Friday, July 29, 2011
Pesan Dari Seorg Teman
Wanita sebagai simbol dan penentu baik buruknya suatu generasi. Jika wanita baik dan terdidik, maka akan muncul anak bangsa dan generasi yang baik. Tetapi sekarang banyak wanita yang tidak mengenali kemuliaan, kehormatan dan kesucian dirinya sehingga menjadi wanita yang tidak bermartabat dan murahan. Mereka menjajakan harga diri dan kesucian di jalan-jalan dengan cara tersendiri tanpa ada perasaan malu, sehingga menjadi mangsa srigala yang berbadan manusia.
Wahai wanita, srigala tidak akan memangsamu jika engkau penuhi panggilan Tuhan mu. Dan ingatlah wahai wanita, bahwa sesungguhnya penghuni neraka paling banyak adalah dari golonganmu. Hubungan cinta kaum remaja hanya sekadar kelaparan seksual. Bolehkah dipercaya bila orang yang kelaparan bersumpah tidak akan makan makanan yang sudah siap di atas meja makan dan hanya akan memandang atau hanya mencium aroma makanan dari jauh hingga boleh merasakan kelazatan makanan itu.
Wahai temanku, janganlah engkau percaya kepada mereka dan janganlah pula percaya kepada
srigala serta janganlah percaya bahwa mereka mengajakmu hanya sekadar ingin berbicara, apa mungkin cukup hanya sekadar berbicara. Tidak! Mereka akan menuntut jawapan dari pembicaraan itu dan apakah cukup hanya sekadar itu? Jelas tidak! Dia akan menuntut agar dapat memandang lalu memeluk, kemudian mencium dan kemudian...?????
Namun anehnya, jika srigala berhasil memangsanya, baru mereka berteriak-teriak minta tolong bahwa dia telah kecurian padahal kalau sejak pertama dia tegas, dia pun selamat dari sasaran empuk mangsa srigala itu. Wahai adikku, pada akhirnya yang menjadi korban mangsa srigala adalah engkau. Seorang pemuda datang kepada remaja putri dengan membawa seribu rayuan palsu lalu sang remaja putri terlena dipelukannya sehingga terjadilah hubungan terkutuk, kemudian pemuda itu pergi tanpa beban, tdk sedikitpun berpikir utk bertaubat, atau tanggung jawab, dan akhirnya masyarakat melupakan kejadian itu.
Akan tetapi sebaliknya bagi remaja putri tersebut boleh jadi ia mengandung dan ingin bertaubat tetapi masyarakat tidak akan melupakan dosa terkutuk itu untuk selamanya. Apabila sang pemuda tadi ingin menikah pasti akan memilih wanita selain wanita yang telah rosak masa depannya dan dia pasti cuci tangan darinya atau menyatakan bahawa saya tidak akan menikah dengan wanita kotor dan rosak. Bahkan kini lisannya tanpa merasa punya kesalahan berkata “singkirkan penghalang dari jalan itu adalah sebahagian dari iman."
Manakah janji setia yang dulu dia ucapkan? Manakah cinta tulus yang dulu dia ikrarkan? Semua itu rayuan palsu dan janji dusta. Diantara remaja wanita merasa hatinya berbunga-bunga dan khayalan terbang ke angkasa merindukan kelembutan cinta dan kemesraan serta romantika hidup dari sang srigala, tetapi setelah menghisap madu dan bunganya layu lalu dicampakkan begitu saja. Demi Allah, wahai adikku, inilah ungkapan hati setiap abg kepada adiknya yang tersayang, maka ambil dan terimalah serta renungkan dalam hati kecilmu, karena aku merasakan ada panah yang akan dan siap menembus kesucian dirimu.
Aku telah melihat ada labah2 yang siap menjeratmu, aku telah melihat ada pasukan siap berani mati dan melakukan apa saja untuk mencabik-cabik baju kehormatanmu. Wahai adikku, aku adalah seorang dewasa yang sudah kenyang dengan pengalaman hidup. Hari-hariku telah aku lalui dan malam-malamku telah aku jalani serta seluruh jagat raya dan perkampungan dari barat hingga timur telah aku kelilingi, jiwaku telah merasakan berbagai corak kehidupan dari mulai yang harum hingga yang busuk. Maka ambillah nasihatku, nasihat dari seorang abang yang penuh dengan kasih sayang, dan sangat menginginkan kebaikan serta mencita-citakan keluhuran darjat untukmu. Ini adalah nasehat dari orang yang selalu meyayangimu, menunjukkanmu ke jalan yg benar.
Wahai temanku, nasihatku ini aku persembahkan untukmu, sebuah nasihat dari orang yang sangat berharap atas kebaikan atas dirimu dan menginginkan kejayaan masa depanmu.
Fikirkanlah, renungkanlah dan gunakan akalmu untuk memikirkan nasihatku ini terutama pada saat dirimu sedang tertarik dengan kisah cinta baik melalui cerpen, pantun-pantun cinta, buletin-buletin cinta, majalah, deringan telefon romantis, menikmati tayangan sinetron kisah- kisah asmara melalui layar televisi atau tatkala dirimu sedang menyaksikan sorot mata srigala yang buas yang siap menerkammu.
Ya Allah,, aku penuhi panggilanmu. Cepatlah wahai adikku, jangan sampai menunda-nunda dan janganlah bandingkan antar kelazatan dunia dengan kelazatan akhirat, jangan sampai akhiratmu engkau jual dengan duniamu.
Tips Minyak Wangi yg Ramai Org x Tau
1. Cologne
2. Eau de Toilette (EDT)
3. Eau de Perfume (EDP)
4. Parfum
Jenis2 perfume ini dikelaskan mengikut kandungan pati haruman dalam perfume itu sendiri. Maksudnya yg bezakan jenis perfume ni adalah kepekatan minyak harumannye sama ada drpd ekstrak semulajadi, sintetik, dicairkan menggunakan air atau alkohol bergred tggi..Haruman yg mempunyai kepekatan minyak yg tinggi tahan lebih lama.
Cologne - mengandungi 4% minyak pati
Eau de Toilette (EDT) - mengandungi 8% - 15% minyak pati
Eau de Perfume (EDP) - mengandungi 15% - 22% minyak pati
Parfum - mengandungi 22% minyak pati
so, yg lebih tahan lama adalah Parfum kerana kandungan patinye lebih pekat..
Cara memilih perfume
Selain menyemburkan kat atas kertas then kibas² kertas tu, perfume tu boleh juga disemburkan pada sapu tgn..ini utk mencuba wangian perfume tsbt pd fabrik. Boleh juga disemburkan ke udara di atas tmpt anda berdiri. Then bile titisan minyak wangi tu jatuh..tarik nafas dalam² dan hayati keharumannya..
Tips untuk memakai perfume
Waktu siang - semburkan pada pergelangan tangan, sendi bahagian dlm siku dan perut. Cara ini utk mengelakkan tindak balas wangian itu dengan sinaran UV dan mengelakkan iritasi pd kulit.
Waktu malam - sesuai disemburkan pd bahagian tengkok atau blkg leher.
Tips lain :
~ utk membuatkan perfume yg dipakai tahan lama baunye, pakai bersama losen dan gel mandian dlm satu rangkaian yg sama (biasanye disertakan dlm set perfume).
~ utk mengetahui sama ada perfume yg dibeli tu original atau tidak, goncangkan botol perfume then tgk buihnye..jika buih sikit dan cpt hilang tu tak ori..dan jika byk buih dan lambat ilang..haa ni bru ORIGINAL..(tips ni aku dpt dr sorg member yg jual minyak wangi).
Thursday, July 28, 2011
Mendapatkan Barang Yang Hilang/Dicuri
1. Al-Fatihah 7x.
2. Al Fath 1-3 7x
3. Al Khafi Ayat 19 7x
4. Surah Al-Ikhlas 7x.
5. Selawat 7x.
6. Ya Allah 3x.
7. Kemudian wirid ‘Ya Hafiz’ 119x.
8. Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.
Doanya :
Bismillahi Yaa Hadii adh Dhalal wa Roodda adh Dhaalah Urdud ‘alayya Dholati bi ‘Izzatika wa Sulthonika Fa Innaha min Atho ika wa Fadhlika (Dengan nama Allah, Wahai Yang Menunjukkan yang tersesat dan Yang Mengembalikan yang hilang (maka) kembalikanlah kepadaku (sesuatu) yang hilang (dari) ku dengan keagungan-Mu dan kekuasaan-Mu. Sesungguhnya ia (sesuatu) itu adalah pemberian-Mu dan kurnia-Mu).”
Semoga ia nya dapat beri manfaat pada semua..
Seks Tanpa Rela - Mistika 5
Isterinya berkeras dengan mengatakan tiada siapa yang pernah dia tiduri selain suaminya. Maka dengan itu, kata sepakat diambil untuk menunjukkan kebenaran diri masing-masing. Entah kenapa, RIDAM pulak yang dipanggil sebagai saksi sumpah junjung Quran pasangan itu.
Terkejut gak RIDAM bila mereka mengatakan tujuan jemputan RIDAM ke rumah mereka. Kalau dari awal RIDAM tahu jemputan ke rumah pasangan ini semata-mata nak jadi saksi sumpah junjung Quran, tak mahu RIDAM bertandang ke rumah mereka....Siapa lah RIDAM untuk masuk campur urusan rumah tangga mereka..Sepatutnya, hal ini dirujuk ke Jabatan Agama Islam..Lagilah layak..
Tapi rupanya, ada hikmah disebalik jemputan ini. Semasa si isteri hendak bersumpah dengan Quran dijunjung di kepalanya, dia kerasukan......
Pesakit: Panas..! Panas...! Aku taubat dah...! Aku taubat dah..!
(kata-katanya disusuli tangisan kesakitan)
RIDAM: Siapa dalam tubuh hamba Allah ni..?
Pesakit: Aku penjaga keturunan ni... Kenapa kau datang kacau aku.. Aku tak kacau kau pun..!
RIDAM: Aku dah dijemput..aku datang jelah.. Kau ker yang jadi punca semua ni...?
*Pesakit mengangguk...
RIDAM: Apa yang kau buat pada dia?
Pesakit: Aku lah yang ambik daranya.. Sejak dia umur 14 tahun lagi..
RIDAM: Masyaallah....kenapa kau buat macam tu? Kalau kau ni penjaga, apa hak kau nak buat macam tu..?
Pesakit: Aku mulanya memang tak ada niat.. Tapi lawa pulak bila aku tengok.. Aku pun ada nafsu....
RIDAM: Kau tak rasa bersalah ke pada suami tubuh ni?
*Pesakit diam..Hanya linangan air mata yang mengalir di pipinya
RIDAM: Dengar tak apa aku tanya ni...!?
*Seraya itu, jari manis kaki pesakit saya picit dengan lada hitam
Pesakit: Sakit la bodohhhhhh!!!!! Aku dengar lah ni!
RIDAM: Dah tu, kenapa kau tak jawab...!
Pesakit: Memang aku rasa bersalah.. Tapi benda dah jadi, nak buat camana?
* Menyirap darah RIDAM bila dengar jawapan macam tu...Tak ada rasa bersalah langsung!
RIDAM: Memang kau ni dasar kurang ajar.. Meh sini aku ajar sikit..!
*Point-point gangguan dicucuk dengan kuat. Biar rasa sikit....!
Pesakit: Sakit..! Sakit...!
RIDAM: Senang cerita, kau nak keluar tak dari tubuh ni..!?
Pesakit: Aku dah sayang dia...aku tak mahu keluar...!
RIDAM: Kau nak sakit ker nak keluar..?
Pesakit: Aku tak mahu sakit dan aku tak mahu keluar la bodoh...!
RIDAM: Ni dah melampau ni...Dah la porak perandakan rumah tangga orang...!
Pesakit: Kau peduli apa..!?
Melihat kepada kedegilan seumpama ini, RIDAM terpaksa gunakan kaedah tikaman agar dengan izin Allah, gangguan tersebut dapat dihapuskan..
RIDAM: Telah aku bagi amaran berkali-kali agar kau keluar..tapi kau tetap dengan kedegilan dan sifat angkuh..Malahan kau lawan aku pulak...Ini amaran terakhir, mahukah kau keluar dari tubuh ini selama-lamanya....?
Pesakit: Aku tak akan keluar...Buat lah apa yang kau nak.......!!!
Maka, sebagai ikhtiar terakhir, RIDAM gunakan amalan makrifat 'Pedang Hamzah'. Dimulai dengan ucapan salam dari ayat dalam surah Yasin, pedang kesayangan ini dipanggil berulang kali.
Setelah 'terasa' ianya di tangan, maka ditusuk ia ke rusuk kiri pesakit. Pada pandangan batin, mohon pada Allah agar ianya mengena gangguan yang berada ditubuh pesakit.
Setelah tikaman dibuat, pesakit menggelupur kesakitan. Seraya itu keluar bau busuk dari celahan kemaluan pesakit. Naik muntah jugaklah bila bau...
Alhamdulillah, gangguan yang dialami sudah tiada lagi. Pesakit kemudiannya dimandikan dengan ABR bersama sebaldi air oleh Ibunya sendiri..
Pada malam itu, rahsia selama 23 tahun akhirnya terbongkar bila ianya diceritakan oleh ibu pesakit. Menurut ibunya, arwah suaminya (ayah pesakit) merupakan bomoh ilmu hitam yang hebat. Memang ibunya tahu, syarat semasa menerima ilmunya ialah harus mengorbankan anak bongsu agar penerimaan amalan menjadi ampuh.
Tapi ibunya pendamkan rahsia ini kerana dilihat tiada apa-apa yang berlaku pada anaknya.
Anaknya pula menceritakan kisah dia bermimpi bersetubuh dengan seorang lelaki kacak. Hal ini berlaku semenjak dia berumur 14 tahun hinggalah malam sebelum RIDAM datang ke rumah. Memang dia ingat, kali pertama dia bermimpi berjumpa lelaki tersebut, terasa pedih dan keluar darah dari kemaluannya pada keesokkan paginya. Tapi hal itu dirahsiakan (kecuali pada kakaknya) kerana dilihat tiada apa-apa yang berlaku pada dirinya setelah beberapa hari.
Final kisah rawatan ini, suami pesakit berkali-kali meminta maaf pada si isteri.. Syahdu jugak bila tengok.. RIDAM pun mengalir air mata bila melihat babak kemaafan ni.. Hubungan suami isteri ini akhirnya pulih dengan baik.
Kepada pengamal ilmu hitam, pintu taubat masih terbuka. Balik semula ke jalan Allah..Jangan diikuti jalan syaitan.. Kehebatan dunia tiada yang mampu melebihi kehebatan Allah kerana Dialah Maha Pencipta.. Kita ini hanya duli pada yang Maha..
Dipetik dari Darulmanzil.blogspot.com
Mistika 4 - Mengenal Ummu Sibyan
Mungkin ada yang pernah dengar nama Ummu Sibyan atau pun tidak sebelum ni. Sebagai menambah ilmu pengetahuan, teladan dan pedoman.. saya kongsikan ilmu mengenai Ummu Sibyan ini.
Macam ni...Ummu Sibyan ni adalah kaum jin dari jantina betina yang suka mengganggu bayi dan kanak. Saya ulang... KAUM...bukan jenis.. Yang pasti ia dari jenis JIN BETINA...
- ummu mildan - tugasnya ialah mengganggu anak-anak yang cerdik akal pemikiran dan pembelajaran. biasanya menyebabkan histeria dan tekanan perasaan.
- ifrit - jin yang bertanggungjawab mengangkat atau membawa kita kesatu kawasan lain tanpa sedar. contohnya pada waktu malam kita tidur di atas katil di dalam rumah dan apabila kita sedar kita berada di satu kawasan lain. ini adalah kerja jin ifrit.
- was was - menyebabkan kita merasa was was dalam tiap perkara yang kita lakukan terutamanya ketika melakukan sembahyang dan semasa mengambil wuduk. cara bagi kita menangani rasa was was adalah dengan kita membacakan surah An Nas dan dijadikan amalan seharian kita.
- dasim - nama bagi jin @ syaitan yang sentiasa menyemai rasa supaya kita membenci antara satu sama lain dan juga menyebabkan kita bergaduh antara satu sama lain.
- ummu subian/Ummu Sibyan - tugasnya ialah mengganggu bayi yang baru dilahirkan. kebiasaanya bayi akan menangis pada sela waktu yang hampir sama setiap hari adalah disebabkan gangguan jin ini.
Kalau kat Malaysia ni faham-faham la..Banyak sungguh gelaran yang diberi pada puak jin... Tak kisah la ia dari jenis pelesit, jerangkung, hantu pari or what ever, tapi kalau jenis yang kacau baby atau kanak-kanak dari jantina perempuan jin, maka itu digelar Ummu Sibyan..
Apa kerja si Ummu Sibyan laknatullah ni?
Kerja dia tak lain tak bukan ialah MENGGANGGU baby yang baru dilahirkan dan kanak-kanak (biasanya kurang dari 2 tahun).
Antara tanda-tanda kenal si Ummu Sibyan ni adalah:-
1.Baby menangis melalak (mata memandang ke atas / sudut tertentu)
2.Kanak-kanak berjalan yang jatuh seakan-akan ditolak
3.Mengigau sambil MENGETIP GIGI berulang kali.
4.Demam panas HANYA selepas Asar hingga sebelum Subuh
Kesan dari gangguan di atas akan mengakibatkan:-
1.Sawan Tangis
2.Autisme (Over Hiperaktif)
3.Nakal tahap Gaban
4.Terencat akal
5.Pelbagai kompilasi otak.
Kaedah rawatan
1.Masa dilahirkan, terus azankan di telinga kanan dan qamat di telinga kiri baby.
dari Husain bin Ali r.a., ia berkata bahawa Rasulullah SAW ada bersabda: “Siapa yang melahirkan anak lalu bayi yang dilahirkan itu di azankan pada telinga kanan dan diqamatkan pada telinga kirinya, nescaya ummu sibyan (jin yang menganggu kanak-kanak) tidak akan menganggunya.”
2.Jika lihat kanak-kanak jatuh bersebab, angkat dan bacakan rukyah di ubunnya tak kisah la jenis panjang atau pendek. Paling asas adalah Al-Fatihah, Ayat Qursi, 3 Qul dan selawat.
3.Kalau kesannya pada budak nakal, leh baca Ayat Sulaiman (An-Naml:30-31) pada antara 2 tulang belakangnya. Baca 9 kali.. Sekali baca, sekali tiup dan tepuk. Begitulah yang perlu dbuat setiap malam selama 9 malam masanya.
4.Jika keadaan penyakit sudah berlarutan seperti masalah otak dan sebagainya, boleh guna kaedah rawatan Islam. Bab ni perlu di ajar secara SURI (berguru). Ataupun bawa berubat pada yang ahli.
Wallah Huaklam..
Doa Seorang ibu
Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
* Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik.
* Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.
* Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.
* Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.
* Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
- Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
- Membaca quran sehingga menitis air mata.
- Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.
* 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
- Anak.
- Ibu.
- Suami.
Kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk lah muka laki kita tika dia tidor - kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed apa yang patut..
* Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang lah ibumu selalu.
* Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.
* Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.
* Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai.
* Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.
* Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” .
- “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan
jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”.
- Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat
berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu
kita.
* Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.
- Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, lps tu bicaralah dengan Allah..
- “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” .
- “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini” .
* Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.
* Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira diaanak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!
* Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.
* Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
- Contoh Gi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada
tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau
bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa
yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .
* Bila lalu kubur, perlahankan kenderaan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah
si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam pd mereka.
* Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.
* Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..
* Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!.
* Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .
* Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.
* Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk..ini bertujuan memberi syurga pada anak2nya. Doa ini bukan bermaksud minta merika sakit or nyanyok..ironinya keadaan demikian membolehkan anak2 berebut mahu menjaga merika disaat mereka dlm keuzuran itu sbb balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.
* Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.
Selalu Bergaduh Dengan Ibu
* Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
- Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi
jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa
mengantuk selepas asar.
- Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan /
Sentuhan.
- Symptom terkena saka:
v Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
v Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar.
v Susah nak dapat anak, senang gugur.
v Ada rasa kelibat orang lalu.
v Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam
kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami
kita dan dia datang dalam keadaan diam.
- Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.
* Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.
* 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.
* Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.
* Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari.
Anak Lari Dari Rumah
* Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.
* Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.
Anak Degil
* Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
- Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa
pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon dari
org yang dah try sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi.
Contoh kalu kita nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.
So sama2lah kita praktikkan apa yang mampu dan jangan sekalipun kedekut memanjangkan ilmu ini kepada sedara seagama kita. Wallahualam....
Syaitan gemuk dan syaitan kurus
Syaitan penggoda orang kafir itu gemuk, segar, rapi, dan memakai baju cantik. Sedangkan syaitan penggoda orang mukmin kurus, kering, kusut, dan tidak berpakaian.
Persidangan syaitan, iblis dan jin
Wednesday, July 27, 2011
Sidiq dan Anisah
Sidiq setiap hari bekerja diluar rumah. Ia berangkat pada pagi hari dan pulang pada senja hari. Anisah tinggal dirumah sendirian. Untuk menghibur hati sang istri dan teman dikala kesepian Sidiq membelikan Anisah komputer. Komputer tersebut diletakkan didalam kamar dan disambungkan padanya internet. Awalnya Anisah tidak tahu apa-apa tentang komputer. Sidiqlah yang mengajarkan cara penggunaan komputer. Hingga pada akhirnya Anisah sudah biasa menggunakan komputer sendiri dengan baik.
Sehabis menyelesaikan pekerjaan rumah, Anisah memanfaatkan waktunya didepan komputer, mengakses berita dan mengikuti perkembangan dunia Islam. Waktu pun terus berjalan dan kehidupan mereka tetap harmonis dan tenteram. Sehingga sampai pada suatu hari, Anisah masuk ruang chating dan disanalah ia mulai berkenalan dengan banyak orang. Awalnya hanya tanya jawab tentang nama, tempat tinggal, sehingga kerana sudah keasyikan pembicaraan menjadi panjang dan lebar. Telah banyak teman dan kenalan Anisah di ruang chating. Dan setiap hari sehabis pekerjaan rumah, Anisah lebih banyak menghabiskan waktunya untuk chating.
Hingga pada suatu ketika, Anisah berkenalan dengan seorang pemuda di ruang chating, namanya Fatih. Chating mereka lakukan dengan menggunakan kamera. Sehingga diantara mereka saling melihat. Awalnya pembicaran mereka hanya berkisar tanya nama, tempat tinggal dan lainnya. Namun chating ini terus berlangsung setiap hari. Sehingga timbullah rasa suka dihati Fatih pada Anisah. Ia mulai bermanis kata dan merayu. Fatih mulai berkata-kata yang membuat tersentuh hati Anisah. Setan pun tak tinggal diam. Membisikkan kedalam hati Anisah hal-hal yang tidak baik. Anisah berusaha untuk menolak dan melawannya. Namun kerana mereka chating setiap hari, dengan saling melihat, akhirnya sedikit demi sedikit timbullah dihati Anisah perasaan suka pada Fatih. Sebenarnya Fatih menyukai Anisah hanya karena kecantikan wajahnya saja, rasa suka yang berlandaskan pada hasrat nafsu. Dan akhirnya Anisah juga terpedaya dengan kata-kata dan ketampanan Fatih yang menjadi teman chatingnya setiap hari tersebut.
Chating itupun terus berlangsung. Dan Sidiq tidak menaruh curiga pada Anisah. Kerana ia sangat percaya pada Anisah. Dan Anisah pun sangat pandai menyimpan rahasia. Namun sesuatu yang busuk bagaimanapun pandai menyimpan akan terhidu juga baunya. Akhirnya Sidiq mulai curiga dengan gelagat Anisah, sehingga setelah ia selidiki akhirnya ia mengetahui bahwa Anisah telah menjalin hubungan gelap dengan seorang pemuda di ruang chating. Sidiq sangat marah dan akhirnya ia menjual komputer tersebut. Dan memperingatkan Anisah untuk segera bertaubat pada Allah Swt. dan meninggalkan pemuda tersebut. Anisah pun mengakui kesalahannya.
Namun, kerana hati telah diberikan pada setan dan hawa nafsu selama ini, Anisah merasa masih sulit menghilangkan bayangan Fatih dari pikirannya. Hatinya telah terpaut pada Fatih. Sehingga tanpa diketahui oleh Sidiq, Anisah menghubungi Fatih melalui telefon. Ia menceritakan apa yang terjadi dengan dirinya pada Fatih dan tentang perasaannya pada Fatih. Rupanya Fatih telah berhasil menjaring mangsanya. Iapun memanfaatkan kesempatan tersebut, ia mulai merayu dan menggoda Anisah. Ia berkata “Kalau kamu menyukai dan mencintai saya, tinggalkanlah suamimu! Minta cerailah darinya! Saya akan datang untuk melamarmu dan kamu akan hidup tenteram dan bahagia dengan saya.”
Anisah yang telah goyah dan lemah imannya ini mulai terpedaya dengan pujuk rayu dan janji-janji Fatih. Ia telah dipengaruhi oleh setan dan nafsu, ia lebih memilih Fatih dari pada suaminya. Anisah tidak sedar bahawa setan dan nafsu sedang menipunya dan ingin menghancurkan dirinya dan kehidupan rumah tangganya.
Akhirnya, Anisah minta cerai pada Sidiq. Dan terjadilah perceraian yang tidak diharapkan tersebut. Anisah pulang kerumah orang tuanya. Keluarganya sangat menyesali perceraian tersebut. Dan mulailah Anisah berhubungan dengan Fatih. Fatih sering datang kerumah Anisah dan terkadang mengajaknya keluar rumah, dengan kereta mewah yang dimiliki Fatih.
Hari dan minggu terus berganti, namun Fatih belum juga melamar Anisah. Mereka masih berhubungan dan berpacaran. Sampai pada suatu malam, Fatih mengajak Anisah menginap di sebuah hotel dan pada malam itu terjadilah perselingkuhan, terjadilah hubungan yang diharamkan oleh Allah Swt., mereka berzina. Mereka telah dikuasai oleh hawa nafsu dan setan.
Hari dan bulan terus berganti, tapi Fatih belum juga datang untuk melamar Anisah. Anisah sangat gelisah dan tidak bisa tenang, ia selalu diberi janji yang tak pasti. Dan sampai pada suatu hari Fatih berkata pada Anisah ” Wahai wanita yang hina, apakah engkau mengira aku akan menikah dengan wanita seperti dirimu, tidak akan pernah! Aku tidak akan mau menikah dengan wanita murahan seperti dirimu. Engkau tidak lagi berharga, engkau adalah wanita kotor dan hina, engkau tidak layak menikah dengan pemuda terpandang seperti diriku. Aku yakin, kalau sekali sudah curang, kelak engkau akan curang lagi. Kalaupun engkau kunikahi, kelak bila engkau bertemu pemuda yang lebih tampan dan lebih kaya dariku pasti engkau akan meninggalkan diriku, sebagaimana engkau telah meninggalkan suami mu yang baik-baik itu. Dan aku tidak mau hal itu terjadi pada diriku, sekarang pergi engkau dari sisiku! Jangan temui aku lagi, aku tidak mau lagi melihat mukamu, aku sudah muak dengan dirimu.”
Anisah pun berlalu pergi dengan membawa luka mendalam di hatinya. Hidupnya telah hancur. Masa depannya telah gelap. Ia telah salah selama ini menilai. Ia telah tertipu dan terpedaya. Penyesalan tidak ada lagi gunanya. Kembali pada suami yang pertama, tak akan mungkin suaminya mau menerima dengan keadaan dirinya saat ini, kembali pada keluarganya, ia merasa malu, ia tidak tahu harus melangkah kemana dan mengadu pada siapa. Hanya kepada Allah Swt. Mengadukan segala kelukaan dan kesalahan yang dilakukan selama ini. Anisah telah menyadari kekeliruannya dan sangat menyesal atas apa yang telah ia lakukan. Tapi, semuanya sudah terlambat.
* * *
Kisah diatas telah memberi kita pelajaran berharga, pelajaran yang sangat berguna dalam kehidupan kita. Bagaimanapun baik dan solehnya seseorang namun ia tidak selamat dan memelihara dirinya jikalau ia sendiri telah memberikan dirinya untuk di belenggu setan dan hawa nafsu. Kisah diatas hanya satu dari puluhan dan bahkan lebih, dari kisah-kisah yang pernah terjadi. Betapa sering hubungan rumah tangga retak dan pecah karena tidak mengawal dan menjaga batas-batas diri sebagai suami/isteri.
Semoga menjadi bahan renungan dan pelajaran bagi kita semua, insya Allah.
Wassalam
Sumber (http://beritakorslet.wordpress.com/2010/02/07/akibat-chating-di-facebook-kisah-istri-sholeha-yang-selingkuh-karena-khilaf-harta-dan-fisik/)
Friday, July 22, 2011
Mistika 3 - Bukan Syaitan, Jin atau Malaikat
Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.
Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin 'masih belum ada rasi ubat' . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..
Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..
Maka, saya ambil pendekatan segera dengan 'teknik scan' dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..
Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada pesan Atok guru saya, ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin 'badan' tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...
Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba.. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..
Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...
Pesakit: "Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?"
Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.
Saya: "Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?"
Pesakit: "Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit? "
Saya: "Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat.."
Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..
Pesakit: "Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.".
Saya: "Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?"
Pesakit: "Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam.."
Saya: "Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?"
Pesakit: "Agama Monoteisme"
Saya: "Agama apa tu..?"
Pesakit: "Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?"
*Terkena jugak aku..
Saya: "Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang...."
*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...
Pesakit: "Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari"
*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..
Saya: "Poppy..? Makhluk apa tu..?"
Pesakit: "Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.."
Saya: "Ceritakan...aku nak tahu.."
Pesakit: "Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.."
Kemudian dia menangis teresak-esak..
Pesakit: "Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami.."..
Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..
Saya: " Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?"
Seraya itu dia mengangguk..
Pesakit: "Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa...."
Saya: " Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?"
Dia terdiam sejenak..
Pesakit: "Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu..."
Saya: "Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat 'scan' kau tadi? Mana kau menyorok?"
Pesakit: "Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah..."
Saya: "Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?"
Pesakit: "Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la.."
Saya: "Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?"
Pesakit: "Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu.."
Saya: "Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?"
Pesakit: "Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.."
Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..
Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..
Saya: "Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?"
Pesakit: "Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?"
Saya: "Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah..."
Pesakit: "Aku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran..."
Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56
Maksudnya:
'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.'
Pesakit: "Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah.."
*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..
Saya: "Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?"
Pesakit: "Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi..."
Saya: "Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?"
Pesakit: "Sekarang..tapi dengan syarat.."
Saya: "Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.."
Pesakit: "Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?"
Saya: "Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?"
Pesakit: "Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?"
Saya: "Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?"
Pesakit: "Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?"
Saya: "A'ah...kenapa?"
Pesakit: "Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi..."
Saya: "Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.."
Pesakit: "Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat..."
Saya: "Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?"
Pesakit: "Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun.."
Saya: "Mak aiiii...lama nya kau hidup.."
Pesakit: "Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku.."
Saya: "Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?"
Pesakit: "Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?"
Saya: "Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu..."
Pesakit: "Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?"
Saya: "Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman.."
Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..
Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..
---------
3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..
----------
Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..
Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahu'alam.. Mungkin itu mainan mimpi....
SEAFOOD LASAGNA
- 250g san remo instant lasagna
- parmesan cheese
- 2 tbs butter
- 1 biji bawang besar-dicincang
- 400g seafood (udang, sotong, ikan)
- 150g cendawan butang-dihiris
- 1 tsp mix herbs
- 1 tin sos spegati prego(tin kecil
- 3 cawan air-boleh tambah kalau rasa2 x cukup
- 1 kuib ayam
- 3 tbsp butter
- 3 tbsp tepung gandum
- 2 cawan susu segar
- mozarella/cheddar cheese
- cairkan butter,tumis bawang sehingga layu.
- masukkan ayam.tumis seketika
- masukkan air dan kuib ayam dan biarkan ayam separuh masak.
- masukkan prego.perasakan gula dan garam.
- masukkan cendawan dan biarkan mendidih seketika.
- tutup api.
- cairkan butter dan masukkan tepung kacau sebati.
- masukkan susu,kacau sehingga tepung tidak berketul.
- masukkan cheese kacau setiap masa.tutup api.
Wednesday, July 20, 2011
Tidur Di Tindih 'Syaitan'?? - Mistika 2
Sleep Paralysis, pada masa mengalami ini biasanya kita akan sukar sekali bergerak dan kemudian ada sedikit rasa sejuk menjalar dari hujung kaki ke seluruh tubuh.
Sleep paralysis boleh terjadi pada siapa sahaja, lelaki atau perempuan, dan umur kebanyakan orang yang pertama kali mengalami gangguan tidur ini adalah 14-17 tahun.
Menurut Al Cheyne, peyelidik dari Universiti Waterloo, Kanada, sleep paralysis, adalah sejenis halusinasi kerana adanya malfungsi tidur di tahap rapid eye movement (REM).
Ketika otak mendadak terbangun dari tahap REM tapi tubuh belum, di sinilah sleep paralysis terjadi. Kita merasa sudah sedar, tapi tubuh tidak boleh bergerak. Ditambah lagi adanya halusinasi muncul sosok lain yang sebenarnya ini merupakan ciri khas dari mimpi.
Kurang tidur pun tidak boleh dianggap remeh. Jika sudah menimbulkan sleep paralysis, keadaan ini bererti sudah berat. Segera evaluasi diri dan cukupkan tidur. Usahakan tidur 8-10 jam pada jam yang sama setiap malam.
Mitos Sleep Paralysis Di Berbagai Negara:
- Di budaya Afro-Amerika, gangguan tidur ini disebut the devil riding your back atau hantu yang sedang menaiki bahu seseorang.
- Di budaya China, disebut gui ya shen atau gangguan hantu yang menekan tubuh seseorang.
- Di budaya Mexico, disebut se me subio el muerto dan dipercayai sebagai kejadian adanya arwah orang meninggal yang menempel pada seseorang.
- Di budaya Kamboja, Laos dan Thailand, disebut pee umm, merujuk pada kejadian di mana seseorang tidur dan bermimpi makhluk halus memegang atau menahan tubuh orang itu untuk tinggal di alam mereka.
- Di budaya Island, disebut mara. Ini adalah kata kuno bahasa Island. Ertinya hantu yang duduk atas dada seseorang di malam hari, berusaha menjadikan orang itu sesak nafas dan mati lemas.
- Di budaya Tuki, disebut karabasan, dipercayai sebagai makhluk yang menyerang orang semasa tidur, menekan dada orang tersebut dan mengambil nafasnya.
- Di budaya Jepun, disebut kanashibari, yang secara sastera diartikan mengikat sehingga diertikan seseorang diikat oleh makhluk halus.
- Di budaya Vietnam, disebut ma de yang ertinya dikuasai syaitan. Banyak penduduk Vietnam percaya gangguan ini terjadi kerana makhluk halus merasuki tubuh seseorang.
- Di budaya Hungari, disebut lidercnyomas dan dikaitkan dengan kata supranatural boszorkany (penyihir). Kata boszorkany sendiri bererti menekan sehingga kejadian ini diterjemahkan sebagai tekanan yang dilakukan makhluk halus pada seseorang semasa tidur.
- Di budaya Malta, gangguan tidur ini dianggap sebagai serangan oleh Haddiela (isteri Hares), dewa bangsa Malta yang menghantui orang dengan cara merasuki orang tersebut. Dan untuk terhindar dari serangan Haddiela, seseorang harus meletak benda dari perak atau sebilah pisau di bawah bantal semasa tidur.
- Di budaya New Guinea, fenomena ini disebut Suk Ninmyo. Ini adalah pokok keramat yang hidup dari roh manusia. Pokok keramat ini akan memakan roh manusia di malam hari agar tidak menggangu manusia di siang hari. Namun, seringkali orang yang rohnya sedang disantap pokok ini terbangun dan terjadilah sleep paralysis
Fakta Rojak Malaysia
Sebelum Istana Negara di bina, ianya kediaman jutawan Chan Wing
Sebelum Menara Maybank di bina, ianya bangunan mahkamah seksyen
Sebelum Plaza Rakyat di bina( tak siap2), ianya Kelab Cina Selangor
Sebelum Putrajaya di bina, ianya Ladang Harrisons & Crossfields
Sebelum Mid Valley di bina, ianya kuil Sri Maha Sakhti Muhambikai Amman
Sebelum KLCC di bina, ianya Padang lumba kuda Kuala Lumpur
Sebelum Berjaya Times Square di bina, ianya banglo jutawan Cheong Yoke Choy
Sebelum Pavilion di bina, ianya Sekolah Perempuan Bukit Bintang
Asal usul kaki lima
"semua rumah yang di bina daripada batu bata atau jubin mempunyai bahagian depan yang sama jenis dengan setiap satunya mempunyai arked berjarak tertentu, terbuka kepada semua sisi sebagai sebuah laluan terbuka di kedua dua sisi jalan"
Arahan Sir Stamford Raffles, Jawatankuasa perancang bandar singapura, 1822
Ubat Kuat dari Tulang Rimau Malaya
Dipetik dari buku Fakta Rojak Malaysia yg memetik The Tiger of Trengganu 1954
1. Buang daging dan lemak daripada tulang harimau dgn pisau
2. Rebus tulang itu selama 36 jam
3. Keringkan tulang di bawah matahari sehingga kering dan berwarna putih salji
4. Kisar tulang itu menjadi serbuk halus dan campurkan dengan berbagai jenis herba dan ramuan lain utk di jadikan pes hitam
5. Masukkan pes hitam ke dalam tablet plastik, kemudian larutkan dalam botol yang berisi wain beras dan minum dalam sukatan rendah
Nota : Di bawah Akta perlindungan Hidupan Liar 1972, membunuh dan memiliki sebahagian badan harimau adalah salah
Rumah sakit jiwa d Malaysia
Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, dibina tahun 1910, bil pesakit 2909, tempoh menginap 228 hari
Hospital Permai, Johor bahru, dibina tahun 1916, bil pesakit 2488, tempoh menginap 174 hari
Hospital Sentosa, Kuching, dibina tahun 1958, bil pesakit 432, 190 hari
Hospital mesra Bukit Padang, dibina tahun 1971, bil pesakit, 769, 86 hari
Beberapa syarikat berdaftar tertua di malaysia
Scopal Company Limited, Johor bahru, 1900, pemaju perumahan
Proctor &Gamble Malaysia , petaling jaya, 1900, kosmetik& perubatan
Boon Siew Borneo, inanam sabah, 1900, motosikal
Bertam Consolidated Rubber Company Ltd, Penang, 1904, pengeluaran minyak kelapa sawit
Rahman Hydraulic Tin Sdn Bhd, klian intan Perak, 1907, perlombongan
Harga sarang burung layang-layang putih baru di kutip
Tahun. Purata harga per kg
1884 - 14.90
1930. 12.90
1940. 25.60
1950. 55.60
1960. 71.20
1970. 134.80
1980. 320.50
1990. 900.00
1994. 6,454.00
1997. 5,500.00
1998. 6,000.00
2001. 4,566.00
Tahanan ISA sejak 2004
Sebab ditahan. Bil di tahan
Memalsukan dokumen. 29
Penglibatan dlm Jemaah Islamiah. 18
Membuat syiling RM 1 palsu. 17
Penglibatan Darul Islam. 17
Bertindak sebagai agen perisikan asing. 7
Penglibatan dlm Hindraf. 5
Penglibatan dlm pemisah Thai. 3
Penglibatan dlm gerakan militan Malaysia. 1
Menghasilkan penulisan menghina Islam. 1
Membekal komponen nuklear. 1
Menyeludup masuk pendatang asing haram. 1
Kain sarung berfungsi sebagai.....
-senjata silat
-kain alas meja
-karung membawa barang, makanan kering
-buian
-kain penutup jenazah
-semutar
-kain selimut
-sampin
-selubung utk wanita
- tuala