Wednesday, December 2, 2009

AJARAN SESAT

Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan mengharamkan ajaran kumpulan Azhar Wahab, pengasas Al-Mansur Holdings yang didapati bertentangan dengan akidah Ahli Sunah Wal- Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Kumpulan yang berpusat di Kedah dan mempunyai pengikut daripada pelbagai lapisan di seluruh negara terutama di Lembah Klang itu didapati meneruskan amalan ajaran Al-Arqam termasuk mengamalkan Aurad Muhammadiah.

Kumpulan Azhar Wahab yang diharamkan kerajaan pada 2003 berikutan pegangan dan amalannya menyeleweng daripada ajaran Islam didakwa masih aktif dan berselindung di sebalik nama sebuah syarikat pengurusan ladang kelapa sawit di Amanjaya sejak tiga tahun lalu.

Kumpulan terbabit yang turut dikenali dengan nama al-Mansor dan Raja Sakti itu turut aktif dalam penerbitan album berkonsep ketuhanan dan dinyanyikan sendiri ketuanya, Azhar Wahab dan seorang wanita yang juga bekas peserta Akademi Nasyid.

Malah, kumpulan terbabit dikatakan sudah meluaskan pengaruhnya ke Sabah dan merekrut 5,000 ahli baru yang kebanyakannya anak yatim.

Perkara itu didedahkan sepasang suami isteri yang juga bekas ahli kumpulan terbabit yang mendakwa amalan ketua kumpulan itu menyeleweng ketika mereka terbabit dalam proses pembikinan album di pejabatnya, baru-baru ini.

Ketika mengumumkan keputusan itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Shahir Abdullah berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 10 Jun 2003 mendapati kumpulan Azhar mengamal ajaran yang bercanggah dari segi akidah, syariat dan akhlak.

``Jakim selaku urus setia telah menghantar hasil kajian terperinci berkaitan kumpulan Azhar Wahab kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

``Majlis berkenaan seterusnya memutuskan bahawa ajaran yang dibawa oleh Azhar Wahab adalah bercanggah dengan ajaran Islam,'' katanya pada sidang akhbar di pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Keputusan itu diambil setelah mendapati pertubuhan itu menyimpang dari segi akidah, syariat dan akhlak kerana mengamalkan Aurad Muhammadiah yang antara lain mendakwa ketuanya adalah wali Allah dan boleh bertawassul.

Siasatan pihak berkuasa mendapati ketua pertubuhan itu mendakwa rohnya berada di Gunung Jerai bersama Wali Songo dan Nabi Khaidir walaupun tubuhnya berada di tempat lain.

Shahir berkata, berikutan keputusan Majlis Fatwa berkenaan, mana-mana kumpulan atau orang perseorangan yang berpegang atau beramal dengan ajaran Azhar dianggap menyalahi hukum syarak dan wajib bertaubat.

Beliau berkata, dari segi akidah kumpulan Azhar juga didapati beramal mengikut kaedah tawassul iaitu berdoa sebelum melakukan urut refleksologi dengan menyebut ``Ya Allah, dengan barakah dan karamah Tuan Azhar sembuhkan penyakit fulan si fulan.''

``Perkataan ini dianggap menyalahi ajaran Islam,'' katanya.

Tambah beliau, Azhar juga didakwa mengaku dapat mengetahui pergerakan orang lain yang mengintip setiap aktivitinya.

Menurut Shahir, Azhar juga didapati menangis di hadapan ahli serta kakitangannya kerana nampak dan tahu kesalahan agama yang pernah dilakukan oleh para pengikutnya.

``Ini bermakna (kononnya) dia tahu perkara ghaib dan ini menyalahi akidah Islam,'' ujarnya.

Kata beliau, ada juga dakwaan yang menyatakan bahawa Azhar dapat memberikan syafaat kepada para pengikutnya.

Selain itu katanya, daripada aspek syariah, kumpulan Azhar didapati mengenakan dam (denda) ke atas para ahlinya yang melakukan kesalahan agama sama ada dengan membayar dengan wang atau harta benda.

Dari sudut akhlak, Shahir berkata, Azhar mendakwa apa saja yang dikatakan olehnya adalah benar dan segala keputusannya tidak boleh dipertikaikan atau dibantah.

``Azhar juga didapati memulakan setiap ucapannya dengan bersumpah menggunakan al-Quran termasuk semasa Jakim mengadakan perjumpaan dengannya pada 15 November 2002 walaupun tidak diminta berbuat demikian,'' katanya.

Justeru beliau berkata, sekiranya terdapat masyarakat Islam di negara ini yang beramal dengan ajaran Azhar Wahab dinasihat supaya kembali ke jalan benar dan bertaubat.

Sementara itu, beliau berkata, pengharaman tersebut hanya melibatkan ajaran Azhar Wahab dan tidak membabitkan sebarang aktiviti termasuk perniagaan yang dijalankan oleh beliau.

Justeru beliau berkata, Jakim menyerahkan pihak berkuasa agama negeri untuk menjalankan pemantauan dan bertindak dalam menyekat ajaran Azhar Wahab daripada terus diamalkan.

Selain itu, katanya, terserah kepada agensi kerajaan lain termasuk polis untuk bertindak sekiranya terdapat sebarang penyelewengan dalam pertubuhan yang dipimpin oleh Azhar.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga akan mengambil tindakan susulan termasuk kemungkinan memasukkan Azhar dan pengikutnya ke dalam pusat pemulihan akidah yang dikendalikan oleh Jakim.

“Selain lagu berkonsep ketuhanan dan keinsanan, lagu itu turut menyelitkan pujian kepada Azhar selaku ketua pertubuhan yang menggelarkan dirinya Ketua Institusi Diraja.

“Dia juga mendakwa mereka yang terbabit dalam proses rakaman album itu dianggap mengerjakan solat Tahajud serta pejuang Allah dan sering mengingatkan bahawa muzik itu lebih penting daripada mengerjakan sembahyang,” katanya yang ditemui, semalam.

Nor yang menjadi ahli kumpulan itu sejak sembilan bulan lalu, berkata kumpulan berkenaan jelas mengamalkan ajaran bertentangan Islam, termasuk tidak mengerjakan solat Maghrib dan Isyak, sebaliknya hanya melakukan solat Jamak saja pada sebelah petang.

“Cara sembahyang jemaah yang diadakan di surau pejabat kumpulan itu juga berbeza kerana bercampur antara jemaah lelaki dan wanita tanpa perlu dipisahkan.

“Paling mengejutkan Azhar juga mendakwa dia bebas memeluk dan mencium

wanita disukai tanpa mengira tempat termasuk di dalam surau tanpa dosa kerana nafsunya sudah ditundukkan Allah,” katanya.

Menurut Nor, semua ahli kumpulan itu juga diberi amaran jika belot, mereka akan ditimpa musibah seperti mati terbakar.

Suaminya yang dikenali sebagai Mohamad, 40-an, yang juga pekerja di syarikat milik kumpulan itu, berkata dia dan isteri bersama seorang lagi ahli dipecat daripada kumpulan itu dua minggu lalu selepas membantah amalan mengerjakan solat jemaah bercampur lelaki dan wanita.

“Saya bukan mahu menuduh mereka mengamalkan ajaran sesat, tetapi tindakan, amalan dan arahan yang dikeluarkan terpesong daripada Islam dan saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan.

Sementara itu, Mufti Kedah, Datuk Muhammad Baderuddin Ahmad, ketika dihubungi berkata pihaknya belum menerima maklumat mengenai kegiatan kumpulan Azhar Wahab.

“Saya dan isteri bersedia beri kenyataan jika dipanggil supaya orang ramai tidak terpengaruh dengan pertubuhan itu,” katanya.

Menurut Mohamad, kumpulan itu menggunakan ratusan anak yatim yang dilatih bagi menjual pelbagai produk mereka.

