Semalam aku sempat ke rumah Pak Ngah tempat aku pernah dapatkan 2 keris pemberian alam ghaib kepada kepada aku.. Satunya Keris Raja Bersiung and satu lagi dipanggil Keris Maktab. Memang mantop keduanya.
Keris Raja Bersiung dengan ukiran hulu pekaka memang indah, berpenjaga dan banyak makan darah manusia.
Dan keris maktab itu pun banyak dah makan darah dan berpenjaga juga. Keris maktab tu dimiliki oleh salah seorang alim yang berilmu tinggi satu ketika dulu. Cuma itu je yang aku dapat bgtau korang..
Semalam aku bukan ambik keris lagi tp bawak sahabat yang berhajat nak dapatkan barangan dari alam ghaib berupa batu delima cair warna air untuk pengasih dan pelaris katanya..Memang kalau sesuatu barang untuk pelaris biasanya ia juga boleh digunakan untuk pengasih.
Menurut pak ngah barang tersebut kena mohon dulu.. kalau ada rezeki dapatlah beliau brg yg diinginkan beserta dgn mahar yang ditetapkan nenek atau mahaguru beliau. Bukan pak ngah suka2 letak. Aku pun kena gak byr mahar utk keris2 aku tu.. so saja menunggu hasil zikir diaorg pd mlm tu aku pun dok layan pak ngah bersembang n dia offer aku keris 3 kaki sebgai ibu keris2 koleksi aku. Maka aku kata sabar dulu sebab aku belum abis isi n bg nama pada keris2 aku lagi. Upacara dakap tuan pun aku x sempat wat lagi..maka dalam pada sedang duduk2 sembang taik dgn pak ngah maka tak semena-mena dia offer sahabat aku tu telur burung cenderawasih untuk tujuan pelaris, pengasih, datangkan hormat org pada kita dan pendatang rezeki yang paling ampuh katanya. kami setuju jer dan ahli jemaah pun start la berzikir mohon rezeki..Sebelum tu pak ngah dah siap2 letak pinggan kat atas ban (batas) bendang utk menerima barang. Maka selepas zikir barang tu pun turun..
Aku dapat rasa telur tu mcm panas lagi n warnanya putih bersih mcm warna kapas n keras sbb dah jadi batu. Tapi aku x sempat nak ambik gmbrnya. nanti ada kesempatan aku snap n letak kat sini..
Seperti yang aku janjikan, aku dah dapatkan gambar telur tu lepas dpt kebenaran dari anak murid aku.. Walau dia anak murid aku tapi aku tetap kena respect hak dia sebab dia pun pandai respect orang.. so inilah pic telur burung cenderawasih ni yang tak ramai pernah tgk sebab pak ngah sendiri pun ckp ni 1st time dia tgk...

Rupa telur Burung Cenderawasih yang dah jadi batu
Telur Cenderawasih (kiri) dibandingkan dgn batu berbentuk telur (kanan)
Anak murid aku tu kata dia nak simpan telur cenderawasih ni tapi kalau ada yang berminat nak beli sediakan duit RM 2.5 Juta baru boleh berunding. Sebab bukan selalu boleh dapat telur ni. Setahun sekali jer.. itu pun kalau ada rezeki.. Kalau sapa-sapa berkenan boleh la contact aku.. Tapi kalau setakat nak tgk jer x yah la sebab membuang masa dan tenaga jer.. Klu nak tgk, tgk gambar dah la yooo..
Tapi apa yg aku nak ceritakan arini bukan pasal brg2 tu semua. aku nak bercerita pasal pengasih dan pelaris dan penarik rezeki yang tak perlukan mahar dan tak perlukan brg2 ghaib pun. Boleh jadikan amalan seharian dan mendapat berkah hidup selamanya kerana amalan-amalan ini menjadi kesukaan Allah swt dan bermurah hati melimpahi
hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah swt memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai
bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.Di antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah swt. tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya,
seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku
akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka
Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” –
[Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.].
Bukanlah jua Allah swt meminta supaya kita tgk bola tak lepas kat tv untuk melapangkan rezeki. Tgk bola boleh tapi jgn menyibukkan diri dari beribadah.
Bukanlah jua Allah swt meminta supaya kita tgk bola tak lepas kat tv untuk melapangkan rezeki. Tgk bola boleh tapi jgn menyibukkan diri dari beribadah.
2. Memperbanyakkan istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba
di depan Allah swt, yang menjadi sebab Allah swt jatuh kasih dan kasihan
pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi saw.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah swt akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya
rezeki dari arah yang tidak disangka.” – [Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i,
Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a]
Jadi jgn jadikan diri kita banyak mencarut. Mencarut ni kata opah sebelah mak sebelah rumah Leman Kati cakap boleh buatkan gigi cepat luruh..
Jadi jgn jadikan diri kita banyak mencarut. Mencarut ni kata opah sebelah mak sebelah rumah Leman Kati cakap boleh buatkan gigi cepat luruh..
3. Meninggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah swt jika masih buat
dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.
Sabda Nabi saw:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana
dosa yang dibuatnya.” – [Riwayat at-Tirmizi]
Tu la sebab org yang selalu menang berjudi pun xkan kaya nya sebab dapat duit dari dosa. Tu belum yg dapat duit dari hasil lendir (melacur) tu..
Tu la sebab org yang selalu menang berjudi pun xkan kaya nya sebab dapat duit dari dosa. Tu belum yg dapat duit dari hasil lendir (melacur) tu..
4. Sentiasa mengingati Allah swt
Banyak ingat Allah swt buatkan hati tenang dan kehidupan
terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah swt beri kepada orang beriman.
Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi
tenteram dengan mengingati Allah swt. Ingatlah, hanya dengan mengingati
Allah swt hati menjadi tenteram.” [Ar-Ra'd: 28]
Tapi janganlah sekadar berharap kononnya hanya ingat pada Allah je boleh dpt rezeki.. kena usaha gak. Dalam masa berusaha hati sentiasa berdoa dan memujinya. Kita boleh buat dua-tiga benda dalam satu masa apa.. klu x pcaya cuba test kentut masa tgh makan.. boleh kan..

5. Berbakti dan mendoakan untuk kedua ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah saw berpesan
agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti
kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Baginda saw juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah
buatnya dan Allah swt.akan memanjangkan umurnya.” – [Riwayat Abu Ya'ala,
at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim]
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi saw:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang
tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah swt.) daripadanya.” – [Riwayat
al-Hakim dan ad-Dailami]
berbakti kepada mereka selagi hidup dan berdoalah untuk mereka sekalipun mereka telah tiada. Tang bab ni aku sensitif sikit sebab aku ni dah jadi yatim piatu ni. Korang yg ada mak ayah lg tu, masih belum terlambat utk korang berbakti pada diaorg. Alfatihah untuk Allahyarham Ahmad Nadzeri dan Allahyarhamah Ramlah..

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah
menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir
miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.
Sabda Nabi saw:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki
melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” – [Riwayat Bukhari]
7. Menunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah swt lapangkan
rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi saw.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah swt. akan menunaikan hajatnya” – [Riwayat Muslim]
Aku rasa satu hajat je yg korang x leh nak tunaikan untuk org lain iaitu khadho hajat.. dia kena buang sendiri.
Aku rasa satu hajat je yg korang x leh nak tunaikan untuk org lain iaitu khadho hajat.. dia kena buang sendiri.
8. Banyakkan berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau
cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,
kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya
semua hajat. Wallahu a’lam.
Kita berselawat bukanlah untuk Rasulallah saw tapi untuk diri sendiri sebenarnya. Beliau telah dijaminkan syurga. Tetapi Rasulallah saw telah berpesan bahawa sekali kamu berselawat untuk aku Allah pencipta kamu itu akan berselawat 10 kali ke atas kamu.. So klu pencipta kita yg berselawat atas kita, berdoa atas kesejahteraan kita dan dia yg mengabulkan segala doa.. so korang bygkanlah betapa manisnya berselawat..

9. Perbanyakkan berbuat kebajikan
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati,
kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala
kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh,
sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
Kalau sampai syaitan pun kutuk kita tak elok sgt lah tu..
