Bahan-bahannya :-
1 bungkus mee maggi (perasa kari)
2 biji telur
1 biji cili merah
1 biji bawang besar
Daun bawang & daun sup
Cara-caranya :-
1. Rebus maggi terlebih dahulu. Toskan.
2. Masukkan maggi yang telah ditoskan itu ke dalam mangkuk.
3. Pukul telur dan masukkan ke dalam adunan tadi.
4. Masukkan perencah kari dan gaul rata.
5. Taburkan cili, bawang serta daun tadi (dihiris halus terlebih dahulu)
6. Bahagikan kepada 2 bahagian.
7. Panaskan minyak (sedikit) dan bolehlah digoreng dengan membentukkannya bulat di dalam kuali.
Hidangan: 2 orang (Jika ramai, tambahkan bilangan maggi & telur. Cth : 2 bungkus maggi & 4 biji telur, 4 bungkus maggi, 6 biji telur )
Lebih enak dimakan panas-panas dan dicicah dengan sos cili. Untuk menambahkan kelazatannya, boleh juga masukkan daging/ayam yang dipotong kecil dan direbus terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment