Menurut ensiklopedia umum Ilmu kalam adalah falsafah mencari prinsip-prinsip teologi
Islam melalui dialektik. Dalam bahasa Arab perkataan ini secara harfiah
bermakna "pertuturan". Seorang cendekiawan kalam dirujuk sebagai
seorang mutakallim (ahli teologi Islam; majmuk mutakallimiin).
Terdapat banyak tafsiran mengapa disiplin ini digelar "kalam"; salah
satu daripadanya adalah kontroversi terbesar dalam bidang ini berkaitan dengan
pertuturan Allah.
Pada zaman Abbasiyah, telah banyak berlaku pembahasan di
dalam perkara-perkara akidah termasuk perkara-perkara yang tidak wujud pada
zaman Nabi s.a.w. atau zaman para sahabatnya. Berlaku pembahasan tersebut
dengan memberi penumpuan agar ia menjadi satu ilmu baru yang diberi nama Ilmu
Kalam. Ilmu ini muncul dan berkembang atas sebab-sebab dalaman dan luaran.
Aku
rasa n bila aku baca susah sgt la nak fahamkan apa kejadahnya yang
diaorang try nak dok terjemahkan n terangkan apa kebendenya ilmu kalam
ni kat korang kan. So aku rasa aku pun kena terangkan la jugak dalam
bahasa "sambil menunggu durian luruh" aku ni tentang ilmu kalam ni dari
pengetahuan, pengajaran dan terjemahan yang aku terima. Jangan la mintak
aku terangkan dari segi ilmiahnya pulak sebab terang -terangan golongan
syariat ahlul sunnah waj jamaah menyatakan bahawa ilmu kalam itu salah
la, menyimpang la dan macam2 lagi. Kalau kita suh pakcik google
terangkan pun macam2 pendapat yang kita dengar. Sampai jemu lak kita nak
baca sebab lain orang lain pendapatnya. jadi biar la aku tambah satu
lagi kepening lalatan korang memahami ilmu kalam ni dengan pendapat aku
pulak dengan cara yang santai beb..
Kalam
ni salah satu dari sifat 20 yakni sifat Allah.. Kalau diterjemah direct
memang lah maksudnya berkata-kata. Tapi ketahuilah olehmu Ya Ahli Kubur
semua bahawa kalam allah atau kalamullah itu tak berbahasa, tak
bersuara,tak berbunyi dan nada, tak bersuku kata, tak ada warna, tak ada
rupa.. pelik kan bunyinya.. memang lah itu sifat Allah yang maha pelik
lagi bijaksana.. hanya dialah yang mampu melihat sedangkan manusia itu
tidak dapat melihatnya.. walaupun pun dia tak melihat dengan mata tapi
seluruh alam dia nampak. manusia yang bermata empat pun belum tentu
dapat nampak apa yg tersorok depan mata dia org..
Yang
dikatakan kalam itu lah yang disampaikan kepada malaikat untuk
disampaikan kepada rasul2 sebagai wahyu.. dah apa yang telah disampaikan
kepada Rasulallah juga telah ditinggalkan untuk kita dan dapat kita
baca, kita dengar, kita kaji, kita teliti dan kita jadikan panduan,
penawar dan pendinding diri.. dan mcm2 lagi kegunaannya.. Tapi kdg2 kita
tak perasan buku berkulit keras yang tersadai tepi rak buku dalam
masjid sebelah sejadah kita tu sebenarnya adalah kalam allah yang telah
diterjemahkan menjadi skrip dalam bahasa arab dan di alih suarakan
berbagai-bagai bahasa untuk memberi pemahaman kepada seluruh rakyat
jelata di serata pelusuk dunia. Buku tebal yang tersadai kat atas almari
baju bawah beg sandang lama tu sebenarnya adalah kata2 dari pencipta
kita yang telah dimanuskripkan agar manusia lebih faham, lebih bersyukur
dan lebih mengenali apa itu cinta..
Fuhhh
best kan ngutuk org.. senior aku pernah cakap dlm dunia 3 perkara
paling best iaitu, makan free or orang belanja, pukul org tapi org tu
tak melawan balik and lastly kutuk orang dan org yang kena kutuk tu diam
je tak mengutuk balik. Betul ke tidak entahlah aku pun tak tau.. Lu
pikir la sendiri..
Dalam
ilmu kalam, apa yang pelajari nak diterangkan dalam bahasa yang mudah
ialah ilmu bercakap tanpa berkata-kata.. haaa mcm mana korang nak
describe tu? Kalau korang seorang yang vigilant (bukan bijiklent... yer)
kata org kampung aku, korang akan faham apa aku maksudkan.. Pernah tak
korang dengar orang minang cakap bahasa tubuh atau org kampung aku
biasa kata body language? tu pun umpama ilmu kalam gak.. Whenever u try
to tell something to people without saying any words. haaa kan aku dah
mencarut dalam bahasa inggeris.. Contohnya bila kita tercium bau kentut
org sebelah. Maka utk cover diri kita kita naik turunkan tangan berulang
kali depan hidung kan utk bgtau org lain kita tercium bau kentut
sedangkan kdg2 kita yang terkentut tu.. begitulah juga ibaratnya ilmu
kalam..
Satu
lagi cuba kita lihat bagaimana orang bisu berbicara sesama mereka..
Nescaya mereka tak mengeluarkan walau sepatah kata pun sebab keadaan
mereka namun mereka-mereka itu mampu menerawangkan tangan mereka sehari
suntuk bersembang sesama mereka dari isu politik, ekonomi,kehidupan
sampailah ke cerita dalam kain tanpa sepatah kata pun.. itulah cabang
dari ilmu kalam yang aku maksudkan..
Aku
pernah tanya puan sri aku mcm mana orang bisu nak bagitau dia nak
tido.. maka puan sri aku jawab sambil buat demo rapatkan kedua telapak
tangan dan letak sebelah kanan kepala dan sengetkan kepala ke kanan..
Wowww awesome kata aku.. Aku tanya pulak mcm mana orang bisu nak mintak
nasi? Maka dengan tonggeknya puan sri aku tu demo rapatkan semua hujung
jari dia dan hala kan ke mulut dan aku terpegun.. wahhh pandainya.. maka
aku tanya lagi.. macam mana orang buta nak mintak air, Maka sekali lagi
dengan gaya sombongnya puan sri baby aku buat gengam tangan dan naikkan
ibu jari n halakan ke mulut dia.. maka aku sekali lagi terpempan dengan
kehebatan puan sri aku sambil aku cakap orang buta buka boleh cakap
ker? naper dia tak cakap jer "bagi saya air minum segelas..". Sebab klu
dia mintak air jer mungkin org tu terbagi air basuh tangan..
4 comments:
Post a Comment