Tuesday, December 13, 2011

Gamelan

Gamelan adalah orkestra alat muzik dengan nada pentatonis, yang terdiri dari :Gendang, Bonang, Bonang Penerus, Demung, Saron, Peking (Gamelan), Kenong & Ketuk, Slenthem, Gender, Gong, Gambang, Rebab,, Siter, Seruling.

Komponen utama alat muzik gamelan adalah : buluh, logam, dan kayu. Masing-masing alat memiliki fungsi tersendiri dalam alunan muzik gamelan.

Kata Gamelan sendiri berasal dari bahasa Jawa “gamel” yang bererti memukul / menabuh, diikuti akhiran “an” yang menjadikannya sebagai kata benda. Sedangkan istilah gamelan mempunyai erti sebagai satu harmonisme alat muzik yang dimainkan bersama.

Tidak ada kejelasan tentang sejarah terciptanya alat muzik ini. Tetapi, gamelan dianggarkan wujud pada saat budaya luar dari Hindu – Budha mendominasi nusantara. Walaupun pada perkembangannya ada perbezaan dengan muzik India, tetap ada beberapa ciri yang tidak hilang, salah satunya adalah cara “menyanyikan” lagunya. Penyanyi lelaki biasa disebut sebagai wiraswara dan penyanyi wanita disebut waranggana.

Menurut mitologi Jawa, gamelan diciptakan oleh Sang Hyang Guru pada Era Saka. Beliau adalah dewa yang menguasai seluruh tanah Jawa, dengan istana yang berada di gunung Mahendra di daerah Medangkamulan (sekarang Gunung Lawu).

Alat muzik gamelan yang pertama kali diciptakan adalah “gong”, yang digunakan untuk memanggil para dewa. Setelah itu, untuk menyampaikan pesan khusus, Sang Hyang Guru kembali menciptakan beberapa peralatan lain seperti dua gong, sampai akhirnya terbentuklah sekumpulan gamelan.

Pada zaman Majapahit, alat muzik gamelan mengalami perkembangan hingga mencapai bentuk seperti sekarang ini dan tersebar di beberapa daerah di nusantara.

Bukti authentik pertama tentang kewujudan gamelan ditemukan di Candi Borobudur, Magelang Jawa Tengah i sejak abad ke-8. Pada relief-nya terlihat beberapa peralatan seperti seruling buluh, loceng, gendang dalam berbagai ukuran, kecapi, alat muzik berdawai yang digesek dan dipetik, termasuk sedikit gambaran tentang elemen alat muzik logam. Perkembangan selanjutnya, gamelan dipakai untuk mengiringi persembahan wayang dan tarian. Sampai akhirnya berdiri sebagai muzik sendiri dan dilengkapi dengan suara para penyanyi.

Gamelan yang berkembang di Jawa Tengah, sedikit berbeza dengan Gamelan Bali ataupun Gamelan Sunda. Gamelan Jawa memiliki nada yang lebih lembut apabila dibandingkan dengan Gamelan Bali yang rancak serta Gamelan Sunda yang mendayu-dayu dan didominasi suara seruling. Menurut beberapa penelitian, perbezaan itu adalah akibat dari pengungkapan terhadap pandangan hidup “orang jawa” pada umumnya.

Pandangan yang dimaksud adalah : sebagai orang jawa harus selalu “memelihara keselarasan kehidupan jasmani dan rohani, serta keselarasan dalam berbicara dan bertindak”. Oleh sebab itu, “orang jawa” selalu menghindari ekspresi yang meledak-ledak serta selalu berusaha mewujudkan toleransi antar sesama. Wujud paling nyata dalam muzik gamelan adalah tarikan tali rebab yang sedang, paduan seimbang bunyi kenong, saron gendang dan gambang serta suara gong pada setiap penutup irama.

Penalaan dan pembuatan orkestra gamelan adalah suatu proses yang sangat kompleks. Gamelan menggunakan empat cara penalaan, iaitu “sléndro”, “pélog”, ”Degung” (khusus daerah Sunda, atau Jawa Barat), dan “madenda” (juga dikenal sebagai diatonis), sama seperti skala minor asli yang banyak dipakai di Eropah.

1. Slendro memiliki 5 nada per oktaf, iaitu : 1 2 3 5 6 [C- D E+ G A] dengan perbezaan interval kecil.
2. Pelog memiliki 7 nada per oktaf, iaitu : 1 2 3 4 5 6 7 [C+ D E- F# G# A B] dengan perbezaan interval yang besar.

Komposisi muzik gamelan diciptakan dengan beberapa aturan, yang terdiri dari beberapa putaran dan pathet, dibatasi oleh satu paluan gong serta melodinya diciptakan dalam unit yang terdiri dari 4 nada.

4 comments:

Anonymous said...

Hello it's me, I am also visiting this web page regularly,
this website is in fact good and the viewers
are in fact sharing pleasant thoughts.

My weblog: AlbinaUSpart

Anonymous said...

A motivating discussion is definitely worth comment.
I do think that you ought to write more about this topic,
it might not be a taboo subject but typically people don't discuss such subjects.
To the next! Kind regards!!

Here is my site - CarieGSchreckengost

Anonymous said...

If some one desires to be updated with most recent
technologies then he must be go to see this site and be up to date daily.


Take a look at my web-site: TeodoroTLeibe

Anonymous said...

Hmm it appears like your website ate my first comment (it was extremely long) so I guess I'll just sum it up what I
had written and say, I'm thoroughly enjoying your blog.
I too am an aspiring blog blogger but I'm still new to everything.

Do you have any recommendations for novice blog writers?
I'd definitely appreciate it.

Feel free to visit my weblog ... AntwanXStoviak