Wednesday, January 2, 2013

Kurap dibontot orang nampak saja.. kayap di belakang sendiri???



Di antara fenomena mutakhir di mana ada di kalangan umat Islam terutamanya politikus yang berpandangan bahawa di antara ajaran Islam, di antara amal soleh yang besar ganjarannya, ialah mencari aib orang lain lalu menyebarkannya dan memberi ulasan ke atasnya. Apatah lagi dalam suasana kecanggihan teknologi komunikasi sekarang ini, amal soleh tersebut amat mudah dilaksanakan, semudah “klik” dengan menggunakan tetikus komputer atau menyentuh di atas telefonfon pintar masing-masing.

Saya tertanya, kenapakah mereka tidak “klik” pula untuk sentuh ayat al-Qur’an berikut ini: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [al-Hujurat 49:12]

Perhatikan larangan Allah: janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Kemudian perhatikan pula bagaimana Allah mengakhiri ayat di atas dengan firman-Nya: sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani, mengisyaratkan bahawa perbuatan mengintip dan mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain adalah satu dosa besar yang tidak akan terampun melainkan melalui taubat kepada Allah dan mengharapkan kasih sayang daripada-Nya.

Sikap yang benar di sini yang sememangnya merupakan ajaran Islam dan amal soleh yang besar ganjarannya, ialah memberi nasihat secara tertutup andai benar seseorang itu melakukan kesalahan. Sama-sama kita mengulangkaji surah al-Asr yang saya yakin semua pembaca telah pun menghafalnya.

Maaf kata, pada pengamatan saya, kategori orang yang suka menyebarkan keaiban sesama umat Islam bukanlah dari kalangan mereka yang jarang-jarang solat, kerap mengunjungi tempat maksiat atau free hair hatta mereka yang berpakaian seksi. Akan tetapi kategori orang yang suka menyebarkannya ialah dari kalangan mereka yang tidak meninggalkan solat lima kali sehari, menjauhi tempat maksiat dan tidak mendedahkan aurat. Pendak kata, kategori orang yang suka menyebarkan keaiban umat Islam ialah mereka yang kononnya menjauhi beberapa dosa besar dan perbuatan keji. 

Persoalannya, mengapakah mereka yang menjauhi beberapa dosa besar dan perbuatan keji tetapi suka pula mencari keaiban orang lain dan menyebarkannya? Jawapannya boleh ditemui dalam ayat al-Qur’an berikut: Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya.  (Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunan-Nya. Dia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Dia mencipta kamu (berasal) dari tanah dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertakwa. [al-Najm 53:31-32]
 
Dalam ayat di atas, Allah menerangkan kebesarannya yang memiliki segala apa yang ada di langit dan bumi. Berdasarkan kebesaran ini, Allah akan membalas orang-orang yang berbuat jahat dan yang berbuat baik. Di antara ciri orang yang berbuat baik itu ialah mereka yang menjauhi dosa besar dan perbuatan keji. Namun Allah menekankan bahawa sebagai Yang mencipta setiap manusia dari tanah sehingga ke berbagai peringkat dalam rahim ibu, Allah mengetahui hati, perasaan dan siapakah di antara orang-orang tersebut yang benar-benar bertaqwa kepada-Nya.

Fenomena ini mengingatkan aku pada satu cerita yang mana seorang pakcik ni akan mengatakan bahawa “Tak semua yang baik itu baik dan tak semua yang buruk itu buruk”. Menghukum org lain bukan ditangan kita tapi hanya milik Allah. Jangan sesekali menghukum org lain dari apa yang kita Nampak kerana firman Allah dalam surah Al An’am ayat 103 yang bermaksud “ Dia (Allah)  tidak dapat dilihat oleh sebarang penglihatan sedangkan dia dapat melihat segala sesuatu (yang manusia tidak nampak) dan dial ah Yang Maha Halus (ghaib) lagi Maha Mengetahui”.  Sesungguhnya dia menjadikan sesuatu dengan Kun Fayakun dan dgn itu jualah dia mentadbirnya.

7 comments:

Anonymous said...

I visited various blogs however the audio feature for audio
songs existing at this web site is actually marvelous.

Also visit my web-site AntoniaORachal

Anonymous said...

WOW just what I was searching for. Came here by searching for blog

My homepage; DeaneSFerrill

Anonymous said...

Having read this I believed it was rather informative.

I appreciate you taking the time and effort to put this information together.

I once again find myself personally spending a lot
of time both reading and leaving comments. But so what, it
was still worth it!

My page FrederickaOLescano

Anonymous said...

Fantastic website you have here but I was curious if you knew
of any forums that cover the same topics talked about in this article?
I'd really like to be a part of online community where
I can get comments from other experienced people that share the
same interest. If you have any recommendations, please let me know.
Thank you!

Also visit my blog :: JeromyBBarros

Anonymous said...

Helpful info. Fortunate me I found your site by accident, and I am
surprised why this coincidence did not took place in advance!
I bookmarked it.

Here is my web site - ChangYHurlburt

Anonymous said...

each time i used to read smaller articles which as well clear their motive,
and that is also happening with this piece of writing which I am reading here.


Also visit my blog post DiedreYSheffield

Anonymous said...

Hi there! Do you know if they make any plugins to help with Search Engine Optimization? I'm
trying to get my blog to rank for some targeted keywords but I'm not seeing very
good success. If you know of any please share. Kudos!

Feel free to surf to my web blog CiraCSteffani