Buras yang siap dibungkus dan diikat sebelum dimasak. |
Buras yang siap dimasak (kalau dalam bahasa Bugis, Burasa') |
Buras ni diperbuat daripada beras (biasanya menggunakan beras wangi) yang dimasak dengan santan, kemudian dimasak dengan cara mengukus sehingga separuh masak. Beras bersantan yang separuh masak ini akan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan diikat dengan kemas untuk mengelakkannya pecah ketika dimasak/direbus. Yang ni memang makanan wajib setiap kali hari raya (aidilfitri mahupun aidiladha).
Ayam daging masak lengkuas. |
Ayam kampung masak lengkuas |
Menu wajib kedua adalah ayam masak lengkuas. Cara memasak menu ni agak complicated. Dah beberapa kali cuba untuk mendapatkan resepi namun belum berjaya...
Lengkuas yang dihiris dan dimayang halus, direbus terlebih dahulu untuk mengurangkan rasa pedasnya. |
Bagi ayam masak lengkuas ni, ayam kampung adalah lebih sedap digunakan berbanding ayam daging. Mungkin masa memasak menu ini yang agak lama membuatkan ayam daging yang lebih lembut dagingnya cepat masak dan mudah hancur jika dibandingkan dengan ayam kampung yang lebih liat dagingnya. Daripada pemerhatian saya bila mak nak masak menu ni, bahan utama yang digunakan adalah lengkuas yang dihiris dan dimayang halus. Kemudian akan direbus selama sejam lebih untuk mengurangkan rasa pedas lengkuas tersebut sebelum dimasak dengan kunyit dan asam jawa serta beberapa bahan lain.
Ayam masak merah versi masyarakat Bugis. |
Selain ayam masak lengkuas, ayam masak merah juga merupakan menu yang wajib pada pagi raya! Huarghhhh terliur sebentar melihat gambar di atas sambil membayangkan rasanya! Maaflah, tak dapat nak bagi resepi sebab tak reti nak masaknya. Namun apa yang saya perasan, ayam (menggunakan ayam daging, ayam kampung kurang sesuai untuk menu ini) tersebut akan digoreng terlebih dahulu dan diasingkan sebelum dimasak bersama-sama dengan kuah masak merah. Masa makan tu, akan rasa rangup-rangup sikit. Sedapnya.....
Tumbu' pulut hitam |
Cara membuat dan memasak tumbu' adalah sama dengan buras. Bezanya hanya pada beras pulut hitam yang digunakan untuk membuat tumbu'. Menu ni pula, jarang sekali dibuat. Menu alternatif la kiranya. Ada lagi satu menu iaitu dipanggil sawa'. Bezanya dengan tumbu' adalah, sawa' akan dibungkus menggunakan daun kelapa yang muda. Sawa' jarang dihidangkan sebagai menu raya, tetapi lebih kepada menu semasa aqiqah.
Tapai pulut hitam dan putih |
Tapai pulut hitam dan putih susah gak nak buat ni. Biarpun bahan-bahannya hanyalah pulut yang telah dimasak kemudian digaul dengan ragi. Bila salah sukatan ragi, mesti tak jadi. Nak menunggu jadi atau tak tapai ni pun ambil masa jugak. Sebab lepas digaul dengan ragi, pulut yang telah dibentuk bulat-bulat seperti gambar di atas akan diperam (untuk menjalani proses penapaian) dalam periuk yang dibungkus dengan kain selama beberapa hari. 3-5 hari ada kot... Kalau tak menjadi, biasanya rasa tapai akan tawar dan kurang manis. Jangan risau, tapai ni tak pernah lagi bikin mabuk okeh!
Soto makassar |
Menu soto makassar ni pula agak baru buat menu hari raya. Jika menu-menu yang lain di atas menjadi menu turun-temurun, soto makassar ni pula baru 2/3 tahun lepas menjadi hidangan di hari raya. Biasanya hanya dimasak bihun sup saja. Apa yang menjadikan soto makassar ini lain daripada soto/sup yang lain adalah pada kuahnya, yang mana kuah sup soto makassar ini akan dicampur dengan kacang tanah yang telah digoreng, dibuang kulit dan dikisar sebelum dicampurkan ke dalam kuah sup. Perghhhhhh!!!! Marvelous bila dimakan panas-panas dan pedas-pedas!
Begitulah sedikit pengenalan mengenai makanan Bugis yang menjadi hidangan wajib pada hari raya. Maaflah, tak dapat nak kongsi resepi sebab saya sendiri tak reti lagi nak masak menu-menu di atas. Cuci mata je la ye...
Cdt to : http://lunalanun@blogspot.com
Cdt to : http://lunalanun@blogspot.com
No comments:
Post a Comment