Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak
pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian
tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah
menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi). Sandaran
yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran
kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak
merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di
kalangan makhluk - makhlukNya.
Daripada
Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah
membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan
Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam
di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram.
Ia dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.
Asal Usul Sejarah Bulan Muharram
Tradisi kalendar Hijriyah dirintis pada masa kekhalifahan Umar Bin
Khattab RA. Pada waktu itu muncul wacana diperlukannya kalendar yang
baru dan seragam untuk berbagai urusan kenegaraan dan kemasyarakatan.
Kemudian, muncullah berbagai usul dari para Sahabat. Pada akhirnya
disepakati bahwa peristiwa hijrah Nabi SAW dari Makkah menuju Madinah
dijadikan rujukan dalam perhitungan awal tahun kalender Islam.
Dalam sejarahnya, Khalifah Umar bin Khattab (13-23 H/634-644 M) pernah
menerima surat dari Gobenornya di Bashra Abu Musa Al Asy’ari yang
menyebutkan pada awal suratnya berbunyi: “……menjawab surat Tuan yang
tidak bertarikh…..”. Perkataan pendek yang tampaknya tidak begitu
penting telah menarik perhatian Khalifah Umar, iaitu perlunya umat Islam
mempunyai kalendar. Hingga akhirnya diadakan musyawarah
khusus untuk menentukan bila awal tahun baru Islam.
Dalam musyawarah yang dihadiri oleh para tokoh-tokoh terkemuka dari
kalangan sahabat itu, muncul beberapa usul untuk menentukan bila
dimulakan tahun baru Islam. Di antara usul tersebut terdapat pendapat
yang mengatakan tarikh dihitung dari peristiwa penyerangan
Abrahah terhadap Ka’bah, yang dikenal dengan sebutan “Amul Fiil” (tahun
Gajah) dan itu sudah sering dipakai. Ada yang menyarankan kalendar
Islam dihitung dari turunnya wahyu pertama kepada Rasulullah SAW, di
mana waktu itu beliau secara rasmi dilantik oleh Allah SWT sebagai Nabi
dan Rasul untuk seluruh umat. Ada juga yang mengusulkan takwim
Islam dihitung dari wafatnya Rasululah saw, dengan alasan pada waktu itu
diturunkan wahyu terakhir yang menegaskan bahwa Islam sebagai agama
yang sempurna. Dan ada pula yang berpendapat bahwa kalendar Islam
dihitung dari hijrahnya Rasullah saw dari Mekah ke Madinah, dengan
alasan kerana peristiwa itu merupakan pintu masuk kehidupan baru bagi
Rasulullah SAW dan umatnya dari dunia kemusyrikan menuju dunia tauhid
(Islam).
Setelah lama musyawarah bersama dengan berbagai pendapat dan bantahan
masing-masing, akhirnya disepakati bahwa usul terakhir itu yang
diterima (kalendar Islam dihitung dari hijrahnya Rasullah saw dari
Mekah ke Madinah), yang kemudian diumumkan oleh khalifah bahawa tahun
baru Islam dimulai dari Hijrah Rasulullah saw dari Makkah ke Madinah.
Menariknya, meskipun awal bulan Muharram merupakan awal tahun bagi tahun
Hijriyah, ternyata Muharram bukan awal permulaan hijrah Nabi SAW.
Soalnya hijrah beliau jatuh pada permulaan bulan R. Awwal tahun ke-13
kenabian (14 Sept 622 M), bukan pada awal Muharram. Sedangkan antara
permulaan hijrah Nabi Saw dan permulaan kalender Islam (Muharram)
sesungguhnya terdapat jarak sekitar antara 62-64 hari, dan antara
keduanya terdapat bulan Safar.
Dalam kitab tarikh Ibnu Hisyam dinyatakan bahwa keberangkatan hijrah
Rasulullah dari Mekah ke Madinah pada akhir bulan Safar, dan tiba di
Madinah pada awal bulan R. Awal. Jadi bukan pada tanggal 1 Muharram
sebagaimana anggapan sebahagian orang.
Adapun penetapan bulan Muharram sebagai awal tahun baru dalam kalender
Hijriyah adalah hasil musyawarah para sahabat nabi saw pada zaman
Khalifah Umar bin Khattab ra saat mengumumkan takwim Islam. Pada
saat itu ada yang mengusulkan R. Awal sebagai awal tahun dan ada pula
yang mengusulkan bulan Ramadhan. Namun kesepakatan yang muncul saat itu
adalah bulan Muharram, dengan pertimbangan bahawa pada bulan itu telah
bulat keputusan Rasulullah saw untuk hijrah ke Madinah pasca peristiwa
Bai’atul Aqabah (ikrar penduduk Madinah yang datang ke Mekah untuk masuk
Islam). Di mana saat ada 75 orang Madinah yang ikut baiat untuk siap
membela dan melindungi Rasulullah SAW, jika beliau datang ke Madinah di
kemudian hari. Dengan adanya bai’at ini, Rasulullah SAW pun melakukan
persiapan untuk hijrah, dan baru dapat direalisasikan pada bulan Safar,
meski ancaman maut dari orang-orang Quraisy senantiasa mengintai beliau.
Betapa besar dan berat perjuangan Rasul SAW waktu itu hingga setiap
datang tarikh 1 Muharram, ingatan kita terlukis kembali pada puncak
perjuangan beliau SAW 14 abad silam. Suatu perjuangan untuk membebaskan
kaum muslimin dari kezaliman dan tindakan sewenang-wenang yang menimpa
mereka disebabkan tindakan orang-orang kafir tersebut semakin hari
semakin meningkat pada taraf yang sangat membahayakan masa depan Islam
dan kaum muslim. Dengan izin Allah SWT, Rasulullah SAW beserta para
sahabatnya yang setia, akhirnya meninggalkan tanah kelahirannya yang
tercinta Makkah Al-Mukarramah untuk pindah ke negeri yang baru yaitu
Yastrib (Madinah). Perpindahan beliau dari Makkah ke Yastrib inilah
yang disebut “hijrah”, dan oleh Khalifah Umar bin Khattab dijadikan
momentum dan starting point, pangkal tolok perjalanan sejarah Islam,
dengan ucapannya: “Hijrah itu memisahkan antara yang hak dengan yang
batil, kerana itu jadikanlah catatan sejarah”.
Peristiwa Bersejarah
Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan dan rahmat kerana bermula dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada makhluk-nya. Pada tarikh 1 Muharam itu juga Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
Pada bulan ini juga, Allah mengurniakan mujizat kepada Nabi-Nabi-nya sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah kurnianya yang terbesar iaitu ampunan dan keredhaan bagi hambanya. Sebagai tanda kesyukuran kepadanya, maka hamba-hambanya mempersembahkan ibadah mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah, namun dengan itu, masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah yang sungguh bernilai.
Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika Nabi saw baru berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi tentang puasa mereka itu. Mereka menjawab, "Hari ini Allah
memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini. Maka sabda Nabi saw:
"Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu."
Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa. Antara lain kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini. Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkan, "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun." Maksud hadis ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan bulan kemuliaan kerana pada sesiapa yang berpuasa pada hari inilah, Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.
Bulan Muharam merupakan satu-satunya bulan yang teristimewa kerana banyak peristiwa yang bersejarah berlaku pada bulan ini disamping ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu hadis.
"Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang mati syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa pada semua umat Muhammad saw dan mengenyangkan perut mereka."
Sahabat pun bertanya, "Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain hari." Jawab Rasulullah, "benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan laut pada hari Asyura dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada hari Asyura dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura, dan menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada hari Asyura, dan Allah menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan
menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub. Pada hari Asyura juga Allah memberi taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan terjadi pada hari Asyura."
Maka pada hari itu ( 10 Muharam) Nabi Adam dan Nabi Nuh a.s berpuasa kerana bersyukur kepada Allah kerana hari itu merupakan hari taubat mereka diterima oleh Allah setelah beratus-ratus tahun lamanya memohon keampunan.
Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi orang-orang Islam yang telah sekian lama dikongkong oleh Firaun, di mana hari itu mereka diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun yang selama ini mengancam agama dan menggugat iman mereka. Dengan tenggelamnya Firaun, Haman, Qarun dan istana mereka bererti berakhirlah sudah kezaliman musuh-musuh Allah buat masa itu. Terselamatlah tentera Nabi Musa dari musuh dengan mukjizat yang Allah berikan, maka mereka berpuasa kerana kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt.
Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam ini, di mana pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh kehormatan.
1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.
2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.
3. Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini
merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh a.s.
4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.
5. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.
6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.
7. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan
terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s
8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.
9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan
kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun.
10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda.
11. Pada 10 Muharram juga merupakan, hari pertama Allah menciptakan alam, menurunkan rahmat, menjadikan Malaikat Jibril, hari pertama Allah menurunkan hujan, Allah menjadikan 'Arasy dan Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. Nabi saw telah bersabda dengan maksudnya:
"Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh meninggalkannya."
Begitulah sabda Rasulullah di mana puasa pada hari Asyura ini sangat-sangat dituntut. Kalau tidak memberatkan umat baginda, maka diwajibkan. Oleh kerana takut memberatkan umatnya, maka hukumnya adalah sunat.
12. Orang Yahudi menjadikan hari ini 10 Muharram sebagai perayaan, bagi
menyatakan kegembiraan mereka kerana terselamat dari kekejaman Firaun.
Mereka turut berpuasa pada hari ini dengan nama puasa Asyura’.
Berdasarkan petunjuk nabi Muhammad saw, Islam menyuruh umat Islam supaya
berpuasa pada hari ini kerana “kami lebih utama dari kamu (Yahudi)
untuk memuliakan Musa”. Bagi membezakan amalan ini kepada umat Islam
berdasarkan petunjuk nabi ialah berpuasa sehari sebelum atau sesudahnya.
13. Pada bulan Muharram adalah permulaan hijrah nabi dari Mekah ke
Madinah yang kemudian menjadi permulaan Sejarah Islam, sedangkan
Muharram adalah bulan terawal bagi orang Arab. Mereka telah memilih
bulan Rabiulawal (yang merupakan berlaku hijrah sebenarnya) kepada
Muharram, kerana bermula keazaman untuk berhijrah ialah pada bulan
Muharram. Sementara “baiah” berlaku pada bulan Zulhijjah yang menjadi
pengenalan hijrah. Justeru bulan terawal selepas baiah dan keazaman
untuk berhijrah ialah bulan Muharram, maka ianya disesuaikan untuk
dijadikan permulaan tahun Hijrah.
14. Pada pertengahan bulan Muharram tahun ketiga Hijrah, berlaku
peperangan Qarqarah al-Kadr (Al-Kadr ialah salah satu sumber air bani
Sulaim). Rasulullah saw telah keluar bersama sejumlah tentera di mana
Ali bin Abi Talib r.a memegang panjinya dan Abdullah bin Ummu Maktum
dibenarkan tinggal di Madinah. Nabi saw menuju tempat ini yang
menghimpunkan Bani Sulaim dan Ghatfan. Namun nabi tiada mendapati
seorangpun. Namun yang ada hanya seorang remaja yang menjaga gembalaan
mereka yang dikenali “Yassar”. Lalu nabi bertanya beliau tentang oang
ramai. Beliau menjawab: Saya tidak mengetahui tentang mereka. Kemudian
Rasulullah beredar dan memenangi dengan nikmat ini, iaitu memperolehi
500 ekor unta dan “Yassar” dibawah kuasa nabi saw. Lalu beliau
dimerdekakan. Peperangan ini berlangsung selama 15 hari. Namun Ibn Ishaq
mengatakan peperangan ini belangsung pada bulan Syawal tahun kedua
hijrah.
15. Pada tanggal 10 Muharram 61H, terjadilah peristiwa yang memilukan dalam
di sebuah tempat cucu Rasulullah sejarah Islam, iaitu terbunuhnya
Husein yang bernama Karbala. Peristiwa ini kemudian dikenal dengan
“Peristiwa Karbala”. Pembunuhan tersebut dilakukan oleh pendukung
Khalifah yang sedang berkuasa pada saat itu iaitu Yazid bin Mu’awiyah,
meskipun sebenarnya Khalifah sendiri ketika itu tidak inginkan
pembunuhan tersebut. .
6 comments:
[url=http://chasecounty.org]netti kasino[/url] , nettikasinot , http://chasecounty.org
Magnificent web site. Lots of useful info here.
I am sending it to a few pals ans also sharing in delicious.
And naturally, thank you in your effort!
my site :: DouglassJDusablon
An impressive share! I've just forwarded this onto a colleague who has been doing a little
homework on this. And he in fact ordered me breakfast simply because I stumbled upon it for him...
lol. So let me reword this.... Thanks for the meal!! But yeah, thanx for spending some
time to talk about this topic here on your web site.
Here is my blog post: BoydVFarwell
[url=http://canada-onlinekamagra.net/]Kamagra Jelly[/url] Celebrex Heart Attack http://online-synthroidthyroxine.com/
Post a Comment