Monday, October 31, 2011

10 Negara Anti-Blogger - Proud to be Malaysian


1.Myanmar
Burma merupakan Negara yang memantau dengan ketat saluran media cetak dan juga media massa.Kini burma juga mulai menghadkan aktiviti Blog dan Internet. Tekanan bagi pengguna internet peribadi sangat kuat,sehingga banyak penduduk burma mengakses internet melalui cyber cafe. Kerajaan burma juga membuat peraturan yang ketat bagi cyber cafe dan saluran internet. Bahkan kerajaan burma juga memantau email dan cara komunikasi lainnya dan juga menutup akses blog milik kelompok pembangkang. Setidak-tidaknya ada dua blogger yang telah masuk penjara,seperti Maung Thura yang dikenali dengan nama Zarnagar.Zarnagar dipenjara kerana telah membuat video mengenai Cyclone Nargis 2008.

2.Iran
Negara Iran tidak segan-segan menahan para blogger yang mengkritik mengenai agama,ahli politik,revolusi islam dan simbolnya.kerajaan juga meminta seluruh blogger mendaftarkan blog ke kementerian seni dan budaya.kerajaan iran juga telah menutup jutaan blog dan juga membentuk suruhanjaya khusus dalam menangani masalah internet dan blogger.Blogger Omidreza Mirsayafi telah dimasukkan ke dalam penjara kerana didakwa menghina pemimpin agama.

3.Syria
Kerajaan Syria menapis blog yang sensitif pada politik. Para blogger boleh ditahan jika terbukti membuat blog yang mengkritik kerajaan. Pada tahun 2008,menteri komunikasi memerintahkan para pemilik cyber cafe untuk mencatat setiap pelanggan yang melanggan akses internet di premis masing-masing dan mengirimkan maklumat tersebut secara berkala ke kementerian komunikasi. Whaed al-Mhana,seorang blogger mengenai arkeologi telah ditahan oleh kerajaan syria kerana membuat tulisan mengenai letupan di pasar bandar tertua di damaskus.

4.Mesir
Semua saluran komunikasi melalui internet di mesir dikendalikan oleh syarikat milik kerajaan bernama Egypt Telecom. Setidak-tidaknya tercatat 100 blogger telah di tahan oleh kerajaan mesir pada tahun 2008. Blogger Abdel Karim Suleiman,yang dikenali dengan nama Karim Amer dipenjara selama empat tahun kerana menghina islam dan presiden mesir Hosni Mubarak
.


5.Tunisia
Seluruh saluran internet di tapis oleh kerajaan tunisia,dan kerajaan juga memantau email milik para aktivis dan para blogger. Penulis blogger Slim Boukhdhir dan Mohammed Abbou dipenjara kerana tulisannya yang mengkritik kerajaan tunisia


6.China
Hampir 300 juta orang menggunakan internet di cina,melebihi negara manapun di dunia. Namun kerajaan cina masih mampu mengawasi pengguna online di cina. Kawalan yang ketat juga dilakukan terhadap pengguna email di cina. Sekurang-kurangnya seramai 24 blogger telah dimasukkan ke penjara oleh kerajaan cina. Pada tahun 2008,pejabat kementerian yang bertanggung jawab dalam menghapus pornografi dan hak milik ilegal mengumumkan telah berhasil menutup lebih dari 2 juta blog haram di negara cina itu.


7. Cuba
Di Cuba hanya pejabat kerajaan dan orang-orang dari parti komunis sahaja yang boleh mengakses internet. Pada umumnya,penduduk Cuba menggunakan internet melalui hotel dan cyber cafe yang dikawal ketat oleh kerajaan cuba. Kerajaan Cuba saat ini telah menahan seramai 21 blogger dalam satu dekad kebelakangan ini.

8.Vietnam
Para blogger di vietnam berani menceritakan berita-berita tentang politik di blog kerana media tradisional di sana telah dikawal oleh kerajaan. Namun akhirnya diketahui oleh kerajaan yang kemudian membuat peraturan khas untuk blogger. Blogger terkenal Nguyen Van Hai,yang lebih dikenali Dieu Cay dijatuhi hukuman 30 bulan penjara atas tuduhan mengelak membayar cukai. Dalam penyelidikan CPJ memberitahu bahwa hukuman tersebut sebagai balasan terhadap Nguyen yang berani mengkritik kerajaan vietnam. Pada oktober 2008,menteri komunikasi dan maklumat telah menubuhkan pasukan khusus untuk memantau internet
.


9. Arab Saudi
Sebanyak 400 ribu blog telah ditutup oleh kerajaan arab saudi berhubung dengan masalah politik,sosial dan isu-isu agama. Kerajaan dengan segera menutup blog yang mengkritik negara dan sistem perundangannya. Blogger Ahmed al-Farhan dipenjara tanpa diadili untuk beberapa bulan pada tahun 2007 dan 2008 kerana menyuarakan perubahan dan pembebasan tahanan politik.


10. .TURKMENISTAN
Presiden Gurbanguly Berdymukhammedov telah membuka negaranya kapada dunia luar dengan menyediakan saluran internet bagi penduduk di negaranya. Namun cyber cafe pertama di negara tersebut pada tahun 2007 telah dijaga denga ketat 'setengah mati' oleh askar kerajaan. Walaupun jaringan telekomunikasi Russia MTS,telah memasuki pasaran turkmenistan yang menawarkan akses internet melalui telefon bimbit pada jun 2008,tetap juga tidak terlepas dari pengawasan oleh kerajaan turkmenistan dalam rangka usaha menghindari wujudnya blog yang mengkritik kerajaan turkmenistan.

No comments: