Minggu lepas
seorang sahabat menelefon saya dan mintak tlg kerana akaun FB nya di hack oleh
seseorang dan telah menukar gambar profilnya dengan gambar gay tgh bercium
(uwekkk) dan menukar statusnya dari kepada single sehingga mendatangkan
perbalahan dengan pasangannya. Entry kali ini saya nak kongsikan sedikit
pengetahuan mengenai hacking dan spam sbb minggu ni sahabat saya itu menelefon
lagi dan bertanyakan sama ada akaunnya dihack lagi atau tidak. Bila saya
periksa ia hanyalah spam yang dilakukan oleh virus2 jahat ini.
Hal
Nombor 1 :
Dalam beberapa
bulan yang lalu, Yahoo Email dan Hotmail saya telah kena hack. Mujurlah saya
sentiasa membuat pemantauan dan membuat tindakan segera.
Baru-baru ini FB
saya hampir kena hack oleh seseorang mangkuk dari Hanoi Vietnam. Alhamdulillah,
niat jahat dia tidak tercapai kerana password saya yang agak kukuh.
Password yang kukuh
mempunyai sekurang-kurangnya 13 karakter yang terdiri dari 3 huruf kecil, 3
huruf besar, 3 nombor, 3 simbol dan 1 lagi dari antara 4 jenis tadi.
Juga huruf yang
digunakan semestinya tidak diambil dari KAMUS.
Akhir sekali,
PASSWORD perlu ditukar sekali setiap 1 atau 2 bulan.
Hal
Nombor 2
Pada masa yang
sama, setiap hari saya dapat puluhan SPAM mesej pendek yang mempunyai link yang
aktif. Jika saya klik LINK ini, PC saya akan dijangkiti virus atau worm atau
trojan atau malware atau kod jahat.
100% SPAM email
yang saya terima adalah dari kalangan puluhan sahabat di dalam YAHOO GROUPS.
Mereka tidak perasan bahawa PC mereka telah menjadi SPAM ZOMBIE.
Ada tak sesiapa
yang menerima spam dari saya? Jika ada, sah saya juga telah menjadi SPAM
ZOMBIE.
Apa
itu SPAM ZOMBIE?
SPAM ZOMBIE ialah
sesebuah PC yang telah dijadikan ( tanpa izin ) sebagai hamba penghantar SPAM
kepada segenap contact email address yang berada dalam Microsoft Outlook dan
Outlook Express.
Bagaimana
boleh menjadi SPAM ZOMBIE tanpa izin?
- Empunya PC main
klik aje setiap apa saja link yang dihantar melalui email tanpa berfikir dan
tanpa memeriksa
- Empunya PC
menggunakan software pertahanan virus yang lemah atau tidak updated atau tidak
ada pertahanan samasekali
- Empunya PC
melawat mana-mana laman web yang kelihatan baik tapi sebenarnya jahat ( laman
web munafik ... hehehehe ). Laman web jahat ini akan menghantar kod jahatnya
melalui browser seperti FireFox, Internet Explorer dan sebagainya. Setelah
tutup PC, kod jahat ini akan ter-install di dalam PC apabila PC dihidupkan pada
kala lain.
- Empunya PC kuat
download macam-macam software, file, music dan video yang telah dijangkiti atau
sengaja mempunyai kod jahat seperti TROJAN, MALWARE, KEYLOGGER, ROOTKITS, VIRUS
dan WORM.
KOD JAHAT akan
menginap secara sembunyi di dalam PC selama mana empunyanya cuai tidak perasan.
Hal Nombor 3
Jika di FB banyak
link atau pautan yang dikirimkan kepada anda. Anda harus berhati2 kerana virus
yang terdapat pada link itu akan menggunakan akaun FB anda secara tidak sah dan
menghebahkan link tersebut kepada teman2 pautan anda. Anda harus ingat FB
adalah medium penyebaran maklumat yang amat cepat buat masa ini. Sekiranya digunakan secara
betul dan berhemah ianya akan menjadi baik dan jika sebaliknya ramai orang yang
terkena musibahnya.
Kebanyakan link ini
akan memperdaya penerima link dengan
menggunakan platform akaun FB anda dan menyebarkan link jahat ini kepada kawan2
anda. Jadi jgn klik pada sebarang link yg anda x tau latarbelakangnya terutamanya
yang anda gambar atau video porno. Anda harus ingat FB tidak menyediakan sebarang
protection ke atas akaun anda jadi andalah yang harus menjaganya sendiri.
Jangan jadikan diri anda mangsa kebodohan diri sendiri. Kita sebagai manusia
selalaunya serring terpedaya akibat sikap ingin tahu yg x kena tempat dlm diri
kita.
Bagaimana
untuk mengelakkan daripada menjadi SPAM ZOMBIE?
Gunakan software
pertahanan yang mempunyai kebolehan sekaligus, iaitu:
-> anti-virus
-> anti-malware
-> firewall
-> online
protection
Contoh software pertahanan yang sangat kuat, sangat murah, sangat ringan dan sangat laju ialah:
-> Webroot atau Prevx
-> Malwarebytes Anti-Malware
-> Trojan Remover ( TR )
Kalau di-install ketiga-tiga software ini, lagilah bagus. Tak perlu lagi yang lain. Kapersky, Norton dan sebagainya tidak cukup kuat pertahanannya, tidak cukup tangkas dan juga boleh melembapkan sistem PC.
Oleh kerana hidup online semakin menjadi budaya penting dan boleh dikatakan keperluan untuk setengah daripada kita, saya galakkan sahabat semua memperkukuhkan pertahanan online juga.
NOTA
Setelah diberi pengetahuan dan nasihat di atas, diharap sahabat-sahabat saya yang disayangi semuanya dapat ambil tindakan segera.
Saya takut saya tersilap langkah dan terklik link yang berada dalam spam. Maka PC saya lah pulak menjadi SPAM ZOMBIE. Bertambah dan bercambahlah pulak mangsa. Dapatlah saya dosa kering menganiaya orang lain secara tak sengaja di dalam kejahilan saya sendiri.
Selepas 7 hari daripada email ini, sekiranya masih ada SPAM yang saya terima dari PC SPAM ZOMBIE, maka terpaksalah saya buat tindakan yang paling tidak disukai saya. Terpaksalah saya meletak email address yang mempunyai SPAM ( yang tak disengajakan itu ) ke dalam kategori BLACKLIST ( automatic report and delete ).
Akibatnya, IP dan juga email address tersebut akan masuk ke dalam blacklist SPAMHAUS.org. Ini amat menyusahkan komunikasi secara email pada masa akan datang.
Saya telah bersabar selama 6 bulan dan kejadian ini semakin melarat. Maka saya beranggapan bahawa mesej dan tindakan ini sangat adil.
Semoga bertambah ilmu manfaat untuk kita semua setelah ini.
2 comments:
Thanks 4 d great explanations n info..
You are welcome
Post a Comment