Tuesday, December 13, 2011

Berbagai Resepi Ikan


 Ikan Keli Masak lemak Cili Api

 

Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 1 ekor ikan keli sederhana besar (disiang,dibersihkan dan direndam dgn air asam jawa dan garam kasar)
  • 10 biji cili api/ 5 biji cabai tanduk (boleh + klau nk pedas)
  • 2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • sebatang serai
  • 1 inci kunyit hidup
  • semangkuk santan/500ml
  • garam dan perasa secukupnya
  • sedikit garam halus dan serbuk kunyit
  • 2 keping asam keping
  • 1 biji buah tomato & daun kunyit (ikut suka tak letak pun jadi gak)
Cara-cara
  1. ikan yg telah dibersihkan,diperap dgn garam halus dan serbuk kunyit,..gorengkan ikan jgn terlalu garing dan ketepikan.
  2. tumbuk cili api + bawang merah + bawang putih + serai dan kunyit hidup.
  3. tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk hingga naik bau wangi (pecah minyak)
  4. masukkan pati santan,asam keping dan biar sampai menggelegak sekejap. perasakan dengan garam n serbuk perasa.
  5. lastly masukkanlah ikan keli yg telah digoreng tadi bersama buah tomato n daun kunyit,...da siap dah boleh makan dengan nasi panas,tapi sebelum tu sediakan air lebih sikit untuk yg x tahan pedassss.

Kari Ikan/Kepala Ikan Utara
 
Bahan-bahan ( 4 org )
  • kepala ikan besar lebih kurang 600g ikan aper2 pn x pe
  • kacang bendi 8 bji
  • 2 biji cili potong dua
  • 1 biji tomato
  • 1 1/2 bungkus rempah kari ikan
  • sedikit halba campur
  • santan pekat 1/2 cawan
  • daun kari
  • garam dan 1/2 cwn santan cair
  • 4 biji bwg merah n 1 ulas bwg putih (tumbuk sehigga halus)
  • 2 biji bwg merah n 1 ulas bwg ptih (potong nipis utk d tumis)
  • air
Cara-cara
  1. mula2 letakkan rempah/serbuk kari dlm 1 mangkuk campur bersama santan cair air perahan asam jawa
  2. tumbuk bwg merah n bwg putih gaulkan bersama2 rempah tadi
  3. panaskan minyak tumis halba campur bersama2 bwg merah setelah kekuningn mskkan daun kari
  4. masukkan bancuhan rempah kari tadi ...tutup periuk n kecilkan api
  5. msk sehingga pecah minyak kemudian mskkan sedikit air dan santan pekat
  6. setelah mengggelegak mskkan kepala ikan,kacang bendi,cili ,tomato,n garam secukup rasa

Ikan Patin Masak Tempoyak
 
Bahan-bahan ( 4 org makan )
  • 9 biji bawang merah/kecik (tumbuk)
  • 6 biji bawang putih (tumbuk)
  • 1 inci halia (ketuk)
  • 1/2 inci kunyit (tumbuk)
  • 13 biji cilipadi (tumbuk)
  • 3 keping lengkuas (yg dihiris nipis2)
  • 1 mangkuk kecik tempoyak
  • daun kesom seikat
  • air secukupnya
  • ikan patin sederhana besar
Cara-cara
  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk sehingga layu dan bau wangi.
  2. Tambah halia,kunyit dan lada yang ditumbuk.Kacau sebentar.Tambahkan air lebih kurang dalam 2 senduk.
  3. Letakkan ikan dan tambah air sehingga paras ikan.Masukkan lengkuas.
  4. Letakkan tempoyak dan garam sedikit.Tunggu sehingga mendidih.
  5. Bila dah mendidih,masukkan daun kesom dan kacau sedikit2.
  6. Tutupkan periuk lebih kurang dalam 15 minit. Kemudian rasa masam dan masinnya.
  7. Sekiranya tempoyak terlalu masam boleh tambah sedikit gula.Kalu terkurang masam blh tambah asam keping.
  8. Kemudian boleh di hidang.
  9. P/S : Jika suka kuah pekat boleh dilebihkan tempoyak.Jika suka kuah cair lebihkan sedikit air. Bawang merah,bawang putih dan lada boleh disesuaikan mengikut cara masing2 memasak.

