Wednesday, October 3, 2012

Sapa kata Kari x Kawwww

Kari mungkin boleh sembuhkan kanser

 LONDON 29 Okt. - Satu molekul yang dijumpai dalam kari didapati mampu membunuh sel kanser esofagus di dalam ujian makmal, sekali gus memberi pembayang yang ia mungkin berpotensi dibangunkan sebagai rawatan antikanser.

Penyelidik di Pusat Penyelidikan Kanser Cork di Ireland, berjaya merawat sel kanser esofagus dengan menggunakan curcumin iaitu bahan kimia dalam kari yang memberikan warna kuning dan mendapati ia mula membunuh sel kanser dalam masa 24 jam. Kajian yang disiarkan dalam British Journal of Cancer itu juga menyatakan, sel-sel kanser tersebut juga mula terhadam sendiri.

Penyelidikan saintifik sebelum ini mengakui curcumin mampu mengawal tumor dan mereka yang memakan banyak kari kurang berisiko terhadap penyakit itu, walaupun curcumin kehilangan ciri-ciri antikanser sebaik dimakan. Namun Sharon McKenna yang mengetuai kajian itu berkata, terdapat potensi untuk menjadikan curcumin sebagai ubat antikanser bagi merawat kanser esofagus.

Kanser esofagus membunuh 500,000 orang di seluruh dunia setiap tahun. Tumor yang tumbuh adalah sangat mengancam nyawa dengan kadar kelangsungan hidup untuk lima tahun berada pada 12 hingga 31 peratus.

Menurut McKenna, kajian menunjukkan curcumin menyebabkan sel kanser mati 'dengan menggunakan sistem mesej sel yang tidak dijangka'. Penyelidik Amerika Syarikat pada 2007 menyatakan penemuan mengenai curcumin yang mampu merangsang sistem imunisasi sel dalam penyakit angin ahmar. - REUTERS

No comments: