Dipetik dari buku Rojak Fakta Malaysia
Sebelum Istana Negara di bina, ianya kediaman jutawan Chan Wing
Sebelum Menara Maybank di bina, ianya bangunan mahkamah seksyen
Sebelum Plaza Rakyat di bina( tak siap2), ianya Kelab Cina Selangor
Sebelum Putrajaya di bina, ianya Ladang Harrisons & Crossfields
Sebelum Mid Valley di bina, ianya kuil Sri Maha Sakhti Muhambikai Amman
Sebelum KLCC di bina, ianya Padang lumba kuda Kuala Lumpur
Sebelum Berjaya Times Square di bina, ianya banglo jutawan Cheong Yoke Choy
Sebelum Pavilion di bina, ianya Sekolah Perempuan Bukit Bintang
Asal usul kaki lima
"semua rumah yang di bina daripada batu bata atau jubin mempunyai bahagian depan yang sama jenis dengan setiap satunya mempunyai arked berjarak tertentu, terbuka kepada semua sisi sebagai sebuah laluan terbuka di kedua dua sisi jalan"
Arahan Sir Stamford Raffles, Jawatankuasa perancang bandar singapura, 1822
Ubat Kuat dari Tulang Rimau Malaya
Dipetik dari buku Fakta Rojak Malaysia yg memetik The Tiger of Trengganu 1954
1. Buang daging dan lemak daripada tulang harimau dgn pisau
2. Rebus tulang itu selama 36 jam
3. Keringkan tulang di bawah matahari sehingga kering dan berwarna putih salji
4. Kisar tulang itu menjadi serbuk halus dan campurkan dengan berbagai jenis herba dan ramuan lain utk di jadikan pes hitam
5. Masukkan pes hitam ke dalam tablet plastik, kemudian larutkan dalam botol yang berisi wain beras dan minum dalam sukatan rendah
Nota : Di bawah Akta perlindungan Hidupan Liar 1972, membunuh dan memiliki sebahagian badan harimau adalah salah
Rumah sakit jiwa d Malaysia
Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, dibina tahun 1910, bil pesakit 2909, tempoh menginap 228 hari
Hospital Permai, Johor bahru, dibina tahun 1916, bil pesakit 2488, tempoh menginap 174 hari
Hospital Sentosa, Kuching, dibina tahun 1958, bil pesakit 432, 190 hari
Hospital mesra Bukit Padang, dibina tahun 1971, bil pesakit, 769, 86 hari
Beberapa syarikat berdaftar tertua di malaysia
Scopal Company Limited, Johor bahru, 1900, pemaju perumahan
Proctor &Gamble Malaysia , petaling jaya, 1900, kosmetik& perubatan
Boon Siew Borneo, inanam sabah, 1900, motosikal
Bertam Consolidated Rubber Company Ltd, Penang, 1904, pengeluaran minyak kelapa sawit
Rahman Hydraulic Tin Sdn Bhd, klian intan Perak, 1907, perlombongan
Harga sarang burung layang-layang putih baru di kutip
Tahun. Purata harga per kg
1884 - 14.90
1930. 12.90
1940. 25.60
1950. 55.60
1960. 71.20
1970. 134.80
1980. 320.50
1990. 900.00
1994. 6,454.00
1997. 5,500.00
1998. 6,000.00
2001. 4,566.00
Tahanan ISA sejak 2004
Sebab ditahan. Bil di tahan
Memalsukan dokumen. 29
Penglibatan dlm Jemaah Islamiah. 18
Membuat syiling RM 1 palsu. 17
Penglibatan Darul Islam. 17
Bertindak sebagai agen perisikan asing. 7
Penglibatan dlm Hindraf. 5
Penglibatan dlm pemisah Thai. 3
Penglibatan dlm gerakan militan Malaysia. 1
Menghasilkan penulisan menghina Islam. 1
Membekal komponen nuklear. 1
Menyeludup masuk pendatang asing haram. 1
Kain sarung berfungsi sebagai.....
-senjata silat
-kain alas meja
-karung membawa barang, makanan kering
-buian
-kain penutup jenazah
-semutar
-kain selimut
-sampin
-selubung utk wanita
- tuala
No comments:
Post a Comment