Perfume basically ada 4 jenis iaitu:
1. Cologne
2. Eau de Toilette (EDT)
3. Eau de Perfume (EDP)
4. Parfum
Jenis2 perfume ini dikelaskan mengikut kandungan pati haruman dalam perfume itu sendiri. Maksudnya yg bezakan jenis perfume ni adalah kepekatan minyak harumannye sama ada drpd ekstrak semulajadi, sintetik, dicairkan menggunakan air atau alkohol bergred tggi..Haruman yg mempunyai kepekatan minyak yg tinggi tahan lebih lama.
Cologne - mengandungi 4% minyak pati
Eau de Toilette (EDT) - mengandungi 8% - 15% minyak pati
Eau de Perfume (EDP) - mengandungi 15% - 22% minyak pati
Parfum - mengandungi 22% minyak pati
so, yg lebih tahan lama adalah Parfum kerana kandungan patinye lebih pekat..
Cara memilih perfume
Selain menyemburkan kat atas kertas then kibas² kertas tu, perfume tu boleh juga disemburkan pada sapu tgn..ini utk mencuba wangian perfume tsbt pd fabrik. Boleh juga disemburkan ke udara di atas tmpt anda berdiri. Then bile titisan minyak wangi tu jatuh..tarik nafas dalam² dan hayati keharumannya..
Tips untuk memakai perfume
Waktu siang - semburkan pada pergelangan tangan, sendi bahagian dlm siku dan perut. Cara ini utk mengelakkan tindak balas wangian itu dengan sinaran UV dan mengelakkan iritasi pd kulit.
Waktu malam - sesuai disemburkan pd bahagian tengkok atau blkg leher.
Tips lain :
~ utk membuatkan perfume yg dipakai tahan lama baunye, pakai bersama losen dan gel mandian dlm satu rangkaian yg sama (biasanye disertakan dlm set perfume).
~ utk mengetahui sama ada perfume yg dibeli tu original atau tidak, goncangkan botol perfume then tgk buihnye..jika buih sikit dan cpt hilang tu tak ori..dan jika byk buih dan lambat ilang..haa ni bru ORIGINAL..(tips ni aku dpt dr sorg member yg jual minyak wangi).
No comments:
Post a Comment