Kalau sampai syaitan pun kutuk kita tak elok sgt lah tu..
10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah saw., berpagi-pagi (memulakan aktiviti
harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
Cuma aktiviti berpagi-pagian lawan tarik selimut je yg paling huduh punya perbuatan..
Cuma aktiviti berpagi-pagian lawan tarik selimut je yg paling huduh punya perbuatan..
11. Menjalinkan silaturrahim
Nabi saw. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan
ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” – [Riwayat Bukhari]
So Rasulallah suruh berhubung dgn sanak saudara dan sahabat handai. Bukannya dia kata ada rezeki banyak gatai2 gi jalin hubungan baru dengan berlainan jantina..
So Rasulallah suruh berhubung dgn sanak saudara dan sahabat handai. Bukannya dia kata ada rezeki banyak gatai2 gi jalin hubungan baru dengan berlainan jantina..
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah saw. dan meminta
pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah swt..
Baginda saw. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas)
nescaya Allah swt. akan memurahkan rezeki.” – [Diriwayatkan daripada Sayidina
Khalid al-Walid]
Pesanan penaja.. Jangan ambil wuduk dua kali sebab ada mangkuk yg ambik wuduk dua kali sebab katanya kalau terbatal satu ada spare satu lagi..
Pesanan penaja.. Jangan ambil wuduk dua kali sebab ada mangkuk yg ambik wuduk dua kali sebab katanya kalau terbatal satu ada spare satu lagi..
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah swt. dan menjadi sebab
Allah swt. buka pintu rezeki.
Nabi saw. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu
ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba
sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain,
nescaya Allah swt. membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan,
nescaya Allah swt. menyedikitkan baginya.” – [Riwayat ad-Daruquthni dari Anas
r.a.]
Bersedekah ni mcm ranting pokok, bila dicantas (umpama kita memberi bersedekah) maka akan tumbuh ranting baru dan lebih rimbun lagi pokoknya..
Bersedekah ni mcm ranting pokok, bila dicantas (umpama kita memberi bersedekah) maka akan tumbuh ranting baru dan lebih rimbun lagi pokoknya..
14. Melazimi qiamullail
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan
memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang
dan doanya dimakbulkan Allah swt..
Jangan lah jadi mcm sahabat2 kita yang berqiamul lain-lain kat dangdut, kelab malam, casino2 dan lain2 pusat maksit. jauhilah tempat penutup rezeki tu..
Jangan lah jadi mcm sahabat2 kita yang berqiamul lain-lain kat dangdut, kelab malam, casino2 dan lain2 pusat maksit. jauhilah tempat penutup rezeki tu..
15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk
dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.
Firman Allah Sswt. dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas
mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti
akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” – [Riwayat al-Hakim dan
Thabrani]
Aku teringat indahnya alunan doa solat dhuha ni tiap2 hari kat Radio IKIM..tapi yg penting renungkan keindahan makna doa tersebut..
Aku teringat indahnya alunan doa solat dhuha ni tiap2 hari kat Radio IKIM..tapi yg penting renungkan keindahan makna doa tersebut..
16. Sentiasa bersyukur kepada Allah swt.
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari
Allah swt.. Lawannya adalah kufur nikmat.
Allah swt. berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi
nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku
amat keras.” – [Ibrahim: 7]
Firman-Nya lagi:
“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang
bersyukur.” – [Ali Imran: 145]
walau pun kita ditimpa musibah bersyukurlah sebab kita tak ditimpakan dgn musibah yg lebih dasyat. Klau kita sakit pun bersyukurlah sebab Allah swt sudi dan sedang mengampunkan dosa kita. Tapi x bermakna org yg tak sakit2 tu tak ada dosa.. mungkin Allah tak nak ampunkan dosa dia ker..

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain
menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus
untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi
kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129)
jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, Insya-Allah
dikatakan boleh menjadi sebab Allah swt. melapangkan kehidupan dan memurahkan
rezeki.
