Di KOTA BARU, jumlah mangsa di pusat pemindahan kini tinggal 1,943 orang berbanding 2,245 malam tadi dan hanya dua pusat pemindahaan di dua jajahan masih dibuka iaitu Pasir Mas dan Tumpat, menurut jurucakap Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) Negeri kepada Bernama di sini hari ini.
"Pusat pemindahaan banjir di Pasir Mas menempatkan jumlah mangsa yang tertinggi iaitu 1,122 orang, dan Tumpat pula seramai 821 orang," katanya.
Sementara itu, hanya dua jalan masih ditutup kepada kenderaan ringan iaitu di Pasir Mas, di Kilometer 11, Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang, Kampung Siram, di Tumpat, di kilometer 6 hingga 7 iaitu Jalan Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti.
Bacaan paras air sungai di Kelantan juga menunjukkan penurunan dan sehingga pagi ini hanya satu sungai yang masih berada di atas paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang serta Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard pula berada atas paras berjaga-jaga, katanya.
Di KUALA TERENGGANU, jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan semakin berkurangan kepada 3,067 orang, dan semua jalan utama di Terengganu boleh dilalui termasuk beberapa jalan yang ditutup sebelum ini, menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri itu.
Beliau berkata bacaan paras air sungai di negeri ini adalah pada paras biasa, kecuali Sungai Setiu di Kampung Bukit melebihi tahap bahaya iaitu 13.37 meter, dan tahap bahaya ialah 12 meter.
Di KUANTAN, mangsa banjir terakhir iaitu lima sekeluarga yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Kundang Patah telah dibenarkan pulang ke rumah mereka di Kampung Tasik Ria, Sementah.Dan di kampung aku di Pekan, saban tahun mengalami banjir. Saban tahun banyak brg2 yg rosak akibat banjir. Namun aku tetap bangga menghuni kampung aku walau apa pun terjadi, disitulah aku membesar dan mengenal dunia, disitulah aku belajar erti kesusahan dan belajar erti kehidupan. disitu jugalah kepayahan dan penderitaan yang pernah aku tanggung mendewasakan aku dan menjadikan aku manusia yang berjaya sehingga ke tahap hari ini.
No comments:
Post a Comment