“Hasil jualan produk pertubuhan itu mencecah RM1 juta sebulan. Malah, difahamkan mereka sudah membina kompleks dan perkampungan sendiri di Empangan Beris dan Kundasang, Sabah,” katanya.

Sementara itu, Mufti Kedah, Datuk Muhammad Baderuddin Ahmad, berkata pihaknya belum menerima maklumat mengenai kegiatan kumpulan Azhar Wahab yang didakwa masih aktif.
.
“Setakat ini masih tiada sebarang maklumat mengenai kegiatan mereka. Bagaimanapun, Jabatan Agama Islam Kedah akan menyiasat perkara ini,” katanya.

*.* KATA SHA: Orang skrg ni makin terpelajar tapi semakin bodoh dan cetek pemikiran kerana terlalu mudah terpengaruh dengan ajaran sesat yang memperlekeh ajaran islam. manusia hari ni jugk mudah tertarik dengan kenikmatan dunia yang dijanjikan ajaran sesat tu. Contohnya kalau ada ajaran sesat yang menghalalkan seks bebas, minum arak, x payah sembahyang maka ramai la pengikutnya. Hai dunia.... dunia.. semakin lanjut usiamu ... Bila teringatkan citer 2012 yang Hollywood buat, ia membuat aku terfikir benarkah kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012?? Wallah hu aklam

13 comments:

Anonymous said...

saya berharap kerajaan segera mengambil tindakan tegas dan keras terhadap kumpulan2 ajaran sesat seperti Al Ma'unah, Al Mansur, Al Arqam dan banyak lagi.Mereka menggunakan agama sebagai topeng untuk menipu orang lain. Harap siasat Pusat2 Rawatan Tradisional yang menawarkan khidmat berbekam, tanam susuk dan sebagainya.

Nakhoda Serigala said...

hope tat...:p

Anonymous said...

saya juga tertanya2 ttg ajaran sesat azhar wahab ini.kenapa pihak jabatan agama islam dah mengetahui ttg perkara ini tapi masih tidak mengenakan tindakan?sebenarnya suami saya juga berkerja dgn kerabat raja sakti kedah ini.sebagai isteri,saya berasa ada yg tk kena dgn kegiatan mereka .apakah yg patut saya lakukan untuk mengatasi masalah ini?saya berharap sangat tuan/puan dapat jawab

Anonymous said...

saya juga tertanya2 ttg ajaran sesat azhar wahab ini.kenapa pihak jabatan agama islam dah mengetahui ttg perkara ini tapi masih tidak mengenakan tindakan?sebenarnya suami saya juga berkerja dgn kerabat raja sakti kedah ini.sebagai isteri,saya berasa ada yg tk kena dgn kegiatan mereka .apakah yg patut saya lakukan untuk mengatasi masalah ini?saya berharap sangat tuan/puan dapat jawab

Anonymous said...

saya juga tertanya2 ttg ajaran sesat azhar wahab ini.kenapa pihak jabatan agama islam dah mengetahui ttg perkara ini tapi masih tidak mengenakan tindakan?sebenarnya suami saya juga berkerja dgn kerabat raja sakti kedah ini.sebagai isteri,saya berasa ada yg tk kena dgn kegiatan mereka .apakah yg patut saya lakukan untuk mengatasi masalah ini?saya berharap sangat tuan/puan dapat jawab

Anonymous said...

Belum Di siasat Sudah Di pancung, kemudian baru soal... " ko Amalkan ajaran sesat ke....?" Pastu bila mayat tadi x jawab, terus cakap... " dia Amalkan la tu..." ... Cam sial.... Ploi punya bangsa....

Anonymous said...

Benarka awak pernah bersama kerabat raja sakti kedah ni

Anonymous said...

Benar ka awak pernah trlibat dgn sm.amin

Anonymous said...

B

Anonymous said...

Benar ka awak tahu ttg sm amin

Unknown said...

Suami pn kerja sebagai apa???

Unknown said...

Suami pn kerja sebagai apa???

Unknown said...

Suami pn kerja sebagai apa???