Selain itu, salah satu nama Allah swt., yakni al-Fattah
(Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika
diwiridkan selalu. Contohnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang,
diiringi doa: “Ya Allah swt., bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah
pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.”
Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah
setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Selalu lah Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah swt.,
penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam
al-Quran, Allah swt. menyuruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan
perkenankan.
Sesungguhnya doa itu adalah senjata paling ampuh para mukmin..
Sesungguhnya doa itu adalah senjata paling ampuh para mukmin..
19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa yang berusaha, dia yang akan dapat. Ini sudah menjadi
sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah swt. memberikan
dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tetapi agama
hanya Allah swt. beri kepada orang yang dicintai-Nya sahaja. – [Riwayat
Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim]
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab
yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, jika hendak tenang dibacanya Quran, jika hendak
mendapat anak yang baik dididiknya sejak anak itu di dalam rahim lagi, jika
hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan makanan yang baik serta halal, jika
hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha menjadi baik, jika hendak
rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
Bukanlah maksudnya berikhtiar sampai habis. Beli nombor ekor sampai abis duit gaji tu bukan berikhtiar sampai habis namanya.. nu namanya.. tak elok lak aku nak sebut.. korang sebut sendiri lah..
Bukanlah maksudnya berikhtiar sampai habis. Beli nombor ekor sampai abis duit gaji tu bukan berikhtiar sampai habis namanya.. nu namanya.. tak elok lak aku nak sebut.. korang sebut sendiri lah..
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya
dengan Allah swt. seperti firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah swt., nescaya Allah swt. mencukupkan (keperluannya).” – [At-Talaq: 3]
Nabi saw. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah swt.dengan
sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki,
ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” – [Riwayat Ahmad,
at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.]
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang
membawa kepada takwa.
Dengan takwa, Allah swt. akan memberi “… jalan keluar
(dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang
tidak terlintas di hatinya.” – [At-Talaq: 2-3]
Pendek kata, bagi orang Islam.. untuk murah rezeki dalam
ertikata yang sebenar, kuncinya adalah dengan melaksanakan amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini akan menjadi sebab jatuhnya kasih sayang
Allah swt., lalu Allah swt. pasti melimpahi hamba-Nya dengan keluasan
rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Insya-Allah.
14 comments:
Alhamdulillah...... very nice and really appreciate it.... Tq sir....
Do you imagination easily repost this particular to this website?
Among the best to make certain consumer credit is provided the place it can
be credited. Have a good just one!
Here is my site ... Genital Warts Treatments
I truly do confidence all of the aspects you’ve shown for ones post.
They're pretty genuine and will unquestionably do the job. Even so, this content are certainly simple for starters. May well a person remember to extend these folks somewhat through following time period? Was looking for write-up.
My website ... Www.Zuneauto.com
Dah rezeki kau Jet, kan tak sia-sia jadi anak murid aku kekeke
Hehehehehehehe mudah2an diberkati Allah S.W.T dan dilimpahi rezki insyaallah.
Assalamualaikum
Bagaimana nk hubungi tuan utk perubatan?
wa'alaikumsalam wbt.. Tuan/puan boleh hubungi saya menerusi email arisha4eva@yahoo.com
Salam tuan..mcm ner kalau sy berhajat utk batu delima tu tuan?maharny berapa
Wslm MizaRamli. Kalau puan nak batu delima tu puan boleh hubungi saya menerusi email arisha4eva@yahoo.com
Jana Pendapatan dalam 60 hari. Tak perlu cari downline. Baca Selanjutnya:
http://eurofx4u.com/sidefx
insha allah elok diamalkan
http://teratakvitaminhaeida.blogspot.com/
[url=http://dapoxetine-cheapestpricepriligy.com/]Priligy Dapoxetine[/url] Doxycycline Hyclate 100 Mg http://furosemide-lasixonline.net/
[url=http://dapoxetine-cheapestpricepriligy.com/]Priligy Dapoxetine Usa[/url] Doxycycline Incontinence Dog http://furosemide-lasixonline.net/
[url=http://dapoxetine-cheapestpricepriligy.com/]Priligy[/url] Purchase Doxycycline http://furosemide-lasixonline.net/
Post a Comment