So bercuti lah aku selama dua minggu untuk menjaga Puan Sri yang selama ini setia menjaga makan minumku, siang dan malam bertungkus lumus membesarkan putera-putera ku termasuk si gigi dinosour Rayyan dan melahirkan zuriat untukku. Pengalaman menjaga dan menguruskan anak-anakku yang lain sebelum ini banyak membantu aku untuk menguruskan Putra dan Puan Sri seorang diri sebelum diaorg bersedia untuk balik ke kampung setelah allignment Puan Sri ok sikit. Al maklumlah meneran bayi keluar secara normal sikit sebanyak membawa kesakitan yang amat sangat kepada para ibu. Maka makanan ikan bakar, ikan masak cuka, ikan bilis, bohjah dan mcm2 lagi hasil air tangan aku dirasai semula oleh puan Sri.. Keluar peluh jantan aku masak kau...
So lepas seminggu di Darulaman maka aku pun bawak pulang la ke kampung halaman Puan Sri bertemu dengan nenek dan moyang Putra yang setiap hari rindu menelefon dan bertanya kabar serta tanya bila nak balik sebab diaorg kat kampung hanya dapat tatap wajah Putra dari paparan mukabuku aku dan Puan Sri je. Maklumlah Putra ni cucu ke dua Toknya nyer.. Alhamdulillah setelah selamat sampai banjir belum lagi melanda kawasan kampung halamannya cuma hujan je yang belum berhenti turun sejak seminggu lalu..
Esoknya mula lah perkembangan terkini kaum kerabat keluarga diupdate kan pada kami. Klu diaorg ada FB memang penuh dengan status update la gamaknya sebab banyak sgt update tentang gossip2 dan segala news update yang berlaku disekitar kampung termasuk lah kambing Mak Jemah yang mati sebab tertelan botol susu anak Siah bini Alang Jali yang keje kat hospital tu. Dalam pada tu terkhabar lah olehku akan berita sepupu isteri ku yang tak berapa nak muda beliau namun belum tua yang terkena serangan angin ahmar tatkala beliau menghadap santapan dan lantaran suapan yang terakhir terhenti di pertengahan kerana serangan telah membuatkan beliau cramp dan lumpuh sebelah badan.
Aku insyaallah boleh ubatkan dengan izin dan pertolongan dari Allah swt walau aku bukan doktor tetapi apalah sangat aku ini hanya manusia biasa. Tak ada yang mintak tolong kat aku termasuk tuan punya badan untuk berubat maka aku yang hanya ada sedikit ilmu ini hanya berdiam diri. Nak menawarkan diri bukanlah suatu jalan yang terbaik kerana katakanlah tak sembuh juga sebab Allah tak izinkan maka kan malu aku dibuatnya. Maka sampailah aku balik bertugas semula, tak lah aku tolong dia. Lagipun khabarnya dia pun ada berubat dengan orang lain, maka mudah-mudahan Allah membantu beliau dan menyembuhkan beliau. Aku hanya mampu berdoa dari jauh agar beliau mendapat kesembuhan dan boleh bekerja semula.Lagi pun aku tak berapa nak kenal sepupunya ni sebab maybe dia tak berapa mesra alam dengan aku bila aku balik kampung..
Walau apa pun terjadi sekiranya ada dikalangan para pembaca tegar blog aku nih maka inilah kaedah pengubatan yang aku amalkan untuk membantu mereka yang diserang angin ahmar. Malah sekiranya dibaca oleh sipesakit tadi dan didahulukan dengan doa mohon kesembuhan dari tuan punya tanah iaitu Allah swt maka insyaallah dapat diubati penyakit tersebut selain kaedah perubatan moden. Harus diingat penyakit yang bersangkutan dengan angin ni didatangkan oleh jin dan syaitan Jadi selain mengusahakan dengan perubatan hospital usahakan juga lah kaedah rawatan dengan ayat suci ini. Ayatnya begini:
Bacakanlah sebanyak mungkin doa ini dan juga boleh di dahulukan dengan bacaan yassin beramai-ramai. Kalau cara aku bacakan jer 7 kali doa ini dan hembuskan ke dalam 3 botol air mineral. I botol campurkan dalam besin untuk mandian dan 2 botol lagi kasik minum sampai habis. Power tak ayat doa ni? Haaa ni ada sejarahnya..
Pada satu ketika semasa Nabi Sulaiman A.S. di atas
singgahsana kerajaannya di hadapan manusia, jin dan juga binatang, ia merasai
bahawa ia berkuasa memerintah semua makhluk Allah di dunia ini. Dalam keadaan
demikian itu, tiba-tiba datang satu Lembaga yang besar lagi dasyat rupanya.
Nabi Sulaiman merasa takut dan gementar melihatnya. Lalu ia bertanya siapakah
sebenarnya Lembaga itu dan apakah tujuan kedatangannya.
Lembaga itu menjawab, ia bernama " Rihul Ahmar".
Satu penyakit yang merbahaya diantara lain-lain penyakit. Allah mencipta dirinya sedemikian rupa dan diberi kuasa mendatangkan kesakitan kepada anak-anak Adam. Ia boleh meresap di tubuh manusia seperti darah mengalir di dalam urat saraf. Tatkala Allah hendak memberi azab kepada sesiapa yang dikehendakiNya ia memberi kuasa kepadanya supaya masuk ke dalam badan. Jika ia masuk ke dalam otak hilanglah akal seseorang itu. Kalau ia masuk menerusi hidung maka akan lahir penyakit bengkak-bengkak, sembam dan sehingga binasalah keseluruhan anggotanya.
Mendengar itu Nabi Sulaiman memerintahkan mereka yang berada di sekelilingnya membunuh dan membakar Lembaga itu. Rihul Ahmar menjawab bahawa tidak ada seorangpun yang dapat menghalangnya berbuat demikian kerana Allah telah menjadikannya sedemikian rupa dan melanjutkan umurnya.
Kemudian Lembaga itu pun ghaib hingga ke zaman Rasulullah S. A.W.
Telah diriwayatkan bahawa cucu Rasulullah, Al-Hassan Bin Ali telah mengidap sakit rongga dan keluar darah daripadanya. Apabila Rasulullah dan sahabat-sahabatnya menerima khabar tersebut, Malaikat Jibrail pun datang dan memberitahu bahawa cucu baginda itu terkena sakit Rihul Ahmar.
Bila ditanya tentang ubatnya malaikat Jibrail mengatakan ada, lalu ia ghaib sebentar kemudian datang kepada Rasulullah. Jibrail mengatakan bahawa Allah S.W mengurniakan satu hadiah doa yang mustajab kepada sesiapa yang membacanya satu kali seumur hidupnya. Insyallah ia akan selamat daripada penyakit Rihul Ahmar.
Rasulullah pun membacanya untuk cucunya. Tiba-tiba ia sembuh ketika itu juga dan bangun berdiri dalam keadaan yang cukup sihat.
Rasulullah telah bersabda kepada sahabat-sahabatnya supaya mempelajari doa tersebut dan mengajarnya kepada umatnya yang lain supaya mereka mendapat manfaat serta terpelihara diri dari serangan penyakit dari Rihul Ahmar (Angin Ahmar). Insyaallah.

No comments:
Post a Comment