Rendang Ikan
 
Bahan-bahan
  • 1 kg ikan  dipotong2 (boleh juga guna ikan kayu @ ikan tongkol)
  • 10 biji cili kering (*)
  • 2 inci halia (*)
  • 3 batang serai - dihiris (*)
  • 5 ulas bawang merah - dihiris
  • 1 liter santan - kurangkan jika terlalu banyak
  • 2 keping asam keping / asam gelugor
  • 1 helai daun kunyit bersaiz sederhana - dihiris halus2
  • 2 cawan kelapa parut
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit
  • *** Jika gunakan kunyit hidup, kisar bersama bahan2 bertanda (*)
  • Kerisik
Cara-cara
  1. Kisar bahan2 bertanda (*) hingga halus. Kemudian masukkan kelapa parut dan kisar lagi tetapi jangan sampai hancur. Tambah air jika perlu atau boleh gunakan santan.
  2. Masukkan bawang merah yang telah dihiris, bahan2 yang telah dikisar halus, serbuk kunyit dan juga santan ke dalam kuali.
  3. Masak di atas api yang sederhana hingga mendidih dan kuahnya berkurangan sedikit.
  4. Masukkan kerisik
  5. Kemudian masukkan ikan pari dan asam keping. Masukkan juga garam dan perasa secukupnya.
  6. Masak sehingga kering tetapi jangan dikacau terlalu kuat kerana ikan akan hancur.
  7. Taburkan hirisan daun kunyit dan kacau sehingga rata.
  8. *** Tujuan tunggu hingga kuah berkurangan dan baru dimasukkan ikan ialah supaya ikan tidak dimasak terlalu lama di dalam kuah. Ini akan membuatkan ikan hancur.


Ikan Masak Singgang
 
Bahan-bahan ( 3 orang )
  • ikan tongkol
  • bawang putih dan lengkuas- dihiris
  • asam keping
  • budu ketereh
  • air dan garam
Cara-cara
  1. Rebus semua bahan ke dalam periuk sehingga pekat dan air menjadi coklat sedia dihidang


Ikan Salmon Bakar
 

Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 2 keping ikan salmon
  • 2 sudu besar breadcrumbs
  • 1 sudu kecil serbuk paprika
  • 1 sudu kecil dry parsley
  • 1 sudu besar mentega-cairkan
  • garam secukupnya
  • lemon
Cara-cara
  1. letakkan sedikit garam pada ikan salmon. Kalau ikan yang dah masin tak payah letak
  2. masukkan serbuk paprika dan daun parsley ke dalam mentega yg telah cair
  3. sapukan mentega tadi pada ikan
  4. cover dengan breadcrumbs
  5. Bakar dalam oven pada 200c sehingga masak
  6. Hiaslah dengan lemon

Ikan Bakar Berempah
  
 
 
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan
  • 1 sudu serbuk kari
  • 1 sudu kicap
  • garam
  • gula
  • 2 tangkai daun thyme
  • sehiris lemon
Cara-cara
  1. Bersih ikan. Kemudian perap dengan semua bahan di atas
  2. Bakar sehingga masak
[ Persediaan untuk air asam ]
3.    Potong dadu tomato,mayang bawang besar dan juga daun kesum. Potong cili padi
4.    Masukkan air masak ke dalam asam jawa. Tapis untuk ambil airnya
5.    Masukkan semua bahan-bahan yang dipotong tadi ke dalam air asam jawa.
6.    Tambahkan garam dan gula secukup rasa


Ikan Kukus Sarawak
 
Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 1 ekor ikan saiz besar
  • ** Bahan tumbuk**
  • 1 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • ** Bahan hiris **
  • 5 batang serai
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 2 tangkai daun bawang
  • 1/2 bunga kantang
  • ** Bahan-bahan lain **
  • 1 labu bawang jeruk- potong 4
  • 2-3 tangkai daun sadri
  • 5 biji limau kasturi-ambik airnya
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • garam
  • gula
  • bahan perisa - (optional)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 2-3 biji cili padi
  • 2 helai daun limau purut
Cara-cara
  1. Bersih ikan dan kelar. Lumurkan dengan bahan tumbuk. Masukkan ikan ke dalam bekas yang sesuai untuk dikukus
  2. Masukkan semua bahan-bahan lain dan yang telah dihiris
  3. Kalau nak pedas, cili padi tadi bolehlah dipotong
  4. Kukus sehingga masak

Solok Ikan
Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 4 ekor ikan kembong
  • 2 batang serai
  • 3 ulas bawang merah
  • segenggam kelapa parut putih
  • 1/2 sudu lada hitam
  • beberapa helai daun kesom
Cara-cara
  1. ikan kembong biarlah yang segar dan besar di belah belakang di patahkan tulang dan kikis isinya,buang semua tulang dan isinya ditumbuk .
  2. Serai, bawang, lada hitam ditumbuk begitu juga kelapa parut dan gaul bersama isi ikan, gaul kan dengan daun kesum yang dihiris halus kalau suka boleh letak cili hiris.
  3. jangan lupa letakkan garam, kalau suka bahan perasa atau sedikit gula.
  4. Sumbatkan kembali isi kedalam kulit ikan tadi, bentukkan cantik2 macam ikan dan bolehlah digoreng.

Hinava

Bahan-bahan ( 10 - 15 Orang )
  • Ikan Tenggiri ( Sederhana)
  • 6 Ulas Bawang Merah (dihiris)
  • 2 Ulas Bawang Putih (dihiris)
  • 3-4 Biji Limau Kapas (Ambil jusnya)
  • Sedikit garam, serbuk perasa, Halia
Cara-cara
  1. Ikan Tenggiri dibersihkan terlebih dahulu, kemudian dicincang hingga lumat.
  2. Tuangkan sedikit air panas ke atas isi ikan tersebut selama 1 minit dan toskan.
  3. Semua bahan yang telah dihiris halus tadi digaulkan bersama dengan isi ikan.
  4. Kemudian dicampur dengan jus limau kapas.
  5. Selamat mencuba masakan dari Negeri Di Bawah Bayu ( Sabah )

Ikan Goreng Kicap

Bahan-bahan ( - )
  • >>Bahan untuk rebus
  • Ikan tongkol
  • asam keping
  • lengkuas
  • garam
  • manisan/gula melaka
  • >> Bahan untuk goreng kicap
  • bawang besar-hiris
  • bawang putih- hiris
  • cili padi- hiris
  • kacang panjang
  • kicap
  • sos tiram
Cara-cara
  1. Bersih ikan dan rebus dengan bahan-bahan rebus. Letak siket air tapi tak payah tenggelam ikan. Tutupkan periuk.. biarkan di atas api 4-5 minit. Ikan yang dikukus semalaman lagi sedap bila digoreng.
  2. Goreng ikan tongkol yang direbus sehingga garing. Ketepikan
  3. Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan kacang panjang. Goreng dalam 2-3 minit.
  4. Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan. Lepas tu bolehlah dimasukkan ikan. Kacau biar sebati.
  5. Sedap dimakan ketika masih panas-panas


Gulai Ikan Tongkol (Nasi Dagang)

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
  • 2 ekor ikan kembung- (apa2 jenis ikan pun tak pe)
  • 1cm lengkuas
  • 1cm kunyit
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1 keping asam gelugur/keping
  • 3-4 biiji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji timun
  • 3 biji lada hijau
  • 1/2 biji kelapa-ambik santan
Cara-cara
  1. Bersihkan ikan dan ketepikan.
  2. Tumbuk lengkuas, kunyit, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam periuk yang ada santan. Masukkan juga asam gelugor. Masak sehingga santan mendidih.
  3. Kemudian masukkan ikan. Biar sehingga ikan masak dan kuah sedikit pekat.
  4. Masukkan pula timun yang di potong sepanjang 1- 1.5 cm dan juga lada hijau
  5. Masakkan lagi dalam 3-4 minit. Kemudian padamkan api.

Salmon Goreng Sos Lemon

Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 2 slices salmon
  • 2 + 1 sudu besar olive oil
  • 1 sudu besar butter
  • 1/2 sudu besar jus lemon
  • 4 sudu besar air
  • garam secukup rasa
  • lada hitam secukupnya(3 kali pusing kalau guna bekas lada hitam)
  • daun bawang untuk hiasan
  • tepung gandum/ corn starch
Cara-cara
  1. Salmon-butter-lemon1
Kerat 2 salmon dan buang kulitnya. sapukan dengan tepung gandum.
  1. Salmon-butter-lemon2
Panaskan 2 sudu besar olive oil. Bila olive oil panas, besarkan api dan masukkan salmon.
  1. Salmon-butter-lemon3
Bila bahagian bawah salmon dah nampak kuning, balikkan dan masukkan pula 1 sudu besar olive oil lagi. Masukkan garam, dan lada hitam. Kemudian balik-balikkan salmon sehingga garing.
  1. Keluarkan salmon dari kuali, masukkan pula air, butter dan jus lemon. Panaskan sehingga air meruwap dan sos lemon melekat kat sudu.
  2. Tuangkan sos lemon ke atas salmon dan taburkan dengan daun bawang.
  3. Kalau nak lagi sedap, sebelum letak samon tu pinggan tu panas sekejap dgn microwave. Lepas tu bolehlah letak salmon dan sos lemon di atasnya.

Ikan Sweet n Sour


Bahan-bahan ( 3-5 orang )
  • 1 ekor ikan kerapu / ikan bawal
  • 1/2 batang timun dibuang biji
  • 4 keping nenas dipotong panjang
  • 2 biji tomato
  • 3 biji bawang putih
  • 5 sudu makan cili kering / cili boh
  • 6 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu sos ikan
  • 1/2 batang lobak merah
  • 2 bji bawang besar
  • 1 tangkai
Cara-cara
  1. Goreng ikan hingga kering, kemudian tumiskan bawang putih hingga kekuningan
  2. Masukkan pula cili, sos tomato, sos ikan, lobak merah, nenas, timun, bawang, air, gula,garam dan serbuk perasa secukupnya
  3. Kemudian masukkan pula bawang besar dan kacau hingga rata
  4. Biar sehingga masak, padam api dapur
  5. Tuangkan kuah di atas ikan dan tabur daun sup dan daun ketumbar diatasnya. Hidangkan

Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-bahan ( 5-6 org )
  • 3 ketul ikan pari(ikut saiz yg disukai)
  • 7 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 5 ulas bawang kecil
  • 2 keping asam keping
  • 1/2 paket serbuk kari ikan
  • belacan(sebesar ibu jari tangan)
  • segenggan daun kesum
  • setangkai bunga kantan
  • sebiji timun
  • garam dan bahan perasa
  • 2 mangkuk air
Cara-cara                
  1. kisar cili padi,cili merah,belacan dan bawang
  2. masakkan bhn kisar bersama2 rempah dengan api perlahan hingga cili dan rempah masak
  3. masukkan asam keping
  4. tambahkan air
  5. masukkan ikan pari
  6. masukkan daun kesum dan bunga kantan
  7. tambah garam dan perasa
  8. potong timun menyerong dan masukkan dlm asam pedas
  9. biar mendidih sehingga ikan dan timun masak, hidangkan

Ikan Goreng Sambal

Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 4 ekor ikan (ikan apa² pun boleh!)
  • 4 biji bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 2 biji limau kasturi (air asam pun boleh)
  • 1 cm belacan
  • 8 sudu makan cili boh (cili kering yang diblend) bagi yang mau le
Cara-cara
  1. Lumurkan ikan dengan garam and kunyit...perap selama 10 minit
  2. Then...goreng ikan hingga garing
  3. Bawang putih & merah dikisar
  4. Panaskan minyak...tumis bawang yang telah dikisar bersama cili boh...belacan dan bawang besar...tunggu sehingga garing and bawang besar layu
  5. Tunggu sehingga mendidih...masukkan gula...and chicken cube...kalau mau lebih masin boleh lah ditambah sedikit garam...then masukkan ikan tadi...gaul hingga sebati...masukkan perahan air limau...gaul sekali lagi... angkat dan hidangkan

Ikan Percik

Bahan-bahan ( 6 org )
  • 4 ekor ikan kembung
  • 8 ulas bawang merah
  • seinci halia
  • 2 1/2 biji santan kelapa
  • air asam jawa
  • tepung jagung
  • garam, gula dan serbuk perasa.
Cara-cara
  1. Tumpuk 3 ulas bawang merah bersama sedikit garam untuk diperapkan bersama-sama ikan kembung. biarkan selama beberapa minit.
  2. Kisar 5 ulas bwang merah bersama halia.
  3. Panaskan santan di dalam kuali sampai mendidih dan kacau jangan sampai santan tersebut berketul.
  4. Masukkan bahan yang dikisar dan kacau. Selepas itu masukkan air asam jawa, garam,gula dan serbuk perasaan secukup rasa.
  5. Bila semuanya sebati dan mempunyai rasa yang memuaskan, masukkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah percik tersebut.
  6. Bakar ikan kembung tadi sampai masak. Selepas itu siramkan kuah percik ke atas ikan dan bakar kembali ikan tersebut.ulangi langkah tersebut sebanyak 3 atau 4 kali.pasti ikan percik anda akan sedap.

Ikan Masak Rampai

Bahan-bahan ( utk mkn 1 family )
  • 8 ekor ikan kembung / selar besar dibersihkan
  • 10 btg lada merah *
  • 7-8 biji bawang kecil *
  • 4 biji bawang putih *
  • sedikit belacan *
  • 1 sdm mumbung asam jawa + 3/4 cwn air diramas
  • 2-3 pokok daun sop dihiris kasar
  • secukup garam dan gula
  • kisar bahan2 bertanda *
Cara-cara
  1. lumur ikan dgn sedikit aje garam dan kunyit , kemudian digoreng saperti biasa.
  2. siat2kan isi ikan dan buang tulang2 nye..ketepikan.
  3. tumis bahan2 kisar hingga garing dan naik minyak kemudian masukkan air asam, garam dan gula..masak hingga mendideh.
  4. campurkan isi ikan dan gaul hingga mesra...cukupkan rasa nye...
  5. akhir skali masukkan daun sop dan dikacau rata...matikan api... boleh la dihidangkan

Umai (Sabah)

Bahan-bahan ( 5 orang je )
  • 1/2 ekor ikan tenggiri
  • cuka (agak2 utk rendam ikan,tp jgn tenggelam sangat)
  • 3 bj limau kasturi
  • 1 bj mangga @ 1/2 nenas (dihiris @ potong dadu)
  • 1 bj bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 tangkai lada merah (dihiris)
  • garam n perasa sikit (agak2 lah)
  • lada kecik (ikut suka kalu suke pedas tu..em..buh la dalam 6-7 biji)
Cara-cara
  1. ikan tenggiri dipotong dadu. rendam dgn air cuka.gaul sampai ikan berubah warna menjadi keputih-putihan
  2. bile dah berubah warna, tambah sikit air limau kasturi dan masukkan bawang merah dan bawang besar dan gaul sampai rata n pecahkan lada kecik
  3. then, kamu masukkan lada dan mangga atau nenas td. gaul lagi sampai rata akhir sekali masukkan garam n perasa sikit
  4. ok!! Siap!! sedia utk dimakan..lagi best kalu makan tengahari...fulamak!!!!


Ikan Masak Taucu


Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 2 ekor ikan (ikan pape pon bole)
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 hiris halia(potong panjang2)
  • 3 biji cili api(nak pedas tambah lg)
  • 2 sudu besar taucu
  • air asam jawa
  • serbuk kunyit
  • minyak
  • garam
  • 1 sudu besar gula
  • 3 cawan air
Cara-cara
  1. goreng ikan yg telah digaul garam dan serbuk kunyit
  2. sementara goreng ikan, boleh lah menyediakan kuah taucu. masukkan 1 sudu minyak masak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. then, masukkan halia dan cili api.
  3. masukkan taucu dan kacau sekejap. masukkan air dan air asam jawa. tambah gula.(garam tak perlu sbb taucu dah masin)
  4. setelah ikan masak, masukkan ke dalam kuah tersebut. biar hingga mendidih, tutup api.


Otak-otak

Bahan-bahan ( 2 keping saiz 4"x6"x1" )
  • isi tenggiri 1 kg
  • 2-3tbsp santan pekat
  • 2 biji telur
  • 100g tepung ubi
  • lbh kurang 1/4 cwn minyak masak
  • garam, aji,gula
  • **bhn sambal**
  • 3-4tbsp cili boh
  • 4 biji bwg merah
  • 1 biji bwg besar
  • 4 biji bwg putih
  • 1" halia
  • 1" kunyit
  • 1" lengkuas
  • 4-5 batang serai
  • 4 biji buah keras
  • 1- 1 1/2 tsp belacan
  • 3-4 tbsp rempah kari
Cara-cara
  1. Bersihkan ikan macam biasa.Kikis isi tenggiri, asingkan
  2. kisar semua bahan sambal
  3. tumis dgn 1/4 cwn minyak. kalo time tumis rase xcukup minyak, leh tmbah minyak sket
  4. Image018
masukkan bahan perisa dan tumis sampai agak pekat. ni le end result sambal tu..
  1. tutup api n biar sejuk
  2. bila dah sejuk, ambil sambal n masukkan dalam isi ikan tadi .(masukkan sikit2 dulu)
  3. masukkan juga tepung, santan n telur. gaul sebati
  4. Image022
alaskan plastik dlm bekas tupperware 4 segi. masukkan otak2 tu,tututp balik ngan plastik, tekan2 sket bg mampat..n keep frozen. bile nak bakar/kukus..thaw skejap
  1. kalau rajin, bule bungkus kecik2 n bakar/kukus.
  2. **note: sambal tu xsemestinye abis guna. kna agak2. camtu gak ngan tepung. kalo xmoh liat, kurangkan tepung. kalo xmoh lemak sgt, kurangkan santan

Sup Kepala Ikan Merah


Bahan-Bahan

1 Ketul kepala ikan Merah 
3 labu bawang putih
4 ulas bawang merah
2 inci halia
2 batang serai di ketuk
2 biji cili merah dihiris nipis
2 biji tomato dibelah dua
1 keping tauhu  dipotong dadu kecil
Sedikit garam secukup rasa
Daun sup dan daun bawang
1 pek sup bunjut kepala ikan

Cara Membuatnya
1. Panaskan air didalam periuk sehingga mendidih
2. Kemudian masukkan halia, bawang putih, bawang merah, serai,sup bunjut dan cili ke dalam periuk.
3. Masukkan tauhu dan tomato dikuti garam dan gula secukup rasa
4. Selepas itu masukkan kepala ikan merah tersebut.
5. Biarkan selama 15 minit sebelum menutup api. Masukkan daun bawang dan daun sup sebelum dihidangkan.


Ikan Bawal Masak Merah


Bahan2:
  • 1-2 ekor ikan bawal saiz M (kalo yang besar seekor dah cukup)
  • Garam secukupnya
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • 1 labu bawang besar*-separuh untuk dikisar,separuh dipotong wedges
  • 4 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 batang serai-diketuk
  • sedikit cili giling-kali nih tak letak sebab takut terpedas utk anak2
  • Sedikit halia-pun tak letak kali nih.
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • Rempah tumis 4 sekawan-1 setiap 1 jenis
  • Garam dan perasa
  • Sedikit air
Cara2:
  1. Ikan bawal yang sudah disiang dibersihkan dan dilumur garam serta serbuk kunyit. Goreng sehingga 3/4 masak.
  2. Bahan2 bertanda * dikisar
  3. Ambil baki gorengan ikan tadi untuk menumis..Panaskan minyak dan tumis rempah tumis diikuti bahan2 berkisar sehingga wangi dan garing. Masukkan serai yang sudah diketuk
  4. Apabila bahan itu sudah garing masukkan sos cili dan sos tomato..kacau sedikit dan masukkan sedikit air
  5. Masukkan garam dan perasa. Kacau lagi dan masak hingga pecah minyak
  6. Masukkan ikan bawal dan bawang besar yang dipotong tadi(bawang besar nih leh tambah lebih jika suka) dan gaul sebati.
  7. Sebatikan rasa dan kuah. Sedia untuk dihidangkan

4 comments:

Anonymous said...

can u buy viagra over the counter [url=http://sildenafilusshop.com]Viagra[/url] levitra vs cialis viagrageneric levitra pills [url=http://shoplevitra.com]Buy Levitra[/url] sell levitracialis free sample [url=http://tadalafilfor.com]Cialis[/url] comparison of cialis levitra and viagraviagra buy now [url=http://newmedicforum.com]Buy Priligy[/url] viagra causes blindnesskamagra st review [url=http://shopsildenafilus.com]super kamagra[/url] kamagra oral jelly

Anonymous said...

accutane and migraines [url=http://fast-isotretinoin.com]Accutane[/url] accutane injury attorney columbuscialis australia prices [url=http://fast-tadalafil.com]Tadalafil[/url] cialis 5 mg vouchercheap legit viagra [url=http://sildenafilusshop.com]Viagra Online[/url] viagra purposehow safe is the drug clomid [url=http://usfastmed.com]Clomid[/url] buy fertility medications clomid onlinecialis online soft tab [url=http://fastshipcialis.com]Buy Cialis Online[/url] buy genuine cialis

Anonymous said...

http://antibioticswithoutadoctorsprescription.top/
[url=http://antibioticswithoutadoctorsprescription.top/]antibiotiс[/url]

Anonymous said...

[url=http://walmartcialispriceswithoutinsurance.us]walmart cialis prices without insurance[/url]
[url=http://bestdrugstorefoundation.top]best drugstore foundation[/url]
[url=http://canadianonlinepharmacy.top]canadian online pharmacy[/url]


http://viagraforwomenswheretobuy.top
http://onlinepharmacynoprescription.top
http://viagra100mgtabletscoupons.us