Maka berceritalah si Jantan dengan sedikit versi lain dari apa yang dia ceritakan kepada aku. Aku dah start syak ada something yang tak kena dgn si jantan ni sebab lepas aku paku kan si lembaga tu dia ni pulak mcm orang yang nak
Stelah bercerita maka Tok Gunung bersetuju nak bantu dia dan aku lepas dah tanggungjawab aku utk bwk si jantan pergi berubat, itu pun atas permintaan si misai. kalau tak mampus aku tak mau tolong orang yg menganiaya orang lain mcm si jantan ni..Tapi aku tak lah tunjukkan apa yang aku rasa kat depan Tok gunung dan si misai.. Biarlah kalau Tok Gunung nak bantu dia. Maka setelah menetapkan sekian-sekian mahar utk nama pempuang tu maka Tok Gunung berjanji akan melaksanakan tugasnya tetap jam 1 pagi nanti.. sebab apa pukul satu jangan tanya aku sebab bukan aku yang buat.. korang nak tau kena tanya la Tok gunung sendiri.
Dah selesai urusan si jantan maka aku pun sempat memotong kat selekoh persembangan dengan Tok Gunung. Aku cuma tanyakan mcm mana ceritanya tentang keris yang ingin diberikan kepada aku oleh orang ghaib aritu. maka Tok Gunung dengan rasa bersalahnya ckp tak sampai lagi dan mengakui bahawa dia terlupa sebab aku tak selalu dtg aritu untuk ingatkan dia pasal itu brang... so aku pun bersalamdengan Tok Gunung dan jemaahnya selepas sempat tingalkan nombor telefon aku utk Tok Gunung hubungi andainya keris alam ghaib aku dah sampai (masa ni keris tu dah sampai ada dua bilah yang aku masukkan dalam entry yang sebelum ni).
Lepas bergerak si Misai tanya aku dah mkn belum. Aku jawab aku belum mkn apa2 lagi Misai semenjak pagi tadi.. Aku cuma mkn mi je untuk sarapan pagi tadi dan itulah saja makanan yang aku jamah utk hari itu, Maka Misai dengan rasa bersalahnya ajak aku gi mkn kat Samudera sebab kat situ ada karaoke. Lagi pening aku tgk diaorg ni. Orang kalau ada masalah jak la mkn yang siple2 agar boleh gi surau or masjid agar boleh berdoa mintak Allah bantu dan hilangkan kesusahan hidup masa ni.. ni aku tgk si jantan lagi ghairah nak berkaraoke dari si Misai.. Layan je lah kengkawan kan... Janji perut aku tak terbiar kosong..
Bila duduk je si Jantan terus termenung lepas order makanan dan minuman.. Dengan menggulung rokok daunnya maka melayang jauh la perginya fikiran si Jantan.. Aku boleh agak apa yg difikirkannya tapi biarlah aku simpan dalam diri aku sendiri tanpa bgtau pada si Misai atau si Kamal yang dtg kemudian semata-mata sebab nak lepaskan geram berkaraoke. Lepas makan kira-kira pukul 1.30 pagi aku pun mintak diri sebab nak balik rumah jap nak tgk2 keadaan rumah yang dah beberapa ketika ditinggalkan sebab Puan Sri cuti bersalin pada masa ni. Bila aku lintas balik tempat persinggahan si Misai dan rakan2 sejenayahnya tu aku dapat rasakan kegelisahan sikit.. mcm ada benda tak best je.. aku pun cuba berfikiran positif dan cuba lupakan apa yang berlaku tadi. Biarlah fikirku itu antara mereka dgn Allah..
Esok paginya si Misai call aku n bgtau pada pukul 2 lebih si pempuang ni datang dan nak berjumpa sgt dengan si Jantan. Maka diceritakan si pempuang dapat kaunseling dari sesorang dan bersetuju untuk balik ke KL lepas tu. Tak ada lah di berkeras and buat tindakan bukan2 mcm sebelum ni. Aku kata ok lah dia tak buat mcm tu.. Alih2 beberapa hari selepas itu Si Misai call aku dalam nada yang agak kaget. katanya kita dah aniaya orang tuan.. apa yang kita aniaya tanya aku.. maka si Misai pun bercerita lah akan perbualan dia dgn pempuang tu dan baru lah si Misai tau akan cerita sebenar. Baru lah aku berani buka mulut tentang apa yang aku tau dan aku simpan pasal si Jantan pada malam tu dan apa sebenarnya yang aku buat pada malam tu. Bukan aku nak menunjuk tapi si Misai lebih kenal si jantan daripada aku dan aku rasa masa tu tak sesuai kerana si Misai terpengaruh dengan cerita si jantan walau pernah berkali si jantan cuba untuk menikam Misai dari blakang umpama gunting dalam lipatan. Tapi itulah satu sifat si Misai yang aku puji, dia tak pernah simpan dendam pada musuhnya... Dia pasti akan tolong walau macammana pun musuhnya bila musuhnya mintak tolong pada dia. Aku cuma harap dia tak jadi macam menolong anjing tersepit jer la.
Pengajarannya ialah jangan sesekali para pengamal perubatan ni membantu membabi buta supaya kita tak menganiaya orang lain mcm kes yang aku ceritakan ni. Kena siasat dulu and kena ada ilmu scan dulu apakah cerita sebenarnya yang berlaku supaya di akhirat nanti kita tak didakwa dengan perbuatan kita. kadangkala memang kita cuba menolong tapi niat baik kitadigunakan oleh mereka yang berkepentingan untuk menganiaya orang lain sedangkan dia yang bersalah. Jadi kena dengar dari mulut yang tak bertelinga dan bukanlah dari lidah yang tak bertulang...
7 comments:
Owh i see...... rupanyer yer..... ok, noted....... alhamdulillah... dapat pengajaran yg banyak hari nih.....
Your style is really unique in comparison to other people
I've read stuff from. Thanks for posting when you have the opportunity, Guess I will just book mark this site.
My web-site :: www.1procent.edu.pl
Good day, i just joined for a mailing list with a few internet marketing blog site and from now on I preserve finding so
many email messages in my mail it pretty much damaged the
following e-mail address. As well as unsubscbribe hyperlink does not work either.
Is it possible to as a doodlekit advocate me where to start,
simply because I might like and keep this particular email.
My blog post ... How To Get Rid Of Genital Warts
Hey there! Do you know if they make any plugins to assist with SEO?
I'm trying to get my blog to rank for some targeted keywords but I'm
not seeing very good success. If you know of any please
share. Thank you!
Also visit my website - Clarisonic Mia
Hi there outstanding blog! Does running a blog similar to this take
a large amount of work? I have absolutely no expertise in
computer programming however I had been hoping to start my own blog
in the near future. Anyway, if you have any recommendations or tips for new
blog owners please share. I understand this is off topic however I just needed to ask.
Kudos!
Feel free to surf my webpage :: bostaditurkiet.net
Me personally plus my buddy ended up reasoning a very good difficulty like this!
Now we all know that we had been correct. hahah! Thanks for the information somebody publish.
Also visit my webpage :: Public Record
Sekarang ni macam2 orang yang boleh jumpa..moga dijauhkan dri orang yang berhati busuk.
Post a Comment